Aku sememangnya malas nak follow up cerita ni. It is a nuisance sebenarnya especially kalau bercerita pasal artis. Ada berjuta blog kat luar sana yang bercerita pasal artis dan aku belum dan tak akan jadikan blog picisan aku ni sebagai blog cerita pasal artis, UNLESS ia ada kaitan dengan perkara perkara yang menarik minat aku seperti melibatkan undang undang.
Dalam posting sebelum ini bertajuk
MANA LAPORAN POLIS FASHA SANDHA, ada jugak yang tak puashati apasal aku dan Mazidul Akmal (melalui tulisannya
POLIS MENYIMPAN LAPORAN POLIS FASHA SANDHA) nak check pasal laporan polis yang dibuat oleh artis wanita itu. Aku tak peduli pun pasal dia dah tak kawan dengan sesiapa pun, because that is another nuisance.
Sekali lagi aku nak cakap, aku dan Mazidul Akmal bukan menulis untuk cari glamer atau populariti walaupun bila ada pengikut yang hot adalah satu bonus kepada dua insan yang hodoh lagi tak sempurna. Well, perfect men are all gays. Ego booster ok bila ada awek hots ikut. Haha. Dan kami menulis berdasarkan fakta dan bukan sekadar bergosip tak tentu pasal macam orang tak ada haluan hidup.
Tapi, aku dan Mazidul Akmal sedikit tertarik apabila dia menyebut dalam twitternya - "tak boleh, sms ugutan untuk mencederakan itu adalah kes polis. POLIS SIMPAN KES ITU LAGI."
Ini soal integriti dan sebagai wartawan, kami memang dilahirkan dengan sense of curiousity. Kami nak tahu, kenapa POLIS SIMPAN? Apa maksud 'polis simpan kes tu lagi'?
Sebagai seorang yang dikenali ramai, tentunya ramai akan tertanya. Dan tentunya seperti yang aku katakan dalam posting terdahulu, ia sesuatu yang tak molek, JIKA BENAR 'polis menyimpan kes' yang dimaksudkan.
Jika yang menyebut itu orang seperti aku, layman, yang tidak dikenali sesiapa sampai berpuluh ribu, ia mungkin tak menjadi persoalan. Tetapi sebagai selebriti, apa yang kita cakap, kita perlu tahu apa yang kita cakapkan dan pastikan ia ada asas.
Dan semalam, ada jugak perdebatan dalam media sosial Twitter mengenai penulisan aku dan Mazidul Akmal Sidik.
Aku menangis semalam membaca semua kecaman, membidas dan menghentam kami. Airmata aku keluar sebab ketawa banyak sangat bukan kerana aku sedih, pilu. Belum lagi.
Kepada pemuja pemuja dan pemuji pemuji Fasha Sandha, seriously, aku tak pernah peduli pun apa artis ni nak buat dengan hidup dia. Seriously. If you ask me, what is her latest movie or drama, aku pun tak tahu sebab aku tak pernah peduli.
Sebagai recap, aku menulis ayat berikut khusus untuk penyokong penyokong artis itu yang aku tengok agak dungu dan gunduk untuk memahami maksud dari ayat yang ditulis, atau mungkin bahasa sanskrit yang aku gunakan terlalu tinggi keunikannya sehingga tak boleh nak faham:
"Jika benar apa yang dikatakan sumber sumber mengenai tiada laporan polis dari Fasha Sandha, maka aku rasa tidak sesuai untuk artis itu membuat dakwaan bahawa polis sudah menerima laporannya dan 'menyimpan kes itu lagi'.
Dakwaan seumpama itu boleh menggugat keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa kita namun jika benar ia 'disimpan' pihak polis, apakah justifikasi pihak polis 'menyimpan' siasatan? Berdasarkan pengalaman, ia sesuatu yang janggal bagi pihak polis untuk 'menyimpan' laporan polis.
Fasha harus ingat, dia seorang selebriti dan di twitternya sahaja terdapat lebih 50,000 orang yang mengikuti setiap yang ditaip dan dilayarkan ke ruang sembang sosial itu.
Manakala jika benar ia disimpan, Fasha harus membuat aduan kepada Ketua Polis Daerah tempat laporan dibuat.
Aku pun amat berminat di balai polis mana yang artis ini buat laporan? Kalau ada sesiapa yang boleh berhubung dengan dia, tolong tanyakan sebab biarlah keadilan ditegakkan. Ia juga adil untuk semua pihak termasuk pihak yang didakwa. Nak jugak tahu siapakah individu yang dimaksudkan sebagai 'perempuan itu'?"
Nampak tak ayat ayat yang penuh dengan justifikasi di atas? Kalau tak nampak jugak, aku cadangkan daftar masuk Smart Reader.
Lanjutan dari persoalan yang aku tulis dan turut DIPAPARKAN SEMULA di blog Ohbulan.com, Fasha Sandha menghantar satu twit semalam dengan lampiran foto satu laporan polis yang agak kurang jelas.
Berikut adalah foto berkenaan, yang turut disiarkan di blog rotikaya.com dan beautifulnara. Seriously, aku tak pernah masuk blog blog tu, tapi sejak episod airmata gembira ini, aku makin kerap membaca. Seronok rupanya donia artis. Baru aku tahu siapa si polan, siapa awek siapa, siapa dah tak kawan dengan siapa, siapa sedang mengenali hati budi masing-masing dan siapa kata 'kami hanya kawan biasa' tapi macam belangkas.
Tapi aku tetap gembira sebab Diana Danielle tidak lagi bersama Farid Kamil. Kita semua perlu gembira kerana ia satu berita gembira buat kita, lelaki (read: tulen sahaja).
Artis itu menjelaskan ia berkaitan dengan apa yang disebutkan sms ugutan yang 'masih disimpan pihak polis'. Ia turut disiarkan di blog rotikaya dan beautifulnara.
Ramai pengunjung di kedua-dua blog itu mempersoalkan mengenai laporan polis itu sebagaimana aku, kerana ia hanya paparkan header laporan polis itu dan LANGSUNG TIDAK memberi sebarang justifikasi kepada dakwaan artis itu bahawa dia ada membuat laporan terhadap seorang wanita menghantar ugutan melalui sms terhadap dirinya.
Aku tak tahu, kenapa Fasha Sandha tidak mahu memaparkan keseluruhan laporan polis ini. Adakah isi kandungannya akan mengaibkan dirinya nanti? Apakah alasan Fasha Sandha untuk tidak memberi peluang kepada semua peminat untuk mengetahui apakah content sebenar laporan polis yang dibuatnya ini? Aku nak tahu sangat.
Pada pendapat aku, seharusnya artis ini paparkan kesemua kandungannya, jika benar dia mahu memberi penjelasan dan justifikasi kepada peminatnya kerana tanpanya, ia mengundang pelbagai spekulasi sebagaimana yang ditulis pelbagai pengunjung yang meninggalkan komen di blog hiburan termasuk "ntah ntah ini report kucing hilang" dan sebagainya. Reaksi seumpama ini tak bagus pada aku, kerana sepanjang karier aku yang pernah melakukan tugas sebagai pengurus perhubungan awam, damage control is important.
Justifikasi Fasha Sandha hambar dan tindakannya itu langsung tidak dapat membuat sebarang damage control dan sesungguhnya gagal memberi satu keseimbangan kepada apa yang didakwanya terhadap twitternya yang yang mendakwa dia menerima sms ugutan untuk mencederakan dirinya.
Dan ya, aku melakukan kesilapan dalam entry terdahulu kerana hanya membuat susulan bagi tahun 2010 dan 2011.
Berikut ayat aku dalam entry terdahulu:
"Lupa nak sebut, menurut sumber sumber aku, tiada satu pun laporan Nur Fasha Sandha Hassan pada tahun 2010 dan 2011. Tak pulak sumber sumber aku check 2009. Tapi kalau laporan dibuat pada 2009, parah tu. Tapi aku tak yakin sebab takkan polis ambik masa terlalu lama?"
Rupa-rupanya laporan polis ini dibuat pada 14 Februari 2008. Kepada pembaca blog ini, aku mintak maaf sebab aku tak sangka pulak polis boleh simpan sesuatu laporan polis sampai tiga tahun. Sepanjang aku jadi wartawan dari 1994, tak pernah lagi aku dengar.
Aku terkejut sebab jika benar ia 'disimpan pihak polis'; ia sesuatu yang tidak boleh diterima sebagai rakyat dan aku merasakan MUNGKIN Fasha Sandha adalah mangsa kepada kelewatan siasatan pihak polis.
Berikut adalah Piagam Polis Diraja Malaysia:
Memaklumkan status siasatan kepada mangsa bagi :-
- Perkembangan siasatan kes dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh laporan Polis diterima;
- Keputusan kes dalam tempoh 14hari bekerja selepas keputusan tersebut diperolehi;
- Menerima / melayan / menyiasat semua Aduan Pelanggan yang diterima tanpa prasangka dan maklumkan perkembangan dalam tempoh 28 hari bekerja.
Tarikh 14 Februari 2008 bukanlah satu tempoh yang singkat jika dikira sehingga twitter Fasha Sandha disiarkan tempohari.
Jadik, sebagai seorang insan yang prihatin dan ingin tahu tetapi separuh hati, aku membuat susulan.
Laporan polis ini dibuat di Taman Tun Dr Ismail berkait Report Putra Heights 264/08 dan difahamkan, Fasha Sandha ketika itu sedang menjalani penggambaran filem Impak Maksima.
Aku menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang aku kenali sejak tahun 90-an dan pernah bertugas di Johor dan Pulau Pinang sebagai Timbalan Ketua Polis negeri. Beliau aku ketahui seorang pegawai yang tak sukakan benda yang tak logik dan nonsense. He is an officer that serves the public.
Aku memberikan nombor laporan polis artis itu kepada beliau untuk bertanyakan status kerana artis ini membuat kenyataan "ia disimpan pihak polis" dan ia sekaligus memberi gambaran kurang tepat, apatah lagi laporan polis itu dibuat pada tahun 2008.
Aku bertanya kepada beliau, apakah justifikasi jika benar apa yang didakwa artis itu?
Aku turut menghantar screen shot twitter artis itu kepada beliau melalui email sebagai pengesahan kepada apa yang ditanyakan.
Hari ini, aku menerima sms ringkas dari Dato Tun Hisan ketika aku berada di Singapura. Aku hanya tersenyum membaca sms orang nombor satu PDRM di Selangor ini. Seperti yang aku jangkakan.
Menurut sms dari Dato Tun Hisan, kes laporan polis Fasha Sandha itu disiasat mengikut Seksyen 507, Kanun Keseksaan.
Mengikut buku Panduan Undang Undang Jenayah terbitan International Law Book Services, seksyen ini dibaca sebagaimana berikut:
"Kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama" - Seksyen 507 KK.
Barang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan membuat suatu perhubungan sembunyi nama atau setelah mengambil langkah-langkah bagi menyembunyikan nama atau tempat tinggal orang yang membuat ugutan itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, selain daripada seksaan yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu oleh Seksyen 506 (Kanun Keseksaan)."
** Untuk rujukan bacaan Seksyen 506, sila pergi ke entry terdahulu di sini.
Difahamkan, pegawai penyiasat kes ini ketika itu adalah Inspektor Abang Zulkarnain Abang Mohamad.
Lazimnya, selepas sesuatu siasatan dilakukan, ia akan dirujuk kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah sebelum dirujuk pula kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) negeri. Kalau tak silap aku, DPP biasanya akan meneliti Investigation Paper (IP), sebelum memberi status kes sama ada perlu dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya.
Kadang-kadang, ada juga pegawai penyiasat diminta DPP melakukan banyak lagi siasatan bagi memperkukuhkan kes sebelum dikemukakan di mahkamah kerana apabila ia rapuh, tentunya ia satu pembaziran kepada wang rakyat selain masa serta tenaga anggota polis.
Dan sms yang diterima aku petang tadi dari Dato Tun Hisan menyatakan dengan jelas: Status case NFA, tiada pertuduhan terhadap sesiapa.
NFA adalah terminologi yang digunakan pihak berkuasa yang bermaksud No Further Action (tiada tindakan selanjutnya). Lazimnya, apabila tiada asas kukuh untuk melakukan pendakwaan terhadap sesiapa / suspek, DPP akan memberikan status NFA.
Aku tak tahu sama ada pegawai penyiasat sudah memaklumkan kepada artis ini mengenai status kes atau tidak, tetapi aku yakin ia sudah dilakukan jika mengikut piagam PDRM.
Jadi, aku sedikit keliru apakah yang dimaksudkan artis ini dalam twitnya: "
"Oh ya jangan lupa pasal sms ugutan from perempuan tu untuk mencederakan I. Sms tu pun masih dalam simpanan I."
Apakah sms yang mendorong Fasha Sandha untuk membuat laporan polis pada 14 Februari 2008? Apakah tujuan ia mengungkap mengenai sms itu padahal pihak polis sudahpun memberikan status kes itu sebagai NFA? Dan apakah kaitan sms yang didakwa masih disimpannya dengan kisah perpisahan dia? Apakah kandungan sms itu yang dianggap sebagai ugutan untuk mencederakan? Siapa yang hantar?
Hanya Fasha Sandha sahaja yang boleh menjawabnya.
Secara kebetulan banyak yang terjadi pada bulan yang sama iaitu Februari 2008 dan ia turut dipaparkan di blog
Budiey di sini. Baca sendiri.
Dan kepada pembaca yang dungu dan gunduk nak meroyan tak tentu pasal just because you love her, well, please carry on with your dumwits comments sebab ia menjadi bahan gelak aku dan menjadi ego booster kepada aku. Seronok. No issue, ini kan blog kita ada share sesama. Putu mayam on me!!