Saturday, December 31, 2011

#797: KALAU LAGI KETAT, WA DATANGLAH LAGI. (18SX)




"SUDAH BERAPA KALI DATANG SINI?"

"SUDAH BANYAK KALI. 

"SATU MINGGU BERAPA KALI?"

"TENGOKLAH KALAU KETAT BANYAKLAH. BIASALAH, TAKDE BINI."

Itulah jawapan salah seorang pelanggan yang ditahan dalam serbuan Cawangan D7, Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor malam kelmarin (Khamis).


Pelanggan berusia lewat 30-an ini bekerja di Singapura dan antara pelanggan tetap sarang pelacuran ini sebelum dibongkar pihak berkuasa.

Sindiket menggunakan taktik menyewa rumah untuk dijadikan sarang pelacuran dan hanya mereka yang dikenali atau diperkenalkan pelanggan tetap akan dibenarkan masuk ke rumah terbabit.
Dua buah rumah dikenalpasti di Taman Daya, Johor Bahru dan polis berjaya memberkas enam wanita warga asing berusia antara 25 hingga 30 tahun menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM100.

Serbuan diketuai Pegawai Turus D7 IPK Johor, DSP Mohammad Abd Hamid bersama sembilan anggota.



Dalam serbuan di rumah pertama, seorang lelaki tidak menyedari sarang pelacuran itu sedang diserbu polis, sempat menghabiskan perkhidmatan yang sudah dibayarnya. 
"Sudah habis?"
 "Sudah tuan," tapi muka sedikit kelat, mungkin terpaksa menghabiskan dalam keadaan tergesa-gesa apabila pintu bilik itu sudah diketuk berulang kali.


Polis turut menemui stok kondom yang belum digunakan.

Selain itu, kondom yang baru selesai digunakan bersama pelincir turut ditemui di kedua-dua premis ini.

Dua rakan crime journalists turut menyertai operasi ini, Salman Hamat dari Harian Metro dan Mohd Iskandar Ibrahim dari Berita Harian. Kami juga bergilir-gilir belanja minum setiap kali keluar operasi. Next turn ialah giliran Salman. Kena makan banyak sikit ni.

Tulisan Salman dipaparkan di Harian Metro hari ini (Sabtu) dengan paparan satu foto ketika aku sedang berbual dengan dua wanita dari Thailand ini. 


Dan, penulisan crime journalism adalah bersandarkan matter-of-fact, pemerhatian (observation), undang-undang dan modus operandi. Kekadang ia tampak lazim, hakikatnya setiap jenayah yang dilakukan adalah berbeza pelaku dan modus operandinya.




11 comments:

mysara ramlan said...

macam-macam dunia sekarang ni..

zennaya said...

apahal berbungkus sakan tu gambar pertama tu? Siap ada buah limau lg atas meja ;)

Gaung aka fahamimajid said...

1st time datang sini..agak best cerita di sini..so nanti kami datang banyak kali lagi lah..hehe

ENTRI TERBARU: 50% diskaun tambang bagi Warga Tua,OKU 1Jan2012, Semakan tawaran Kolej Vokasional, SM Teknik dan Vo..., lelaki pun rugi gak kalau tak reti memasak

zareliqa afiqa said...

wooo~ macam2 lar.huhu

blog-tips-kurus said...

tugas anda berisiko tinggi. jaga diri.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Nak tanya.
Lepas dorang kena tangkap ni, dorang dihantar balik ke?

landaklaut said...

Sorry hazrey but can't help it. Gambar kau nampak mcm kau yang kena tangkap sama dgn diorang. Hehehe. Selamat tahun baru 2012!

Kujie said...

nampak spender merah.. itu je nk komen

p/s - selalu aktif je kt timeline kalau balik serbuan..hari ni senyap sunyi.... pintal sumbu bunga api ke?

adi said...

cantik pelacur tu...
takpelah at least depa pakai kondom kehkeh..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

macam macam org2 sekarang ni kan...

www.tuanbri.com said...

Apa yang berbeza jenayah tersebut ?
Perbezaan modus operandi ?

guna rumah sewa ?

ENTRI TERBARU: Pertandingan Apa Azam Tahun 2012 Anda?

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.