Sunday, December 11, 2011

#783: LUAHAN HATI IBU AMIRA AFIQAH

Berikut adalah luahan hati ibu Amira Afiqah, who is also my sister. Read it with a sane mind please. Jangan butthurt or continue to be immature.


Salam & sejahtera untuk semua.

Setelah melalui hampir 3 hari yang amat memeritkan, memilukan & menyedihkan buat kami sekeluarga terutamanya untuk anakanda kami Amira Afiqah yang teraniaya, malam semalam kami sedikit merasa lega.Terimakasih adinda kami Hazrey. Sebagai ibu kepada Amira hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kami berserah, berdoa & sokongan dari ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai sajalah yang menjadi kekuatan buat kami.

Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anak saya pada jam 5.30petang 7/12/2011 apabila mengetahui seseorang telah mereka cipta sebuah blog menggunakan nama dan fotonya yang dicuri dari laman web sosial Facebooknya?Bayangkan pula bagaimana perasaan kami sebagai ibubapa kepada Amira apabila membaca komen-komen yang cukup ‘manis’ & ‘beradab’ dari penyokong-penyokong K-POP yang menganggap blog itu benar-benar rekaan dari tangan ‘kreatif’ anak saya?

Bayangkan pula bagaimana tanggapan ahli keluarga kami ketika mengetahuinya dan membaca komen-komen yang ‘cukup sempurna’ pada pandangan pemberi komen-komen tersebut yang pada ketika itu berjumlah hampir 1000 komen. Antara perkataan-perkataan yang dipetik dari ‘kamus’ mereka :-
1. Kau pehal betine?...muka mcm ……”(tak sanggup saya nak tulis)
2. “hei pompuan bodoh…ko cermin muka kau yg hodoh tu!”
3. “kasi rogol…”(Nauzubillah…saya mengucap panjang)
4. “pompuan gedik!”
5. “muka mcm taik anjing” (Sedih saya membacanya…mereka mengutuk ciptaan Allah yg cukup sempurna ini)
6. “kita bako umah dier”
7. “ci… , lan…, “ (maaf bahasa lucah)
8. “budget lawa konon nenek aku lagi lawa”
9. “kasi cincang lumat!!! Sampai mampos…”
10. “budak berok...sampah”
11. “baik kau delete sebelom aku toreh muka kau…..”
12. “mak bapak ngan keluarga anjing…..”
13. “publisiti murahan…muka pun dah mcm pompuan murahan…”
14. “lu jgn sampai gua cari lu….kasi jahanam..”
15. "bitch! aq cari ko sampai dpt..." dll

Maaf dah tak tergamak lagi saya sebagai ibu yg membesarkan Amira dari dua jari tapak kaki sehingga berusia 14 tahun ini, dikeji sebegitu, dihina, dimaki hamun sesuka hati.

Maaf juga kerana suara kami sebagai ibubapa Amira tidak didengari oleh mereka yang mencaci hina itu.

Maaf juga kerana saya tidak dapat menghentikan kutukan demi kutukan dari peminat yang kegilaan K-Pop itu dari terus menghentam anak saya yg tidak bersalah, WALAUPUN saya telah berusaha secara baik memohon kepada mereka melalui catitan di dinding Facebook Amira dan saya. Sebaliknya mereka menuduh dengan pelbagai tohmahan, mencabar kami dan kredilibiti pihak polis dan mempertikaikan Undang-undang Negara.
Namun di sebalik itu ada hikmahnya…kami sanak saudara, keluarga dan rakan-rakan serta anda semua yang memahami telah memberi kami kekuatan untuk menghadapinya TETAPI tidak buat anakanda kami Amira Afiqah.

Mereka kini ada yang memadam komen-komen di blog, memohon maaf tapi adakah mereka rasakan saat anak saya menghadapi trauma, ketakutan, tidak tidur, hilang selera makan selama 2 hari, murung dan menangis? Paling menyedihkan sewaktu kami membawanya ke IPD Kulaijaya dia enggan makan setelah selesai Inspektor Nora mengambil statementnya. Dia hanya mau pulang ke rumah, pulang ke rumah dan pulang ke rumah. Perkataan itulah yang diulang berkali-kali sewaktu kami singgah makan di sebuah kedai makan di situ. Dia tidak menjamah walau sebutir nasi pu.

Mereka bersatu hati menghentam anak saya SEORANG !
Anak saya bukan artis, selebriti, ahli politik atau tokoh yang terkenal. Dia hanyalah seorang gadis berusia 14 tahun, menurut dan mendengar kata kami, seorang pendiam, disayangi teman-teman di sekolah, meminati siaran kartun dan salah seorang peminat K-Pop juga tetapi bukan terlalu taksub dengan laman web sosial facebooknya jauh sekali memiliki blog! Apatah lagi email dan password anak-anak saya turut saya ketahui untuk dipantau.

Apa lagi kata-kata mujarab yang boleh kami berikan kepada anakanda kami hanyalah supaya dia bersabar, bersabar dan terus bersabar dengan segala dugaan dan ujian ini. Berdoalah kerana doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah SWT.

Wajarkah kemaafan kami berikan kepada mereka yang membuat hidup anak saya menderita?
Wajarkah kami melupakan begitu saja pada semua komen yg menghentam (lebih dari 1000)itu?

Wajarkah kami menutup sebelah mata…oh kerana mereka itu semua anak-anak yg rata-ratanya berumur 9 tahun – 18 tahun?

Wajarkah saya hanya mendiamkan diri sahaja dan berharap semuanya akan reda nanti?

Wajarkah saya menutup kes, tutup cerita?

Saya yakin, kebenaran itu akan tiba. Allah itu Maha segalanya.Kami memang cukup bersabar dan redha. Sebagai seorang Islam dan seorang ibu juga saya amat sedih dengan sikap anak-anak ini. Mungkin keluarga mereka pun tidak tau. Ya, biarlah Undang-undang mengadili mereka sebagai pengajaran kepada semua.Selebihnya di sini, biarlah Pihak Polis melaksanakan tugas mereka kerana kami masih yakin dan percaya kepada pihak Polis dengan kesungguhan mereka.

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…….TIDAK TERKATA-KATA DIBUATNYA.

* * * * * *
Hazrey: Sejak kes ini dipaparkan, terlalu banyak komen TIDAK RELEVAN yang tak lebih menunjukkan mereka juga pembuli siber dan cuba menarik perhatian dengan asas asas yang kosong. Aku pun tak perlu nak sebut satu persatu nama pemberi komen ini semua sebab they don't deserve any recognition to this blog.

Trust me, when they trolled our comments, sebenarnya mereka mencari perhatian dan mengharapkan kita semua akan pergi pada mereka dan memeluk mereka serta menyanjung mereka atas komen komen yang tidak relevan dan defensif yang sangat lembik dan turut memaki hamun.

Contoh yang terbaik ialah seorang pembaca/peminat kpop yang pada mulanya turut copy paste Surah AlQuran tetapi apabila ada pembaca yang lebih matang mempersoalkan hujah kosongnya, dia mula memaki hamun dan memanggil nama. Sebab tu aku cakap, aku menganggap mereka yang suka copy paste di internet ini adalah golongan sampah. Yes you know who you are. Tolong jangan menitis airmata ya, Fidoz. And yes, that is for you. Dan ya, anda boleh saman saya kerana memanggil anda sampah. 

Dan ikut analisa aku, mereka mencari perhatian di blog ini. Sampah memang macam tu. Apabila kita menjawab komen mereka, dengan tujuan memperbetulkan sampah sampah ini, mereka rasa sangat seronok kerana menganggap hujah sampah mereka bernas. Sebenarnya tidak, kita hanya berniat memperbetulkan hujah sampah mereka. Yelah kalau salah masuk tong, tak boleh nak recycle dah. Dan ya, sampah ini adalah lifeinside86. Ini juga sampah.

Dan sampah sampah lain adalah mereka yang lari dari isu, termasuk mendakwa posting aku menghentam genre kpop ini. Lantak kaulah nak melingkup ke, nak mengandungkan anak orang dengan kpop kau ke, aku bukan peduli pun tapi when you bully this niece of mine, you messed with the wrong guy.

Like Abang Zul said on Mazidulakmal's blog, we deal with the real world, while you, yes you sampah sampah semua, feels that you are hero only on the net. Nothing more. But in real life, you are a sampah.

Tetapi ada juga peminat kpop yang sudah menitipkan rasa kesal mereka tetapi yelah, we need to create precedent. Say NO to cyber bully !! This shall be a good example. But not to those sampah sampah sebab mereka akan terus berlayar di internet untuk menulis sampah sampah mereka.

I have got nothing against Kpop. Neither do Amira Afiqah or our family. It is just music. Because of all the stupid and sampah komen, it is just adding salt to the wound.

To everyone else, that continue to support us, thank you from the bottom of our heart!



32 comments:

Lady Windsor said...

Wish Amira cepat pulih dr trauma...pls be strong girl!

Azrul Hisham said...

to Amira...be strong girl...

naj_berrygurl said...

wish Amira sihat sentiasa.

Dan, yes, doa orang2 yg dianiayai insya-Allah akan dimakbulkan oleh Allah.Teruskan berdoa, moga2 dipermudahkan jalan oleh-Nya.

naj_berrygurl said...

moga2 Amira sihat.

Dan, yes. Doa orang2 yang dianiayai insya-Allah akn dimakbulkan oleh Allah. Teruskanlah berdoa agar dipermudahkan jalan oleh-Nya.

Ayu Azuri said...

Semoga adik Amira tabah menghadapi dugaan ini. . .berharap dengan sedikit kekuatan yang diberikan walau dengan sebaris ayat dapat mengembalikan semangat adik Amira untuk terus melangkah ke hadapan . . .semoga lekas pulih dari trauma . . .

Kyohei Akimaru said...

we pray for Amira,hope she fine and the hackers baliklah ke pangkal jalan...apa salah dier,sedangkan nabi ampunkan umat...maafkan dier...dier terseksa...semoga amira dan keluarga tabah dan menjadikan tragedi ini sebagai ujian Allah swt dan pengajaran buat semua...

Mezzaryu said...

Buat adik Amira, it sounds cliche but bersabarlah. Your families are there to support you. Keep on smiling and remember, kalau seorang bencikan adik, masih ada lagi 100 orang yang sayangkan adik. Just let the haters be. They are immature, tak berfikir dengan pemikiran rasional, entah-entah tak baligh lagi. Ingat ye adik Amira, Allah bagi dugaan dan ujian ini buat adik sebab Dia nak kita jadi kuat. Tak semua orang lalui apa yang adik lalui. Jadikan ini sebagai salah satu pengalaman adik dalam menghadapi cabaran hidup yang akan datang.

To Uncle Hazrey, saya sangat-sangat menyokong uncle dengan tindakan uncle dengan membuat laporan polis. This is how we educate these kids, especially kids in these days. We need to do the harsh way, baru mereka akan sedar apa yang mereka buat bukannya perkara kecil. Good job!

To Amira's mother, keep on motivating your daughter. She needs you and wants you to support her. As her mother, I'm pretty sure you know what you should do. Kami akan sentiasa doakan Amira agar dia dipinjamkan kesabaran, kekuatan dan ketabahan dari Allah.

:)

MiSs ALucaRd said...

im a teen as well. but this is stupid. really stupid. not to mention most of them are muslim and muslimah, who wear tudung (and at the same time have such a colourful language. kudos for them! agaknya kecik2 dulu mulut x pernah kena cili, kena cubit kat bibir dengan mak ayah sebab guna offensive words. even the word 'stupid' is a taboo when i was little. =_=) i have my idols and fave artists as other youngsters out there, but at least, i know my limit. im not doing much, and my words may not comfort Amira, but at least Allah is always listening. Allah Maha Mengetahui, dan Dia tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika Dia tahu hamba Nya tidak mampu menghadapi ujian tersebut.

ayunda maajis said...

kesian dia..byk manusia pelik2 kt dalam dunia ni..hurm

Breakeven said...

~ utk ibu amira...proceed dgn apa yg puan rasakan betul...okey ?

puan kene kuat..utk amira...

BloG ImbA - Memang ImbA said...

kepada peminat2 kpop yg smangat sgt hentam amira... korang tau tak bpe byk artis kpop yg bunuh diri sbb tak tahan lagi ngan cyber bullying... u guys are making the same mistake.. nasib baek adik amira nia de family n frens tuk sapot dia.. kalo tak.. mgkin korang sume da rosakkan hidup sorg bdak berumur 14 tahun.. think before u write...

Azimiza said...

AKu seorang peminat KPOP tapi aku rase normal la kalau ade yang x suka... bukan semua kumpulan KPOP tu bagus sangat. Ade yang harapkan muka je..

Thruth hurts...

nirzaness said...

Haha , nasib baik saya baca lu abang hazrey nie cakap blog tu kene hack xDDDDD
Kalo tk , trok lah saya , muahaha xD
Smoga Mira Jangan jadi traum dah , mira jangan bubuh profile picture gambar real , sumpah nanti orang ambik lagi . Abang Hazrey kalo dah jumpa orang tu , bagitahueh ? THANKS ~ XD

Alia Natasha said...

hmmm, kesian dekat mira >.<
semoga mira cepatt sembuuhh .

tahun depan kan nak Pmr ? sama macam sayaaa :) sama sama la dapat 8A's baruu syok ;)

Assalamualaikum

AkaZukii ChaCha said...

da kenapa budak2 sekarang...kesian kat niece abg and yes they messed with the wrong guy,biar jadi pengajaran. stand up and say no to cyber bullies!

Yoshikuni Sachiyo said...

comel la amira . hikhikhik . err , papepun why ohh why ad owg yg snggup wt cmni ? curi gmbr org , hack fb org .. eii .Dunia skrg mmg dh x slmt lngsung .. slalunya mssti remaja prmpuan yg kna bnda cmni,ape slh kami ?

to amira : gomenasai ~ akak(cehh,akak..hehe,biarla..umur kita beza 2 thun je) ad bce psl blog uhh tpi xlh komen(sememangnye sy sgt mls dlm bab-2 memberi komen).well , mulanye akak mrh gak aa coz kutuk-2 kpop(yela diorg xwt slh pape pun,diorg xknl pun awk,sy n smua pminat kpop nih..hikhik). akak mngaku akak ad gak luahkan rse xpuas hti tpi xla smpai gna prktaan lucah/cacian or etc(cma 3,4 ayt je). then kwn akak bru share bnda nih kt akak .time akak bce uhh akak dh rse cm nk nangis dh(yela,akak nmpk je gns kt luar tpi dlm hti x)sifat kite sbnrnye cm sme gak aa (prsn) . mse tdi akak bce mmg akak rse nk g cri awk n mntk maaf!(tpi xtau amira dduk kt mne,so xpyhla)..huuu,awk..akak mntk maaf ehh?Akak pun prnh mngalami kjdian yg lbih kurg sme cm amira(btol nih,x tipu)..hrp-2 amira pulih drpd trauma uhh,D':(sedih bila bce ape yg en.hazrey nih tlis,rse nk hantuk kpla kt dinding pun ad..seriously)..uhm,so tu je la yg akak nk bgtau .klu tlis pnjg-2 nnti jdi karangan plak(bm akak mmg xlps,kekeke..bnyk bnda mngarut akak tulis)skali lgi ...GOMENASAI or dlm bhse english nye IM SORRY(kot?)

KinosKoko said...

semoga cepat sembuh..rakan2 blogger ni cuma bole doakan amira and bersabarla...kebenaran pasti menang jugak nanti.. :)

ZacElla LOve Papa said...

Salam , aku ade jugak bace blog yg FAKE tu..

Actually aku pun 14 thun gakk.. Agak terkejot sbb bnda serius ni boleh jdi kt bdak SEBAYA dgn aku..

Poor her :(

Amira , keep strong !

landaklaut said...

Semoga adik amira cepat pulih. Harap dia tidak patah semangat dan kuat menghadapi cabaran. Amin.

NXXB said...

Hai. Gua jumpa blog ni drpd kawan2 gua.

kesian Amirah Afiqah. tak pasal2 jadi mangsa kpork.

kak, pedulik apa dengan budak2 kpork ni. they hv guts to talk thrash on dlm blog je. budak-budak.. tak matang, belum mumayyiz. kah3 they r just total losers.

Charlie's Belle said...

May Allah will keep you safe and sound dear. Am so sorry you're being bullied and being the subject of a fake blog..plus have to deal with naive and really stupid KPOP fans out there. Don't let those threats stop you from having a good life ahead k, Amira.

otosan said...

“Jika ingin melihat masa depan sesebuah bangsa, lihatlah generasi muda mereka.”

Allahurabbi. baca komen2 di post sebelum ni dgn kes yang berkaitan.. mereka mempertahankan MUSIC dan GENRE tersebut seolah-olah satu PEGANGAN HIDUP yang mesti dipertahankan?

Generasi begini?

Kalaulah bab agama mereka dihina dan mereka pertahankan sebegitu rupa oklah jugak. Ini benda yang sekadar hiburan bagaikan jadi pegangan dipertahankan sehabis mungkin.

ada yang bercakap tentang hak. Hak apa untuk memaki hamun? Hak untuk mengugut? Hak sesama muslim pun dah terbunuh walau sekadar senyuman.

Semoga amirah tabah. Maybe uncle boleh hantar pegi terapi kaunseling atau jumpa ustaz-ustaz untuk sama-sama kita usaha kembalikan kehidupan normal amirah.

AsNiza said...

salam wbt..

selawat dan salam buat nabi junjungan. pertama sekali, saya tumpang bersimpati atas apa yang dialami oleh adik amirah dan keluarga.

saya bukanlah sesiapa, sekadar 'terserempak' dgn blog pakcik amirah dan terbaca entri ini - pengakuan ibu bapa amirah.

singgah untuk berkongsi. awal2 minta maaf ya kalau2 nanti tersalah kata tersilap bicara, saya pun manusia biasa yang banyak kekurangan..

well, sekadar pesan saya. past is past, gone is gone. benda dah jadi bukan boleh di ubah lagi. masa yg dh berlalu, tak mungkin boleh diundur. yg lebih penting adalah, move forward - fikir ke hadapan, bagaimana cara untuk mengatasi permasalahan yang telah terjadi dgn lebih positif.

benar - kaca yg dh pecah, tak boleh dicantumkan lagi.

tp manusia, yang diciptakan Allah bersifat sempurna, insyaAllah boleh diubati.. harus yakin kpd kekuasaan Allah.

sbg ibubapa, yg paling rapat dgn amirah, kalian org pertama yang harus POSITIF. lihat segala 'musibah' dr sudut yg positif - dan seterusnya 'MEMPOSITIFKAN' anak anda..

kalian yg melahirkan, dan membesarkan anakanda, seharusnya lebih dekat dengannya, tahu kelemahan dan kekuatannya - gunakan kekuatannya itu untuk mengatasi kelemahan!

saya pernah terbaca kisah, di suatu pulau, untuk buang pokok yg mereka tak mahu, mereka tak perlukan kapak atau gergaji.

apa yg mereka lakukan, mereka beramai2 keliling pokok itu, kemudian setiap orang mengeluarkan kata2 makian, cacian, sumpahan terhadap pokok itu.. akhirnya pokok itu mati dgn sendiri.

wallahua'alam.

kita manusia pula, kalau selalu di berikan dengan kata2 negatif, makian sampai 1000 komen, mungkin boleh 'mati' juga.

jadi, sebelum terjadi begitu, cepat2 kasik baja pada pokok itu, siram dengan air, bagi udara dan sinaran matahari yang cukup..

anggap saja perkara itu sbg satu mimpi buruk. yg datang dan pergi bila mata dibuka. try your best to erase the bad memory. doa. doa. doa.

jgn 'dilayan' sangat perasaan buruk si anak - jgn buat dia rasa dialah manusia yang paling malang. she is not.

di somalia, palestin, bosnia, dan banyak lagi org yg jauh lebih susah drnya.. apalah sangat sekadar 'kata2 kosong' manusia yang tidak tahu menghormati.

tulis nama atas pasir. angin datang - nama pun hilang.

belajar untuk memaafkan, kerana bila memaafkan, kita tidak menguntungkan org yg bersalah - tp kita sebenarnya berbakti pada diri sendiri - mengubat hati sendiri.

harapkan ganjaran dari Allah, itulah yang sebaik2... hidup kan sementara, mati itu yg abadi :)

akhir kata. be strong. and positif always! may Allah helps u.

sekali lagi, maaf segala salah dan silap..

wassalam

kakkumei said...

saya cadangkan delete facebook page Amirah, stay away from facebook/blogs, pastu sentiasa browse /b/ untuk menambah tegarkan hati terhadap trolling. atau, boleh join channel #lurk kat irchighway (IRC). We always welcome underage girls...

NGEHEHEHHEEHEHE! :P


*hugs Amira* don't worry, best thing about internet is, if it gets too tough, you can always delete it.

Nur Alia Syuhada said...

Semoga cepat semuh kepada Amira daripada traumanya.

maCy said...

sorry. never know. bukan peminat k pop dan sedang sibuk lama tak ikuti perkembangan blog.

buat yg berkenaan, bersabarlah. dunia blog ni memang macam ni. yg teruk dikeji, yg menghentam yg buruk secara keji diangkat tinggi.

bertenanglah..

moga segalanya baik2 sahaja..

Nadia Is Cute said...

I support your effort against cyber bullying.

On another note, I just visited the blog. There were so many comments removed by the author and leaving only the nasty ones there. Nampak sangat niat jahat 'blog owner' tu. Mereka lupa yang membenci itu adalah perangai syaitan, mungkin.

And yes, it's only music; so why the fuss.

Hazrey said...

kakkumei;
hahahah, how the hell did you ended up here. /k/ when i saw your name, i know this gonna be fun. hahaha.

keji lawak tu, an insult to me for being irc generation. tua aku doh. hahahha. eh ada lagi ke irc? hahah

kalau hujan kat luar, sila berdiri diam diam agar petir mudah cari sasaran ya. hahahahah

Helen said...

Hello, I stumbled upon this blog while FB-ing, and all I have to say is that those kids need to get out the house and breath the fresh air a little bit.

They may have their reasons for lashing out, but nothing warrants anyone to cyber bully.

^^ Random comment from a random person walking by.

Semoga Adik Amira dan keluarga will stay strong through all of this.

Saf Min Joon said...

i'm sorry...hope amirah cpat sembuh...i really hope u can forgive me...

Langkasuka said...

Harap2 semua cyber bully tu disiasat polis. w'pun masih budak2 lg adalah dibimbangi akan jadi lebih dasyat. patut ker sebab benda kecik nie boleh siap nak ancam bunuh. Bodoh punya budak2 k-pop. Nak mai bunuh aku, mai lah klu berani....

DiArY dHatie said...

Salamalaik...
Anaknda Amira, ujian Allah akan datang tanpa mengira usia, dimana dan kenapa. Percayalah anaknda amira, disebalik kepahitan itu ada hikmah yang Allah sediakan. Di kala ini jangan terkurung dalam kemurungan anaknda. Sentiasa berwuduk dan alunkan zikir-zikir penenang jiwa. satu sebutan subhanallah...Allah sediakan sepohon yang rendangnya sejauh 700km larian seekor kuda. Allah mahu menguji. Orang yang diuji tandanya disayangi ALLAH. orng yang diuji tandanya martabatnya ditingkatkan oleh Allah...
Kepada yang mengutuk ingatlah...kesalahan antara kamu dengan ALLAH masih terbuka luas pintu keampuan sehingga datangnya kiamat tatapi kesalahan antara kamu sesama insan lain selagi tidak dimaafkan oleh org yg kamu sakiti hati dan fizikalnya maka menanggunglah kamu sehingga dihari pengadilan...jadikan iktibar sementara hidung kamu masih diberi peluang menarik dan menghembus udara...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.