Saturday, December 10, 2011

#781: FOKUS PADA ISU.

Assalamualaikum dan saya harap semua yang singgah di sini sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Honestly, saya semakin bimbang dengan remaja hari ini. Mereka bagai anjing menyalak bukit. Mereka menjadikan tempat ini sebagai medan menunjukkan ketidakmatangan mereka sehingga menjelekkan kalangan dewasa yang berakal lebih baik di sini.

Melihatkan kepada cara argument KOSONG yang ditulis, saya sangat kecewa. Kecewa kerana mereka tak ubah seperti balaci dan barua parti politik di blog blog politik.

Hakikatnya, kita perlu faham, kanak-kanak yang bersungguh-sungguh dengan tulisan KOSONG mereka di kedua-dua posting sebelum ini membuktikan kepada kita, banyak kegagalan pada pendewasaan mereka. 

Jiwa mereka kosong. Begitu juga akal mereka. 

Mereka ini sebenarnya menampakkan dengan jelas, sympton depresi yang akut. Dan kepada ibubapa kanak-kanak ini semua, jika di rumah mereka mempunyai symptom berikut, bawalah mereka berjumpa pakar rawatan depresi.

1. Merasa sedih, gementar dan mudah bosan

2. Tidak bertenaga, merasa penat dan fatique (kemungkinan melayang akibat pengaruh dadah juga perlu diambil kira)

3. Tidur tak cukup atau terlebih tidur atau kerap berjalan di waktu malam

4. Hilang penumpuan

5. Hilang minat terhadap hobi, keluarga dan kehidupan sosial

6. Keyakinan diri yang rendah dan sering merasa bersalah serta tidak berpendirian

7. Kesakitan tanpa asas fizikal seperti dada/kepala/perut yang berkait dengan kemurungan

8. Hilang minat dengan kehidupan, sentiasa berfikir mengenai mati atau membunuh diri

Dan ramai yang saya lihat memiliki symptom di atas ketika membaca komen mereka. Tak lebih dari itu. Yakinlah, mereka mendapat simpati dari saya.

Lazimnya, depresi adalah berikutan pengalaman traumatik penghidap seperti kesedihan melampau, menghadapi masalah perhubungan dengan teman wanita/lelaki, masalah kewangan atau pernah dibuli.

Mereka juga memiliki mood disorder. Dan ini juga kita sudah dapat lihat dari cara penulisan mereka.

Saya kini berada di ibu kota untuk beberapa tugasan yang sangat penting dan seharian semalam berlari-lari notifikasi menjengah telefon bimbit saya akan setiap komen kosong dari kanak-kanak kekurangan perhatian dari orang dewasa. Mereka kurang perhatian.

Ia turut menyebabkan bateri telefon bimbit pantas kering.

Saya tersenyum dengan setiap komen yang terbit dari pembaca dewasa. Anda sudah cuba. Anda cuba mendidik namun jelasnya kanak-kanak ini sebagaimana mereka di sekolah gagal di sekolah, bakal dalam hidup mereka. Saya doakan hati mereka akan terbuka supaya salakan kosong mereka pada rembulan tidak terus kedengaran.

Kakak saya, ibu kepada Amira Afiqah melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan ini. And I myself cannot deny having the same frustration.

Nonetheless,saya sangat berterima kasih kepada rakan rakan dewasa berakal yang CUBA untuk memberi sedikit hakikat dan hakiki kepada kanak-kanak ini. Ya saya tahu, anda meluat, menyampah dan rasa seperti hendak beritahu ibubapa mereka akan sikap anak anak mereka. Insyaallah, saya akan cuba dapatkan email ibubapa kanak-kanak ini dan berkongsi dengan anda agar dapat kita berikan pandangan dewasa kita kepada ibubapa kanak-kanak ini. Berikan saya masa.

You were being very supportive to us. Ramai sangat saya nak sebutkan di sini.

And the latest development today from the police is something that we've been looking forward to. 

Kepada adik adik yang meningkat dewasa, sekali lagi, dewasakanlah akal adik adik jika ingin dipandang dan diterima sebagai orang dewasa. 

Kepada adik-adik yang tampak matang, saya ucapkan tahniah, adik-adik bakal menikmati kedewasaan positif yang bakal menjanjikan masa depan yang baik, Insyaallah. Adik-adik berjaya menjaga nama baik ibubapa adik dan janganlah terpengaruh dengan rakan-rakan yang akalnya kosong. 

Saya akan pulang ke Johor Bahru sebentar nanti. 

In the meantime, ingat adik-adik - Janganlah jadi anjing menyalak ke arah rembulan, kerana ia tidak mendatangkan hasi, tidak mendatangkan kemarahan pada kami. 

Dan kepada adik adik yang sudah meninggalkan komen berbentuk kegusaran, pastikan adik adik bersedia dengan consequences nya. Tak perlu saya jelaskan, tapi tanyalah pada rakan rakan yang lebih dewasa akan akibatnya. Mereka mungkin boleh memberi sedikit petunjuk.






24 comments:

Akim Iqbal said...

Itulah abang dah cakap, lain kali kalau nak buat apa2 fikir dahulu.

Nisya said...

Memang betul anak-2 sekarang sudah berubah dengan mendadaknya. Tapi bagi saya, tukang-2 komen tu tak tahu bahawa amira kene troll. Kita tak boleh nak salahkan tukang komen tu jugak.
If mereka terlebih dahulu tahu tengtang troll ni mungkin mereka tidak akan post komen-2 yang tak sepatutnya. abang saye juga sorang anggota polis. kalau ada ape-2 mungkin saye bolh bertanya berkenaan hal ni dekat dia. saya akan cuba dapatkan maklumat apa tindakan yang sepatutnya untuk mereka yang komen.
mungkin hanya teguran atau amaran sudah memadai. hal ini tidak perlu lah di ambil secara serius. saye rasa tindakan patut diberikan kepada dalang yang mengabaikan amira. ni hanya pandangan saye. harap tak terase hati. tapi saya harap sangat berikanlah peluang kepada anak-2 yang masih belum matang tu (pengomen-2). mereka masih belum mengenal dunia.

Puaka Anglerz Tribe said...

smti

Nina said...

do unto others as u would have them do unto u. malu lah korang ni,some of u are even much,much older than i am (you guys left too much internet print to let me know your details and dirty secrets). kalau takut sangat ombak melanda,jangan berumah ditepi pantai. and try to have some remorse guys. if that's something u cant do, i sincerely scared for your future.

all the best wishes for your family,hazrey. i hope amira will be able to put this behind her. that is my biggest concern on this matter. this is a scary thought to know that my malaysia is emulating korea/japan internet-bullying wise when we're not even half as good as them in any other aspect that we should've had.

Fyfy Fyqa said...

Teruskan saya katakan, saya lebih eager utk mgetahui siapakah dalang disebalik blogger tersebut. :3 Adakah polis masih investigate dan mcari IP blogger tersebut?

Zulfikar Hazri said...

Budak-budak yg selalu diri tidak penting mendapat perhatian dan boleh menjadi pahlawan dalam internet.


budak2 yg sebelum ni terkinja2 di dalam hati bila suka Kpop atau sesuatu mula dapat meluahkan keterujaan di dalam internet.

budak2 yg tak suka dengar nasihat mak bapak kakak abang cepat2 lari masuk bilik layan internet.


budak budak pasca moden ni, mempertaruhkan semuanya pada intenet..


sudahnya? apa pun tak boleh!

Tun Teja said...

Mungkin ada sebab kenapa Amira diperlakukan sebegitu. Kena semak diri sendiri juga. Harap menjadi pengajaran buat semua.

Cieri said...

I had forwarded this matter to my mum who is working as a teacher. She also said that she would try to give a talk to her students on digital ethics and cyberbullying soon. but before this, we need to do some research on this and I really hope that we can deliver the talk as soon as possible.

The Conversationalist said...

I really hope that these kids will someday understand the effect to the action that they've done. All actions will come with the consequences. And part of adulthood is to man-up to your mistakes. And since kids nowadays are so keen on becoming adults, that what you guys have to do.

To adik Amira, I hope you will stay strong. Take this as part of your life experience. Find solace in the people who love you, which I'm sure you have a lot of.

Hazrey said...

Nisya: tidak tahu bukanlah lesen untuk menggunakan kebebasan menulis di internet sbg ruang untuk menulis sesuka hati hingga mengakibatkan kegusaran. Since your brother is anggota polis, cuba tanya dia apa itu seksyen 507 kanun keseksaan. Nisya, saya sudah menjadi wartawan jenayah semasa awak masih berlampin lagi, maka saya rasa tak perlu nisya bersusah payah memberi panduan.

Alasan tak tahu adalah satu alasan yang sangat tidak relevan. Saya tak perlu mengulangi apa yang saya sudah tulis sebelum ini mengenai alasan yang sama.

Apapun, ini akan menjadi teladan kepada semua ibubapa untuk mengawal anak anak manakala anak-anak pula, jangan terlalu ghairah untuk menjadi losing hero. :-)

Harap apabila diambil tindakan, keadilan untuk amira afiqah akan menjadi contoh untuk mengurangkan cyber bully. Ini termasuk terhadap individu yang menggunakan identitinya.

Hazrey said...

Hi Tun Teja, well, if she is nakal, she will definitely gets it from me, but being her uncle, i know she is one adorable niece, obedient and kpop lover too!! Epic tak? Yes, she likes kpop too!

Not trying to be defensive, her naughtiness is not as severe or out of control, that i can vouch. Terima kasih for ur opinion.

hyukloveslatte said...

ini perucapan maaf dari saya. saya minta maaf banya-banyak dari komen-komen saya sebelum ini. http://swaggerprincehyukjae.blogspot.com/2011/12/minta-maaf.html
harap encik maafkan saya. dan saya harap komen ini tidak disiarkan. terima kasih

Scorpio Girl said...

ketabsuban terhadap sesuatu adalah sesuatu yg tidak boleh diterima akal...dan bila ketabsuban itu melampui batas,wajarkah kita sebagai yg lbh tahu hanya berpeluk tubuh dan terus2an membela sesuatu yg terang2an salah?mgkin agak cliche,tapi sebab perkara ni berlaku pd anak org lain,kita mudah pandang enteng.kalau erlaku pd darah daging sendiri-baru tahu langit tinggi rendah.."tidak tahu" bukanlah alasan utk membiarkan anak2 muda ini lepas begitu sahaja.saya setuju-kira mereka diberikan pengajaran yg setimpal dgn impak terhadap pihak yg terkena.tiba masanya masyarakat memainkan peranan yg lbh besar dr sekadar "pandang & lihat"...buat anak2 yg terlibat-harus belajar & sedar setiap tindakan ada timbalbalasnya..jadi belajar utk lebih berhati2 dlm perbuatan! ada baiknya juga berita/isu ini dibawa ke muka pengadilan buat semua di luar sana (saya seorang ibu beranak 3 yang sendiri gerun dgn trend anak3 zaman sekrang.semoga didikan saya cukup buat anak3 mengharungi hidup
mereka tanpa perlu meninggalkan impak sebegini negatif pada org lain atas hal remeh sebegini) To u hazrey,tq for highlighting this issue so that parents are now able to
accept the hard fact that we,beyong any doubt,should play an active role in our children lives than just pushing them to the cradle of the internet world...

Abang Zul said...

Dah letak sebesar besar tajuk :: FOKUS PADA ISU.

Duk tak paham paham jugak ... duk nak membela puak yang dah buat benda tak betul tu.

Senyap sorang, datang lagi sorang.

Nampaknya sehari dua ni Blog Inche' Hazrey menjadi tumpuan remaja tu...

Pakcik pakcik macam kami ni, kena step aside la dulu... hiks!

By the way, aku rasa la... depa tak pernah jumpa dan baca entry Tuan Tanah Blog ini sebelum sebelum ni. Pasal tu depa duk meroyan nak meng'educate' Pakcik Hazrey. (opps!)

Kalau la depa kenal sapa si Not So Gegula tu... weee... !

Ok, serius : Harap ko tak lemah semangat dalam meneruskan perjuangan, terutamanya dalam kes sebegini. Mostly orang akan kata 'kes terpencil' tapi sapa yang kena sapa yang merasa.

Kena batang idung sendiri baru tau - Atau... yang duk membela tu,memang kena batang idung dia pasal ada sangkut paut dengan blog tu? hmmm... (sambil garu dagu-angkat kening sebelah)

El said...

diorang still dalam stage hidup suka memberontak. and internet seolah2 jadi medium untuk dorang let go of rebellious thoughts dlm otak yang tak matang tu. dissapointing sebab parents tak bagi proper home education.


btway bro hazrey, macam mana progress siasatan tu?

anyss said...

Assalamualaikum,
saya harapkan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Mungkin dah sampai masanya kita lebih prihatin dengan remaja kini sebelum masalah lebih berat perlu masyarakat kita tanggung kemudian hari.

Silvery Wind said...

Been silently following the related entries.

I'm shocked how those kids defend their obsession like it was their religion, which is downright scary. I guess that's what happen when you only utilize internet solely for entertainment rather than expanding your view of the world.

landaklaut said...

Ignorantia juris non excusat. ignorance of the law does not excuse" or ignorance of the law excuses no one. Tidak tahu undang-undang tidak bermaksud boleh terlepas dari hukuman. Tidak kira berapa pun usia. Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati bila meluahkan pendapat.

landaklaut said...

Ignorantia juris non excusat. ignorance of the law does not excuse" or ignorance of the law excuses no one. Tidak tahu undang-undang tidak bermaksud boleh terlepas dari hukuman. Tidak kira berapa pun usia. Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati bila meluahkan pendapat.

DeLancrettLurpak said...

aku sukaaaa!! cepat kementerian pendidikan, bagi ceramah cyber rules and what not pada budak2 ni.

Sama lah rules memandu dgn menulis di alam cyber.. kalau memandu kereta, kita kena bertanggungjawab kalau accident ke kann.. kalau menulis, kena la bertanggungjawab jugak..kang buat rules "hanya boleh berblogging pada umur 17tahun ke atas" kang, sentap pulak budak2 ni...

azieazah said...

Banyak pengalaman dan iktibar dapat dikongsikan bersama.

And I know, U sendiri belajar banyak perkara dalam hal ini.

Parenting.

Thanks.

Tun Teja said...

Sama-sama Encik Hazrey....saya tak kata Amira tu nakal...tapi mungkin ada pihak tertentu ni yang jelous atau terasa hati atau dendam, lalu mengenakan Amira dengan cara sebegitu. Saya, sebagai guru turut simpati atas yang terjadi padanya. Saya kena buat sesuatu kepada murid-murid saya juga agar jenayah buli di alam maya dapat dikurangkan. Saya dah baca blog Budak Rabbit tu...apa-apa pun, saya berdoa agar kes Amira dapat diselesaikan dengan segera. Harap encik Hazrey bersabar dan jangan beremosi sangat...kami di sini hanya memberi pandangan sahaja. Maaf jika ada yang tersinggung..Saya faham dengan kerjaya wartawan tu bagaimana...Nanti, kalau budak tu dah kena tangkap, tolong siarkan mukanya...nak tengok juga budak Tasek Utara ni...buat malu orang Johor je...salam.

9W2HRZ said...

suka dengan komen akak kat atas tu "budak2 ini tak tahu bahawa amira kene troll".

Kalau tak tahu pun beradab kah caranya? Dan yang penting perlu kah?

saya selalu berpesan pada diri sendiri dan adik2, Nak komen apa2 berfikir dulu. Di blog hazrey ni pun aku nak komen berapa kali baca brapa kali re-edit. Takut orang membaca akan tersilap faham.

FYI, Di universiti sekarang dikenalkan ceramah atau bengkel pendek berkenaan digital ethics (include cyber bullies, plagiarism, etc) dan saya adalah salah seorang trainers untuk program tersebut. Yup saya setuju dengan apa yang disarankan. Perlu pendedahan kepada anak-anak ini diperingkat sekolah lagi.

Harith said...

Assalam Uncle Hazrey. I want to say sorry for what I've posted on the the other day. I can see my ignorance in my comment.

Teringat akan kata-kata Ustaz Hazrizal yang mana, penjagaan etika penggunaan bahasa to the people who we are addressing, terutamanya di dalam penulisan perlu diambil perhatian sewajarnya. Tidak boleh di ambil remeh.

I will try to be more mature in the future. Though the environment I'm living now, especially the school and asrama, are lack of people who are talking, discussing, and emphasizing on intellectual issues. Alasan ini mungkin irrelevant because after all, ia tetap alasan. Just a point to prove how, we students nowadays.

But InsyaAllah, I will try my best. Pray for me.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.