Sunday, September 11, 2011

UPDATED - #742: SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 
Salam 1Malaysia Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai,

Terlebih dahulu, saya ucapkan jutaan penghargaan terhadap segala usaha kepimpinan Dato Sri mengemudi Kementerian Kesihatan dan banyak kenyataan kenyataan Dato Sri yang saya lihat berhasrat meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan untuk rakyat Malaysia.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato Sri kerana sudi menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya pada saya dan keluarga tempohari. 

Ya, sebagai seorang pengamal media elektronik bertugas di Johor, saya berada dalam senarai penerima Dato Sri!

Dato Sri, surat ini akan mengambil sedikit masa untuk dibaca namun saya percaya ia mewakili suara pelbagai golongan rakyat terutama yang sering menggunakan perkhidmatan kesihatan yang disediakan hospital kerajaan. 

Pada 2 September lalu, Malaysia sudah menerima pujian dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mampu diakses rakyat. Tahniah kepada Dato Sri.

Sebagai rakyat yang sentiasa yakin dengan kerajaan yang sudah dipilih, peruntukan subsidi antara RM14 dan RM16 billion setahun bagi menyerap 98 peratus kos perubatan dan kesihatan bagi rakyat, ia adalah satu janji yang ditunaikan dengan baik kerajaan yang memerintah.

Melaluinya, WHO turut memuji sistem mengenakan hanya RM1 bagi mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.

Bagaimanapun Dato Sri, kita seharusnya tidak leka dengan pujian itu, kerana pada hakikatnya banyak lagi yang perlu diperbaiki terutama dari segi perkhidmatan yang disediakan petugas petugas hospital, bagi semua peringkat.

Baru-baru ini, adik ipar saya dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru selepas didapati mengalami jaundice (sakit kuning) dan beberapa siri pemeriksaan DIDAKWA dilakukan pihak kardiologi kerana pesakit sebelum ini melakukan pembedahan pemindahan injap jantung.

Sejak dimasukkan pada 15 Ogos 2011 ke wad berkenaan, pelbagai kesulitan terpaksa dilalui adik ipar saya yang juga seorang pegawai kerajaan.  

Kesulitan ini termasuk usaha suami beliau untuk mendapatkan pengesahan tentang kondisi atau status kesihatan isterinya sukar diperolehi. Setiap kali suami pesakit cuba mendapatkan maklumat mengenai status isterinya, beliau dinafikan apabila setiap doktor menunding kepada doktor lain. 

Mungkin petugas di wad kardiologi Blok Cempaka Hospital tidak tahu maksud urgency dan perlunya sifat empathy dalam diri petugas.
Hikmah disebalik semua ini, pada hari terakhir Ramadan, selepas dua minggu pesakit tidak dapat menemui anak anak dan status sebenar komplikasi yang dialaminya masih lagi tidak diketahui, suami pesakit menemui salah seorang jururawat bagi mendapatkan kebenaran membawa salah seorang anak mereka menemui pesakit pada Hari Raya Pertama.

Jururawat yang bertugas membenarkannya dengan syarat ia tidak boleh mengambil masa yang lama.

Suami pesakit bersetuju dengan syarat itu.
Sebaliknya apa yang berlaku, tidak seperti yang diizinkan sebelum ini. Lihat keratan akhbar berikut.


Sebagai seorang wartawan sejak 1994, saya sudah berdepan dengan pelbagai golongan masyarakat yang sering merungut tentang mutu khidmat petugas hospital dan ini diperkukuhkan lagi dengan insiden terbaru ini.

Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Dr Jamaluddin Ahmad menemui kami pada 3 September lalu bagi mencari jalan penyelesaian terhadap insiden ini namun untuk makluman Dato Sri sehingga surat ini ditulis, MASIH TIADA lagi satu jawapan rasmi yang kami terima berkaitan insiden berkenaan.
 
Semasa pertemuan itu yang turut disertai seorang kakitangan kanan hospital, beberapa isu dibangkitkan untuk diberi perhatian pihak hospital:

1. Kenapa status pesakit tidak diberitahu secara khusus kepada suami biarpun sudah dua minggu?
2. Kenapa jururawat yang bertugas di wad berkenaan sering menjerit jerit tehadap pelawat biarpun terdapat poster: Jangan Buat Bising?
3. Mengapa pada satu lagi admission pesakit iaitu pada bulan Julai, pesakit yang turut mengalami jaundice hanya diberikan ubat darah tinggi biarpun pesakit dan suami berkali kali mendesak untuk dilakukan pemeriksaan lebih teliti?
4. Kenapa pihak hospital membawa pelajar perubatan ke katil pesakit TANPA keizinan waris malah turut menghalau suami untuk membenarkan siri belajar dilakukan? Adakah tujuan pesakit dimasukkan ke wad itu hanya untuk tujuan eksperimen?

Manakala bagi insiden dihalang JAGA, kami hanya menganggap ia satu insiden kecil kerana apa yang lebih penting adalah pemeriksaan susulan yang lebih terperinci terhadap pesakit.  

Malah, pada pertemuan itu, barulah satu sistem dibuat iaitu mengeluarkan surat kebenaran untuk membawa anak pesaki ke wad.

Mungkin secara kebetulan Dato Sri, hanya selepas insiden ini disiarkan di akhbar, barulah ada sedikit tindakan yang diambil termasuk memindahkan pesakit ke Wad Kardiotorasik HSA dan di sini, pesakit diberi rawatan yang sepatutnya dan perlu diberi penghargaan.

Malah, apa yang sangat sangat mengelirukan, HANYA pada pertemuan bersama Dr Jamaluddin itu, seorang 'so-called' pakar kardio dipanggil untuk memberikan penerangan status kesihatan pesakit. 

Bagaimanapun, kami sendiri kecewa kerana kesimpulan yang diberikan pakar kardio itu hanyalah "it is a 50/50 situation" seperti tiada jalan lain selain bersedia untuk menerima hakikat bahawa pesakit tiada harapan lagi padahal apabila dipindahkan ke wad kardiotorasik, injap pesakit berjaya ditukar dan pesakit kini berada dalam keadaan stabil, malah lebih baik dari keadaannya ketika dirawat di wad kardiologi. 

Dato Sri, apakah maksud rawatan murah itu turut memberi gambaran bahawa rakyat PERLU menerima dan redha - tahap rawatan juga seperti RM1? Apakah hanya selepas dipaparkan di akhbar, satu tindakan lebih baik dilakukan? Bagaimana dengan mereka yang tidak tahu bagaimana untuk mengadu dan mereka yang sudah lali dengan sikap sikap ambil mudah seperti ini?

Sesuatu perlu dilakukan Dato Sri. Apakah tahap kompentensi pakar kardiologi di wad berkenaan? Adakah mereka layak untuk membuat kesimpulan seperti itu tanpa merujuk kepada pakar lain yang turut disediakan di HSA? Atau mereka tidak tahu untuk merujuk tetapi setelah didesak ketika pertemuan itu, barulah satu tindakan dilakukan.

Satu lagi yang perlu diteliti dengan jelas Dato Sri ialah sikap petugas hospital. Sepanjang tiga minggu saya sering berulang alik ke hospital ini, saya lihat banyak kelemahan yang terpaksa ditelan rakyat yang menerima rawatan malah pada satu ketika, rakyat bagaikan mengemis untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Sebagai contoh, di kawasan menunggu aras satu HSA di mana wad pembedahan turut ditempatkan.

Baru-baru ini saya sendiri melihat satu insiden yang saya kira, jika dilakukan ketika musim pilihanraya, pasti ia akan memberi satu impak yang sangat tak baik. Tapi saya yakin, ketika musim pilihanraya, segalanya akan jadi indah dan baik baik belaka malah setiap aduan akan diberi perhatian berkali ganda lebih baik. Pasti Dato Sri bersetuju.

Seorang lelaki berusia dalam lewat 30-an, yang sedang menunggu saudaranya menjalani pembedahan menggunakan salah satu plug di aras itu untuk mengecas telefon bimbitnya dan bukannya smartphone yang canggih dan mahal seperti milik Dato Sri.
Di depan mata kami, seorang jururawat yang sedang menolak pesakit ke bilik pembedahan, menjerit jerit mengarahkan cas telefon bimbit itu ditanggalkan atau menerima padah dibuang!
Jika kita berfikir sebagai seorang manusia yang waras dan siuman, perlukah jururawat itu terjerit jerit? 

Tidakkah ia sedikit sebanyak membantu waris pesakit jika panggilan diperlukan kepada saudara mara lain jika sesuatu berlaku ketika pembedahan?

Dato Sri tidak perlu menjawab: hospital turut menyediakan telefon awam.  Tak perlu.

Tahukah Dato Sri mahupun jururawat itu, tak semua orang dapat menghafal nombor telefon yang sudah disimpan? Tidakkah mereka terfikir, mungkin waris itu semua datang dari jauh dan ada yang sanggup tidur di kerusi keras di ruang menunggu setiap malam kerana jika berlaku sesuatu tidak diingini, mereka mahu berada di sisi pesakit secepat mungkin?

Saya lihat tiada poster diletakkan bagi menghalang waris yang menunggu menggunakan kemudahan depan mata itu untuk mengecas telefon bimbit mereka. Jika telefon bimbit tidak boleh digunakan, bagaimana pula dengan petugas hospital yang saya lihat turut menggunakannya ketika bertugas?
Jawapan bahawa telefon bimbit boleh menganggu peralatan hospital, pastinya tidak dapat diterima kerana saya sendiri lihat petugas malah doktor sendiri bebas menggunakan telefon bimbit. Adakah telefon bimbit mereka diperbuat khas, berbeza dengan telefon waris waris yang menggunakan telefon murah?

RUANG MENUNGGU WARIS PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN


Saya agak kurang faham polisi mengenai ruang ini. Ada pembedahan kritikal yang dilakukan berjam jam lamanya dan mengambil lebih masa dari tempoh yang tercatat pada notis di pintu ruang menunggu ini. Kami sendiri menunggu sehingga jam 3 pagi ketika pembedahan dilakukan terhadap adik ipar saya.

Kenapa tidak dibenarkan keluarga pesakit yang sedang menjalani pembedahan untuk menunggu? Bukankah ia memudahkan petugas hospital untuk memanggil waris? Adakah waris pesakit akan menyalahgunakan ruang ini? Apa kata Dato Sri periksa sendiri log kamera litar tertutup di mana salah seorang pengawal keselamatan menggunakan ruang ini untuk makan.

Dato Sri perlu tahu, waris pesakit tidak akan suka suka atau berseronok untuk duduk di ruang menunggu ini pada ketika pembedahan kritikal sedang dijalankan.Mereka berada bersama waris terdekat untuk memberi sokongan pada ketika 'life threatening operation'. Bukan ke kerajaan sendiri menggalakkan masyarakat penyayang, tetapi jika di hospital sendiri tidak menggalakkannya, ia satu kempen sampah.

PENGAWAL KESELAMATAN HSAJB / GROUP FB HSAJB

Mengenai pengawal keselamatan HSAJB. Saya sendiri dimaklumkan seorang petugas hospital mengenai wujudnya satu 'group HSAJB' yang turut mencemuh adik saya kerana bertindak mengadu ke akhbar mengenai insiden itu.


Saya anggap ia adalah pendirian rasmi HSAJB kerana group itu menggunakan nama hospital berkenaan dan apa yang menarik, medium group itu digunakan untuk mencemuh waris pesakit dan bergaduh sesama sendiri.

Malah, apa yang saya lihat, berlaku pertengkaran antara doktor, petugas hospital dengan pengawal keselamatan HSAJB. Pelik.


Lihat pada screen capture ini, di mana seorang kakitangan hospital turut MENDEDAHKAN secara terbuka di mana pesakit ditempatkan.

Untuk makluman Dato Sri, group HSAJB ini disalahgunakan secara melampau, bertentangan dengan piagam pelanggan HSAJB antaranya MEMASTIKAN HAL HAL PERIBADI / PESAKIT DIPELIHARA DAN DIRAHSIAKAN.
Apabila ia sendiri diletakkan di medium terbuka seperti itu, tidak mustahil pelbagai maklumat lain boleh dipaparkan di medium ini pada masa akan datang.

Saya turut meneliti beberapa lagi 'posting' melalui group ini dan berikut adalah hasilnya:


Saya turut memeriksa profil penama di atas dan mendapati dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di HSAJB di bawah Jabatan Perdana Menteri. Adakah ia lesen untuk mencemuh waris pesakit apatah lagi ia dilakukan melalui group HSAJB yang dianggap sebagai group mewakili hospital itu?

Berikut adalah profil Asrul Naim yang bertugas sebagai PENGAWAL KESELAMATAN HSAJB.

Ya, beliau adalah bekas pelajar salah satu institusi terbaik di dunia - Harvard University.

Saya kurang yakin seorang lepasan universiti terkemuka akan mengeluarkan kenyataan seperti ini. Apapun, saya anggap ia adalah pendirian rasmi HSAJB kerana penggunaan nama hospital berkenaan.

Yang pastinya, saya lihat group ini digunakan untuk bergaduh sesama sendiri - antara pengawal keselamatan yang saya anggap LEBIH dari perkhidmatan rahsia presiden Amerika Syarikat dan petugas hospital termasuk doktor.

Klik untuk dibesarkan.


Malah, ada cadangan group itu dipadamkan apabila ia dilihat sudah keterlaluan disalahgunakan dan dijadikan medium melepaskan kemarahan dan ia boleh dibaca oleh masyarakat. Ia dicadangkan oleh seorang kakitangan hospital yang melihat group ini dijadikan medan caci maki.


Dato Sri, saya sendiri sedih dengan penggunaan group ini sebagai medan menghentam bukan sahaja terhadap kakitangan hospital, malah pesakit mahupun waris. Adakah ia akan dibiarkan begitu sahaja? Tindakan tatatertib perlu dikenakan terhadap mereka yang disiarkan di sini kerana mendedahkan maklumat pesakit.

Diharap semua yang ditulis di atas ini akan menerima perhatian Dato Sri.

Dan setinggi penghargaan diucapkan kepada semua petugas di Wad Kardiotorasik HSA diketuai Datuk Dr Rahman Ismail, di mana kualiti perkhidmatan kesemua yang bertugas di sana bagaikan sebuah hospital swasta dan bukan di HSA.


* * * * * * 

Updated:

Tepat jam 8.00 malam, Isnin 12 Sept 2011, saya menerima satu tweet dari Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Sri Liow Tiong Lai memberikan reaksi terhadap emel di atas.


Tentunya ia sesuatu yang menggembirakan, tetapi saya sempat memaklumkan kepada beliau, meminta segala usaha menambahbaik itu bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Dan diharap ia usaha berterusan. Insyaallah, kita juga tidak boleh berhenti untuk mendesak kerana kita adalah mata dan telinga buat pembuat polisi. Kita berhenti merungut tetapi kita mula melihat apa yang boleh diperbaiki dan laporkan.




Ini hanya tip of the iceberg. Kita perlu berusaha lagi untuk memastikan kualiti khidmat yang disediakan khusus untuk rakyat tidak dipandang remeh petugas walhal pihak atasan sentiasa bertungkus lumus melakukan pelbagai usaha meningkatkan kemudahan.

Ini bukan usaha saya seorang. Ini usaha semua. This will be "Roslina Campaign Against Poor Service At Govt Hospital." Ia bagi memastikan golongan tidak berkemampuan tidak dipandang remeh, dan menghapuskan stigma - bayar RM1, dapat layanan RM1. Saya perlukan sokongan anda.

Terima kasih kepada my senior, non-other Rockybru yang turut membantu menggerakkan usaha ini dan semua yang menyokong usaha ini. Jangan berhenti setakat ini.

Terima kasih Dato Sri, dan saya ingin lihat apakah penambaikan yang dimaksudkan.



48 comments:

norinaomar said...

GOOD JOB HAZREY,GOOD JOB!!!!

semoga pihak berkenaan membuka mata atas isu yang serius ini.

tentang cadangan seorang blogger kepada anda unutuk panjangkan emel kepada Ketua S/U Negara,Ketua Perkhidmatan Awam pun wajib disegerakan.

Moga doa orang teraniaya akan termakbul.

p/s:pujian dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mampu diakses rakyat.Pffttttt

Hazrey said...

Norina and all readers: ya, entry ini turut diemel kepada menteri kesihatan, setiausaha akhbar menteri, ketua setiausaha kementerian, ketua setiausaha negara. Terima kasih pada ayie yang mencadangkan pada entry sebelum ini.

Saya akan update apakah tindakan mereka selepas ini.

zennaya said...

syabas dan tahniah kepada En. Hazrey atas penulisan surat yang keramat ini!!!... Biar SUPER VVIP KKM bukak mata luas-luas pasal mutu perkhidmatan hospital kerajaan ini.

WELL DONE EN.HAZREY..

Zara Delia said...

saya seorang medical student, dan saya sendiri tidak setuju dengan cara suami pesakit dihalau untuk melakukan ward round. mungkin ruang terlalu sempit untuk kami melakukan pemeriksaan ke atas pesakit oleh itu suami pesakit diminta beralih ke tempat lain. harap faham. satu lagi, ward round adalah salah satu proses pembelajaran, KAMI TIDAK MELAKUKAN EKSPERIMEN malahan kami tidak dibenarkan menyentuh pesakit untuk tujuan merawat. rawatan hanya boleh diberikan oleh HO atau MO. kami hanya dibenarkan memeriksa pesakit. harap encik faham situasi ini, sekiranya kami tidak dibenarkan membuat ward round, pengetahuan kami tentang penyakit amat terbatas. kelak, kami juga yang bakal anak cucu cicit encik. adakah encik hendak seorang doctor yang incompetent merawat keluarga encik???? demi masa depan, harap encik faham keperluan kami sebagai medical student.

Hazrey said...

Zara, for the sake of your study kan?

Let me explain this: perhaps because you are still young and naive, the issue here is minta keizinan. After two weeks pesakit tidak diberikan rawatan sepatutnya, adakah zara terfikir bagaimana perasaan waris pesakit?

to answer your question on the incompetent, as far as I see it sepanjang dua minggu di wad kardio, saya rasa ia perkataan yang sesuai untuk pakar kardio berkenaan, malah turut dipersetujui oleh pakai kardiotorasik.

demi masa depan with a cost of a life? That is lame zara.

EnChik ZuL said...

yup, kita sebagai rakyat mempunyai kebebasan untuk memberi sebarang komen jika tidak menerima layanan yang sepatutnya...ajarkan mereka kuasa kita.

-Saya juga seorg pengamal media. :)

Zara Delia said...

saya yakin pemeriksaan biasa ke atas pesakit tidak mungkin boleh membahayakan nyawa pesakit. di sini yang saya nampak, encik lebih bersikap emosi kerana perkara ini menimpa keluarga encik. saya juga mungkin akan bertindak sedemikian sekiranya perkara ini berlaku ke atas keluarga saya sendiri. tapi menghalang proses pembelajaran pelajar perubatan bakal menyebabkan banyak masalah pada masa hadapan, lantas seorang doktor itu dilabel "incompetent".

sekiranya encik benar-benar seorang yang memikirkan masa depan sistem kesihatan negara ini, encik akan membenarkan kami mendekati pesakit dan belajar untuk jadi doktor yang hebat kelak.

pembelajaran kami bukan sekadar teori, it's human system we are talking about. kami bakal menjadi doktor yang lebih baik sekiranya dapat memahami penyakit di sebelah katil pesakit.

Hazrey said...

Zara, let me just consider you as too young and too emotional to understand the whole scenario and because with this email of mine, it may jeopardise ur study process? This is a matter of fact scenario zara. Are you saying that we must sacrifice life of others just to make you and other medical students competent? Which part yang awak tak faham? Faham tak the whole scenario? Why do u kept on saying about you approaching the patient's bed and not looking at the whole picture? Baca the whole story and digest it properly as a human being and asas asas courtesy atau adab.

If the studying process is being done during the presence of a waris, couldn't the doctor at least secara beradab mintak izin from patient? This is very focused issue zara, I'm not generalising. You were not there during the incident, and again, it is very specific issue and does not concern any other hospital.

Again, I'm reading your comment as an emotional medical student, which I hope you could apply that emotion of yours when you really handle a patient. Good luck with your study zara and have an empathy in everything you do.

♥CIK SHA♥ said...

saya rasa zara delia ni dah salah faham..bukan bermaksud encik hazrey nak terlalu emosi sebab ade doktor pelatih yg buat pemeriksaan terhadap pesakit untuk tujuan pembelajaran..


dalam kes ini, yang saya nampak dan encik hazrey telah jelaskan dengan terang bahawa sudah lebih 2 minggu adik ipar beliau berada di wad namun masih tiada sebarang update dari pihak hospital mengenai kondisi penyakit pesakit dan rawatan yang sepatut diterima tidak diterima sedangkan pesakit mengalami sakit yang agak kronik..


kalau saya sebagai waris pun turut akan berasa bimbang sebab tidak tahu perkembangan penyakit dan rawatan yg diterima oleh pesakit..

uDean said...

good job bro!

so cmne keadaan dia skrg? dah semakin sihat?


haih..t'ingat dulu kena halau dgn guard pompuan dpn wad icu HSAJB time tunggu turn nk masuk ward nak tgk arwah adik aku yg dlm keadaan nazak..

"sini bukan tempat berkelah yee nak kumpul ramai2..."

Pearl said...

love this post!
Well done Mr Zulhazri Abu Bakar...BRAVO!
Honestly I setuju apa yg Bro Hazrey ni tulis. Kepada yang membaca.... bukalah mata, hati, minda dan jiwa bila membaca entry ni, bukannya emosi semata-mata.
Hanya mereka yang pernah berurusan dengan pihak hospital gomen dapat menilai bagaimana slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" benar-benar ada signifikannya. Adakah nilai FOC (utk org gomen) dan sehengget utk rakyat Malaysia boleh dilayan mengikut kasta???

plus, my husband minta you tulis surat juga kepada Sultan Johor yang sangat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat baginda.

Farveen said...

semoga teguran membina ini dpt dipandang positif oleh pihak2 yg mmg mempunyai kuasa untuk membuat perubahan. i get it, nobody's perfect, jd bila ada teguran, senanglah kan pihak2 tertentu hendak membuat pembaikan. ketika anak saya di hosp putrajaya, nurse2 di situ akan ingatkan saya "puan, kalau tak mahu diganggu student medic, bgtau, nnti saya ckp kat dorg jgn kacau bilik ni"....tp di hosp selayang.. :( ..tengah2 mlm pon dtg tanya soalan..bukan kita nak sombong, kita tau, dia bakal doc, dan bakal membantu kita juga nnti..tp pilih2lah masa..bila kita tolak elok2 utk jawab soalan dan minta dtg lain waktu, dia dtg 10 minit kemudian! org nak tidor laaaaa...!!! ..di hospital serdang, komunikasi dgn doktor sgt poor! bila minta ditransfer ke hosp ptrajaya, doct bertugas ckp ok, tp dah 3 hari msh tak ada perubahan! dahla ambil darah anak, masih belum dpt result! 3 hari..lama betul..1hari pon dah boleh dptkan result (sesi luahan perasaan pula)..apa2 pun,smoga usaha baik pihak tuan tidak disalahpandang oleh pihak lain..good job!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Saya cadangkan di-tweet sekali kepada Menteri Kesihatan. :')

Dan ya, tindakan kurang wajar menghalau waris pesakit sedemikian rupa.

Pernah menjaga nenek & emak di hospital sebelum ini. Alhamdulillah, di HPSF, layanan yang diberikan baik2 belaka walaupun ada 1 petugas keselamatan yang agak "laju" mulutnya.

Tapi alhamdulillah, pandangan dan pendapat yang dikongsikan secara telus dengan pesakit & waris di Wad 6, HPSF adalah terbaik.


P/S : I didn't read this as emo open letter. It's the voice of what some of us might encountered before.

Kudos bro.

Cik Lah said...

Saya silent reader selama ini..tetiba rasa nak mencelah pula kali ini.
Semasa bersalinkan anak sulung di Whip Cross Hospital, Walthamstowe,Uk - saya telah ditanya dgn cara yg amat berhemah samada saya memberi keizinan utk para pelatih untuk masuk ke labour room; saya kata boleh asalkan yang perempuan.
Dan ketika bersalinkan anak ke2 di Hospital Selayang...tanpa pertanyaan dan keizinan..para doctor pelatih menerjah masuk.
Haaa..lagi satu seorang doctor di hospital Yan berkata kepada ibu saya "Mak chik dah tua, tak dak ubat la mak chik. Mak chik balik rehat sajalah..." Apakah maksud doctor tersebut? Balik rumah menunggu saat kematian???

Shakila said...

Suara rakyat harus di perdengarkan. Saya sokong tindakan anda mempertengahkan isu sebegini.

azhan said...

zara delia,
you are missing the whole point.

ini bukan pasal doktor pelatih tak boleh dekati pesakit. this is about etika semasa approach pesakit. adab, hormati hak orang lain, cara berkomunikasi are all part of your job scope as a doctor. This, I am damn sure not included in your text book (doctors learn bedside manners don't they?). believe me, if u can equipped yourself with that basic communication skill i am pretty sure you will be more than a good doctor atau doktor yang HEBAT.

So menjadi doktor yang HEBAT tak semestinya menghafal dan memahami buku from front cover to back cover dan menganalisis pesakit secara hands on sahaja. Cara berkomunikasi itu juga penting.

sebabnya majoriti feedback dan pengalaman sendiri, we are all very disappointed dengan tahap adab majoriti staf di hospital kerajaan. Lack of hospitality.

the good thing is anda still belajar. Pelajar yang baik sentiasa menerima pandangan orang lain tak kira baik atau buruk, tak perlu defensive tak tentu hala.

faham tak? tak complicated mana pun.

laila said...

Salam
Bro Hazrey, thanks for a wonderful entry..
i just wanna share my experience in Hospital Putrajaya. Actually the doctors kat bahagian pakar n staff bahagian daftar sangat baik..tp yg paling rude adalah bahagian kutipan hasil aka kaunter bayar. around bulan 11,2010, saya g daftar utk rawatan bahagian pakar sekali dengan serah my GL and refer letter from Pusat Kesihatan kerajaan (PK). 1st meeting with doc everything ok and same jugak mase saya kena g ambil ubat on 3rd time visit. however, on my 2nd time jumpe doc (4th time visit) diorg minta saya bayar yuran untuk administration yg 1st dulu..staff kat bahagian daftar tu dulu cakap kalau bawak refer letter from PK, admistration fee tu dh waive n yet diorg still nk minta lg. bile saya beritahu pada staff bahagian kaunter bayar yg staff dulu kate dh waive, die cakap pada saya, she don't care (dengan muka masam), ape2 hal cari la balik staff yg ckp dulu tu n die siap btau staff tu dh tukar bahagian n kalu saya still tak puas hati diorg suruh SAYA g CARI staff tu SENDIRI n tanye die..since die sangat rude n saya dh malas nak bertekak n rse sangat malu saya just bayar. n yg menyakitkan hati is saya perlu bayar sebab actually they thought my refer letter was from private clinic. maybe diorg nampak saya macam budak je diorg wat tak kisah pun. They didn't say sorry pun. saya tak tau camne nak ngadu kat pihak atasan n best i can do at that time is filling up the 'borang aduan/cadangan' n saya tekankan dlm borg tu about the rudeness of the staff. n until now takde feedback pape pn dari pihak hospital. fyi, i'm still a student, walaupun sy hanya perlu bayar RM35, tp jumlah tu sangat besar buat saya..lepas saya makan untuk 3 hari stengah..hahaha
my another experience is mase bawa my mom g Hospital Besar KL. my mom minta transfer ke IJN sebab previously die mmg ade wat rawatan jantung kat situ tp doc tu leh tanye kat die balik 'makcik ade duit ke nak g IJN tu?'
huhuhuhu

owh, sorry panjang sangat, emo lak..hehe
best regard
laila

Hazrey said...

Laila: sorry to read what you have gone thru. Next time, kalau kena lagi, email to me superhazrey @ gmail . com ok. Kes kat hospital kl tu bila?

Zulfikar Hazri said...

aku ada banyak pengalaman dengan hospital kerajaan ni...

tapi kau dah cover dengan tulisan kau...

cuma aku pernah duduk dekat HSA jb selama 5 hari, semata2 nak tunggu doktor pakar melawat dan buat diagnosis pada hari rabu...

lepas diagnosis (kaki aku lembik eksiden kene hempap pokok) sejam lepas tu boleh balik mersing terus...

tak ke bengap kaedah tu? 5 hari semata2 nak tunggu hari rabu?

Izuan Kunang-Kunang said...

Zara Delia, I think you missing the whole point or you tak baca the this entry sampai habis...or emotional perhaps? As far as I concern, En. Hazrey takde la pulak mention yang dia tak bagi or tak suka medical student buat pemeriksaan on patient.

Medical student (include student nurse) PERLU minta kebenaran dari pesakit kalau nak tengok HO or MO buat pemeriksaan ke atas pesakit. Dan selalunya HO atau MO itu sendiri yang akan mintak izin dari patient untuk membenarkan pelajar perubatan terlibat during pemeriksaan. Saya tak tahu la kat tempat you belajar tu macam mana, sebab in HUKM and kat tempat kerja saya skrg ni, mostly student akan introduce themselves to the patient and mintak izin OR saya sendiri yang introduce diorang and ask my patient whether they are ok with it or not. If they refused, not to worry...it won't jeopardise your study and I believe that there are only will be tiny percentages of patient that refused. Most of them are ok.

Bro Hazrey, good job!! Walaupun saya pernah bekerja sekejap dengan KKM, saya sendiri pun kadang-kadang sakit hati with all the systems yang diguna pakai. Nak mintak surat pengesahan jawatan pun kena tunggu 3 hari. Padahal benda tu copy paste, then tukar nama and tarikh je. Bab staff tu jangan cakap la. Yang suka marah tak tentu pasal, tengking tak tentu pasal memang ramai, walhal jawatan tu tak semegah pun. So this is a good move. Dan saya harap semua orang akan faham dan tahu hak masing-masing. Paham je lah, saya kerja kat UK. Kat sini, mostly patients are aware of their right and saman menyaman memang banyak berlaku. Not that I want to ask everyone start to sue their doctors and medical centre, but at least we should acknowledge our rights!! Malaysia have lots of good hospitals, doctors and equipments. Malangnya, there always be lots hantu-hantu yang suka bagi busuk nama instituti yang 'so-called' one of the best in the world!

a'da syuhaida said...

sy plak yg teremosi baca ni .. mengalir air mata pulak .

btw, boleh tak jangan berhenti blogging ? sy mmg peminat blog bro ni .

cik puan olympus said...

tahniah hazrey... n gud luck... heharap mereka akan buka mata mereka... slama ni diorang senyapkan sebab rakyat tak terpikir nak go to media to talk about their bad services...

sebenonya, this is da reason why aku akan carik keje yang ada medical benefit kat private hospital... bukan sebab nak berlagak atau apa... sebab dah ada manyak pengalaman buruk (samada sendrik punya or orang sekeliling)...

pengalaman aku sendrik yang paling mengerikan dan membuatkan ayah aku yang slama ni tak pernah nak marah tapi masa tu ayah aku marah sangat... cuma dia takde la sampai maki hamun... sebab kisah ni menyebabkan nyawa aku hampir melayang n kesihatan aku terganggu trok sampai skang...

masa tu aku kena denggi n was admitted up to 2 weeks dan hanya diberikan drips jek... masa tu platelet aku dah jatuh mendadak n masa tu memang dah sepatutnya diorang masukkan apa ntah namanya tapi doc slalu sebut darah kuning untuk naikkan paras platelet aku... tapi doc tu refuse to give kununnya aku tak kritikal lagik...

perlu ke aku kritikal n koma baru nak masukkan? padahal kakak ipar pada kakak aku (she is a doc) cakap keadaan aku memang dah perlu snagat2 dimasukkan ngan darah kuning tu...

bila ayah aku nak kuarkan aku n masukkan aku ke private hospital, diorang tak kasik eventho ayah aku sanggup sign release letter (masa tu aku dimasukkan atas nama student UPM n masa aku sakit trok tu Klinik UPM yang hantarkan without telling my parents) tu yang buat ayah aku mengamok sakan... apa salahnya kasik je aku kuar n pegi ke hospital yang sanggup selamatkan nyawa aku...

dan disebabkan 'kesombongan' doc n pegawai hospital kerajaan, keadaan kesihatan aku terganggu trok sampai skang sebab tak dirawat dengan sempurna...

Ly said...

Salam...

Thank you so much bro for your effort. Sy percaya ramai rakyat Malaysia yg menghargai tindakan aduan direct nie. One of them is me.

Keep up the good work.

p/s: yes, doktor pakar skrg kalau bawa student, tak minta izin utk melawat pesakit. harap surat nie dihebahkan juga kepada semua pensyarah medic.

MiszNoRuL said...

wow, great jobs hazrey..

sekurang2nya ada yang berkata2 untuk kepincangan sesebuah organisasi kan..

tk sangka sampai ade page dan boleh kutuk2 pesakit n bagi maklumat pesakit..wow..

cube kalau diri sendiri berada di atas katil hospital sedang terbaring, menunggu tiap2 detik untuk diperiksa tp sampai 2 minggu masih terbaring tanpa ada keputusan..dan penyakit atau kondisi kita didedahkan kepada umum tanpa kita sedar ? hebatkan?

wallahualam

doa ku buat keluarga mu encik hazrey, semoga semuanya selesai dengan aman

laila said...

salam

Will do..lenkali kalau saya kena lagi saya akan email..i have my next appointment this coming October but lets hope that is the last time saya kena camtu.. about my mom tu dh lama dh around 2 years ago. Tp kesombongan doc tu saya ingat sampai sekarang..huhu..
btw thanks a lot tau..

laila

9W2HRZ said...

Good job bro,

hopefully post bro ni akan buka mata bukan untuk HSAJB sahaja, tetapi semua hospital-hospital.

Yang penting kerja biar amanah.

Apa pun. to zara, kene baca dulu the whole story, bukan ambil satu perengan sahaja. fahami maksud bro hazrey.

naughty don said...

syabas bro...

xkire laaa kite ni keje sebagai ape...guard ke...doktor ke...cikgu ke...kerani ke..ape2 aje laa..yg penting adab-adab bertutur dengan sopan perlu laa di amalkan...xsalah nyer kalau kite ckp baik-baik..hormat org...

mane hilangnya 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'??

haa..bro..tulis entry ni lak....

zinnia zenith said...

Salam Brother Hazrey;

terima kasih untuk penulisan dan teguran yang pada saya cukup berhemah;
saya salah seorang pekerja di hospital kerajaan.
sedih bile baca dengar ada aduan dari waris, pesakit atau lain2 tentang khidmat yang kami da berikan.

maaf ya. mungkin itu kekurangan kami. dan insya Allah, saya sebagai salah seorang dari mereka, akan upgrade kekurangan itu demi kebaikan perkhidmatan kesihatan rakyat.

dan, awal2 masuk.. apa yang ada dalam fikiran saya..
" Rawatlah pesakit seperti merawat ahli keluarga kita, INsya Allah, semua nya kita akan buat yang terbaik.." encik Hazrey, doakan saya supaya tidak jadi seperti yang tidak2 elok tu. saya mahukan yang terbaik. andai ada kesilapan, itu tak dapat dinafikan, kami juga manusia.

terima kasih sekali lagi untuk terguran yang membina ini.

mior said...

BIAR RUPE BUROK, JGN PERANGAI BUROK..
tak rugi pon ckp elok2.. what u give... u get back.

Hazrey said...

Zinnia zenith: alhamdulillah, terima kasih pada reaksi anda terhadap teguran saya. Saya admire sikap saudari!!

Apapun, seharusnya rakan rakan zinnia boleh mencontohi sikap saudari, kerana sebagaimana saudari, teguran yang diterima perlu dilihat dari sudut positif bagi kebaikan semua.

Sekali lagi, tahniah pada zennith kerana memiliki sikap sedemikian dan insyaallah, kami semua akan sentiasa berdoa namun doa perlu disisipkan dengan usaha.

Dan kita sebagai manusia yang tak terlepas dari membuat kesilapan termasuk saya sendiri, perlu bersedia untuk ditegur, of course dgn cara berhemah. Terima kasih zinnia.

RahmahSalleh said...

Tahniah Hazrey kerana menyuarakan isi hati kami semua tentang hospital kerajaan. Akak sendiri amat terkilan dgn Hosp Tengku Ampuan Rahimah Klang yg tidak merujuk aruah adik akak ke IJN walaupun hati dia dah membengkak. Konon IJN utk rakyat mendapat rawatan jantung namun apa yg selalu dengar lebih beri perhatian kpd VIP dan politicians. Agaknya rakyat bawahan tak layak utk hidup.
Insiden kedua melibatkan aruah ibu akak di HUKM, dekat dua minggu masuk hosp tak ada apa apa maklumat. Hari hari ambil darah walaupun mereka tahu ibu akak mengalami pendarahan usus dan kehilangan banyak darah. Akak keluarkan ibu akak dan bawa pulang walaupun mereka menghalang. Ibu akak ke HUKM kerana kami mau second opinion dari hosp kerajaan. Sebelum itu akak dah bawa ke Subang jaya Medical Centre dan doktor telah menjalankan ujian dan doktor telah menasihati tak boleh menjalankan pembedahan kerana faktor usia. Akak puji doktor disana, pejelasan yg diberi jelas dan mereka masukkan darah selalu dan adik adik saya bergilir menderma darah utk ibu saya. takdir menentukan segalanya apabila ibu saya masuk ke Hosp Melaka, doktor telah melakukan pembedahan dna terkena jangkitan kuman. Apabila adik hendak keluarkan ibu untuk hantar ke Mahkota Medical Centre, doktor menghalang lalu lakukan pembedahan kedua yg menyebabkan ibu meninggal dunia. Apapun, kami amat amat berterima kasih kepada doktor atau staf nurse yg telah membenarkan 2 org anak bersama ibu setiap masa, seorang untuk membaca yasin dan seorang untuk mensyhadahkan ibu sehingga ibu pulang kerahmatullah...

sharifah said...

simpati dihulurkan kepada saudara dan keluarga saudara. saya juga apabila nak berurusan dengan mana mana pihak kerajaan akan menbaca doa tak putus putus tetapi kekadang dapat juagak layanan yang amat meyedihkan. tak lupa layanan difarmasi kanak kanak hkl semasa nak mengambil ubat beberapa tahun sudah sampai saya begitu fobia nak ke sana. Anak saya mengalami asma yang teruk. semasa hendak mengambil ubat, salah seorang ahli farmasi di situ marah pada saya kerana tidak membawa botol kosong ventolin dan menyuruh saya balik ke rumah dan mengambil botol kosong dan bawa ke hkl. adoi, bukannya dekat nak balik ke rumah dan ambil botol kosong dan bawa balik ke hkl. saya kata susah nak balik kerumah dan datang balik bukannya dekat, dia marah dan kata lain kali jangan lupa bawa selepas itu dia bagi ubat pada saya.rasa marah dan malu bila diperbuat begitu. Saya selpas itu tidak pergi ke hkl dan sekarang pergi ke ppum. saya harap layanan dihkl sudah berubah menjadi mesra alam dan mesra layanan.

open house said...

xboleh juga trima 100%..jgn dgr sebelah pihak jg.ok^^ peace no war

shaz said...

Salam....
Saya juga seorg jururawat... Waris x dpt update pasal pesakit, walaupun dah 2minggu ada kat wad.... memang x patut... medical student... setahu sy, ikut apa yg sy praktikkan dan medical2 student di tempat sy... mereka kna muntak izin dari pesakit atau waris pesakit dulu... pasal guarg yg x bg keizinan... mcm wad sy jugak wad tertutup. x blh pelawat suka2 masuk dan kna limit pelawat... tp bg kami ada masa2 tertantu kami izinkan pelawat masuk... kna ada timbang rasa la.... pasal nurse yg jerit2 tu... x semua nurse mcm tu... and sbbnya ada nurse yg suka menjerit2 ni dah memalukan kami komuniti kejururawatan... sdgkan masa belajar pun dah diajar tentang budi bahasa... kepada nurse2 di luar sana berpegang la pada 10'S.... anggap la blog i sebagai satu pengajaran... fahami perasaan org lain... bygkan kita di tempat mereka...

Rozy said...

oho... target dah kena... aku suka keberanian kau... dan jangan close down blogging business kau ye, nanti aku tak tau si menteri tu dh bikin apa yg dinamakan penambahbaikan.

Hazrey said...

shaz: salam. terima kasih kerana masih ada lagi jururawat yang menepati standard Kementerian Kesihatan! Dan saya setuju, tak semua jururawat macam tu tetapi seperti yang anda katakan, jika terlalu kerap dilihat berbuat demikian, ia sekaligus mencemarkan profesion kejururawatan. Apapun, saya harap lebih ramai lagi jururawat seperti anda. Selamat Hari Raya.

mizzyN said...

Thanks hazrey for the probe. Memang about time they reform the whole gomen thing. Hamboiiii kalau bab lain nak masuk bilik bos pun minta izin, ni nak hangkut reramai student tgk orang sakit at least minta la izin atau beritahu waris.

Cuba ko tanya orang beranak yang seringkali jadi tatapan doktor praktikal tu. Lagi2 time tengah sakit berjam2 dalam labour bila kena vaginal examination maka ramai la student yang menontonnya. Kalau bukan kerana sakit berpanjangan dan hilang rasa malu mesti aku dah bising2 tanya kenapa x beritau nak angkut ramai2 tengok aku ni.

The key word here is minta izin and bersopan. Kalau bab cakap dengan bos ko kemain sopan kan tapi bila cakap dengan patient macam kita ni hamba abdi dia nak jerkah aje manjang.

sabahanstaff said...

Salam sejahtera, Saudara Hazery. Saya salah seorg kktgn yg bertugas di HQE Sbh. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir kakitgn hosp. yg mempunyai perangai yg teruk dan tidak mempunyai 'sofft skill' langsung. Sungguhpun begitu saya pegwai y/m sering mengingatkan staff bawahan (trmasuk sya sendiri) mengingatkan bahawa matlamat, objektif dan tujuan kita semua yg dikenali sbgai staff hosp.bertugas di hosp kerajaan ialah untuk melayan dan berkhidmat utk pesakit. segala tindakan dan arahan seharusnya berpusat kepada kebaikan pesakit/pelanggan hospital

Hazrey said...

sabahanstaff:

Queen Elizabeth Hospital? Saya setuju. Soft skill penting tak kiralah which department sekalipun sebab kita semua berkhidmat untuk?

Sebenarnya best jadik nurse ni, selain dapat berbakti, kita dapat pahala. Tapi adakah kita semua rasa kita hendak berbakti? Apapun, saya percaya ramai seperti anda yang tidak setuju jika pesakit diberikan layanan kurang baik.

Terima kasih.

mizzyn:
harap ada kawan kawan dari Kementerian Kesihatan baca komen mizzy ni.

Rozy:
It is about time sebenarnya. Wait until I write about a close friend yang baru nak cerita lepas baca kisah my sis in law - about her wife hilang dari hospital dan nurse semua cakap tak tahu, rupanya masuk ICU. Tunggu ya.

open house:
And?

sharifah:
terima kasih. Harap ada pihak dari Hospital Kuala Lumpur baca. Kenapa yek, orang di hospital ni semua suka marah orang? saya rasa mereka perlu satu sistem berjumpa dengan pakar psikiatri untuk membuat penilaian pada mereka.

Rahmah:
Saya masih lagi belum berjaya selagi masih ada lagi kakitangan hospital yang beranggapan bahawa kita bayar RM1, layanan dapat RM1. Ini yang kita tahu, bagaimana pulak komplen komplen yang terpaksa ditelan pesakit pesakit lain seperti cerita Kak Rahmah ni? Harap ada pegawai atasan dari HUKM dan Hospital Melaka baca komen Kak Rahmah.

naughty don:
betul. itulah kekadang saya pelik, macam berdosa pulak beradab dengan orang. Insyaallah I will write about that. Tq for the idea.

9W2hrz:
Hopefully bro. Lets not stop here. Kalau boleh satu hari nanti, kita pakai chest button - We Demand Quality Service, dan kita bagi free pada orang orang susah yang selalu gunakan khidmat kesihatan kerajaan dan ia sebagai pengenalan, these people are linked to us yang akan complaint straight to the top, and siarkan via social media. Tapi kita juga kena adil pada kakitangan hospital supaya tak ada komplen kerana dengki.

laila:
Insyaallah. Harap macam tulah. Kalau ada, simpan resit, ingat nama kakitangan atau doktor, pukul berapa.

misznorul
we can't stop here. Seriously we cant. Saya kalau boleh nak lihat khidmat kesihatan kalau tak dapat terbaik seperti hospital swasta, cukuplah sentiasa wujud cara kerja yang hormatkan pelanggan. Kenapa wad kardiotorasik HSA saya boleh anggap seperti hospital swasta tetapi tidak di wad lain? Sikap.

Ly:
Alhamdulillah jika ia dapat membantu. Tak sanggup fikir macam mana agaknya orang susah, tukang kebun, penoreh getah, pemandu teksi yang terpaksa telan kerana tak ada kemampuan untuk ke hospital swasta.

cik puan olympus
U should write to Kementerian Pengajian Tinggi and complaint. Kita ni bukan manusia yang suka complaint but like I said to a friend today: Jangan takut untuk menuntut hak kita.

a'ada:
harap terus berdoa untuk roslina mohd yunos.

Izuan:
Hope ada medical student lain yang baca. Sila baca dan 'jiwai'.

Zulfikar:
Simpati aku baca. Kenapa HSA ni yek? Masalah diaorang ni memang turun temurun ke?

Shakila:
ucapkan terima kasih dengan mendoakan adik ipar saya pls. Terima kasih !

Farveen:
Hospital Putrajaya memang bagus. Saya sendiri pernah mendengar feedback dari seorang kawan. Harap ia berterusan seperti itu.

udean:
Lain kali kalau kena macam tu, pergi sebelah telinga dia dan azankan dia. Mungkin setan masuk badan tu.

laila said...

saya setuju dengan layanan doktor di hospital putrajaya bagus..rasa marah hilang bila tengok senyuman manis n adab doctor tu..huhuhu

RatuArif said...

Pada umur sy yg dah melepasi 1/2 abad byk kali dah sy masuk wad Hospital Gomen (hospital swasta den tak mampu) Bermula dr zaman persekolahan di Hospital Seremban, hosp PP, Hosp Kuching (SGH), Hosp Kuala Lumpur (paling kerap, infact sekarang pun sedang d rawati di HKL), Mercy hospital d USA several times, IJN, Hosp Putrajaya, Hospital Sungai Buloh. Hosp Bersalin KL. Dari berbagai- bagai hosp tu sudah tentu lah banyak pula pengalaman, pahit dan ok nya (kat hosp yg manis cuma bila mlahirkan anak je).
Alhamdulillah kebiasaannya layan yg sy terima ada bagus dari pakar, dr, nurse hingga lah ke pembantu yg lain. Sekali kala ada juga cacatnya, sedang kan lidah lg tergigit. Infact sy baca blog ini setelah di beritahu oleh nurse tadi.

En Hazrey, tahniah di atas usaha En.
Sy rasa HKL mengalu- alukan sebarang feedback dr pelanggannya sbb ada beberapa kali saya di beri kertas soalselidik utk di isi sebelum pulang ke rumah. Jika perlu HKL mghubungi semula pesakit utk dpt penerangan lanjut.

Semasa sy masuk wad sy terlupa nak bawa guarantee letter, petugas tanya if I have husband pension card, but I have none, dia ok je bila sy kata nanti suami bw hari Isnin. Sy pt yg dah season d HKL! No fuss, wlupun dia x leh nsk check comp for eGL krn system down, alhamdulillah.
2009 sy d Hosp Putrajaya berbulan, nurses n Dr semua ok, as for the students, klu i was in bad mood and don't want them to mess with me I'll them. If they want my medical stories they can get them from my notes. They usually will oblige, too much hassle for them to get it from me, mukadimah yg sgt tebal. Selalu nya students sgt polite, zara bertuah le jadi medical student d M'sia, blh pegang pt blh ambil drh (i never let med students to draw my blood, my urat susah nak dpt, sorry, that's my right)kat negara org putih tak usah mimpi le. So far yg sy alami setiap sebelum nurse/Dr nak buat satu2 prosidur mesti beritahu sy dulu, tak de main redah je, mengapa kat HSJB gitu, bukan D semua hosp KKM terbentang poster Budaya Korporat Amalan Kita. Nak tukar jadi Budaya Korparat ke atau staff2 d situ tak dpt dedahan kpd BK spt hosp2 yg sy pernsh pergi. Kasian. Kot ia pun tak pergi masa dlm service emak ayah kita kan dah ajar dr kecik lagi. Kasian Dato Sri. Nak naikkan lbh byk poster lg kot baru nak faham. Macam tak percaya pula le 2 minggu dah masuk wad masih tak d beritahu apa2 tentang penyakit yg d idapi. Pelik tu. Never happen to me, if it happens to mmg melenting.

RatuArif said...

I m going for a schedule 4 hrs operation tomorrow (19/9/2011) please wish me good luck. Hopefully everything will run smoothly.

Thank sn Linda of SW14, HKL for being extra caring, of course others are caring too, but Linda had shown me an extra caring attitude. Keep up the good attitude and spirit. Pahala tu bila dpt buat hati pesakit gembira, tambah2 hati org tua yg gruche.

Hazrey said...

Ratuarif: Kami mendoakan semoga perjalanan pembedahan berjalan dengan baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. And I am glad that you are receiving good service at HKL. Semoga cepat sembuh!! Syafakallah.

Ariel (Male Nurse) said...

maaf jika saya mengganggu en.hazrey....saya sokong benar 300% dgn ape yg en.hazrey ckp kn 2.....even if say ni seorg nurse di salah sebuah hospital kerajaan, saya dgn kecewa menyatakan tidak sepatutnya perkara yg menimpa adik ipar en.hazrey t'jadi....saya cukup t'kilan dgn situasi t'sebut.....seperti yg zara(medical stdnt) ckp 2 mmg x bernas.....mmg lah m'jadi tugasan & pembelajaran beliau...tp, harus lah memikirkan juga soal suami pesakit....mcm yg di hospital penang tmpt saya bekerja, pihak kami sgt menitikberatkan soal itu....apa salahnya jika diberitahu keadaan pesakit dgn lebih detail kpd suami pesakit....tidakah suami pesakit berhak mengetahui....jgn lah jadikan hospital kerajaan ni tmpt utk memaki hamun pesakit n waris....saya harap pesakit cpt sembuh dgn sepulihnya....(Male Nurse HPP).....

Hazrey said...

Ariel,
Saya suka intro Ariel ni. Molek jek kan. Kebetulan, kisah adik saya diperlekehkan turut libatkan seorang jururawat lelaki. Tapi, sebagaimana saya katakan, saya sangat fokus dengan apa yang berlaku dan tidak beranggapan semua jururawat macam tu, dan komen dari Ariel membuktikannya. Dan terima kasih di atas doa saudara. Selamat bertugas dengan cemerlang!

Nazurah Aishah said...

Pengalaman sendiri duduk hospital sehari semalam rasa bagai dikelilingi oleh manusia yang selfish dan tidak menghormati orang sakit. Ketika itu saya fikir, mereka ni jururawat atau monyet?

Tapi tidak dinafikan tidak semua mereka macam monyet. Orang tengah berdepan dengan maut ni diorang sedap-sedap bercerita pasal open house, kuih raya, baju raya... monyet ke tak perangai camtu. Pastu orang yang mengerang sakit disuruh diam walhal mereka sendiri tak hormat orang sakit dan bercerita tentang nikmat beraya.

HSA mmg nightmare to me. Saya jaga arwah emak kat HSI molek aje, doktor and nurses kat sana pun waras. Depa pi sekolah :)

Semoga SIL you segera sembuh. AMIN!

AkaZukii said...

serves them right...selama ni syiok kan buat gituu...ha kali ni mess with the wrrong people - otai hazrey..apa2pun tahniah! dan harap perkara penambahbaikan bukan bermusim dan takat hospital yg diadu sahaja, tapi semua hospital kena tempias..very good job abg hazrey! (but you knew that already, :D ) semoga adik ipar cepat sembuh...amin.

RatuArif said...

Hari ni dah 18 hari sy sedang di rawat di HKL. Nasib sy luka pembedahan dah sembuh, cuma masih terdapat cecair keluar dr kawasan berdekatan. Dr dah buat torehan utk alirkan cecair tu keluar, klu tidak cecair tu bertakung di dalam. Sakit nya berdenyut- denyut tuhan je tau.
Rezeki sy staff2 d sini semuanya baik2 belaka. Special thank you to SN Faridatul, Siti Nor Hidayah Physio Hasani dan semua staff sini baik2, nak sebut semua lupa le pula nama2 mereka. Tak baik le sy kan tak perhatian.

Sy pula bila dah lama sgt berkampong d ward ni mula lah serba tak kena. Nampak je salah bila tak betul.

Yang saya geram adalah pihak2 pencuci yg pakai baju hijau dan biru. Tak berhenti2 masuk dalam bilik. Cuba le susun kerja buat serentak, tak perlu le asyik2 nak keluar masuk bilik. Rimas, ganggu tak boleh nak tidur/ rehat. Dah tak tau nak minta izin, ketuk pintu jgn tidak pastu terus masuk, tak kira org tgh decent ke tidak.
Dah 2 kali sy mengamuk sakan. Mana tidak nya org tgh dlm bilik air (not decent le tu) mereka terus buka pintu toilet yg tak ada kunci tu. Malu nya. Mak Indon tu siap gelak2 lagi tenguk kita tgh ..... Sekali lagi lelaki. Sungguh tidak beradab! Kalau nak buka pintu toilet kena lah pasti org tak ade kat dalam dulu baru buka. Sekali tu saya baru nak buat injection insulin kat peha, org laki banggla terus buka pintu nak polish lantai. Dia lelaki sy perempuan, hai nampak peha sy kan aurat tu.

Harap someone can address this issues.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.