Saturday, August 6, 2011

#714: PERSOALAN BERUS BRISTLE SIMPLY SITI.


Berita mengenai berus yang digunakan bagi produk milik penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza dikatakan diperbuat dari bulu babi menjadi topik utama pelbagai blog hari ini.

Berikut adalah senarai yang dikatakan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di mana ia mencatatkan keputusan dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati sampel yang dihantar diperbuat dari bulu babi.

 source: sazuya.blogspot.com
 
Sebenarnya, isu mengenai penggunaan berus babi ini sudah lama diperkatakan dan jika aku ingat, sejak dari tahun 80-an ketika aku masih lagi dibangku sekolah, apabila ada yang membangkitkan mengenai penggunaan Pure Bristle Brush.

Ia turut mengakibatkan pelajaran seni lukisan tergendala berikutan keengganan pelajar Islam menggunakan berus terbabit.

Ramai yang tak tahu, perkataan bristle merujuk kepada bulu babi.

"Hog, boar, and pig hairs are called bristles because of their stiff and coarse appearance. They are actually so stiff that they were used as the balance spring in the first pocket watch. Bristle has a relatively uniform body with natural curve and a "flagged," or split end. The curve is either removed or reduced during the boiling and preparation of the bristles. Interlocked brushes are made from hairs that have been boiled for only two hours so that some curve remains. An interlocked brush takes advantage of the curve; the bristles are assembled so that the curved bristles oppose one another. As with a broom, this helps keep the tip from splaying to give better control.
One of the desirable characteristics of hog bristle is flagging-the multiple tips provided by split ends. The greater the flagging, the better the control. Wild hogs have more split ends than the domesticated animal. Currently, the best hog bristle comes from China, where there are more wild hogs. Bristle from the Chungking province of China is said to be the best.
Sumber: www.trueart.info

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-12 yang bersidang pada 22-23 Jan 1985 turut membincangkan Penggunaan Bulu Babi.

Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti sama ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan.

Apapun, isu penggunaan bulu boar atau babi ini sudah diperbincangkan sejak sekian lamanya.

Hukum bulu khinzir:
Ia haram secara mutlak pada madzhab Syafi'iy, namun pendapat terkuat pada Imam-imam besar yg lain ia adalah suci (Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid); Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) dan Prof Qardhawi (halal & haram) juga berpendapat bulu babi tidak najis. Imam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa, Jld 21, pg 102) juga berpendapat semua bulu adalah suci.

Soalan: Adakah orang menyentuh barangan yang diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti soalan di atas diwajibkan menyamak tangan atau pakaian mereka yang tersentuh?
Jawab: Tidak perlu menyamak kerana najisnya babi ialah jilatannya. Inilah pendapat terkuat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah (Rahbawi, solat 'ala madzhaahi arba'ah); jika anda memilih ijtihad Imam yg mengatakan kulit babi dan bulunya suci, maka tidak perlu berbuat apa-apa. Jika anda memilih pandangan Imam yg berpendapat haramnya kulit babi dan bulunya, maka jika bersentuh dalam keadaan sama-sama kering tidak perlu samak. Tapi untuk kesempurnaan dan menghilangkan was-was, maka basuhlah tangan anda.

Wallahualam.

Sumber:  http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab38.htm

Satu persoalan selain penggunaan berus bristle ini sebagai alat mengecat mahupun bersolek, bagaimanapun yang digunakan oleh penjual sate? Adakah ia dari jenis bristle? Adakah ia memiliki kelulusan halal?

Anda mungkin boleh membaca tulisan berikut:
Penggunaan Berus Dari Bulu Babi.


Antara petikan yang diambil dari tulisan Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darulsalam:

16. Wajib disucikan rumah yang kena cat dengan menggunakan berus bulu babi pada mengcat rumah itu, kerana ada hadis menyuruh basuh tujuh kali dan sekali daripadanya dengan air keruh bercampur tanah suci dan menurut kaedah dalam Islam yang diambil dari hadis الضرر يزال ertinya: "Tiap benda yang mudarat dan kesusahan dibuang". Maka cara membuang mudarat najis bulu babi itu dengan membasuh rumah itu tujuh kali.

17. Wajib dibasuh rumah itu tujuh kali, kiranya telah diketahui rumah itu telah dicat dengan berus bulu babi atau ada zhann atau sangka kuat bahawa berus bulu babi digunakan pada mencat rumah Awang itu.

18. Penuntut-penuntut dan guru-guru itu apabila mereka telah ketahui atau yakin atau ada zhann atau sangka kuat bahawa berus-berus lukisan itu diperbuat dari bulu babi maka wajiblah mereka berhenti, jangan menggunakan lagi berus lukisan yang diproses dari bulu babi kerana suku-suku babi itu najis bagaimana tersebut dalam Al¬Qur’an dan dalam hadis dan ijmâ’ umat Islam, bagaimana telah lalu sebutannya.

19. Tiada sah sembahyang di atas lantai yang dicat dengan berus cat dan dari bulu babi, kerana lantai itu sudah kena najis dengan najis bulu babi, dan bulu babi satu suku dari babi dan suku-suku babi itu adalah najis seperti najis babi itu sendiri.

20. Hendaklah tukang-tukang sate takutkan Allah Ta'ala, takutkan api neraka dari itu jangan tukang-tukang sate beri makan orang Islam akan sate yang disapu dengan berus bulu babi itu, kerana bulu babi adalah suku babi dan suku-suku babi adalah najis kerana babi telah nyata"

Dalam entry terdahulu, ada pembaca bertanya soalan berikut:



ainul02 : .bro hazrey..saya nak tanya...adakah sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan dahulu kepada masy then baru minta kelulusan halal dari jakim atau sebaliknya??


Lazimnya, sesuatu produk itu dibawa masuk terlebih dahulu ke negara ini, dan adakalanya sesuatu produk itu menerima persijilan halal di negara pengeluar. 

Bagaimanapun, baru-baru ini Jakim sudah nampak betapa pengeluaran sijil halal di negara terbabit boleh dipersoalkan berikutan ketiadaan peralatan mencukupi bagi membuat pengesanan kewujudan entiti haram bagi umat Islam.


Tetapi, berapa banyak produk seumpama ini sudah memasuki negara kita? Lihat pada mentega Golden Churn. Ia turut menerima sijil halal dari Jakim kerana persijilan halal dikeluarkan di negara mentega itu dikilangkan iaitu di New Zealand.


Ada dakwaan, mengatakan pengeluar sijil halal di luar negara hanya mempunyai dua tiga orang kakitangan dan sijil halal dikeluarkan berdasarkan dokumen semata-mata dan bukan melalui ujian saintifik di makmal bagi melakukan pengesanan sebagaimana di negara ini.


Maka, ini sekaligus menunjukkan kekhilafan pada Jakim sendiri yang tidak melakukan kawalan pada peringkat awal sebaliknya apabila ia sudah memasuki negara dan diedarkan secara meluas, barulah sampel diambil dan ujian dilakukan. 


Akibatnya, ramai pembuat kek lapis di Sarawak mengadu kerugian kerana pengumuman mengenai kewujudan DNA babi dalam mentega itu baru dibuat Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) walhal memo Jabatan Agama Islam Johor sebagaimana gambar di bawah ini sudahpun tersebar luas di internet pada 18 April lalu.






Memo ini dikeluarkan lanjutan dari serbuan ke atas premis Kluang Rail Coffee di mana tiga pemiliknya turut dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan "gagal melabelkan kopi mereka yang mengandungi babi."


Untuk rekod, ketika serbuan, sampel mentega Golden Churn turut dirampas untuk dianalisa Jabatan Kimia. Kluang Rail Coffee mendakwa menggunakan mentega itu sebagai sebahagian dari ramuan memasak kopi mereka. (baca di blog Kujie.com di sini)


Bertentangan dengan memo yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Johor ini, Jakim pada 8 Julai lalu mengeluarkan satu kenyataan bahawa mentega Golden Churn bebas dari babi. (??).


Kronologi:

18 April (bukan 18 mei seperti tercatat pada memo itu):
Jaij mengeluarkan memo terdapat DNA babi dalam mentega Golden Churn. 8 Julai:


8 Julai:
Jakim buat kenyataan menyebut mentega dari batch yang sama bebas dari babi. Baca kenyataan Jakim di sini.


Untuk rekod, dalam kenyataan pada 8 Julai itu, Jakim menyebut:


"In reference to the notification letter issued by JAIJ dated May 18, JAKIM concluded that the said contamination was found to have been limited to samples taken only from the batch in Johor."

Terjemahan: Merujuk kepada notis yang dikeluarkan Jaij bertarikh 8 Mei, Jakim membuat kesimpulan bahawa pencemaran yang ditemui hanya terhad kepada sampel yang diambil pada 'batch' di Johor.


Untuk rekod, semua sampel untuk tujuan analisa dihantar ke Jabatan Kimia sebagai agensi bertanggungjawab mengeluarkan keputusan kajian makmal. 

Bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Sarawak turut menghantar sampel ke Jabatan Kimia, turut memperolehi keputusan positif kewujudan DNA babi pada mentega yang sama (lihat kenyataan Jakim bahawa pencemaran HANYA TERHAD kepada sampel yang diambil pada batch di Johor').


Lanjutan itu, Jakim mengeluarkan satu lagi kenyataan yang banyak atau semakian menimbulkan persoalan:


Baca keseluruhan kenyataan Ketua Pengarah Jakim di sini.


"Dalam melaksanakan ujian kandungan DNA babi dalam sesuatu produk, beberapa faktor perlu diambil kira seperti nombor kelompok keluaran produk yang diambil, pembungkusan, tempat pengambilan sampel dan faktorfaktor  lain yang mungkin berlaku semasa pengeluaran produk berkenaan dikilangkan.


Dalam pada itu, faktor kemungkinan berlaku kontaminasi di peringkat-peringkat tertentu juga perlu diambil kira.


Oleh yang demikian, JAKIM ingin memaklumkan bahawa kedua-dua sampel yang diambil oleh JAKIM dan JAIS diambil daripada nombor kelompok dan pembungkusan yang berbeza termasuk perbezaan pengimport dan tempat pengambilan sampel."


Soalan: Jika kelompok di Johor berlaku kontiminasi, di Sarawak juga berlaku demikian, maka apakah jaminan Jakim bahawa mentega Golden Churn di seluruh negara berlaku kontaminasi?




Soalan: Perbezaan pengimport? Biarpun berlaku perbezaan pengimport, ia tidak menjelaskan sama ada pengimport turut terlibat dalam melakukan pembungkusan mentega Golden Churn yang turut menggunakan pembungkusan tin yang sudah di 'sealed'. Jika mereka (pengimport) tidak terlibat dalam proses pembungkusan, ini bermakna, pembungkusan dilakukan pengeluar. Apakah jaminan Jakim tiada kontaminasi di peringkat pengeluar?


Soalan: Di Semenanjung Malaysia, hanya satu pengedar iaitu Sejahtera United Sdn Bhd bertanggungjawab terhadap pengedaran mentega Golden Churn. Jika tak silap, Johor berada di dalam Semenanjung Malaysia, maka bekalan di negara ini termasuk di Johor datang dari pengedar yang sama. Apakah bekalan di semenanjung datang dari kelompok yang sama?


Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan "faktor faktor lain" dalam kenyataan itu yang agak kabur dan meninggalkan pelbagai persoalan kepada kita umat Islam?


Soalan: Mengapa Kluang Rail Coffee diheret ke mahkamah kerana "tidak melabelkan produk mereka dengan kandungan babi," tetapi tidak mengheret pengeluar mentega Golden Churn ke mahkamah atas tuduhan yang sama? Adakah berlaku tindakan berpilih? Adakah mereka akan terlepas begitu sahaja dan kita umat Islam dalam kerugian? Siapakah yang akan membela kita?


Soalan: Sudahkah Jakim mahupun Jaij atau Jais menghantar sampel yang sama untuk pendapat kedua seperti ke Singapura yang diketahui turut memiliki kepakaran bio-tech. Atau, di negara kita sendiri, kita turut memiliki makmal yang diiktiraf Kementerian Kesihatan dan mematuhi piawaian antarabangsa seperti Consolidated Lab


Isu seperti ini berkait semula dengan kekhilafan Jakim dalam memberi pengiktirafan kepada badan Islam di luar negara untuk mengeluarkan sijil. Tahukah anda, industri pengeluaran sijil halal ADALAH satu industri yang lumayan?


Hakikatnya kenyataan dari Jakim ini mengelirukan. Sebagai sebuah badan bertanggungjawab terhadap kepentingan umat Islam negara ini, mereka seharusnya mengelak dari mengeluarkan kenyataan mengelirukan seumpama itu sebaliknya lebih memperincikan apa yang ingin disampaikan.


Lanjutan dari analisa terhadap mentega Golden Churn ini juga, adakah ia muktamad? Tidakkah Jakim menghantar sampel dari batch yang sama ke makmal lain yang diiktiraf bagi memastikan keputusan itu tepat?


Sebagaimana kenyataan Ketua Pengarah Jakim itu yang banyak bermain dengan perkataan 'mungkin', kita juga MUNGKIN terdedah dengan kekhilafan pada analisa yang dilakukan Jabatan Kimia.


Lihat lampiran di bawah ini, di mana pengusaha Kluang Rail Coffee turut menghantar sampel kopi mereka dan mentega Golden Churn ke sebuah makmal persendirian yang terletak Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.


Sampel yang dihantar adalah dari BATCH (kelompok) yang sama diambil Jabatan Agama Islam Johor dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.










Inilah hasil analisa yang diperolehi dari makmal yang turut memiliki kepakaran membuat pengesanan terhadap entiti dalam makanan. Lihat laman web makmal ini di sini.


Maka, persoalan, mengapa Jakim terus membuat keputusan dan tidak menggunakan kebijaksanaan untuk mendapatkan pendapat kedua dari agensi yang diiktiraf kerajaan kita sendiri?


Tidakkah ia mendatangkan kegusaran serta kerugian kepada kita jika sesuatu itu dilakukan terburu buru. Hanya satu pendapat.


Wallahuallam. 


8 comments:

Sky0ne said...

sekarang kecoh di FB isu senarai beberapa produk yg dikatakan tidal halal yg dikeluarkan oleh JAIP kepada skolah2 di pahang...tapi bila cross check dgn web Halal JAKIM, ada yg dah dpt persijilan halal pun...mcm mana ni?

mE™ said...

bro hazrey,
actually senarai tu adalah senarai yang gagal dalam pemeriksaan. jakim dah inspect kilang simplisity di korea mase bulan 5 (kurang pasti sangat).my aunty adalah salah seorang pegawai jakim yang pergi membuat inspection. bulu yg bermasalah bukannye bulu produk (eye shadow brush or etc) tetapi sebenarnye bulu pada mesin penghasilan product. inspection yg dilakukan adalah utk simplisity (SS) meneruskan penggunaan sijil halal (renew) sebelum sijil yg lama tamat. untuk produk yg ada di pasaran sekarang semua telah lulus inspection jakim. utk yg latest (yg ade prob nih) produk belum dipasarkan lagi.
sebenarnye dah banyak kali suggest pada aunty supaya JAKIM bahagian HALAL mempunya online medium untuk menyampaikan isu-isu halal haram nih. tapi mereka memang kekurangan kakitangan.

Azhar Abdullah said...

Salam Sahabat...

Kalau ada pihak yang dapat suarakan kebimbangan terhadap peralatan Jabatan Kimia yang digunapakai...sudah ramai yang mengeluh hampir kesemua barangan yang dihantar ke Jabatan Kimia berkeputusan ada DNA Babi...

Khabarnya mesin yang sama digunapakai untuk menguji makanan, menguji DNA tulang manusia, DNA mangsa rogol, DNA kes liwat, DNA anak kena buang dan lain-lain lagi....

Sampaikan produk yang tak masuk dek akal (i.e. fishball yang semata-mata berasaskan ikan tanpa sebarang lemak) pun hasilnya ada DNA Babi...

My 2 cents.

norinaomar said...

sekarang rasa takut je nak makan apa-apa.saya ni lagi duduk kat sarawak pun macam berhati-hati nak pilih groceries.tahun ni tak beli kek lapis selagi isu golden churn tak selesai.

kakcik said...

Berapa banyak dah mendarah daging di tubuh badan kita? :(

ainul02 said...

terima kasih abg hazrey ttg penerangan dari soalan sy itu..saya rasa jakim perlu lebih menjalankan tindakan berkenaan halal haram ini dgn lebih tegas..pada pendapat sy jakim perlu mengesahkan halal sst produk itu sblm dipasarkan kepada masy dan mungkin pkr spt ini tidak akan timbul iaitu apb masy telah mengguna produk itu sejak sekian lamanya tiba2 produk yg digunakan itu tidak halal..pkr ini mungkin akan menimbulkan pelbagai mslh terutama peniaga seperti peniaga kek sarawak itu...

maskaret_cinta said...

salam ramadan,

terlalu banyak isu halal menimbulkan kegusaran masyarakat... huhuhu

elok lantik Consolidated Lab tu jadi penganalisis sampel la. Jakim hantar sampel terus ke situ, tak payah diorang analisis sendiri, nnt kejap ok kejap x.

nk raya ni. nnt tak dapat makan kuih raya pulak. hohoho.

ibnu marzuki al firdaus said...

tq, imam hazreyi...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.