Friday, August 5, 2011

#712: TIPS UNTUK BLOGGER BARU. WAJIB BACA.

Let us tutup the story of whoever yang putus tunang, shall we?

Now, let's talk about #gilaglemer.

Apa itu gilaglemer?

Gila bermaksud separa sedar. Insanity. Ia satu spektrum sikap yang terhasil dari mental yang bukan lazim. 

Ia adalah satu ketidakstabilan mental. Hahahaha.

Tahukah anda, membaca blog longkang ini juga boleh membuatkan anda termasuk dalam golongan yang memiliki spektrum sifat yang tidak lazim, atau gila? Apatah lagi jika anda mula terbahak bahak ketawa, ia adalah tanda tanda pre-insanity. Dapatkan nasihat doktor jika terdapat tanda tanda itu semua. Segera. Kalau tak sempat, sapukan minyak gamat di atas kening. Jika terdapat tanda ruam, cuba letak bedak cuticura.

Maka, apabila anda terasa anda sudah mempunyai tanda tanda itu, anda dinasihatkan untuk menulis blog dan meminta pembaca anda yang turut kebulurkan perhatian dan kasih sayang, meletakkan blog header anda, dan anda buatlah satu award dan mintak diaorang letakkan di sidebar blog mereka. 

Anda juga boleh mengikut jejak langkah seorang lelaki di twitter yang secara tiba tiba, tanpa angin, hujan, puting beliung serta ombak setinggi 5 meter dan bahaya kepada bot bot kecil menulis seperti berikut:

"I already following you, now please following me."

Ya, kekadang mereka sengaja berjenaka. Mereka ni manja sebenarnya. Kita jangan melatah. Itu semua strategi untuk mereka memenangi hati kita dan mula mendekati kita. Kemudian, mereka akan mula mengucapkan selamat pagi dengan cara yang menimbulkan kecurigaan jantina (KJ). 

Dulu dulu, sukar untuk mencari glemer. Medium yang terhidang tak banyak. Kalau berani sikit, bolehlah hantar foto posing pegang gitar pinjam dan hantar kepada URTV atau Media Hiburan dengan ucapan - Mencari Teman Sejati. Wahh... sekarang takyah. Buat blog. Siyes.

Percayalah, dengan hanya memiliki blog sahaja anda mampu meraih glemer. 

Walaupun tampak mudah, ia sedikit sukar jika kita tak tahu taktiknya. Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, aku senaraikan sedikit tips tips untuk meraih glemer melampau lampau melalui blog:

1. Letakkan gambar yang diambil dari angle tinggi dan cuba sedaya upaya untuk menjadikan wajah anda comel. Mulut muncung penting. Bukan memulutmuncung ya puan puan sekelian. Ini untuk wanita sahaja. Ohh, memandangkan kau dah ada gambar kat facebook macam tu tunjuk segala kak nam dan kak jah kat dada tu, boleh jek gunakan gambar yang sama.

2. Miming. Ini yang paling mudah meraih glemer. Dan siapkan statement: "Saya tahu ramai yang tak suka, tapi saya lihat ramai jugak yang datang tengok video miming saya." Ya, kami semua memang suka video miming ni sebab jarang anak Melayu boleh buat. Kalau artis barat tengok, mahu menitis airmata. Yelah, bukan mudah nak buat miming. Nak pakai misai pun bukan mudah kan.

3. Kalau biasa menulis dalam bahasa Malaysia, boleh jek you write write in English because I understand enough enough lah. Remember, epal is red. Samtaim, ken be grin oso. You kenot andersten, I dun care wan. My blog what. Den onli your blog so curlastttttt!! 

4. Letakkan bunga rampai banyak banyak sebagai latarbelakang. Ia penting sebab bunga rampai ni penting dalam budaya kita sebagai menyambut tetamu penting. Blog seperti rumah kita, jadik, bila ada bunga rampai bebanyak tu, ia akan membuatkan pengunjung rasa dihargai. Kalau boleh, bagi bunga telur lepas diaorang komen. Jangan lupa mintak alamat, sebab susah nak pos nanti.

5. Buat peraduan, dan hadiahnya ialah patung lebih kecik dari mentol lampu suluh yang diambil secara close up supaya nampak besor gedabak. Pastikan anda menggunakan enlarge tool bila upload ke blog anda. Itu taktik pemasaran. Strategi kena betul. Ini sebenarnya rahsia perniagaan gelang magic AC Mizal. 

6. Sentiasa bisikkan kepada diri anda, anda ini seorang yang glemer. Perasaan ini perlu ada dalam diri anda, bahawasanya setiap kali anda di khalayak ramai, ada sahaja mata memandang dan bisikkan pada diri anda, "eh itu mesti pembaca blog aku" walaupun hakikatnya orang pelik tengok kau. Jangan buruk sangka pada diri sendiri tau. Tak manis.

7. Anda juga boleh buat video syok sendiri, eh salah. Mana ada syok sendiri. Alah, pedulikan mereka yang tak sukakan anda. Mereka itu cemburu dengan kebolehan anda memperkotak-katikkan diri sendiri. Mereka sebenarnya cemburu sebab peluang anda untuk ditawarkan bekerja lebih baik dari mereka. Ya, dah lama kami di Malaysia tak tengok sarkas. Tiket mahal tak?

8. Letakkan foto anda yang paling comel, atau yang anda anggap comel. Pedulikan apa mereka nak kata. Yang penting, anda menghargai kecomelan diri anda yang sememangnya comel. Kalau anda terjumpa blog orang lain dengan gambar yang lebih comel dari anda, jangan gusar! Mereka sebenarnya gunakan photoshop untuk kelihatan lentik, comel dan ala ala model legging. Mereka sebenarnya pelanggan Ms Read. 

9. Sentiasa tamak, eh salah. Itu tak boleh adik adik kakak kakak sekelian. Kita jangan tamak. Kita kena haloba. Ya haloba, ya bila sebut perkataan haloba, kita kena ketawa seperti seorang yang haloba, har har har har har. Air liur kena menitis sikit tau, baru ada efek. Pastu cuba cium. Besh? Meshtilahhhh kennnnnnn... Haloba ialah, apabila selepas sebulan anda paksa pengunjung letak blog header anda, buat lagi sekali. Kalau boleh, buat tiap tiap bulan. Percayalah, ada pengunjung yang memiliki naluri yang sama iaitu gilaglemer sebab mereka pun mendambakan perhatian dari anda walaupun dah beranak pinak, berlakikan perut boroi, ketiak tengik.

10. Pergi ke blog blog terkenal seperti ohbulan.com atau beautifulnara.com atau blogserius,blogspot.com yang itu ari menang award, dan tinggalkan alamat blog anda setiap kali ada entry baru. Itu paling penting. Kalau kena marah, buat buat tak paham. Taktiknya, selepas anda tinggalkan alamat blog di sesuatu entry tu, dah jangan tengok lagi dah, move on. Elakkan dari melukakan hati kita yang rapuh ini.

11. Sentiasa delete komen yang kurang bersetuju dengan anda. Itu penting kerana reputasi mau jaga brader. Ingatlah, blog adalah satu tempat yang paling penting untuk anda pelihara reputasi anda. Tanpa blog, tiadalah anda. Nanti takde siapa pulak kenal kita lantas bagaimana kita mahu dambakan perhatian dan kasih sayang yang kurang dalam hidup kita.  Kita mesti sentiasa jadi keyboard warrior. Kalau perlu, sebagai pemilik blog, anda perlu melibatkan diri bergaduh. Taip dengan kuat keyboard anda untuk menunjukkan betapa hebatnya diri anda.

12. Jangan pakai nama hazrey-blog-longkang.com sebab itu aku punya. Ai saman nanti.

Ok faham semua tips tips di atas? Bagus. Ini bermakna anda sudah bersedia untuk memasuki donia blogging. Ya, tahniah!! jangan lupa beli misai palsu dan blog header tau. Ohh, sebelum tu, kalau rajin, pergilah gym dulu ya. 

Kalau tak faham, cuba baca kisah benar kehidupan seorang blogger di sini.

Sedih kisah dia. Ai sampai hari ni menitis airmata. Dahlah, I tak sanggup nak ulas. Ni pun dah sebak. Mana teh o ais limau i. Eh dah pukul 7 pagi eh. Tak boleh. 

Sedih ai.


18 comments:

Kujie said...

ai suke tau tips ni sebab dah muak tapi tehan je tak muntah sebab puasa bila baca tips kitar semula mcm siaran astero tu.

ni tips segar mcm sayuran organik...hihi

norinaomar said...

ai syuka ai syuka...

part gambo promot diri sendiri tu haruslah bershawl seperti pokok krismas okay..rasa macam nak tebas cepat-cepat.

The Conversationalist said...

Alamak, I think I'm guilty of doing #4..Adakah saya #gilaglemer? Haruslah tukar background nanti.

For me, having a blog is actually a way for you to express your opinion. Tapi janganlah melampau sampai semua cerita termasuk yang dalam kelambu pun nak kasi tau 1 dunia. Perasaan malu tu mesti ada. Saya tak perlu glemer sebab saya bukan artis. Heee

Akim said...

"Remember, epal is red. Samtaim, ken be grin oso. You kenot andersten, I dun care wan. My blog what. Den onli your blog so curlastttttt!!"


HAhahahahha. tis is fun, pre insanity.. lulz..

Gilaglemer=gilatrafik

J u l i a 。.゜✿ said...

hahahaha sungguh sinis entry ni.

Anna said...

Glaglam...hahaha, Ai pun suker. We are what we are. Blog tu cermin pribadi..org akan dapat menilai diri kita based on the blog. Thats why some ppl prefer to be low profile...lenla cam u. U femes, suma orang kenal. Tak yah cari publisiti murahan semata2 nak femeskan belog sendiri, pastu knon sharing is caring..suma nak citer, becinta, tunang, happy2 hour...tuptup bila x kesampaian hasrat tu..sendiri gak yg malu kan kan?..

mashi said...

alamak!!!tak buat lagi semua yang list tu,patot la tak glemer...

har har har har...

♥CIK SHA♥ said...

ohhh..nak glemer kena buat cenggitu eh?kuikuikui..


entri ni memang besh la..;p

nazira said...

Hahaha.. terbaik la bro..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Azrul Hisham said...

hehe..ai suke la tips2 macam ni....wiiii \(^_^)/

miloais said...

hahahaha

gelak guling2 hoccay baca entry uols ni!

PUTUBAMBU said...

akakaka..!!

kelakar giler tips ni..

tapi tulahkan.. si gila2glemer kat luar nun boleh le try tips2 ni..
lagi2 ler bertambah glemer..

make sure.. blog tu pasang lampu-lip lap lebih sikit ehhehe..

wiiiiiiiiii..

Hazrey said...

putubambu
boleh tak masa ramadan ni jangan guna nama makanan?

miloais
boleh tak masa ramadan ni jangan guna nama minuman, terutama yang berais?

azrul
bagus inspektor shahab.

nazira
manja gambar awak. jeling jeling ai pulak. benci tau. dosa.

sha
wajib.

mashi
kan dah cakap. dah jangan nangis.

anna
who me? me femes? ko gila ke apa? mana ada femes.bawak lori pasir mana ada femes. femes dgn abang jpj ada lah.

julia
mana ada sinis. ini tips betul lah ni.

akim
u oso laik meh? gud gud. me oso wan mor prens here. some some time, i hep no prens.

conversationalist
ada ke cerita dalam kelambu??? bagi alamat blog. fuh best ni.

norina
hahahaahahahahhaah 100+

kujie
jangan cerita pasal makanan boleh tak? lapar dah ni.

Sky0ne said...

nak tinggal link jugak la dkt belog abang nieyhhhhh (sila baca dgn idgham skali) hahaha

Lady Dea said...

Kalau ketawa berlebih²an leh batal ose x?. Shayer rase mcm nk minum nes ais r...tekak kering.eh²,dh niat x pose plak.

Adoila..... ni TIPS nak meramaikan pengikut ke TIPIS nak dapat pengikut neh?.

Terus cerah biji mata ni ha. Bro, esok kasi up lagi karangan sampai 3500 patah perkataan. Ni kalau yang kena tempias² cket tu baca,mau menitik nose water.Muahahaha

Lady Dea said...

Eh²,lupe plak.Kite share kat fesbuk kite taw wak....

→ ekceli kite saja nak wat komen kite jadi 2.hahaha. jgn delete komen kite taw. ←

.sweet-ants. said...

hahaha adoii
sape yg terluka tu pegi la cari tisu ye

Fatin Baharum said...

ambik gambar bibir muncung, haha, ingat entry justin bieber, gambar nak raksasa jelir lidah, mcm nak tampor je rasa entry tuh, gile bedah ! haha.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.