Berseri abang aku ni.
Tak sempat nak upload gambar lain sebab have to rush for his sanding later.
Anyway, dua kali lafaz, Salih Yaacob sah memperisterikan Samihah Sheikh Ali, 25 tahun di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50 petang tadi.
Hantaran RM25,000 bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM23.
Keduanya dinikahkan Kadi Daerah Kulaijaya, Ustaz Haji Fahmi Samad.
Apapun, hari ini bersejarah buat Salih. Cukuplah empat isteri mengisi hidupnya.
Tiga lagi isteri Salih ialah Norlizah Mamat, Norraha Hamat dan Norfara Wahida Sulaiman.
Wartawan yang hadir, wait, wartawan cuma aku jelah kan. Haha. Ok, bersama Harian Metro, bagaimanapun tidak dibenarkan menemuramah isteri Salih.
Malam ini jam 8.30 malam, pengantin ini akan disandingkan di sebuah hotel di bandaraya Johor Bahru.
Apapun, yang penting, masa abang Salih sampai, dia sempat turunkan ilmu pada aku. Aku pasti, gambar bawah ini akan mengakibatkan miss bini cuak besor dan tetiba aku takleh keluar malam dah. Abislah.
Aku nak balik nak sembunyikan butang baju melayu siap siap. Leceh nak beli nanti.
* * * * * * * *
Foto semasa majlis makan beradab di sebuah hotel terkemuka di Taman Abad, Johor Bahru bermula jam 8.30 malam.
"Saya bersyukur dan terima kasih kepada keluarga sebelah isteri saya, bagi pihak pak sheikh, dah boleh panggil bapak ya kerana sudi menerima.saya sebagai menahantu (lafaz Salih berlawak ketika berucap di majlis makan adab)."
Memang susah sikit nak nengok isteri baru Salih senyum tapi sekali senyum, memang harus luntur cik Salih kita. Haha. Ok, dunia memang tak adil. Aku tahu.
Apapun, bila ditanya ke mana nak pergi honeymoon, Salih jawab:
"Pergi China. Semua pergi. Kebetulan cuti sekolah."
Aku tanya: semua?
"Ya, semua isteri saya pergi sekali."
Indahnya donia.
Macam best jek jawab macam tu kan - cuba korang practise depan bini - semua isteri saya pergi sekali. Buat banyak kali.









33 comments:
Mak ai. Umur baru 25 tu~
Tahniah!
:)
Aku datang lagi bagi komen lepas refresh untuk kali ke berapa entah ni~
Phewit!
Mak Gegula, pastikan semua baju Melayu yang memerlukan butang disimpan dengan kemas dalam beg. Bahaya ni.
Tips : Kau pakai baju Melayu Raihan bang. Tak payah letak butang sebab memang dah jahit sekali butang~
XD
nak menuntut dengan yang baju hitam belang tu plak la lepas ni
tetiba teringat movie Madu 4.
kalau isteri2 Salih Yaakob wat jadual cam dalam citer tu memang aman rukun damai sejahtera la kot.hoho~
Eh..tapi idung you tak sama idung Salih Yaakobbb..ada belajar ilmu idung tak...? ha ha ha...
gua nak share kat blog! kikiki :3
banyakknya duit hantaran tu..;P
nk share yek..tenkiu..
tv9 ada tunjuk tadi bro hazrey salam dengan abang saleh
" Aku nak balik nak sembunyikan butang baju melayu siap siap. Leceh nak beli nanti. "
Butang baju melayu aku mana pah? hahaha
Pengumuman
Kepada sesapa yg bekerja@brkaitan@yg sewktu dgn hal ehwal brkaitan k0smetik hidung(peh...k0smetik hidung tu) sila tinggalkn emel atau n0 utk dihbngi di sini.
Sekian,terima kasih.
Weeee...lalalala.
wahhhh... baya saye rupanya bini dia tu... oooooo... selamat pengantin baru. tu je yang terucap.
jom terjah HAMBA ZAMAN SEKARANG: ulasan ringkas
Soal Salih kahwin lagi ini, telah menjadi isu perbualan yang panjang lebar dan serius antara aku dan anak dara aku....!
Apapun Selamat Pengantin Baru, SALIH, Moga jodoh berpanjangan.
Tahniah buat abg jem!Firstly nak copy gambar taruk kat blog aku/backlink...harap benarkan.
Thniah buat ke 2 2 mempelai..:)
**Untung betul SY niey..:)
Lady dea - kena panah petir nak?
azie: anak dara? ehem.. apa dia mak?
siapa nak amik gambo, amiklah. Ai sanggup share. Ehem.
tahniah lah.
hihihi
cantiknye isteri baru dia...salih pun nampak ensem...huhuhuhu bahagia..bahagia..
tahniah buat SY
mogal kekal bahagia hingga ke akhir hayat
bahagia betul
semua sekali heols bawak gi honeymoon...
:D
Semoga hidup mereka aman damai dan diberkati Allah selalu. Gini baru betul, kawin tak sorok2. Takde timbul fitnah.
Tahniah abg. Jem.
Abg Hazrey sy copy gamba abg jem ni bule?
wahhh... seronoknye semua pergi china yee.. alhamdulillah
Semua sekali pergi noks~
kih3~
pehhhh 25 tuu...tahniah la kt abg saleh yacob...sonoknyaaa p china...aman toi rumah tga depa siap leh wk suma skali...
sanggup kau dik, kahwin dgn laki orang... kalau kau sanggup kahwin dgn laki orang, maka kau sangguplah mengadap madu2 kau nanti yer dik...
lepas kahwin ni sila TABAH dan SABAR byk2 yer...
abe hazrey..boleh sy copycat dan letak dlm blog saya??nanti saya publish ler nama abe hazrey...huhu
Kehkehkeh....petir baru hbis konsert ni bang.Pasir gudang berdentam-dentum tadi.cuak jugak.
Alah...ingatkan dah salam2 tu sambil berniat sekali.erkkk....ampunnnnnnn Ya Tuan Hazrey.
SMTI.
Isteri muda beliau ni kena banyak belajar dari madu-madunya.. bila masing-masing faham dengan tanggungjawab masing-masing rasanya takde masalah mereka bahagia sepanjang hayat.. dah jodoh mereka.. doakanlah mereka bahagia..
psstt: tak semua perempuan suka dimadukan walaupun suka makan madu..
‘Bukan berahsia’
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: “Saya bukannya mahu merahsiakan pernikahan, namun atas permintaan keluarga isteri, saya tidak menjemput rakan media ke majlis itu petang kelmarin,” kata pelakon dan penyampai radio terkenal, Salih Yaacob, 49, menjawab soalan mengapa rakan media tidak dimaklumkan berkaitan pernikahannya di Kulaijaya di sini, kelmarin.
Salih ketika ditemui di majlis resepsi di sebuah hotel di bandar raya ini berkata, permintaan keluarga isterinya itu mesti dihormati kerana mereka kurang selesa dengan publisiti yang diberikan.
Katanya, keluarga mentuanya meminta supaya majlis diadakan secara sederhana tanpa menjemput wakil media dan sebagai ahli keluarga, dia perlu menghormati permintaan mereka.
“Sejak berita berkaitan hubungan kami disiarkan, mereka menyatakan kurang selesa dengan publisiti diberikan dan meminta jangan menjemput wakil media.
“Saya hormat permintaan itu, inikan majlis sebelah perempuan dan saya bercadang menjemput rakan artis dan media pada majlis sebelah lelaki yang akan diadakan di ibu kota tidak lama lagi,” katanya.
LU DAH JADI WARTAWAN HIBURAN, BRO... SYABAS!
lelaki memang leh kawen 4... grrrrr
bini no 3 sdg btarung jaga anak leukimia dia sdap2 atas pelamin
mazidol lak dah jadi seekers
khas wat jus buah lemon:
http://www.hazrey.com/2011/05/entry-676-majlis-akad-nikah-salih-yakob.html sorry 2 say but bini no 3 dia cam sewel sikit gara2 tak bertudung & hodoh, setuju tak? tuh yang kena bala anak banyak darah putih kot... wa memang lazer tak munafik + hazrey sedia maklum!
Post a Comment