Wednesday, May 18, 2011

ENTRY #671: ORANG KAHWIN MASA CUTI SEKOLAH

Buat majlis kahwin memang besh. Eh salah, buat majlis tunang memang best, sebab apa?

Sebab: jaman sekarang buat majlis tunang grand abih, dah mengalahkan majlis kahwin. Gila kentang, tomato dan keledek.

Yang paling senyum sampai mata ialah mak andam dan separuh-mak andam. Depa yang paling gembira.

"Ai dah berapa ari tak jumpa abang tiarap ai sebab sibuk mekapkan orang tunang ai nok," terdengar keluhan seorang separuh-mak andam mengomel di sebuah restoran.

Tak lama ni, cuti sekolah. Aku dah dapat banyak jemputan majlis kahwin. 

Pertama sekali, aku tak tahu kenapa orang suka buat majlis kahwin waktu cuti sekolah. Aku dah tak nampak relevannya. Adakah kalau cuti sekolah, membolehkan bebudak ni semua datang ramai ramai? Atau jemputan mereka adalah bebudak sekolah semata mata?

"Alah si Hazrey ni jemput kita ke majlis kahwin dia time bebudak sekolah pulak," keluh Timah mengusap ngusap perutnya yang semakin nampak Goodyear, Silverstone dan Michelin. Ya, semua tayar F1, takde bunga. Baik punya! 

"Karang tak pegi, dia bising pulak. Kalau pegi karang, rumah bersepah lagi ni macam tongkang pecah," Timah mengeluh lagi sambil menjeling lakinya, Hamdan yang turut bertanding untuk bergelar champion perut boroi. Hanya mereka berdua berjaya ke peringkat akhir. Ala ala amazing race gitu.

Timah tetiba ketawa kecil sebab dia teringat dulu lakinya yang dulu dipanggil Abang Ham dan kini hanya tinggal panggilan Oii Orang Tua sebab dah lama kahwin, ensem mengalah Shah Rukh Khan. Itu dulu ah. Sekarang boroi. Kenapa aku pun terasa ni?

Perlahan Abang Ham aka Oii Orang Tua menoleh ke arah isterinya Timah yang dulu pernah menang Ratu Cantik Hypermarket Giant dan membawa pulang hamper sarat dengan air coke, biskut kering, coklat murah, wang tunai RM300, tiara senang patah dan piala ala ala menang pertandingan bolasepak Umno.

"Si Hazrey tu berapa kali nak kahwin weiiii?" jerit Abang Ham aka Oii Orang Tua pada Timah.

"Ntahlah, mungkin orang suka kat idung dia kot," ekeh ekeh ekeh, kohh kohh kohh itu bunyi Timah ketawa tiga kali terus batuk. Lazimnya batuk lebih lama dari ketawa. Dan lazimnya jugak, Oii Orang Tua buat tak tahu jek.

Itu adalah gambaran semata-mata ok. Apa? Salih Yakob? Ai suka dia.

Berbalik pada cerita kahwin pada musim cuti sekolah ni, aku sering bertanya, kenapa tak buat masa musim durian? Masa musim rambutan? Kan best! Boleh bawak bakul.

Ohh, lupa cerita, adakalanya aku tolong buatkan emcee untuk kekawan kahwin dan biasanya aku turut sebut pasal panggilan manja pasangan dah kahwin.

Memula panggil ayang anje buah hati aiiiii.. (buat suara sengau shikit).

Lepas kahwin, panggil avangggg (abang).

Dah dapat anak, panggil bapaknya.

Anak dah besor sikit, panggil Oii Orang Tua.

Dah lama sangat - panggil Oii jek (kemungkinan lupa nama laki sering berlaku).

Apapun, aku tak tahu kenapa asal cuti sekolah jek, orang berebut nak buat majlis kahwin. 

Kenapa tak buat hari bekerja? Kan senang orang datang reramai waktu lunch. Kenapa mesti masak nasi minyak?

Korang tahu?

Lagi satu, TOLONGLAH toksah lagi bagi cupcake. Benci aku kat cupcake. Tak tahu kenapa. Tapi aku benci. Errr bagi lah Mineral Mud Removal Mask leh tak? Wiiiiiiiii.

Walimatulurus........ alahai, macam memanggil pulakkkkkkkk....



19 comments:

gha sudin said...

Alaa abam hazrey. Shekati ittew la nak bagi kapkek kat abam. Kan ke shomel tu. Walaupun mahal takpela ittew berbelanja lebih shiket sebagai tanda ingatan untuk abam yang sudi datang wedding ittew.
* adoi, penat cakap gegedik ni.kekekek..

Fatin Baharum said...

hahahahahaha. bakal wife salih yaacob tu 1st pompuan i dengar suka hidung lelaki T_T

Noriz said...

dont u dare nak rasa terpanggil tu eh....hahaha... jgn harap!

una berry said...

orang dulu bagi bunga telur sebab konon2nya melambangkan kesuburan
sekarang bagi cup cake nak suruh orang kencing manis agaknya

Piah Becok said...

hahahahaa... cuti sekolah sume orang pun cuti jugak kot... coklat nak?hahaa

menu kawin adelah nasi minyak sebab time kawin je jumpe nasik minyak. kan?

Eri-chan said...

ingat nak kawen hari isnin la..senang sikit kan...takde rebut2 mak andam, dapat sewa murah2..ahahaha..pastu konfem tak ramai org dpt dtg especially yg meeting dgn bos pg isnin..keh keh

WanYgBest said...

aku pun penah tetanya2 psl knp kenduri time cuti skolah, tp ni jwpn kwn aku yg dah beranak 5:

klu wedding tu wiken, dan jauh plak tu dari umah, so, isninnya tu leh la anak2 tu berehat...klu isnin tu skolah, anak2 tu mesti la kepenatan ke apa...kalau yg kwin tu sedara dekat, mcm adik ke, abg ke...bbrp hari sblm kenduri dah boleh balik kampung tolong2...

lagipun mak bapak budak lagi senang nak amik cuti dari anak2.. gitu la...

WanYgBest said...

oh...lagi satu...nak wat surat mc utk sorg (mak or bapak) lebih mudah dari utk 5 org (anak2)...kata dia la...bukan aku...kui2

ruggedmom said...

i pun tak setuju kenduri time cuti sekolah ni niat dihati nak belanja org makan sebab terima menantu dah jadi touch n go je. Ye la kalau rumah kita yg ke-3 atau ke-4 tetamu tu menghadirkan diri takkan makannya dia.

Lagipun sapa sangat yang nak datang menolong...yg paling dekat tu aje selain org kg (kalau ddk kat kg lah).

The cupcakes, yes, except kalau dapat yg mahal dan sedap. Tak pernah org bagi petai lg kan?

Anna said...

wah hazrey..profiles picture..tak hengat tau...hehe. Mmg pun time coti sek tu kononnya ramai sedara mara coti..bdak2 pun coti..tu sbb choose time tu..kalau kat felda lagi haru..sampai berebut tarikh..ada yg jadik gaduh gitu..yg penting, terpulang kat masing2..cuma i pun setuju sgt..bertunang la ni giler betik, kentang, tembikai suma lah..sbb terover2 mcm kenduri kwin. Buatnya tak jadi pulak ..sapa yg malu yg dak?... So, bersederhanalah org kata lebih afdal...

Sky0ne said...

kapkek kalau dapat yang keras kejung, memang aku tong sampahkan aje...haha

ayunda maajis said...

wei..aku penah dapt cupcake yg dh bercendawan..giler ah..stok tahun biler punyer tu..huhu

miloais said...

buat cuti sekolah - dapat le cuti lama skit... tak ganggu bebudak sekolah.. penat taw gi kenduri ni... nak plak kenduri kat kampung!

ok lagi lah dapat kapkek... kalo di baginya cawan kecik2 tu... ntah nak buat hapa lah.... hiasan??? cam tak cukup set.. nak guna utk minum - kecik bebeno!

al-lavendari said...

betullah .. saya pun nak kenduri kawin saya punya anak musim cuti sekolah ni. bila ajak je kengkawan, masing mengeluh sebab dah banyak sangat dapat jemputan.

saya cadang bila nak kawin saya punya anak yang satu lagi nanti, nak buat hari Rabu pulak !

*saya masuk melalui pintu tijah !

gha sudin said...

cawan kekecik tu buat men masak2. :p

peej said...

kalau aku bagi telur rebus balut pakai tisu macam dulu2 tu ok tak? ke kau ngutuk aku kat blog cakap, "eee gila sengkek bagi telur bungkus tisu je"??????

Tata Azha said...

Entah ya kekadang pelik semua nak buat time cuti shekolah, Penuhlah penunjuk arah kat trapik lite time tu.. Sampai jenuh tgk nama pengantin, kalau time trapik lite merah boleh lah baca satu2... Kalau lampu ijo redah kasik pecah jerla.

Rasa kalau door gift tu bagi duit ok tak.. Bagi duit dlm enlop :D

Rozy said...

entahnyer. suka benor nak rebut2 buat coti sekolah. sampaikan tetamu termakan kat majlis rumah orang lain, gara2 tersalah rumah. yang haru, salam kaut & hadiah besau2 tersalah bagi kat orang lain, padan muka si pengantin wakaka... tu la yang terjadi kat aku masa aku kahwin dulu... (padan muka aku)...

Rozy said...

dulu telur bungkus dengan tisu je. sekarang ni mcm2 beg cenderahati. tu semua kos2 yg tak perlu. tapi sebab trend sekarang la katakan... kalau tak buat, malu mak-bapak pengantin kat tetamu & sedara-mara. lepas majlis kahwin, mula la menung2 sambil tekan calculator, congak2 kira hutang piutang. kesian pengantin, hutang kahwin masih belum bayar habis, sedangkan kos menanggung keluarga bertambah2 dengan kehadiran anak2.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.