Saturday, March 19, 2011

WANITA VIETNAM SEBAGAI GRO DAN AZHAR ABDULLAH DI MELAKA.

Kebelakangan ini, banyak serbuan pihak berkuasa menemui wanita Vietnam yang bekerja sebagai GRO di pusat hiburan berbanding dahulu yang didominasi oleh wanita negara China.

Terbaru, malam tadi, serbuan Jabatan Imigresen Johor di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari Johor Bahru yang turut menawarkan tarian berahi, diserbu.

Mac tahun lalu, aku turut menyertai serbuan Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap IPK Johor terhadap premis ini dan seorang gadis 17 tahun hamil lima bulan bekerja sebagai GRO antara yang ditahan.

Gadis itu bekerja sebagai GRO. Dia diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dihantar ke rumah perlindungan kanak kanak. Kesian budak tu. Isnin ni aku nak call JKM dan bertanyakan khabar gadis itu, dan pasti bayi yang dilahirkan comel.

Dua puluh anggota Jabatan Imigresen Johor menyertai serbuan itu dan empat wanita warga Vietnam ditahan kerana kesalahan Imigresen iaitu menyalahgunakan pas lawatan sosial. 


Tentunya soalan yang diajukan kepada wanita terbabit, berbaloi ke berdepan dengan risiko dicekup dan dihantar pusat tahanan?

Pada mereka, ia satu risiko yang perlu diambil demi mendapatkan pendapatan lumayan. Dengarnya, mereka boleh menerima sehingga RM2,500 sebulan tidak termasuk duit tambahan dari tips pelanggan yang bermurah hati (read: tak tahan tengok peha putih).

Premis ini mempunya tiga tiang di pentas yang digunakan untuk penari. Kalau ada tiang macam ni, mengikut istilah Hollywood, untuk buat apa lagi kalau tak bergesek ala biola kat situ kan.

Premis ni bagai mencabar pihak berkuasa kerana biarpun berulang kali diserbu dan dikenakan tindakan, depa tetap ambik perempuan warga asing bekerja sebagai GRO. Tapi kalau dipikirkan, lebih elok dari diambiknya budak perempuan seperti yang 17 tahun dan hamil tu kan.


Jika diteliti pada passport milik wanita terbabit, mereka baru sahaja memasuki negara ini awal bulan ini. Ini mungkin stok baru sebab 16 Februari lalu, premis sama diserbu Cawangan D7 IPK Johor.

Aku selalu bertanya pada pegawai Jabatan Imigresen, tak penat ke dengan pengusaha yang degil degil ni? Tanggungjawab dan amanah, kata mereka. Selagi undang undang wujud, itulah amanah kami. Tapi kekadang tak terlayan jugak. Seperti semalam, selepas selesai tiga operasi bersama mereka, pasukan yang sama bergerak ke Segamat pulak. 

Pengorbanan mereka meninggalkan anak isteri demi tugas. Nampak macam senang. Tapi masa mereka sangat terhad bersama keluarga. Kekadang kita cuma nampak pada liputan media, hakikatnya kekadang hampir setiap hari mereka menguatkuasakan undang-undang.



Yang ini pulak, bukan taukeh langsir atau taukeh buat cermin. Cermin ini adalah pelindung kepada sebuah bilik rahsia untuk digunakan GRO bersembunyi jika ada serbuan pihak berkuasa. Kalau aku yang dah dua tiga kali ikut serbu dah tahu, takkanlah anggota Jabatan Imigresen tak tahu kan. 

Lelaki di gambar atas ini ialah Ustaz Azhar Abdullah penulis blog Apa Nak Dikata yang sebelum ini bertugas dengan sebuah jabatan kerajaan di Perlis. Dia dah berhenti sejak hujung tahun lalu dan berhijrah ke Melaka. 

Kini, Azhar mewakili stesen televisyen ntv7 di Melaka untuk menyediakan bahan berita untuk stesen televisyen itu.

Semalam, Azhar menyertai team aku untuk dibuli dan ditarik telinga.

Selain bertanya mengenai soal kahwin lebih dari satu, (sebab aku tengok blog dia, berdedai dedai orang tanya pasal nak kahwin lebih namun ia tak termasuk aku, sebab aku boleh tanya terus kat dia.. haha), anda boleh berhubung dengan Azhar mengenai bahan berita di Melaka. 

Azhar boleh dihubungi di alamat email berikut: azhar dot shafie at yahoo dot com (azhar.shafie@yahoo.com).

Dan ohh, aku tak tahu apa motif dia posing kat cermin tu. Lupa nak tanya. Adakah dia tengah pikir untuk bawak balik cermin tu? Mungkin jugak. Atau dia kata "kalau letak kat dalam toilet aku ni, baguih ni."


3 comments:

lemonade said...

Kudos 2u! not many people hv the same mindset as u...that 17 year old girl needs our HELP not HATRED!

zeqzeq said...

Patut 14 SX DAH kena gubal akta. 17 dah jauh sgt

WAN ZUHA ISHAK said...

senyap sunyi bro azhar terus jadi wakil ntv7 melaka. kalau bro tak bgtau, sumpah tak tau

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.