Saturday, March 26, 2011

Ana Raffali Beri Jawapan Kepada Hazrey.

Ingat lagi entri Hazrey bertajuk Ana Rafali Ada Pengurusan Ala-Ala Celcom Customer Service? Kalau tak ingat sila baca kat sini.

Ana Raffali dengan besar hatinya telah menjawab tulisan Hazrey tersebut di blog beliau..:


kalau takde angin, tangan pun jadilah


Penat sebenarnya, kebelakangan ni. Saya percaya mereka yang mengikuti perkembangan saya faham apa yang saya maksudkan. Agak lucu memikirkan, pada peringkat awal pembabitan saya dalam bidang ini saya telah diberi amaran tentang dunia hiburan dan gosip buruk yang seolah-olah berpaut pada mana-mana penggiat seni. Dan untuk mengalaminya sendiri, saya mula sedar akan betapa mencabarnya 'kerja-luar kerja' saya yang sebenar.

Tidak adil bagi mana-mana individu untuk menilai seseorang hanya melalui khabar angin, atau pemerhatian yang tak benar-benar terperinci. Membuat andaian tanpa usul periksa adalah punca salah faham. Pepatah kalau tiada angin masakan pokok bergoyang seolah-olah menjadi 'anthem' atau lagu rasmi bagi mana-mana individu untuk memanjangkan cerita, alasan untuk membenarkan tindakan menyampaikan berita negatif kepada orang lain. Mana-mana orang boleh bikin cerita, oleh itu sejauh mana kita mempercayainya bergantung pada niat di hati. Kalau kita bersangka buruk pada seseorang, buruklah yang dilihatnya. Jadi, saya faham bahawa saya harus redha dengan kelemahan saya yang tak mampu menawan hati semua orang. Namun saya takkan biarkan gosip mematahkan semangat saya untuk bekerja.

Tapi, hati saya tergerak untuk menulis sesuatu untuk ditujukan kepada seseorang yang saya fikir berhak untuk mendapat penjelasan dari saya. Salah satu sebab beliau pernah menjadi mangsa kepada kelewatan saya tempoh hari (dan untuk itu saya memohon maaf sekali lagi) dan saya fikir keprihatinan beliau wajar di ambil kira.



Assalamualaikum,

En. Hazrey, saya Ana Raffali dan saya mohon maaf terlebih dahulu sebab akan mengambil masa encik untuk membaca entri saya ini tapi saya cuba untuk menjadi seringkas-ringkas yang mungkin.

Tentang entri encik mengenai saya dimana encik telah "quote kenyataan saya kepada MStar", saya ucapkan terima kasih kerana sudi mengetengahkan isu itu. Encik berhak untuk bertanya, mungkin juga encik berhak untuk memperkecilkan, memperlekehkan dan menghina pihak pengurusan kami. Oleh kerana itu saya juga percaya encik berhak untuk tahu keadaan sebenar atas dasar ambil berat encik tentang saya dan segala gosip tentang diri saya.

En. Hazrey harus faham bahawa mana-mana individu yang memberi kenyataan kepada surat khabar harus redha akan kemungkinan kata-katanya tidak akan ditulis sepertimana dicakap. Ada yang ditambah dan ada juga yang ditolak. Dalam kes saya, MStar tidak berkesempatan untuk melaporkan bahawa, web tv itu telah meminta saya untuk membuat persembahan, menyanyikan lagu saya.

Seperti yang En. Hazrey tahu, kebiasaannya atau "standard practice" untuk mana-mana rancangan tv termasuk rancangan web, mereka ada menyediakan token sekiranya ia bukan penampilan berbayar. Tak banyak, tapi mencukupi untuk kos seperti minyak, tol dan sebagainya supaya atas dasar hormat kepada artis, dia tak perlu membayar untuk melakukan kerjanya. Jika penampilannya dilihat sebagai promosi, ia seharusnya dibuat melalui syarikat rakaman atau label yang mempunyai bajet berdasarkan pelan promosi mereka sendiri. Tapi ada kalanya, memang token tidak disediakan dan saya tetap luangkan masa membuat penampilan tanpa meminta, merayu atau memeras ugut mana-mana produksi atau pihak media sepertimana yang telah dihebahkan di kolum gossip. Tanyalah mana-mana suratkhabar, majalah, stesen tv yang pernah bekerjasama dengan saya sebelum ni atau selepas, tak pernah dibuat.

Oleh sebab itu, saya harap En. Hazrey dapat faham bahawa pengurus saya hanya bertindak atas permintaan yang diajukan kepadanya. Saya lihat En. Hazrey terlepas untuk menilai artikel murai itu dimana penulis sendiri kata sumbernya adalah junior kepadanya jadi besar kemungkinan dia sendiri belum bersedia menghadapi soalan-soalan umum berkenaan undangan untuk membuat persembahan.

Benda kecil seperti minta untuk sediakan baju makeup dan sebagainya pun bukanlah satu isu. Ada rancangan tv yang mendapat sponsor untuk memperagakan baju, ada produksi yang memang menyediakan makeup. Dan ada yang memberi kelonggaran pada artis untuk menyediakan baju dan makeup sendiri. Tak wajarkah pihak saya bertanya tentang mana satu menjadi ikutan pada mana-mana produksi yang meminta saya membuat penampilan untuk memudahkan lagi urusan kami menyediakan apa yang tiada.

Ada bezanya bertanya dan meminta. Mungkin sumber gosip ini terbiasa meminta sesuatu dengan bertanya. Contoh; Di sebuah kedai runcit di pekan, pelanggan bertanya "Abang, biskut meri ada?" jurujual jawab "Ada." dan sambung baca blog di ipadnya.


Itulah yang berlaku, maaf atas salah faham dan kesulitan yang berlaku. Seperkara lagi, En. Hazrey telah mengungkit insiden saya lambat. Saya tahu benda ni dah lama berlaku dan saya telahpun menulis memohon maaf. Fitnah yang saya maksudkan adalah menokok tambah apa yang berlaku untuk menjadikan ianya lebih sensasi sedangkan apa yang berlaku bukanlah seperti yang dikhabar. Semestinya, pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih sewajarnya kita amalkan. Saya mohon maaf pada En. Hazrey kerana menjadi mangsa pada kelemahan saya ketika itu, dan saya mohon doa pada Yang Maha Pengasih untuk membuka hati En. Hazrey menerima maaf saya. ;)

Ana


NOTA : Untuk pengetahuan En. Hazrey, pihak kami telahpun bersetuju untuk ditemuramah oleh pihak berkenaan tanpa bayaran atau token dan penggambaran untuk sesi tersebut telahpun dibuat. Saya dimaklumkan sumber cerita yang dimaksudkan sendiri terkejut dengan ruangan gosip tersebut kerana beliau mengaku hanya bercerita tentang perbualan dengan pihak pengurusan saya secara kasual tanpa niat untuk menjadikannya cerita sensasi. Jadi mungkin salah faham ini tak berpunca antara pihak saya dan pihak beliau, tapi telah diubah suai oleh pihak ketiga yang tak tahu keseluruhan cerita.

Anda boleh baca entri Ana Raffali di blog beliau


Untuk makluman semua pembaca, Hazrey kini yang sedang berada di luar negara akan menjawab jawapan Ana Raffali ini sebaik beliau berkesempatan. Harap bersabar ya.


Azhar Abdullah.

14 comments:

Audra Sazreena said...

Alahai.. kesian Dak Ana ni... hehe.. hopefully kakak ipar baru dia tu (shahriza mahmud) boleh guide dia cemana nak survive...

Diana said...

Bang Hazery,

Saya sukakan abang Hazery yang dahulu yang tidak pernah (dan malas) mengambil tahu gossip dunia artis.

Semoga blog ini kekal begitu, tanpa dicemari isu dan perkara remeh-temeh-buang masa,tenaga dan elektrik begitu.

Mekacih

theblabber. said...

kadang2 saya kurang faham kenapa cik Ana terlalu kesah apa orng nak kata pasal dia. I mean, this is the price you have to pay lah being someone yg dikenali. Cuba byngkan kalau Mariah Carey nak amek pusing atas setiap apa org kata pada dia, tak hidup gamaknya dia.

p/s: Saya harap, as someone yang wise,abg hazrey tak perlu lah balas kenyataan beliau. Saling balas membalas, sampai bila pun tiada kesudahannya.

Abang Zul said...

Lama sungguh tak komen di sini.

Abg juga sependapat dengan beberapa orang yg terdahulu memberi komen.
Leave ur sweet n nice blog ni as what it use to be.
Hentam when necessary. Puji bila selayaknya.
Bring us those differents dari lubuk hati seorang Hazrey.
Abg tak kenal siapa Hazrey secara peribadi. Only ur blog that lives in my heart.
Abg tak nak komen apa2 tentang Ana Rafali yg juga langsung abg tak tau apa2 bout her background other than seorang dari penyanyi kat Malaysia ni.

Put that as this:
If Hazrey.com ni just a small blog like mine, adakah that so called penyanyi is willing to write (or type?) such an entry specially to Dear Encik Hazrey?
Tau tak kenapa? Coz Encik Hazrey kita is a TV journalist. A cameraman somemore.
Risau weh, nanti bad stories masuk TV.
Sedangkan as much that I know Hazrey from his blog, he's not that kind of person. Yang serbu tak pakai helmet.
Peace! No war...

Fatin Baharum said...

even i xikot sangat dunia artis esp ana raffali, lagu dia pon tak ingat mana, tapi, dia ada hak dia jugak la nak pertahan kan diri. jangan compare artis malaysia dgn artis hollywood. hollywood terlalu besar, kekdah budaya dia pon xsama ngn kita. kita macam mana kasar pon orang melayu tu, tetap berhati lembut, ada masa sedih, ada masa happy, ada masa boleh buat tak kisah..

lgpon ana cakap baik2. kita kena faham, hati manusia, xsemua boleh keraskan. maybe industri ni mmg btol2 dia punya periuk nasi. dia nak baik2 dengan orang, dia nak teruskan kerjaya dia, jadi dia cakap baik2 nak explain pasal apa sebenarnya. nanti orang mengata, mesti dia pk, macam mana dengan mak ayah dia, family dia?

kot nanti orang kutuk family dia cakap "eleh, anak kau tu bukan bagus sgt, ak baca kat gosip bla bla bla bla bla", "oi, kakak kau tu poyo lah, ak baca kat situ cakap bla bla bla..".. sekali dua tiga kali boleh uat derk, lama2 pendam, pk2 balik, mesti sedih kan ? kita manusia ni hati lembut sebenarnya..

orang buat salah, dia mintak maaf, kita terima. i support if hazrey nak buat kenyataan balas. maybe ana mintak maaf ngn hazrey, hazrey kot nak cakap maafkan dia ke, xpon hazrey nak mintak maaf jugak ke kot ada salah silap cakap, or nak bg nasihat sebagai dari seorang abang kepada adik ke, xdehal..

kita orang melayu, amalkan budaya melayu.. :) n i mintak maaf if ada tak berkenaan dengan apa i cakap ni..

tq :)

theblabber. said...

Ok. don't look further. Look at our own Dato' Siti. Dulu masa dia taknak bergambar dengan lelaki, berapa/betapa teruk dia kena hentam. No matter how bad people review about her SimplySiti, that beauty products still sell a lot.But because of that hentaman has brought where she is now. Regardless of how bad people cakap pasal kita, if we're good, we still will be good. ALWAYS.Lagipun, orang2 yg menghentam dia ni are not the one who pays her monthly bills. YES, she has the write to defend watsoever, but does it necessary to defend every kutukan and whatnot? Orang yg mengutuk pun tahu penat, lama2 esok senyap lah tu kalau tak dilayan.

Take it this way. Jgn berumah di tepi pantai, kalau takot dilambung ombak. As much as I like Ana Raffali(I been following her way before she was brought into this mainstream industry),her reaction towards every critics she received has make me think twice about her.

And sbb being a proud Malay jugalah saya sarankan Mr. Hazrey do not respond to her (unless if it's for kenyataan maaf-that's good). Balas membalas ni takkan ke mana. Ya, me too minta maaf if ada yang terasa dgn apa yg ditulis ni. Peace and tq :)

p/s: Oh if u get what I mean, Mariah Carey is just an analogy:)

ishallnotreveal said...

i'm okay with any entry or response that you choose to put up,hazrey. regardless on where your blog's direction had and will be, i'm sure your regular reader will continue reading.

since ana had honestly and properly wrote an explanatory entry dedicated to you(imho), she deserves at least a short acknowledgment from you. keep an open mind,bro.agree to disagree so that both parties will move on happily,minus the grudge(if there's any).

Hazrey said...

Pantang lepa kan korang ni. Hahah.

Aku baru dapat baca the whole entry by Ana Raffali. Although I must say there are some of the words written by her that tickles my funny bone, let me make it clear to all seven of you (yes, seven only maa), that, she does NOT owe me an apology.

Sebab pada aku mudah jek, I aint her fan that she had to apologise to. Not me. Read and understand ok.

I was making a point my dear readers futherance to the news by murai dot com and mstar. Go to the source!! Pi susah payah tulis kat aku buat apa. Blog aku ni sehari 10 orang jek baca berbanding mstar and murai dot com. Tapi bila ada entry pasal aku tu, naik lagi 2 orang = jadik 12 orang sehari. Yippie!! Tapi 12, 12 tu tak click kat iklan nuffnang. Sedih aku. Bila nak beli keta besor, umah besor pakai duit blog. Hahah

And my 2 cents, berdasarkan apa dia tulis tu, kalau dibaca betul betul, she was angry, but psychologically she is trying to hide it by being misery. Well, takpe, dia sedang meningkat dewasa, kita kena lalui fasa tu semua kan. :)

Pada aku, it is not me that she has to explain, tapi patutnya blog entry tu ditujukan pada murai.com dan mstar (as she said, Dalam kes saya, MStar tidak berkesempatan untuk melaporkan bahawa, web tv itu telah meminta saya untuk membuat persembahan, menyanyikan lagu saya). Awat pi explain kat aku? Pi lah tujukan pada mstar??

Aku gembira dengan entry itu sebab ia 'menampakkan' apa yang tak dapat kita lihat pada diri seseorang sebelum ini. Itupun kalau kita dapat membaca secara bijak. :)

Lagi sekali, apa halnya nak mintak maaf kat aku? Kenal aku pun tak, nak mintak maaf kat aku buat apa.

So hal ehwal pasal aku nak maafkan ke atau tidak DOES NOT arise at all.

Again, my principle stands - dunia hiburan tetap kelakar. Hahaha.

Let me enjoy my holiday ok? Mahal tenet kat sini oii, aku bukan dapat royalti menulis untuk korang tau. Hahah

p/s: memandangkan korang tujuh kerat jek yang komen, korang kena click kat iklan nuffnang dan belilah whatever crap that they sell and dapatlah aku kutip 0.00001 sen dari situ. Berapa juta tahun nak kumpul ni? hahahahah

Mazidul Akmal Sidik said...

Bro, i just read the entry.

Bercutilah dulu, nanti kita bincang hal ini. Usik mengusik bawa bahagia, kata orang tua.

Cuma kena nilai entry siapa lebih dewasa kandungannya.

LORD ZARA 札拉 said...

Since I've been eliminated from your circle of commentators (been away for couple of days) T_T, baru sempat baca.

Somehow the articles make me giggles.

:)

P/S : Ada orang tolong up entry tu. Terbaik! :)

mizzyN said...

keluar kawasan jap

"my blog, my rules, unless readers pay for my tim"e. go on writing about crappy things like entertainment sir, blog kite suke hati kite la.

DIL said...

kenapa tak ada button like dekat 'Hazrey said...'?
kalau ada, nak tekan 15 kali aje.
ahaks!

mokti said...

Hazrey, walaupun awak sekadar memetik dari blog hiburan, tp sbg wartawan, mane etika awak utk double check sumber crite ni?? bile main tulis je (walau sekadar memetik dari artikel org), tp bile crite tu x betul, rmai pembaca awk yg mungkin terpengaruh.

ana berhak utk marah (kalau benar die marah). sape2 pon msti mrh klu org smpaikan perkara yg x betul. saya pasti semua pembaca akn lebih respek berita2 yg dtg dari sumber yg sahih. x pyh sensasi pon xpe. kalau awak x pasti duduk letak sesuatu perkara, better leave it as it is. x pyh sebarkan2. siap buat analogy call centre celcom lg.

Noriz said...

wow...u shud proud of urself...dpt perhatian dr artis Juara Lagu...heheh

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.