Wednesday, February 16, 2011

PART TWO: PENGKID DAN "ISTERI" DICEKUP BERSAMA PERALATAN DAN VIDEO SEKS.

Aku sangat sedih dengan cerita mengenai penangkapan pengkid bersama pasangannya ni.

Aku sangat sedih. Serious aku sangat sedih. Aku terpaksa akui aku sangat sebak, dan hampir menitiskan airmata. Subhanaallah. Subhanaallah. Subhanaallah. Subhanaallah. 

Langsung aku tidak mengetahui apakah cerita disebalik kisah pengkid bersama pasangannya yang aku paparkan di laman sebelum ini di sini.

Baru sebentar tadi, sebelum Maghrib aku dikhabarkan berita yang membuatkan aku sangat sedih dan aku sendiri tak mampu berkata apa apa selain beristighfar. Ya Allah SWT, sesungguhnya, sungguh besar dugaan ini kepada sahabatku ini.

Aku baru dapat tahu wanita yang menjadi pasangan kepada pengkid ini adalah isteri kepada sahabat aku sendiri dan aku menjadi marah dan sedih.

Marah kerana inikah wanita hari ini? Tapi aku tahu, tak semua seperti ini. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Sudah bergelar isteri tetapi sanggup melakukan perbuatan terkutuk dan melampaui batasan moral seorang manusia.

Aku tak tahu apa yang aku perlu katakan kecuali ia bukan kesilapan sahabat aku ini dan Allah SWT itu Maha Kuasa dan sentiasa menduga makhlukNya. Aku kenali sahabat aku ni seorang manusia yang sangat baik. 

Kadang kadang aku sendiri berkata pada dia: "kau pengaruh yang baik kepada aku, dan selalunya Tuhan akan menduga orang yang baik macam kau dengan manusia macam aku." Dia tergelak kecil.

Aku sangat sedih. Sungguh sedih. Aku dapat rasakan betapa hiba hatinya.

Aku tahu betapa hatinya robek dengan perlakuan isterinya itu. 

Aku sangat sedih. Dia seorang sahabat yang baik. Sangat baik. Aku tak pernah dengar biar sekalipun dia mencurigai isterinya. Tak pernah sekalipun. Tak pernah. Tetapi kepercayaan itu disalahgunakan. Akhirnya sesungguhnya Tuhan Maha Kuasa.

Aku tak sanggup untuk bercerita kisah disebalik penangkapan pengkid ini secara lebih terperinci tetapi cukuplah aku katakan, ia satu bebanan yang sangat berat buat sahabat aku ini.

Aku hanya mampu berkata pada dia, percayalah, bebanan yang ditanggungnya hari ini tersirat hikmah, hikmah yang Allah SWT berikan kepada engkau sebagai suami yang baik. Aku sendiri hampir menitiskan airmata.  Ya aku juga manusia. Aku faham akan perasaan sahabat aku ketika ini. 

Dia menjadi tak keruan sejak dua minggu lalu dan aku faham situasi dirinya. Dia bagai putus harapan tetapi syukurlah, dia masih mempunyai ramai sahabat sahabat di sekelilingnya yang terus menerus memberi kata kata perangsang kepadanya. Aku harap sokongan itu tidak akan putus buat sahabat aku ini.

Ya Allah, tabahkan hati sahabatku ini, Ya Allah. Permudahkan hari harinya, agar dia dapat terus kuat dengan keimanan, dekatkan hatinya kepadaMu Ya Allah.

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa dosa kami dan tindakan tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap kamu yang kafir.

Subhanaallah.

23 comments:

Cikgu Nurin said...

Astaghfirullah...speechless...saya turut mendoakan agar Allah akan memberikah rahmatNya yang Maha Luas kepada sahabat saudara itu.

Semoga Allah akan memberikan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran buat beliau. Allah sedang menguji beliau..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kecilnya dunia.....
Kesudahannya mcm mana Hazrey?
Kawan tu berhasrat melepaskan isterinya ke?

Eri-chan said...

isterinya tu nak yang palsu jugak. mesti tertekan suaminya. dah lebih teruk dari jahiliyah ni.

izawati ahmad said...

saya doakan yang terbaik untuk dia. jika terus bersama, haraplah isterinya berubah. jika tak bersama lagi, saya doakan dia mendapat pengganti yang bisa dibawa ke syurga.

insyaAllah.

MiSs LaDyBiRd ^o^' said...

Allah takkan memberi dugaan pada kita kalau kita tak mampu hadapinya...saya berdoa moga dia tabah dalam menghadapi dugaan ni..sedih saya baca entry ni...apa nak jadi dengan orang kita zaman sekarang.... :(

Pn. Liza Mahmood said...

Buat sahabat yg ditimpa musibah itu, bersabarlah... Kuatkan semangat.

Ujian dari-Nya di dlm pelbagai bentuk-terimalah dgn redha kerana pasti ada hikmahnya. Semoga mencapai satu penyelesaian yg menoktahkan segala kekusutan, InsyaAllah.

LORD ZARA 札拉 said...

Astaghfirullah.
Seorang isteri yang sah pada seorang lelaki?

Apa lagi yang dikejarnya ni?
:(

babyarisha said...

manusia2.. xpenah puas ati gn apa yg derg ade.. suami ade yg p cari pengkid watpe? isk.isk.. (teringat zaman sekolah dlu kantoikan pengkid gn pasangan dia dlm toilet)..

The Nurul said...

apa lagi yang dia nak perempuan ni?

The Nurul said...

apa lagi yang dia nak perempuan ni?

CPI said...

aduhaii.. beratnya dugaan...

Ummie said...

speechless.

Che Sue said...

fuhh...bini orang rupa eh! apa nk jadi dunia skang nih..?jgn laa tuhan turun bala kat negara kita disebabkan orang2 mcm ni seperti yg dah jadi kat negara2 lain nun..aminn~!

Kaseh said...

alahaii..kenapakahh..

Abang Zul said...

Been there...

Percayalah...Abg tahu, tersangat tahu apa yang sedang dirasai oleh sahabat anda itu.

Sampaikan salam untuknya,n please tell him;

ALLAH akan menggantikan dengan seorang Isteri yang 100 kali lebih baik untuknya nanti, percayalah !

Shahrizat said...

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, jika berat bagiku membaca artikel ini, aku yakin mmg lagi berat bagi kamu yang membuat liputan itu, pasti lagi berat bagi sang suami itu.Terkesima aku membacanya...aku turut merasa sebak...
Hanya Allah yang tahu.

Audra Sazreena said...

Terkejut ikan paus biru aku dibuatnya bila baca entri ni. My heart goes out to your dear friend. Sesungguhnya ini adalah ujian yang maha berat buat dia.

On the other hand, syukur Alhamdulillah kerana ia adalah bukti betapa Allah sayang pada hambaNya yang sangat baik itu. Ditunjukkannya perkara yang sebenar terjadi walaupun kebenaran itu terlalu pedih dan pahit untuk ditelan. Betapa Allah tidak mahu dia terus-terusan ditipu oleh isteri yang sebegitu..

Aku cuma mampu mendoakan sahabat anda itu dilindungi sentiasa, ditabahkan hati, dikuatkan iman dalam menghadapi dugaan ini.

Like what you've said, there's always a blessing in disguise. Semoga sahabat itu bertemu sinar yang lebih terang di kemudian hari.

Dan semoga isteri dan pengkid tersebut dikurniakan hidayah supaya berpeluang kembali ke pangkal jalan.

mysara zaini said...

kesiannya kwn abg tu! semoga diye tabah dengan dugaan nie.. sedihnya.........

H.A.N.A said...

*terkeJut!*

alKhair said...

mungkin yang kurang dalam rumahtangga mereka adalah kasih sayang...

Melor said...

pengsan!sejenak terfikir, apa yg kurang? atau...memang tak pernah cukup?

zack said...

PengKid – Pengarah Syarikat Jadi Hamba Pengkid
KUALA LUMPUR: “Hubungan intim dengan pasangan sejenis menyebabkan saya sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami,” luah pengarah sebuah syarikat berusia 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Julia.

Selain melakukan hubungan terlarang, Julia menghabiskan wang ringgit dan harta benda lebih RM500,000 kepada seorang ‘pengkid’ sedangkan dia masih isteri orang dan mempunyai tiga anak kecil.

Julia mendakwa layanan pengkid dikenali sebagai Az, 40-an, berasal dari utara tanah air itu membuatkan dia leka dan merasa disayangi lebih daripada kasih sayang dicurahkan suaminya.

“Hubungan kami ibarat suami isteri apabila menghabiskan masa setiap hari sejak lima tahun lalu hingga saya mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Berita penuh : http://www.hmetro.com.my/articles/SerahrumahRM300_000/Article



TERLALU BANYAK KES-KES SEBEGINI - - HARAP PIHAK TERTENTU MENEKAN KAN TERHADAP ISU SEBEGINI.PONDAN,GAY TERDAPAT AKTA TETAPI TIDAK DIDENGARI TENTANG KES SEBEGINI..BILA LELAKI DAN PEREMPUAN BERDUA SENANG NAK DI CAJ BERKHALWAT TETAPI DLM KES BEGINI,SUKAR NAK DI LIHAT..INI BARU SATU DIDENGAR...TANDA2 AKHIR ZAMAN

tengku said...

mgkin yg berlaku ada hikmah tersendiri..
kadang2 kita sebagai manusia pun terleka di hanyut oleh duniawi..
tp kita juga sebagai manusia biasa tidak bole terus menghukum mereka..
mungkin ada masalah mereka sendiri yg kita sendiri tak tahu..
so tidak baik menghukum sebab kadang2 percakapan kita sendiri bole membawa padah..
pendek kata belum terkena batang hidung sendiri bole la ckap..da kena besok bru tau..
so renung2 kn la..

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.