Tuesday, January 11, 2011

I LOST MY SENSE OF HUMOUR

Yeah, work had taken its toll on me. Sangat banyak kerja. Pagi toreh getah, bila dah terang pergi kait kelapa sawit, petang jala ikan kat sungai. Malam candat sotong.

Kalau hujan, cuma sempat tengok ayam di reban. Itu pun ayam dah tak ramai sebab banyak dah larikan diri sebelum Hari Raya Aidilfitri itu hari. Banyak nota ditinggalkan meminta maaf sebab terpaksa membawa diri takut menjadi habuan orang Melayu yang melahap macam 30 hari tak pernah buka puasa.

Rokok daun pun selalu abis stok. Nak beli pun selalu miss sebab takut lari bajet. Kekadang tembakau Pak Leman selalu aku kebas. Aku kelakar tengok dia bila dia merungut tembakau dah abis. Aku selalu dapat kalis. Tapi dia selalu marah aku, kenapa Tak Ingatkan Dia. Halo Pak Leman, saya bukan manager Pak Leman.

Pak Leman tak pandai main gitar, tapi dia pandai main violin. Terer tak? Dia pernah jadik juara masa jaman muda muda dulu. Aku tak pernah tanya mana dia belajar main violin tapi aku tahu kenapa - setiap kali dia main violin, dia pakai kain pelikat.

"Baruuuu feeeeel derrrrrr," jerit Pak Leman.

Ya, jangan memain, Pak Leman pandai guna perkataan der. Tapi dulu aku tanya Pak Leman:

"Pak Leman ni muda sungguh yek. Tau ke der tu apa," terpinga pinga Pak Leman tak dapat jawab.

Aku cuma gelak sambil berlalu pergi sebab aku pun tak tahu. Aku dah tua macam Pak Leman, tapi aku senyum secara sinis ala ala kononnya aku ni lebih pandai dari dia.

Apapun, sejak banyak kerja ni dan sejak banyak ayam larikan diri, fikiran sering terganggu. Aku bertambah terganggu sebab bebaru ni musuh ketat aku, Lan Botak yang pernah tak mengaku mencuri satu-satunya kambing peliharaan yang aku jadikan house pet, dapat anugerah Peladang Jaya.

Aku bengang dia menang padahal banyak aku buat untuk menarik perhatian pengadil tapi dia tetap menang. Kalau ikut hati setan aku ni, nak jek aku buat onar biar anugerah tu ditarik balik.

Tapi bila aku pikir pikir balik, kenapa aku nak marah Lan Botak? Pertama, dia tak ensem macam aku. Kedua, yang pilih dia menang bukan pak sedara dia atau sepupu dia. Setahu aku pak sedara keja guard kat KLCC. Kerek dia masa tunjuk gambar dia dengan pak sedara dia kat depan pintu KLCC. Alah, aku pun boleh pegi, ko ingat aku tak boleh pegi ke?

Sepupu dia pulak jual kerepek pisang.

Rupanya bukan aku sorang jek yang marah dia menang. Ramai yang marah. Siap letak poster besor besor kat warung Lijah Janda. Tersenyum aku teringat kat Lijah Janda. Kesian dia, laki mati. Dia pun masih panas lagi. Aku suka pegi warung Lijah Janda bukan sebab Lijah tapi sebab sebagai seorang insan yang bersimpati terhadap ibu tunggal, aku perlu membantu ekonominya. Ramai yang cemburu niat suci aku ni.

Bila aku tahu ramai yang marah sebab Lan Botak menang, aku bertambah gembira sebab aku tahu aku ada geng. Tapi sekali lagi aku sedar, tak guna aku marah kat Lan Botak walaupun dendam kesumat aku dah menebal dalam dada berbulu aku ni.

Ada jugak yang berkempen atas kemenangan Lan Botak tu dengan cuba menubuhkan grup untuk benci Lan Botak.

Walaupun Lan Botak tidak memiliki bulu dada selebat Anil Kapoor macam aku, aku rasa tak perlu sesiapa marah dia. Aku tengok dia usaha siang malam. Dia tak pulak opper sesiapa nak nikah siam macam si dogol otak udang tu.

Hakikatnya, aku tak suka Lan Botak dan hakikat itu tidak dapat diubah. Apatah lagi muka seposen Lan Botak dengan kening nipisnya tu buat aku lagi benci. Aku bertambah benci meluat benci meluat bila dia ngada ngada bergurau dengan Lijah Janda. Langkah mayat aku dulu oii botak.

Tapi akhirnya, aku tetap berpuas hati sebab semua orang dah dibagi peluang tunjukkan usaha masing-masing dan Lan Botak berjaya dengan satu inovasi yang sukar ditandingi orang lain, termasuk lapan lagi peserta dalam pertandingan Peladang Jaya tu.

Aku tetap respek dengan keputusan itu walaupun kalau aku terserempak dengan Lan Botak, aku rasa macam nak bentes kaki dia. Tapi tak elok buat macam tu, sebab dia menang secara adil. Kecoh jugak lepas Lan Botak diumumkan sebagai pemenang, sampaikan ketua juri - N Masri marah bila ada orang pertikai keputusan tu.

"berpuluh tahun aku bertani, berpuluh tahun aku meladang, berkebun, sampai anak dah 15. Aku banyak tahu pasal ladang dari korang ni semua. Keputusan muktamad. Ini bukan pertandingan bolasepak piala penghulu Tok Daud yang boleh antar bantahan dengan duit RM100.  Dah sudah, semua pergi balik."

Masih teringat aku akan tempikan N Masri petang tu.

Yang paling aku ingat ialah kangkung goreng belacan ciptaan Lan Botak. Itulah yang buat dia menang. Palatikongsiang tul kan.

Dan khas untuk Lijah Janda, kita suka awak nyanyi lagu ni untuk kita. Sudi tak?

10 comments:

an15 said...

dah, pegi book ticket. g holiday. g makan keropok lekor :p

LORD ZARA 札拉 said...

Motif?
Ha ha ha.

Tok Daud punya anak hensem tak?
Kalau muka cam Ajai tak nak~
Ha ha ha~

Hellioz said...

ni kes ana tali rafia dalam versi dongeng la ni.
kah3~

Azhar Abdullah said...

masterpiece....salam sekali bro...kalau lukisan kira boleh letak dalam frame la nih...

Wan Zuraida said...

keh3... Lan Botak...nama sebenar Lan Botak? siapa yg sedar akan potensi Lan Botak sbg Peladang Berjaya ni? beliau jupe masa tengah pancing ikan pu-You ke? kekeke. sungguh mendlm mksdnye. hehehhe

Suria Azhar said...

perfect satire! nak salam jugak!..haha..

Audra Sazreena said...

Heheheeheheh... tergelak aku baca entri ni... biasa la.. mana ada orang puas ati orang tu menang orang ni tak menang. Benda baru memang susah kebanyakan orang nak terima.

Bukannya dalam pertandingan Peladang Jaya je, pertandingan Bangsawan pun terkena jugak! ;)


P/S: Takut nanti lepas ni ramai pulak klon Lan Botak muncul... dengan segala macam sayur tapi goreng belacan atau dibuat gulai belacan!

Hazrey said...

Kesian Lan Botak. Tolong jangan benci Lan Botak ok. Dia hanya mangsa keadaan.

echah_syed said...

semua orang lupa takdir,jodoh,ajal maut rezeki semua kehendaknya.ngape nak marah maki hamun segala bagai.macam takde iman...ish3 :(

azieazah said...

Aku rasa Lan Botak patut hantar sekatun rokok daun depan pintu rumah ko la BRO...

N Masri patut belanja ko cendol 4 mangkuk besor!

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.