Monday, January 31, 2011

BANJIR DI JOHOR


Dah lama tak meredah air. And it was 2006 and 2007, Johor dilanda banjir yang amat besar.

Hujan dah berterusan sejak beberapa hari, Segamat sudahpun ditenggelami air dan ada rakan blogger di sana diharap dalam keadaan selamat dari sebarang musibah.

Semalam aku sempat ke salah satu kawasan banjir di Kampung Oren, Ulu Tiram yang dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak Sabtu lalu dan sungai berhampiran kampung itu tidak dapat menampung jumlah air yang meningkat.


Video yang dimuatnaik semalam, keadaan sungai Tiram using my brand new Torch. Yay!!

Akibatnya, banyak rumah yang dinaiki air namun pengalaman 2006 dan 2007, aku lihat sedikit sebanyak membantu penduduk untuk bersiap sedia.



Di Segamat, air naik dengan begitu cepat dan Jabatan Meteorologi sudahpun mengeluarkan amaran merah untuk negeri Johor dan hujan dijangka berterusan selama beberapa hari lagi.

Foto di atas diambil oleh blogger Izawati dan dimuatkan di blognya di sini dan doa kami, keluarga Izawati dan penduduk Segamat akan dijauhkan dari apa jua musibah lantaran banjir ini.

Manakala another blogger, Srikandi Yka turut memaparkan foto banjir lumpur di Sandakan, Sabah.

Hujan dijangka berterusan sehingga hari ini mengikut ramalan Jabatan Meteorologi sebagaimana disebut di laman jabatan itu di sini.

Aku sempat melakukan lintas langsung melalui telefon pagi tadi melalui Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 memberi update mengenai banjir di Johor dan Insyaallah, esok dan seterusnya aku akan memberi update terbaru bersama visual.

Aku sempat bergelak melalui twitter dengan penerbit MHI hari ini, Kalijahwati Kassim sebaik selesai lintas langsung telefon itu, sebabnya, ketika memberikan update, tetiba Abby Fana tanya "Hazrey, macam mana dengan keadaan banjir di negeri lain?" Wah, aku nak cerita pasal Johor, apahal pulak nak cerita negeri lain woiiii.. (itu aku cakap dalam hati.. hahaha).

Selesai Abby tanya soalan itu, talian terus terputus.. tuttttttt.. Hahaha.. Ok tak, nasib baik aku ada baca mengenai banjir di negeri lain, dan Alhamdulillah dapatlah memaklumkan mengenai keadaan di Melaka, Sarawak dan Sabah.

"Nasib baik I tak buat pura pura pengsan masa Abby tanya tu. Hahahah"

Seorang lagi penerbit MHI, Nazrul sempat cadangkan untuk letakkan foto aku berkasut Phua Chu Kang untuk avatar lintas langsung lepas ni. Setan kau. Hahah, mentang mentanglah aku tak ensem.

Seriously, I was involved with the 2006 and 2007 floods and I know how difficult it is to the families. Namun aku puji penduduk yang terlibat kerana mereka tabah biarpun terpaksa berkampung di pusat penempatan tanpa keselesaan yang kita perolehi di rumah kita sendiri.

The lost of lives adalah sesuatu yang diharap tidak berlaku pada kali ini.

Pada 2007, aku menaiki helikopter bersama Unit Udara Polis Diraja Malaysia dan salah satu penerbangan itu, aku memangku mayat seorang lelaki yang sudah dikapankan untuk dihantar ke sebuah Felda di Kota Tinggi akibat jalan terputus.

Kota Tinggi pada tahun itu antara yang terburuk dilanda banjir dan pada gelombang pertama, aku terpaksa meredah banjir berjalan kaki dan antara yang tak dapat dilupakan ialah berjalan bersebelahan dengan bangkai anjing! Redha jek dan buat buat tak nampak. Yang penting tugas mesti dilaksanakan. Wah suci bunyi tu. Kau tak tahu loyanya tekak ai nok. Hahaha.

Apapun, today will be another adventure meredah banjir dan to all of you, jika ada usaha untuk menggerakan kutipan derma, please contribute kerana percayalah, apabila penduduk yang terlibat dengan banjir memperolehi bekalan makanan seperti beras dan sebagainya, it is a relief to them.

Dan bagi rakan rakan kita yang bakal menyambut Chinese New Year, harap harap hujan akan berhenti sebelum sambutan tahun baru ini dan jika anda berjiran dengan mereka, hulurkan tangan.

Aku rasa tulisan aku kali ni ala ala novel pulak. Hahaha. Suci. Now, time to work.

14 comments:

Fatin Baharum said...

semalam, ndw balik dari mlc - trg, lalu gemas nak stop segamat, stuck abes, 3x, 1st paras lutus, 2nd pinggang, last afta pekan gemas dah xboleh lalu air dah paras dada.

bas pusing pusing pusing, suppose 5 jam dah sampai jadi 9 jam, pening T_T

TcRaiN said...

Kesian orang Johor. Dah lah nak raya Cina ni...!

Anna said...

Sian org yg dilanda tu yek..dugaan tu namanya..nape tak teruskan pakai put kaler kuning tuh..ahahaha..happy working...

Zeeqa ~ Ajie said...

rumah saya kat Labis dah tenggelam pun~~

izawati ahmad said...

hey that's my living room!

iya, moga semuanya diselamatkan dan dilindungi Allah. kita cuma hambaNya yang kerdil dan harus redha akan semua ujian.

dah macam ayat blog Tuan Azhar la pulak. anyway thanks!

ainul02 said...

best keje membantu org ni. Antaranya
1. perbuatan yg ikhlas dtg dari hati yg suci
2. bleh tambah pahala
3. bleh claim OT...hehehe

wathieq said...

hezrey,takdak cerita dak2 malaysia kat mesir kah? Dengaq cerita dah habes dirogol dek banduan banduan Mesir yang di lepaskan oleh Husni Mubarak.Kerajaan cam buat derk je...apa cer?

an15 said...

my bro kena banjir kat Kota Tinggi dulu, siap redah air nak selamatkan stok kat kedai. Hrp keadaan tak makin teruk this year.

:)

una berry said...

xboleh balik kampung Gemas camni
huuu..CNY kat rumah je lah

Che Sue said...

suci kudus je entry anda kali nih..pat on the shoulder noks!

Abang Zul said...

Teringat lagi pada tanggal 01/01/2007, abg bersama rakan2 ASTRA berkonvoi dengan 1 trak United Nation PDRM dan beberapa buah 4x4 menghantar Bantuan Kemanusiaan sumbangan Rakan Radio Amatur Seluruh Malaysia ke Segamat, Johor.

Menitis airmata melihat kemusnahan akibat banjir pada waktu itu...

p/s masih terbayang Wak rie yg terharu sangat dgn bantuan yg kami sampaikan...

said...

salam. pengalaman sendiri semalam. saya terperangkap dalam banjir dalam perjalanan dari endau ke parit raja. air naik di beberapa kawasan selepas pekan kahang. ingin berpatah balik ke endau tp bila berpusing balik air sudah mula naik juga. sudahnya, terperangkap di tengah2 jalan. terpaksa bermalam dalam kegelapan bersama 5 biji kereta lain, 4 lori 1 van & 2 trak askar. pukul 8 am tadi air banjir menghala ke kahang mula surut & saya berpatah semula ke endau. jalan ke kluang masih ditenggelami air dalam.

Encik Blogger said...

teruk bai ujan die.. tak henti2

Zakiyah Zainon said...

hati2 meredah air banjir, kawan saya di perlis warded selepas sebulan banjir akibat jangkitan kencing tikus..disyaki terkena semasa meredah banjir...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.