Friday, December 31, 2010

STOP YOUR KIDS FROM BEING THE NEXT MENTOR OR AF WINNER. BE A TEACHER.

No doubt, Malaysia banyak pertandingan khusus untuk menonjolkan bakat menyanyi.

Aku pernah tulis dalam blog buruk ni about artis melebihi demand.

Yet, so many people wants to be popular, famous dan glamour. Their ultimate intention is to be so popular that even Osman jual satay pun kenal. Boleh dapat ketupat lebih. Jangan garing sangat ya Man. Nak jaga suara.

Yes, I think you know where am I going.

Apa itu profesion guru? Guru adalah suatu unsur yang sama pentingnya dengan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seseorang guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pelaksanaan disiplin yang baik.

Aku suka ayat terakhir tu. Sikap, nilai dan akhlak.

To all the teachers out there, if you feel that miming on youtube and dressing up as a man is considered as good akhlak, I can't say anything.

What is akhlak? Because I am a teacher, I can't be posting my past time hobby on youtube. Who do you think you are to tell me that, Hazrey? You good for nothing but handsome Hazrey. yeah, call me names, ai tak kisah lewww.

Of course you can! Register, and voila, upload.

You see, bebudak mudah terpengaruh. Bebudak ni bagai kain putih.

"Leman, kenapa kau pakai skirt kakak kau tu?"

"Alah mama ni, kita nak tiru cikgu shida lah." Well done. Kudos.

Are you gonna tell every single children in Malaysia that has access to youtube and tell them, hey, dun do this at home (with your parents looking!)

If you are a kerani kat opis gomen, nobody cares. The most, people will be entertained. Tapi, tidakkah dengan melakukan sesuatu yang agak janggal tu sedikit sebanyak mencacatkan profesion guru yang selama ni dipandang tinggi? Sampai hari ni, aku tak nampak justifikasi langsung kenapa perlu buat camtu and upload kat youtube and it seems that people are glorifying the videos sampai panggil fenonema or whatever name they call it.

I think a teacher should behave.

You are the example to your pupil. Stick to one character will you?

Be a teacher during the day, and another when you are home? Split personality?

If so, then the PPD should send the teachers for phycic evaluation. Kan?

Aku tau ramai yang suka, dan ramai yang tak suka, I guess aku tergolong dalam orang yang tak suka. Seriously, Im ok if she is not a teacher.

Aku taknak dengar sooner or later ada budak cakap - alah alangkan cikgu boleh buat, kenapa kita tak boleh buat? Tidakkah kita pikir akan kesannya nanti?

Let me suggest, itu hobi anda, jika begitu, then put it to private. Only to those yang really knows you sebab people tend to be judgemental (like me), and nowadays, it is about perceptions, bukan lagi whether betul atau tidak.

Oh God, aku tak tahulah but I still dun think its inappropriate. Sungguh. Tak sesuai langsung. Can someone go and tell her?

And to all teachers out there, please ya, if it crosses your mind that you wanna be superpopular and glamour while you re still a teacher, then it is only right that you quit and be an entertainer, and that if you can last long.

Lets decide ok, "i wanna be a teacher or I wanna be a miming artist?" Pick one ok. Same goes to everyone else. I wanna be a teacher or I wanna be a super duper popular ____________ you fill in the blanks.

Aku tau, ramai yang tak suka aku sebab sentuh benda ni, tapi selagi ada kain pelapik, tak batal wuduk kan.

Selamat Menyeberangi Tahun 2011 dan Selamat Menerima Pilihanraya Umum ke 13. Ehh dah ke? Belum eh.

Thursday, December 30, 2010

LESEN UNTUK LAMBAT? JADILAH ARTIS.

As I type this entry, I am engaged with my phone squeezed between shoulder and ear, waiting patiently for TM customer service to pick up after listening to zillions of Semua Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Kami Masih Sibuk, Kami akan Melayani Anda Secepat Mungkin. Ohh now is 11.00 pm.

Patiently. You see, in Malaysia you gotta be patient with lots of things. You can't complaint. Wait, you may vent your anger, but what will they do? They will laugh at you. That is my dear frens, the beauty of dealing with companies in Malaysia, especially those of GLC. What is their KPI? I wonder.

Waiting is a game for us the customer. Even kalau kita berkawan sekalipun, kita tak suka tunggu. Tak suka lambat. Siapa suka lambat? Orang lambat adalah manusia yang tak ada disiplin dan tak ada jatidiri. Sebab apa tak ada jatidiri? Sebab tak pernah nampak ada keperluan untuk menepati masa, tak pernah ada keperluan untuk merasakan orang lain juga penting dan merasakan kita sahaja yang penting dan menganggap orang lain boleh tunggu.

Seriously, aku kurang suka pada artis. In 1990's dulu, aku kerap kena buat liputan untuk artis dan banyak kali jugaklah aku terpaksa tunggu sebab artis lambat. Are they licensed to do so? Cukup ke hanya dengan bakat yang Allah SWT bagi tu, membuatkan mereka merasakan ada LESEN untuk tidak menepati masa yang sudah ditetapkan berpuluh kurun sebelum tu?

Now is 11.10pm, dah 10 minit dah, masih tak ada hantu mahupun jin yang menjawab panggilan aku. Setan tak TM ni? GLC kan. What choice do we have? Exactly 13 minutes and 12 seconds! Fuh, tinggi sungguh tahap kesabaran aku kan. Hahahah. Dah malas dah nak tunggu. Haha.

Tapi ada masanya kita tak boleh kata kita malas nak tunggu, apatah lagi kalau artis yang ditunggu itu diperlukan untuk membuat persembahan. Kalau dia tak ada, kecewa pulak peminat. Dan sebagai penganjur, kekadang kita tak ada pilihan selain buat muka tawar dan redha sahaja.

Adakah artis tidak dididik mengenai disiplin? Tentang time management? Aku rasa persatuan persatuan artis yang dah berjuta jumlahnya kat Malaysia ni yang tak abis abis cerita pasal rebut kuasa, baiklah pikir macam mana nak disiplinkan artis artis. Yelah, dahlah supply lebih banyak dari demand dan dengan cetak rompak dan download yang berlambak lambak, dengan cara disiplin, dapatlah kurang kurangnya memberi satu imej yang baik kan.

Tapi, bukan artis tak sekolah. Semua sekolah. Hari ni, ramai artis yang belajar sampai ke menara gading. Masa belajar dulu, tak tahu ke what is punctuality? Agaknya dalam pikiran diaorang ni, ahh biarlah diaorang tunggu. Karang kalau aku tak pergi baru kau tau! Kan!! Agaknya lah.

I was involved with satu roadshow di Pasir Gudang baru baru ni. I was there to assist my colleague and it was indeed an honour sebab kawan kawan aku tu semua manusia yang jenis punctual dan tak pernah lambat. Mereka pun tak suka orang lambat. Kalau lambat seminit dua atau 5 minutes tops, reasonable lah jugak kan.

Aku tak tahulah, apa kejadahnya korang semua menjerit jerit kat artis tapi hakikatnya artis itu sebenarnya tak berdisiplin, tak tahu time management and I bet, tak tahu how to manage life, even!

What if I tell you, a bus load of people had to wait for one particular artist for one BLOODY hour !! Yes, ONE = that is equivalent to 60 minutes. What say you? Tak perlu maki in this entry sebab puas dah segala jenis perkataan dah keluar masa waktu santai menunggu artis ni turun dari hotel. Ya kami sangat gembira kerana terpaksa menunggu artis yang popular ni (honestly, aku baru tahu dia nyanyi lagu judul bla bla bla bla sebab aku tak ambik port sangat pun, call me naive but if you ask me Kanun Keseksaan, Insyaallah I know).

Susah ke jadik artis? Allah SWT dah bagi kelebihan dengan bakat, Allah SWT dah bagi kekawan untuk jadik PA, Allah SWT dah cipta manusia lebih sikit kat Malaysia ni untuk menelefon memberitau mesti turun jam berapa, apa yang susah sangat?Apa yang nak susahkan makhluk lain?

The meaning of On The Way ialah? Dalam perjalanan. Kalau asyik cakap On The Way tapi tak sampai sampai, adakah perjalanan itu dari IOK-1, yang memerlukan 12.6 billion tahun?

One of the entourage member dalam bas tu ialah penyanyi rock veteran Nash. Aku suka kat dia. He was told that he is to be at the hotel lobby by 11.30am, 10.30 pagi dia dah turun siap siap. Complete muka fresh segar bugar and if we were to tell him to sing immediately, I bet he is even ready for that.

Nash is involved with the roadshow sebab dia pernah menang Juara Lagu 1992 melalui lagu Pada Syurga DiWajahmu.

Aku rasa, banyak jugak rokok yang kami isap sementara menunggu tu. One hour ok. Mau tak stress.

It is different if the notification to be ready to be pickup is given at eleventh hour. Tak. Lebih dari cukup. Sufficient enough to ensure semua dah siap.

Aku tanya Nash soalan paling best: "bang Nash, is it true that artistes are being given license to make people wait?"

Dia hanya geleng kepala. Mungkin tak mau komen sebab maklumlah dia pun artis tapi aku puji dia sebab dia menepati masa.

Seriously aku tak faham, kenapa kena tunggu. Dan aku rasa cerita pasal artis lambat ni dan dicop tak berdisiplin bukan hari ni jek korang dengar.

Aku banyak gambar nak letak kat sini tapi aku malas. Nanti aku upload kat facebook jerlah. Pandai pandailah cari yek. Tapi the crowd in Pasir Gudang sangat sangat super duper superb!

Kesimpulannya, jadilah artis kalau rasa diri tak berdisiplin. You have license to do so dan turun buat muka tak bersalah, and yes, everyone is so happy that you finally decided to come down. Yeah, kami masih lagi happy.

Ya, Hazrey, kalau tak suka, pergilah duduk kat tempat lain. Terima kasih.

Wednesday, December 29, 2010

Kebebasan Seksual? Sexual Liberty?

This is a piece written by a blogger buddy of mine - Desert Rose, reprinted here for all my readers to ponder.
Original posting here.

I was asked to write about something by a group of concerned friends. Beside, my conscience urged me to write although my writings ni takder sapa nak baca pun. But at least I have done my part.

Sama seperti kisah seekor burung kecil yang cuba mengambil air dengan paruh kecilnya ,berulang alik untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. Usaha si burung kecil dipandang remeh oleh burung2 besar dan dengan sinis mereka menyatakan betapa tidak masuk akal usaha burung kecil untuk cuba memadamkan api yang begitu marak. Tapi kata burung kecil, Allah tidak akan memandang pada berjaya atau tidak usaha nya tapi Allah akan bertanya, apakah yang telah kau lakukan untuk membantu Ibrahim? Jika aku tidak berusaha sedaya yang aku mampu, apakah yang akan aku jawap di hadapan Allah nanti?

So here I am, menulis kerana Allah dan saya berdoa segolongan kecil reader saya akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah dengan membaca tulisan ini dan moga Allah memberikan kebaikan kepada kita semua dan sentiasa kita dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Its about a group of individuals  forming their own society to create awareness of Sexual Freedom and urge sexual liberty or Freedom of Sexuality to be included as Human Rights. In other words, they want the right of LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transexual) to be recognized and they have strong backing from the Bar Council, SUHAKAM, SUARAM and a few others.

As a member of Bar Council, representing thousand of my other friends , we strongly say,what  the Bar Council acknowledges, does not render or carry the stand of the whole members of the Bar. We beg to differ.

Ramai LGBT lepas ni akan menghentam saya mungkin. Tetapi saya menulis atas dasar memelihara  agama Allah yang saya cintai dan kerana Rasul saya yang sangat saya kasihi,. Dan kerana jika saya diberi peluang masuk syurga, saya nak masuk ramai2 dengan semua saudara seIslam saya , tanpa ada yang perlu rentung di neraka dulu. Itulah aspirasi Rasululullah, syafaat baginda disimpan untuk membolehkan kesemua umatnya masuk syurga. Terpaksa saya rebut saudara2 dari tangan Iblis yang juga misinya tak mahu masuk neraka sendirian, dia juga nak bawak seramai mungkin ahli rombongannya ke Jahim.

Dan kerana saya  sedar bahawa dakwah itu adalah tanggungjawab setiap orang mukmin by virtue of Surah Al Asr.Tidakkah kita dituntut berpesan-pesan pada kebenaran?

Mereka berkata "SAYA GAY ,SAYA OK". Dan saya nak katakan di sini "SAYA TAK TEGUR KALU, SAYA YANG TAK OK" ...

I am not going to discuss this matter with LGBT  yang tidak beragama Islam. Not to say that they are okay because they are not Muslims. But I have to say things more to my fellow Muslim.Kerana jika kita saudara seIslam pun tak mampu mengejutkan saudara kita sendiri dari terbuai dosa dan tipu daya syaitan, mampukah kita menyampaikan kesucian agama kita kepada yang tidak beriman?

Kita hamba Allah. Period.Whether u like it or not that's we are, servant of Allah. Hamba ada choice?  Supposedly tak ada. Kerana we have no choice but to obey HIM.

TETAPI, cuba duduk sekejap dan fikir. Supposedly kita tiada pilihan. Tapi kerana kasih sayang Allah yang Rahman yang Rahim, maka kita hamba yang hina dina ini diberikan pilihan yang sepatutnya TIDAK PERLU KITA DAPAT.

We have a choice. SYURGA or NERAKA. Allah bestowed us with conscience, heart (sukma) for us to think and to value each and every action in our life.


Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan. Beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya
As-Syams -8-10

Bila nak buat sesuatu benda, tanya hati. Betul atau tidak perbuatan aku ni? Kerana hati itulah raja. Jika baik kata hati,maka baiklah keseluruhannya perbuatan kita itu.

Kita dihidupkan dan masih bernafas sehingga hari ini kerana cintaNya. Jadi begitu beraninya kita melakukan perbuatan yang dilarangNya?


Allah cipta kita saja suka2???? Saja-saja ???? Begitukah purpose Allah menciptkan kita di dunia ini?

Kalau begitu kenapa Allah berfirman'

"Dan kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan sia-sia."
Surah Sad-27

Jadi kenapa Allah menciptakan kita.? Daalam sibuk2 kita nak buat NGO tu , duduk sekejap dan buka Al Quran.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku
Surah Al Zaariyat: 56

Jadi kenapa kita bercakap seperti orang tidak bertuhan?

On top of that Allah jadikan kita khalifah di bumi ini dan dikatakan kita sebagai ciptaan Allah yang sempurna, sebaik2 kejadian sehingga seluruh Malaikat diminta tunduk kepada Nabi Adam. Lupakah kita bahawa Iblis menderhaka kerana kita?

Jadi, sampai nya hati kita menderhaka kepada Allah, Tuhan yang menciptakan kita dengan penuh kasih dan sayang......sampainya hati kita menzalimi diri kita sendiri. Taukah saudaraku sekalian bahawa setiap ciptaan Allah di cakrawala ini semuanya bertasbih kepada Allah, termasuk urat nadi dan setiap zarah molekul dan neutron dalam DNA tubuh badanmu juga sedang bertawaf bertasbih kepada Allah ? Tetapi begitu sanggup dan beraninya kau menzalimi titis darahmu sendiri? 

Sudahkah kau lupa kesusahpayahan Rasululullah berjuang demi Islam yang kita ada hari ini? Kenapa nak sia-siakan atas nama hawa nafsu???

Celalah saya jika saya salah, tapi saya ingin katakan di sini terjadinya nafsu songsang pada diri  LGBT  hanyalah kerana mereka meninggalkan suruhan Allah . Siapa di antara LGBT sekalian yang solat 5 waktu sehari semalam tanpa culas sila angkat tangan.....

Tapi jika ada yang mengatakan ya , saya menjaga solat saya tapi saya masih ingin menjadi gay, maka tolong lah muhasabah kualiti solat dan nilai diri anda sendiri. Sudahkah kamu solat seperti yang dinyatakan Rasululullah "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, andaikata kau tak mampu, maka yakinlah bahawa Dia melihat engkau"

Kerana jika begitu lah solat kita, kita tidak akan sanggup untuk berbuat kemaksiatan walaupun seinci kerana takut dan malu pada Allah yang begitu banyak melimpah ruahkah rezeki Nya kepada kita.Hatta kita akan sibuk berbuat amal dan kebajikan  dan tak ada masa nak lagi nak emo2 tak tentu pasal macam penyokong bola Indonesia, nak mintak seluruh dunia memahami jiwa dan preference kita yang kita rasa suci itu.

Solat itu firman Allah, akan mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar. Mungkar itu puncanya nafsu dan syaitan. Malahan nafsu itu lebih berbahaya daripada syaitan.

Apa kamu yakin saudaraku, naluri luar tabii yang lahir dari diri kamu itu bukan dorongan hawa nafsu yang berpaksikan Iblis durjana yang cuba menarikmu menjadi kawannya di neraka jahim kelak??

Ingatlah dosa Iblis itu pun hanyalah sombong. Tapi dosa-dosa kita sebagai hamba Allah yang mulia ini melebihi daripada dosa Iblis laktullah itu sendiri. Iblis pun tabik spring.

Saya cuba mencari dalam Al Quran Al Karim, mungkinkah terselit hak asasi yang cuba dipertahankan oleh kamu-kamu semua, tapi mungkin kerana bodohnya saya , saya tidak berjumpa satu pun.

Tapi saya hanya menemukan Ayat2 Allah yang mencegah dan mencerca perbuatan seks luar tabii.

"Wahai Manusia Kami menciptakan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan"
Surah Al Hujurat : 13


Dan hadith Rasululullah s.a.w : Allah telah melaknati si perempuan yang berlagak lelaki dan si lelaki yang berlagak perempuan'

Riwayat Ibnu Majah & Abu Dawud

Saya sedih membaca hadis ini kerana saya takut akan siksa Allah kepada saudara seagama saya yang akan dilaknati Allah jika berterusan begini.

Hayatilah apa yang terjadi pada kaum Nabi Luth a.s . dalam Surah Hud. Kalau kita boleh beli IPad berharga ribuan ringgit, senaskah Al Quran terjemahan hanya berharga RM39.90 di MPH.

Dan itulah penyuluh jalan kita menuju negeri abadi.

Allah berfirman dalam Surah Hud : 82

"Maka apabila datang azab Kami , Kami balikkan negeri itu, bahagian atas menjadi bahagian bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi"

Pergilah berkunjung ke Sodom, sebuah tempat di Jordan dan lihatlah Laut Mati atau salt of Valley yang terjadi disebabkan peristiwa di atas. Even batu daripada tanah yang terbakar itu pun masih ada di sana, yang secara scientificnya dikenali sebagai gypsum yang terhasil apabila batu belerang dan batu kapur dibakar.

Seluruh kaum Nabi Luth yang mengamalkan homosexual itu dilenyapkan terus daripada muka bumi bersama tamadun mereka sekaligus. Begitu sahaja. Kun Fayakun. Ada ke sesuatu yang mustahil bagi Allah?

Mahukah saudaraku sekalian bertanggunjawab sekiranya murka Allah kepada saudara semua menjadi alasan untuk Allah menurunkan bala bencana kepada semua rakyat Malaysia? Tidakkah saudara melihat tsunami yang melanda Acheh? Letupan Merapi di Jogja? Taufan Katrina , gempa, ribut salji yang parah? Semoden mana sekalipun teknologi manusia masih tidak mampu menghalang kemurkaan Allah dan teknologiNya yang maha hebat.

Accident yang mengorbankan majority manusia di bumi Malaysia, banjir dan sebagainya, itu hanya sepicis sahaja daripada teguran Allah buat kita.

Mungkinkah Allah sedang reserve sesuatu yang maha hebat lagi untuk kita??? 

Rights atau hak yang digariskan dalam Islam sudah cantik ,lengkap dan padat. Merangkumi semua aspek hidup dan hak-hak lain itu hanyalah fatamorgana ciptaan manusia yang bertopeng hawa nafsu semata.

1. Hak untuk memelihara agama
2. Hak memelihara akal
3. Hak untuk memelihara keturunan
4.Hak untuk memelihara jiwa
5.Hak untuk memelihara harta benda

Tak cukup kah hak2 di atas untuk kita hidup sebagai Manusia yang bertamadun di bumi Allah? Hak yang sudah Allah gariskan dengan cantik, semuanya kita persiakan.

Kita tidak pertahankan agama kita yang suci kerana mengejar nikmat dunia. Kalau kita pertahankan , kenapa tak takut dengan larangan dan balasan Allah?

Kita tidak memelihara akal fikiran kita yang waras dan membiarkan hawa nafsu menguasai nya

Kita tidak peduli pasal keturunan kita yang akan habis dan pupus kerana kita tidak menghasilkan zuriat kerana kita mensia-siakan benih kita yang mulia di tempat yang haram bagi kita.

Kita tidak memelihara jiwa kita yang begitu luhur diciptakan Allah. Jika kita menghargai jiwa kita as Mukmin dan hamba Allah, pasti kita tidak akan mensia-siakan nyawa kita di dunia dengan berbuat kemaksiatan. Kita tidak akan lupa yang kita akan mati bila-bila sahaja yang dikehendaki Allah. Kita lupa nyawa kita milik Allah. 

Saya doakan hidayah Allah mencerahkan hati saudara semua sebelum sakratul maut menjemput dan saudara bertemu Allah dengan husnul khatimah. Bayangkan jika nyawa ditarik ketika sedang melakukan kemaksiatan? Bayangkan jika nyawa direnggut ketika kita sedang berpesta meminta dunia mengiktiraf hak yang Allah haramkan ke atas hambaNya...

Tidak dinafikan adanya makhluk Allah yang dipanggil khunsa. Yang dilahirkan dengan mempunyai alat kelamin yang memusykilkan. Tetapi semua ciptaan Allah adalah milik Allah, dan sudah tentu Allah yang Maha Pengasih lagu Maha Bijaksana memberikan juga penyelesaiannya.

Begitu syumulnya Islam sehingga kan tergaris cara2 atau metodologi untuk determine jantina seorang khunsa, dari melihat cara keluar air kencing, cara keluar mani, keluar darah haid , kehamilan dan melahirkan.

Saya bagi contoh satu sahaja, sebab saya bukan nak karang kitab. Cara keluar kencing. Jika ada dua kelamin, jika kencing keluar dari organ genital lelaki maka dia dikira lelaki dan begitulah sebaliknya.Jika kencing itu keluar dari kedua2 alat kelamin, maka kena dilihat keluar dari yang mana dahulu. Jika serentak keluarnya, maka yang mana yang paling lama keluarnya. Jika berhentinya juga sama, barulah dikategorikan sebagai khunsa musykil. Tapi test seterusnya dilihat dari sudut lain, contohnya adakah dia datang haid, bolehkah dia mengandung dan sebagainya.

In short jika ada pun kita begini, pasti Islam ada penyelesaiannya. Kenalah rujuk kepada tempat yang betul untuk mengetahuinya, bukan kepada Amnesty International.

Hati hanya akan menjadi tenang jika mengingati Allah - Surah Ar Raad-28

Tidak timbul isu LGBT yang dikatakan kesunyian, berseorangan , murung depressed dan kemudiannya hilang arah dan bunuh diri. Kerana tiada suatu apa pun hiburan di dunia ini dapat menenangkan hati seorang Hamba melainkan Tuhannya. 

Naluri dan keinginan yang telah Allah haramkan jika masih kita inginkan adalah definately tipu daya syaitan.

Dan jika engkau dinodai oleh syaitan dengan suatu nodaan , maka berlindunglah engkau kepada Allah, sesunnguhnya Dia Maha Mendengar Maha mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditipu oleh syaitan yang datang berkunjung, mereka segera ingat kembali dan ketika itu mereka menjadi orang2 yang mempunyai pemandangan"

Al-A'raaf:200-201

Seorang abid datang bertemu gurunya dan berkata "Bolehkah aku membuat maksiat/"

Jawab gurunya boleh, asalkan kau tidak melakukannya di bumi yang dimiliki Allah dan di tempat yang tidak dilihat Allah 

Maka abid itu pun menangis keinsafan kerana mana mungkin dia berada di tempat yang bukan milik Allah , Tuhan yang memiliki seluruh bumi dan cakrawala dan galaksi. Dan mana mungkin dia berada di tempat yang tidak dilihat Allah.

Jika kita rasa kita betul dan persetan kepada pendapat orang lain, cubalah berbuat benda terlarang itu tanpa pengetahuan Allah dan di tempat yang Allah tak nampak, silakanlah.

Dan jika kita rasa orang lain tidak faham kita dan hanya memperolok-olokkan kita dan berlagak bagus seperti saya yang menulis di blog saya yang tak sepertinya ini, maka tulislah wasiat siap2 bahawa tidak perlu yang hidup ini, menguruskan jenazah kita , kerana kita mampu mengapankan sendiri diri kita dan kemudian berjalan sendiri ke lubang kubur.

Dan tolong tulis sebuah statutory declaration  yang kita akan bawa ke kubur, untuk Allah baca dan tidak melaknati orang2 yang hidup ini kerana tidak menguruskan jenazah kita seperti selayaknya kita untuk berjumpa Allah, dalam jantina yang dikurniakan Allah kepada kita.

Dan tolonglah saya merayu jangan disalahkan saudaramu termasuk saya denga mengatakan di hadapan Allah kelak bahawa kami tidak pernah menasihatimu sebelum kematianmu.

Allah sentiasa menunggu taubat hambNya dengan terbuka dan sentiasa merindui airmata keinsafan hambaNya. Gembiranya Allah melihat  hambaNya yang bertaubat adalah seperti gembiranya manusia bertemu anak kesayangan yang disangka telah mati , tapi hidup kembali.

Tanamkan dalam hati sebuah hadith Qudsi ini, jika kita lalai dalam kenikmatan dunia dan merasa lazat dengan maksiat dan perbuatan yang dilarang Allah, dan merasa senang dan gembira berpoya-poya dan membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah dan tidak langsung memberi kebaikan , maka tandanya  Allah sedang murka. Kerana murkanya Allah maka Dia mendorong hati kita untuk merasa senang dan lalai dalam dosa. Kerana sifat Allah itu Ar Rahman, Maha Pengasih maka Dia tetap juga mengurniakan rahmatNya kepada yang tidak beriman dan juga kepada Mukmin yang cuai dari memperingati Dia. Jika tanda Allah kasih, maka hati kita akan didorong untuk takut berbuat dosa.

Betapa besarnya kasih Allah kepada kita , walaupun marah masih lagi memberi rahmat dan rezeki. Kerana itu usah dipertikaikan kenapa orang yang tidak beriman dan Mukmin yang menderhakai Allah masih lagi senang hidupnya malah masih lagi diberi nafas , diberi rezeki dan masih lagi berpeluang menikmati Rahmat kehidupan di dunia ini.

Cuba letak diri kita sebagai seorang CEO di sebuah syarikat. Mahukah kita maafkan pekerja kita yang dah la pemalas, cuti selang sehari.Sentiasa bagi alasan. Tak perform. Pastu melanggar 90 peratus peraturan syarikat yang kita gariskan, kat belakang kita siap kutuk-kutuk lagi perturan2 tu semua. Apa tindakan kita kalau ada pekerja yang lahanat macam ni? Bagi dia bonus 18 bulan gaji ? Naikkan pangkat? Bagi elaun lebih lagi? Gila la kalau kita buat macam tu kan. Pasti kita dah nyahkan dia dari syarikat kita.

Cuba reverse kan situasi tu di tempat Allah sebagai CEO dan kita as kuli. Apa akan jadi pada kita kalau sifat durjana kita tu CEO balas dengan melenyapkan kita di muka bumi ini? Boleh sangat kan sebab Dia CEO.Tapi Allah masih lagi bagi kita rezeki untuk kita makan, air untuk kita minum dan anggota badan yang sempurna. Kalau Dia nak ambik balik pun itu hak Dia, anytime Dia boleh buat kan???

Pilih lah . Ini hak kita untuk memilih. Inilah sebenarnya HAK atau RIGHT yang perlu kita perjuangkan. HAK untuk mendapat Syurga Allah kerana HAK itu telah dijanjikan kepada semua hambanya. Inilah pilihan yang kena kita rebutkan. Tidakkah kita merasa kita terlalu banyak membuang masa memperjuangkan hak-hak yang tidak perlu??

Wednesday, December 22, 2010

PEMBUNUHAN GADIS 14 TAHUN DI BATU PAHAT.

Remaja, Siti Mazni Abdul Rahman, 14 tahun ditutup mukanya, dipukul serta dikelar sebelum diseret sejauh 50 meter ke dalam kebun kelapa sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pecah Batu Pahat, Johor minggu lalu.

Tubuh gadis yang tidak bersalah ini ditikam sebanyak tiga kali dan dikatakan mayatnya hampir dikerat, dimasukkan ke dalam plastik dan dibuang ke laut.

Pelakunya? Remaja berusia antara 14 hingga 16 tahun! Seorang darinya sudah dibuang sekolah kerana salahguna dadah. Bapa tiri kepada salah seorang suspek berusia 44 tahun turut ditahan.



Antara rakaman perbualan dengan kakak angkatnya. 

Saksikan perinciannya di 999 TV3 jam 9 malam Khamis, 23 Disember 2010.

Sambil itu, sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa.
 

Yuna Wannabe.

Yes, youtube can make your extremely popular. Populariti yang boleh melampaui jangkauan pemikiran waras.

Yuna started with casual singing and post it on youtube and voila, she is currently a big hits.

Then again, everyone, yes everyone seems to have same angan angan (or to them it is casual uploading) too. Record it, and post it to youtube, hoping someday some recording company owner can find them and they ended up on Juara Lagu plucking that Yamaha guitar with audience cheering them!

"Kak Nab! I Love you Kak Nab!!"

Kak Nab is a canteen worker kat IPTA. Salah ke dia nak nyanyi jugak? Tak kan. Haha.

It is (VERY) sexy to see a girl playin guitar. Serious sexy. Yeah, I watched one too many men strumming their guitars. Cukuplah kot. Kalau nak tengok lagi, harus pitam. So, to see a girl (ehem.. yang comel banyak kat youtube tu), strumming and plucking the strings, sangat teruja ok.

Now girls, are you learning how to play the musical instrument? Pastikan upload kat youtube dan pastikan yang tukang rekod tu, adalah yang pandai zoom in so that we - can drool over your cute face instead of enjoying the music you are playing. Pervert!!!

Tapi aku tengok kenapa ramai sangat student upload kat youtube their singing even kat tepi jalan, ada satu kejadian menyayat hati, one chap playing guitar seated besides another dude, whom I thought was a girl. Kah kah kah kah. Nasib baik aku zoom and saw his leg full of hair. Lols !! Preference aku masih lagi pada jantina lain.

Ohh, before uploading tu, pastikan suara tak lari pitching, NOT tone deaf, or even worst, dress like a man, buat miming and merasakan ia satu lawak paling best dalam dunia. No, to me it is NOT.

And ohh, sebelum rekod your home-made video tu, pastikan segala noda noda hitam dah dihilangkan oleh mekap seinci atau dua inci. Dun ever play your guitar and record it with your face macam baru hilang laki.

Another tips ialah, untuk tukang rekod, bila anda tidak menggunakan link secara direct untuk merekodkan audio, dan hanya bersandarkan pada microphone pada kamera, TOLONG jangan bercakap termasuk cerita pasal boipren atau apa sahaja yang boleh menganggu klimaks kami untuk menonton.

Well, to end this posting, aku terjumpa one talented gal believed to be a student at UniKL. She can sing. She can play guitar too. Aku suka suara dia. Macam Taylor Swift or.. well listen to her and tell me! She had even performed with a choir!!

There are numbers of vidz on her channel, but I like this one. Enjoice!

Tuesday, December 21, 2010

refresh | DEFINISI SEKSI |

Ramai yang tak faham sebenarnya my intention of the entry about Siti Nurdiana.

Sebenarnya aku nak tanya apakah definisi seksi yang dimaksudkan penyanyi tu. Dulu diselar sebab berskirt pendek, tetapi semalam gambar terbarunya yang turut aku anggap seksi dan yang beza cuma - dulu dedah peha, sekarang dedah bahagian atas pulak.

Apakah "hati hati" yang dimaksudkan penyanyi itu? Adakah dengan dedah bahagian atas sahaja, itu bukan seksi?Nampak peha sahaja diterjemahkan sebagai seksi?

Adakah nanti jika ditanya pada penyanyi itu, kita akan dengar jawapan: "saya hanya mengikut kehendak penerbitan akhbar yang meminta saya memakai baju itu."

She was quoted: "Kritikan hebat terhadap gayanya yang dikatakan seksi membuat Nana kini lebih memilih dalam penampilan."

Dan gambarnya agak kontras dengan kenyataannya itu. Jadik aku sendiri tertanya, apa definisi seksi ni sebenarnya? Jangan dedah peha and people will say that you are sexy? Dedah lain tak seksi?

******************************************

Fire it up Houston.

Dari ubun ubun aku lembut (masih lembut), sampailah melepasi gunting tukang sunat dan kini bakal keluarkan wang EPF sebab dah tiba waktu matang, aku masih tak paham definisi seksi.

It is not a word, it is an attitude.

"Wuwiiieeee tengok tu, seksinya misai dia." Dem, macam skrip gay, I am gay and I am ok. Yeah, but we all heard that before rite.

"Wohhh (sambil dengus dengus macam kerbau Pak Mail nak kena sembelih), nehgok tu awek tu, peha dia. Fuhh." This too.

Pada aku seksi ini subjektif, kekadang awek pakai baju kurung pun seksi jugak sebab sungguh ayu. Macam gampang jiwang aku kan. Betullah, awek pakai baju kurung seksi lah. Tapi idaklah aku suruh bini pakai baju kurung 24jam, karang aku ingat macam nak kendurikan aku pulak. Aku tak rela.

Their eyes can be sexy too. I mean perempuan. Gila keldai kalau aku pi cakap:

"Faizal, seksinya mata yuuuuuu... wuuu wuu wuu.." kalau aku buat macam tu, selepas seorang jurutera, ada pulak seorang wartawan buat video, its ok.

Bila jejalan kat bandar JB ni, aku tengok kekadang, wait, selalunya, orang Melayu lebih seksi dari bangsa lain. They feel more sexy. And well, itu bonus lah, kata orang tengok sekali rezeki, tengok dua kali dosa. Ada pulak mangkuk cakap, ohh kalau macam tu, kau tengok jangan toleh toleh tempat lain. Itu mazhab toreh badan lah tu.

Anyway, aku tertengok Harian Metro hari ni (senin), ya aku baca sok kabor masa mesin cetak sok kabor dahpun cetak sok kabor esok. Aku sibuklah, bukan macam kau, asyik mengadap facebook dengan cari resipi, pastu nak marah orang pulak bila kena buat kerja. A'ahlah, appointment letter kau mesti tulis:

At all time, you must be connected to facebook and recipe hunting on the net - 24/7. Takperlah, untuk sedapkan hati, cakap dengan penuh keyakinan - alah orang lain pun makan gaji buta jugak. Hidup Melayu!

Ada tak siapa yang tak kenal Siti Nurdiana? Selepas dia pegi majlis majalah Eh! teruk kena bantai sebab pakai skirt panjang sikit dari seluar dalam Kuman.

Ini gambarnya masa Siti Nurdiana dikatakan seksi.


Aku suka seluar Bob Kuman ni. Epik ok. Aku tak tahu siapa sebelah dia sebab aku kurang arif pasal dunia hiburan kat Malaysia.

Sorrylah tapi aku cuma tahu Siti Nurdiana nyanyi lagu ala ala desa gitu. Ala ala kombo gitu. Orang yang menulis pasal dia seksi kat majlis mag Eh! tu idaklah pulak nyebut, dia nyanyi lagu apa.

Takkan lagu benang emas pulakkan.

Apapun, itu cerita lama. Hari ni cerita baru.

Baca dan tengok pastu pikir. Salah taip ke? "Kenyataan saya disalahertikan wartawan terbabit?"
 


Maaflah, kebetulan kamera aku takleh nak zoom, cuma boleh amik wide angle jek. Kalau boleh, takut pulak tersalah zoom. Sorry ya. Aku suci.

p/s: aku balik dari Parit Ju, Tongkang Pechah, banyak jugak aku tengok peniaga jual tembikai di tepi jalan.

Monday, December 20, 2010

KES BUNUH GADIS BERUSIA 14 TAHUN.

Lima suspek sudah ditahan berkaitan kes pembunuhan kejam Siti Mazni Abdul Rahman, 14 tahun di Batu Pahat.

Tiga pelajar belasan tahun masih menuntut manakala seorang lagi keciciran dan seorang lelaki berusia 44 tahun dipercayai bapa kepada salah seorang suspek.

More of the news at Harian Metro here.

I will be traveling to the home of Allahyarham Siti Mazni's family in Batu Pahat with Johor CPO Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.


Motive is still unknown thus I will try to establish that during my visit.

Friday, December 17, 2010

Gadis 13 tahun Panjat Tingkap Keluar Rumah Untuk Main Dengan Boipren.

Lucah ke bunyi tajuk tu?

Then, should we change it to Gadis 13 tahun Panjat Tingkap Keluar Rumah Untuk Melakukan Seks Dengan Kekasih.

Read this on Harian Metro.

Hold on. Tahu tak ada kalangan masyarakat kita menganggap anak kita di sekolah menengah dah boleh ada kekasih? Percayalah, ada yang macam tu.

"Takpelah, diaorang tu berkawan jek. Sesama sekolah."

Kekadang kita lihat even di kompleks beli belah, dengan dada masih pipih serta leper and I bet with my latest speedy processor - bra pun takder saiz lagi, gadis gadis kecil dan aku yakin sangat masih lagi disara mak bapak termasuk untuk membeli pad, sudah mesra dengan pasangan masing-masing melebihi orang baru kahwin.

Manakala lelaki, wait, bebudak lelaki yang kurus kering dengan seluar londeh dan rambut bergel satu kodi, memeluk pasangan mereka tanpa segan silu.

Kalau terer cubalah tegur. Aku sanggup buat taruhan RM50, kalau kau tak kena balun balik.

Kita macam dah tak boleh buat apa dah. Kita macam hilang kawalan dah dengan remaja hari ni. Lagipun bak kata diaorang ni, kita bukan mak bapak diaorang.

Adakah mereka mahu jadik dewasa cepat? Dulu orang cakap, kalau kita occupy our children with classes, depa takde masa nak bercinta. Helo, this is 21st century, they will find time dan kes terbaru di Terengganu adalah buktinya.

Cuba kita bercerita dengan anak-anak muda macam mana hidup kita dulu, time sekolah nak ada kekasih, kalau tak kena lepuk dengan orang tua kita, beranilah buat.

"Kau punya seluar dalam pun aku beli lagi, berangan nak ada mata air," dan pastinya ayat itu tidak diluahkan dengan penuh manja, tapi dengan muka garang dengan tangan memegang rotan atau tali pinggang. Dan tali pinggang pulak bukanlah jenis halus macam pondan pakai ganti belt Levis kita.

Kalau kat McDonalds tu, penuh dengan diaorang. Kalau kat Johor Bahru ni, pergilah City Square di tengah bandar ni. Aku rasa kalau dulu kita mengusha kat perpustakaan, diaorang dah upgrade, pergi shopping complex. Ya, dulu aku pergi perpustakaan tapi untuk cuci mata. Haha. Tapi ok apa, aku pergi setahun sekali.

Kalau yang ala ala uptown girl sikit, bolehlah daring pakai memacam aksesori lebih sikit jek dari Lady Gaga.

Pastu mekap, kalau kokot semua bedak tu, boleh buat satu set Christmas Package Estee Lauder.

Never mind about how they dress, its a free country kan? Biarlah. Kau nak sibuk kenapa? Bukan kau yang bagi duit kat diaorang tu beli baju.

But macam mana pulak dengan perangai diaorang tu? Aku rasa, kalau boleh nak duduk atas riba walaupun di khalayak ramai. Kita hanya mampu tengok dan mengumpat sesama sendiri.

"Kau tengok tu haa, ishh meluatnya aku tengok bebudak sekarang," ngumpat korang sambil membetulkan sleeveless shirt yang korang pakai tu with low cut sampai terbojol apa yang tak sepatutnya terbojol keluar.

Apapun, kita memang tak boleh buat apa apa sebab kita bukan mak bapak diaorang. I bet even the teachers, if they bumped into their pupils kat shopping complex can't say anything sebab akhirnya nanti: ehh yang cikgu nak sibuk ni apa hal, saya mintak duit cikgu ke? Setan tak?

Hopefully our children dilindungi dan dijauhkan dari tu semua.

Wednesday, December 15, 2010

Artis Kita - Supply vs Demand.

Hujung minggu lalu, aku bersama blogger Azhar Abdullah di Kota Tinggi, Johor, bukan sebagai pasangan gay tetapi menganjurkan satu kursus Skil Komunikasi untuk 116 peserta.

Kami bercakap, berbual bermacam macam. Antaranya mengenai jumlah artis di Malaysia.

Tidakkah kita rasa mereka terutama penyanyi melebihi supply? With all the on-going competitions, contests, lahirlah bermacam jenis, bermacam bentuk penyanyi, yang gendut, yang tak gendut, yang seksi, yang dedah buah dada, yang dedah peha, yang selak kain, yang berlitup sopan etc?

Itu belum lagi yang dianjurkan bermacam hypermarket, bermacam macam even mini market pun nak anjurkan pertandingan nyanyi. Ohh, kekadang sampaikan Umno dan PKR sendiri anjur pertandingan nyanyi. Dah tak cukup ke penyanyi kat Malaysia ni?

Prinsipal ekonomi ialah demand dan supply (permintaan dan bekalan).

Dan nilai pasaran lazimnya ditentukan oleh kedua dua perbekalan dan permintaan untuknya.

Adakah penyanyi kita mampu memperolehi pendapatan yang besar kalau mereka terpaksa bersaing dalam ekonomi yang kecil dan melebihi permintaan?

Jika di Indonesia, kalau dapat jual album pada satu peratus penduduk, aku kira dah kaya raya. Pada tahun 2009, Bank Dunia merekodkan populasi Indonesia mencapai 229,964,723 !


Gila kaya ok. Pintu rumah kat Indonesia boleh salut emas. Bilik air letak gelungsur macam Sunway Lagoon. Orang gaji boleh pakai 50 orang, semua bawah 21 tahun. Cari yang muka macam Cut Tari jek.

Tapi, mereka tetap tamak dan nak jugak masuk Malaysia sebab diaorang tahu, orang Malaysia hati lembik dan mudah terperangkap dengan lagu lembik, takde unsur motivasi. Ya, siapa dengar lagu motivasi selain dipaksa terutama pada musim banci, pilihanraya? Siapalah cipta lagu tu semua kan. Kenapa bunyi tak komersil lagu banci, pilihanraya? Denggi ada lagu tak?

Aku tak tahu berapa jumlah penyanyi kat Malaysia ni, tapi macam mana mereka cari makan? Lets say penyanyi nama Suria kata dia nak RM5,000 untuk satu show, penyanyi Azieazah pulak kata RM1,000 cukuplah dan keduanya mempunyai hampir kualiti yang sama dan dipanggil untuk persembahan dinner. Which one should the client choose?

Kalau berjaya, berjaya sungguh. Can we say that penyanyi di Malaysia sebenarnya berada dalam sistem kasta, iaitu kalau berjaya, berjaya sungguh, dan kalau tak berjaya, memang confirm melarat. Tak ada kelas pertengahan.

How to be successful in Malaysia as a singer? Has anyone thought of this before? Kalau ada tolong beritau aku.


Aku taknak tulis mengenai paksi equilibrium supply and demand ni tapi seriously, kalau depa tu tak dapat show, takkan nak harapkan duit royalti?

Face the fact, berapa ramai daripada korang yang beli album original? Jangan hipokrit. To you, it is enough to just listen to youtube kat opis guna internet opis dengan alasan kat rumah connection slow padahal rumah kau takder internet, otherwise pergi leeching mp3 from some illegal sites. Illegal ke? Banyak leeching sites for every single Malaysians to get the latest songs.

Boleh kaya ke jadik penyanyi kat Malaysia ni? Memanglah nampak gempak bila keluar kat centrespread mainstream newspaper pakai baju sponsor, tapi hakikatnya, baju yang kita pakai hari hari beli kat Petaling Village (nope, they are not Bicester Village).

Ada yang senang bila dah kahwin, sebab kahwin dengan orang kaya, atau duda kaya padahal langsung orang tak kenal.

"Vic Diana temui cinta hati, kahwin duda anak satu."

Kenapa tak letak jek: "Vic Diana temui jackpot, kahwin duda kaya nak mampus."

Adakah ia nanti akan menjadi satu budaya - "alah kalau kau tak pandai belajor, nyanyi betul betul, esok kuar sok kabor, ada jek yang minat ambik kau jadik bini."

Bagaimana pulak dengan lelaki? Takkan nak jadik anak ikan pulak? Baru satu album, tu pun suam suam kuku pun tak sampai, tup tup pakai keta sports, gaya sakan.

"Ini hasil kegiatan seni saya bukan dari mana mana mak datin."

Yelah, kalau jadik anak ikan pun seni jugak apa. Bukan senang nak mengiut macam ikan tul tak. Lebih lebih lagi kalau nak buat mulut macam ikan emas masa nak makan. Wooot wooot wooottt..

Tapi baguslah, aku tengok bila Ramadan, penyanyi lelaki ada gak nak niaga kat bazar Ramadan. Yelah, nasib mereka tak sebagus penyanyi perempuan, ada jek buaya yang nak sambar kalau iman tak kuat, tapi Ramadan bukan 12 bulan. Lagi 11 bulan nak makan apa?

Kena pulak yang jenis demanding mengalahkan Michael Jackson kalau boleh sampaikan unggas unggas kat hutan tu pun nak, memanglah jarang dapat show. Kalau dapat RM5,000 sekalipun tapi kalau setahun dua kali jek show, nak makan apa? Maggi cup pun dah mahal sekarang. Aku tahu sebab aku pun makan maggi cup. Yang perisa ayam tu sedap. Yang perisa kari tu kurang sikit. Rendam dalam air panas dulu pastu baru cekik. Tapi maggi cup takleh letak telur sebab aku dah try, telur cair mair macam baru keluar bontot ayam.

"aku artis, takkan nak pakai proton saga enjin orient?" Susah nak cari spare part weh, bukan pasal gaya, tapi susah nak cari spare part, maklumlah versi pertama proton. Itu confirm power window dah kaput, biasalah Proton kan, popular sebab power window lepas enam tujuh bulan, dah jadik tangan window sebab kena tarik pakai tangan.

Tapi betullah, memang kat Malaysia ni lebih sangat penyanyi dan aku pun dah tak kenal siapa penyanyi. Kalau orang tanya siapa nyanyi lagu ni atau itu, mampus aku tak tahu. Kalau aku kena pergi interview, haruslah aku terkangkang sebab aku tak tahu. Memanglah boleh buat homework tapi biasanya, kalau aku nak cari background kat google pasal artis especially perempuan, tup tup aku dapat gambar depa nampak peha atau dada. Tak semua tapi itu hakikat tul tak?

Esok, dah ada anak, elakkan jadik penyanyi sebab cuma dua tiga kerat jek yang betul betul buat duit dengan menyanyi. Masuk Imam Muda atau Akademi Alquran takpe. Dapat barakah, dapat ilmu.

Ehh, tapi kalau tak menyanyi, macam mana nak pakai ketat ketat dengan baju jarang gi festival muzik?

Dahlah, aku taknak pikir.

Tuesday, December 14, 2010

The Best Birthday Gift Ever!!!

Today is my birthday. And this week is full of birthday celebration, mine is back to back with wifey. Happy birthday wifey!!

Yes, I am getting older and older. Sooner or later, you should see me at EPF office withdrawing all my savings. Itu sangat tua. Hopefully I can live to withdraw it. Haha.

Anyway, yesterday was the best pre-birthday surprise I have ever had.

I had a day out with Lisa Surihani!!!!

Well, I never thought that I am able to go out with a celebrity like her, and to know that wifey allows me to go out with her, is something very special. Understanding sungguh wifey.

Well, we went out to a park and spent all the time talking about so many things. She was wearing red, if I am not mistaken sebab focus throughout the outing was on her cute little face.



The first few words from her was - Hi Hensem!! Macam nak gugur jantung ok.

She was adorable. Seriously. The way the speaks, the way she carries herself. 

Banyak yang kami cerita, about her acting, about my work tapi dah tak ingat dah apa yang kami cerita. Semua jadik vague sebab excited sangat.

She was seated so close to me and I feel the adrenaline rushing into my blood. Gila ke apa, Lisa Surihani is sitting next to me, and she is all for myself.

We did not speak about her saying 'gila babi' masa Mari Menari tu, buat aku percaya, dia tersasul sebab terlalu excited. Sebab dia seorang yang lembut, dan slip of her tongue kan. Worry not Lisa, you always have my support!

Sesekali tu, aku sempat jeling cara dia menyeka rambutnya yang ditiup angin. Semakin comel. Manis Lisa ni.

Sempat jugak sesekali tu aku tolong menyeka rambutnya yang menutup matanya, yelah, nanti tak nampak pulak muka aku kan. Romantik sangat.

Kali pertama aku buat macam tu, Lisa tersipu sipu, yelah seganlah, first time jumpa kan. 

Kami terus rancak berbual.

Angin yang bertiup tetiba sekali lagi membuatkan rambutnya menutup wajahnya.

Aku terus bangkit dan berdiri di depannya dan apabila aku cuba mengalihkan rambutnya, aku terjatuh.

Tetiba aku dengar suara yang aku kenali sayup sayup, ehh itu suara wifey. Alamak, dah time ke aku nak balik? Rasa macam sekejap sangat aku dengan Lisa.

"dear, dear, slow sikit dengkur tu, nanti jiran marah..." 

Laaa aku mimpi rupanya. Setan betul lah.Gila kentang kan kalau betul. Haha.Kalau kau baca sekali lagi, pastikan ia dalam versi hitam putih ok sebab baru dramatik sikit. Hahah.

Anyway, I had a wonderful celebration last nite where wifey made a chocolate cake for me, minus the candles sebab I told her, kalau letak jugak it will be an insult to me. Haha. 



Entah bila zaman ntah dia pi beli wording tu pun aku tak tahu. But she is  so skilled and talented with her cooking. Sekarang dah terer dengan pastry pulak and I am glad sebab ajar dia how to cook.. haha sungguh tipu kan. 

Anyway, to all that wishes me on my facebook, thank you so much and NEVER ever ask a man for his age. Wish cukuplah, takyahlah nak cari gaduh nak tanya umur aku pulak. It is not easy to be 17 ok. Banyak dugaan. Cabaran pun banyak.

And to wifey - thank you so much for giving me the best birthday gift. 

While to all of you that celebrates birthday in December, happy birthday too dan jangan perasan muda lagi like me.

Sunday, December 12, 2010

FINALLY.





It was a hectic week for me.

But finally, hari ini we managed to complete the task.

Terima kasih kepada Mazidul Akmal Sidik, Zakiah Anas, Azhar Abdullah and Zainal Arifin Ismail for sharing your thoughts and experiences dengan 311 anggota Sukarelawan Simpanan Polis Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Johor that we organised.

Of course, if it is not for your early confirmation and commitment, we couldnt have made it through the two parts of the courses.

We all share the same passion. Mazidul Akmal shared his years of experience with the young enthusiastic police volunteers. While, Azhar Abdullah, yang aku kenal melalui blog ini, shared his notes on integrity. But, kelakar sungguh apabila ada peserta yang menulis komen "I Love You Haji Azhar" untuk gambarkan betapa mereka gembira dengan presentation dari Azhar (hopefully Azhar, hopefully).

And, tentunya everything was done with the best team ever, Running Rino, Big Ben, WonderWahida, Splendid Sharifah Azni, Fantastic Fauzan, SuperShima and Amazing Aqila. Thank you girls!

A day off for me tomorrow to celebrate wifey's belated birthday.

Saturday, December 11, 2010

Its Her Birthday Again.

Time is not a luxury to me. Kekadang had to spent more time at work than home. I am lucky to have a wonderful wife that understands this husband of hers is a superbusy man.

Today, despite being extremely exhausted with a customer service skill seminar that I organised in Kota Tinggi, Johor, I traveled back to JB just to be with her on her bithday. She is not the type that asks for gifts but she knows her greatest gift is a fabulous hubby that cares and loves her as much as he could, wahh konon sweet aku ni. Aku sweet lah.. sumpah.

This is a special entry for her - Happy Birthday My Dear, sorry there is no bunny-dressed surprise as planned sebab I know you will be freak out nanti..

Seriously aku tak romantik, even a Ben10 watches pun tak sempat nak beli buat hadiah, but she receives the best gift ever - me popping out from a giant cake... wahh tipu.

Happy birthday mummy gegula. Ohh jangan buat air letak gula ya, sebab air memang dah manis bila you buat.  Ahaks, sweet talker!

Tuesday, December 7, 2010

THE TRUTH ABOUT PUBLIC TOILET.



Click for larger view.

From oatmeal.com.

Apa Nak Bagi?

Aku tak suka birthday sebab aku tak tahu nak bagi apa. Takkan aku nak bagi patung Barney? Takkan nak bagi jam Ben10?

Birthday wifey will be on 11th Dec and I am still thinking what to buy? Can I just dress like a bunny and surprise her? No, hodoh rupanya nanti. Nanti orang akan ingat seladang dan bukan bunny.

"Ehh kenapa seladang ada telinga macam bunny?"

Haaa, aku tahu, aku akan sembunyi belakang pintu, pakai cam bunny and surprise her... taraaaaaaa... kelepuk kena sebijik sebab mesti dia ingat ada orang gila pervert.

Atau, aku dress up macam Dr Rozmey and duduk di sofa and pose for the camera. Hmm, kena cari rambut palsu. Mesti comel kalau aku macam bow tie... sahaja. Ehem.

Anyway, I will think of something, dan korang jangan miang nak rekomen Tiffany or anything alike. Jangan jadik kak nam ok. Dulu kalau mulut lebih orang tua tua kata mak jujat. Aku lupa nak tanya adakah karektor mak jujat tu sebenarnya hidup atau imaginary friend of orang tua tua. Ingat bebudak jek ke ada imaginary fren.

Tapi.. aku rasa aku bagi jam Ben10 jerlah kat dia. Ok pe. Ada hadiah gak kan.

Monday, December 6, 2010

Cerita Best.

Ceritanya ialah ini sahaja update yang aku buat untuk kali ni.

Sekian.

Friday, December 3, 2010

KASTEMER SERBIS.

In reality, setiap khidmat memerlukan sentuhan kastemer serbis. Ya itu sebutan hakiki lidah jawa kita. Kalau ada ah soh, pastinya sebutannya menjadi kelasteme cerbis.

I like to sweet talk people. It is just me. Aku suka good customer service and I have no qualms to pay extra if the service is above my expectation. Aku pasti semua orang setuju.

Kadang-kadang kita heran, kenapa restoran mamak yang segala jenis mamalia dan serangga boleh hidup dengan kenyang tu boleh berjuta manusia, kerap kita lihat restoran kita kurang menerima pelanggan.

Itu sekadar contoh. Zaman ini, selain produk yang kita beli, kita pun nakkan kualiti pada cara khidmat yang diberikan. Sering kita nampak kegagalan sesuatu perniagaan itu berpunca bukan dari produk tetapi dari khidmatnya.

Kita tak perlu mengagungkan negara omputih kerana sebenarnya jika dikaji semula, adab serta kesantunan orang Melayu sangat tinggi tetapi tak tahulah mungkin jin sekarang semakin banyak dan masuk dalam badan, maka susahlah sikit kita nak senyum pada pelanggan.

Adakah anda tahu, hanya 10 peratus sahaja percakapan kita menjadi penilaian pelanggan terhadap khidmat yang kita berikan manakala selebihnya dinilai dari body language dan airmuka kita?

Malangnya ramai yang sering makan julap.

Aku berikan dua senario.

Kedai Melayu di Masai:
"Semua sekali 3.50," kata pelayan wanita berbangsa Melayu berusia dalam lingkungan awal 20-an dengan wajah masam tanpa sedetik pun senyum atau wajah yang menggambarkan dia gembira bekerja di situ. Saya berikan wang RM5, terus dia berkata dengan suara mendatar: "50 sen takde kerrrrrrrrr. Susahlah." Suara merungut. Saya hanya tersenyum dan menyeluk saku untuk berikan 50 sen.

Kedai Mamak di Taman Perling:
"Semua sekali RM5.80. Abang, abang ada 80 sen kah? Kasilah boss lapan puluh sin, katanya tersengih menampakkan giginya yang tak berapa nak kata putih. Tak bersugi tu. "Ada ada, tapi kenapa sampai lima ringgit lebih?" Tanya saya sambil menunjuk saya membayar untuk tiga gelas air - nescafe, milo dan teh o. "Aiyoh, salah kira." Terus dia sengih sengih. Aiyo aiyo. Dia capai mesin mengira elektronik, tap tap tap, kena cuma 3.80. "ohh kau nak bedal duit dua inggit aku ehh.." Aiyo abang, banyak soli abang. Jangan marah abang. Sekarang abang bayar tiga ringgit sudah.

Kau decide.

Tak susah sebenarnya, walau penat macam mana pun, kita perlu senyum, at least. Kalau kita tak rasa kita mudah senyum, kerja yang sesuai untuk kita ialah menjaga kandang singa, kandang rimau atau menjaga zirafah. Zirafah mungkin paling sesuai sebab bila zirafah tengok kita, kita ni macam bang Ibrahim Pendek jek. Bang brahim bang brahim, tolonglah Ani niiiiiiii.. Maka idaklah ler kita perlu senyum.

Tak banyak entiti dalam kastemer serbis ni. Semuanya sudah ada dalam kita iaitu berhemah, santun dan beradab. Itu jek.

Kita tak suka orang complaint tetapi kita suka buat orang complaint. Confused? Baca lagi sekali.

Apapun, dalam kastemer serbis ni perlu ada kesungguhan. Ia mencakupi pelbagai bidang dan bukan kata pada khidmat jualan semata-mata, tetapi perlu ada pada pelbagai khidmat lain terutama agensi kerajaan yang sering dijadikan bahan belasahan di pelbagai medium.

Bak kata orang, kalau tak ada angin, takkan pepohon yang tak berapa rimbun akan bergoyang kan. Maka, kalau takde pasal, takkanlah tetiba kita nak meroyan complaint tak tentu pasal.

Adakalanya ada kakitangan kerajaan menganggap tanggungjawab di sektor perkhidmatan awam ini bukan sebagai satu customer service padahal kerajaan itu diamanahkan untuk bekerja untuk kemudahan rakyat. Mungkin ada kefahaman cuma tak mahu difahami. Confused again? Baca lagi.

Ada jugak apabila kita complaint, kita pulak disuruh kerja gantikan mereka padahal mereka yang mintak kerja tu semua, bukan kerja tu datang ketuk pintu rumah mereka. Dan kalau macam tu, buat apa kita bayar cukai, bayar itu ini, kalau kita sendiri kena masuk dalam sektor itu dan perbetulkan padahal teguran itu FREE, tak payah bayar juta juta ringgit untuk perbetulkan apa yang lemah.

Pun begitu, ada jugak agensi yang tahu akan kelemahan dalam rumah mereka terutama dalam soal komunikasi dengan masyarakat mengambil inisiatif awal bagi memastikan anggota atau kakitangan yang bakal berdepan dengan masyarakat dapat menterjemahkan piagam pelanggan dengan baik dan jayanya.

Ini satu langkah yang baik. Dan perlu diberi sokongan. Alhamdulillah, jika ketua mereka berfikir seperti seorang khalifah, Insya'allah pelbagai inisiatif seumpama itu akan dilakukan.

Dan Sabtu ini, sebagai seorang yang sentiasa menyokong pentingnya khidmat pelanggan yang baik, aku akan bercakap kepada 115 anggota Sukarelawan Polis Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Johor mengenai pentingnya skil memenangi hati pelanggan iaitu masyarakat selama 90 minit. Insyaallah, dengan sedikit ilmu sebagai wartawan dan dalam bidang perhubungan awam sejak 1993 dapat aku kongsi sedikit dengan anggota anggota muda itu.

Alhamdulillah, turut akan bersama aku ialah personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidik dan Zakiah Anas di mana Mazidul sebagai seorang wartawan senior dalam dunia penyiaran akan berkongsi ilmunya mengenai public speaking untuk anggota terbabit. Aku pasti, inilah kursus seumpama ini pernah dianjurkan khusus untuk sukarelawan polis, dalam melahirkan anggota yang sentiasa mesra ketika berdamping dengan masyarakat.

Dan beruntungnya anggota Sukarelawan Polis Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Johor memiliki seorang ketua yang memandang jauh bagi memastikan anggota SP yang bakal ditugaskan di luar sana nanti, memiliki kebolehan berkomunikasi dengan lebih baik, sekaligus meningkatkan keyakinan masyarakat dan merapatkan jurang komunikasi.

Paling membanggakan seorang lagi rakan blogger, Azhar Abdullah, akan turut bersama membicarakan tentang integriti kerana tugas rasminya di Perlis berkaitan dengan topik itu. Alhamdulillah, Azhar sanggup memandu dari Perlis sambil membawa keluarganya bercuti di selatan tanahair.

Ini bukan pertama kali kami yang terpilih ini membicarakan topik masing masing di pentas seumpama ini, namun diharapkan apa yang bakal kami terjemahkan dapat dimanfaatkan kemudian hari. Insyaallah.

Thursday, December 2, 2010

Hantu.

Teringat kecik kecik dulu:

"Ingat pesan, jangan kencing kat tunggul kayu."

"Tok nenek cucu tumpang lalu."

Bila aku dah besar, aku terpikir, aku ni cucu hantu ke? Kalau macam tu, takpelah kot kalau jadik hantu sikit sikit kan. Alah, korang pun lebih kurang jugak, jangan nak berlakon tetiba suci pulak.

Kalau lalu jek pokok yang rimbun macam rambut David Arumugam Alleycats, kena tegur. Agaknya pokok tu pun heran, apa kejadahnya cakap aku tok nenek kau! 

Kencing pun sama, tapi idaklah aku nak shoot sepah sepah, yelah nak jaga jugak, kot ada budak perempuan sebaya nampak, naya pulak. Manalah tahu kan, kot kot dah besar nanti dia jadik Lisa Surihani, mampus aku kena gelak:

"Elehhhh weiiii, awak yang kecik kecik dulu shuka kencing shepah shepah tu kannnnnnn.. uweeiiiiii."

Tak sanggup aku. Apatah lagi itu jugak membolehkan peluang aku menjadi lebih nipis dari kulit limau.

Alah, kalau aku shoot pun, pasti comel masa tu kan. "Alah comey nyerrrrrrrr ****". Aku tahu, ada orang suka bela burung.

Orang dulu agak mistik. Memacam pantang larang kita dapat.

Kata orang dulu dulu, kalau kencing di busut, nanti buruk rupa kemaluan. Aku tak pulak tanya ada tak kajian saintifik atau foto foto yang boleh dijadikan asas kepada pantang itu. Yang pasti, khusus untuk kita orang Melayu jaman sekarang kena ikut pantang itu sebab diaorang kan suka buat 3gp dan upload kat youtube.

Mungkin jugak pondan pondan tu semua dulu kecik kecik suka kencing kat busut, itu yang bila malam, benda tu hilang. Itu bukan busut tu, itu mesti pegi shoot kat pokok getah tu sebab tu depa senang lipat. Kah Kah Kah.

Begitu jugak kata orang tua tua jangan menjahit waktu senja, sebabnya dulu mana ada TNB. Sekarang TNB boleh saman orang tau kalau salah tulis kat blog. Bukan supply api jek.

Tapi cuba pegi tanya nyonya tailor: "Ahsoh, apa pasat lu jahit senja senja, tarak bagus wohhh nanti mata ahh moleh jadik buta wohhh."

Kejap, kenapa bila kita nak bercakap dengan nyonya atau apek kita macam tetiba magik boleh pelat macam diaorang? Pelik tak? Aku pun sama. Mungkin sebab nak kasi diaorang paham kan.

Karang kalau guna ayat tersusun rapi penuh berhemah, sumpah dia cucuk mata korang dengan jarum mesin jahit cap Singer dia.

"Makcik, tahukah makcik keberangkalian untuk makcik mengalami kecacatan pada deria penglihatan amat tinggi jika melakukan kerja kerja mejahit pada waktu senja? Mengikut kajian saintifik pada tahun bla bla bla"

Trylah, mana tahu tetiba nyonya tu terus jawab dengan syair.

Ok, sekarang ni musim orang kahwin. Aku tak tahu kenapa suka sangat orang kahwin time cuti sekolah. Apa kena mengena dengan cuti sekolah dan orang kahwin? Kalau budak tak cuti sekolah, tak boleh kahwin ke?

Aku masih tak dapat lagi apa kaitan yang signifikan kahwin time cuti sekolah. Adakah kerana ia membolehkan bebudak sekolah tu semua tolong cuci pinggan? Save duittttt!! Buruh kanak kanak.

Adakah sebab baru meriah sebab nanti ada bebudak lari menjerit jerit, pastu korang boleh balik mengumpat:

"Anak si Zara tu ya rabbi, macam jin nakalnya. Mak dia budak bodoh jek, sibuk 24jam dengan telefon. Terkuis kuis dengan hengpong, anak lari terjerit jerit buat tak tahu jek.. uissshhh rasa macam nak cubit jek budak tu." Dan tentunya cara cakap itu mesti dengan mulut terjuih sikit, untuk effect yang lebih berkesan.

Atau kebetulan musim hujan hujung tahun ni?

"Ayang ai shejuk lah, mehlah shini." Tetiba kan. Padahal cuaca kat luar panas melantun. Tak apa dah kahwin, dah sah, lantaklah nak buat apa kan.

Aku terjumpa a list of pantang larang untuk orang nak kahwin from wikipedia. Ntah siapa ntah upload kat situ. Here it is, with some comments added by me. 

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.
Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. Lols ! Lepas kahwin buncit jugak perut. Konspirasi golongan isteri terhadap suami !!
Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. Apa yang diaorang lupa ialah, selain petai dan jering ada jugak spesis yang mulut memang bau busuk nak mampus.
Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. Lepas kahwin? Patutlah serabai. Hahah
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. Terdapat hadis dalam perkara ini.
Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis. Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. "I bosanlah, tak penah puas. Rasa macam nak makan kuaci jek tauuuuuuu.."
Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki). Bajet derrr !! Kalau asyik beli seluar dalam, tak dapat ngumpul duit buat hantaran. Sekarang bukan murah woiiiiiii.
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. Ahakssss!
Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. Double the ahaksss !
Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. Pastikan tidak berbunyi pada malam pertama kerana ia sesuatu yang sangat anti climax. Ingat tu.
Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. Bila bini lalu, cuba fewiittt kat bini, tengok apa respon. Bebaru mungkin dia senyum, lelama esok, dia akan kata "buat tebiat orang tua ni."
Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. Kena tahan. Jangan tengok 3gp
Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
Elakkan minum minuman keras dan merokok. Apaaaaa?
Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. MAC ada. Kepam jadik putih. Tak cukup? Pakai photoshop.
Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. "Sorry shayang, ngilu ahh."
Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan. "Senduk lah u ni.. ai....
Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. Wajib.
Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. Unsur jahat ialah buaya buaya yang sememangnya ada. Itu bukan tok nenek tumpang lalu, moyang pun jin.
Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama. Crap!
Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. Bukak aircon full blast.
Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang.
Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar.
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. Selepas pun sama, tapi untuk orang lain, banyak sample DNA nanti.
Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. Hahahahaha. Yang ni paling klasik.
Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. Sekarang tak boleh, sebab karang tetiba kening panjang dilukisnya.. dah macam Pirates Of the Carribean.
Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. Macam cerita P Ramlee, jeling jek.
Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. Ehh ada ke orang makan kepala ayam? Gila ke apa?
Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. Hahahahaha.. pondan pondan patutlah tak seri. Hahahah
Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. Haaaa?
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.


Apa pantang larang yang korang pernah dengar? Aku nak tahu jugak.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.