Tuesday, November 30, 2010

Derita Si Kecil



Anak adalah permata hati, pelengkap cinta buat suami isteri.

Gelak tawa, tangisan, biarpun sering mengejutkan kita tak kira waktu, tetap menjadi pengisi kekosongan dalam hidup.Anugerah rezeki dari Allah SWT.

Melihat mereka membesar di depan mata tentunya satu anugerah Allah SWT yang tak dapat kita bandingkan dengan apa jua yang kita miliki dalam dunia.

Tentu seronok melihat mereka merangkak, kemudian berjalan, berlari dan jatuh, menangis dek kesakitan kerana tersungkur dan kita lekas lekas mendapatkan mereka dan memujuk. Tangisan mereka ketika kita dakap bagai pengubat keresahan kita, pengubat segala tekanan yang ada, pelerai semua masalah dibahu.

Tetapi tidak buat adik Afiq Safwan Saiful Anuar, berusia setahun yang baru mengenal erti dunia, terpaksa bertarung dengan masalah kesihatan - jantung berlubang dan saluran jantung sempit.

Pada tika rakan sebaya berlari lari, adik Afiq terpaksa merenung sahaja gelagat mereka biarpun hati melonjak mahu bersama menikmati zaman kanak-kanak.

Cadar putih nipis sudah akrab dengan adik Afiq, malah hampir semua jururawat hsopital mengenali siapa kanak-kanak ini. Terkadang adik Afiq berkongsi gelak ketawa, tak siapa dapat merasai kekurangannya, apatah lagi buat dirinya yang masih mentah untuk mengerti mengapa perlu dia melalui semua ini.


Comel. Mahu saje dicubit cubit pipinya. Sejuk mata memandang melihat wajahnya yang bersih, terhindar segala dosa bak kain putih. Mau saja dibiarkan jari kita digenggam jari jemari genit si kecil ni.


Hari ini, aku dikhabarkan seorang sahabat mengenai kesukaran yang terpaksa ditempuhi adik Afiq ini.

Kekadang ada baiknya blog. Kekadang ada kelemahannya. Kita yang perlu tahu mana sempadan, mana batasan.

Seorang penulis blog bernama Acu, menulis pada aku mengenai kisah si kecil ini dan kebetulan aku mengenali bapanya.

Bapanya, sudah banyak berhabis. Tetapi tak sekali pun merengus. Apatah lagi merungut. Semuanya untuk Afiq. Kalau diberikan segunung sekalipun, tiada lain yang mahu dilakukan, hanya untuk Afiq.

Alangkan kita yang mendengar sudah pilu, bayangkanlah perasaan si ibu pula, puas menggalas amanah Allah SWT mengandungkan si kecil selama sembilan bulan, terpaksa pula menerima hakikat si kecil berdepan dengan masalah jantung.

Kisahnya, si kecil terpaksa terbang ke Bangalore India, minggu depan untuk menjalani pembedahan kerana dikatakan Institut Jantung Negara (IJN) mempunyai giliran yang banyak.

Tanpa memikirkan keperluan asas, si ibu sudahpun bersiap siap untuk menemani Afiq. Tak kisah jika berbantalkan lengan di lobi hospital kelak, entah makan entah tidak, yang penting Afiq dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun, sebagai seorang dewasa, tataplah wajah Afiq, mungkin terbuka hati, terdetik untuk berkongsi nikmat yang kita ada hari ini, bukan untuk kedua ibubapa Afiq bersenang lenang, tapi biarlah sedikit selesa tika menemani si kecil ini. Mungkin, ya, mungkin, kemurahan hati kita itu digandakan dengan pelbagai rezeki lain. Kita tak tahu. Tapi kita tak harus berhenti.




Dijangkakan, Saiful Anuar (bapanya) akan turut menemani dan dikhabarkan seorang lagi kanak-kanak seusia Afiq turut akan diterbangkan ke sana untuk menjalani pembedahan.

Menurut Saiful Anuar (bapa Afiq), bapa kepada seorang lagi kanak-kanak yang turut mengalami masalah yang sama terpaksa melupakan hasrat untuk menemani si ibu kerana kurang berkemampuan kerana masih ada lagi tanggungjawab lain yang perlu digalas di sini.

Alangkah indahnya, jika dapat kita turut berkongsi rezeki bersama mereka agar dapat mereka bersama anak kecil masing-masing tanpa perlu berpisah beribu batu dan hanya perkhabaran di telefon yang mungkin tak sekerap yang kita sangkakan dapat disampaikan.

Insya'allah, aku sendiri mempunyai kenalan iaitu rakyat tempatan di Bangalore dan mungkin cuba mendapatkan pertolongan dari mereka untuk mencari tempat tinggal yang sesuai.Biarlah apa yang kita kongsikan dengan mereka, Allah SWT sahaja yang membalasnya.

Dijangkakan, mereka akan terbang ke India minggu depan pada Awal Muharam

Saiful Anuar boleh dihubungi di talian 013-2078787.

Pengkid Solat Jumaat?


Adakah kita akan terus glorify dua spesis ini? Pondan dan pengkid. Aku baca dari Harian Metro hari ini yang dihantar oleh pembacanya.

And yes, pengkid biasanya dapat aweksss yang cun dan membuatkan kita - lelaki tercabar. Hahaha. Mungkin muka kau comot, badan bau busuk. Tapi when it comes to Solat Jumaat?

Monday, November 29, 2010

Not An Easy Task

Frankly, it is not easy untuk cari staff. I mean, cari pekerja memang senang, but to find one that really 'kerja' in the real term and reality nowadays memang sangat susah.

I had the chance to be working with some wonderful people, and Alhamdulillah, yesterday for the first time after many years, aku bercakap dengan my former staff yang sekarang ni dah menjawat jawatan pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di utara Semenanjung. Nothing else I could say except aku bangga sebab at least aku tahu I have worked with him.

And yesterday, aku dapat tetamu also a former staff yang dah jadik kawan, dan dah put aside all those Encik, Boss or whatever salutation yang ada kat dunia ni. We spoke without any formality dan we feel comfortable about it.

Reminiscing the days, our conversation were filled with giggles and laughter. Especially bila ingat staff staff yang memacam perangai, tapi masa tulah we achieved lots of things.

Anyway, susah nak cari the same team macam what I had then. Although some would say we were retards, we excel a lot. Banyak benda baru yang kitaorang explore and we gained lots of experience and knowledge from each others. We were small but we were a BIG team.

Siapa sangka one fella yang naik motosikal all the way from JB to Kluang without tail light menyala, sekarang dah jadik boss? Hahaha.

Another is now a policeman in Perak. That too, amazes me sebab tak sangka pulak dulu macam kuat merajuk tapi dah masuk polis. Dah jadik gagah I guess.

These are not my words but they said, after I left, they left too sebab tak sama during my time. But I did say to them, everyone has their own style of management but ultimate objective is to fulfill our duties. Tapi mereka tetap jugak berhenti.

Letih kekadang just to find a staff that can really work.

Memacam perangai tapi yang tak bestnya bila too much of  hal hal peribadi termasuk nenek sedara nak kahwin, resulting to absents. Malas.

Once again, I am going for another round of recruitment, and hopefully this round, I will receive better candidates (at least), not only with paper, but with BRAINS.

Sunday, November 28, 2010

And The Winner Is..

Ramai tanya aku, "kau sekarang pandai buat contest yek, tapi kenapa kau tak suruh reader letak header blog kau kat blog diaorang?" I was like what the fudge??? Perlu ke letak header blog aku ni? Hahaha. Aku bukan jual gelang nak suruh orang reramai masuk blog bongok aku ni.

Dan tak pulak aku nak jadik popular dek blog ni. Kekadang aku gelak, bila ada contest montest tu semua kat blog and asking people to place their blog header as part of the contest rules. Kira macam kita kecik kecik dulu ahh, kalau awak taknak, kita tak maooo kawan ngan awak.. nanak ajak awak main macak macak. Assalamualaikum... tak jawab dosaaaaa..

Part bagi salam tu, teringat masa kecik kecik masa nak ngurat anak dara lalu depan rumah.. assalamualaikum.. tak jawab dosaaa.. mazhab apa ntah boleh berdosa pulak jantan bagi salam semata mata nak ngurat kan. Haha. Kalau kena dengan comelnya masa bagi salam tu, gerenti ada yang jawab, tersipu sipu malu macam heroin citer P Ramlee. Lari lari belakang pokok. Lari lari belakang kerusi besi kat tepi tasik. Ok no more P Ramlee movie for me.

Anyway, that is just NOT me to have such rules. And to recap, aku menulis kat sini about giving out an appreciation to one lucky reader.

This is the link to the entry.

Ya, tak ramai yang tinggalkan komen mengampu aku, yelah, aku lupa nak suruh orang letak header kat blog diaorang.. hahahahahahhahahahhahahaha..

It was more than a month ago. Gila babs lama orang tunggu. Mesti ada orang pikir, si budak ni ntah yek ke tidak. Budak ehh?

Anyway, a winner has been chosen, although my only wish is  - semua orang boleh dapat hadiah; malangnya aku tak kaya macam adik Sultan Brunei. Eh, kalau aku kaya cam dia, takkan ada masa nak tulis blog kan. Membazir jek layan korang ni semua kan. Hahahah, dah jangan nangis, pergi ikat rambut.

Semua best. Tapi since budget 2010 menetapkan bahawa satu hadiah saje diberikan maka mak gegula had chosen only ONE reader to receive a complimentary ONE night stay di Grand Paragon Hotel Johor Bahru.

Dan komennya dihantar melalui email sebagaimana berikut, aiseh tak ada lagu ala ala Jaws..


Salam hazrey,

Saya menulis (menaip) email ini bagi pihak suami saya.
Ini adalah suami saya (rujuk gambar).

setiap malam dia akan tidur di atas tilam buruk ini di atas lantai.
Ini adalah kerana katil tempat kami berkongsi kasih setiap malam telah dikongker oleh anak kami yang baru berumur 2 tahun lebih itu.
jadi tak pasal-pasal suami saya terpaksa mengalah dan tidur di bawah.
saya kesian kat dia. jadi saya harap saya boleh hadiahkan dia sesuatu atas pengorbanan yang dia dah buat untuk anak kesayangan dia tu.
maka dengan itu, saya tahu yang suami saya sebenarnya layak memenangi voucher satu malam di grand paragon hotel.
supaya dia boleh tidur dengan lebih lena tanpa digigit pijat.
dan kami boleh bermanja-manja (eh eh ok censored)
jadi pilihlah saya eh, suami saya supaya dia dapat tidur lebih lena untuk sehari.

Hahahaha, aku tersedak baca citer sedih reader ni, and guess what, Puan Ilyana Zaini via email ilyana9 at gmail dot com, the one that sent the above email - you have won yourself the voucher! 


So, if you are her, please email me your full address and I shall courier the voucher by this week to your home. Ohh, satu jek permintaan kami, sebab dah berjaya malukan laki yang tengah syok layan mimpi peluk Lisa Surihani tu, sila ambik gambar dengan voucher tu once you got it and email back to me.


And nope, it is NOT required to put it on your blog if you have any, tapi kalau nak letak, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Sumpah tak ada. 


Ok dah, sila menjerit sekarang Ilyana.

Abang Lombok Dah Tak Romantis Lagi?

PETALING JAYA: A woman who eloped with her lover to Lombok, Indonesia, has decided to stay there despite being abandoned by her lover because she is ashamed of seeing her family again.

Harlizan Ibrahim, 35, is the latest among 22 cases reported to the Malaysian Embassy in Jakarta involving women eloping to several Indonesian destinations, although actual numbers are believed to be much higher, reported Bernama.

Harlizan, from Kuala Terengganu, was abandoned by her lover Asitah after they had lived together for a year in a village in Lombok Barat.

She told journalists about the hardship she faced.

She has to cook over a firewood stove and is also reported to have sold off all her jewellery to meet her expenses and her son’s

Read more here at The Star.

Bukan ke masa nak lari tu abang Lombok kata: waduh jangan bimbang yah, di sana nanti akan menunggu sebuah syurga untukmu bidadari.

Di sana rutinnya ku bisa mendapat berbilion bilion rupiah sebulan.

Kala Lelaki terdiam setelah pertengkaran panjang, tandanya dia sudah lelah dan ingin pertengkaran ini
berakhir.. namun kalau sudah diam dan enggak pulang pulang, itu apa ya?

Malaysia dah tak ada lelaki berkualiti macam lelaki Lombok ke? Lelaki Lombok romantis sangat ke? Apa ayat depa guna? Muka rabak macam diaorang pun korang suka ke? Korang ni buta ke apa?

Tuesday, November 23, 2010

STOP CHILD ABUSE.


Click the mini poster to voice your pledge!


Aku tak pernah menulis untuk Nuffnang, tetapi agak terpanggil apabila ia mengelolakan satu penulisan mengenai penderaan kanak-kanak sebab aku rasa ia satu subjek yang kita masih lagi ketinggalan.Dan tidak, ia bukan kerana kamera digital yang diberikan Sony tetapi aku merasakan ia hanya satu insentif untuk penulis blog menulis mengenainya.

Selepas insentif itu diterima kita tanya diri kita, adakah akan wujud sedikit rasa prihatin terhadap penderaan kanak-kanak? Stigma masyarakat kita ialah: Jangan Campur Hal Orang. Tetapi tidakkah kita rasa bersalah apabila kanak kanak itu sudah mati kelak?

This is a reposting of an entry that I wrote in March 2010.

Case study: Syafia Humairah Sahari, 3 tahun maut jam 7.30 malam, 26 Februari 2010, di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor.

Aku rasa, ratusan, ribuan blog memperkatakan mengenai kisah ini ketika ia berlaku.

Sebenarnya, aku hanya mampu sedekahkan Al Fatihah kepada si kecil yang masih lagi bertatih menyusuri maksud kehidupan tetapi dikatakan diragut nyawanya oleh seorang lelaki yang menjadi penghuni rumah ibu tanpa sebarang ikatan perkahwinan.

Semua simpati akan pengakhiran hidup si kecil ni tetapi aku tak mahu bercerita tentangnya kerana aku rasa semua sudah bercerita mengenainya. Banyak persoalan timbul yang buatkan aku pelik.

Kalau kita analisa akan berita yang dipaparkan, kita lihat fakta berikut:

1. Si kecil ditampar, ditendang di kawasan orang ramai.
2. Terdapat saksi melihat kejadian dan cuba menghalang tetapi diugut suspek.
3. Suspek tinggal bersama tanpa sebarang ikatan perkahwinan mungkin selama 6 tahun. Hasilnya, seorang anak dilahirkan out of wedlock (luar nikah).
4. Suami kepada ibu Syafia yang kini menjalani hukuman penjara enggan menceraikannya.

Ok, let me question the above:

1. Si kecil ditampar, ditendang di kawasan orang ramai.
Adakah masyarakat khuatirkan keselamatan mereka jika masuk campur atau menghalang perbuatan suspek di padang itu? Siapakah mereka? Adakah mereka orang dewasa atau hanya kanak-kanak atau remaja? Mengapa mereka tidak terus menghubungi 999 untuk melaporkan kejadian itu?

Langsung tiada laporan mengenai panggilan dibuat ke 999 sebaliknya hospital yang membuat laporan kepada polis selepas mengesyaki kanak-kanak itu didera sehingga mati. Adakah pengetahuan masyarakat kurang untuk mereka melaporkan kepada pihak berkuasa? Terdapat ruang beberapa jam antara kejadian dan suspek membawa mangsa ke hospital, tentu sekali di situ terdapat peluang untuk menghubungi pihak berkuasa.

Atau mereka sudahpun menelefon 999 tetapi seperti yang kita tahu, menghubungi 999 adalah sesuatu yang menjelekkan? Perlukah kita mempunyai satu lagi talian? Kita juga mempunyai talian Nur, tetapi berapa ramaikah yang tahu akan talian itu?

Aku rasa, mungkin saksi di kawasan berkaitan tahu akan talian Nur tetapi tidak tahu nombornya. Percayalah. Ia tidak mustahil langsung kerana seperti yang aku kata, ia hanya gah ketika dilancarkan dan sekarang ia perlahan lahan luput dari ingatan. 

Sebenarnya, lebih baik kita mempromosikan talian tempatan seperti rakancop yang lebih efisien dan pantas bertindak dari mempromosikan talian 999 di mana operatornya berada di Sibu, Negeri Sembilan dan kadangkala tidak tahu lokasi sebenar kejadian.

Lihat pada laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, respons pengunjung terhadap masa yang diambil melalui talian Nur menjurus kepada TIDAK MEMUASKAN.

Namun, analisa dari laman web sahaja tidak mencukupi, seharusnya Puan Menteri lebih proaktif dengan melakukan analisa SWOT  (Strength, Weaknesses, Opportunity dan Threat) kerana sejak dilancarkan dengan gah sekali, tidak pernah lagi satu analisa dilakukan. Jangan tunggu kerana ia melibatkan wang rakyat. Mungkin Pak Amirsham mahupun Uncle Koh dapat memasukkan analisa ini sebahagian dari KPI Puan Menteri kita.

Untuk rekod, mengikut statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pada tahun 2008, terdapat 6 juta kanak-kanak berusia antara 0 hingga 9 tahun. Maka tidakkah itu sudah menuntut keutamaan untuk perhatian diberikan?
 
Truly, this is the time to reassess everything. Jika tidak berkemampuan beroperasi secara efektif, something should be done, quickly. Jangan dok sibuk membuat kenyataan media tetapi satu apapun tak buat atau buat sekadar buat tapi tak ada follow up. 

2. Terdapat saksi melihat kejadian dan cuba menghalang tetapi diugut suspek.
Diugut suspek supaya jangan campur. Kita takut dicederakan tetapi sanggup melihat anak kecil dicederakan sehingga mati? Kita tanya diri kita. Kalau kita beramai ramai, pastinya kita dapat mengekang perbuatan itu. Namun, nasi sudah menjadi bubur tetapi ia harus dijadikan iktibar.

Kalau lihat seorang anak kecil dipukul dengan begitu teruk sekali, apakah yang perlu dilakukan? Aku teringat dulu, akhir tahun 80-an, apabila penderaan kanak-kanak diberi perhatian khusus, semua pihak mula membuka mata, tetapi biasalah di Malaysia ni, kempen kesedaran hanya syok sendiri. Buat pelancaran begitu gah, habiskan duit rakyat, follow up macam haramjadah. Takda kesinambungan langsung.

Menteri pulak saling bertukar, dan hanya turun padang kalau ada kes public interest atau yang diberi liputan meluas media. Kalau tak, jangan haraplah. Adakah fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat semakin tumpul?

Manakala, bukankah kita mempunyai program Rakancop di mana-mana sahaja. Adakah di tempat kejadian iaitu di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, tiada program Rakancop? Atau ia hanya tertumpu di kawasan bandar semata-mata? Tidakkah di kampung ia juga penting untuk diwujudkan community policing supaya masyarakat dapat menyalurkan maklumat seumpama ini kepada pihak berkuasa dengan lebih cepat? Mungkin Uncle Musa dapat melihat ini sebagai satu langkah proaktif untuk melebarkan program Community Policing ke kawasan luar bandar, yang betul betul luar bandar. Jadikan ia KPI kepada OCS mahupun OCPD di kawasan terlibat dan dapatkan maklum balas. Jenayah juga berlaku di kawasan luar bandar.

3. Suspek tinggal bersama tanpa sebarang ikatan perkahwinan mungkin selama 6 tahun. Hasilnya, seorang anak dilahirkan out of wedlock (luar nikah).


Di mana imam, di mana bilal, di mana Ketua Umno, di mana Ketua Pas, Ketua Keadilan dan segala jenis ketua yang berdaftar di Pendaftar Pertubuhan di kampung Batu 30 Batang Kali.
Ok, YB sibuk. Imam sibuk? Bilal sibuk? Jiran sibuk? Kita tak perlu lihat enam tahun. Kita lihat anak kecil yang dilahirkan dan kini berusia setahun enam bulan. Ketika si ibu mengandung, takkan jiran tak nampak akan fakta ini? Sembilan bulan perut membuyung, takkan imam atau bilal langsung tak nampak? Lagi pulak enam tahun. Pelik tak? Adakah di kawasan kampung itu tiada penduduk selain mereka? Atau mereka membutakan mata sebab 'taknak campur' hal orang? But, this is a kampung, kalau di bandar, mungkin.

Manakala si ibu, bagaimana pegangan agamanya? Adakah keinsafan sekarang mampu mengembalikan si kecil tak berdosa itu? Apakah karektor si ibu itu? Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menentukan. Ini balasannya mungkin? Adakah surau di kampung Batu 10 itu tidak cukup untuk menganjurkan aktiviti keagamaan bagi memberi kesedaran? Atau aktiviti keagamaan berunsur politik sehingga menyisihkan golongan sasaran seperti ibu si kecil dan pemandu teksi ini? Apakah pendekatan untuk memujuk golongan seperti ini ke surau atau masjid sudah lapuk?

Kalaulah. Ya, kalaulah si ibu ditangkap dulu dan dikenakan hukuman rotan, ada pulak NGO seperti Sister In Islam (SIS) mula mencongak untuk membela. Lebih rela hubungan seperti ini berlaku dari mengekang kemungkaran. Islam ini mudah, tetapi dipersulitkan oleh mereka yang ada kepentingan.

4. Suami kepada ibu Syafia yang kini menjalani hukuman penjara enggan menceraikannya.

Islam itu mudah. Tetapi jangan dipermudahkan hingga melampaui batasan. Bukankah si ibu mempunyai alternatif untuk merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk menuntut cerai jika benar si suami enggan berbuat demikian.

Si isteri boleh menuntut fasakh dari suami iaitu membubarkan perkahwinan. Mengapa ia dipandang remeh si isteri? Adakah kerana si ibu tidak membuat tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Selangor?

Contoh lafaz taklik yang dibuat di Selangor seperti berikut :-

"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya………….. selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaq ia dengan cara talaq khulu’.."

Adakah taklik ini tidak difahami wali wali si perempuan? Atau ia sekadar lafaz tika majlis nikah semata-mata dan dilupakan begitu sahaja? Wali menanggung dosa kerana tidak mengendahkan akan tanggungjawab.

Selain suspek yang sudah puas kita sumpah seranah dan maki hamun tu, apakah karektor si ibu, apakah fungsi mereka yang disebutkan di atas? Ini hanya analisa, tetapi kalau ada tindakan, seharusnya ia bukan sekadar syok sendiri semata-mata untuk mendapat liputan media.

And of course all responsible parties should stop making this as another publicity opportunity. Stop it, indefinitely. Do your job and DO IT NOW.

Penderaan kanak kanak adalah satu subjek yang PERLU diberi perhatian. 

Adakah kita akan terus menanam sikap Jangan Campur Hal Orang? The least we could do is to report to the authority manakala the authority MUST be effective as well. Kalau ada laporan tetapi the effectiveness of the enforcement is lukewarm, then there will be problem to the whole system and we will go back to square one.

Thus, we the community MUST play our role to stop this, for good. Do your part, the least.

Aku Tak Paham.

Aku seriously tak paham.

Kenapa perlu penyanyi kat Malaysia ni menyebut huruf T menjadi 'ch'?

Tetapi jadik Chechapi?

Tak jadik Chak.

Terima jadik Cherima.

Cuba kau baca ayat bawah ni ikut cara penyanyi Malaysia:

Tak Tahu Terlewat Terima Tetapi Tak Mengapa

Chak Chahu Cherlewat Cherima Checapi Chak Mengapa.

Dah macam anak sedara aku umur 2 tahun dah. Aiyoh.

Chak chahu lah apa nak jadik.

Saturday, November 20, 2010

PART DEUX: Gangster And Murder Threats

Aku sebenarnya dah malas nak update ni. Malas sungguh. Macam tak ada objektif. Haha. Aku dah tak ada nafsu nak menulis except for scripts that I am supposed to write. Seriously malas.

I was down with mysterious illness for the past few days, ok tak, dah macam artis punya cerita pulak, sikit sikit sakit misteri, sikit sikit sakit misteri, yang kau pergi melantak benda haram, memanglah sakit. Artis kat Malaysia ni banyak sangat tengok The Simpsons.

Anyway, disebabkan aku sangat malas, I will make it short.

Ohh, the 'sekumpulan' lelaki yang kepung aku tu blah macam tu jek, after my phone rang, yang kebetulan a police officer, and only after one of them said something very disturbing.

Lucky for me, kereta yang depa naik, letak tak jauh, jot down the registration number, and voila, petang sudah masuk lokap.

Ok, cerita abis dah. Haha.

Serious tengah malas ni.

Wednesday, November 17, 2010

Gangster And Murder Threats

Salam Aidiladha my dear blog. Ohh and you too, if you are there. You there?

Being in this industry has its perks.

Orang tanya apa yang bestnya jadi wartawan ni? Dulu pun aku tak tahu apa yang bestnya. The only thing yang aku tahu dulu, aku boleh lulus karangan Bahasa Malaysia dengan handsome-nya! Dan it is definitely nice to receive some souvenirs walaupun bukanlah kita hendak sangat (tipu kan?).

Tapi idaklah nak jadik Diva, berkilat bibir sampai boleh buat cermin. Apatah lagi menceceh mengalahkan mak andam pasang pelamin senget.

Diugut literally memang banyak, tetapi diugut physically lebih mengecutkan segala otot-otot, urat-urat dan molekul molekul serta jisim jisim dalam badan.

Even in 90's masa memula memasuki dunia ni, aku berdepan dengan satu situasi yang agak tegang apabila disergah askar Australia yang menghalang kami dari membuat liputan rakan mereka yang terbabit dalam kemalangan di Kota Tinggi.

Well that is not as bad as years ago, bila sekumpulan lelaki mengepung aku dan mengugut untuk membunuh selepas premis mereka diserbu kerana menjalankan aktiviti urut batin. Premis diserbu Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) tapi aku pulak yang kena. 

Masa dikepung tu, aku terus tekan jam aku dan aku terus jerit "Bertukar" dan bertukar menjadi alien-form Ben 10. Aku terus melompat dan menyelamatkan bumi seperti biasa. Sila baca dengan suara halus yang dialihbahasa. Baca sekali lagi. 

Sebenarnya aku dok ketuk ketuk jam aku, tapi bunyi ketik ketik kat jam tu rasa macam kuat jek. That was the longest 30 minutes of my life. Haha, ya ketawa pun tak keluar masa tu. Peluh sejuk lebih banyak keluar dan mata terkebil kebil bagai kena Eye Mo. Kalau ada sound effect masa tu, gerenti best.. ohh untuk kebil kebil tu jek.

Bila aku jeling ke bawah, aku nampak banyak semut sedang memandang aku dan bagaikan bercakap "abang abang, kenapa pijak kitaorang tak mati.. har har har.. avang niiiiii..."

One interesting fact ialah ketika dikepung itu, waktu pada masa tu, kira-kira jam 4 petang! Daytime y'all !

Dan orang ramai memang turut mengepung - bukan nak tolong tapi sebab nak tengok adegan best dan harus dimasukkan pada tonton dot com. Aku sempat jugak tengok bystanders tu semua dan ada yang sedang menghirup air, ada yang mengunyah ngunyah chewing gum dan ada yang sedang menelan berbutir butir popcorn. Tipu kan, mana sempat nak tengok tu semua, masa tulah ingat segala dosa. Lols. 

Kesemua suara lelaki terbabit menengking dan tak memperdulikan orang orang sekeliling. Masa tu, tanyalah aku, apa yang tak ketar. Semua ketar. Yang tak ketar cuma telinga dengan hidung jek. Kalaulah hidung aku terketar masa tu, confirm aku dah boleh masuk Ripley's Believe It Or Not.

Lepas beberapa minit suara ugut mengugut dari kesemua lelaki tu, situasi menjadi agak genting dan sesuatu yang tak disangka terjadi...

Ok aku sambung nanti. Pilot episode mesti ada sambung kan. Jangan memarah, raya kan. Kurang pahala.

Saturday, November 13, 2010

UPDATED: AC Mizal: Seorang artis pernah diberi amaran KPDNKK kerana menjalankan MLM.

Aku menjangkakan untuk menulis Isnin ini, tetapi aku rasa lebih manis jika dipaparkan hari ini.

Khamis lalu, AC Mizal FanPage ditutup.
Khamis lalu juga, aku menulis satu entry mengenai Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 di sini.

Apapun, fanpage berkenaan yang turut menjadi  antara bahan siasatan dan perhatian KPDNKK sudah ditutup, dan pelbagai spekulasi ditulis di pelbagai sudut forum termasuk di facebook mengapa ia ditutup. Apapun, hanya AC Mizal yang mampu menjawab semua persoalan itu dan tidak terus membiarkan masyarakat membuat pelbagai spekulasi.

Pada aku, jika terus berdiam diri, ia bakal mengundang lebih banyak andaian dari orang ramai dan tentunya ia termasuk yang negatif dan seharusnya AC Mizal mencari peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Dan harapan aku, jangan marah marah kerana jika dijawab dengan tenang, pastinya kita akan dapat memberi penjelasan yang lebih terperinci.
Aku menulis mengenai gelang AC Mizal pertama kali pada 5 November lalu selepas diberitahu penulis Obefiend yang merujuk kepada seorang penulis anonymous, Aidid Mu'addib yang membuat pelbagai kajian dan homework mengenai aktiviti MLM dan kebelakangan ini banyak membongkar mengenai gelang magnet AC Mizal. Read more about Aidid's writings here.

Apapun, sebelum fanpage yang banyak menceritakan mengenai pakej pakej penyertaan antaranya melabur RM10,000 bagi menerima 20 gelang magnetik ditutup, pihak KPDNKK sudahpun menjalankan kerja dengan membuat screenshot dari fanpage itu. Kerja-kerja mendapatkan screenshot itu dikatakan sudah dijalankan sebelum Utusan Malaysia sendiri mengeluarkan satu berita mengenai AC Konsortium Sdn Bhd yang tidak memiliki lesen jualan langsung.

Dan difahamkan, screenshot itu termasuk sebagaimana aduan yang diterima dari pelbagai pihak dan ia turut dijadikan asas bagi siasatan yang dikatakan bakal dijalankan Unit Siasatan KPDNKK.

Pelakon dan penyanyi itu juga dikatakan bakal dipanggil KPDNKK bagi membantu siasatan. 

Sebelum ini, seorang artis yang juga pelakon yang agak berjaya di negara ini, turut dipanggil kerana menjalankan perniagaan MLM dan diberi amaran untuk tidak meneruskan aktiviti MLM itu.

Sejak itu, artis itu mula mengurangkan penglibatannya bagi mengelak dari dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Artis ini yang popular dalam pelbagai teledrama menjalankan aktiviti melalui syarikat yang diberi lesen Jualan Langsung namun terdapat elemen MLM yang agak ketara iaitu menitiberatkan pelaburan dan bukan pada jualan produk secara langsung seperti Amway dan Avon sebagai contoh.

Biarpun pada mulanya artis itu menafikan ia adalah sistem MLM, namun selepas diminta pegawai KPDNKK cara mendapatkan ahli, ia jelas menunjukkan cara mendapatkan ahli lebih mengutamakan pelaburan ribuan ringgit dari ahli.

Apapun, apa yang kita sedari, semakin ramai artis yang melibatkan diri dalam MLM di Malaysia. Adakah mereka menggunakan populariti mereka bagi mendapatkan keyakinan masyarakat turut bersama-sama menyertai bisnes yang dianggap boleh mendatangkan kekayaan itu?

Atau, imbuhan dari penglibatan dalam bidang seni di negara ini tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka? Aku tak tahu, tetapi berapakah bayaran lakonan? Berapakah bayaran untuk satu stage show? Kalau satu show dalam tempoh tiga bulan, cukup ke untuk menampung kehidupan? Cukup ke untuk menghantar wang pada ibu ayah di kampung?

Tetapi semakin ramai yang ingin menjadi artis. Adakah mereka akan berakhir menjadi peniaga MLM?

* * * * * * *

AC Mizal menjawab di Metro Ahad today. Lets read at this link.

It is interesting to read especially his answers on five questions. Bagaimanapun, kedua dua wartawan Metro Ahad tidak bertanya kepada AC Mizal, mengapa memadam fanpage di Facebook?

Aku tertarik dengan kenyataan berikut:

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

Diubahsuai tetapi harga ditawarkan sebanyak RM1,000 bukan tamak? Which is which?

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

Seperti yang aku katakan, KPDNKK sudah mengesahkan bahawa biarpun anak syarikat sekalipun, ia tetap tak boleh. Tak boleh bermaksud tak boleh. Sila rujuk kembali entry aku sebelum ini mengenai isu lesen ini.


REPOST: MARI BUAT DUIT MLM.

It's Saturday, dan ramai yang malas today, so I am reposting not-so-old story about MLM. Get me a beemer! 

 Thought wanna write something today, tapi aku malas, its something disturbing / another expose! Nantilah ya. Have a wonderful weekend to all of you awesome readers. Jangan makan banyak banyak!


* * * * * * * 

Saya **** nak share benefit kalau ade gold/emas...macam mana nk multiply duit yang kite dapat melalui gold/emas & macam mane nk dapatkan sebulan seketul emas... seketul emas je nilainye 3K..bayangkan jika ade 10 ketul emas, dah 30K...nilai emas mkin naik ke mkin turun???
mcam mane? senang jer klau thu carenye...kami akan bimbing anda, insyaallah cuma syaratnya nak belajar, sanggup d ajar...
macam mane nak dpatkan income sebulan jdi income sehari, income setahun jadi income sebulan hanya dgn meluangkan masa 2 jam shaja..dengan syarat de komitmen ingin brjya, sabar n keyakinan msti de untuk memajukan diri sendiri...kami akn tolg n guide smpi brjya mcam kami...
yang penting sanggup blajar n sggup d ajar...
jika serius nk buat, drop ur fon num in my inbox @ call/sms *******...
tiada yang mustahil kalau tahu caranye...

I received this on my pesbuk inbox.

Aku paling pantang MLM. Aku tak suka. And paling aku tak suka, they simply add you randomly. 

They called themselves Unstoppable. Yeah, wait until your office is being raided, along with camera crew, the only unstoppable thingy is your kencing dalam seluar and screaming for your momma.

Satu grup named "Hentikan Group Unstoppable" turut diwujudkan dan pengendali grup turut mencuba mendapatkan info dari mereka yang terlibat dalam skim itu.
 

Berbau ikan tak chat ini? Apa kejadahnya rahsianya kalau nak masuk skim ni? Very very the berbau ikan kan?

Pastu, camne nak jadik ahli? Dijawabnya "rasa rasa macam mana"? Lolssssss. Hakikatnya, mesti depa pun tak tau nak jawab. 

Dah banyak sangat skim skim cepat dapat duit dalam facebook ni. Aku tak pernah percaya skim ni semua sebab even berjudi pun kau tak akan kaya kecuali kau tau magic. Belum lagi aku dengar ada orang pakai magic dan menang loteri. There is no easy way to be rich unless you scam people.

Stupid scheme. And those people who are actually into the scheme are stupid too. Melayu pemalas. Kebanyakan yang masuk scheme ni semua orang Melayu sebab they possesed a big fat lazy ass that deters them to work hard and earn it the rightful way.

Ni gua cakap, mestilah ada yang emosi. Emosi mengalahkan budak kecik tak dapat susu badan.

Pastu, guna hadis. Kononnya cara mencari kekayaan kat dunia ni hanya melalui diaorang ni. Dangkal sungguh. Nasib baik depa tak guna sejadah terbang atau sedang sujud untuk kasi ajinomoto pada scam diaorang tu.

Satu lagi, ambik gambar sebelah kereta besor dah jadik satu religion untuk bisnes MLM. Kalau tak bergambor sebelah BMW it will not be a good MLM scheme. What the fuck kan? And I wonder, kenapa bila ambik gambar sebelah BMW tu, mostly duduk tepi atau depan kereta tu, and NOT inside the car? Esok aku pi Tesco and take a picture beside a luxury car. Or even better, aku pi car dealer and take a shot sebelah Ferrari.

I just don't get it, kalau takder trading physical material and it is all intangible, what business is that? I bet tokeh gula paling kaya kat Malaysia ni pun takyah berniaga gula.

Lepas tu, bila kita banyak tanya, nak meroyan tak pasal pasal, mulalah cakap "lu ni tak nampak peluang, jangan jadik bodoh.. etc etc.."

Remember swiss cash? Dulu a stupid colleague of mine who is more idiot that a sapi, almost took me for a ride. Sebabnya, ajak pergi minum and on a good faith aku pergi, sekali tengok punyalah ramai manusia, sengih sengih tengok aku macam aku ni hero tamil boleh tangkap peluru guna gigi.

Masa tu aku sempat dengar sikit sikit sebab nak kasi muka pada kawan aku, bila aku mula tanya soalan merepek, diaorang pun lebih merepek dari aku. Tapi diaorang tetap kata, swiss cash memang halal, siap jual nama mufti.

The worst part was, kawan aku tu berhenti kerja, katanya nak focus buat swiss cash. Aku marah sungguh.

"kau ni bangang ke apa? Kau tu ada anak bini, esok kalau swiss cash ni tapau, dengan kau sekali tapau, anak bini kau nak makan apa?"

"apalah lu kolot sangat pikiran bro, swiss cash ni ok, ada lesen, bank negara approve. Aku sekarang boleh keluarkan 2 ribu setiap bulan. Aku confident lagi tiga bulan, mesti dalam 10 ribu aku dapat sebulan."

Lastly, terkangkang bila Securities Commission (SC) serbu. Read here.


Being a good friend, aku call this friend of mine lepas dapat tahu pasal serbuan tu.

"Bro, ni member kolot lu ni, amacam? Terkangkang tak?" Setan tak?

Hahahah..

And ohh, the girl who sent the message with her request on pesbuk, langsung tak hot. She should have showed some racks to 'make me believe'. And memang ramai pun yang buat camtu. Kan kan kan. It works, sebab aku pernah terperdaya (dulu ahh, sekarang dah insaf.... hahahaha..) Blame it on my hormone !

Friday, November 12, 2010

PARTNERSHIP WITH MAYBANK.




This is the "partnership" that they were talking about. Here is the link.

Whatever the case maybe, it is still expensive. And there is NO easy payment scheme. It is thru redemption. 

Maybank should clarify on this, whether this can be regarded as partnership?

Morally, Maybank should reconsider.

Thursday, November 11, 2010

AC MIZAL: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 DAN AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan mengenai syarikat AC Mizal yang tiada lesen jualan langsung. Read more Link Utusan Malaysia.

Hari ini dan semalam, saya bercakap dengan sumber sumber di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapatkan pengesahan mengenai status Lesen Jualan Langsung mengikut Akta Jualan Langsung 1993.

Di laman web AC Mizal, turut disiarkan mengenai pendaftaran syarikat iaitu dua sijil pemerbadanan:

1. AC Konsortium Sdn Bhd
2. Ilham Prestij Sdn Bhd


Sijil tengah adalah lesen jualan langsung namun ia diberikan kepada Ilham Prestij Sdn Bhd sebagaimana disahkan KPDNKK.

Hari ini juga, KPDNKK turut menerima aduan melalui email dari Jabatan Perdana Menteri yang mendakwa syarikat milik artis itu menjalankan perniagaan jualan langsung dan piramid tanpa lesen yang sah.

Difahamkan, semua perniagaan jualan langsung bagi AC Konsortium dijalankan melalui syarikat AC Konsortium Sdn Bhd dan bukan Ilham Prestij Sdn Bhd.

Akta Jualan Langsung 1993 secara jelas memperincikan, lesen jualan langsung tidak boleh dipindahmilik. Ditanya dakwaan bahawa Ilham Prestij itu adalah anak syarikat kepada AC Konsortium, ini jawapan beliau:

"Walaupun anak syarikat, operasi jualan langsung mesti dijalankan Ilham Prestij dan bukannya AC Konsortium Sdn Bhd dan ini jelas dalam akta yang diperuntukkan dan syarat syarat lesen," katanya.

KPDNKK dikatakan akan memulakan siasatan segera terhadap aduan orang ramai termasuk aduan terbaru dari Jabatan Perdana Menteri mengenai aktiviti syarikat milik artis itu.

Kementerian yang sama akan turut meminta kerjasama agensi kerajaan lain seperti Lembaga Pengiklanan Perubatan, di mana garis panduan yang jelas sudah wujud mengenai penggunaan 'testimonials':

Garis panduan berikut adalah bagi memperjelaskan peruntukan Akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976:

5.5.3 Criteria for testimonials
(a) Testimonials are allowed for products registered under category ‘X’ with the Drug Control Authority.
(b) Testimonials should not:
i. Contain any statement(s) which is exaggerated by the improper use of superlatives.
ii. Contain any medical statement(s) which refers of implies that the use of the product may be used for the purpose of diagnosis, treatment or prevention of disease(s) or condition(s) of human beings.
iii. Contain any statement(s) that indicates or implies its effectiveness or superior quality and that good health is endangered because diets are not complemented with health supplements.

You may peruse the powerpoint file at this link.

Menurut sumber sumber KPDNKK lagi, jika siasatan mendapati Ilham Prestij Sdn Bhd membenarkan sijil jualan langsung digunakan oleh syarikat lain, antara tindakan yang bakal diambil termasuk pembatalan sijil berkenaan.

Bagi dakwaan melalui testimonial pula, KPDNKK dikatakan akan turut mengambil contoh gelang yang ditawarkan kepada orang ramai bagi mendapatkan pengesahan pakar dari agensi di bawah Kementerian Kesihatan sama ada ia selari dengan dakwaan melalui testimonial syarikat berkenaan.

Setakat ini, melalui siasatan awal, syarikat berkenaan dikatakan tidak mempunyai pengesahan pakar tetapi hanya bergantung kepada testimonial semata mata bagi penjualan produk gelang mereka.

Manakala, di laman web yang sama, di bawah tajuk Pinjaman Peribadi ACK / IDSB di sini, AC Konsortium turut menawarkan skim pinjaman wang, dan ia dikatakan bakal disiasat melalui Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.


Jika syarikat ini sudah memiliki lesen Pemberi Pinjam Wang mengikut akta itu, mereka perlu mempamerkan lesen berkenaan, dan laman web syarikat itu bagaimanapun tidak memaparkan sijil berkenaan.

Mengikut Seksyen 5F, Akta Pemberi Pinjam Wang, 1951 semua peminjam wang yang sudah menerima lesen bagi memberi pinjaman wang perlu mempamerkan sijil berkenaan di mana operasi perniagaan dijalankan. Jika gagal, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Untuk itu, premis perniagaan perlu jelas dalam operasi pinjaman wang.

Bagaimanapun, jika tidak mempunyai lesen memberi pinjaman wang, peruntukan Seksyen 5 akta yang sama jelas dengan denda antara RM25,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Sebagaimana iklan di atas, iklan juga perlu memaparkan maklumat sebagaimana berikut mengikut Seksyen 8, Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Pengawalan dan Perlesenan) 2003:

(1) Semua iklan yang dibuat pemberi pinjam wang PERLU memasukkan maklumat berikut:
(a) Nombor lesen pemberi pinjam wang dan tarikh kuatkuasa.
(b) Nombor permit kelulusan pengiklanan
(c) Nama, alamat dan nombor telefon pemberi pinjam wang berlesen, dan
(d) Kadar bunga yang ditawarkan.

Wednesday, November 10, 2010

PART TWO: (SENARAI BLOG) AC MIZAL BUAT LAPORAN POLIS

First aku nak gelak. Aku nak gelak puas puas. Jap ambik napas.

Ok, aku berjaya mendapatkan listing blog yang digelapkan dalam police report ni.

Berikut adalah blog yang disenaraikan:

1. http://aidididmuaddid.blogspot.com
2. http://obefiend.blogspot.com
3. http://obefiend.blogspot.com
4. www.zonartis.com
5. Facebook page I Hate AC Mizal

Being a journalist, I know my way around in getting my information.

Anyway, Effi (Obefiend), hamlau ah, depa letak dua blog kau about his miracle bracelet. lols. Time to see Rudy again.

Obefiend's blog is being listed twice sebab ada dua entry about the magical bracelet and I, myself supported both entries. Pi cari sendiri kat blog Obe.

Aku nak interview kau. Get ready with all your printouts ok or bring a notebook.

AC MIZAL buat laporan polis.

Klik untuk besarkan lagi. Sumber dari Selangor2u.com. Klik sini untuk membaca nama nama blog yang dicatatkan dalam laporan polis berkenaan.

Berikut adalah laporan Harian Metro hari ini:

AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.

“Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya

* * * *

Note: Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Hopefully it will be brought to the court of law, sebab kalau dia menafikan dia tipu, he must produces all his defence/evidence and of course, the defendants will do too. What I see is, it is good to have the report sebab people will at least get to know the truth. May the truth prevail.

And of course, hopefully, KPDNKK will investigate too based on his last sentence on the report.

Dan Aidid, you must surface and lodge a report too based on your findings. If there is nothing to hide, surface and produce your findings.

MAMAT BEKAS PENYANYI EXIST KENA CEKUP LAGI.

Ini cerita serius. 

Kena lagi. (Foto lama Mamat).

Tahun lepas, pada 11 November 2009, penyanyi Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali Mamat didakwa melarikan telefon bimbit jenama Nokia N75 dan jam tangan jenis Levi's dari rumah Noor Shazeel di Bishan, Singapura.

Pada 13 Januari tahun ini, Mamat dijatuhi hukuman denda S$1,000 sebuah mahkamah di Singapura selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit dan jam tangan tersebut.


Hari ini, Selasa 9 November 2010, hampir setahun selepas peristiwa itu di seberang tambak, Mamat sekali lagi dicekup polis, kali ini oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Oh Ibu itu diberkas kira-kira jam 3 petang hari ini (Selasa) kerana memiliki barang curi iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang dilaporkan hilang pada 6 November lalu di Tampoi, Johor Bahru.

Tangkapan dibuat selepas polis menerima maklumat orang ramai dan Mamat ditahan di bawah blok Flat Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai, kira kira 30 kilometer dari bandaraya Johor Bahru.


Saya bergegas ke Balai Polis Tampoi dan Balai Polis Kangkar Pulai bersama jurukamera selepas menerima maklumat mengenai tangkapan itu.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintenden Abdul Aziz Ahmad mengesahkan tangkapan itu ketika saya menghubungi beliau dari Balai Polis Kangkar Pulai.

"Ketika ditahan, suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine," kata Supt Aziz ketika dihubungi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A, Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi.

Difahamkan, pada siasatan awal, Mamat mengaku mencuri motosikal itu.

Saya akan buat susulan lagi esok (Rabu), Insyaallah.

Tuesday, November 9, 2010

Lelaki Gemuk Seksi?

Enough about Jar Jar Bink. Cukuplah tu nok, der and kud. Nanti kita shambung ya. Nanti bila free aku reply yek komen.

Couple of days ago, aku pi rumah my mum, and press the door bell.

"ding tong, ding tong wewittt tong michi tong."

Cuba korang baca ikut bunyi atas ni. Alah sekali jek. Orang tak nampak lah. Ready? Satu, dua tiga...

Comel tak?

Merepek kan. Yang kau buat kenapa?

Mak aku terjenguk jenguk persis Lisa Surihani menanti kehadiran aku dalam hidup dia.

Ok ini Lisa.

"Hi hazrey!! I mish you hazrey." 

Bilalah Lisa nak sms macam tu kat aku. Hahahahhhaha.. persetankan itu semua... Tetiba aku rasa seperti Dr Rozmey ok.

Anyway, mak aku macam terpinga pinga dan macam tak yakin jek nak bukak gate.

Aku tengok nombor rumah, memang betul.

Lama jugak dia terjenguk jenguk.

Lastly, statement bagai halilintar membelah bumi oleh my dearest mak.

"Laaaaa aku ingatkan cina gemuk mana tadi datang."

Aku rasa macam nak lari ke Somalia barang seminggu dua.

Wifey gelak sungguh sungguh tanpa segan silu dan tanpa rasa prihatin terhadap jiwa aku yang mudah tersentuh ni.

"Ohh you gelakkan I yek, esok I jual tilam, baru u tau. U kena ikut duduk sebelah ok, kalau tak ikut tak cium pintu syurga tau."

Tettiba ketawa dia terhenti lepas aku cakap macam tu.

Ohh rupanya dia ambik napas. Sambung ketawa balik, kasi panjang sikit. Ada ke patut.

Semalam, turn mak aku pulak datang rumah aku.

Ada pulak siaran ulangan macam tonton dot kom. Mak, mak, mak pakai 4G eh mak? Comellah mak.

Hahah. Dan kali ni, dengan mak aku sekali gelak.

Bila tengok semua gelak, aku terus berlari ke bilik dan menghempaskan badan ke katil dan menutup muka dengan bantal dan teresak esak macam Uji Rashid kena tinggal dengan Hail Amir.

Tapi kan apsal lepas berbini (without 's' of course), badan naik macam ibu roti? Orang perempuan masak letak ibu roti ke dalam nasi kita?


Memula sekeping, lelama jadik lima keping.Damn, adakah ini semua konspirasi wanita wanita terhadap kaum yang lemah seperti kita? Kita perlu lakukan sesuatu bagi mengelak diri kita ditindas. Tak adil tak adil.

Boleh tak kalau aku jawab, ohh saya makan baca Bismillah dan doa makan. 

Ni baru satu, kalau dua esok. Eh eh encik hazrey, bukan main lagi yek. Hihi, idak idak. Hehe.

Tapi, sedapkan hati kita, sebenarnya kita seksi bila kita berkeadaan gambar paling kanan sekali tu. Betul seksi.

Dah jangan jeles, kami tak jelir lidah.

Monday, November 8, 2010

Kenapa Perempuan Sekarang Ambik Gambar Mesti Nak Jelir Lidah? Kempunan Apa?

Dulu, aku tak ingat bila tapi tak lama sebab umur aku pun tak banyak sangat.. yelah, korang ingat aku umur berapa, aku pernah menulis pasal perempuan ambik gambar mesti nak buat tanda peace!

Sekarang dah kurang tanda peace tu tapi ada style baru pulak, jelir lidah kiri atau kanan, membayangkan kononnya seksi comel. Korang tau tak, kami kaum lelaki sangat kecewa dengan gambar tu semua sebab ia merangsang hormon kami yang sentiasa tak stabil ni. 

Hari ni jek, aku terserempak kurang kurang pun dalam 10 lidah terjelir. Eksplorasi lidah aku hari ni. 

What with you girls? 

Apapun, kalau muka comel ala ala Lisa Surihani aku teruja lah tengok, dan aku pasti ramai jugak yang teruja tengok dan lazimnya berduyun duyun jantan tak sedar diri, memuji muji dengan perkataan macam haramjadah:

Effi Obefiend comel you buat macam tu, tauuuuuuuuuuuuuuuuu. I kebetulan baru break dengan awek i. Bila awak buat lidah macam tu, i rasa u lah paling cute kat facebook ni.

Azhar Abdullah lawanya awak ni, bagai bunga mekar di pagi hari. Tambah dengan lidah awak tu, bertambah lawa awak ni tau.

Azrul Macho: terasa seperti aura pada kaki saya yang patah ni, saya rasa seperti berlari di atas pelangi di ufuk timur melihat gambar awak. Comel lidah awak.

Alid Buncit: cute lah you ni. teringat i kat miss universe. Geram tengok lidah awak tu.

Saniboey: Hi there, gorgeous! I rasa you ni artis ke? 

Dan biasanya mereka ini semua mengharapkan awek awek jelir lidah ni semua akan response dan berkata sesuatu yang memberikan harapan:

Cumitun: 
Effi:  Ye ker I comel? Alaaaahh seganlah awak cakap macam tu. Laa siannnya kenapa awak break dengan gf awak? Awak ok tak? Kesian awak.

Azhar: hehe macam bunga yek? Romantik awak ni kan. Ai likeeeeeeee

Azrul: kaki awak patah ke? kesiannya.. tapi awak macho mesti kena kuat ok honey bunny buchuuukkk buchuuukkkkkk...

Alid: alah kita tak lawa lah. jauh sekali dari miss universe.

Saniboey: tak lah, tapi orang selalu ingat i artis yek. Kenapa ntah. You jangan kutuk i kat blog u tau. Wiwwwiitttt..

Dan aku yakin, masa ditulis reply pada response kat jantan jantan tu semua, hidung kembang kuncup dengan bau mulut yang sangat busuk sebab dia baru bangun tidur dan kalau kita terserempak, pastinya kita akan histeria dan menjerit makkkkk pontianak!!
Tapi cuba kalau awek tu macam Jar Jar Binks ni.



Memang haram satu komen pun tak ada. Ada pun, orang lalu lalang pastu click cepat cepat tempat lain.

Korang orang perempuan suka sangat kat Jar Jar Binks ni sebab tu terikut ambik gambo macam tu? Cuba cakap sikit.

Aku tak paham, tapi masa korang buat macam tu, mulut korang berbau tak? Apa perasaan korang letak gambar macam tu kat facebook? Rasa seksi? Rasa comel? Apaaaaaa? Cakaplah.. setan masuk badan? Kau nak jilat apa? 

Kalau budak kecik keluar lidah macam tu, orang tua tua cakap pasal kempunan tak dapat makan apa yang diidam masa dalam perut. Dah tua bangka macam korang tu semua, kempunan apa lagi???

Ishhh.. kita cerita pasal perempuan perempuan jar jar binks, next to come kita cerita pulak kenapa perempuan suka ambik gambar mulut muncung.. apalah doniaaaaaaaaaaa....

Tolong Jangan Memekak

Selamat bekerja hari senin dan aku tau, kalau korang dah terpacak depan pc ni, memang mood nak holiday lagilah tu. Takpe, sementara boss tak nampak, mari makan gaji buta.

Subuh Jumaat lepas aku ke hospital. Tak, tak, it was not hospital kerajaan.

And it wasn't me. Kakak aku terpaksa dikejarkan ke hospital due to chest pain. Thanks to Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), ambulans yang diminta tiba di rumah kakak aku in within 10 minutes. Cekap sungguh anggota JPAM walaupun, for the record, mereka adalah sukarelawan.

You see, aku prefer ambulans JPAM dan signifikannya, mereka adalah sukarelawan. I did not call 999 tapi aku call pusat gerakan mereka. You may get their numbers via JPAM webbie at www.civildefence.gov.my

Setakat ni, aku dah banyak kali memanggil ambulans dari JPAM ni termasuk satu kes di Taman Perling dulu di mana seorang saksi menghubungi 999 tapi ambulans tak sampai sampai biarpun sudah hampir setengah jam dan mangsa kemalangan sudah berdarah banyak.

Apabila aku menghubungi JPAM secara terus, ambulans tiba tak sampai 5 minit. Dan yang kelakarnya, ambulans dari Hospital Sultanah Aminah pun sampai. It took them half an hour after the call on 999 while it tooks JPAM Johor less than 5 minutes to arrived. Memanglah, 999 number masih tak efisien lagi but nobody cares sebab yang biasa guna nombor ni ialah rakyat marhain maka tak payahlah jenguk sangat masalah tu semua.

Anyway, aku menghubungi Puteri Specialist Hospital untuk memaklumkan mengenai kakak aku yang bakal dihantar ke situ. Well, calling them is like calling government office, sila tekan satu bla bla bla, sila tekan dua bla bla bla. Aku tekan '0' and voila, disambungkan ke operator.

Suara wanita macam baru bangun tidur: Puteri Spesel...list...

"Ada patient bla bla bla with bla bla bla condition is being sent to your hospital, can you pls inform your emergency room."

Suara wanita macam baru bangun tidur: Silence for about 6-7 seconds.. then... Haaa apa apa?

"Takperlah, awak pass kan saya ke emergency.."

"Ohh.."

Aku melonjak lonjak sebab baru terasa seperti Dr House tetiba di-anti climax kan oleh operator tu.

Nama saja orang Melayu, tapi hadab pun tak ada, panggil orang hoi hoi hoi. Sorry, aku tengah tengok Seniman Bujang Lapok. Haha.

Anyway, kakak aku dimasukkan ke wad berkongsi dua lagi pesakit di tingkat empat hospital pakar tu dan of course lah, subuh subuh definitely senyap. Tapi bestnya duduk di lobi hospital tu, dapatlah tengok misi misi masuk kerja. Tak, aku tak tengok diaorang, tapi kebetulan lalu depan aku.

Dia punya nasib dia makan, lu punya nasib lu makan, apa salah makan sama sama?

Yang nak aku cerita ialah pasal orang yang masuk hospital macam tak reti bahasa ni.

Bila dah masuk hospital, kita nak dirawat, bukan hospital tu tempat kita bersukaria macam nak naik kuda pusing pusing macam kat funfair, suara macam tawar ikan kembung kat pasar.

My sister shared the same room with another two patients. Katil disusun dalam satu baris, dan disebelahnya ada pesakit wanita berbangsa Cina manakala di sebelah hujung satu lagi, seorang wanita Melayu pertengahan usia.

"Makin tension aku duduk hospital," kata kakak aku mengadu.

"Apsal," tanya aku.

"Dah macam tadika," keluhnya.

Betullah apa dia cakap, bila diaorang berbual dengan sanak saudara yang datang macam 10 keturunan semua, aku rasa botol ubat semua boleh pecah. Itu belum lagi suara ketawa. Apa kejadahnya tak reti bahasa, inikan hospital, hormatlah sikit kat orang sakit.

Aku cepat cepat pergi ke kaunter misi, walaupun sebenarnya aku tunggu kesempatan tu nak nengok aweks aweks di kaunter tu, betullah, tak sia sia usaha aku tu dan aku pasti, kawan aku kat Perlis, mesti suka sebab dia memang ngidam misi. Ok taknak sebut nama sebab aku ramai kawan kat Perlis tu.

"Cik, kenapa bilik kakak saya tu you all convert jadik tadika dengan pasar?"

"Ehh abang ni comel lah, mintak nombor telefon, wiwiiitt wiwiiittt..." kata salah seorang misi yang paling cute kat situ. Lantas, aku tersipu sipu malu dan berlari anak ke tepi tembok dan main cak cak dengan diaorang.

Tipu. Buang tebiat aku buat macam tu dan kalau ada pun yang wiwiittt kat aku adalah dari golongan yang dah putus darah.

"Tulah encik, kami pun tahu. Nanti kami nasihatkan dia." kata salah seorang dari misi tu.

Yang bestnya, ada satu couple yang ziarah pesakit tu, siap bawak anak umur dalam usia 2, 3 tahun, bila budak tu dok tendang tendang kabinet, mak bapak dia buat bodoh jek, sambil gelak gelak. Aku tak marah budak tu, tapi mak bapak dia. Bodoh nak mampus. Buat anak pandai. Bila dah keluar anak, tak pandai nak jaga. Jadah sungguh.

Agaknya bila kitaorang dah jeling, barulah bapak dia bawak keluar anaknya.

Tapi bayangkan kakak aku terpaksa went through the agony perangai mangkuk mangkuk ayam ni semua.

Tolonglah, jagalah adab bila pergi hospital ya korang semua. Berbual tak payahlah suara sampai ke langit. Kalau bawak budak, jagalah sikit. Kalau dah tahu anak tu nakal, tak boleh duduk diam, terkenan orang kerja sarkas, tak payahlah bawak.


Dan kalau kat hospital tu, orang sakit ni nak rehat, buat ziarah macam time raya, duduk sampai lima kali makan, gelak sarkas kuat kuat.

Aku lupa nak bagi alamat blog ni kat mangkuk tu semua, dan thanks to my faulty blackberry aku tak dapat nak ambik gambar and post it here supaya kot ada yang kenal, boleh bagi garis panduan melawat orang sakit kat hospital. Ehh ada ke garis panduan? Common sense lah mangkuk, pinggan, dulang.

"Kalau korang taknak bising, pergilah pindah belakang hospital," huwaaaaaaaaaaaa. Abang kus betullah.

Friday, November 5, 2010

GELANG AC MIZAL BOLEH DAPAT MURAH DI CHINA.

Dua hari lepas, kawan yang jugak penulis blog tak handsome, Obefiend wrote to me about satu MLM. For the record aku tak pernah suka MLM. It is all crap. Crap semata mata.

Dulu aku pernah tulis about unstoppable scheme yang sangat bodoh dan mempergunakan bebudak IPTA, yang kebetulan pun dungu pergi ikut. Sia sia jek mak bapak pergi hantar gi belajar. Abis duit PTPTN.

Tapi diaorang ni tak boleh dipersalahkan 100 peratus sebab mungkin datang dari hulu dulu, tak pernah berjumpa manusia selain pergi sekolah balik sekolah, tup tup datang satu mamat dengan jambul sebesar jambu batu dan gaya persis Zed Zaidi dengan rakannya yang berambut leper pakai Brylcreem lima sudu teh dibelah tepi, mengayat lembut lembut "awak boleh kaya, awak ramai kawan, letak RM1,000 jek, tengok ni akaun saya."

The same old tactics guna account statement yang sememangnya boleh sangat diphotoshop kan, berjaya memperdaya bebudak hingusan tu semua. Dengan kembang kuncup dan baju kurung persis Mak Jah dalam drama Sembilu Kasih, bebudak pompuan IPTA especially terbayangkan dalam beberapa bulan lagi, pasti aku banyak duit dan paling yang ghairah buat diaorang ialah:

"ohhhh.. bila aku dah banyak duit, pastinya aku boleh dapat abang Zed Zaidi."

Tapi buat permulaan ni, bebudak pompuan ni terpaksa redha dulu dengan gambar sebagai pembakar semangat. Dan bagi memudahkan mereka yang baru masuk unstoppable, boleh ambik gambar dari sini. Silakan.

pix credit mizjane.fotopages.com

It is all about greedy. Tapi aku yakin Zed Zaidi tak tamak. Pastinya gaya seksi Zed ini mampu mencairkan hati korang semua kan. Hahahah. Ok Zed, jangan marah. Aku peminat nombor satu kau!! I love you Zeddddd. Sungguh ni. Aku siap hafal lagu Sembilu Kasih ok. Dah jangan ketawa. Kita kena sokong drama tempatan. Hahah. Eh Sembilu Kasih dah abis ke belum hah episod berjuta dia tu?

Back to tajuk. Cerita AC Mizal jual gelang dari China beribu ringgit sudah ditulis satu mamat bernama Aidid dan aku sungguh salute mamat ni. Hahha, menguatkan lagi kebencian aku pada MLM. But wait, before that, let us recap sikit iklan pasal gelang ni. Kah kah kah kah kah kah.




And this is one of the picture taken from his blog bagi menyemarakkan lagi kebencian korang pada MLM. Hahaha.. Gelanggggggggggggg satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


The truth is, we Malaysians especially orang Melayu memang sucker for all those magic magic, dan shortcut thingy. Dungu and gunduk.

More of Aidid revealing about gelang ajaib at the following link:



Kah kah kah kah kah. Yeah, Melodi pastinya akan mengejar AC Mizal.

Thursday, November 4, 2010

Baru aku teringat..

Aku tengah housekeeping my email, which is super duper banyak, eating up my email space.

I was wondering, did you all receive my raya card? I did sent to everyone that emailed me their addresses. Harap semua dapat, although macam lambat aku tanya sebab aku sibuk nak check whether dapat atau tidak.

Kalau tak dapat, then I truly apologise.

By the way, someone will be getting the hotel voucher in JB. Please come back again, sometime next week when I announce it. Sorry sesangat, sibuk dengan kerja di JB.

Till then.

Tuesday, November 2, 2010

NOW I CAN DELETE AND GIVE CLEAR SIGNAL TO PEOPLE ON FACEBOOK.


Unfortunately I hate linking my fb to any applications, especially those of Apakah Anda Akan Jadik Jika Anda Di Hollywood or anything similar. Dan yang bestnya, ada pulak yang seronok, suka riang ria macam gunduk bila application tu predict something very very kak nam.

Stupid kan. They can even predict bila kau nak mati. Sesat sungguh application ni semua.

Actually aku ada superimpose this picture dengan something yang boleh start perang dunia kelima, tapi tak jadiklah. Hahaha.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.