Takziah buat keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan berhampiran tol simpang ampat semalam.
It was said that the bus was in good condition. Ohh, itu penyumbang faktor untuk bawak laju lagi.
The ill-fated bus dari jenis Hino RM2KSKA buatan negeri Jepun. Hino adalah anak syarikat Toyota.
Kalau ikut spesifikasinya, ia boleh meluncur sehingga 117km sejam tetapi berdasarkan pengamatan kita sendiri, kebanyakan bas ekspress hari ini bukan macam zaman bas takder pendingin hawa yang terhegeh hegeh dipandu apek tua.
Ini foto rupa bas yang terlibat dalam kemalangan ngeri Ahad lalu milik Delima Express.
Hakikatnya, bas ekpress hari ini mematuhi sepenuhnya maksud 'ekspress' dan kerana itulah, mereka tak hirau untuk meluncur laju di lebuhraya utara selatan.
Kerja aku menuntut aku untuk menjelajah pelusuk daerah di Johor ni, dan bukan setakat lebuhraya tetapi di jalan persekutuan atau jalan negeri, bas ekspres meluncur laju dan ada yang memotong di selekoh tanpa memikir ketinggian dan hukum graviti.
Aku pasti penumpang kecut. Dan bercakap mengenai penumpang, kita tanya diri kita, siapakah yang lazimnya menggunakan bas ekspress? Tentunya golongan sederhana dan bawahan. Kenapa penguatkuasaan suam suam kuku? Adakah kerana penggunanya bukan dari golongan VVIP? Adakah keterlaluan aku bercakap begitu?
Di lebuhraya, banyak kali aku terpaksa mengalah dengan bas ekspress. Ya, kadangkala aku memandu lebih dari 110km/sejam. Tetapi kerapkali pula aku ditonjol bas ekspres dari belakang yang tentunya memandu lebih dari 90km/sejam.
Untuk rekod, kelajuan bas di lebuhraya adalah 90km/sejam manakala di jalan negeri adalah 80km/j.
Pernah ke kita lihat bas canggih canggih ni semua dipandu mengikut had kelajuan maksimum? Untuk rekod, ada bas yang memiliki 10 gear seperti bas jenis Scania dimiliki syarikat bas ekspres di negara kita.
Kelajuan membunuh, ya, tentu sekali. Apabila ia melibatkan kenderaan yang fizikalnya besar seperti sebuah bas, tentu sekali ia seperti kenderaan maut, apabila dipandu laju.
Ini satu pembunuhan. Kelajuan membunuh rite? Tentunya mereka yang terlibat adalah pembunuh.
Pada 7 Disember 2008, kejadian pembunuhan beramai ramai terhadap penumpang bas ekspres berlaku melibatkan Bas Super Nice Grassland yang terbabas dan terbalik di KM146.5 lebuh raya yang sama berhampiran Tangkak mengakibatkan 10 maut dan 18 cedera kira-kira pukul 2 pagi.
Tetapi yang paling tragik ialah peristiwa pada 13 Ogos 2007 dengan 22 penumpang maut selepas bas ekspres milik Syarikat Bas Bukit Gantang tergelincir sebelum terbabas di KM229.1 lebuh raya yang sama berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bukit Gantang, Perak.
Apabila berlaku kemalangan sebegini besar, akan kedengaran pelbagai cadangan, pelbagai garis panduan, pelbagai bantahan.
Pernah diajukan untuk memasang kamera di lebuh raya, kotak hitam dalam bas, wajibkan dua pemandu, penyediaan buku log, usia bas ekspres tidak melebihi 10 tahun, pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) setiap enam.
Malah larangan perjalanan bas ekspres waktu malam turut dicadangkan.
Kotak hitam turut disanggah pemilik bas kerana dianggap mahal dan dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja.
Profesion pemandu bas perlu diberi perhatian supaya ia dikategorikan sebagai kerjaya professional memandangkan ia melibatkan nyawa manusia lain. Ia perlu ditingkatkan tahapnya seperti yang dilakukan di negara barat.
Apabila profesionnya dianggap profesional, ini termasuk memberikan latihan yang mencukupi dan kawalan terhadap disiplin pemandu bas ekspres di negara ini, ia sekaligus meningkatkan tahap kematangan pemandu.
Melalui peningkatan profesion, ia akan turut meningkatkan permintaan / permohonan pekerjaan kerana tangga gaji pasti lebih tinggi dan pemandu tidak perlu membuat pemanduan ulangan pada hari yang sama. Do you know that, ada pemandu yang memandu dari Johor Bahru pada waktu pagi dan tiba di Kuala Lumpur awal petang akan membuat pemanduan ulangan ke arah JB selepas itu? Adakah ini sihat?
Of course, pengguna akan bising bising kerana terpaksa keluarkan kos lebih tinggi apabila membayar tambang lebih as the escalating cost will be pass down to the consumer. Tapi membayar lebih sedikit untuk jaminan nyawa?
Dulu pak menteri ada cakap mengenainya tetapi seperti biasalah, lepas dah berjela jela, dah bertukar menteri, ia masih dipraktikkan oleh pengusaha bas ekspress. Ada pulak menganggap ia lebih cost effective untuk menggunakan satu sahaja driver bagi membuat pemanduan ulangan seperti itu. Dengan gaji yang rendah, tentunya pemandu bersedia untuk membuat pemanduan ulangan kerana mereka akan diberikan elaun lebih dan ini menambah pendapatan mereka.
Ohh, bercakap mengenai bas di negara barat, macam mana kita boleh menerima bas dua tingkat digunakan di negara ini sedangkan adakah daya graviti jalanraya kita mampu mengekang kenderaan itu dari berlaku kecelakaan? Siapakah yang meluluskan struktur pelan bas itu?
Hakikatnya kita bakal melihat pelbagai operasi dilakukan tak lama lagi terhadap bas dan selepas itu, ia senyap begitu sahaja sehingga satu lagi kemalangan berlaku. Kita tak perlukan banyak sangat jawatankuasa, apa yang diperlukan ialah kerajaan lebih tegas secara berterusan kerana perkiraannya mudah, satu bas = 40 penumpang.
Setiap masa, setiap nyawa dalam bas dalam risiko. Apakah tindakan kita? Adakah kita memboikot bas ekspress. Ya mudah berkata begitu untuk yang memiliki kemampuan berkenderaan sendiri. Bagaimana pula yang tidak mampu? Bagaimana pula bagi yang inginkan keselesaan kerana tidak mahu menanggung risiko memandu kerana mengantuk tetapi akhirnya risikonya lebih tinggi kerana menaiki bas ekspres?
What we need now is a long term solution to all this. Intelligent Transportation System (ITS) could be an idea, di mana signal seperti GPS dipancar dari pengangkutan awam dan dipantau pihak berkuasa dan bukannya syarikat pengangkutan kerana akan berlaku bias / pelindungan fakta. Contoh, satu unit penguatkuasa diletakkan memantau pergerakan pengangkutan awam di lebuhraya dan pihak berkuasa yang memantau dapat mengenalpasti identiti kenderaan yang memandu secara laju.
Dengan cara demikian, peronda terutama yang menggunakan kenderaan EVO 10 dapatlah digunakan dengan lebih berfaedah iaitu mengekang pengangkutan awam yang dipandu melebihi had yang maksimum yang dibenarkan.
Dengan cara begini, polis trafik akan lebih proaktif kerana kehadiran anggota di jalanraya hanya mencegah semata mata, kerana apabila kehadiran mereka disedari, pemandu bas ekspres sudah memberi isyarat kepada rakan pemandu lain yang datang dari arah berlainan selain pelbagai cara komunikasi lain terutama telefon bimbit.
Deterrent penalty should be impose to companies too if their buses are caught speeding termasuk membekukan permit bas baru untuk syarikat terbabit dan ini pasti membantutkan pembangunan syarikat dek kecuaian syarikat sendiri. By doing so, ia akan membuatkan syarikat bas lebih tegas terhadap pemandu dan secara psikologi, syarikat bas yang besar pasti akan menyediakan satu insentif menarik buat pemandu yang tidak dicekup kerana speeding.
We should have a list of drivers too, that can be accessible by all companies, lengkap dengan rekod pemanduan, saman dan tindakan yang dikenakan sebelum ini, jenayah jenayah lain termasuk mabuk dan melakukan kacau ganggu terhadap ketenteraman awam. This record is like CTOS and CCRIS.
Bus driving is NO longer a job, it is a high risk profession with high professionalism required.