Yes, jangan tanya aku sebab banyak email I received since yesterday, tanya pasal iklan raya TV3. That is definitely not my department, so I am not in any position to comment. But as an individual, I couldn't agree more, perhaps the art director / director kurang faham maksud Aidilfitri dan kurang mengerti akan budaya orang Melayu. And, on one part, it amuses me too.
Anyway, let's leave that behind as I believed they have taken off the tvc from the air.
Hari ini, jurang hari antara Ramadan dan Syawal semakin rapat. Ramai yang akan bersedih disebabkan bulan yang penuh keberkatan akan pergi sekali lagi, dan akan bertemu semula pada tahun depan. Apapun, aku harap tahun ini membawa banyak kemenangan untuk kita semua menempuhi pelbagai dugaan yang membuatkan kita lebih tabah, lebih sabar, lebih kuat dalam menentang nafsu pada mendatang.
Aku kecundang pada hari hari penghujung Ramadan disebabkan severe gastric yang tetiba datang. Barulah aku tau siksanya kalau kena gastrik. Some frens on facebook gave good tips and barulah aku tahu, sayang gak diaorang kat aku. Especially yang lelaki tu semua, terasa gay aku, sebab sayang diaorang sungguh terasa keikhlasannya. Tersentuh jiwa kewanitaan aku. Hahahahah.Hahahahah. Nauzubillah.
Tak, tak, aku tak menitis airmata sebab airmata aku dah kering sejak Lisa Surihani asyik bergambar dengan Farid Kamil. Aku sedih. Kenapa Majalah Hai tak pernah panggil aku untuk bergambar dengan Lisa Surihani? Aku dapat bayangkan aku keluar dari kolam renang tidak berbaju manakala Lisa menghulurkan tuala. Ohh lupa, aku tak call lagi David Teoh, maka tak dapatlah peluang tu. Cian tak?
Dan kalaulah aku keluar cover Majalah Hai atau Mangga dari kolam renang macam tu, pastinya cover itu akan digunting oleh minah minah indon untuk ditampal di hostel mereka:
"Waduh, ganteng sungguh pria ini. Kalau gue dapat, gue siat siat kamu...huhuhu hir hir hir hir, ei ei ei ei eeeeeiiiiiiiiiiiiiiii.," mungkin itu kata mereka. Mungkinlah. Itu untuk sedapkan hati aku, hakikatnya kalau diaorang tengok:
"Waduh, mau sajar aku baling batu, mau sajar aku lontarkan najis najisku," kata mereka sambil melilit bandana di dahi bertulis "Ganyang Malaysia dan Budak Di Majalah ini." Ok aku tipu korang, tentu sekali perkataan bukan 'budak'. Tapi orang selalu sakitkan hati aku kata aku umur macam baru 21 atau 22. Sedih tau padahal aku baru 19...... seabad lalu.
Crap!
Berbalik cerita Raya. Today, aku tengok planner and diary aku, walaupun sebenarnya aku takder dua dua tu. Aku tengok sebab aku mengemas office aku yang kurang sikit dari perkampungan Indonesia di Jakarta yang tidak mempunyai sistem kumbahan yang sempurna dan tahap kesesakan yang meragut oksigen dengan begitu mudah.
Masih ada dua tiga kerja lagi perlu disiapkan sebelum penutup Ramadan ni, walaupun sebelum bulan penuh keberkatan ini, aku dah bajet bajet, nak melepek kat rumah sambil jeling kat mak gegula dan dia jeling balik dan bila tengahari kami akan bergilir gilir cakap:
Aku: Ketuk Ketuk... (seraya bangun dengan suara yang begitu semangat ala ala Sheila Rusly, lengkap dengan gayanya sekali).
Mak Gegula: .... ermm.. rama.. ermm.. dan... (sambil menyelak buku resipi dan tak memandang aku langsung dengan suara yang mengalahkan orang berpuasa tak pernah berbuka selama tiga tahun 15 hari).
Sedih tak? Aku selalu diperlakukan begitu. Kekadang aku rasa mak gegula tak sayang kat aku. Dendam kesumat betul tau. Aku tau macam mana nak balas dendam, aku nak potong wayar microwave oven dia esok. Tapi kalau aku buat camtu, aku jugak yang susah, dahlah aku ni pakar nak betulkan benda benda elektrik ni semua, ya, aku pakar, pakar kasi blackout.
Kerja yang aku kena siapkan ni mesti disiapkan sebelum Raya, kalau tidak mulalah telefon aku bergurau senda, berseloka raya orang mencari.
Insya'allah siap sebab nanti tak cukup duit nak belikan my new best buddy from Perlis, selipar baru sebab dia punya kena kebas kat masjid itu hari. Nanti ehh, nanti kita jumpa kat Melaka.
Malam tadi, aku dan mak gegula selepas dia merengek rengek manja lepas berbuka, kami ke Jusco. Di Jusco, aku tengok ramai yang masih lagi bershopping langsir, nengok seluar, baju, segala tok nenek moyang yang dijual kat Jusco semua depa belek.
Dalam hati aku, Alhamdulillah, banyak duit orang Melayu ni.
Teringat aku masa pergi kedai perabut minggu lepas, semua ahmoi ahmoi dengan manja dan senyum sampai nampak gigi geraham menegur kami:
"Harlo, mau cari apa?"
"Saya mau cari baju sekolah, ada tak? Dengan seluar sekali. Sekolah menengah."
"Ahpar?"
"Cari perabut lah."
Terpinga pinga ahmoi tu, aku pun tak sampai hati nak kenakan dia lebih lebih sebab semua kedai yang aku pergi tu, boleh tahan mengganggu iman aku. Teringat aku ayat minah indon tu, alah yang siat siat tu.
Aku kira, itu semua dugaan dan cubaan untuk memanah api ke dalam hatiku yang lemah ini dan tak pernah mau menghampakan hasrat setiap wanita. Ya aku insan lemah. Macam lagu siapa tu, Aku Insan Yang Lemah....haaa
Rohana Jalil. Sungguh antik aku ni kan. Vintage. Har har.
Dan, ketika di Jusco, dalam banyak banyak benda yang mak gegula boleh beli, dia pilih untuk membeli blender. Blender? Orang nak raya lahhhhhh.. You nih, blender ai tu dah teruk dah, dah keluar bunyi bunyi tau, kurang sikit jek I boleh rap dengar bunyi blender tu. Aku lekas lekas belikan sebab bahaya kalau dia pandai rap, takut tetiba dia nak buat macam budak masuk air kat Muar tu, susah aku.
Ohh, kad raya pun aku dah hantar, dah harap harap semua yang bagi alamat itu hari akan dapat sehari dua ni kalau Pos Malaysia tak buat seloka senda Hari Raya atau program Rasa Sayang Aidilfitri. Aku yakin dengan Pos Malaysia. Plastik ke statement tu?
Kad aku idaklah seindah mana pun. Boleh ahh. Untuk yang di over the sea tu, tunggu ya. Kot lambat sikit biasalah tu.
Bercakap pasal oversea ni, aku tahu mesti yang berada di perantauan tu sedih sebab tak dapat bersama famili pada pagi Raya, cium cium tangan, peluk peluk, nangis nangis, sama sama pi solat sunat, sama sama sambut tetamu.
Takperlah, itu kan bekalan masa depan. Aku tahu, kekadang dalam budaya kita ni, keikhlasan memang sungguh ada pada kita terutama tang makan, tidur dan Raya. Boleh mencurah airmata. Kalau tak belajar sekarang, esok lagi banyak airmata mencurah bila beras tak boleh beli, susu anak tak boleh beli, mak bapak sakit tak boleh hantar pi hospital pakar. Almaklumlah kalau antar kat spital gomen ni kan. Biarlah mak bapak kita dapat yang terbaik bila kita dah senang esok.
Tapi kan, elok jugak korang kat over the sea tu, bayangkanlah, korang tak payah kena cuci pinggan mangkuk lepas tetamu balik, takyah nak buat muka plastik ex boyfren tak sedar diri datang, ex girlfren datang dgn boipren baru saja nak tayang kat kau, takyah nak sapu rumah, vakum rumah sebab anak anak jiran main baling baling kuih, takyah nak kena panjat tangga bersihkan habuk yang setahun sekali kau buat, tak payah nak kemas bilik kau yang dikemas ikut tarikh pilihanraya umum.
Alah, janganlah sedih. Nangis pulak. Dah jangan nangis, pergi ikat rambut.
Lagi beberapa hari jek ni, aku tahu mesti korang pilu berjauhan. Tak apa, esok lepas korang abis belajar, korang berayalah setahun kat kampung, tak ada siapa yang marah. Pakailah baju melayu, baju kurung setahun, tak orang nak kisah kecuali kena gelak. Ehh wait, kenapa pompuan pakai baju kurung tiap tiap hari tak ada orang nak kisah, tapi cuba lelaki pakai tiap tiap hari? Diskriminasi kan.
Apa kata, khas untuk pembaca di luar negara, korang ambik gambar baju Melayu atau baju kurung tu, dan emailkan pada aku dan aku siarkan kat sini. Your picture with short description of where it has been taken, and the link to your blog so that your fellow readers here can link back to your blog. How's that?
Email to superhazrey at gmail dot com.
Sementara tu, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran, salam kemaafan kepada semua yang membaca, sebab takut tak sempat memandangkan mak gegula dah email kat aku assignment untuk bersihkan rumah bermula Senin ni. Kasarlah jari aku nampak gaya.
Kepada TNB, Celcom dan Sibu Island Resort, selamat hari raya. Especially TNB, jangan saman saya tau sebab saya ni ada sawan renjatan elektrik. Itu sawan baru.
Harap harap, Aidilfitri kali ini membawa bersama satu pengertian berbeza dari hari hari lazim. Pada aku, pengertian berbeza ini termasuk:
1. Jumlah anak sedara aku dah 20++ dah dan harap harap tak adalah yang kata "eh uncle last year dapat banyak sikit, kenapa tahun ni kurang? Aku dah bersedia dengan jawapan untuk anak sedara aku semua: Ohh, ini persiapan untuk Model Ekonomi Baru (MEB). Dan kita perlu berhemah ketika berbelanja memandangkan berlaku sedikit kenaikan pada harga barang makanan seperti diukur Indeks Harga Pengguna di mana pada Julai lalu, ia meningkat sebanyak 1.9 peratus pada kadar tahunan. Kenaikan harga barangan berasaskan makanan adalah berikutan kenaikan pada sub kategori iaitu daging dan sayuran, manakala kenaikan pada kos pengangkutan adalah lanjutan dari kenaikan 5 sen pada harga runcit petrol dan diesel. Itulah jawapan aku kepada anak anak sedara aku yang berusia 1, 2 dan 4 tahun nanti. Mereka tentu faham. Inilah bagusnya kalau anak anak kita minum susu yang mempunyai Bifidus BL.
2. Tak ada kekawan yang datang rumah macam nak aku keluarkan toto, sofa bed dan berus gigi. Boleh tak aku letak signage: Visitation Hours: Until 11pm only? Ngantuklah nok. Ai dah tua.
3. Anak sedara aku tetiba jerit: Uncle uncle bangunnnnnnnnn nak main game dan ketika tu aku baru nak lelapkan mata hasil yang terkumpul dari beberapa bulan.
4. Tak ada tragedi yang besar mengakibatkan aku berbaju Melayu sambil buat liputan. Two years ago, ada tragedi feri terbakar dan karam di Mersing pada hari raya pertama. Ya hari pertama ok! Sungguh tak jiwang masa dapat call dari boss aku, beritau, pergi Mersing. Dan mayat terakhir dijumpai ialah pada hari raya ketujuh. Nak raya apa lagi dah? Cuba kau cakap..
Apapun, Selamat Hari Raya dari saya dan isteri dan Lisa Surihani, ehh salah, taklah taklah, I memain jerlah, u nih, I memain pun tak boleh. Ngelat tau.
Inilah kad raya digital aku untuk semua pembaca blog bapak gegula yang tak manis langsung. Sambil tu, kalau ada yang tercuit, terasa, tertenuk pakai seluar legging, aku memohon 20 jari termasuk kaki, ialah kan orang cakap dari ujung rambut sampai ujung kaki, maaf, dan keampunan. Harap harap lepas abis raya sakan ni, aku nak sambung hentam orang lagi, dan terbaru, pasal hospital Sultanah Aminah (again)! Takpe, kita tunggu lepas raya eh. Kasi chance depa beraya ok. Baik punyarrrrrr!!
PIC REMOVED.
Dah, korang jangan nak TOLONG menambah ajinomoto cakap macam gambar iklan ubat gigi lah, berus gigi lah... aku dah ada suspek suspek utama dah sebab gambar ni dah dipostkan di pesbuk untuk test market, dan memang konpem, ramai yang sememangnya sejahat mulut aku, malah ada yang lebih jahat dari mulut aku.
Dan sebelum korang nak menepek komen tanpa hala tuju hidup, aku kasi korang chance, kasi korang puas, especially to my readers di luar negara untuk ubatkan sikit shedih shedih tu ehh. awak nanak shedih ahh.. kita kan ada.. nah ambik kau:
PIC REMOVED.
Har har har, u nih.. eiiiiiiii uhhh eiiiiiiiiiiiiii... Selamat Hari Raya! Aku akan update lagi bila mak gegula tak nampak.. line tak clear ahh, kena buat kerja. shedih tau. kita nak report lah, sebab kita ni kategori buruh kanak-kanak..