Wednesday, July 28, 2010

SHORTCUT ORANG MALAYSIA, DERRRRR

Yes, hari ni aku nak merepek.

Dan aku rasa ia tak menggugat mana-mana junta mahupun pemerintahan mana mana parti politik termasuk yang sudah kehilangan pasir yang banyak sampai masuk sok kabor.

Masa aku di Pulau Sibu, Mersing tempohari, aku sedikit pelik dengan lingo dua mamat yang berada dekat dengan aku masa tu. Wait, mereka dekat, bukan rapat, korang jangan nak fitnah aku berselingkuh dengan jantan pulak eh. Selera ai belum bertukar lagi nok.

"Ini kau punya der," kata mamat A.

"Mana muat ni der, kau bagilah yang lain der." jawab Mamat B.

I was like what the fuck? Apa dua dua nama sama ke? My thoughts masa tu ialah, dua dua hujung nama mereka sama. Sorang Mahmooder, sorang lagi Kuder. Tapi bunyi macam nama Bangla. Tapi dua dua Melayu. Mungkin mak bapak diaorang ni suka benor kat pilim Hindustan.

Sorry ini bukan gambar Luna Maya tanpa baju.Gebu kuda ni kan. Hiyah hiyah hiyah.. Kuda, mana baju kau? Sorry bang, saya tak sempat. Saya ada race hari ni kat Magnum.


Bila dah masuk hari ketiga, aku masih lagi terdengar perkataan 'der' tu berulang kali malah kali ni makin ramai menggunakannya. Makin bertambah pelik aku. Takkan semua orang nama ujung ada der? Mana aderrrrr!!

Bukan tu jek, dengan aku sekali dipanggil 'der'. Aku terasa sungguh kuder masa depa panggil aku macam tu. Terasa macam orang Belanda pun ya jugak, maklumlah kalau sesiapa tengok aku sekali, aku ni memang persis ala ala Belanda sikit. Tinggal nak ambik video dengan Luna Maya dengan Cut Tari jek. Tu belum aku ambik gambar keluar swimming pool tak pakai baju, mau meliur pondan, harus tak pasang pelamin ujung minggu ni. 

Tapi kalau dua kali tengok, kurang sikit jek dari gambar kuda kat atas tu. Mungkin tulah sebabnya depa panggil aku der kot? 

Check punya check punya check, yelah korang kenalah kesian kat aku budak kampung ni, manalah tau lingo tango orang bandor ni semua, rupanya tu perkataan dipendekkan dari brader. Hahahah.. orang lain pakai bro, ntah meon mana ntah pi tukar jadik der. Sungguh tak Hollywood tul. Sungguh tak Edward Cullen ok. You team mana? I team bolasepak tapi I pandai gigit, betul, tak caya ke, hulur leher. Ehh you dah tampal ke poster I masa I jadik Edward Cullen tu? Dah eh? Alalalalala so shweetttttttt.....

Ini satu pasal mengenai orang Malaysia, sungguh urban kononnya dengan perkataan macam tu. Macam kat KL tu, memula dulu aku yang terjun sungai ni hampir gaduh apabila:

"Bai, lu nak makan apa? Bai, lu buat bodoh jek," jerit kawan aku. 

Dia terpaksa menjerit sebab aku buat bodoh jek. Ehh salah, aku buat dek jek. Memanglah aku buat bodoh, keturunan aku mana ada asal usul Bai. Setahu aku, Bai tu yang naik motor jual roti masa aku kecik kecik dulu. Tu pun aku kena kelentong dengan orang tua tua dulu, ada urban myth mengatakan selain menjual roti, Bai tu jugak potong kepala bebudak buat jambatan. Hawau betul orang tua tua ni, cakap jelah kedekut taknak aku mengadap Bai tu, sampai hati depa fitnah sezalim tu. Sedih tau.

Nasib baik dulu takder internet. Koman koman pun mau aku type kat google cari "Bai potong kepala budak buat jambatan". lols !! Hahahhahahha hahawau.

Tapi kan, bila pikir balik, siapalah yang sadis sangat sampai boleh cipta cerita macam tu kan.

Haaa, ada dua lagi. Sampai sekarang aku tak dapat kerelevannya perkataan dua ni, and I think it is offensive too.

"Weii nok, mana nak pergi malam ni," tanya si jantan.

"Tak tahu lah dok, ai tak kisah,, uweiiiiiii.. u ni romantic lah ajak ai keluar," jawab si tine.

Puas aku nanya, ok aku sebenarnya tak berani tanya takut kena lepuk, tapi dari mana asalnya perkataan nok tu? Semestinya bukan dari henpon Nokia. Mahupun dari perkataan tenuk sebab biasanya yang dipanggil nok tu secara general dan tidak termaktub kepada muka macam tenuk semata mata. 

Ehh macam mana depa nak pakai lip gloss? Takleh nak buat smoking eyes lah nok. Nok, itu seluar ke skirt? Sexy ya kau nok. Legging ehh? Ohhh... Urban ya kau ni nok. Malam clubbing ke nok?

Dok pulak? Dok berasal dari mana? Yang ni aku tak tahu. Tapi perkataan kodok mungkin.

By the way, cerita pasal kodok, kenapa orang tua tua dulu selalu mengaitkan alat sulit wanita dengan katak? Apa kaitannya? Ya, aku tahu ia sedikit lucah, tapi itu warisan ok. Memang berlaku dalam masyarakat kita. Cuba tanya kat orang tua korang, mesti depa gelak nampak gigi palsu.


Teringat kes jumpa kaki katak kat Old Town. Apa cer lah tu.

Anyway, penggunaan perkataan yang mengelirukan ni kekadang boleh menyebabkan ada pihak yang tersinggung dan sebab tulah, sekarang katak tidak dikaitkan lagi dengan mana-mana individu sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah pergi.

Kalau korang semua ada dengar perkataan lain yang pelik, share with us. Till then, PPC ok.

Monday, July 26, 2010

NOT-SO-CUSTOMER ORIENTED SERVICE.

Lama dah tak menulis. Sibuk yang teramat sangat. Dari pagi sampai petang, dari petang sampai subuh, dari subuh sampai.. sampai kena sound dengan bini: "You nak ai sms address rumah ke?". Kejam tak kalau dapat sms macam tu? Sedih kan. Aku selalu dibuli oleh Miss Bini. Mungkin aku yang salah sebab aku lebih kacak sikit dari Aziz Singah menyebabkan aku sering dibuli oleh Miss Bini.

Apapun, aku selalu terpikir, kalau aku selingkuh kat luar, pastu tup tup kahwin lagi satu, mesti hidup aku susah.. susah nak keluar malam. Kan Miss Bini.

Anyway, talking about work, aku drafted this piece while working in Pulau Sibu about 30 minutes boat ride from Tanjung Leman, Mersing.

Sibu Island Resort adalah milik Johor Corporation atau Jcorp sebuah konglomerat yang dimiliki Kerajaan Negeri Johor, sekaligus ia milik rakyat Johor.

Idlyllic island getaway - so it says on its website. So it does.

Yang tak bestnya ialah standard of service di sana. Seriously tak best.

Yes, this is another rage. What they are lacking are proper training for their staff. While the facilities are equal to 5-star, its service is worst than a budget hotel. I wonder how they survive.

Imagine this - anda sedang bertanya sesuatu kepada seorang kakitangan restoran dengan polite, dan the only answer that she gave is - walk away !!

Itu yang aku terpaksa lalui sepanjang empat hari di sana. This staff had not been smiling for all the time aku tengok dia kerja. Mukanya lawa, tapi sepanjang aku kat sana, aku tengok muka dia seketat seluar Amy Search masa zaman panggung Anniversari dulu. Zaman lagu Cinta Buatan Malaysia. Zaman Nash rambut banyak unggas.

Malah, aku percaya air mukanya lebih ketat dari baju tights yang dipakai sehingga nampak Good Year, Michelin dan Silverstone kat badan wanita yang terasa kurus seperti Ally Mcbeal.

I don't really think all the staff there are properly trained with hospitality values.

That is one. Another incident yang agak menyayat hati dan meruntun jiwa ialah apabila one of my colleague pi beli birthday kek untuk client dan ketika diminta untuk dihantar ke bilik, jawapan yang diberikan cashier di restoran yang sama sangat unik dan amat menggembirakan.

"Tak bolehlah, kitaorang semua sibuk. Awak kena ambik sendiri." kalau orang Cina dengar jawapan tu, mesti dia kata "wahlau weii, kanina.."

On the 2nd day of our stay there, begitu payah untuk cari staff to serve us. Bila jenguk, rupanya depa pi berkumpul reramai kat depan cashier counter berborak, membelakangkan customer. Mungkin depa tengah meeting union kot.

Bila ditegur, semua buat muka bengang, and not a single apology pun aku dengar from them. Yang bestnya, semua empat orang yang berada kat cashier counter tu, don't even asked apa kedodolnya aku susah payah pergi kat diaorang.Mungkin depa ingat aku nak ajak diaorang ambik gambar reramai kot.

Apapun, I did sms my complaint to Jcorp's PR and despite her on sick leave, she took an effort to check my complaint. Kudos. Tapi yang tak bestnya, ialah this is a free feedback on the standard of their service, yet the customer had to pay dearly to receive such poor service. Kesian sungguh.

If you ask me, choose other resort. Period.

Thursday, July 15, 2010

Me dun spiki enggris

Aku nak mintak maaflah tak sempat nak upload gambar bayi yang dibuang itu hari. Tak sempat, sebab sibuk sesangat. Lagipun tak sampai hati. Bayi tu cuma berusia empat hari. Tapi hakikatnya, aku tersangat geram dengan maknya, rasa macam nak penampar jek.

Kebetulan maknya ada masa mayat bayinya ditemui.

Anyway, I was browsing the net dan ter-singgah kat web 1Malaysia milik our Prime Minister. Ia satu web yang sangat santai and baik sebab berjaya connect to the net community. Kudos to him and his advisor.

Aku sempat membaca beberapa artikel termasuk PM beli anak kucing dan meminta pengunjung untuk menamakan kucingnya. Read here. That is a good PR and he is definitely communicating with his rakyat. Kudos again.

Apapun, aku tertarik dengan satu komen dari pengunjungnya.


Siti Syuhada Ab Rahim: Cat names
Salam.. Dato seri and all of familys.. I like about that title of cat names.. Before this, I am also had too cats, but was dieds. For my suggestions, I would like dato' given cat names is Preety white.Malaysia for all..TQ
July 12, 2010


Aku tak rasa pengunjung ini menggunakan google translation tetapi lebih kepada direct translation. Good effort though cuma agak salah tempat. Komen di bawah.

Monday, July 12, 2010

IBU BUANG BAYI CUKUP SIFAT.

Seorang ibu warga Indonesia berusia 27 tahun tergamak membuang bayinya sendiri di kawasan semak di Jalan Camar 15, Taman Perling, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Bayi itu yang cukup sifat, sudah meninggal dunia dibungkus dengan plastik dan kertas sebelum dibuang.

More pictures after this.

Tuesday, July 6, 2010

AKU SEDANG MALAS.

Aku sedang malas.

Sangat dan sungguh.

Aku jugak sibuk (buat buat sibuk supaya boss tak kacau aku, dan tidak, boss aku tak baca blog aku maka aku selamat).

Kenapa kalau orang sebelah kita menguap, kita automatik pun menguap? Pernah terpikir tak, kalau kita menguap, kita sungguh ikhlas menguap? Kita kerja camtu jugak ke? Har har har. Dah pergi sambung buat kerja, jangan makan gaji buta.

Eh jap, aku jumpa gambo Lisa Surihani..

Dia menguap ke tu? Atau masa ni dia panggil aku... abangggggg... muntah hijau please. Sekarang!!

p/s: something is wrong with this blog ! damn.. i can receive all your comments on my email but it never appears on the blog. Sumpahan Lisa? Demmm

Thursday, July 1, 2010

CERITA LISA SURIHANI.

Aku tak suka sangat pergi buat liputan di majlis yang ada berjuta manusia. Tapi hakikatnya kena pergi jugak. Kiranya aku ni bagai anak dara yang kena kahwin dengan orang tua seusia M Daud Kilau, rela dalam paksa.

Apapun, dalam tak suka, aku bila balik, pasti ada yang aku suka. Antaranya cuci mata. Ok tak, hatiku hanya pada Lisa Surihani jek. Ok itu pun tak. Bini dah warning beb.

"Wah wah wah, mentang mentanglah i jarang online, bukan main lagi ehh you memuji Lisa Surihani tu." kata miss bini tanpa kerut di dahi. Mungkin dia bergurau, mungkin dia mengacah. Tapi kalau silap jawab, aku boleh jadik acar buah kat atas meja makan.

"Alah, you nih (sambil buat muka manja ala ala anak sedara aku), you nih (sengau sengau sikit), I memain jerlah," aku cover line walaupun kekadang tu rasa macam nak gantung jek gambar Lisa Surihani kat rumah tapi tulah, I am the boss of the house, my wife allows me to say that.

Apapun, story paling best ialah bila baru baru ni, miss bini dengan bangga dan gumbira hatinya berkongsi cerita dengan aku:

"Geram betul I," keluh miss bini.

"Kenapa you, you ok ke? You tak sihat ke? Siapa yang buat you geram tu, I ke? You, you, you, you.." nampak sangat menipu kan pertanyaan camtu. Biasanya kalau dah kahwin lama, tak ada maknanya tanya macam tu. Tapi kami lain, kami sentiasa penuh dengan gelora rindu dan romantis. Menyampah pulak aku tulis camtu.

"Hmmm kenapa.." kalau tanya macam tu mesti korang percaya kan. Aksi serta suara aku masa tu ala ala Datuk Aziz Singah bercakap pada bini dalam drama Sembilu Kasih sambil minum oren ada payung. Ohh suratkhabar jangan lupa. Props tu. Tapi macho kan orang tua tu.

Apapun, kalau cerita pasal Sembilu Kasih, aku tabik pada Mak Jah yang jadik orang gaji tu. Siapa ntah nama dia, aku lupa lah. Aku rasa kalau aku 'terserempak' dengan dia kat TV mesti dia pegang watak orang gaji. Takde chance langsung nak pakai designer's clothes.Kesian kan.

Aku yakin, wardrobe Mak Jah lah yang paling senang sebab dia sendiri boleh bawak. Har har har. Bulu mata pelesu pun takyah bawak. Mekap pakai elianto jek.


Banyak pulak enterframe. Balik citer Miss Bini.

"Dalam banyak banyak benda, semalam I mimpi Lisa Surihani!" Aku tak tahu, tapi cara dia cakap tu, aku rasa kalau dia tulis dalam blog, mesti ada exclamation mark tu. !!!! Hahahahah. Dan aku tau dia happy dapat alamat tu. Hahaha.

Aku tidak menjawab tetapi terus lari ke dalam bilik dan menghempaskan diri ke atas katil dan menutup mukaku dengan bantal sambil teresak esak menangis gembira ala ala Uji Rashid tak dapat kahwin dengan Latif Brahim sebab kolar Latif Ibrahim besar sangat, nanti lepas kahwin duit beras abis beli kain buat kolar jek.

Aku tak pandai tafsir mimpi tapi ntah macam mana, kali ni aku tau apa maknanya. Dua jek tafsirannya:

1. Lisa sudah direstui Miss Bini.
2. Aku bakal jadik acar buah.

Apapun, terima kasihlah Miss Bini kerana memahami isi hati suamimu yang tak pernah tengok gadis gadis lain malah akan pitam kalau tertengok. Eh eh penipunya.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.