Wednesday, June 30, 2010

SORRY LAH, LAMA TAK UPDATE BLOG NI..

Sorry ya.

Aku sibuk.

Lebih sibuk dari Fasha Sandha bercakar dengan Tiz Zaqyah.

Lebih sibuk dari macha kat restoran mamak time World Cup.

Lebih sibuk dari Lisa Surihani.

Kurang sikit jek sibuk dari Menteri Besar Selangor.

Nanti aku dah tak sibuk macam wartawan hiburan yang ada kolum gosip menceceh macam budak tak dapat susu tetek, aku nulis ok.

Thursday, June 24, 2010

WORLD CUP: SIAPA YANG UNTUNG?

Kerja aku sangat banyak dan mengurangkan keberangkalian untuk menonton Piala Dunia.

Traveling sangat banyak off late. Sampaikan nak bersin pun tak sempat. Apatah lagi nak check ketiak, busuk atau tidak. Nanti aku pakai kapur barus jek.

Kalau di Sri Pentas, aku akan cuba buat sangat sangat busy sebab kecomelan aku menyebabkan ramai yang nak ajak minum dan berpoya poya. Ok sungguh tipu ayat tu.

Tapi hakikatnya, bila jumpa atau terserempak dengan sesiapa sahaja, takder cerita lain selain bola. Agaknya itu jugak topiknya di kaunter kaunter gomen dan di kantin kantin gomen. Ya, aku pasti, cerita bola menjadi satu lagi sebab untuk mereka duduk lelama sikit di kantin.

Apapun, yang penting, golongan yang untung masa World Cup ni ialah restoran mamak. Restoran mamak yang sebelum ni bagai dilanggar todak pun penuh dengan orang.

90 minit pada setiap perlawanan adalah sangat penting buat pekerja pekerja restoran mamak. Macha macha ni semua akan bergerak lebih laju dari penyerang German mahupun Portugal.

Manakala kita yang ghairah menonton skrin besar di restoran restoran ni semua tak peduli kalau gelas yang dipakai ada bekas lipstick atau kalau diteliti, ada warna kuning iaitu kemungkinan ia adalah tahi gigi pengguna sebelum ini. Dan ya, kalau ada warna kuning tu, mesti penambah teh tarik mamak.

Pada ketika polis sibuk melakukan pelbagai serbuan terhadap bookie, kita lupa, kita mempunyai Jabatan Kesihatan untuk memeriksa restoran mamak terhadap tahap kebersihan mereka. Tapi kita sebagai pengguna tak peduli tu semua, skrin besar di restoran mamak itu lebih penting dari kebersihan sudu, pinggan dan gelas minuman yang digunakan kita.

Itu belum lagi kalau kita jeling pada kuku mereka. Lebih berkarat dari gigi mereka.

Kita tak peduli itu semua. Yang penting kita dapat lepak dengan kekawan untuk menjerit ketika Mesut Oezil melakukan jaringan pada minit ke 60 menewaskan Ghana. Dan ya, mungkin faktor kekalahan Ghana sebab ramai pemain handalan mereka tidak bermain. Ya, itu rahsia yang korang semua tak tahu. Pemain handalan mereka semua berada di Malaysia menjual jam tangan dan talipinggang.

60 minit bermakna sejam. Pasti teh tarik pertama dah abis. Kalaupun belum abis, dah sejuk. Dan pemain pemain di restoran mamak akan dribble kain buruk mereka yang tak pernah cuci tu untuk mintak kita order air baru. Kain buruk itulah yang digunakan untuk lap meja untuk tampak berkilat, bersinar. Dan kita pulak bila makanan terjatuh atas meja, kita terus suap masuk mulut. Lagi best!

Dan hari ni, aku akan bergerak ke Kolumpo sekali lagi untuk mencuba mamak di sana, dan tengok kuku dan cawan yang digunakan. Haha, gila sewel kalau aku buat camtu. Selamat menjilat jari peminat bola!

Kepada tokeh restoran mamak, selamat balik kampung naik first class pakai kain gombang!!

Monday, June 21, 2010

MANIC MONDAY.

My oh my, ramai tak suka Monday.

Bila dah masuk petang Ahad, mulalah setan masuk badan, "..alah kejapnya weekend.."

Ya, dan boss boss pulak gembira berjumpa dengan Monday sebab dapat sambung apa yang tak disambung minggu lalu.

Antaranya: sambung membebel.

Sambung menceceh mengalahkan kak nam dan masa tulah kau rasa macam nak toreh toreh jek muka orang tua tu.

Ada jugak yang sambung mengayat staff hot kat office tu yang diimpikan siang dan malam biarpun bini di sebelah berbaju kelawar sedang berdengkur dengan kuat dan the only hot thing about the wife is masa dia demam.

Now, get back to work.

Thursday, June 17, 2010

LOMPAT.

Macam dah lama tak update.

Sebabnya adalah sebagaimana berikut:

1. Malas
2. Sibuk
3. Malas
4. Sibuk
5. Buat buat sibuk
6. Cari duit beras (read: cari duit nak beli iphone baru)

Semalam, aku join trial run Kembara Mahkota Johor dan aku berjaya melakukan satu stunt yang jarang dilakukan anak Melayu. Ya, aku terasa terer walaupun hakikatnya kalau aku tergelincir, sure muka aku terpampang kat ruang Obituary, dengan ayat berikut:

Al-Fatihah:

Sesiapa yang curi Iphone aku, aku tunggu kat akhirat nanti. Siap kau nanti setan.

Tapi Alhamdulillah, aku berjaya melompat naik keretapi yang sedang bergerak meninggalkan stesen KTMB Johor Bahru semalam. Masa nak lompat tu, aku bayangkan aku Edward Cullen yang boleh terbang walaupun rahsia sebenar aku ialah - akulah Edward Cullen yang terpaksa menyamar sebab tinggal di Malaysia.

Apabila aku berjaya menaiki coach lokomotif itu, aku sempat melihat keluar dan ramai yang tersenyum-senyum bangga sebab aku berjaya melakukan stunt yang jarang diaorang tengok kecuali citer Hollywood.

Hakikatnya mereka tersalah tafsir, kerana adegan itu adalah hasil komitmen dan fokus aku kalau tengok filem Tamil. Lepas ni, aku nak tengok boleh tak aku buat tangkap peluru pakai gigi. fuhhh, mesti best kan.

Selepas melompat, aku mengira ngira untuk melompat pula atas bumbung keretapi tu tapi aku tak berjaya sebab power dah kurang, lagipun Captain Muramatsu dah pesan, jangan pakai lelama power sebab pakai bateri recycle.

Itu jek cerita aku kali ini.

Sekian.

Shin Hayata

Tuesday, June 15, 2010

CELCOM SENT ME A LETTER.

Jumaat, 4 Jun 2010 aku menulis panjang panjang, lebih panjang dari biasa mengenai Celcom, how they lost my documents untuk kali kedua.


Dan 12 Jun 2010, aku hilang iphone yang diberi Maxis secara percuma pada 2009. Walaupun percuma, ia tetap satu kerugian sebab kat dalam phone tu banyak gambar camwhore aku, dan harap harap tak ada yang keluar kat facebook. But no, setakat ni, camwhore aku tidak ada menunjukkan dada tersembul aku yang membolehkan aku letakkan sebagai profile facebook.

Terima kasih kepada semua readers yang motivate aku untuk beli iphone 4 walaupun cadangan itu akan membuatkan aku beli beras pakai timbang lepas ni. Dan ya, korang semua comel bila bagi komen.

Maxis tak pernah bagi aku masalah, dan Iphone yang depa bagi adalah mobile phone kedua yang aku dapat free daripada diaorang. Celcom? Ada, aku dapat surat jek dan line kena suspend.

Pagi tadi aku baru ke Maxis untuk ambik replacement sim card dan bila balik ke opis, aku dapat satu courier dari Celcom.

Taknak cerita pepanjang, tetapi ini surat yang diterima hari ini.


Surat ini berkaitan post di sini.

Saturday, June 12, 2010

SO I HAVE BEEN A VICTIM OF PICKPOCKET - AND THERE GOES MY IPHONE.

Yeah, laugh people. Please do. As that was the first thing I did, when I come into my senses that I lost my iphone.

And yes, call me stupid or careless, that is what I am right now for losing a phone.



And of course, that picture of iphone pun aku curik dari mana ntah.

It has everything except I do not keep any camwhore pictures of me showing boobs or me coming out from a pool like Mangga mag cover. Kalau ada, posted on facebook, matilah aku, I will be as popular as Ariel Peter Porn. And yes, both the women are hotties !!

Based on the cctv footage aku sangat percaya dan yakin, aku jadik mangsa pickpocket. Kenapalah depa nak seluk poket aku, banyak lagi tempat lain yang aku boleh relakan untuk diseluk, kenapa poket aku gak depa seronok dan suka sangat. Benci tau.

It happened di R&R Machap on my way to Batu Pahat earlier today.

The best part is, aku call Plus, kot ada cctv kat R&R tu, ohh kami install cuma di tol plaza jek. Aku terus berguling guling kegembiraan kerana kawasan public macam tu tak ada cctv ! Ni pun masih guling guling dan sommersault lagi. Alangkah gembiranya aku.

The only cctv kat R&R are the ones being installed kat individual stalls. Itupun visual sangat blurish. Wat de hek kan.

cctv kat stalls tu pulak install untuk monitor cashier bukan to help customer like me, and that my dear friends, membuatkan aku semakin berguling guling kegembiraan! Sangat gembira.

My mistake jugak sebab pergi miang ++ simpan phone tu kat poket belakang. Tolol kuasa sepuluh.

Now I am left with a hitam berry phone. Sedih nok, biar hilang Lisa Surihani, jangan hilang handphone. It is like losing 10 of Lisa Surihanis ok. You faham kan perasaan I sekarang ni. Kenapa korang gelak. Ini entry serious ok. And to Lisa, if I don't call you, please understand. Sejak bila ntah aku ada nombor telefon Lisa. Ada pun nombor manager dia. Apa kejadahnya nak call jantan. Selera belum tukar lagi nok.

By the way, terima kasih to all my fb frens yang sungguh caring (walaupun aku agak tak percaya haha), bila dapat tahu aku ilang phone.

Surya, wife to Azhar Abdullah says this: kalau nangis pun bukan dapat balik and I asked her, kenapa dulu kecik kecik, kalau kita ilang barang, lagi kuat kita nangis, lagi kuat kita teresak esak, konpem kita dapat balik or in other words, dapat baru !! Why sekarang tak boleh????? Cuba kau cakap kat aku.

Aku pun masih terpinga pinga lagi ni sebab terpikir balik kenapa aku gelak masa aku hilang handphone tu tadi? Adakah itu petanda aku akan dapat Iphone 4 sebagai birthday gift aku dari korang semua? Boleh tak aku advance kan birthday aku to tomorrow? Macam cheapskate tak? Tak kannnnnnnnnnnnnn.. Kita shayang awak.. assalamualaikummm. tak jawab dosaaa tauuuu..

Lagipun korang kan ramai. Tong tong lah sorang RM1, anggaplah ia satu kebajikan. Hahaha. Dan ya, aku ketawa tak sungguh sungguh sejak dari tadi. Hati masih terpaut kepahitan bak peria ok. Dan ada jugak kawan aku yang mencuba untuk melawak, tapi aku rasa macam nak cucuk mata, piat telinga dan tarik tangan dia ke belakang sebab macam tak lawak jek.

Nope, I am not gonna get any bloody expensive phone after this. Aku nak cari Nokia 3310 or even better - Nokia butterfly. Kalau siapa ada jual 2nd hand atau nak derma, sila beritau.

Kalau aku nak beli jugak similar to iphone, memang makan biskut lemak dengan maggi cup jerlah..


Photo credit: http://amiys-halusinasi.blogspot.com for maggi cup. Ya mungkin dia pun senasib dengan aku.

Errr. kenapa kita tak ada teknologi that can disable the phone after it is stolen or lost? Ada eh? Aku cari kat internet takde. Bengong lah. Orang yang cipta Iphone tu sama bengong dengan aku. Ok, much worst. Who? The inventor or me? Of course the inventor.

Korang pun mesti pernah ilang handphone kan. Yeah, I feel you ! Mesti malam Jumaat depan ni tak seceria malam malam Jumaat yang lalu. Aku tak tahu apa kaitan malam Jumaat, tapi aku nak tulis gak, sebab ni blog aku.

I need to scold someone now. Any taker? Ibnu? You can be a good punch bag.

Friday, June 4, 2010

APA YANG BEST TENTANG CELCOM? SEMUA BEST SEBAB MEREKA DAH MENGGAJIKAN DAVID BLAINE SEBAGAI PEKERJA (BUKAN DUTA), YES PEKERJA MEREKA !

Selamat Jumaat, penghulu segala hari.
Ramai yang tunggu Jumaat, sebab ia jugak penutup untuk seminggu bekerja. Mesti dah plan nak pergi mana kan, yelah ada yang baru dapat gaji, kebetulan pulak cuti sekolah. Seronok kan. Pastikan anak anak sentiasa dipantau ok. Kalau di pantai, bapak bapak sila tengok anak, bukan anak dara. Mak mak, sila jeling kat anak, jangan tidur tidur anak.

Sebelum kita berhujung minggu, mari kita kongsikan sikit cerita mencuit hati ini. Kalau rasa lucu, sila ketawa.
 
Celcom Axiata To Invest RM3 Billion Over The Next Three Years

KUALA LUMPUR, June 3 (Bernama) -- Celcom Axiata Bhd plans to spend RM3 billion in capital expenditure (capex) this year until 2012 as part of its transformation programme, said chief executive officer Datuk Seri Shazalli Ramly.

He said the company would invest RM1 billion each year via internally-generated funds to upgrade existing infrastructure and network to provide better service for customers as well as to strengthen market position.

"We will replace all legacy matters including platforms and machines to take us forward as part of capacity-building programme," he said at a briefing on the company's first-quarter results here Thursday.


Read Bernama news  here.



Cuba ini pulak - Google Search.


How many pages? 14,100 pages.


Yeah, rage people. Rage.


1. Broadband. A must rage subject. Right? Wrong, you are actually duped into believing that you are subscribing to the fastest broadband connection. Indeed fast. I can pee faster than celcom broadband's connection.


2. Customer service. Another a must rage issue, and passed down from Telekom. See my previous entry on Telekom awesome service. http://bapak-gulagula.blogspot.com/2010/05/ada-sesiapa-yang-boleh-ajar-aku-sihir.html

Ohh my, wait seminit or dua minit or tiga minit. Well, if you can wait for Celcom broadband or its customer service to put you on hold, takkan when I say seminit or dua minit tak boleh? Tak aci kan.


Lets hear it from Celcom CEO:


"With the introduction of our new Celcom Exec postpaid plans, along with our re-branding, and many more innovative product offering and the best in customer service, we hope to lead our march towards becoming Malaysia’s No.1 Mobile Operator." Taken from here.


Aku tak pernah percaya pada Celcom tapi I am a sucker to kononnya patriotik pada syarikat milik orang Malaysia. Gampang statement patriotik aku kan, apatah lagi it relates to Celcom.


Remember an entry titled Do You Know Apollo Rockets Took Approximately Three Days To Reach The Moon?


Pendekkan cerita, in 2007 Celcom Johor Bahru pernah hilangkan dokumen aku, dan yang bestnya, aku masih lagi simpan all the emails saying that IT IS IMPOSSIBLE for them to lose customer's document. They doubted me so much, sampaikan issue tu berlarutan sampai TWO FUCKING YEARS. If I fuck for the whole two years non-stop, surely aku dah menopause.

Yeah, they fucked me hard. They asked me to drop the soap, and fucked me hard. Two fucking years, yeah I said it again sebab aku sangat marah. Dan ya, aku nampak seperti Edward Cullen sikit bila aku marah, sebab aku dah rasa macam nak gigit leher orang (read: wanita sahaja).

Aku seorang yang tak mudah serik. No pain no gain. Menipu betul statement tu. Seriously aku serik. Lebih serik dari tersalah antar sms pada Lisa Surihani which is meant for Juliana Evans. Yeah new drooling. So what, bukannya aku drool over zizie izette (is that the correct spelling? ok, lets call her mrs number two bung).

Anyway, couple of weeks, ago, my line was barred selepas dapat the only bloody notification from Celcom of my outstanding. What? Banyak, 3,000 over. Serious shit kan. Gaji setahun aku pun tak sampai banyak tu ok. Abis duit aku nak meminang Lisa Surihani. Fuck sungguh.

Aku call Celcom JB and asked, why the fuck you barred my line? Ohh, because you never pay.

Whatever happened to credit limit? My credit limit is 700 and they verified it, and yes, it is 700 in ringgit currency.

Check punya check voila..

Rewind..

In November 2009, I registered my blackberry not knowing it will be a black experience for me. During the signing up, their head of marketing for southern region, Ms Janice, attended to my registration.

"You must do autodebit for this BB. It is the requirement." Ok, I said. The photocopied everything except for my butt on the photocopy machine and I signed the release form to allow Celcom to debit my monthly bill on my credit card. Yeah, aku ada credit card rupanya. Selalu aku cari tak jumpa, cuma jumpa kad discount Ben 10 jek dengan Mcdonalds.

Yeah, korang mesti tanya kenapa tak check credit card bill every month, takkan tak perasan it is not being autodebited. Well, that was my mistake sebab my sexy-tary cum boss of the house will do the online transfer every month sebab I hate doing all those online payment thingy, especially bila connection is slower than my pee.

But dun blame her, kalau bill aku sampai, I have no time to check, especially when the bill is so thick takkan dia nak pi check semua nombor and kira balik. Well, since it is Malay dominated company, sudah pastinya mereka tak mau makan duit haram kerana menipu bill from their customer kan. That, my fren, my little part of doing the sangka baik on people.

All this while aku tak pernah dapat notification of excess usage, tak pernah throughout six bloody months! Sekali pun tak pernah.

Aku tanya: kenapa dah tahu my limit is 700, korang tak block my phone then? Ohh kami memang letak note supaya tak buat barring pada talian encik. Kenapa? Aku bukan Perdana Menteri weii. Aku memanglah kuat complaint, tapi kalau korang tak buat salah, takkan aku nak complaint, idiots!!

Kenapa korang nak accummulate the amount sampai banyak tu and tell me to bayar semua sekaligus otherwise the line will be barred like until kiamat? Kenapa tak tunggu sampai enam bulan?

Dan soalan pop quiz paling best dari bersenggama ialah: what happened to my autodebit? Card aku tak pernah cancel atau tak cukup sebab card yang aku bagi bukan kad Mcdonalds.

To cut the story short, I have made payment of RM1,500 immediately and had the line reinstated.

The line reinstated tapi less than 2 weeks later, when I was in Mersing, sekali lagi line aku kena bar.

Since aku di Mersing, di sebuah tempat yang takder komputer, takde internet line, takde segalanya, I asked wifey to make an immediate payment of RM1,500 to have the line reinstated. Aku taknak pinjam bebanyak sebab since wifey tak kerja, nanti dia nampak opportunity untuk charge interest kat aku. Lagi pulak Singapore Sale dah start 1st June lepas, itu semua bakal jadik peluang untuk dia memberanakkan 1,500 kepada 3,500. Bahaya untuk kesihatan dan rambut aku ok.

A lady by the name of Norlida di Celcom JB were informed of the payment lengkap dengan reference number since it was made via online banking. And know what she said: tak boleh encik, encik kena bayar semua sekali (read: satu sen pun takleh tinggal) to have the line reinstated. And the balance is only 700. Aku tanya, kalau selama ni korang boleh kumpul bebanyak even beyond my credit limit, kenapa sekarang tak boleh. And it was NOT my mistake and you are victimising your customer sebab had his usage lebih dari credit limit and pinned him on the wall as bad paymaster.

Luckily aku ada ramai kawan. A former housemate masa aku kat KL dulu masih lagi di Celcom dengan jawatan yang tinggi. Aku explain kat dia gunakan my staff handphone sampai abis credit dia, dan this guy answered this:

"itu senang jek bro, let me send an email and cc to you. The line should be reinstated in 5 minutes." and it did.

Kalaulah aku boleh letak all the emails Celcom hantar internally, mau menitis airmata. Yeah, lets wait sebab aku ada antar email pada MCMC which is runned by idiots too unless the complaint that you sent to them are of national interest. Otherwise, your email shall be placed into Spam folder.

Itu pun another idiots kat MCMC. Aku sebenarnya dah tak percaya ada orang kerja kat MCMC tu, sebab banyak kali gak aku complaint using the email address yang diaorang publish, tapi percayalah cakap aku, cuma sorang dua jek kerja kat sana, dan buat semua kerja. Betul. Aku dah check, diaorang takder budget nak ambik orang kerja so, dua orang yang kerja kat sana kena buat semua kerja termasuk filing, jawab telefon (wait, sorry, they dun answerd fixed line, tapi diaorang cuma jawab handphone diaorang jek untuk hal hal berkaitan MLM yang disertai diaorang).

So, aku hantar satu email saje jek test line. Permulaan email tu, aku summarise kan, kalau takde response, aku akan fax email ni pada pejabat Menteri, tup tup petang dah ada reply. Tapi aku silap, patutnya aku gertak, kalau takder tindakan atau susulan dari MCMC, aku akan fax pada pejabat menteri. Salah cakaplah nok. Maka, depa cuma acknowledged receipt jek email tu. Takder cerita apa tindakan nak buat etc. Yeah, probably they are too idiotic to actually interpret the content of my email. Dan seriously, aku masih tak percaya pada MCMC sebab it is too good to be true. Look at how Bank Negara replies to email. Efficient. MCMC = macam cibai, macam cibai. Ya aku sangat marah, dan ini blog aku.

Balik pada cerita Celcom.

Dua hari lepas, akhirnya aku dapat call dari Janice, tu pun sebab aku sergah dia guna taktik Azhar Abdullah cakap nak report polis sebab diaorang ambik credit card copy and forced me to sign autodebit tapi sebenarnya tak buat dan mengakibatkan aku merasakan ada satu penipuan untuk mengambil butiran credit card untuk tujuan salah. Itu pencegahan namanya. Ohh, Janice took more than one week to call me eventhough aku ada cc email kat dia masa reply to my former housemate to thank him of his help. Mungkin server down, email lambat dua minggu. Sangka baik.

Dan before she called, aku dapat call dari my former housemate, beritau something yang sangat best, lebih best dari keropok ikan parang cecah chilli sauce.

"bro, kau nak buat autodebit jugak atau nak bayar cash lepas ni?"

"better aku bayar cash lah sebab nanti mesti ada problem lagi," aku jawab sebab memang dah tak sedap hati dah.

"Hahahahahahah, better lah bro, kata former housemate aku tu dan belum sempat aku tanya, dia sambung: "sebab semua dokumen kau untuk autodebit tu sebenarnya dah hilang," katanya tersedak sedak ketawa. Dan dia tahu masalah tahun 2007 pasal document transfer nama aku dimagickan seorang staff Celcom di JB. Maknanya ini kali kedua Celcom JB berjaya David Blaine kan dokumen aku ! Yeah!

Kelakar kan. Ya, Celcom diwujudkan untuk mengkelakarkan segala benda yang sudahpun kelakar terutama staff mereka, khususnya di JB.

So, jangan marah, all those money that you have spent for Celcom will be used to upgrade machines etc etc tapi NOT on the employees, upgrading from bunch of idiots to bunch of a-bit-better than idiot. Sebab diaorang memang dilahirkan sebagai idiots sebab takleh pikir rasional dan logic.

Lupa lak, MCMC? Haram takde reply sampai hari ni yang dah masuk lebih seminggu. Mesti internet down tu sebab pakai Celcom.

Dan aku sudah guna Maxis postpaid since 2001 sampai ke ari ni, tak pernah ada problem. 

Ohh, sila forward email ini pada CEO Celcom kalau sudi. Ha, jangan lupa pada mcmc sekali ok. Kalau ada reply maknanya diaorang takder meeting MLM hari ni atau main kutu.

Thursday, June 3, 2010

GO AND GET ANJUNG SERI EDISI JUN 2010

Kekadang aku sedikit sibuk, tapi sesekali tu aku ada jugak menjengah blog followers di sini, dan kekadang ada yang best best, dan ada yang aku sendiri gelak gelak kuat kuat macam setan.

To me they are not followers, dan aku rasa Bloggers kena tukar followers to Bloggie Friends, tul tak? Kalau followers tu dah macam aku ni guru ajaran sesat pulak.




Ya, saya diturunkan dari langit langit rumah.. dan memandangkan dah ada Ayah Pin, saya nak pakai Ayah Password. Sila email kan semua password korang pada aku, terutama online banking. Takyah tunggu email dari Nigeria atau some retired general kat Iraq. Bagi jek. Sharing is caring kannnnn..

Anyway, a bloggie friend - Ana Suzana Ahmad, mencipta sejarah hidupnya sendiri apabila bumbung yang menjadi syurga kepada suami dan anak-anak comel mereka dipaparkan melalui majalah Anjung Seri edisi Jun 2010.

Tentu dia senyum sambil control hidungnya bila dah keluar kat majalah tu kan. Gila kau, bukan senang nak keluar kat majalah macam tu. Aku ni dah hidup lama pun tak dapat keluar dalam majalah. Ya, aku kekadang mengharap nak jadi cover Mangga atau Hai tanpa berbaju di tepi swimming pool. Mesti nampak gay kan kalau ambik gambar camtu. Mesti pondan pondan yang tengok gambar tu nanti menjerit jerit.. ahhh uhhh.. basah ai nokkkk... ok, jangan lebih lebih, haram.

Dan antara foto yang dipaparkan melalui majalah Anjung Seri itu:

From Ana's Blog.

Itu baru dapur dan ruang tamu.

Dan untuk cerita lebih lanjut, blog Ana di sini.

Apapun, anak anak Ana sangat comel, macam anak anak bloggie friends aku kat sini dan yang pastinya, blog Ana ada video Lisa Surihani !! Tapi aku kurang suka sikit sebab dalam video tu manja lebih sangat dengan Adam. Terguris hati ai tauuuuu.

Jangan lupa beli majalah Anjung Seri. Tips rekahias rumah, boleh mintak dengan Ana. Kalau mintak kat aku, aku cuma tau selerakkan rumah, itu bukan pengakuan, itu bini aku cakap dan aku menafikannya sekeras kerasnya kerana aku tahu itu semua statement berbaur politik.

Wednesday, June 2, 2010

Transkrip Perbualan Ashwad Ismail & Zaiful Ariffin Secara Langsung jam 11:50 pagi, di Astro AWANI

Read more: http://sultanmuzaffar.blogspot.com/

Transkrip perbualan Ashwad & Zaiful secara langsung jam 11:50 pagi, di Astro AWANI

Zaiful : Ini berita terbaru yang kami terima tentang Misi Bantuan ke Gaza di mana wartawan Astro Awani dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Abdul Latip telah pun dibebaskan oleh Israel hari ini dan kedua-duanya dan seratus lagi dihantar pulang ke sempadan Jordan menaiki 3 bas menerusi pintu sempadan Allenby yang bersempadanan dengan Jordan.


Dan di talian sekarang ini secara langsung dari Jordan, kita bersama dengan Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani. Assalamualaikum Ashwad.


Ashwad, satu perkembangan, satu berita yang amat menggembirakan bagi kami di Astro Awani dan saya pasti seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti siaran ini secara langsung. Pertama sekali bagaimana, apa yang Ashwad dapat kongsikan bersama kami di sini.

Ashwad : Apa yang saya dapat kongsikan bersama penonton, pertama sekali saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Duta Malaysia di Jordan dan seluruh masyarakat antarabangsa sebenarnya yang banyak berusaha untuk pembebasan ini. Dan apa yang dapat saya laporkan kesemua 12 krew ataupun kesemua 12 wakil Malaysia yang dalam misi bantuan ke Gaza ini semuanya selamat, semuanya agak keletihanan dan dehydrated. Dan pada masa sama, mesej yang sama juga seperti yang saya katakan iaitu berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya dikhabarkan, semuanya membuat doa selamat dan mejalankan solat hajat semata-mata bagi memastikan keselamatan kami terjamin.

Dan sedikit sebanyak, apa yang dapat saya kongsikan, mesej saya pendek saja iaitu dalam masa 24 hingga 28 jam ketika berada dalam tahanan Isreal. Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik 6 dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionist dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita.

Dan ketika berlakunya rampasan kapal, mereka bertindak seakan berdepan dengan ketenteraan, padahal pada masa sama, kita hanyalah orang awam

Zaiful :Saya ingin tanyakan kali terakhir kita bersama ataupun kali terakhir Astro Awani dapat berhubung dengan Ashwad adalah ketika Ahad malam dan selepas itu, mungkin Ashwad dapat imbas kembali apa yang berlaku selepas itu

Ashwad :Ketika saya habis, saya berlintas langsung melalui siaran langsung untuk Awani 745, dan malam itu saya menghantar email kepada barisan editor kita di Astro Awani untuk bersiap sedia untuk Awani 745 keesokan harinya pada hari Isnin.

Tetapi pada jam 11 malam kami sudah bersiap sedia sepenuhnya di mana kami mendapat laporan tentera-tentera Israel dengan segala keperluan pertahanannya mengepung kami daripada sepatutnya 40 batu ke kawasan masuk ke kawasan perairan Israel tetapi mereka memperluaskan ke kawasan ketenteraan hingga 68 batu jadinya setibanya kami dalam kawasan perairan.

Israel mula mengepung 11 malam, 2 pagi Israel mula menghampiri dan 4.30 pagi mereka menyerang dari segenap pelosok , termasuk 14 bot kesemuanya 8 kapal tentera laut, 19 bot tentera navy dan juga komando, 3 helikopter Apache dan sebagainya turun dari dek atas dek tepi, kiri kanan di mana kawasan kita adalah kawasan NGO-NGO kita kawasan kerjasama NGO Malaysia dan Indonesia seramai 24 orang, 20 orang kesemuanya menjadi front liner dibahagikan tepi dek kapal dan mereka diserang bertubi-tubi dan alhamdulillah saya dan jurukamera Shamsul terselamat dari tembakan di mana peluru hidup digunakan.

Hanya di sebelah dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya. Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah Zaiful dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku dan saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami membawa orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan.

 Zaiful : Ashwad, bagaimana dengan keadaan Shamsul?

Ashwad :Shamsul alhamdulillah dalam keadaaan sihat. Kami terpisah sebenarnya, saya dan Shamsul terpisah semenjak saya digari oleh fibre tight atau dalam bahasa Melayunya seakan-akan gari itu tapi diikat tangan kedua-dua belah tangan saya di mana Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu. Dan hari ini, kami masuk ke kawasan Jordan di sempadan Jordan Israel alhamdulillah di Jambatan Syem syem kami dipertemukan semula.

Zaiful :Baik pelbagai laporan dikeluarkan media antarabangsa dan juga kenyataan yang dikeluarkan Isreal sendiri, Israel mengatakan, menuduh terdapat senjata tajam dan sebagainya yang digunakan yang memaksa askar mereka untuk melepaskan tembakan dan sebagainya. Ashwad yang berada dalam kapal ketika itu, apa reaksi Ashwad pada kenyataan ini.

Ashwad :Bukan senjata tajam yang digunakan tetapi hanyalah air untuk mengelak mereka menyerang ke atas kapal. Meriam, bukan meriam air sebaliknya hanyalah pili bomba digunakan dari mengelak komando-komando mereka dari naik ke atas kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara. Jadi saya tidak nampak apa senjata tajam yang digunakan. Melainkan mereka sudah mula melepaskan tembakan, itulah senjata yang terpaksa mereka gunakan iaitu besi-besi yang terdapat di atas kapal bukan senjata berbentuk pisau, parang, pedang samurai dan sebagainya tetapi menggunakan pisau sahaja.

Zaiful :Mungkin Ashwad boleh kongsikan selepas ini apa perancangan dari pihak kedutaan kita di Jordan apa penerbangan, jadual penerbangan pulang dan sebagainya.

Ashwad : Itu kami akan mengadakan satu mesyuarat dan Datuk Malek sendiri akan memberi maklumat dan kami baru saja bertemu dan sebarang maklumat kami akan hubungi Kuala Lumpur.

Zaiful : Mungkin soalan terakhir dari kami di sini, layanan yang diterima Ashwad di Jordan kini dan mungkin pada waktu ketika di Ashdod dan sebagainya.

Ashwad : Layanan yang diterima Zaiful oleh pihak Israel maksud Zaiful?
Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik 6 dekad Palestin-Israel, bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam dan mesej itu saya harap para penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya

Zaiful : Terima kasih Ashwad, kami menanti kepulangan dan juga rakan-rakan yang lain. Sampaikan salam kami dan ucapan terima kasih dari kami di Astro Awani dan juga keluarga.

Ashwad : Zaiful, sampaikan juga salam kami, saya dan juga Shamsul Kamal pada ibu bapa kami. Cakap kami dalam keadaan sihat walfiat.

Zaiful :Ya, Insya Allah dan terima kasih pada kedutaan kita di sana kerana membantu rakan-rakan kita. Ashwad dan juga rakan-rakan kita NGO dan aktivis yang lain untuk dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Dicetak semula dari laman rakan blogger - Sultan Muzaffar.

WORLD'S BEST RACE - EVERRRRRR...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.