Salam everyone and very good morning everyone. Oh, this greeting is not for anyone in Celcom Johor Bahru.
Aku ada ucapan lebih baik untuk korang semua di Celcom Johor Bahru. Aku sedang mencari orang untuk mengajar aku sihir, tapi kalau ada voodoo lagi baik.
image source: http://ondeadline.wordpress.com
Kalau boleh, aku nak belajar sihir kembung perut. Sebab kalau menjadik, nanti semua orang tahu, kesan kerja 5 percent dari gaji yang korang dapat, dan itu dikategorikan sebagai tak amanah.
Mazidul baru cerita pasal Streamyx, dan aku cuma boleh gelakkan dia, sebab di Streamyx memang sudah ada Standard Operating Procedure (SOP) untuk kerja sakitkan hati peminta sedekah macam kita ni semua. Ya, kita mintak sedekah kat streamyx dan kebetulan pulak, Celcom ada sepupu mereka. Chaiokkk!
Couple of weeks ago, Streamyx aku pun down, no DSL line.
Diringkaskan cerita, this is what happened:
Day One:
Aku: Helo, nak report takder broadband line.
TM: Ok, sila berikan nombor telefon encik. Boleh tahu nama encik.Kami akan datang hari ni jugak untuk memastikan semua pelanggan kami sentiasa berpuashati dan tiada tindakan mewujudkan grup menentang Streamyx and mengecam Streamyx di Facebook.
Hahah, sungguh tipu statement itu. Ayat di atas sangat menipu. Lebih menipu dari segala cerita tipu.
Wait, wait, cekap tak TM? That is not what had happened. Kalaulah aku telefon TM dan ia menjadi secekap apa yang ditaip, dunia akan kiamat.
Ini yang sebenarnya berlaku apabila anda menghubungi talian 100
Suara robot: Untuk bantuan teknikal tekan 1.
Aku dengan gaya Edward Cullen gigit leher awek, tekan nombor 1. Dan aku turut confirmkan nombor yang ditekan, yelah, jari besar gedabak, takut tercuit nombor lain.
Suara robot: Sila masukkan kod kawasan dan nombor perkhidmatan yang ingin dilaporkan dengan butang hatch. jika anda pelanggan dial up sila tekan butang hatch.
Tengok tu, kalaulah aku kenal siapa yang setting kan sistem tu, aku nak sumbatkan kepala dia dalam baldi air, ala ala cerita mafia pastu ikat kat pokok pisang.
"Alo, lu apa pasat? Wa tala tau mah.. wa bisines mah.. itu taukeh kasi suluh pasang itu macam, wa pasang weh.. kanina lu.. wa hantam lu, kanina kanina caldina."
Lepas kau tekan nombor satu, apa kejadahnya suruh pelanggan tekan nombor perkhidmatan lagi? Mana nak dapat nombor perkhidmatan tu? Langsung tak disebutkan. Itulah sistem yang PALING DUNGU, paling bodoh aku pernah dapat. Ya, sedungu orang orang TM mengikut aturan berikut dan diharap mereka disambar petir kilat sambar menyambar bila keluar dari opis:
1. Staf yang cari quotation.
"mat nor, mat nor, ambikkan yellow pages, nak cari orang supply automated bois pe kejadah ntah, bos suruh. Kau selak tengok, aku tengah update pesbuk ni, tengah usha awek hot ni, dia nak buat MLM, tapi janji aku dapat nomor telpon dia. Cun sial awek ni, tetek besar selori. Tak sama dengan bini aku, 24jam dengan baju kelawar dia. Nanti awak dah dapat, email jek kat saya." Dan kuli bawah sikit dari staf tu berada di cubicle sebelah je dari dia.
2. Pegawai yang approve kan proposal tu.
"Awak letak jek kat situ, saya tengah sibuk ni. Ni tengah check blog ni ada orang nak order handbag kat saya. Ni pun nak kena fly gi Bandung ni nak ambik stock baru handbag. Ramai pulak order Coach, LV. Semua original ni saya beli kat Bandung. Ehh, Karim ko taknak belikan bini ko handbag ke, saya bagi diskaun lah, takdepun bayar ansur ansur macam bangla jual carpet tu. Haaa, awak belikan bini awak handbag Luis Booton original ni, tapi saya jual RM800 jek. Kalau kat butik, dia jual ribu riban tau. Baik awak beli, saya tak jual kat orang lain. Beli ehh Karim." Karim hanya terkebil kebil sebab dengarnya orang pejabat dah kecoh kecoh dah, nak buat farewell party untuk dia yang akan bersara bulan depan.
3. Pegawai pegawai yang masuk meeting untuk bincangkan quotation tu. "Ok, hari ni kita bincangkan quotation dari Puan Khasidah Handbag - dan semua yang hadir, ketawa melekek lekek. Ya, melekek, sebab ketawa orang GLC ni biasanya tak ikhlas - kek kek kek kek kek. Dan ya, dalam meeting tu pun turut dihadiri Puan Laila Kek, disebabkan dia berkecimpung sepenuh masa menjual kek melalui blognya - Kek Laila Topping Ben 10. Meeting cuma nak bincang harga, bukan pada aspek teknikal. Pada akhir meeting selepas tiga jam, itupun sebab semua dah kebulur nak mencekik, pengerusi meeting membuat keputusan:
"Ai rasa kita perlu meeting lagi untuk discuss apa yang perlu dilakukan apabila sistem ini sudah dipasang." Dan semua mengangguk kuat sebab pengerusi meeting juga sedang sibuk sign bonus.
4. Awarding committee - jawatankuasa yang menganugerahkan kontrak. "Boss, kita ambik jek company si Effi tu, saya tengok dia macam ok jek, lagipun saya gelak baca blog dia. Dia baguslah boss." Boss jawab - apa address blog dia? Dia selalu cerita pasal apa?
5. Effi bila dapat award - "
Fuyoo dapat jugak gua buat job ni. Tak sia sia gua update blog gua selalu. Padan muka Hazrey, entry macam nak rak, tapi aku yang dapat. Tapi aku mana pernah buat menatang ni. Takpe, aku cari kaki lah, bisik Effi tapi didengari orang lain ala ala filim Melayu, kalau bisik mesti penonton dengar. "Helo Hazrey, lu ada contact tak buat sistem automated bois ni, nanti gua hulur lah kat lu sikit." "Ada, ada." Ohh lu dapat ehh. Ok bro, nanti gua letak nombor tepon supplier tu kat chatbox lu. Ok gay?"
6. Hazrey:
Harlow Mr Lee. Ni hau mah? Ceh, cakap cina pulak. "Lau pan, lu ada pasang itu bois automated response system ahh? Ala ala, wa ala pasang itu balang. Lu mana mau pasang? Lu ada mana, wa latang jumpa kasi. Itu haa ajeli, bois olomated lespon silisitem sikit mahat wohh. Tala apa, lu kasi wa ini job ahh, wa kasi jaga sama lu.. lu wa punya pengyu mahhh.." Bukan penyu sudahlah.
Ok cerita ni sambung sebab panjang sangat. Hahaha. Nanti petang gua sambung. Best ni. Lebih besh dari kisah New Moon. Mesti orang Celcom excited nak tunggu kisah seterusnya. Kan orang Celcom? Kan kan. Ohh, ya, orang Celcom makan gaji buta di Johor Bahru memang ada baca blog ni. Nanti ehh, nak belasah orang ni, kena ada plot, baru real. Har har har.
Sambung..
A reader suggested perhaps nombor perkhidmatan itu adalah nombor telefon kita. And the reader were guessing too. You see, kenapa perlu nak biarkan pelanggan guessing? TM ni maksudnya Teka dan Menang ehh?
Anyway, selepas direkodkan segala butiran termasuk bak kata Azhar meminta semula nombor telefon yang rosak, si operator ni berjanji akan memaklumkan kepada bahagian teknikal untuk berhubungan dengan aku.
Lelaki: Assalamualaikum bang, saya bahagian teknikal, nak datang tengok line.
Aku: W'salam. Boleh. Awak datang esok sebab hari ni tak ada orang kat rumah. Pukul 9 pagi boleh tak?
Lelaki: Alah bang, kul 9 baru masuk kerja.
Berkira sungguh kan orang kerja dengan TM ni. Yelah mamat tu makan gaji, kalaulah aku ni pelanggan yang kak nam, mau jek aku cakap, saya peduli apa, itu kan kerja awak, kalau dah tahu masuk kul 9, maknanya awak kenalah start kerja kul 9, bukan saya suruh awak datang kul 8.30. Nasib dia baik hari tu mungkin sebab aku tak senggugut.
Aku: ok awak datang kul 10 pagi.
Kul 10 pagi keesokan harinya, mamat tu tak datang datang. Aku pulak lupa nak save nombor dia lagipun Blackberry takleh simpan nombor bebanyak dalam received calls (read: atau aku sebenarnya tak tau pakai telepon? har har har).
Takper, kasi chance.
Petang tu, aku tengah assignment, dapat satu call tapi aku tak sempat jawab, dan dapat satu sms maklumkan "kami cuba menghubungi anda untuk laporan kerosakan yada yada yada yada bla bla bla.."
Babi tak? Dahlah kau tak datang, pastu cakap camtu.
Esoknya, aku telefon lagi. Dan lusanya aku telefon lagi. Sama jek jadiknya.
Yang hebatnya, esoknya aku sedikit meroyan pada operator:
Aku: Kenapa budak technician TM tak datang padahal dah janji. Awak ingat saya ni minta sedekah ke kat telekom?
Operator: Encik, boleh saya dapatkan nombor telefon encik?
Kan tadi aku dah bagi, berapa banyak kali kau nak mintak? Kerja kau ni jawab telefon cuma nak mintak nombor telefon berkali kali jek eh? Sekarang ni, kau pi cakap kat supervisor kau, I want to know what happened and bila budak technician tu nak datang.
Operator: Encik, saya letak encik on hold sebentar untuk buat pengesahan.
Aku: Ok.
Ding dong ding dong, almost 3 minutes. Damn. What kind of customer service is this? Aku letak.
Call balik dan aku cakap aku taknak put on hold.
Operator: Nanti kami akan hubungi encik balik sebab saya tak boleh call balik. Sistem kat sini tak benarkan kami call encik balik kecuali manager kami. Manager kami akan call balik dalam tempoh sejam.
What?
Akhirnya, the so-called manager never called me. Cun tak? Mesti manager tu terasa dia comel sebab berjaya sakitkan hati aku. Tapi salah aku gak, sebab aku lupa nak tanya sejam dari pukul berapa dan tarikh bila.
Esoknya, baru ada orang call tapi dengan dialog yang paling seksi dan teransang. Dan yang call bukannya si manager.
Operator: .... saya hendak confirmkan nombor telefon encik.
Dan kerana dia seksi kerana hendak confirmkan nombor telefon aku, aku beri dia sijil sekolah bagi membolehkan dia dapat diploma.
Mesti banyak air liur dia telan.
Aku ingatkan abis dan settle lah masalah streamyx aku, rupanya tak.
Esoknya, sorang lagi call, pun sama. Bla bla bla bla, mintak nombor telefon aku. Then aku tanya, yang kejadahnya korang dok telefon aku ni, kat komputer korang takde nombor telefon ke? Buat apa buang masa, kalau telefon nak tanya nombor telefon aku tapi problem tak settle settle. Apa customer service tapi tak service the customer tapi menyusahkan. And whatever happened to the techician? Dah 4 hari, aku tak dapat lagi jawapan kenapa budak technician tu tak datang dan bila problem aku nak solve?
Total days: 5 hari !! 5 fucking days without internet.And throughout the 5 days, cuma nak confirmkan nombor telefon aku.
Solution: aku cari nombor telefon GM TM kat Johor and screw him hard, literally. 10 minutes after that, someone came and solve the problem. Best tak?
Tapi aku tanya, kalau orang tu tak kenal GM macam mana? Tunggu sampai jadik jin? Itulah sebabnya Najib dapat award. Kenapa tak caya? Baca kat
sini.
Ya, aku gelak baca first paragrapgh of the story:
PRIME Minister Datuk Seri Najib Razak has been awarded the 2010 International Telecommunication Union (ITU) World Telecommunication and Information Society Award for his contributions to the ongoing digital revolution.
Kah kah kah. Bacalah, untuk menceriakan hari anda.Tolong kaber sikit ketawa tu.
Dan of course, cerita streamyx ni takkan basi dan takkan habis sehingga kiamat. Betul.
Next to come - Celcom !! Yeah!