Wednesday, March 31, 2010

SEQUENCE: 17 TAHUN BEKERJA SEBAGAI GRO DAN TURUT MENGANDUNG LIMA BULAN.

Ini adalah sambungan dari entry sebelum ini di link ini.

Sebelum itu, aku kini menggunakan system moderation disebabkan spamming oleh dua orang sewel yang merasakan apa yang dilakukan sebagai satu kepuasan, biarpun hakikatnya mereka boleh opt to masturbation untuk kepuasan diri.

Dan aku pula tidaklah mengadap blog atau facebook 24 jam sebab itu bukan kerja utama aku. Blogging and facebooking are not my job. So aku tak mau penyakit penyakit sewel merebak kat sini. I dont mind comments from angry readers, tapi aku takleh handle spammer.


Anyway, cerita pasal budak GRO perempuan tempohari.


'Maria' (bukan nama sebenar) berusia 17 tahun.

Ditahan di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari Dua, Johor Bahru, gadis ini turut didapati hamil lima bulan.

Kandungannya itu hasil hubungan dengan teman lelakinya, yang kini berusia 19 tahun dan bekerja sebagai penjual DVD di sebuah daerah di negeri Johor ini.

'Maria' meninggalkan persekolahan seawal usia 15 tahun dan tak sempat menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Setiap hari dia melayan pelanggan dan menerima gaji RM60 sehari bermula dari jam 8 malam hingga 3 pagi.

Kerjanya membuka 'bucket', terma untuk GRO membuka satu bucket of beer untuk pelanggan.

Ia juga memerlukan dia minum bersama. Dan dia juga hamil. Dia juga merokok.

Dari kisahnya tentu kita mencerca gadis ini. Tetapi ia tak seharusnya berlaku kerana kita mempunyai Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 di mana mereka yang berusia bawah 18 tahun adalah tertakluk kepada akta ini.

Mungkin gadis ini adalah sebahagian kecil sahaja dari maybe ratusan lagi kes seumpamanya. Pada usia sebegitu, dan latarbelakang keluarga yang pecah belah, tentunya hidupnya tak keruan. Tiada hala tuju. Maka menjadi tanggungjawab masyarakat untuk membawanya kembali kepada jalan yang betul. Dia masih muda untuk berfikir sebagai orang dewasa.

Ibu bapa kepada gadis Melayu ini sudah bercerai.

Anak kedua dari empat beradik ini sudah tinggal bersama rakan yang lebih dewasa sejak tahun lalu.

Dari tutur katanya, nyata gadis ini seorang yang baik jika diberi peluang kedua.

Selepas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kira-kira jam 1 pagi, aku berbincang dengan Asisten Superintenden Zainal Mohamed dan mencadangkan kepadanya untuk memanggil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menyakinkan dia ia adalah tanggungjawab kita.

Ironinya, ASP Zainal lah yang menyedari Maria mengandung biarpun hampir 12 anggota mengikuti operasi itu. Aku pun tak perasan.

Selepas berbincang dengan Pegawai Turus D7 IPK Johor, DSP Tan Siap Heng, JKM dihubungi jam 4.30 pagi.

Dan kira-kira jam 10 pagi, dua pegawai wanita tiba untuk mengambil gadis ini untuk dihantar ke rumah perlindungan di Bagan Datoh, di Perak.


Aku sangat mengharap dan berdoa gadis ini akan berubah dan dapat menjaga anaknya sebaik mungkin. Aku yakin dia akan menjadi ibu yang baik.

15 TAHUN DAN MAHU BERKAHWIN.

Halimaton yang dilaporkan hilang berada di rumah keluarga teman lelaki

LANGKAWI: Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini.

Aku teruja untuk berkongsi paparan dari Berita Harian mengenai kisah pelajar pintar yang berusia 15 tahun ini.

Pada para kedua cerita ini, ia agak menjelekkan:

Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.

Baca sepenuhnya di link ini.

Fahami setiap patah perkataan dalam story itu. Perlukah keluarga gadis ini membuat laporan polis terhadapnya kerana melarikan diri. Dan faktor umur juga tidak membenarkan keluarga lain menjaganya kecuali ada asas asas bahawa keluarga sendiri melakukan penderaan mahupun kekerasan?

Adakah polis sepatutnya menggunakan budi bicara memanggil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menggunakan Seksyen 44 Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 jika ada berlaku kekerasan terhadap gadis itu ketika di bawah jagaan kakaknya? Antaranya ialah gangguan emosi sehingga mengganggu hubungan keluarga. Tetapi dalam kes ini, ia berkaitan kehendak gadis ini untuk berkahwin pada usia 15 tahun.

Maksud kanak-kanak dalam hal ini ialah mereka yang berusia kurang dari 18 tahun mengikut Aktra Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Akta yang sama juga digunakan ketika seorang gadis berusia 17 tahun bekerja sebagai GRO ditahan Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Ahad lalu. Aku mencadangkan kepada pegawai kanan polis terlibat dalam operasi itu untuk menghubungi JKM Johor Bahru memandangkan gadis itu turut mengandung lima bulan.

Pegawai Kanan Polis di Balai Polis Kuala Teriang sepatutnya melihat kepada Akta ini ketika gadis itu membuat laporan polis kerana status 'pelindung' sementara gadis itu adalah keluarga teman lelakinya dan mungkin berlaku konflik. Pegawai kanan polis terbabit sepatutnya memanggil JKM untuk membantu.

Seksyen 14 akta ini sudah menyebut tiap-tiap kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan sementara di bawah subseksyen (1) hendaklah diletakkan di tempat selamat, dan pegawai kanan polis melihat kepada usia gadis ini sudah membolehkan beliau mengambil tindakan itu.

Lihat jugak pada Seksyen 14 subseksyen 4 (b) akta ini.

Usia 15 tahun tidak membolehkan gadis ini membuat keputusan tanpa kebenaran keluarganya selagi tiada unsur dalam Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991, mengesahkan berlaku penderaan, kekerasan atau sebagainya sehingga menunjukkan tidak kompeten ke atas penjagaan gadis ini. Pun begitu, apabila berlaku penjagaan sementara, ia mestilah dengan kebenaran Mahkamah Juvana.



Eh mana Menteri? Mana Pasukan Perlindungan Kanak Kanak yang disebut dalam Seksyen 468 akta ini?

Monday, March 29, 2010

:: BERUSIA 17 TAHUN, MENGANDUNG 5 BULAN DAN HAMPIR DIROGOL BAPA SENDIRI.

Satu operasi dijalankan pasukan polis dari cawangan D7 IPK Johor bermula jam 11.30 malam tadi.

Aku masih tak tidur lagi sejak jam 11.30 malam tadi hingga sekarang sebab baru habis operasi kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan untuk menyiapkan story ini.

Ia turut membongkar kisah seorang remaja berusia 17 tahun bekerja sebagai GRO dan turut didapati mengandung lima bulan biarpun belum mengikat tali perkahwinan.

Sedih kisahnya kalau didengar dengan fikiran yang positif. Tanpa bimbingan dari seorang lelaki bernama ayah, hidup terumbang ambing, ditinggalkan teman lelaki yang tidak bertanggungjawab, hidup remaja ini berakhir di premis hiburan tanpa mengetahui akan masa depan anak yang dikandung.

Aku akan update cerita ini nanti.

Sunday, March 28, 2010

BLOG AND HANDLING SEWEL.

My first ever computer was in 80's yang masih gunakan DOS sebagai sistemnya, dan untuk start up perlu menggunakan floppy disk 5.25 inches yang hari ini, pastinya bebudak black metal kalau tahu akan kewujudan floppy disk tu pasti mahu menjadikan ia sebagai loket rantai mereka. Ia menggunakan tema warna yang sama dengan kumpulan Black Metal. Amat sesuai.


Gedabaknya floppy ni bagaimanapun tidak menjadi masalah kepada pengguna sebab zaman tu masih ada lagi seluar sarung nangka atau baggy pants yang poketnya sama besar dengan jubah BAI jual roti.



Dan ya, sekarang ni pun ramai yang pakai ala ala baggy pants, tapi aku masih keliru pasal apa nak pakai seluar macam gambar atas ni? Adakah sebab material jeans yang dipakai terlalu berat? Poket seluar berat disebabkan isi yang banyak? Atau tak mustahil mereka sebenarnya recycle seluar bapak mereka.

Kenapa depa perlu tunjukkan seluar dalam mereka, aku tak tahu dan aku belum ada niat lagi untuk tahu memandangkan mereka sama jantina dan preference aku masih lagi termaktub pada yang dijadikan dari rusuk kiri lelaki.

Dan pada akulah, dah alang alang pakai camtu, takyahlah pakai jeans tu kan. Pakai jek lah boxer jalan ke mana-mana.

It was my elder brother's desktop computer, yet aku yang paling banyak menjahanamkan. My sense of curiousity amat tebal masa tu, di mana aku sudah berada di sekolah menengah.

I can't remember much of the system configuration tetapi yang pastinya akulah yang berjaya membuatkan desktop pc tu tak boleh hidup dan aku berjaya menyusup keluar tanpa mengaku akulah culprit yang menjahanamkan desktop pc tu. Haha.

Aku rasa abang aku pun takkan kesah dah akan hal pc tu, maka confession aku tu kira akan diampunkan walaupun agak lewat sikit. Sikit.

Memori pasal desktop tu agak samar, mungkin disebabkan terulit dek fear masa tu maka aku telah menaip command delete pada otak aku.

Jangan terkejut, aku sangat pandai dengan command DOS... pada masa tulah. Now, the only DOS yang aku pandai ialah DOSa.

Anyway, years after that I was introduced to Mirc. Tapi aku tak suka Mirc. Sebab it sucks. The disconnection, the flood, the spamming, the invites.

 Especially when there are losers yang prying the net, mirc in this case to find their soulmate. Sungguh fuck. And what is more annoying is when they start with "asl please".


It took me several months to understand what the heck asl is. Haha. I thought it was an acronym for 'asal'. Hahah..

But, be surprised, a friend of mine did found his soulmate through mirc! And they live happily ever after, despite the bunyi pinggan mangkuk and kuali and sudip too.

Anyway, thru mirc, you may find nuts and good for nothing chatters yang pantang kena tegur. They definitely are the kind that is gemuk, takder life and most of all takde kawan langsung dalam hidup kecuali pretending to be some hot six pack chap altho in real life, they look miserably worst than otak otak belum dibakar.

The only usage of mirc for me is to leech mp3 songs altho using dialups, lebih lambat dari tunggu giliran kat hospital kerajaan.

Itu dulu. Sekarang banyak rumah dah ada internet access and it is how we use it for the betterment of our life. Tapi aku tau, ramai yang google porno, punggung, buah dada, gambar bogel dan pelbagai lagi.

As long as it does NOT disturbs me, I am fine with it, well at least you are satisfying yourself with your finger walaupun you know you can always use your hand kan, you know what I mean.


Untuk mereka yang tidak mempunyai internet akses.

And now, there's web log or in present terminology - blogging for everyone. It is another form of communication to the rest of the world, without boundaries.

I found many interesting friends thru blogging after being introduced to this media by Saniboey.

I had the opportunity to meet some of the wonderful bloggers, and it surprises me sebab most are them are professionals. I have lecturers, lawyer, journalists, entrepreneurs and students too, reading this blog.

On the net, they let their hair down and I love them.

Tapi, throughout the experience of blogging, walaupun I can handle stupidity and annoying readers, I must admit I can't handle those with unsound mind.

I know, I love my sarcasm and you do too.

Yet, bila ada blogger yang tersalah tafsir the meaning of blogging plus with his unsound mind, ia akan menjadi lebih buruk. He is no longer a blogger, he is a spammer, and we should forward his spamming to ISP. The last time aku check, he is residing in Pahang and hopefully people residing around him dah pulaukan dia sebab dia merasakan diri dia Nostradamus dan merasakan dia lebih tahu kiamat akan berlaku pada 2012. Hahaha. Dan mungkin atas asas kepercayaan dia bahawa kiamat akan berlaku pada 2012, dia menggalakkan semua lelaki untuk kahwin lebih di Siam melalui dia. hahahaha..

Bukannya dia mengajak semua orang insaf, penuhkan masjid, jangan ringankan solat, tapi budak sewel ni suruh semua lelaki pegi Siam dengan dia. Hahahah.. Sungguh sesat budak sewel ni.

“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui”. (QS. Al A’raf : 187)

Mungkin kemunculan budak sewel ni sebahagian dari huru hara? Wallahualam.

Tapi aku tak terkejut kalau satu hari nanti dia mengaku dirinya sebagai nabi. Hopefully he will sebab bila dia dah kena tangkap, aku dah ada bahan untuk story background ! Exclusive lagi!

Dan terbaru, dia menuduh Mazidul Akmal Sidik menentang perkahwinan budak bawah umur dan menganggap Mazidul penentang agama Nabi. Komen itu disimpan dan tidak dipublish kan. Aku harap Mazidul akan buat laporan polis dan biar polis tangkap budak sewel ni dan masukkan ke dalam hospital gila. Kat sana nanti, dia boleh nyanyi lagu Search sambil terlentang dan meniarap. Dan kalau orang tanya kenapa buat macam tu, jawab jek, tadi Side A, sekarang Side B.

Puas orang gelakkan dia, tapi dia tetap tak reti bahasa. You are NOT needed here, and let me tell you this, bila orang dah tak publish kan your spamming, that is a clear signal that you are NOT needed anywhere here or di mana mana blog orang lain.

Walaupun tingkah laku mamat sewel ni menjadi bahan lawak paling best pada aku, tapi aku kesian kat orang lain yang terpaksa delete kan komen dia. Haha.

Hahaha. Aku tergelak sebab budak sewel ini jugak menulis pada Namawee dan turut memanggil that fucker sebagai YB dan meminta untuk membebaskan Malaysia sebab agama Islam tak asli. Sewel tak?

Tuesday, March 23, 2010

ADAKAH PETUGAS JABATAN KERAJAAN KASAR DAN DIHARAMKAN UNTUK SENYUM?

Ramai yang sering merungut mengenai tahap khidmat pelanggan yang diberikan kakitangan kerajaan.

Kita tak perlu membandingkan mutu khidmat pelanggan jabatan kerajaan dengan mana-mana negara termasuk negara maju kerana hakikatnya dan realitinya, apabila kita dibayar gaji, ia adalah amanah kepada kita.

Namun, aku percaya tak semua yang bersikap demikian. Ada yang bertugas dengan baik dan perlu diberi pujian.

Tetapi berapa peratuskah yang berbuat demikian?

Adakah rakyat sudah berpuashati dengan mutu khidmat pelanggan yang diberikan kakitangan kerajaan?

Adakah mutu khidmat mereka ditahap terbaik hanya berdasarkan pilih bulu?

Jika ya, apakah akan jadi pada penoreh getah, anak pemandu teksi, buruh, pekerja angkat sampah?

Tapi tak semestinya mereka penoreh getah akan diperlakukan sedemikian.

Ini kisah benar yang dikongsikan dengan aku baru-baru ini dan berlaku di CIQ Tambak Johor.

Status 'mangsa' ialah seorang pegawai kanan kerajaan bergelar Datuk.

"Saya baru pulang dari Australia bersama rakan-rakan dan dalam kereta yang saya naiki tu adalah anggur saya beli sebagai buah tangan."

"Tiba di Checkpoint Malaysia, kenderaan kami diperiksa beberapa wanita muda berpakaian preman," kata VVIP itu. Tanggapan beliau, mungkin wanita muda itu baru diterima bertugas dengan Kastam Diraja Malaysia.

Tanpa memperkenalkan diri, VVIP itu memahami tugas pegawai terbabit memeriksa semua barangan dalam kenderaan yang dinaiki. Aku ada bertanya, kenapa tak kenalkan diri sahaja, kan senang. Mudah sahaja jawapan VVIP itu, tak perlulah, kita semua sama, dan mereka pulak menjalankan tugas mereka. Dan kalau kita buat macam tu, bermakna kita tak menghormati tugas mereka.

Aku setuju.

Selepas memaklumkan kepada pegawai wanita terbabit tentang anggur yang dibawa, pegawai wanita terbabit beredar ke arah pejabat tanpa meminta atau mengarahkan kotak berisi anggur diturunkan untuk diperiksa lanjut. Bagaimanapun, VVIP berkenaan diminta menunggu.

Selang beberapa minit, pegawai wanita terbabit kembali bersama seorang pegawai lebih tinggi. Sebaik tiba di kenderaan VVIP itu, terus pegawai itu memarahi VVIP itu dan mendakwa VVIP berkenaan tidak mematuhi arahan pegawai wanita terbabit untuk menurunkan kotak berisi anggur dari kenderaan.

"Masa pegawai perempuan tu check, tak ada pulak dia suruh saya turunkan, jadik saya tak turunkanlah. Tetiba, bila pegawai lelaki tu datang, saya pulak kena marah, dia kata tak payahlah tunggu dia datang untuk suruh turunkan kotak berisi anggur tu." Datuk itu menyambung ceritanya pada aku.

Melihatkan keadaan itu sungguh tak manis, salah seorang penumpang dalam kenderaan itu, yang juga seorang pegawai kanan kerajaan, terus menegur pegawai kastam itu:

"Encik, yang encik marah tu ___________, Datuk _______," pegawai terus tercengang walaupun sebelum itu VVIP berkenaan berkali kali meminta maaf dengan pegawai itu dan menyatakan ketika pemeriksaan awal, beliau tidak diarahkan untuk menurunkan kotak berisi anggur itu. Dan akhirnya, pegawai kastam itu tak cukup tanah, pasir dan batu kerikil untuk meminta maaf.

Simple kan. The magic word is courtesy. Being courteous. Susah sangat ker?

Dan aku sendiri setuju, especially pegawai imigresen yang duduk dalam kotak kotak kecil di pusat pemeriksaan imigresen di Tambak Johor pun lagi teruk.

Wajah mereka sungguh mengelirukan. Kenapa? Kerana, aku sudah berkali kali berulang alik ke Singapura, dan tak kiralah apa masa pun, waktu puncak, tak puncak, muka diaorang sepesen jek, muka macam kerja tak dapat gaji sepuluh bulan. Banyak kali, aku ucap salam dan senyum, tapi balasan mereka, tetap sama, macam aku penduduk setinggan tumpang lalu kat tuan tanah. Aku rasa tuan tanah zaman sekarang pun dah molek kot. Itulah, tengok cerita P Ramlee selalu sangat.

Dan kadangkala aku rasakan wajah mereka bagai tak redha sebab kena duduk dalam kotak kecil itu. Mungkin dalam tanggapan mereka, apabila diterima kerja di Jabatan Imigresen, mereka mengimpikan duduk di airport besau, dan bukan di kotak kecik di Tambak Johor. Mesti tak sampai hati kan nak beritau orang kampung. lols.

Tapi, aku rasa hemah mereka ketika mengambil dan memulangkan passport kita lebih kecil dari kotak itu. Lebih kecil, sekecil-kecilnya. Mungkin cara mereka dibesarkan kurang menitikberatkan cara berhemah dengan masyarakat kot?Atau kurang susu masa kecik dulu?

Kalaupun kita cakap terima kasih pada mereka selepas passport kita diperiksa, percayalah, kalau nak dengar mereka cakap terima kasih kembali atau sama-sama, bagai membaling bola untuk dimasukkan dalam tin di funfair, tak pernah dapat.

Senyum? Lagi tak payah. Ia bagai nak tunggu kena loteri walaupun kita tahu kita tak pernah tikam nombor.

Mungkin pada aku, dalam SOP mereka, sudah tertulis, DIHARAMKAN SENYUM PADA PELANGGAN. Mungkin, mana kita tahu. Kita bukan keja gomen kan.

Dan akhirnya, sekarang kalau aku ambil balik passport dari pegawai imigresen yang sudah memeriksa dokumen aku tu, aku terus ambik dan langsung tak senyum pada diaorang sebab AKU PUN DIHARAMKAN UNTUK SENYUM PADA MEREKA. lols. Ohh, aku pun dah tak cakap terima kasih dah, sebab dah kering dah buih kat mulut cakap terima kasih dulu tapi macam cakap kat tembok, maka anggaplah mereka dah dibayar untuk buat kerja tu, maka buatlah kerja tu dan kita tak payah cakap terima kasih pada mereka. Gaji kan dibayar, bukan diaorang kerja sukarela. Kan?

p/s: lupa aku nak tulis. Untuk orang sewel, mana-mana cucu pada atuk atau moyang yang masih hidup mahupun sudah takder, ini bukan blog nak cerita kau nak takeover Malaya ke, nak takeover spaceship ke, nak takeover apa apa lah. Kau ada blog sendiri kan? Pegi tulis kat blog kau. Jiwa kacau, banyak betul bisikan kat telinga kau tu kan. Ehh tapi kalau depa bisik nombor, beritau aku ehh. lols lols lols lols

Saturday, March 20, 2010

GRO WARGA FILIPINA DICEKUP JABATAN IMIGRESEN.


Dua belas GRO warga Filipina berusia antara 22 dan 29 tahun, dicekup Jabatan Imigresen Johor malam semalam.

Operasi bermula jam 9.30 malam disertai 10 pegawai penguatkuasa jabatan itu.

Pemilik premis ini bagai mencabar undang-undang kerana dianggap berani menggajikan wanita terbabit biarpun mengetahui ia satu kesalahan mengikut Peraturan Imigresen.

Semua yang ditahan didapati melanggar syarat pas lawatan sosial.

Comel tak? Aku tengok, langsung tak. Tapi bila dah gelap, dah mabuk, semua jadik cantik. Hahaha

Lokasi serbuan terletak di Taman Nusa Bestari Dua, Johor Bahru dan agak tersorok dari jalan utama. Pun begitu, sepandai pandai tupai melompat, meriba dan bergoyang..

Friday, March 19, 2010

SEWEL, KEKURANGAN SEKS, MENTAL SERTA KEKURANGAN SUSU BADAN.

Seriously, masa demam ni, cerebrum aku agak kurang berfungsi dengan normal.

Maka, apabila cerebrum aku tidak berfungsi dengan normal, aku mulalah meracau, mengigau, mimpi bukan bukan.

Ini disebabkan temperature yang meningkat sejak beberapa hari ni.

Alhamdulillah, mak gegula menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh dan masa inilah mengada-ngada aku yang dah lama aku simpan terserlah. Mulalah aku mintak bukan bukan kecuali daging rusa. Itu belum lagi.

Tetapi yang penting, demam tak selalunya berpanjangan. Maka tidaklah aku sewel, tak nampak macam lelaki kekurangan seks dan kurang susu badan.

Realiti itu bagaimanapun tidak dikongsi oleh sikap terbaru pembaca bernama Ibnu Marzuki yang tahap mentalnya sungguh depleted. Cerebrum budak ini aku rasa tidak pernah berfungsi.

Aku tak mahu cerita banyak banyak sebab tak guna melayan budak setan sekor ni. Dari cara komen yang ditulis dalam beberapa entry aku sebelum ini, aku percaya dia kepinginkan seks ganas, seks threesome, dan seks luarbiasa.

Yang kelakar, sungguh dan sangat kelakar, dia pernah menyuarakan kebodohan hasratnya untuk saman aku, Mazidul Akmal Sidik dan Ustaz Khalil (kadikluang) kerana "kami tak sanggup hidup bersama dia". lols lols lols

Dan aku pula masih menunggu hasratnya untuk menyaman aku sebab aku dah standbykan the best lawyer untuk buat application pertama di High Court: Yang Arif, sebelum pengurusan kes dilakukan, kami ingin memohon agar plaintif diperiksa tahap mentalnya supaya tidak menyalahgunakan proses mahkamah ini.

Untuk cerita lanjut mengenai budak tak cukup akil baligh ini, sila rujuk entry ini.

Hakikat lain dari corak penulisannya, budak ini mendambakan perhatian dari seorang lelaki biarpun pada masa sama, dia mahukan seks luarbiasa. Percayalah. Gunakan google search di blog aku ini untuk membaca komen tak sihat dan jiwa kacaunya.

Aku tak tahulah bila nak insaf, tapi sebagaimana aku buat 999 malam tadi, soalan aku pada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif mudah: apakah tanggungjawab masyarakat yang mempunyai anggota keluarga with unsound mind. Inilah jadiknya.

Terbaru, dia pergi semua blog yang aku link di sini dan di kalangan pembaca blog ini dan menulis panjang lebar macam buat posting baru. Dia meracau. Sawan dia dah datang.

Sawan ni periodic. Bila dia siuman sekalipun, aku lihat komen yang ditinggalkan masih ada lagi sisa sisa sawan, dan apabila bapak segala sawan dia datang, habis semua character kat keyboard dia tekan. Hahahah..

Mulai hari ini, kita panggil dia BUDAK SAWAN. Senang nak buat reference. lols lols.

Wednesday, March 17, 2010

WHERE IS SUDIN AJAIB?

 .





















































                                                                                        memperdayakan ramai


















katanya.





                                                tidak pernah tersedar









.

Betul tak fakta yang aku tulis?

Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, March 16, 2010

LOSER. ARE YOU A LOSER?

There are just too many ways, to define a loser. Sometimes I could be one too.

Tak perlu gemuk, tak perlu handsome, tak perlu hodoh pun boleh jadik one big loser. Right? Yes.

But, when you are ugly, fat, muka banyak terkopak, bulu hidung menjalar jalar bak kangkung melata atas tanah, definitely selepas dipanggil loser, it means a lot too. Sungguh bermakna. Ia penambah ajinomoto kepada gelaran itu.

"Dahlah hodoh, and he is such a loser too," kata orang.

"Dahlah bau badan busuk, loser pulak tu," kata orang lagi.

Maka, the definition of loser ni akan menjadi lebih teruk jika ia turut ditambah dengan faktor fizikal yang sememangnya sudah di define kan sebagai loser.

To me being a loser ini senang. Antaranya tak boleh ditegur, tak boleh diberi nasihat untuk memperbaiki diri, dan sudahpun dinasihat tapi tak ubah ubah. Itu the biggest loser. Ever! Nak jadik loser ni takyah Nostradamus telek pun dah tahu.

Cara kehidupan kita kekadang menunjukkan bagaimana kita berjaya achieve what we want, dan normally loser secara ketara hidup pada takuk yang serupa sejak dulu, kini dan selamanya.

Dan lazimnya, loser memiliki natijah sifat yang sungguh jelek dan keji dari tanda halal tiruan di supermarket. Snobbish jugak adalah sifat terbaik semulajadi losers. Mereka rasa mereka tinggi dari pokok kelapa di kampung. Maka mereka juga lebih tinggi dari manusia lain.

"Dia tu memang tak betul, dan kawan dia pun tak betul, dia ni, dia tu, dia dia dia dia dan dia semua tak betul," itu antara ayat standard losers yang sentiasa menganggap semua orang di sekeliling mereka tak betul. Mereka sahaja yang betul. Sentiasa.

Losers tidak memiliki keinginan untuk berubah. Tetapi mereka memiliki keinginan (read: angan angan) untuk menjadi berjaya seperti orang lain. Mereka lebih suka berangan dari berusaha, sehingga hilang fokus hidup. Jangan cerita objektif hidup. Mereka ni biasanya banyak sangat objektif, sampai tak tahu mana satu.

While we are climbing our way to success, losers biasanya akan berada di permukaan yang sama, dan tidak akan maju sampai bila bila. Losers biasanya akan lebih tertumpu kepada ganjaran yang boleh dimiliki tetapi tidak pernah fokus - bagaimana untuk mengecapi ganjaran. Mereka lebih sibuk berangan manakala kualiti kerja sangat mengecewakan dan hari hari bercakap mengenai ganjaran tetapi kualiti kerja macam haramjadah.

If they are being pressured, they will withdraw dan go to other place and start doing the same thing all over again which is being a loser. Dan tak lama kemudian, kita akan dengar, this loser sudah berhenti dan pergi ke tempat lain, sebabnya - semua orang kat tempat lama dia, tak betul - itu ayat pertama yang akan keluar dari mulut losers.

When we done wrong, we correct it. Bukan jadikan ia sebagai sebahagian dari habit. Tapi loser biasanya akan menjadikan ia sebagai habit sebab they are just losers!!

To losers, may you rot in hell.

Monday, March 15, 2010

JANGAN TENGOK GAMBAR INI. TOLONG JANGAN TENGOK.


Tak, aku dan Fenda bukan merakamkan nyanyian kami sebab kalau kami buat begitu, tentu sekali akan kiamat. Mungkin jugak kami sedang buat alihsuara cerita Ultraman atau Doraemon. Ok, aku nak jadik Giant.

Saturday, March 13, 2010

I BROUGHT RM30,000 CASH.

Aku: "How much are you being paid for the job?"

Gadis: "I am not working, I have my own money."

Aku: " When did you arrived in Malaysia?"

Gadis: "November."

Itu jawapan seorang dari gadis Filipina yang ditahan bersama-sama empat lagi rakannya di sebuah kondo di Mount Austin.

Mereka sanggup melompat keluar dari tingkat empat sehingga ada yang cedera sebaik menyedari pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen berada di depan pintu rumah.

Ditanya lagi, bagaimana gadis itu mampu survive di Malaysia sejak November lalu, ini jawapannya:

"I brought RM30,000 with me from Phillipines."

In Ringgit Malaysia? Aku tanya untuk mengesahkan.

Yes, in Ringgit Malaysia.

Logik? Let's say gadis itu menggunakan RM100 bill. Berat begnya kan, dan tentunya akan ditahan pihak kastam kerana sesuatu yang mencurigakan.

Itu adalah satu skrip yang sangat menipu.

Mengikut Akta Kawalan Pertukaran Matawang Asing 1953, penduduk mahupun bukan pemastautin negara ini dibenarkan membawa keluar atau masuk wang Malaysia tidak melebihi RM1,000 setiap seorang.

Aku tanya lagi: "So, how much of money do you have now?"

"I only have RM10, 100 yuan and 10 Singapore Dollar."

"If you are not being arrested today, how are you gonna survive?"

Sebelah kiri, gadis yang dimaksudkan berusia 23 tahun.

"I can ask my family to send me more money using Western Union." Bijak tak jawapan? RM30 ribu dihabiskan dalam tempoh lima bulan. Dan tentu sekali dia sudah tinggal melebihi tempoh.

Untuk rekod, gadis ini menghadapi denda hingga RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali, atau kompaun sehingga RM3,000 jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959 / 63 kerana tinggal lebih masa.


"Lets call your family now and get them to send more money to bail you."

"Cannot, because my handphone battery is out already."

Itu jawapan yang diharap dapat mengelak dari terus ditanya. lols.

Ini adalah kebiasaan bagi wanita warga asing terutama Filipina untuk mengelak dari dikenakan tindakan pihak berkuasa kerana memperolehi pendapatan tanpa permit yang sah.

Mereka dipercayai bekerja pegawai pelayan pelanggan atau GRO di sebuah kedai minuman ala pub di Mount Austin dan berjaya ditahan selepas berlaku adegan kejar mengejar di bahagian parkir kondo itu.

Apabila diperiksa, cop di passport empat dari lima gadis Filipina itu didapati mencurigakan dan jam 4.30 pagi tadi, kesemua mereka dihantar ke Pusat Tahanan Pendatang Tanpa Izin Antarabangsa Pekan Nenas, Pontian.

Manakala gadis yang mengaku membawa wang tunai RM30,000 ketika memasuki Malaysia November lalu, mendakwa passport hilang.


 Dan kepada kak nam kak nam dan mat mat tarap berimaginasi tinggi terhadap gadis pertama tu, mintak ampun, sebagaimana "Noni" dalam siaran 999 Khamis lalu, aku TIDAK ada nombor telefon mereka, maka tak payahlah sesiapa nak bersusah payah sms kat aku mintak nombor telefon mereka. Aku bukan bapak ayam. Aku gegula.

In the meantime, aku nak siap siap untuk perjalanan ke Muar.

Thursday, March 11, 2010

UPDATED: GURU AGAMA KENA CEKUP BERKHALWAT.

"Tak kak, saya duduk sorang sorang jek (di rumah ni)."

"Saya tak pernah bawak lelaki masuk rumah ni kak."

"Saya tinggal sorang jek kat sini. Cari kawan serumah tapi tak dapat dapat lagi kak."

Itu antara jawapan seorang guru agama berusia 27 tahun ketika disoalsiasat pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor awal pagi tadi di Taman Rinting, Johor Bahru.

Sebelum itu, pegawai penguatkuasa JAIJ terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum pintu dibuka.

Ketika berada di dalam rumah, pegawai penguatkuasa, Kalthom Abdullah yang aku kenal sejak 1994 itu amat berpengalaman, maka dia berbau ikan - smell something fishy.

Aku pun dah agak dah, sebab ada kesan hitam di dinding dan pintu loteng di siling bersebelah bilik kedua dan ketiga rumah itu terselak sedikit.

Apabila pemeriksaan dilakukan, confirm si teman lelaki berusia 28 tahun menyorok di loteng rumah sewa guru agama itu.

Berpeluh peluh, sampai bercalar badan lelaki ini. Mesti kelam kabut naik ke loteng tu.



"Saya tak buat apa apa kak."

"Dia datang cuma nak jenguk saya."

"Abis, kondom ni siapa punya?" tanya Puan Kalthom yang lebih akrab dipanggil Kak Som.



"Kondom kawan saya punya, saya kutip buang dalam tong sampah." lols lols. lols. Sungguh mulia kan. Tapi sebelum pegawai penguatkuasa terjumpa makhluk di loteng, dia mendakwa tinggal di rumah itu seorang diri.

Dua kondom yang sudah dipakai (read: baru dipakai) turut ditemui, 'sarat' dengan benih.

Guru terbabit bersama  pasangannya ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan menghadapi kemungkinan didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali.


In conclusion my dear readers, better be safe than sorry. But in this case, aiyah, manyak sorry ahh.

Wednesday, March 10, 2010

FIRST TIME EVER - PREMIERE !! TAG 888

All my life, well let me check, ermm.. one two, four, thirteen, ok it is twenty one years now, I've never been tagged.

What on earth is tag? Geotag? Luggage tag? Aiyah.

A fellow blogger (read: yang bakal menyediakan katil, tilam, bantal, kenderaan dari airport apabila aku di Norway), has tagged me.

Naz of Norway had tagged me, and aku rasa macam something fishy sebab macam aku sorang jek lelaki. Ai terasa seperti wanita ok. Hahah.

Anyway, the rule of the tag is simple, yeah, nasib baik bukan gambar orang lain, kalau idak. Hahaha.

The rule is:

1. Go to your photo files.. select the 8th photo folder - DONE. (doa doa, jangan gambar awek.. lols atau some girls in bikini.. fuh fuh fuh)
2. Select the 8th photo in that folder - DONE. (fuhhh lega..)
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.


So, here's the picture ->

Apa cerita gambar ni? Comel? Ya, comel. Aku punya.

Ohh we were at this popular eatery at Jalan Masjid Sultan of Singapore sebab kemaruk nak makan murtabak padahal macamlah kat JB ni mamak semua dah kena halau balik sebab bau badan busuk.

The murtabak is ok ok. But mungkin dia kemenyan lebih, so kami selalu makan kat situ.

Ini posing Honey aka mummy of all gegula ala ala manja dalam cubaan dia untuk memukau aku untuk membeli beg LV di Singapura tetapi aku berjaya menangkisnya menggunakan ilmu yang baru aku pelajari.

Tapi percayalah, kami berdua tidak menyertai mana-mana tarekat atau mengalami defisit mental. lols.

This picture was taken in Sept 2009. Sungguh lama dah.

Ok now let me tag 8 bloggers, sape yek, takkan lah that.. hahahaha tak mungkin, tak mungkin. Tidakkk.. dia ada bela jin.

1. Lord Zara
2. Itafukada
3. ninoz
4. Vic Diana
5. Azhar Abdullah
6. Zakiah Ponrahono aka taktaunaksebut
7. Raziff Lokman
8. Mazidul Akmal Sidik
9. Eh 8 jek ehh? Sembilan takleh ker?

Bagaimana Menangani Mental Disorder.

Aku sungguh terharu kerana ada seorang blogger biarpun mengalami mental disorder tetapi sanggup bersusah payah memaparkan gambar aku di blognya yang tak ada manusia pergi. Mungkin blognya itu dikhususkan untuk jin semata mata.

Mengalami delusion adalah satu penyakit yang agak kronik kerana mulalah mendengar bisikan bisikan dalam kepala. Haha.

"Tulissss.. ohh manusia.... uhhhhh.... tulissssss....(sila guna effect suara jin dalam movie Ahmad Albab)," mungkin itu bisikannya. Hahaha.

Selain mental disorder, dia jugak memiliki sifat ujub yang amat tinggi. Aku sungguh kesian dengan manusia seperti ini, dan kalaulah aku diberi peluang, aku nak sangat memberikan bantuan untuk ubatannya. Lebih kepada simpati dari benci sebab bila ada orang sakit, kita perlu berikan bantuan. Dan semua orang kena tahu, sakit macam dia tak boleh bagi plaster jek atau panadol. Memerlukan perhatian berpanjangan.

Dia aku mula nampak di blog Mazidul Akmal Sidik, dengan komen yang sungguh tak cukup umur menghentam the blog author dengan kata kata takbur melalui entry Perhimpunan Lancar. Sila lihat ruang komen entry itu. Hahaha. Terencat sungguh budak ini. Apabila aku gelakkan dia, dia letakkan gambar aku kat blog yang entah apa apa dia tu. Hahaha. Itu cara dia membalas dendam. Tak besh kan. Taknak kawan dengan dia tau. Mak kita marah tau. Assalamualaikum, tak jawab dosaaaaaaaaa. Hahah

Dari cara penulisannya, aku anggap dia seorang yang kekurangan perhatian sebab dulu kecik kecik tak puas menetek susu ibu. Kesian. Ramai spesis seperti ini di lembaran blog. Mungkin satu hari, mau sahaja aku menulis novel mengenai karektor ini. Itu satu penghormatan. Hahah. Ok takper, aku serahkan pada Zara untuk menulis. Hahaha.

Aku ingatkan dia berhenti di situ sahaja.

Rupanya, seorang kadi yang dulunya Ketua Penguatkuasa dan Pendakwaan Jabatan Agama Islam Johor turut dijadikan habuan mental disorder nya. Hahah, kesian Ustaz Khalil. Hahah. Memanglah angin satu badan tok kadi tu, ada ke budak mental disorder ni pi advertise pakej nikah kat Siam kat blog orang tua tu. Hahaha.. Hahahah.. Mental tak? Hahahah.Hahahahah.. Gulung tikarlah Jabatan Agama camni. Hahahaha...

Nasib baik Ustaz Khalil cool. Hahah..


Rupanya, mamat mental disorder ni adalah antara penghantar sms terbanyak pada hotline 360 berdasarkan komen Mazidul di blog Ustaz Khalil ni. Hahahah.

Sesungguhnya mamat tak cukup umur pada bahagian neuron otaknya ini mengalami maladaptive.

Tingkah lakunya menunjukkan dia mengalami defisit ketara pada kelakuan adaptif seorang individu.

Hari ni dia bukak blog pi kahwin kat Siam, esok dia bukak mazhab baru. Tak mustahil. 

Ok takper, aku tak marah. Aku tak benci tetapi aku gembira kerana selain aku, ada lagi manusia yang mampu membuatkan orang ketawa. Tapi aku nak nasihatkan, jangan ajak dia pergi gathering sebab nanti dia ajak semua orang pergi nikah kat Siam walaupun semua orang dah kahwin, termasuk orang perempuan.

Hahahahah.. what a wonderful life. Colourful sungguh.

Dah jangan nangis, pergi makan ubat. lolssss.

In the meantime, lets help him live in peace. Click here.


Nota Tambahan (bunyi macam buku teks sekolah rendah tak?) : Since blog ini menjadi tempat kanak-kanak kurang akal dan mental retarded datang menagih susu ibunya, maka aku terpaksa moderatekan komen-komen korang semua. Tengok betapa pesakit mental macam ni menyusahkan dunia, dah tak pasal-pasal korang yang aku sayang terpaksa menempuh segala onak halangan dalam mengkomen blog aku yang indah ni kan. Tapi takpe, kita bagi dia chance pergi menetek di Siam dulu puas-puas, kemudian mungkin dia takkan kacau hidup kita lagi. Hahaha. Ternyata mental.

Tuesday, March 9, 2010

RERUN: BERKONGSI RASA, MENYELAMI DERITA.

Entry ini sudahpun di publish sebelum ini, tetapi aku rasa ia harus dipaparkan sekali lagi untuk mereka yang terlepas akan cerita ini.

Ini bukan kisah berapa banyak duit kita boleh dapat, ini bukan kisah apa kereta kita nak beli, kasut apa kita nak pakai dan sofa apa yang kita nak beli.

* * * * *

Kami baru sahaja selesai menjalani penggambaran program Bersamamu di Taman Desa Jaya, Johor Bahru, mengenai seorang adik kecil berusia 4 tahun suffering from Leukemia tahap pertama.

Simpati pada kanak-kanak ini. Pada ketika masih lagi bertatih mengejar kehidupan, Aqil Putra terpaksa hidup dengan penyakit Leukemia.

Diharap, paparan kali ini dapat berkongsi dengan penonton, sedikit rasa; menyelami derita si kecil ini.

Redup sungguh pandangan mata ibunya ketika kami menemuramah, namun aku pasti tidak semendung hatinya, mengenang akan nasib anak bongsu dari tiga beradik itu.

Airmata sudah hampir kering, hanya ketabahan yang bersisa menyusuri hari hari bersama si kecil.

Dua minggu lagi Malam esok, pastikan anda menonton kisah Aqil Putra, 4 tahun dari keluarga susah melalui program Bersamamu. Kalau ada rezeki, pahatkan dalam hati untuk menderma kepada keluarga ini.

Adik Aqil Putra terpaksa menggunakan topeng muka bagi mengelak habuk ekoran tubuhnya yang tidak kuat melawan penyakit. Dilihat di sini bersama wartawan Bersamamu, Rosyafina Roshidi yang bakal mendirikan rumahtangga 19 Mac ini. Selamat Pengantin Baru in advance Fina!


Alhamdulillah, banyak tangan dihulur, meringankan beban keluarga ini. Dapatlah yang memiliki lebihan rezeki tu, berkongsi rasa, menyelami derita mereka.

Teman sepermainan Aqil Putra hanyalah abang dan kakaknya. Hanisah, 10 tahun dan Arif Putra, 9 tahun.

Pada ketika rakan sebaya girang bermain di mana sahaja, laman rumah menjadi tempat permainan buat Aqil Putra dek penyakitnya itu.

Adik Aqil Putra selalu impikan untuk bermain di taman permainan, bermain jongkang jongket, bermain buaian namun penyakit yang dihidapinya tak mengizinkan.Malah, satu-satunya laman permainannya ialah di Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan Johor Bahru, di mana dia perlu berulang alik sekurang-kurangnya sekali, setiap bulan.

Mainan lori, kereta, pistol dan senapang hanyalah idaman semata-mata, mimpi buat Aqil Putra. Di luar kemampuan kedua ibu bapa, apatah lagi keutamaan diberikan kepada makan dan minum keluarga.

Watak Sponge Bob di kaca televisyen sudah sebati buat Aqil Putra. Itupun ditontoninya melalui televisyen milik bapa saudaranya yang tinggal bersama. Jika tidak, sudah tentu, mainan Aqil Putra hanyalah dalam imaginasinya sahaja.

Wakil syarikat Beras Faizah selepas mendapat khabar awal dari kami akan minat Aqil Putra itu turut menghadiahkan Sponge Bob kepada Aqil Putra. Mungkin ramai lagi senasib dengan Aqil Putra, tak siapa yang tahu. Sungguh girang wajah Aqil Putra. Dapatlah ia mengukir sedikit senyuman buat si ibu melihat kegembiraan si anak kecil.

Keluarga Aqil Putra ini disarankan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Tiram, Datuk Haji Maulizan Bujang untuk dibantu melalui program Bersamamu. Termasuk keluarga ini, ia kali keempat kawasan Datuk Maulizan ini dibantu. Syukurlah, kerana tak semua wakil rakyat menjadikan Bersamamu sebagai favourite program buat mereka.


Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor, turut bersama membantu bergotong royong mengecat serta membersihkan rumah keluarga ini melibatkan 21 anggota dan dua pegawai.


Abang Aqil Putra, Arif Putra bersekolah di darjah 3 di Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Jaya 2 dan kami sempat merakamkan aktivitinya menyertai lumba lari biarpun dari pandangan mata kasar, dia tampak lesu, mungkin dek kemiskinan, tak mampu menikmati segala makanan berzat.

Namun ia tidak menghalang Arif Putra mendapat tempat kedua dalam acara 4 x 100 meter dalam acara sukan sekolahnya itu.

Mungkin asing buat Arif Putra akan kasut Nike, Adidas mahupun Power, kerana satu-satunya kasut sukan yang dimiliki adalah kasut sekolah. Itupun sudah pudar warnanya. Sudah berkali kali dilumurkan kapur ke kasutnya itu, agar tidak malu ke sekolah.

Kalaulah ada di kalangan pembaca yang simpati akan Arif Putra, sudilah kiranya menghulur tangan, mungkin kasut sukan untuk Arif Putra, sekurang-kurangnya motivasi buat si adik kecil ini terus bergiat dalam aktiviti ko-korikulum.

Manakala kakaknya, Hanisah, berat memikul tugas sebagai anak sulung dalam keluarga, menjaga dua adik kecil.

Bercita cita untuk menjadi saintis, mungkin ia tak kesampaian apatah lagi pelajarannya agak lemah tanpa sebarang bimbingan yang lebih baik.

Hanisah seorang yang cerdas namun kami lihat peranan pemakanan juga menjadi faktor penting dalam kehidupan anak kecil membesar dan kemiskinan keluarga ini membantutkan semua itu.

Harap harap pabila dipaparkan nanti, lebih ramai yang akan simpati, lebih ramai yang akan menghulur tangan membantu keluarga ini.

Kongsikan sedikit rasa, selami derita.
Comel tak mereka? comel sangat. Jangan lupa bersamamu malam esok (Rabu) jam 9.30 malam.

Note: Maklumat mengenai bagaimana untuk menghulur tangan meringankan beban akan disiarkan sepanjang episod malam esok.

CERITA TAK BEST. KALAU TAK SUKA, CLICK X ATAU TEKAN ALT F4 SERENTAK. INI BUKAN CERITA PANCUT MEMANCUT ATAU LALUAN BELAKANG.

Cerita ni memang tak best. Sungguh tak best. Ia tak sehebat cerita berjalan kaki sekilometer tanpa kasut dan menangis macam budak kecik tak dapat gegula kapas kat funfair.

Ia cerita gathering. Gathering yang tak sehebat gathering yang memerlukan kehadiran FRU dan banyak air terpaksa dipancut. Ya, pancut. Tak kira apa jua cara, ia tetap dipancut. Bunyi seperti blog budak menangis tanpa kasut? Melengas tak? Tak apa, tapak kaki dia lebih tebal dari tayar baru.

Seminggu sebelum 6hb Mac 2010, aku menelefon Sham Ondscene untuk melepak di satu lokasi rahsia dengan Shah Military of Malaysia berserta dengan jemputan khas, Mazidul Akmal Sidik. Kami berempat ni semuanya wartawan. Tak tahulah kalau ada definisi lain selain itu, sebab setakat ini, aku tidak lagi menulis untuk mana-mana ruangan hiburan hingga menghalalkan aku untuk menghambur serangan peribadi pada mana-mana pihak, terutama kalau aku tak dapat tempat duduk VVIP. Hahaha.

Dan akhirnya, selepas puas berbuih mulut, kami bersetuju untuk meng-gay-kan diri kami di Taman Rimba Komanwel yang letaknya tak sejauh rumah bapak mertua aku di Johor Bahru ni. Ya, aku memang suka duduk berhampiran dengan bapak mertua sebab itukan afdal. Senang kot bila nanti mak gegula tetiba meroyan "hantar saya ke rumah mak bapak saya", dan aku dengan muka sawi layu, akan kata "eleh, macamlah jauh bebenor, dah jangan nangis, pergi ikat rambut." Harap harap lepas ni kalau dia meroyan, tak adalah yang akan menambah cili atau asam keping mahupun daun saderi serta ketumbar suruh dia cakap "hantar I duduk London."

Terasa cuak jugak sebab dalam tempoh seminggu, manakala masing-masing sibuk mengalahkan Sherpas, aku bimbang tak jadik.

Tuntutan tugasan memerlukan masa kami banyak di luar dan kami hanya sempat berhubung melalui telefon atau sms sahaja. Dan Mazidul sendiri memahami betapa sibuknya (read: mesti dilihat sibuk sebab dia boss aku), maka idaklah dia mengganggu berbanyak kali, tetapi cukup menghantar sms. Susah nak dapat boss macam tu ok. Dan ya, itu ayat mengampu dan kekadang dalam hidup ni, kita kena mengampu sikit. Banyak nanti susah, jadik barah. Kalau nak tengok barah, tengok kotak rokok. Jangan hisap rokok ok. Rokok pemusnah hidup kita semua. Katakan tidak pada rokok. Hahah, sungguh plastik komen itu.

Dalam kesibukan itu, aku sempat menyelitkan Dunia Tak Pakai Kasut Zara, sebagai satu-satunya blogger wanita di kalangan penganjur yang empat tadi. Yelah, kami semua teruna (ehem, aku sorang jek ok, yang lain dah expired.. ok tak, aku pun.. puas?)

Dengan masa yang suntuk, kami berhitung hitung, paling sap sap soi pun, mungkin 15 hingga 20 orang yang datang. Itupun kalau sempat kautim dengan blogger yang sempat baca. Ada yang nyebut nak datang, tapi tonasinya kurang menyakinkan.

Mak gegula pulak sibuk bertanya adakah kita nak beli kain untuk buat baju sedondon yang tentunya aku membangkang seratus peratus. Tapi seingat aku, kami dulu pernah ada kain langsir warna merah yang tak digunakan lagi.

5 Mac aku sudahpun tiba di Kolo Lompor. Memang itu sebutannya. Cuba kau sebut. Jangan nak tipu. Eleh, konon nak slang omputih. Muka jawa. Tengok hidung tu sikit.

Alhamdulillah, Mazidul dengan rela hati membawa aku, Ezreen dan Azmizee (Boy) breakfast di Damansara setibanya kami di Kolo Lompor.

Aku tunggu jugak yang lelain termasuklah dari Kajang atau Pandan mahupun Putrajaya, haram tak offer. Dasar kedekut padahal stable kuda dan harta harta di luar negara banyak.

6hb Mac 2010
Jam 12.15 tengahari


Di Taman Rimba Komanwel, aku sedikit teruja (walaupun tidak ghairah) melihatkan sudah ada bloggers yang tiba antaranya Azieazah, Acu Sayang, Vic Diana, Kak Cik Seroja, Andy Lanun Perak, Hamka dan Azrul.

Sungguh bersemangat biarpun majlis bermula jam 3 petang.

Agaknya, jika aku datang tu pun dah kira awal, kiranya haruslah aku membuat andaian bahawasanya dapur mereka tak berasap untuk hari tu kerana sudah awal awal datang. Sangka baik, mereka dah siap siapkan lauk pauk dengan masak nasi khusus untuk sang suami di rumah.

Apapun, semangat mereka sebenarnya lebih kepada untuk bermesra dengan adik adik, abang abang, bapak bapak ibuk ibuk semuanyaaa...

Semakin hari meninggi, semakin ramai yang tiba dan aku sungguh tak sangka ada yang sanggup datang dari Melaka dan memulakan perjalanan seawal jam 7 pagi dan akan pulang pada hari yang sama.

Aku pasti kalangan pelajar dari UTEM seramai tiga orang itu turut menggunakan semangat yang sama ketika menuntut dan harapan aku, mereka akan menjulang kecemerlangan kelak. Four flat ok!

Aku telah diautomatikkan oleh saudara Mazidul Akmal untuk menguasai mikrofon maka itulah peluang aku melepaskan gian dan kemaruk aku selepas dah lama tak pegang mikrofon di public.

Semua sporting. Semua tak endah diusik kerana ia tak lebih dari usikan seorang adik bongsu (yelah, aku muda lagi apa dari korang kan), dan tidak langsung diingati, bak kata orang bagai ditulis di pasir pantai, dibawa ombak, hilanglah apa yang tertulis. Aku benci bila tulisan aku bunyi macam blog orang tak pakai kasut ni. Hahah.

Seronok aku. Ya aku seronok mengusik mereka walaupun aku ni menumpang kasih blogger tersohor lain. Namun aku langsung tidak memberitau mereka: I follow your blog, you follow my blog. Ya, aku lupa nak beritau itu.

Apapun, ia satu hari yang sungguh besh. Tak sangka biarpun ketiak aku menderu peluh keluar, namun ada yang sanggup berhimpit sebelah aku untuk bergambar. Baguslah masih ada tatasusila di kalangan kita, lantas tidak langsung berkata apa apa mengenai ketiak aku. Tapi aku pakai deodorant sebotol, takkanlah kan. Yelah, mungkin pada mereka, walau hangit kuhidu jua.

Kalau tanya aku, percayalah, ia bukan gathering untuk blogger tetapi family day sebab kami gang up macam dah 10 tahun kenal. Si kecil, si besar (ehem), dan si halus semuanya menjadi perhatian kami. Begitu jugak dengan si hot. Rugi kau, ada yang hot datanggggg. Tapi sedia maklum, aku hanya mampu menjilat jari. Jilat jari sebab makan rojak Ninoz lah. Sangka baik ok.

Mizzyn dan Out of My Mind pun muncul, justeru meningkatkan hormon lelaki aku. Begitu juga Zakiah, my first reader masa aku memula bukak blog ni bersama kawan dia yang memiliki gigi besi.

Mak gegula siap dengan tag "mak gegula" pun amat sporting dan mengizinkan aku mengusik blogger lain ketika diperkenalkan tanpa perlu mencebik apabila kami pulang ke Johor tempohari. Kira boleh buat lagilah. Huhu!! Line clear!! Dan jolokan B1 diharap tidak melekat pada mak gegula walaupun aku tahu dia mahu gelaran itu kekal. Ok tak, itu aku tipu tipu jek.

Banyak sungguh pictures captured dengan saudara Mazidul Akmal yang pertama sekali update diikuti dengan bloggers bloggers lain yang hadir. Seronok mereka, itulah aku harapkan sebab bukan senang nak buat orang ketawa. Dan apabila melihat mereka ketawa, aku tahu, tangkal yang aku tanam kat pintu masuk sudah berjaya dilangkah. Nak kena bagi bonus kat tok bomoh.

Akhir sekali, aku ingin salute all the photographers sama ada amatur mahupun semi, suku atau 0.5 yang merakamkan segala bentuk jenis dan fizikal sepanjang gathering itu. Thank you (sebab aku rasa gambar aku paling banyak.. hahaha... Nak signnnnnnn.. Mana boleh. Bayar.

Dan yang paling best ialah, aku dapat nyakat majistret without contempt of court!! Being a crime journalist, it is NOT everyday that you can pegang daun kering and startle a magistrate like that. Mau kena penjara beb! Hahah, but she really let her hair down! And you are so cool !


Handling the video camera is Azmizee aka Boy. We shall expect the outcome of the video soon. Nanti dapat sorang satu video. Say thanks to him please sebab that is the only motion proof apa yang berlaku di gathering itu!! Terima kasih Boy!



Let me admit, aku sangat takut ular dan itulah sebabnya aku tak masuk Amazing Race walaupun mereka beriya iya nak mintak aku masuk. Tapi aku confirmkan, kalau aku masuk gak, aku akan ajak Azieazah sebab mulut dia boleh buat kitaorang menang. Itu jek. Bahagian lain errmm.. mungkin penyebab kami kalah. Ok tak, ok tak. Dan terima kasihlah sebab aku jadik bahan ketawa korang yek. I tak rela nyah di ularkan.


Sungguh spontan gambar ni. Acu sangat sporting! Dan mizzyN berjaya capture this moment! Hahah. Aku masih gelak dengan lawak "gegaran bumi" hingga menyebabkan aku melakukan sesuatu yang unsangkarable. 



Dan ini pula, Hazrie or Charlie? Tetiba lain  pulak eja nama aku kan jadik hazrie. Hahah. Itu MizzyN dan Out Of My Mind pertama dan kedua dari kanan manakala di sebelah aku ialah chief of the house, Mak Gegula.

Semua photo kredit kepada mizzyn.Mekasih mizzy, gambar mizzy sangat lawa.

Sunday, March 7, 2010

BLOGGERS THAT CAME..

Salam.

Penganjuran gathering oleh bloggers untuk bloggers dianggap berjaya oleh mereka yang hadir. Mewakili penganjur, kami ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menunaikan jemputan kami. And you guys rock!

Majlis ini dianjurkan Mazidul Akmal Sidik, Shamsul, penulis blog ini yang shangat anda shuka dan Zara.

Dan aku sendiri agak terkejut kerana ada jugak yang tak disangka turut datang! Besh besh.. Shaya shuka.

Inilah senarai bloggers yang hadir, dan ketahuilah, juling mata aku menaip link korang ok.

1. Azie Azah

2. Acu Sayang

3. Vic Diana

4. Kak Cik Seroja

5. Andy @ Lanun Perak

6. Muhammad Hamka

7. Azrul Tunang Orang

8. Hairil

9. Ninoz The Tukang Masak

10. Afeef

11. Rosilawati

12. Adini

13. Faizal The Photographer

14. Fahmi, Pelajar UTEM

15. Noor Azam

16. Salman

17. Ku Fauziah

18. Ohh Azizah, uweeee takut ular

19. Rahman The Motivator dan Tukang Urut

20. The Bujang Ezreen

21. My Favourite Blogger - Intan Safura

22. Azaham

23. Ita Hot, Can Look But Cannot Touch.. aiyahhh

24. Bakal Beli Kereta Zara

25. Itafukada

26. Lyn Tokeh Facial (Bakal Bagi Diskaun!)

27. Ice tapi Bukan Syabu

28. Boss Bank Raziff - Ok, boleh submit loan esok!

39. Dalia

30. Out Of Your Mind

31. mizzyN

32. Shaik

33. Zakiah Ohh Zakiah

34. DJ Epoi Yang Sangat Sempoi

** Untuk blogger yang tidak tersenarai, sila maklumkan via the comment section sebab mengikut senarai, ini jek yang aku ada.

Untuk makluman, senarai di atas adalah mengikut betapa awalnya mereka tiba (read: gelojoh) terutama yang nombor satu tu sebab depa takut tak dapat makan (read: abiskan semua makanan, dengan alasan takut membazir, membazir itu amalan syaitannnnnnnnnn).

And these are pixs captured on my small tiny cap ayam camera.

 

  
  
Bersama Azie dan Acu, biarpun duniaku agak sempit ketika gambar ini diambil. Demi mereka, aku tetap berkorban. Sedih tak? Sedih kan.




Mengata dulang paku serpih..


More pixs coming up! 


AKU SANGAT KECEWA DENGAN GATHERING BLOGGERS DI HUTAN RIMBA KOMANWEL.

Sekarang jam 4.09 pagi, aku baru tiba dari Kuala Lumpur selepas menghadiri perjumpaan blogger di Hutan Rimba Komanwel, di Rawang dari jam 11 pagi hingga 7 malam semalam.

Aku tiba lewat di Johor Bahru dengan Mother Of All Gegula, Ezreen dan Boy sebab kami singgah di Danau Kota untuk jumpa dengan my favourite nieces yang comel (read: seperti aku) and to fetch my father in law yang sangat sporting.

Macam mana pun, seriously, aku kecewa dan hati aku lesu, selesu air sungai yang mengalir bersebelahan dengan tapak perjumpaan 50 penulis blog di Taman Rimba Komanwel.

Aku kecewa betul, tetapi aku berjaya kawal emosi tanpa perlu berkaki ayam sejauh satu kilometer sambil teresak esak.

Aku kecewa sebab:

1. Aku tak dapat bawak balik X10 walau setin pun. Penganjur berat sebelah mungkin sebab aku lebih banyak rambut dari mereka. Aku tak mau sebut nama mereka biarpun akulah satu satunya penganjur yang banyak rambut. Hahahah.. Jangan kecik hati yek, kita gurau jek, kalau kecik hati, kita kawan dengan Intan jek lah.

2. Takde hadiah untuk blogger yang paling jauh datang. Sungguh tak insaf ok aku bersusah payah datang dari Johor berhempas pulas, berparang dan cancel pergi Lombok, korang tak bagi hadiah. Kek coklat aku sempat telan airliur jek. Jangan kata kek coklat, kek lain pun aku tengok sekali jek, lepas tu tau tau dah meniti di bibir wanita wanita group Tom Jones. Sedih aku. Patutlah sihat. Syukurlah, Malaysia ni masih aman. Hahaha.

Malangnya, Abang Tom tak join gathering ni tetapi pada aku cukuplah ada peminat setia mereka yang hadir sekaligus memeriahkan our inaugural gathering. Tapi, kenapa ketat seluar Abang Tom, tak mandul ker? Abang Tom, minum X10 !! (read: bengang ahh, aku tak dapat guni karung air tu..)

3. Aku taknak balik sebab semua orang best. Besh. Tapi lepas ni sheshiapa shakap aku muka macam ... lagi, aku saman. Aku dah kenal majistret ok dan aku dah pastikan dia ingat muka aku.

4. Ramai gak yang hot tapi aku terpaksa control gedik sebab Mother of All Gegula asyik pegang pinggan walaupun ia sekadar pinggan kertas. Itupun sebab ada yang jadik Kak Nam dan cuba meracun fikiran suci Mak Gegula, termasuk Kak Nam Nombor Dua.

Ezreen sebagai Official Photographer pun baru balik maka I will give the honour to him to upload all his pictures via his photoblog di sini. Aku akan paksa dia upload cepat cepat (read: siap dengan harga. Kalau siap dengan frame ada awan larat, charge lain ok. hahahaha.. nak cover duit tol dengan minyak dan buat modal jadik pengedar X10 kat Johor).

Aku tak sangka ramai yang datang (read: tetapi aku tengok hanya grup Tom Jones jek yang asyik makan).

Aku kering tekak pegang mic tu pun takde yang nak bagi air. Cekik darah betul. Kejam, tapi belum tahap Firaun kecil. Hahaha.

Semua yang datang sungguh cool. Sangat. Amat. Dan ada jugak yang terover cool. Ok itu aku. Aku tahu aku over, tapi percayalah, aku dah lama tak tengok gusti, dan aku sebenarnya sangat berharap ada sedikit pertunjukan. Tapi baguslah tak ada sebab aku tahu, pastinya aku yang jadik sasaran. Yelah, aku redha, kalau dah tak suka macam tulah orang perempuan. Benda benda ni semualah yang buatkan ada lelaki yang berjanji pada diri mereka: Aku janji taknak cari perempuan lain (read: cari jantan lain, pakai towel putih please).

Aku akan listkan semua bloggers yang hadir walaupun jiwa aku terseksa sebab aku tak dapat bawak balik X10.

But not now please, sebab kesan sampingan dari minuman X10 masih lagi kuat dan aku masih gagal mengawal diri walaupun aku dah tutup tv.

Kepada bro Mazidul, Shamsul and Zara, thank you so much for having me to tumpang kasih (read: glamer korang).

 
Haha. Sama tak? Rock kapak kan. Eh kenapa rock tak di associate kan dengan parang mahunpun kerambit atau Yun Nam
Pix credit: Mazidul Akmal Sidik.

To all bloggers yang datang, korang sangat cool walaupun hakikat sebenarnya dalam hati aku nak cakap: korang separuh cool sebab yang lain tu ada yang dah tak cool sebab dah melepasi kategori cool tetapi bakal jadik orang kaya dek pengeluaran wang EPF. Hahahah.. Hahahhaa setan kan.

Tapi, yang tak cool itu jugaklah yang berjaya memeriahkan this no-gay gathering. Terima kasih sebab sporting dan meredhakan mulut jahat (literally) tapi manis ni mengusik, bergurau senda biarpun tanpa kain batik mahupun kain pelikat dan ucapan Assalamualaikum, tak jawab dosaaaaaa....

Dan paling penting, yang TAK DAPAT datang atau sengaja tak datang, worry not, we are planning to have another one nanti and with ample notice to everyone. But honestly, you have missed the best ever lepak lepak by bloggers for bloggers.

While to non-bloggers, terima kasih sebab sanggup datang temankan isteri, suami (nasib korang menang hadiah, kalau idak, harus muka kami ni kena banned. Berjaya juga jenayah terancang kami..lols).

All the links will be up tomorrow, di blog ini with some pictures too.

Monday, March 1, 2010

PERJUMPAAN BLOGGER

Untuk semua yang sudi datang, terima kasih, dan sekali lagi, aku nak cakap, tak perlu ada blog pun tak apa, yang penting ada hidung. Tak kisah pun yang penyek atau kembang macam aku, janji datang.

Kami pun bukan nak ajak kahwin, atau ajak tunang, apatah lagi nak ajak kahwin lari. Dan, untuk makluman, kami bukan pemandu teksi. Kalaupun kami pemandu teksi, tentu sekali kami bukan dari golongan itu.

Dan kami juga bukan dari Batang Kali. Kami ambik kisah.

Maka anda bolehlah datang:

Butiran
1. Lokasi : COMMONWEALTH FOREST PARK & RESORT
Kompartmen 3 Hutan Simpan Bukit Lagong
KM 23 Jalan Kuala Lumpur - Rawang
48000 Rawang Selangor

2. Sila rujuk : laman web, http://cfpresort.com/

3. Tarikh : 6 Mac (Sabtu) dan Masa : 3-6 petang.

4. Bayaran : RM10 setiap seorang kecuali mereka berusia 12 tahun ke bawah. Bayaran untuk BBQ dan kos menyewa tapak perhimpunan. Makanan dan minuman selain daripada itu, sila bawa secara 'pot luck'.

5. Semua bloggers sila pakai baju merah (baca: ada calit merah sikit pun ok). Tetamu lain, pakai mengikut kesesuaian anda.

(aku copy and paste jek dari blog mazidul).

Tuan rumah adalah:

1. Shahpaskal dari Military of Malaysia
2. Sham dari Ondscene
3, Mazidul Akmal Sidik (takyah dikenalkan)
4. Zara dari Dunia Sebelah Zara
5. Aku. Ya aku. Aku last sebab aku numpang glamer empat yang atas ni. Hahaha.


Aku tau korang datang, kalau korang tak datang, siap korang.

CHARACTER JUDGEMENT

Syafia Humairah Sahari, 3 tahun maut jam 7.30 malam, 26 Februari 2010, di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor.

Aku rasa, ratusan, ribuan blog memperkatakan mengenai kisah ini ketika ia berlaku.

Sebenarnya, aku hanya mampu sedekahkan Al Fatihah kepada si kecil yang masih lagi bertatih menyusuri maksud kehidupan tetapi dikatakan diragut nyawanya oleh seorang lelaki yang menjadi penghuni rumah ibu tanpa sebarang ikatan perkahwinan.

Semua simpati akan pengakhiran hidup si kecil ni tetapi aku tak mahu bercerita tentangnya kerana aku rasa semua sudah bercerita mengenainya. Banyak persoalan timbul yang buatkan aku pelik.

Kalau kita analisa akan berita yang dipaparkan, kita lihat fakta berikut:

1. Si kecil ditampar, ditendang di kawasan orang ramai.
2. Terdapat saksi melihat kejadian dan cuba menghalang tetapi diugut suspek.
3. Suspek tinggal bersama tanpa sebarang ikatan perkahwinan mungkin selama 6 tahun. Hasilnya, seorang anak dilahirkan out of wedlock (luar nikah).
4. Suami kepada ibu Syafia yang kini menjalani hukuman penjara enggan menceraikannya.

Ok, let me question the above:

1. Si kecil ditampar, ditendang di kawasan orang ramai.
Adakah masyarakat khuatirkan keselamatan mereka jika masuk campur atau menghalang perbuatan suspek di padang itu? Siapakah mereka? Adakah mereka orang dewasa atau hanya kanak-kanak atau remaja? Mengapa mereka tidak terus menghubungi 999 untuk melaporkan kejadian itu?

Langsung tiada laporan mengenai panggilan dibuat ke 999 sebaliknya hospital yang membuat laporan kepada polis selepas mengesyaki kanak-kanak itu didera sehingga mati. Adakah pengetahuan masyarakat kurang untuk mereka melaporkan kepada pihak berkuasa? Terdapat ruang beberapa jam antara kejadian dan suspek membawa mangsa ke hospital, tentu sekali di situ terdapat peluang untuk menghubungi pihak berkuasa.

Atau mereka sudahpun menelefon 999 tetapi seperti yang kita tahu, menghubungi 999 adalah sesuatu yang menjelekkan? Perlukah kita mempunyai satu lagi talian? Kita juga mempunyai talian Nur, tetapi berapa ramaikah yang tahu akan talian itu?

Aku rasa, mungkin saksi di kawasan berkaitan tahu akan talian Nur tetapi tidak tahu nombornya. Percayalah. Ia tidak mustahil langsung kerana seperti yang aku kata, ia hanya gah ketika dilancarkan dan sekarang ia perlahan lahan luput dari ingatan. 

Sebenarnya, lebih baik kita mempromosikan talian tempatan seperti rakancop yang lebih efisien dan pantas bertindak dari mempromosikan talian 999 di mana operatornya berada di Sibu, Negeri Sembilan dan kadangkala tidak tahu lokasi sebenar kejadian.

Lihat pada laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, respons pengunjung terhadap masa yang diambil melalui talian Nur menjurus kepada TIDAK MEMUASKAN.

Namun, analisa dari laman web sahaja tidak mencukupi, seharusnya Puan Menteri lebih proaktif dengan melakukan analisa SWOT  (Strength, Weaknesses, Opportunity dan Threat) kerana sejak dilancarkan dengan gah sekali, tidak pernah lagi satu analisa dilakukan. Jangan tunggu kerana ia melibatkan wang rakyat. Mungkin Pak Amirsham mahupun Uncle Koh dapat memasukkan analisa ini sebahagian dari KPI Puan Menteri kita.

Untuk rekod, mengikut statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pada tahun 2008, terdapat 6 juta kanak-kanak berusia antara 0 hingga 9 tahun. Maka tidakkah itu sudah menuntut keutamaan untuk perhatian diberikan?
 
Truly, this is the time to reassess everything. Jika tidak berkemampuan beroperasi secara efektif, something should be done, quickly. Jangan dok sibuk membuat kenyataan media tetapi satu apapun tak buat atau buat sekadar buat tapi tak ada follow up. 

2. Terdapat saksi melihat kejadian dan cuba menghalang tetapi diugut suspek.
Diugut suspek supaya jangan campur. Kita takut dicederakan tetapi sanggup melihat anak kecil dicederakan sehingga mati? Kita tanya diri kita. Kalau kita beramai ramai, pastinya kita dapat mengekang perbuatan itu. Namun, nasi sudah menjadi bubur tetapi ia harus dijadikan iktibar.

Kalau lihat seorang anak kecil dipukul dengan begitu teruk sekali, apakah yang perlu dilakukan? Aku teringat dulu, akhir tahun 80-an, apabila penderaan kanak-kanak diberi perhatian khusus, semua pihak mula membuka mata, tetapi biasalah di Malaysia ni, kempen kesedaran hanya syok sendiri. Buat pelancaran begitu gah, habiskan duit rakyat, follow up macam haramjadah. Takda kesinambungan langsung.

Menteri pulak saling bertukar, dan hanya turun padang kalau ada kes public interest atau yang diberi liputan meluas media. Kalau tak, jangan haraplah. Adakah fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat semakin tumpul?

Manakala, bukankah kita mempunyai program Rakancop di mana-mana sahaja. Adakah di tempat kejadian iaitu di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, tiada program Rakancop? Atau ia hanya tertumpu di kawasan bandar semata-mata? Tidakkah di kampung ia juga penting untuk diwujudkan community policing supaya masyarakat dapat menyalurkan maklumat seumpama ini kepada pihak berkuasa dengan lebih cepat? Mungkin Uncle Musa dapat melihat ini sebagai satu langkah proaktif untuk melebarkan program Community Policing ke kawasan luar bandar, yang betul betul luar bandar. Jadikan ia KPI kepada OCS mahupun OCPD di kawasan terlibat dan dapatkan maklum balas. Jenayah juga berlaku di kawasan luar bandar.

3. Suspek tinggal bersama tanpa sebarang ikatan perkahwinan mungkin selama 6 tahun. Hasilnya, seorang anak dilahirkan out of wedlock (luar nikah).


Di mana imam, di mana bilal, di mana Ketua Umno, di mana Ketua Pas, Ketua Keadilan dan segala jenis ketua yang berdaftar di Pendaftar Pertubuhan di kampung Batu 30 Batang Kali.
Ok, YB sibuk. Imam sibuk? Bilal sibuk? Jiran sibuk? Kita tak perlu lihat enam tahun. Kita lihat anak kecil yang dilahirkan dan kini berusia setahun enam bulan. Ketika si ibu mengandung, takkan jiran tak nampak akan fakta ini? Sembilan bulan perut membuyung, takkan imam atau bilal langsung tak nampak? Lagi pulak enam tahun. Pelik tak? Adakah di kawasan kampung itu tiada penduduk selain mereka? Atau mereka membutakan mata sebab 'taknak campur' hal orang? But, this is a kampung, kalau di bandar, mungkin.

Manakala si ibu, bagaimana pegangan agamanya? Adakah keinsafan sekarang mampu mengembalikan si kecil tak berdosa itu? Apakah karektor si ibu itu? Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menentukan. Ini balasannya mungkin? Adakah surau di kampung Batu 10 itu tidak cukup untuk menganjurkan aktiviti keagamaan bagi memberi kesedaran? Atau aktiviti keagamaan berunsur politik sehingga menyisihkan golongan sasaran seperti ibu si kecil dan pemandu teksi ini? Apakah pendekatan untuk memujuk golongan seperti ini ke surau atau masjid sudah lapuk?

Kalaulah. Ya, kalaulah si ibu ditangkap dulu dan dikenakan hukuman rotan, ada pulak NGO seperti Sister In Islam (SIS) mula mencongak untuk membela. Lebih rela hubungan seperti ini berlaku dari mengekang kemungkaran. Islam ini mudah, tetapi dipersulitkan oleh mereka yang ada kepentingan.

4. Suami kepada ibu Syafia yang kini menjalani hukuman penjara enggan menceraikannya.

Islam itu mudah. Tetapi jangan dipermudahkan hingga melampaui batasan. Bukankah si ibu mempunyai alternatif untuk merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk menuntut cerai jika benar si suami enggan berbuat demikian.

Si isteri boleh menuntut fasakh dari suami iaitu membubarkan perkahwinan. Mengapa ia dipandang remeh si isteri? Adakah kerana si ibu tidak membuat tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Selangor?

Contoh lafaz taklik yang dibuat di Selangor seperti berikut :-

"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya………….. selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaq ia dengan cara talaq khulu’.."

Adakah taklik ini tidak difahami wali wali si perempuan? Atau ia sekadar lafaz tika majlis nikah semata-mata dan dilupakan begitu sahaja? Wali menanggung dosa kerana tidak mengendahkan akan tanggungjawab.

Selain suspek yang sudah puas kita sumpah seranah dan maki hamun tu, apakah karektor si ibu, apakah fungsi mereka yang disebutkan di atas? Ini hanya analisa, tetapi kalau ada tindakan, seharusnya ia bukan sekadar syok sendiri semata-mata untuk mendapat liputan media.

And of course all responsible parties should stop making this as another publicity opportunity. Stop it, indefinitely. Do your job and DO IT NOW.

Penderaan kanak kanak adalah satu subjek yang PERLU diberi perhatian. 

Adakah kita akan terus menanam sikap Jangan Campur Hal Orang? The least we could do is to report to the authority manakala the authority MUST be effective as well. Kalau ada laporan tetapi the effectiveness of the enforcement is lukewarm, then there will be problem to the whole system and we will go back to square one.




DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.