Thursday, January 28, 2010

HARAM SUNGGUH.



Comel awek kat pembungkus mee ni. Mee segera ni. Boleh dimakan separuh jek sebab separuh jek halal.

Terima kasih Desert Rose. Kalau ada lebih, nanti courier yek.

Yang bawah ni pun separuh halal.

Tapi like I mentioned dulu, aku masih terpikir kenapa semua orang berebut ambik gambor Inul posing camtu. Sungguh tragis kan.

Masa aku kat Batam takder pulak iras iras Inul, kalau idak boleh aku mintak posing camtu. Hahaha.



Again, kenapa mamat cameraman berbaju putih ketap gigi? Huhuhu. Confirm mesti dia zoom in. Extreme close up!

Tapi kan, baru aku terpikir, yang depa ambik gambar bebanyak tu semua, aku cuma jumpa yang ni jek. Abis mana gambar angle nuju punggung tu? Depa buat tampal lubang dinding rumah ker? Kak Nam sungguh.

Wednesday, January 27, 2010

BUKAK SIKIT..

Best kan entry sebelum ni pasal tak kuat isap kan. Dan ada yang suka, terkekeh kekeh ketawa sendirian sambil imaginasi melayang layang. Jangan dilayang jauh sangat. Dosa.



Anyway, I wanna thank new followers to this blog, disebalik hakikat, yang menulis tak dapat duit, yang membaca pun tak dapat duit. It is not about money kan. It is about reading pleasure. Pleasure ker masalahnya? Haha.

Manakala yang terus menerus membaca, teruskan bacaan, walaupun kadangkala ia membawa imaginasi anda ke arah simpang bertingkat, tanpa lampu isyarat.

To all of you, thank you and kalau suka, angkat tangan ya.

Kalau tak suka, pi angkat kaki. haha.

p/s: Ada pembaca dari UK kat sini, tapi aku rasa tak pernah tinggalkan komen. Kalau ada, aku rasa macam nak contact diaorang ni, nak bertanya banyak benda. Email superhazrey at gmail dot com.

TAK KUAT ISAP DAH.

Of late, entries that I posted here berbunyi sungguh dramatik dan Jehan Miskin, ok aku tak suka Jehan Miskin. Mungkin dia mengingatkan aku pada tv series 'V' dulu. Korang kecik lagik, mana tau. Dah jangan nangis, pergi ikat rambut.

Ramai yang dambakan ke-funny-an walaupun aku tak mampu berbuat demikian. Today, aku akan bersama wartawan baru untuk ditrain. Finally. Yes, it is a female. And nope, she is not my sugar baby altho, I wished she is. Ok tak, aku tipu. Tak pernah ada harapan macam tu. Sikit pun tak boleh ker? Salah ke?

Apapun, aku post kan satu gambar best untuk korang tengok, sekadar renungan sahaja, dan tak perlu berbuat apa apa kerana ia mengenai satu realiti bahawasanya, ia dah tak cukup kuat isap. Kesian kan.

Got this from my former schoolmate - Nash di pesbuk.


Fikirkan.

Tuesday, January 26, 2010

LAGI BLOG MENGHINA ALMARHUM.

Sebelum aku memulakan entry ini, let us ponder and wisely fahami maksud ayat berikut:

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Kenal akan bait bait ayat di atas?


Klik untuk imej yang lebih jelas, excerpts from here.

Apakah justifikasi penulis terhadap cercaan seperti ini? Adakah hak bersuara yang digariskan dalam Perlembagaan membenarkan cacian seperti ini?

Dan bagaimana pula dengan bait lagu Negaraku?

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta

Pernahkah penulis seperti ini memahami maksud lagu Negaraku, dan mengapa kita mengulangi dua baris terakhir lagu Negaraku?

Adakah kita memahami akan maksud Rukun Negara dan Negaraku sedangkan di dalam diri kita, kita mengaku kita ini rakyat Malaysia, tetapi langsung tidak mendukung akan asas asas Rukun Negara, terutama Kesopanan dan Kesusilaan?

Jika diteliti blog terbaru yang ditemui menghina Almarhum Sultan Iskandar, banyak entry yang dalam blognya itu jelas menunjukkan betapa penulis bencikan agama Islam. Banyak sungguh yang entry berbaur bencikan Islam dalam blog itu.

Tidak ada lagikah keharmonian beragama seperti yang kita kecapi dulu? Apakah buruk sangat agama Islam kepada penganut agama lain?

Aku percaya ini hanya segelintir tetapi jika dibiarkan pasti akan berkudis, seterusnya akan menjadi bisul.

Pihak berkuasa seperti MCMC perlu lebih peka dalam hal ini dan sentiasa mengawasi blog blog seperti ini agar tidak menjadi agen hasutan kepada rakyat Malaysia.

Note: Terima kasih kepada Azhar Abdullah yang pertama sekali menghantar sms mengenai kewujudan satu blog - Aduka Taruna, Jumaat lalu dan Jane for the info. Terima kasih.


Monday, January 25, 2010

BLOGGER ADUKA TARUNA SERAH DIRI.

Setakat ini, hanya portal berita Malaysiakini menyiarkan berita mengenai blogger Aduka Taruna menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kota Bahru, Kelantan.

Menurut portal itu yang memetik sumber polis, penulis yang menggunakan nama Aduka Taruna itu menyerah diri kira-kira jam 4.40 petang ditemani beberapa rakan blogger dari negeri itu.

Saya sedang mengesahkan berita ini dan akan menyiarkan makluman lanjut mengenainya sebaik menerima maklumat lanjut mengenainya.


ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.



Jam 10.30 pagi, 22hb Januari 2010.

Aku menerima panggilan dari sumber sumber terdapat laporan mengenai kemangkatan Sultan Johor.

Lantas aku segera mencari maklumat bagi mengesahkan dakwaan itu kerana tidak mungkin ada kebenarannya, lantaran tiada langsung berita mengenai baginda gering.

Namun, Allah SWT lebih menyayangi Almarhum Baginda biarpun rakyat Johor belum puas bermesra bersama Almarhum Baginda.

Tepat jam 11.30 malam hari yang sama, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman membuat pengumuman khas di Dewan Tun Abdul Razak, Bukit Timbalan, Johor Bahru mengenai kemangkatan baginda.

Almarhum baginda sangat disenangi rakyat jelata. Rakyat Johor tahu, akan keunikan Almarhum baginda mendekati rakyat, kadangkala meresahkan pegawai protokol Almarhum baginda sendiri, apatah lagi, Almarhum Baginda mengelak dari disediakan permaidani.

Aku masih ingat pada tahun 90-an, ketika Almarhum Baginda mencemar duli berangkat merasmikan Sukan Malaysia (Sukma) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru, ketika bertitah, secara tetiba hujan turun dengan lebatnya.

Maka kelam kabutlah pegawai protokol berlari menyediakan payung buat Almarhum Baginda yang baru sahaja memulakan titah baginda kepada kontinjen yang sedang berdiri mendengar titah baginda di tengah padang.

Secara spontan, Almarhum Baginda sekali lagi mencemar duli dengan bertitah:

"Kalau kamu semua boleh berhujan, kenapa saya tak boleh? Biar saya berhujan dengan kamu semua"

Yang masih aku gelakkan ialah, ramai pegawai kerajaan yang pada mulanya bercita cita besar mencari teduh pun terpaksa menerima hakikat, alangkan seorang Sultan sanggup berhujan demi rakyat jelata, maka eloklah sifat kepimpinan itu dicontohi.

Lantas, tindakan spontan Almarhum Baginda itu turut menerima tepukan gemuruh semua perwakilan kontinjen. Dan ia turut disiarkan secara langsung RTM ke seluruh negara.

Sesungguhnya, buat peserta Sukma, apa yang dititahkan Almarhum Baginda pada saat itu bagai satu pencetus semangat bagi meraih kejayaan pelbagai jenis sukan yang bakal dipertandingkan.

Aku sendiri pada masa itu, tergamam seketika

Almarhum baginda sememangnya dikenali sebagai seorang sultan, pemimpin dan 'rakan' buat semua rakyat Johor.

Almarhum baginda sememangnya dikenali menggemari sukan motosikal dan ketika aku masih lagi di bangku sekolah rendah, apabila mendengar sayup bunyi siren yang mengiringi Almarhum Baginda selepas tamat waktu sekolah, semua pelajar akan bergegas ke pintu pagar untuk melambai Almarhum baginda.

Kalau dulu aku agak kecewa kerana siren akan dihentikan apabila melintas di kawasan sekolah, apabila menuntut di sekolah menengah, baru aku faham, Almarhum Baginda menghormati kawasan persekolahan dan tidak mahu bunyi siren polis yang mengiringi mengganggu pelajar.

Dan Almarhum Baginda akan pastikan kelajuan motosikal dan pengiringnya mematuhi kadar yang sudah diwartakan di kawasan sekolah dan ini sekaligus melahirkan kesempatan buat pelajar melihat Almarhum Baginda dengan lebih jelas.

Setiap lambaian pelajar tidak akan dihampakan malah dibalas Almarhum Baginda dengan senyuman. Itu cukup menggembirakan kami kerana tidak sangka Sultan Johor melambai kepada kanak kanak yang masih mentah ini.

Banyak lagi kisah unik mengenai Almarhum Baginda, antaranya betapa Almarhum Baginda amat menitiberatkan soal agama serta pendidikan agama di kalangan anak-anak rakyatnya, apatah lagi Almarhum sendiri ketua agama di negeri Johor yang bertuah ini.

Bak kata pepatah, biarlah apa yang diberikan tangan kanan, tidak diketahui tangan kiri, dan sifat itulah yang wujud dalam diri Almarhum Baginda ketika mencemar duli melawat rakyat miskin terutama di luar bandar serta menyampaikan sumbangan.

Sesungguhnya biar apa pun yang dikata, rakyat Johor sangat menyayangi Almarhum baginda dan apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab mencerca Almarhum, maka sangat sesuailah jika penulisnya dikenakan tindakan.

Dan dengarnya setakat ini, sudah 25 laporan polis dibuat ke atas penulis aduka taruna dan aku sendiri akan follow up dengan ketua polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif terhadap perkembangan kes ini.

Lihat berita terbaru dari Bernama:

Police probe blog for deriding late Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU, Jan 24 — The police have set up a special squad to probe a blog for allegedly deriding the late Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, said Johor police chief Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
He said 25 police reports were lodged against http://adukataruna.blogspot.com in the state.
The case will be investigated under the Communications and Multimedia Commission Act 1998 and the Sedition Act 1948. — Bernama

Friday, January 22, 2010

Sembah Salam Takziah

LIVE DARI SIDANG AKHBAR DI BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU





Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda yang dimasukkan ke hospital tersebut pada sebelah petang hari ini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 malam tadi. Pengumuman kemangkatan baginda telah di buat oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor di dalam satu sidang media di Bukit Timbalan, Johor Bahru.


Saya dan keluarga merafak sembah salam takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad dan semua kerabat Di Raja Johor di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.


Keprihatinan Almarhum dan Tuanku Sultanah Zanariah terhadap permasalahan rakyat dengan memberi ruang secukupnya, mendengar sambil bergaul selesa dengan rakyat biasa. Almarhum memperlihatkan kecemerlangan di pelbagai bidang dan sewajarnya menjadi contoh buat semua rakyat Malaysia.


Serba ringkas berkenaan Almarhum, baginda diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru. Almarhum menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru. Almarhum seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School Australia dan selepas itu ke United Kingdom. Setelah menamatkan pengajian, Almarhum berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service. Almarhum telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981. Pada 11 Mei 1981 Almarhum telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat. Almarhum telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982 dan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984. Almarhum pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar. Almarhum telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.


Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian dan daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah di kalangan para solihin. Amin.




Thursday, January 21, 2010

PRASANGKA, ANGGAPAN DAN REALITI.

Jawatan Kosong:

Eksekutif Pemasaran / Khidmat Pelanggan

Memiliki personaliti menarik.

Sekurang-kurangnya tamat pengajian diploma atau yang lebih tinggi.

Boleh berkomunikasi dengan baik.

Bersedia untuk bekerja selama 12 jam setiap hari.

Berminat? Sila hantarkan resume anda. Gaji pokok adalah RM480 bersama elaun kehadiran sebanyak RM20.

Makluman: Sila beratur dan tidak berebut-rebut ketika mendapatkan borang permohonan jawatan.

Anda tidak berminat?

Kenapa?

Sebab anda tidak memiliki diploma?

Sebab anda tidak memiliki personaliti menarik?

Sebab anda tidak boleh berkomunikasi dengan baik?

Anda tidak rela untuk bekerja selama 12 jam setiap hari?

Ok, aku tahu. Anda tidak meredhai gaji RM500 itu kan?

Adakah jawapan anda:

1. Tak cukup nak bayar duit kereta.
2. Tak cukup untuk topup handphone yang sentiasa berdering dengan sms yang kalau tunjuk pada pegawai mahkamah, langsung tidak difahami disebabkan perkataan semua sudah dishortcutkan walaupun anda seorang yang berilmiah dan terpelajar?
3. Tak cukup untuk anda bagi mak dan ayah, walhal anda selalu buat buat lupa untuk bagi sebab beranggap RM500 itu cukup untuk anda sorang (dan untuk belanja girlfriend atau boyfriend anda?).
4. Tak cukup bayar sewa walhal realitinya, anda masih menumpang dengan mak bapak yang tak give up untuk belikan anda seluar dalam.

Itukah tanggapan anda bila melihat gaji yang ditawarkan. Realitinya? Anda akan beranggap wang yang ditawarkan itu tak sesuai dengan kelulusan anda, kebolehan anda untuk memakai mekap dan menggunakan sistem SMS dengan pantas dan boleh menjawab melebihi kepantasan Speedmaster.

Lihat gambar bawah ini.

Apakah prasangka anda, apakah anggapan anda yang mahu anda pahatkan dalam minda agar ia menjadi realiti?

Seekor ayam memakai diapers?

Lihat pula gambar ini:



Malam nanti, satu episod baru akan mewarnai pengetahuan kita. Kita boleh melihatnya dari pelbagai perspektif termasuk apa jua yang kita inginkan.

Sudahkah anda memahatkan satu harapan dalam minda anda agar ia menjadi realiti apabila melihat si gadis melentok itu? Sudah? Tak baik menipu diri sendiri tau.

Realitinya, kos hidup yang tinggi merubah kehidupan seseorang yang mudah tewas dengan material, mahukan wang melalui jalan mudah. Semua yang terjadi ada alasan tersendiri.

Gaji RM500 adalah gaji seorang eksekutif di Batam, Indonesia. Mungkin tak sehebat apa yang kita perolehi. Apatah lagi bagi yang tidak memiliki pendidikan yang tinggi. Biarpun RM300 sahaja, ramai yang berebut memohon.

Mahu kita pandang akan gaji seperti itu? Tetapi itulah wang mereka perolehi jika bekerja dalam industri yang halal tanpa memperdagangkan tubuh.

Malam ini, malam Khamis. 9 malam. Jangan pergi clubbing. Jangan pergi shopping. Jangan sambut birthday. Jangan. Tengok tv.





Tuesday, January 19, 2010

AYAM OHH AYAM.




Apa ada di Batam?





Its Visit Batam 2010 !!!!

Ramai yang tahu Batam. Ramai lelaki tahu perkataan Batam. Ramai jugak isteri yang ngeri hingga naik bulu roma bila dengar perkataan Batam.

Aku pernah ke Batam dua kali, itupun balik hari bersama bekas majikan aku maka terhindarlah aku dari segala malapetaka (read: perkataan digunakan sang isteri.. hahaha).

Aktiviti persundalan di sana amat ketara, dan bermula awal, pada waktu tengahari lagi. Tapi aku tak mau cerita mengenainya sebab Mazidul sudahpun menceritakan mengenainya panjang lebar dan nanti anti klimaks pulak malam Khamis ini nanti. Pasti ramai yang akan tertunggu akan hasil penggambaran kami di sana.


Bermodalkan spy cam CCD, kami berjaya merakamkan pelbagai gelagat manusia di premis pelacuran. Sungguh happening. Sungguh gebu, putih, LCD tv (hahaha, mazidul dan ezreen jek tahu apa itu LCD TV.. hahaha).

Batam, sebetulnya adalah sebuah pulau di wilayah kepulauan Riau Indonesia dan terletak kira-kira 20 kilometer sahaja dari Singapura. Ia memiliki populasi 988,555 penduduk di pulau bersaiz 715 kilometer persegi.


 Lubuk Baja dan Jodoh adalah antara tarikan pelancong (termasuk pelencong) di pulau Batam ni.


Dan di mall bernama Matahari ni, aku sempat melampiaskan nafsu membuakku terhadap sale yang sedang berlangsung di situ.

Dan aku berjaya meng-climax-kan diri aku terhadap kasut, beg dan baju yang sungguh sungguh lawa.

Banyak lagi cerita mengenai Batam.


Monday, January 18, 2010

NAK KAHWIN, TAPI KENA ROMPAK....

Lokasi: Daerah Kulaijaya

Jam 6:50 petang, Ahad, 17 Januari 2010, seorang lelaki  mendakwa dirompak dua lelaki memakai topi keledar dan salah seorang darinya mengacu pisau di leher.

Kejadian didakwa berlaku pada waktu 'pengadu' sedang mengeluarkan wang sebanyak RM6,000 melalui mesin ATM di Maybank di Batu 21 Kulai, Johor.

Pengadu turut membuat aduan, dia melakukan empat pengeluaran dengan setiap satunya sebanyak RM1,500.

Penjenayah didakwa merampas wang tunai RM6,000, kad ATM dan resit lalu terus melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dan nombor pendaftarannya di bahagian belakang dikatakan sudah patah.

Kesian tak?

Kebetulan menurut pengadu, wang itu diambil untuk majlis perkahwinannya dengan wanita pilihan hati. Sedih kan? Yelah, dah nak kahwin, duit pulak kena kebas. Jahat betul penjenayah.

Nanti dulu.

Hasil siasatan yang dilakukan melalui rakaman percakapan, polis daerah Kulaijaya mendapati pengadu membuat laporan palsu mendakwa dia disamun.

Walaupun bait cerita yang dicoretkan dalam aduannya sungguh complete, tetapi polis berjaya membongkar kepalsuan cerita lelaki itu.

Sungguh palsu lelaki ini. Dah, jangan nangis pergi duduk sana, pergi ikat rambut.

Korek punya korek, cangkul punya cangkul, rupanya:

Pengadu sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Julai 2010 iaitu enam bulan lagi tetapi bapak mertua si lelaki ni dah teringin sangat nak bermenantu suruh cepatkan majlis pada Februari 2010.

Pengadu, seorang juruteknik, panik.

Mungkin dalam fikirannya: "Adeh orang tua ni. Tak sabor sabor. Aku tengah pokai ni, aiseh."

Lagi pulak kalau si lelaki ni masuk MLM, confirmlah duit dah hangus! Lain kali main kutu ok.

Lantas, lelaki ini membuat satu cerita baik punya, siap dengan detail berapa orang lelaki, naik motosikal apa, dan berapa kali dia keluarkan duit. Sememangnya, ATM Maybank boleh keluarkan RM1500 pada setiap pengeluaran. Dia sure dah buat homework. Bagus.

Tapi, ya tapi, yang tak bestnya, lelaki ini tak buat homework di lokasi tempat dia didakwa disamun sebab kawasan itu berlambak anggota polis berpakaian preman dan seragam kerana dianggap kawasan hotspot perlakuan jenayah.

Dan Ketua Polis Kulaijaya, Superintenden Zulkefly Haji Yahya yang sedikit curiga dengan laporan itu terus memanggil anggota yang bertugas di lokasi yang sama dan semua anggota kata - mana ada samun. Elok jek kawasan itu petang semalam. lols.

Sebenar-benarnya si lelaki berusia 27 tahun ini dak cukup duit lagi manakala bapak mertua dia pulak pi desak suruh kahwin cepat sebab sakit mata, tiap tiap hari keluar sesama macam belangkas. Yelah, karang kalau dah buncit, siapa jugak yang susah? Pakciiiiiiiiikkkkk jugak yang susah nak.

Dah tak pasal pasal kena merengkok dalam lokap kerana membuat laporan palsu mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara enam bulan atau denda RM6,000 atau keduanya sekali. Pengsan!

Tak kahwinlah gamaknya.

So kantul!





Sunday, January 17, 2010

MANA LAGI NIKMAT?


Kekadang tanpa sedar kita akan berbicara berikut:

"Lawa seh kereta dia."

"Lawa beb sport rim dia."

Kita memuji kereta orang lain, padahal kita tak sedar, kita memiliki jenis kereta yang sama, cc yang sama, warna yang sama, steering yang sama, tempat duduk yang sama, enjin yang sama, malah bayaran kat bank pun sama.

Itulah kita, tak pernah puas dengan apa yang kita ada.

Dan itulah jugak yang aku terpikir ketika berada di perkampungan Lonte atau pelacur di Pulau Batam, Indonesia, dua jam perjalanan feri dari Stulang Laut.

Banyak visual yang dirakamkan, termasuk peha putih, dada putih, peha hitam, dada hitam di 'akuarium' pelacuran, di mana gadis gadis ditayangkan untuk dipilih.

Dan ramai jugak rakyat Malaysia yang kami terserempak, dan apabila ditanya:

"Bro buat apa kat Batam ni?"

"Biasalah bro, hilangkan penat," jawab mereka ringkas.

Kalau ditanya, tak banyak tourism attraction atau tourism spots yang boleh dilawati kecuali pusat pelacuran yang sungguh banyak di Batam.

Apapun, aku, Mazidul dan Ezreen, masih lagi tergelak sebab di malam terakhir kami di Batam, dua pelacur bergaduh sehingga salah seorang darinya menangis disebabkan berebutkan aku, padahal tujuan kami 'menyewa' mereka adalah untuk ditemuramah, tak lebih dari itu. Alhamdulillah, kami kucing yang masih lagi memiliki rasa segan dan ingat siapa yang di rumah apabila bertemu ikan lain.

Jenguk blog Mazidul untuk banyak cerita cerita dan gambar gambar selak peha. lols lols. Aku akan update lagi malam ni kisah di Batam.

p/s: Update blog guna notebook Mazidul maka, dialog Mazidul: "Bayar RM1.50 nak guna lama." hahahah. so takleh update pepanjang. Hahahahah.. Kami nak keluar lagi.

Thursday, January 14, 2010

Newsflash: Aku dan Mazidul Berhenti Kerja.






Mazidul dah dapat bisnes baru dengan aku.

Lols lols. Batu dia boleh improvise letak kat dada ala ala ultraman!

Wait, aku teringat dialog berikut:

"Ini batu kasi kemenyan malam jemaat, insya'allah mintak apa dapat." Teka cerita apa? Lols lols lols.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KALAU TAKUT, JANGAN BACA. INI CERITA HANTU.

Aku dah lama tak menyinggah blog avid entertainment blogger - Sultan Muzaffar, mungkin sebab aku kurang minat sikit pasal hal hal hiburan ni. Macam mana pun, he is a committed writer, tapi tak banyak berbual in real person. Seorang observant. Ok, aku dah puji kau ni, bila kau nak belanja aku makan. lols.

Anyway, aku ternampak di facebook update-nya pasal majalah Mastika. Aku terus gelak.Ada satu nostalgia yang menyebabkan gusi basah.

Bukan sebab aku gelak kerana ada geng aku yang menjadi sebahagian dari content majalah kecil tetapi memiliki jumlah pembaca yang ramai, tetapi disebabkan satu kejadian menyayat hati, yang sungguh menyayat hati berlaku melibatkan aku dan Mastika.


Apa benda yang dia tulis tu? Budak shuffle suka ehem ehem? Suka batuk? Bunuh 8 mangsa demi ilmu hitam? Kenapa takder story ni dalam akhbar perdana? Sendiri pikirlah.


Ok, sepatutnya, aku letak tajuk Aku, Dia dan Mastika.

Aku dengar majalah ni sangat laku. Tapi betullah, sebab masa adik aku masuk hospital, bila aku singgah kat newstand, ramai yang beli Mastika ni. Kalau aku, aku akan halau sesiapa yang beli majalah Mastika kalau aku masuk hospital. Sungguh tak peka dengan persekitaran. Aku tak takut hantu ok, jangan kau nak fitnah, aku segan, maklumlah, ada yang iras muka kekawan aku. lols.


Well, it happened in 2008 kalau tak silap.

Kami ditugaskan untuk membuat satu liputan untuk program jangan biarkan diri anda diselubungi misteri di Sedili, Kota Tinggi mengenai seorang budak perempuan melahirkan anak bunian! Serious ok. Anak bunian.

Ok, sebelum tu, aku seorang yang amat amat praktikal. Amat. Aku amat mementingkan practicality.

Dalam perjalanan ke lokasi, sempat jugak dua kejadian menyayat hati berlaku apabila lutut aku terhantuk pada adjuster di bawah steering menyebabkan aku terlantar kat hospital. Hahah. Jangan tanya macam mana boleh jadik. Hahah, aku sampai hari ni gelak.

Berbalik pada cerita tu. Setibanya di persimpangan memasuki Kuala Sedili, kami berhenti seketika dan aku bertanya pada produser aku:

"Bro, tahu tak alamat budak perempuan tu?"

Produser: Jap aku check.

Aku: Aku ketuk kepala dia ni baru tau, baru nak check. Ok cuma berbisik sebab aku bukan keturunan tanggang. Tapi aku sempat jeling dengan muka seketat seluar denim 10 tahun dulu yang cuba aku pakai hari ni.

Producer menelefon seseorang dan tetiba dia mengeluarkan sesuatu dari begnya.

Aku kaget, peluh mula mengalir.

Tetiba angin bertiup dengan agak kuat.

Entah macam mana, awan hitam mula bergerak ke arah kami.

Aku ternampak satu kelibat persis lembaga hitam bergerak ke arah kami. Kaki kami tetiba terasa dipasak ke bumi. Langsung tidak dapat bergerak. Mulut bagai terkunci.


Ok aku kelentong. Hahah, mana ada tu semua. Kau ingat drama Tamil ker.

Hahaha, kekadang best kan bila korang percaya.

Producer aku tu keluarkan majalah Mastika dan tak semena-mena aku terus kata: laaa.. kau percaya majalah ni. Takder kehidupan langsung baca majalah ni. Hahah. Dia pun gelak.

Setibanya di rumah budak perempuan tu di Sedili Kecil, kami dihidangkan dengan cerita bunian oleh keluarganya. Rumahnya daif dan aku bertanya dalam hati manalah wakil rakyat kawasan ni. Sungguh daif sebenarnya. Kalau naik reramai kat rumah papan ni, sure boleh roboh.

Temuramah dijalankan.

Versi ceritanya sama seperti yang dipaparkan dalam Mastika. Mengandung dan melahirkan anak bunian. Dan aku sempat memangku bayi lelaki yang dikatakan anak bunian tu.

Tapi, aku agak pelik, sebab ikut kefahaman aku dek pengaruh Bercakap Dengan Jin, mesti budak ni putih melepak dan muka ala ala caucasian. Tapi aku tengok terserlah muka jawa cam aku jugak. Tapi nanti dulu, tak ada iras aku ok, jangan buat onar.


Ohh Nora! Yu tak mau cari husband bunian ker? Ai rela!

Aku mula mencongak pelbagai teori dalam kepala. Terus aku bertanya macam mana, bila berlaku dan menurut ibu dan budak perempuan tu, dia menyedari dirinya mengandung anak bunian ketika berada di rumah tok angkatnya yang tidak jauh dari situ.

Dan menurut mereka, tok angkatnya lah yang menceritakan bagaimana orang bunian memperisterikan budak perempuan tu. Ohh, lupa nak bagi detail, budak perempuan tu berusia 17 tahun kalau tak silap.

Makanya, memandangkan aku selalu cover crime dan memang tugas aku untuk memastikan story aku tu ada practicality, aku terus mendesak produser aku untuk beredar.

Kami beredar dengan baik.

Sebaik keluar dari kawasan rumah budak perempuan tu, aku terus telefon Ketua Polis Daerah Kota Tinggi dan beliau dengan riangnya menjawab panggilan aku. Aku menceritakan mengenai kisah seorang budak perempuan di Sedili, dia terus jawab: ohhhhhhh saya tahuuuuu cerita tu, mehlah datang jumpa.

Kami singgah di Ibu Pejabat Polis Kota TInggi kira kira jam 8.30 malam.

Dipendekkan cerita, rupa rupanya budak perempuan tu dirogol oleh tok angkatnya sehingga melahirkan anak dan sudah disahkan melalui ujian DNA. Amacam? Dan jangan risau, aku ada tanya pada ketua polis tu:

 "Tuan, tuan dah check ker, kot  kot tok angkat dia tu orang bunian," tanya aku dengan sinisnya dan ketua polis tu hanya mampu tersengih control gelak. Aku pasti, kalau kami tak ada, pasti dia akan berguling guling dengan soalan aku tu. 

"Bro, aku macam tak sedap hati jek pasal statement budak perempuan tu, bukanlah aku ni tak percaya dia, tapi kau taulah, aku bukan percaya benda benda ni semua, lagi pulak muka anak dia tu macam muka orang jawa jek," kata aku pada produser sebelum berjumpa ketua polis Kota Tinggi. Dan statement aku terus disambung dengan gelak aku sendiri manakala mulut produser aku kumat kamit seperti sedang membaca manderem untuk aku kena sawan khinzir 10 hari. Haha.

Sebaik interview dengan ketua polis selesai, kami beredar dan muka aku sangat puas dan inilah statement aku:

"Aku memang tidak dilahirkan untuk buat story hantu lah bro," terus kami gelak.

Tetapi yang menjadi hakikat adalah ia adalah story dari majalah Mastika namun langsung tak ada sebut pasal kes rogol tu dan tok angkatnya pun dah kena tangkap dan direman. Aku tak tahu tapi kalau ada kalangan korang yang menjadi pembaca tegar Mastika, mesti korang ingat story tu. Eleh, aku tahu ada yang siap subscribe setahun kan. Jangan nak bohong ehh. Hahahah

Terima kasihlah Muz for the inspiration. lols lols. 





Wednesday, January 13, 2010

ROCKER MAMAT GETS FINED FOR STEALING.

2010/01/13

 
SINGAPORE: A court here today fined Malaysian rock singer Mamat $1,000 (about RM2,350) for stealing a mobile phone and a watch. 
 

Nope, this is not his pose after being fined.
 
Mamat, 31, whose real name is Mohd Ali Kamarudin, was a lead singer of Malaysian band Exist in the 1990s.

An online media report said he pleaded guilty to stealing the $580 mobile phone and a watch from Noor Shazeel Sazali, 24, at the latter’s home in Bishan here on Nov 11 last year.

The court heard that Shazeel placed his phone and watch of unknown value on the table in his dining room before going to bed for an afternoon nap, but found them missing after he woke up five hours later.

He later discovered from his father that Mohd Ali had been to his flat with a close relative, the online edition of the Straits Times said.

Mohd Ali was tracked down in his girlfriend's house here a few days later. - BERNAMA 

NKRA: Pengangkutan Awam.

Tanya orang kampung: apa itu RapidBET?

Tanya orang kampung, apa itu RapitKL?

Tanya orang kampung, apa itu Monorail?

Mungkin ada yang tahu, tapi cuba mintak mereka jelaskan dengan terperinci, apakah faedah semua itu kepada mereka?

Pengkhususan serta penumpuan terhadap penambakbaikan sistem pengangkutan awam seharusnya diperkembangkan ke luar bandar dan bukan setakat di Lembah Klang semata-mata.


 Source: www.mampu.gov.my

Seharusnya, makmal yang mengkaji keperluan pengangkutan awam turut mencakupi kemudahan awam ini di kawasan luar bandar, apatah lagi, keadaan pengangkutan awam di luar bandar amat menyedihkan.


Bas berhabuk, kotor, sering rosak dan tidak diselenggara dengan baik adalah satu senario yang terpaksa dihadapi penduduk di luar bandar setiap hari. Dan terdapat kawasan yang tidak mempunyai sistem jalanraya yang sistematik (bukan tidak baik), terpaksa pula berdepan dengan kesesakan walhal jika town planning dilakukan dengan baik, perjalanan yang dekat tidak perlu dihabiskan berjam-jam.

Mungkin town planner mendapat kerja sebab ada sedara mara rekomen? Tetapi siapa yang meluluskan?


Contoh ialah di bandar Batu Pahat yang memiliki lampu isyarat yang terlalu banyak dalam jarak kurang dari satu kilometer. Begitu juga dengan bandar Kluang. Manakala Muar pula, perjalanan ke arah bandar terpaksa melalui kawasan yang agak sesak berikutan kewujudan bangunan heritage di sepanjang perjalanan, ditambah pula dengan tindakan sesetengah pemandu yang meletakkan kenderaan secara tidak berhemah.

Adakah pencapaian NKRA bagi bidang ini dianggap tercapai apabila warga kota di Lembah Klang dapat memendekkan masa perjalanan mereka, walhal di kampung warga kota itu sendiri, perjalanan mereka berlipat kali ganda tempohnya?

Lihat sahaja waktu perayaan seperti Aidilfitri.

Jalanraya di Lembah Klang sunyi dari kenderaan.

Tetapi di kawasan tumpuan seperti di Muar, akses ke Lebuhraya Utara Selatan sering sesak dan tidak sistematik dan kadangkala memerlukan bantuan kemanusiaan untuk mengendalikan simpang utama berikutan lampu isyarat tidak mampu menampung peningkatan mendadak jumlah kenderaan.

Aku pasti, banyak lagi kawasan luar bandar di seluruh negara mengalami nasib yang sama terutama di waktu puncak kerana peningkatan kenderaan milik warga tempatan itu sendiri. Kemampuan untuk memiliki kenderaan tidak lagi seperti dulu tetapi kemudahan asas jalanraya ada yang masih lagi 20 tahun ke belakang.

Adakah kerana kawasan pendalaman tidak mendatangkan keuntungan untuk mana-mana konsortium termasuk Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) untuk tidak melihat ini sebagai satu obligasi sosial?

Lembah Klang sudah melalui pelbagai transformasi dalam pengangkutan awam, dari bas mini ke LRT, komuter, bas RapidKL dan kini RapidBET hasil pembentukan SPNB, satu inisiatif kerajaan persekutuan untuk mengstrukturkan pengangkutan awam di kota.


source: www.bernama.com.my

Bas yang digunakan RapidKL adalah antara aku lihat amat sesuai untuk turut digunakan di kawasan luar bandar berikutan safety features yang dimiliki kenderaan awam itu.

Antaranya, auto interlocking door system di mana bas tidak akan bergerak selagi pintu kenderaan berkenaan tidak ditutup sepenuhnya.

Ia juga memiliki lantai rendah bagi memudahkan penumpang naik dan turun dan ini dapat membantu warga emas di kawasan luar bandar menggunakan perkhidmatan awam ini.

Ini sejajar dengan objektif kerajaan untuk mewujudkan sistem yang memberi keselesaan tetapi ia perlulah diperluaskan lagi terutama di kawasan luar bandar yang turut didiami oleh ibubapa warga kota dan mungkin saudara mara lembaga pengarah SPNB.

Keuntungan bukan satu ultimate objective dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih kemas, sistematik serta selesa kepada rakyat dan aku pasti itu adalah asas utama penubuhan SPNB.

SPNB seharusnya melihat ini sebagai satu lagi obligasi dan tidak membiarkan kawasan luar bandar terpinggir. Atau terdapat kekangan untuk SPNB untuk berbuat demikian disebabkan erajaan negeri merasakan tiada keperluan untuk kerajaan persekutuan mengambil alih sistem pengangkutan awam di luar Lembah Klang?

Mungkin ia boleh mewujudkan satu gabungan bersama kerajaan negeri melalui UPENJ bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih selesa di kawasan luar bandar?

Di kota besar seperti London, khidmat pengangkutan awam teratur dan sistematik. Ia tidak lagi dianggap sebagai poor men's mode of transport.

Mewujudkan sistem pengangkutan bas yang lebih baik di kawasan pekan pasti akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan biarpun ia dianggap satu perkara remeh buat sesetengah pihak.

Persoalannya, adakah hanya penduduk di Lembah Klang sahaja yang perlu diberi perhatian?

Tuesday, January 12, 2010

TERAPI NO 2: Tengok Wayang.

Ini terapi nombor dua.

Kalau stress and tensed, shopping is the best therapy too.

Kalau dapat nengok movie lagi best, dapat pulak couple macam celaka kat sebelah, maka dapatlah kita meluahkan stress kita pada orang lain, pada mereka. Dapatlah mereka dicepuk dengan ayat ayat nista kita. Hahah.

Tetapi, apabila stress memuncak sehingga boleh mengakibatkan jerawat batu, berharaplah agar ketika anda menonton wayang, ditemani manusia manusia yang memiliki mulut yang tak reti nak diam mengalahkan dia pulak penerbit filem itu.

Semalam, selepas mendapati level stress tahap jerawat batu dan noda noda hitam, aku ke Singapura-pura untuk menjalani terapi.

Menggunakan GPS baru, aku berjaya sampai ke tempat pelik pelik menggunakan laluan yang tak pernah aku gunakan sebelum ni.

Memang best.

Kalau sesat jek, depa cakap: recalculating dan akan menunjukkan laluan baru ke arah yang sama. Suara pompuan. Aku pasti, ia suara pompuan omputih dan tak lawa sebab lazimnya kalau suara sedap, muka tak lawa. Hahah. Jangan maraaah ya.

Anyway, aku dan wifey yang hot pergi ke Vivo City dan menonton filim Sherlock Holmes.

It is not about the movie. But this is about the Gold Class that they have at Golden Village cinema in Singapore.



Sungguh best. I aint sure about similar concept that they have in GSC One Utama sebab aku ni bukan di kota, tapi di kampung, tapi aku tertanya, adakah dengan bayaran yang lebih sikit, kita jugak akan dikelilingi dengan manusia yang lebih tatarakyat dan civilised?

There were no chatting, even whispers uttered or heard throughout the movie dan aku pulak rasa pelik sebab selalunya mesti ada manusia yang gatal tekak nak bercakap throughout a movie dan aku sedikit kecewa sebab tak dapat nak mengeluarkan kata kata nista. Hahahah.

Adakah manusia yang membayar lebih itu menggambarkan lebih berpendidikan? Lebih bersopan dan berhemah?

Sampaikan tiada langsung bunyi telefon berdering sepanjang Sherlock Holmes.

The customer service were at their very best, and I was pleased with the way the service personnel handles their customer.







Jumpa Kawan: Terapi - Cara No 1.

Salam uolzz. Macam gampang kan kalau bagi salam camtu. Amboi amboi amboi pun dah ngaku taknak jadik pondan ok. lols. lols lols. Terus hilang jeragat aku. Hahaha.

Eh, ada orang tanya aku apa tu lols. hahaha. Sungguh ungka.

Aku berada di Kuala Lumpur minggu lalu selama dua hari.

Aku sempat jumpa dengan Effi Obefiend, penulis blog Freedom of Association. Kami berbincang seperti dua gay yang cuba merubah undang undang di Malaysia agar tidak menekan kehidupan seseorang seperti amboi amboi amboi. Hahahah. Hahahah.

We met briefly sebab ada hal hal negara yang perlu dibincangkan bersama dia. Termasuk bertanya apakah makanan yang paling dia suka, in case dia masuk Kamunting.

We did not snap any photo sebab kalau kami ambik, ia akan menjadi sesuatu yang sangat gay. Dan apakah posing yang kami perlu buat apabila lensa dihalakan kepada kami. Adakah kami akan melentok kepala kami persis kemanjaan kami?

Kemudian, aku sempat berjumpa dengan adik aku, Faryn bersama kawan dia yang memerlukan lampu limpah yang agak banyak dari konsert Anugerah Juara Lagu. Takper, nanti aku pinjam. We too did not snap any photo sebab flash tak cukup. Hahah.

It was good to be meeting frens from this blog yang tak pernah aku kenal sebelum ni.

Itu terapi part one during my stay in KL untuk buat satu presentation corporate video yang sudahpun mendapat rating 8.5 dari 10 points.




Sunday, January 10, 2010

SENANG TAK JADIK WARTAWAN?

Jawapan aku ialah: Senang.

Sebabnya:

1. Pandai mengampu.
2. Pandai buat muka faham apa boss kata.
3. Mengiyakan apa jua cerita dari boss walaupun benda tu tak betul.
4. Mengenepikan integriti kewartawanan demi kepuasan diri.
5. Lupa diri sebab puas dengan apa yang dibuat walaupun salah.
6. Tak peduli apa orang kata.
7. Macam bagus.
8. Dungu.

Itu zaman sekarang.

Itu baru LAPAN. (betul tak udean. haha..). Belum lagi aku listkan lagi sepuluh, seratus, seribu, sejuta.

Yang annoying type memang ramai. Dan kekadang aku tak tahu apa yang mereka pelajari untuk menjadi wartawan. Adakah dengan rupa yang ada sedikit dan tidak akan kekal tu sebab lelama nanti bila dah tumbuh jeragat, perut mula keluar ekses macam tayar goodyear, boss mula meluat, akan menjadikan mereka bagus dan tip tip dan ngetop?

Pada aku lah, untuk menjadi wartawan, ia menuntut seseorang itu berpengetahuan dan rajin membaca, rajin bertanya dan rajin untuk mengkaji sesuatu. Analytical, critical. Dan tahu keseimbangan. Jangan main bantai keromo jek without knowing the objective and purpose of reporting.

Tak lupa ada yang bodoh tapi buat buat pandai.Dan berlagak pandai. Padahal bodoh. Sangat bodoh.

I have been writing about crime for many years now. In and out of journalism for two times.

Most of my life, aku banyak cover story crime dan mahkamah. Akta dan seksyen banyak aku tahu. Boleh hafal dan aku rasa aku lebih banyak hafal penal code dan criminal procedure dari algebra.

Being tailed selepas ikut agensi penguatkuasa buat serbuan satu benda yang agak rutin. And, it is a dangerous job.

Alhamdulillah, walaupun diugut bunuh beberapa kali, aku masih lagi berdiri dan harap harap aku tak perlu lalui itu semua.

Dan ia menjadikan aku lebih berhati-hati apabila mengikuti serbuan agensi penguatkuasa. Kalau lihat di kaca televisyen, ia nampak macam seronok, ia nampak macam best, ia nampak macam happening dan rasa macam main police century masa kecik kecik dulu, tapi hakikatnya, disebalik tu semua, banyak benda yang perlu dijaga.

Adakah graduan Mass Comm hari ni lebih hebat dari dulu? Tidak. Mereka lebih superb! Sebab mereka sentiasa rasa dan pikir, mereka tak perlu belajar dari orang lain kecuali cermin di bilik air mereka, setiap pagi.

Dan berlagak mengalahkan diva pun ada. Itu pun aku jumpa. Wartawan bukan selebriti. Wartawan bukan artis. Kalau mula fikir diri kita selebriti, mulalah mengarut, mulalah perangai macam gampang  dan penuh dengan sumpah seranah aku iaitu: itulah contoh kewartawanan dipersundalkan.

Mulalah rasa beli sunglasses kat Tesco macam beli kat Pavillion. Mulalah rasa beli handbag kat Petaling Street macam beli kat Pavillion. Mulalah rasa bila orang tengok kau, kau rasa macam orang terpegun kat kau, padahal orang sedang menyumpah seranah kat kau. Mulalah bila dua tiga orang (read: dua dan tiga orang SAHAJA) cam kau, kau rasa macam kaulah orang paling popular di dunia (read: planet, bumi, cakerawala).

Tapi baguslah. Kurang kurang pun kau ada daya kreativiti untuk menipu diri sendiri demi menyedapkan hati sendiri. Sendiri.

Bila kau di majlis majlis yang kau perlu cover, kau rasa kau tak perlu lakukan apa apa termasuk tolong cameraman angkat barang (read: microphone yang sangat sangat berat tu) sebab kau rasa, wartawan hanya perlu bawak pen, buku nota dan control vogue.

Dan bila dah keluar televisyen sekali dua, kau rasa orang kena sembah kau mengalahkan drama Tamil, kena sembah kaki.

Hakikatnya, pengalaman kau hanya setahun jagung dan masih lagi bodoh dalam dunia wartawan ni maka semanisnya, janganlah meninggi diri dan janganlah biarkan diri terus jadik bodoh. Haha.

Dan aku jugak tak faham, adakah hanya dengan belajar penulisan skrip seminggu membolehkan seseorang itu menerima diploma penyiaran? Syllabus apa ni? Itulah yang dilakukan sebuah kolej yang di Malaysia ni. Manakala pensyarahnya hanya gah sebab baru dapat job editing untuk satu dua filem, dah boleh jadik pensyarah. Apa kejadahnya?

Apakah yang menjadikan kita wartawan yang baik? Pada akulah, memiliki contact yang baik, mempunyai penulisan yang baik dan terperinci serta dengan fakta yang kukuh serta intelligent writing dan tidak emotional sebab bila emotional, sama seperti menulis nombor telefon di pintu jamban.

Dan ada jugak yang berpeluang untuk melangkah ke depan, naik pangkat. Ada yang naik pangkat bersandarkan kebolehan dan kemampuan, manakala ada jugak yang naik pangkat sebab pandai berkata-kata walhal orang lain yang buat kerja sebab pandai mengarah semata mata.

Apabila dah naik pangkat, mula terlupa perkara basic iaitu integriti. Ethics pun lupa. Dan jangan lupa, ada juga yang bila dah berada di atas, lupa diri dan merasakan apa yang diutarakan oleh orang bawahan, bagai sampah dan tak perlu diikuti.

Ada jugak bila integriti kewartawanan bagai dihujung tanduk, at stake, takde siapa yang berani bersuara kecuali di warung bawah pokok dan di tepi pokok. Takut dicop si tanggang. Padahal banyak cara untuk mengutarakan argument. Bukan dengan menjerit tetapi dengan cara yang approachable. Kenalah pandai, sama seperti pandai bercakap bila boss suruh buat kerja kan.

Apabila perkara seumpama itu berlaku, aku mula merasa meluat dan menyampah sebab aku menjadi wartawan for the love of the job, bukan kerana aku ingin jadik selebriti, glamour atau nak jadik superstar sampah seperti wartawan hiburan di akhbar kat Malaysia ni.

Dan sekarang, aku sedang berkira kira untuk meninggalkan dunia kewartawanan for good sebab aku dah cukup meluat dengan manusia yang tak tahu apa itu integriti, apa itu etika, dan the principle of words.








Wednesday, January 6, 2010

CELCOM: WOULD YOU CALL THIS COINCIDENCE?

I have had written about it previously.

People calling me on my 019:

Caller: Helo rumah jagaan orang tua, ini Puan Norli ke?

Me: Huh?

That a short while ago.

Me: Saya rasa dah ramai call nombor saya ni, ni mesti Celcom recycle this number and give it to me.

Caller: Yelah, tapi I was given this number quite some time ago and have been calling this number eversince.

Me: Really? I believed the user had ceased using this number and Celcom had given me this used number. So nice of Celcom.

Caller: Yeah, I think so.

The conversation ends there.

And this, ladies and gentleman, NOT the first time.

Last week, a number kept on calling me while I was busy, and when I returned the call:

Caller: Can you send an ambulance?

Me: Ambulance?

Caller: Yeah, my grandfather is having breathing problem.

Me: Unfortunately I can't because I don't provide any ambulance.

Caller: What?

Me: Yes, I don't. I think you got the wrong number.

You see, I have been wasting my time attending and explaining to callers.

Yes, couple of months ago, I did checked with Celcom and they strongly denied that this is a recycle number.

How sweet.

Kalau coincidence, how come ramai sangat yang call and asking the same person and/or ambulance?

Kalau salah number, kenapa all the callers asking for the same person? Aku sampai dah hafal nama orang ni. And nope, either in this life or my previous life (if any), aku tak pernah dikenali sebagai Kak Norli. Aku dikenali sebagai Edward Cullen ok. Please know that.

Aku tak tahu what is in the mind orang orang kat Celcom tapi aku yakin, 'terlalu banyak isinya' dan tentunya mereka tak boleh derma organ itu.

Mungkin mereka mengikut promosi mereka - kadar rata seluruh negara maka cara pemberian nombor jugak dibuat "alah, buat kerja kadar rata jerlah."

And mind you, this is a GLC company. What is GLC? Goreng Lenyek Cincai?

And I am gonna forward an email to Celcom tomorrow and see what happen next.

Ohh, I know someone di Celcom ada mewajibkan diri membaca blog ni, since you are it, please do something about the reception at my office and my home, sebab whenever I'm on phone, aku terpaksa berjalan keluar rumah untuk dapatkan reception lebih baik sekaligus menimbulkan sedikit kegusaran pada Mummy Gegula. Yelah, korang kena faham, aku ni comel lebih sikit dari kucing.

HARI INI HARI RABU.

Ya, hari ni hari Rabu. Esok pula hari Khamis. Lantas selepas hari Khamis adalah hari Jumaat dan berkunjung pula hari Sabtu.

Haha, sewel tak? Yang korang baca siapa suruh.

Ok, many of you have left comments on my previous entries, yet tak dapat reply dari aku. Alah, korang bukan kisah pun kan. lols.

Aku sangat sibuk dengan peperiksaan akhir tahun (salah tahun pulak), dengan kerja yang tak habis habis maka terbiarlah segala kebun, ladang dan ternakan tak dijenguk. Apatah lagi nak memblog. Ampunilah dosa kita ya. Assalamualaikummmmm.. tak jawab dosaaaa..

Rushing for a corporate video with lots and lots of montage effects menguji tahap kelelakian aku minggu ni. Ok, aku lelaki. Tempoh nak membuatnya adalah 4 hari. Cun tak? Sungguh cun tempoh tu, dan apsal ntah aku bingai sangat pergi ambik job ni. Haha. Ok, aku benarkan korang gelakkan aku.

Ok kekadang aku ada bingai jugak, sama dengan korang.

Come Friday, I will be travelling to Kolumpo dengan muka ketat. Seketat kasut tumit bini aku yang aku CUBA pakai semata mata untuk tunjukkan betapa bangangnya pondan pondan tu semua pergi pakai high heel dengan kaki sebesar badak. Itu satu tindakan 'cuba', bukan 'usaha'.

Nanti aku mintak Don Corleone belanja aku. Don, jangan buat muka tak tahu ok dan jangan bagi alasan kau takder kat KL. Pi booking tempat makan memahal.

This will be an important trip.

Satu jek harapan menggunung aku: tak ada speed trap pada hari itu sebab semua anggota polis trafik kena cirit birit.

Monday, January 4, 2010

APA YANG ANDA PEROLEHI DARI LAMAN WEB MILIK AGENSI ATAU JABATAN KERAJAAN SELAIN..

.. selain menyakitkan hati, jiwa dan hilang siuman.

Untuk mendapatkan maklumat (read: dari zaman azali sampailah 2012), jarang mendapat maklumat secukupnya dan akhirnya anda pasti akan berhenti di web bawah ini:


Alternatively, you may at your own discretion, try this web:

LAMAN WEB KEDUA, KHUSUS UNTUK ANDA. Nota: Pastikan anda membaca arahan dengan teliti.

Pergi dulu kedua dua web itu dan pulangkan diri anda ke sini dan jawab soalan berikut:

1. Adakah pencapaian anda melebihi 50 peratus bagi laman web pertama? Jika ya, anda tak sesuai berada di sini.

2. Adakah anda sekurang kurangnya tersenyum apabila pergi ke laman web kedua? Jika tidak, sila berhenti mengikuti blog ini dan sibukkan diri anda dengan blog memasak, menghias rumah atau berkongsi resipi membuat nasi kerabu atau blog apa yang penulisnya buat dari celik mata sampai pejam mata, celik mata, pejam mata.

Adakah kita tidak memiliki web designer yang hebat hebat dan kacak kacak (ok biasanya diaorang tak kacak dan berperut buncit sebab duduk lama sangat dan makan tidur makan tidur depan komputer)?

Apakah fungsi MAMPU? Adakah ia menumpukan perhatian terhadap laman web milik jabatan dan agensi persekutuan sahaja?

Cuba check Jabatan Pertanian. Klik pada link bagi negeri Johor.

Adakah terdapat keperluan untuk memasukkan maklumat berikut:

"Bahagian persuratan pula telah menerima surat setiap hari lebih kurang 40 helai dan proses edaran lebih kurang 50 setiap hari. Sebanyak 36 rekupmen dari peruntukan PWR jabatan sebanyak RM 6000.00 telaah dilakukan bagi bayaran bil tuntutan dan bayaran  gaji pekerja sambilan pada tahun 2004.Bahagian perjawatan pula telah memproses gaji bagi kakitangan jabatan pertanian negeri johor seramai 150 orang setahun. Permohonan dan kelulusan cuti (cuti rehat , cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti blaja, cuti tanpa rekod dan pelbagai jenis cuti) sebanyak 435 dalam setahun."

Wait. They have 150 staff. Rekod cuti adalah 435 dalam setahun. Bermakna? Apa makna pelbagai jenis cuti? 1. Cuti sebab tak sempat nak balik opis sebab mengeteh lama sangat kat luar?
2. Cuti sebab tak tau hari tu kerja?
3. Cuti sebab taknak kerja?
4. Cuti sebab berpesbuk kat rumah sampai subuh dan tak cukup tidur?
5. Cuti sebab update blog jam 4 pagi macam aku?
6. Cuti sebab anak bersalin?
7. Cuti sebab jiran bersalin?
8. Cuti sebab jiran nak pasang khemah kahwin?
9. Cuti sebab bini ajak pergi pasar, pastu pergi jenguk kedai emas sebab baru dapat bonus? Orang gomen kan selalu dapat bonus manakala kita selalu dapat air brand Bonus.
10. Cuti sebab sakit perut.

Dan di web yang sama, dipaparkan calendar of event terbaru iaitu bagi tahun 2007.

Mampu sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan perlu lebih tegas dalam memastikan laman web milik agensi mahupun jabatan kerajaan lebih sistematik, terkini dan lebih kolaboratif serta relevan kepada pengguna.

Dan ehem, apa dah jadik dengan pekeliling berikut:


Oyasumi!

Sunday, January 3, 2010

KALIMAH ALLAH DI GEREJA.

Perhaps it is not too late for me to have this entry up.

Had a long discussion over this with Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman during a tea-break chat at his official residence yesterday.

Sebenarnya, seperti yang sudah diulas banyak blog yang jelas amat kecewa dengan keputusan itu, ia menidakkan kewujudan dan kefahaman bahawa Islam adalah agama rasmi negara kita.

"Keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam. Membenarkan pernerbitan Kristian menggunakan perkataan ALLAH bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas adalah satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam."
Quote: Yang Berhormat Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Manakala mengapa ada usaha untuk mengelirukan rakyat Malaysia jika bukan kerana mempunyai agenda tersembunyi?

"Jadi adakah mereka akan membaca artikel dan koleksi pilihan dari Bible yang dicetak dan ditulis dalam Bahasa Melayu?"
Quote: Blog Ustaz Azhar (Perlis).

Adakah our learnt senior federal counsel tidak cukup fakta untuk mematahkan usaha penerbit Herald itu?

Aku tidak memiliki pengetahuan mendalam mengenai nas mahupun perlembagaan negara untuk mengulas dari sudut itu.

Tetapi aku pasti, ramai rakan beragama Kristian akan turut tidak bersetuju kerana ia akan menimbulkan keresahan di sebalik keamanan yang sudah kita kecapi di Malaysia hari ini.

"Dr Mahathir berkata sensitiviti umat Islam perlu dipertimbang oleh bukan Islam, sebagaimana umat Islam di negara ini menjaga sensitiviti penganut agama lain bagi mengekalkan keharmonian negara.

"Yang saya khuatir bila Allah diguna oleh mereka, mungkin mereka akan guna secara yang akan timbulkan perasaan marah di kalangan orang Islam, kalau buat sepanduk dan tulis sesuatu yang tak cerminkan agama Islam."
Quote: Berita Harian Online.

Betul.

Mengapa tiada pertimbangan toleransi ketika mengemukakan penyemakan keadilan terhadap larangan penggunaan perkataan Allah (SWT) dalam penerbitan mereka?

Adakah sudah hilang toleransi dan kesefahaman serta rasa hormat terhadap agama lain?

Adakah ini akan menimbulkan precedence terhadap banyak lagi tindakan selepas ini hingga boleh menimbulkan kemarahan umat Islam?

Adakah akan digantikan di pintu masuk gereja, di pintu Calvary Charismatic centre yang diasaskan pertubuhan agama Kristian dengan perkataan Allah?

Adakah ada kemungkinan yang perkataan itu turut ditulis dalam bahasa Jawi? What, another judicial review?

Adakah 'hak' yang dikatakan milik semua itu mengatasi toleransi serta keamanan majoriti di negara kita ini?

Adakah dengan penggunaan perkataan Allah ini, dapat meningkatkan lagi faith di kalangan penganut Kristian?

Secara kontrarinya, adakah pendakwah kita pula mampu mengajak penganut Kristian untuk menganut agama Islam disebabkan mereka sendiri mungkin keliru?

Adakah loket yang selama ini berbentuk salib bertukar?

Banyak implikasinya kan.


DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.