Friday, December 17, 2010

Gadis 13 tahun Panjat Tingkap Keluar Rumah Untuk Main Dengan Boipren.

Lucah ke bunyi tajuk tu?

Then, should we change it to Gadis 13 tahun Panjat Tingkap Keluar Rumah Untuk Melakukan Seks Dengan Kekasih.

Read this on Harian Metro.

Hold on. Tahu tak ada kalangan masyarakat kita menganggap anak kita di sekolah menengah dah boleh ada kekasih? Percayalah, ada yang macam tu.

"Takpelah, diaorang tu berkawan jek. Sesama sekolah."

Kekadang kita lihat even di kompleks beli belah, dengan dada masih pipih serta leper and I bet with my latest speedy processor - bra pun takder saiz lagi, gadis gadis kecil dan aku yakin sangat masih lagi disara mak bapak termasuk untuk membeli pad, sudah mesra dengan pasangan masing-masing melebihi orang baru kahwin.

Manakala lelaki, wait, bebudak lelaki yang kurus kering dengan seluar londeh dan rambut bergel satu kodi, memeluk pasangan mereka tanpa segan silu.

Kalau terer cubalah tegur. Aku sanggup buat taruhan RM50, kalau kau tak kena balun balik.

Kita macam dah tak boleh buat apa dah. Kita macam hilang kawalan dah dengan remaja hari ni. Lagipun bak kata diaorang ni, kita bukan mak bapak diaorang.

Adakah mereka mahu jadik dewasa cepat? Dulu orang cakap, kalau kita occupy our children with classes, depa takde masa nak bercinta. Helo, this is 21st century, they will find time dan kes terbaru di Terengganu adalah buktinya.

Cuba kita bercerita dengan anak-anak muda macam mana hidup kita dulu, time sekolah nak ada kekasih, kalau tak kena lepuk dengan orang tua kita, beranilah buat.

"Kau punya seluar dalam pun aku beli lagi, berangan nak ada mata air," dan pastinya ayat itu tidak diluahkan dengan penuh manja, tapi dengan muka garang dengan tangan memegang rotan atau tali pinggang. Dan tali pinggang pulak bukanlah jenis halus macam pondan pakai ganti belt Levis kita.

Kalau kat McDonalds tu, penuh dengan diaorang. Kalau kat Johor Bahru ni, pergilah City Square di tengah bandar ni. Aku rasa kalau dulu kita mengusha kat perpustakaan, diaorang dah upgrade, pergi shopping complex. Ya, dulu aku pergi perpustakaan tapi untuk cuci mata. Haha. Tapi ok apa, aku pergi setahun sekali.

Kalau yang ala ala uptown girl sikit, bolehlah daring pakai memacam aksesori lebih sikit jek dari Lady Gaga.

Pastu mekap, kalau kokot semua bedak tu, boleh buat satu set Christmas Package Estee Lauder.

Never mind about how they dress, its a free country kan? Biarlah. Kau nak sibuk kenapa? Bukan kau yang bagi duit kat diaorang tu beli baju.

But macam mana pulak dengan perangai diaorang tu? Aku rasa, kalau boleh nak duduk atas riba walaupun di khalayak ramai. Kita hanya mampu tengok dan mengumpat sesama sendiri.

"Kau tengok tu haa, ishh meluatnya aku tengok bebudak sekarang," ngumpat korang sambil membetulkan sleeveless shirt yang korang pakai tu with low cut sampai terbojol apa yang tak sepatutnya terbojol keluar.

Apapun, kita memang tak boleh buat apa apa sebab kita bukan mak bapak diaorang. I bet even the teachers, if they bumped into their pupils kat shopping complex can't say anything sebab akhirnya nanti: ehh yang cikgu nak sibuk ni apa hal, saya mintak duit cikgu ke? Setan tak?

Hopefully our children dilindungi dan dijauhkan dari tu semua.

19 comments:

Hidayah Ahmad said...

setuju !

una berry said...

risau..risau..risau
hopefully my daughter won't grow up to be that way

Azhar Abdullah said...

Kakak aku cerita, masa dia sekolah rendah darjah enam dulu ada la sekali utus surat dgn seorang budak lelaki...dapat tahu kat bapak aku...balik rumah bapak aku masukkan baju dalam beg dia, ajak nak pergi nikahkan sebab dah gatal sangat...menangis kakak aku dan terus takde BF sampai la dia kawen je terus...dia kata sebab itu la dia jadi orang...

Kalau sekarang?Ehhhh...masuk la...dia ada dalam bilik, pergi la ketuk...kan..

LORD ZARA 札拉 said...

Moga2!~
Kat sekolah budak2 ni yang bergaduh sebab boyfren ke girlfren~

seluar dalam memanglah mak bapak beli (macam keji je) dan ya, mak bapak yang cuci gak seluar dalam tu~

pfffttt~

melampau eh?
pastu berlagak, bergaduh sebab bf, gf~

wth la sangat~

Wanita Mutalib said...

macam mana la saya nak jaga anak saya dr jd gitu yer..

nauzubillah.

kirana nakia said...

Salam
:( sadis dengan kehidupan sekarang..
Bagaimana agaknya 10 tahun akan datang?

Cikgu Mizi said...

kat sekolah pun kalau cikgu tegur murid, alamatnya kereta bercalar-balar macam kena urutan cakar rimau..budak2 zaman sekarang (sambil geleng pale).. ishh3..

Eri-chan said...

sgt ngeri. walaupun takde anak, tapi kalau ada anak takmolah ada anak mcm ni. mak bapak kena insaf...

jinkamen said...

aku dulu waktu sekolah abah aku siap bagi kat cikgu aku rotan besar ibu jari...
kalau kat luar kwsn sekolah pulok aku takut kene dengan pakcik/makcik kat kampung..walaupun bukan jiran jiran, tapi kalau dia jumpe budak bawah 15 tahun hisap rokok atau buat tak senonoh harus kene pelempang..
budak skrang, orang luar tegor/lempang untuk mengajar pon panggil polis..kesian kat cikgu cikgu laa

ayunda maajis said...

hurm..budak2 sekarang...

NiZaM said...

saya pernah menonton satu program bual bicara yang membincangkan bagaimana nak melahirkan anak seperti imam syafie

antara point penting kat situ.. ibu bapa ni kenalah jadi sepertimana ibu bapa imam syafie ni dalam mencorakkan anak-anak mereka...

insyaAllah berkat dengan kesedaran kitalah nanti yang akan mencorakkan anak-anak kita.. =) aminn

LOST said...

Hmmm.... Mengenai isu ini, semua ini adalah disebabkan globalisasi. Fenomena ini sememangnya tidak dapat dielakan, dan bukan senang untuk ditangani. Kembali kepada isu nya, siapakah yang patut bertanggungjawab? Apakah peranan individu dalam masalah remaja yang semakin berleluasa. Saya rasa, dari faktor ibubapa, sekolah, masyarakat sehingga keluarga, semua berperanan untuk memerangi gejala sosial ini.

Bagi saya, ibubapa merupakan kunci utama untuk menangani isu ini. Ramai dikalangan ibubapa memandang remeh terhadap tindak tanduk anak2nya, siap manja2kan lagi anak dia orang. Contoh yang paling jelas bila kuar jalan2 gi shopping ngan anak. Kalo anak tu nampak something yang dia nak, bukan main lagi nangis ngna kuat... dan akhirnya mengalah juga ibubapa sebab x nak jadi "spotlight" dalam shopping complex tu. Kalo la zaman 20 tahun dulu, rotan dan tamparan la hadiah dia kalo nangis nak belikan sesuatu benda itu.

Bak pepatah kata, sikit2 lama2 jadi bukit. Manjaan2 yang kecil sebegini bila dibiarkan dari kecil, ego dan angkuh anak tu akan develope. Tu la permulaan segalanya.

Yang lebih menyedihkan lagi ialah masa bersama anak2 dalam keluarga semakin kurang. Cuba imbas kembali kekerapan ibubapa kamu dalam rumah untuk jaga kamu, ngan kekerapan kamu dan pasangan kamu dalam rumah untuk menjaga anak2 kamu tu. Saya rasa, mmg x leh nak banding. Sebab nya ialah kerja yang x habis. Alasannya ialah, kalo saya x kerja, sape nak tanggung? Fahamkan disini saya bukan nak suruh kamu berhenti kerja untuk jaga anak, cuma lepas kerja tu... terus la balik rumah tu. (sori bahasa lepas ni kasar sikit sbb mmg x faham perangai) X yah la sibuk2 nak hang out ngan kengkawan tu sampai berjam-jam dok kat kedai mamak. Masa ko orang buat cam ni, ko ingat anak ko tu x nampak ke? Dia orang la belajar dari sana. "Dah mak/bapak aku selalu kuar, buat apa aku nak dok umah?" Ko orang ingat nasihat / tegur / marah anak ko orang macam tu dia masuk ke? X de... sebab contoh dari diri kamu sendiri yang cakap x serupa bikin. Sebenanrnya semua ini akan contribute kepada pergaulan anak ngan kawan2nya x kira kat mana2 dia orang berada. Jadi, apa yang saya nak cakap ialah, luangkan la lebih masa bersama keluarga anda. Macam mana kamu rapat ngan kawan pun, x dapat banding pentingnya kamu rapat ngan keluarga kamu sendiri.

Banyak lagi sebenarnya nak tulis. Nanti kalo dah ada response, saya akan sambung. Hehehe
(Sori ye terkasar bahasa) Hahaha

azieazah said...

Aduhhhh.... anak oh anak..

YatieJay said...

Encik Hazrey usha aweks kat perpustakaan sebab nak carik aweks berkualiti. Kalau usha aweks kat shopping complex, dapatlah minah2 macam dalam subjek entry ni....betul tak? ; )

DaHLia said...

kalo jumpa student kat luar, memang tak kenal dah kecuali diorang yang tegur..
tengok dressing memasing, kemain lagi laa.... padahal dok pekan jer..datang bandar Kuantan, tapi pakaian ngalahkan orang KL rasanya..makeup macam nak jatuh ke bumi..

The Conversationalist said...

Bebudak sekarang memang beruntung tapi tak sedar diri (haha sounds like I'm too old)..btw, masa universiti dulu pernah ajak kawan kelas lelaki datang rumah untuk raya, for the first and the last..mana tak nyer, my dad and 2 brothers soal dia macam-macam soalan, dari sifir empat angka sampailah sejarah peradaban dunia (this is for real)..tak dapat jawab tak boleh balik..pastu my dad siap cakap, kalau nak berboyfriend, make sure dapat 4.00 every sem and I did but lepas tu terus putus nafsu nak berboyfriend..hakhak..

Audra Sazreena said...

That is the reason as parents, we should know who our children's friends are and their family background. Plus what they read and exposed too.

We can't control them too much but we can't let them loose too. There must be an invisible leash tied to them that we can always pull whenever needed.

I believe sex education is a must, not to encourage the kids to have sex but to educate them the cause and impact.

The Red Rambutan said...

Hasil system pendidikan yang diperkenalkan 15 tahun dahulu. So, someone or somegroup must take action. jangan biarkan Melayu makin pupus.

ibnu marzuki al firdaus said...

nenek wa dulu untung walau era british

11 tahum jer dah leh rasa nikmat jimak secara halal sampai bercucu, cicit mereka berjaya la ni pun tak dibuang ke dalam longkang

shahrizat jer buat kecoh dengan n.ajis klate jugak!?

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.