Monday, October 11, 2010

UPDATED: BAS EKSPRES DI LEBUHRAYA UTARA SELATAN LEBIH LAJU DARI EVO 10.

Takziah buat keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan berhampiran tol simpang ampat semalam.

It was said that the bus was in good condition. Ohh, itu penyumbang faktor untuk bawak laju lagi.

The ill-fated bus dari jenis Hino RM2KSKA buatan negeri Jepun. Hino adalah anak syarikat Toyota.

Kalau ikut spesifikasinya, ia boleh meluncur sehingga 117km sejam tetapi berdasarkan pengamatan kita sendiri, kebanyakan bas ekspress hari ini bukan macam zaman bas takder pendingin hawa yang terhegeh hegeh dipandu apek tua.

Ini foto rupa bas yang terlibat dalam kemalangan ngeri Ahad lalu milik Delima Express.


Hakikatnya, bas ekpress hari ini mematuhi sepenuhnya maksud 'ekspress' dan kerana itulah, mereka tak hirau untuk meluncur laju di lebuhraya utara selatan.

Kerja aku menuntut aku untuk menjelajah pelusuk daerah di Johor ni, dan bukan setakat lebuhraya tetapi di jalan persekutuan atau jalan negeri, bas ekspres meluncur laju dan ada yang memotong di selekoh tanpa memikir ketinggian dan hukum graviti.

Aku pasti penumpang kecut. Dan bercakap mengenai penumpang, kita tanya diri kita, siapakah yang lazimnya menggunakan bas ekspress? Tentunya golongan sederhana dan bawahan. Kenapa penguatkuasaan suam suam kuku? Adakah kerana penggunanya bukan dari golongan VVIP? Adakah keterlaluan aku bercakap begitu?

Di lebuhraya, banyak kali aku terpaksa mengalah dengan bas ekspress. Ya, kadangkala aku memandu lebih dari 110km/sejam. Tetapi kerapkali pula aku ditonjol bas ekspres dari belakang yang tentunya memandu lebih dari 90km/sejam.

Untuk rekod, kelajuan bas di lebuhraya adalah 90km/sejam manakala di jalan negeri adalah 80km/j.

Pernah ke kita lihat bas canggih canggih ni semua dipandu mengikut had kelajuan maksimum? Untuk rekod, ada bas yang memiliki 10 gear seperti bas jenis Scania dimiliki syarikat bas ekspres di negara kita.


Kelajuan membunuh, ya, tentu sekali. Apabila ia melibatkan kenderaan yang fizikalnya besar seperti sebuah bas, tentu sekali ia seperti kenderaan maut, apabila dipandu laju.

Ini satu pembunuhan. Kelajuan membunuh rite? Tentunya mereka yang terlibat adalah pembunuh.

Pada 7 Disember 2008, kejadian pembunuhan beramai ramai terhadap penumpang bas ekspres berlaku melibatkan Bas Super Nice Grassland yang terbabas dan terbalik di KM146.5 lebuh raya yang sama berhampiran Tangkak mengakibatkan 10 maut dan 18 cedera kira-kira pukul 2 pagi.

Tetapi yang paling tragik ialah peristiwa pada 13 Ogos 2007 dengan 22 penumpang maut selepas bas ekspres milik Syarikat Bas Bukit Gantang tergelincir sebelum terbabas di KM229.1 lebuh raya yang sama berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bukit Gantang, Perak.

Apabila berlaku kemalangan sebegini besar, akan kedengaran pelbagai cadangan, pelbagai garis panduan, pelbagai bantahan.

Pernah diajukan untuk memasang kamera di lebuh raya, kotak hitam dalam bas, wajibkan dua pemandu, penyediaan buku log, usia bas ekspres tidak melebihi 10 tahun, pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) setiap enam.

Malah larangan perjalanan bas ekspres waktu malam turut dicadangkan.

Kotak hitam turut disanggah pemilik bas kerana dianggap mahal dan dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja.

Profesion pemandu bas perlu diberi perhatian supaya ia dikategorikan sebagai kerjaya professional memandangkan ia melibatkan nyawa manusia lain. Ia perlu ditingkatkan tahapnya seperti yang dilakukan di negara barat.

Apabila profesionnya dianggap profesional, ini termasuk memberikan latihan yang mencukupi dan kawalan terhadap disiplin pemandu bas ekspres di negara ini, ia sekaligus meningkatkan tahap kematangan pemandu.

Melalui peningkatan profesion, ia akan turut meningkatkan permintaan / permohonan pekerjaan kerana tangga gaji pasti lebih tinggi dan pemandu tidak perlu membuat pemanduan ulangan pada hari yang sama. Do you know that, ada pemandu yang memandu dari Johor Bahru pada waktu pagi dan tiba di Kuala Lumpur awal petang akan membuat pemanduan ulangan ke arah JB selepas itu? Adakah ini sihat?

Of course, pengguna akan bising bising kerana terpaksa keluarkan kos lebih tinggi apabila membayar tambang lebih as the escalating cost will be pass down to the consumer. Tapi membayar lebih sedikit untuk jaminan nyawa?

Dulu pak menteri ada cakap mengenainya tetapi seperti biasalah, lepas dah berjela jela, dah bertukar menteri, ia masih dipraktikkan oleh pengusaha bas ekspress. Ada pulak menganggap ia lebih cost effective untuk menggunakan satu sahaja driver bagi membuat pemanduan ulangan seperti itu. Dengan gaji yang rendah, tentunya pemandu bersedia untuk membuat pemanduan ulangan kerana mereka akan diberikan elaun lebih dan ini menambah pendapatan mereka.

Ohh, bercakap mengenai bas di negara barat, macam mana kita boleh menerima bas dua tingkat digunakan di negara ini sedangkan adakah daya graviti jalanraya kita mampu mengekang kenderaan itu dari berlaku kecelakaan? Siapakah yang meluluskan struktur pelan bas itu?

Hakikatnya kita bakal melihat pelbagai operasi dilakukan tak lama lagi terhadap bas dan selepas itu, ia senyap begitu sahaja sehingga satu lagi kemalangan berlaku. Kita tak perlukan banyak sangat jawatankuasa, apa yang diperlukan ialah kerajaan lebih tegas secara berterusan kerana perkiraannya mudah, satu bas = 40 penumpang.

Setiap masa, setiap nyawa dalam bas dalam risiko. Apakah tindakan kita? Adakah kita memboikot bas ekspress. Ya mudah berkata begitu untuk yang memiliki kemampuan berkenderaan sendiri. Bagaimana pula yang tidak mampu? Bagaimana pula bagi yang inginkan keselesaan kerana tidak mahu menanggung risiko memandu kerana mengantuk tetapi akhirnya risikonya lebih tinggi kerana menaiki bas ekspres?

What we need now is a long term solution to all this. Intelligent Transportation System (ITS) could be an idea, di mana signal seperti GPS dipancar dari pengangkutan awam dan dipantau pihak berkuasa dan bukannya syarikat pengangkutan kerana akan berlaku bias / pelindungan fakta. Contoh, satu unit penguatkuasa diletakkan memantau pergerakan pengangkutan awam di lebuhraya dan pihak berkuasa yang memantau dapat mengenalpasti identiti kenderaan yang memandu secara laju.

Dengan cara demikian, peronda terutama yang menggunakan kenderaan EVO 10 dapatlah digunakan dengan lebih berfaedah iaitu mengekang pengangkutan awam yang dipandu melebihi had yang maksimum yang dibenarkan.

Dengan cara begini, polis trafik akan lebih proaktif kerana kehadiran anggota di jalanraya hanya mencegah semata mata, kerana apabila kehadiran mereka disedari, pemandu bas ekspres sudah memberi isyarat kepada rakan pemandu lain yang datang dari arah berlainan selain pelbagai cara komunikasi lain terutama telefon bimbit.

Deterrent penalty should be impose to companies too if their buses are caught speeding termasuk membekukan permit bas baru untuk syarikat terbabit dan ini pasti membantutkan pembangunan syarikat dek kecuaian syarikat sendiri. By doing so, ia akan membuatkan syarikat bas lebih tegas terhadap pemandu dan secara psikologi, syarikat bas yang besar pasti akan menyediakan satu insentif menarik buat pemandu yang tidak dicekup kerana speeding.

We should have a list of drivers too, that can be accessible by all companies, lengkap dengan rekod pemanduan, saman dan tindakan yang dikenakan sebelum ini, jenayah jenayah lain termasuk mabuk dan melakukan kacau ganggu terhadap ketenteraman awam. This record is like CTOS and CCRIS.

Bus driving is NO longer a job, it is a high risk profession with high professionalism required.

18 comments:

Azrul Hisham said...

dah lama tak naik bas sejak beli kereta....rasa macam seriau nak naik bas lagi...

shahirahkhairudin said...

bapak gegula, masa aku drive balik kampung raya ari tu, bas ekspress siap cucuk aku kat lane kanan walhal masa tu aku tengah nak memotong, aku jeling tengok speed aku 110kmj je wei. aku relek je dengan 110kmj. sekali bas kasi lampu tinggi. woha !! melampau !! aku relek lagi 110kmj. bas tu hon aku pulak. woha !! lepas tu aku masuk balik lane kiri, bas tu hon lagi sekali. marah la konon.. woha ! aku hon balik berkali kali. tapi hon kete aku kecik je macam pondan bunyinye. ape bas kisah. bas kan besar ...

Obefiend Weiland said...

thank you for the recap

i was looking for the previous incidents

btw

lepas ni tungu laporan dan kertas kerja lagi. then saranan. then bagi cadangan bla bla

lepas tu senyap semula.

kemudian kita menanti the next bloodbath

cikgu zaman said...

Dulu selalu naik bas dari Bt Pahat ke Kamunting masa Syarikat Bas Bukit Gantang beroperasi. Apabila permitnya telah ditarik akibat kemalangan maut dalam tahun 2007 terpaksalah tukar bas dan tiada lagi bas express perjalanan terus dari Bt Pahat ke Kamunting. Terpaksa buat perjalanan Bt Pahat - KL : KL - Kamunting.

Adakah syarikat bas delima akan dikenakan tindakan yang sama?

YatieJay said...

Saya agak tertanya2....boleh tak puspakom set kelajuan bas ekspres kepada 90km/j saja? Kalau pemandu bawak melebihi kelajuan tersebut, bas tu akan mati enjin dgn sendirinya?

Ada ke teknologi seumpama itu?

maCy said...

bas ekspres je option y ade na blk kg. sigh~

putera.makasar said...

sebabnya ....
menteri yg dipertanggung jawabkan RASUAH,pengarah lpkp RASUAH,pengarah jpj RASUAH,orang kuat dalam persatuan pengangkutan bas ekpress RASUAH.
bolih dikatakan ramai yang terlibat dalam hal ini.semua ada kepentingan.
bila berlaku kejadian begini,jari masing mula menunjuk kesana kemari.macam merekalah orang paling suci.
akhirnya pemandu yang bersalah.
di malaysia ini,pasal cakap,bagi pendapat,idea dan macam2 cadangan keluar.
semua tu hanya lakonan dari orang2 yang pandai bercakap tapi tak ada akal.
buat kerja tak seberapa,heboh yang lebih.
setiap kali ada perayaan,akan ada pesta mengira kematian.
kempen macam2,yang untung orang2 yang bijak bercakap.
wang banyak habis,tapi yang mati tetap ramai.
nasib baik keluargac aku tidak menjadi mangsa.
sekiranya ada keluarga aku yang terlibat..aku saman kerajaan,lpkp,jpj,polis,persatuan bas2 ekpress,PLUS dan sesiapa saja yang membenarkan bas ini berada atas jalanraya.
mereka2 ini semua makan gaji buta.
ambil gaji tapi kerja tak buat.
..saudara mazidul berani ke siar komen ni??

Hazrey said...

Putera Makasar:

First of all, ini bukan blog mazidul.

Yang kedua, aku gelak baca komen kau sebab segala apa yang kau tulis tu tanpa bukti yang sahih. Kalau kau tahu mereka ini semua menerima rasuah, kenapa tidak diajukan kepada SPRM? Ini adalah fitnah dan aku sudahpun menyalin IP komputer anda dan satu email sudah dihantar kepada MCMC untuk tindakan lanjut.

Di sini kami tidak membuat tuduhan melulu bersifat fitnah kerana kami semua matang.

Hazrey said...

Yatiejay, ada teknologi itu, sebagaimana yang digunakan di Jepun. Sebab tu, di Jepun semua kenderaan mempunyai odometer sehingga 180 km sahaja dan tidak seperti kenderaan dari Eropah sehingga 240km.

Apabila tiba pada 180, kenderaan akan mula dirasai seperti tersendat.

cikgu zaman:
permit boleh digantung tetapi kita tidak ada mekanisme pemantauan berterusan. the same taukeh can form another company dan cat bas tu semua. Betul tak?

Obefiend.

No prob.

shahirah:
pergi tukar hon kuat sikit. ataupun, cari kekawan JPJ atau polis, letakkan topi kat cermin belakang dan road hogging them.

azrul:
lama tak dengar perkataan seriau.

Audra Sazreena said...

Malas nak komen banyak-banyak.. the opinion is mutual.

Bak kata Tun Dr Mahathir.. Melayu mudah lupa.

wanzu said...

aku tak tahu nape tiap kali eksiden nak salahkan JPJ dan POLIS? walau byk kalipun POLIS dan JPJ buat kempen atau rondaan, tp kalo jati diri pemandu itu sendiri susah untuk dibentuk, kemalangan masih jg berlaku. kalo kita lihat juga kemalangan banyak berlaku di highway kerana jalannya yang lurus dan tiada selekoh yg merbahaya dan bukit bukau yg mencengkam jiwa. kenapa pula di kawasan seperti bukit tujuh, pahang (laluan utama untuk ke kelantan dari KL) jarang sekali kita dgr kecelakaan sebegini? krn keadaan jln itu sendiri yang menggerunkan pemandu, dan membuatkan pemandu bas sendiri gerun untuk membwnya sesuka hati. *sekadar pandangan*

AinsBoy said...

Salam Bro Hazrey & Yatiejay
Setiap kenderaan mmg ade 'factory cut-off' atau 'factory limiter' untuk kelajuan.Tujuannya untuk mengekang pemanduan dgn kelajuan yg terlampau oleh para pemandu yang kurang akalnya serta buta hati di atas jalan (walaupn x berkesan sgt).Fungsi 'cut-off' ni mengawal kadar engine ignition supaya supaya RPMnya sentiasa malar mcm incik Hazrey kata 'Apabila tiba pada 180, kenderaan akan mula dirasai seperti tersendat.'.Selain itu ia juga berfungsi untuk menjaga hayat enjin.Sbg cth,sesetengah motosikal yg modelnya sama untuk Malaysia & Thailand mgkn akan berbeza dari segi top speed yg boleh dicapai bergantung pada pembuat & arahan pihak berkuasa negara masing2.Mat rempit kat Malaysia mmg tau pasal hal ni dan mereka berusaha mendapatkan unit 'cut-off' atau dipanggil Capacitor discharge ignition (CDI) yg di set melebihi kelajuan asal yg ditetapkan atau yg tiada 'cut-off' sama sekali,selain pengubahsuaian lain & hasilnya ada yg mencapai 'habis meter' (jarum odometer smpai maksima).Untuk senario bas ekspress ni,enjinnya mmg dibina dgn pecutan & top speed yg tinggi untuk mengimbangkan kuasa enjin dgn berat badan bas atau Power-to-weight ratio.Idak lenguh bas tu nak bergerak,jauh plak tu hu2.Dan seperti kenderaan lain,enjin bas juga ada unit 'cut-off'-nya sendiri.Mgkn kerajaan boleh mengkaji tahap kelajuan yang sesuai untuk standard enjin bas ekspress di Malaysia dgn menetapkan 'cut-off limit' kepada para pembuat bas.
Pada pendapat saya penguatkuasaan untuk had kelajuan bas ekspress masih lemah,memandangkan byk bas ekspress masih boleh melebihi had kelajuan walaupn sudah dipasang kotak hitam.Kelajuan mmg membunuh,tetapi kecuaian,keadaan kenderaan & jln juga penyumbang faktor kemalangan.
p/s Sori bro kalau ayat sy bit teknikal,sekadar berkongsi.Kalu ade pendapat/fakta yg lebih baik itu lagi bagus.Nice blog,ilang stress baca ayat2 Encik Hazrey di samping menimba isinya

Hazrey said...

Wanzu, preventive law kena perlu lebih tegas, dan perlaksanaannya jugak perlu berterusan dan tidak hangat hangat tahi ayam. It must be a concerted effort.

Ains: terima kasih for the comment, berkongsi ilmu dengan pembaca lain.

Anna said...

Tak kira siapa pun kita, kena berhemah, berdisiplin dan bersabar di jalan raya..makin kerap kemalangan bas ekspress skg ni..aku rasa ketiadaan sifat2 yg aku sebut tadi tu...dorang ingat sbb besar bule jer balun suka hati...kemalangan mmg lah kecelakaan...tp itu suma dielakkan kalau suma org bersabar dan tak buru2. Sbb tak kira kuat mana undang2 pun kalau individu sendiri takde sifat tu x jadi.. Ni ingatan buat kita semua..amik jadik iktibar dan pengajaran..Insya Allah..apapun takziah pada suma keluarga mangsa.....

FTN said...

southbound highway memang bahaya lah. tiap kali aku balik muar mesti kena cucuk dengan kereta/bas dsb.

dah jadi habit dari selatan semua pandu laju. ini belajar dari kete2 plet singapore la nih. zig zag tukar lane, lepas tu highbeam all the way.

bas pun no exception, memang suka drive laju. dah la besar, sikit je miss memang mengundang padah..bukan pada dia saja, kiri kanan pun kena sapu

makdara TERdiva said...

agaknye undang2 jadi ketat padat dan sendat lepas pak2 menteri pakat2 naik bus ekspress dan tak lagi naik limo, flight dan kenderaan2 rasmi gomen..barulah agaknye nak kelamkabut buat itu ini..
maklumla..bak kata bapak gula ckp..yg byk guna bas adalah org2 bawahan..org2 biasa jer..sedih!

Muhammad Afiq bin Mohd Sadli said...

odometer: meter yg catatkan mileage kenderaan (brapa ribu KM da jalan)

tripmeter: meter mileage gak tp bleh reset utk kite monitor fuel consumption cthnye or brape jaoh jarak dari point A to point B.

speedometer: yg ni baru meter kelajuan in km/h :)

Muhammad Afiq bin Mohd Sadli said...

odometer: meter yg catatkan mileage kenderaan (brapa ribu KM da jalan)

tripmeter: meter mileage gak tp bleh reset utk kite monitor fuel consumption cthnye or brape jaoh jarak dari point A to point B.

speedometer: yg ni baru meter kelajuan in km/h :)

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.