Tweet
Ini adalah sambungan dari entry sebelum ini di link ini.
Sebelum itu, aku kini menggunakan system moderation disebabkan spamming oleh dua orang sewel yang merasakan apa yang dilakukan sebagai satu kepuasan, biarpun hakikatnya mereka boleh opt to masturbation untuk kepuasan diri.
Dan aku pula tidaklah mengadap blog atau facebook 24 jam sebab itu bukan kerja utama aku. Blogging and facebooking are not my job. So aku tak mau penyakit penyakit sewel merebak kat sini. I dont mind comments from angry readers, tapi aku takleh handle spammer.
Anyway, cerita pasal budak GRO perempuan tempohari.
'Maria' (bukan nama sebenar) berusia 17 tahun.
Ditahan di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari Dua, Johor Bahru, gadis ini turut didapati hamil lima bulan.
Kandungannya itu hasil hubungan dengan teman lelakinya, yang kini berusia 19 tahun dan bekerja sebagai penjual DVD di sebuah daerah di negeri Johor ini.
'Maria' meninggalkan persekolahan seawal usia 15 tahun dan tak sempat menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Setiap hari dia melayan pelanggan dan menerima gaji RM60 sehari bermula dari jam 8 malam hingga 3 pagi.
Kerjanya membuka 'bucket', terma untuk GRO membuka satu bucket of beer untuk pelanggan.
Ia juga memerlukan dia minum bersama. Dan dia juga hamil. Dia juga merokok.
Dari kisahnya tentu kita mencerca gadis ini. Tetapi ia tak seharusnya berlaku kerana kita mempunyai Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 di mana mereka yang berusia bawah 18 tahun adalah tertakluk kepada akta ini.
Mungkin gadis ini adalah sebahagian kecil sahaja dari maybe ratusan lagi kes seumpamanya. Pada usia sebegitu, dan latarbelakang keluarga yang pecah belah, tentunya hidupnya tak keruan. Tiada hala tuju. Maka menjadi tanggungjawab masyarakat untuk membawanya kembali kepada jalan yang betul. Dia masih muda untuk berfikir sebagai orang dewasa.
Ibu bapa kepada gadis Melayu ini sudah bercerai.
Anak kedua dari empat beradik ini sudah tinggal bersama rakan yang lebih dewasa sejak tahun lalu.
Dari tutur katanya, nyata gadis ini seorang yang baik jika diberi peluang kedua.
Selepas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kira-kira jam 1 pagi, aku berbincang dengan Asisten Superintenden Zainal Mohamed dan mencadangkan kepadanya untuk memanggil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menyakinkan dia ia adalah tanggungjawab kita.
Ironinya, ASP Zainal lah yang menyedari Maria mengandung biarpun hampir 12 anggota mengikuti operasi itu. Aku pun tak perasan.
Selepas berbincang dengan Pegawai Turus D7 IPK Johor, DSP Tan Siap Heng, JKM dihubungi jam 4.30 pagi.
Dan kira-kira jam 10 pagi, dua pegawai wanita tiba untuk mengambil gadis ini untuk dihantar ke rumah perlindungan di Bagan Datoh, di Perak.
Aku sangat mengharap dan berdoa gadis ini akan berubah dan dapat menjaga anaknya sebaik mungkin. Aku yakin dia akan menjadi ibu yang baik.
Wednesday, March 31, 2010
SEQUENCE: 17 TAHUN BEKERJA SEBAGAI GRO DAN TURUT MENGANDUNG LIMA BULAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.
Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.


16 comments:
Sama-sama kita berdoa supaya budak tu dapat ubah jalan hidupnya...
Yang ko macam nak menerkam kat sofa tu apasal?Ingat akta dan seksyen beb...hahaha...
hahahahaha.....pasal dua ekor sewel tu memang tak boleh blah...yg seekor mengiau sebab terlebih susu badan...yg sewel seekor lagi kurang susu badan....
anyway, harap budak perempuan tu dapat jalani hidup baru nanti..
jika ia INSAF, bolehmenjadi Asset untuk jadi penceramah dari pengalaman..tak salahkan..
Meowwwww
Meowwwww
:)
berdoalah.
Bro naper badan kau condong ke arah dia nih.Adakah mata aku juling? Kau lapor yer?meh sini aku bagi gula-gula.
Bawah 18 tahun tak matang lagi sebab tuh kita ada akta untuk perlindungan. Sama dengan kahwin budak.
Mind dia orang belum berkembang lagi. Kalau bercerai apa akan jadi? Jangan compared Nabi kita dengan orang aman sekarang.Orang sekarang doa dengan pahala tak der beza. Itu pendapat aku..
Azhar: No, that is camera trick. Sebenarnya jauh. 10 meter, aku dah kira.
Azrul: hopefully.
zz: true.
shakinah: insyaallah.
Meow aka Christine Ingis Matthews of Michigan USA: Good. Let me get this straight. leaving a comment and trying to be cute is spamming. You go around leaving such comment and believing that everyone will be so joyful about it? Well, you are so wrong.
It is against the law for spamming. And nope, the last time I check your IP, you are NOT in Michigan. So lets cut the crap ok?
Secret joke? Do you see anyone laughing? It is spamming, nobody would want to laugh at it. It is annoying. And are you as annoying as this, in real life? I hope not.
Blogging is a medium for friendship and not for annoying people like you. I welcome everyone, even when they are venting their anger against my writing. I have no problem with that. But when you are spamming, that shows your IQ level. Spamming are done by adults with the mind of a 5-year-old child. And I hate spammers. And you are one of them.
Alas, you may stay, on conditions that you behave and no more whatever you call spamming words. It is annoying. Seriously annoying.
And oh, in this case, you ARE a stray cat. :)
lols. you deleted your own comment, but not your spamming? ok. lols.
muda lagi dah bermacam-macam dugaan dia terima...
semoga dia lebih insaf dan mendapat hidayah dari-Nya..
Aduhai.
Tragis kisahnya.
Moga2 diberikan peluang kedua untuk lebih menghargai sebuah kehidupan.
=)
Mudah2an dia insaf bila diberi peluang untuk memperbaiki kehidupannya....amin...Nyata ada hikmah di sebalik operasi pihak berkuasa.
Itulah generasi kita yang tersasar... terlalai teralpa dan tersilap..
jika bukan kita (Islam) yang menolong, membimbing sedaya kita, siapa lagi?
sadness
kasihan.. kenapa tak abort sahaja
i mean that is the BETTER option at the end of the day.
Good luck for that girl..
Post a Comment