Jawapan aku ialah: Senang.
Sebabnya:
1. Pandai mengampu.
2. Pandai buat muka faham apa boss kata.
3. Mengiyakan apa jua cerita dari boss walaupun benda tu tak betul.
4. Mengenepikan integriti kewartawanan demi kepuasan diri.
5. Lupa diri sebab puas dengan apa yang dibuat walaupun salah.
6. Tak peduli apa orang kata.
7. Macam bagus.
8. Dungu.
Itu zaman sekarang.
Itu baru LAPAN. (betul tak udean. haha..). Belum lagi aku listkan lagi sepuluh, seratus, seribu, sejuta.
Yang annoying type memang ramai. Dan kekadang aku tak tahu apa yang mereka pelajari untuk menjadi wartawan. Adakah dengan rupa yang ada sedikit dan tidak akan kekal tu sebab lelama nanti bila dah tumbuh jeragat, perut mula keluar ekses macam tayar goodyear, boss mula meluat, akan menjadikan mereka bagus dan tip tip dan ngetop?
Pada aku lah, untuk menjadi wartawan, ia menuntut seseorang itu berpengetahuan dan rajin membaca, rajin bertanya dan rajin untuk mengkaji sesuatu. Analytical, critical. Dan tahu keseimbangan. Jangan main bantai keromo jek without knowing the objective and purpose of reporting.
Tak lupa ada yang bodoh tapi buat buat pandai.Dan berlagak pandai. Padahal bodoh. Sangat bodoh.
I have been writing about crime for many years now. In and out of journalism for two times.
Most of my life, aku banyak cover story crime dan mahkamah. Akta dan seksyen banyak aku tahu. Boleh hafal dan aku rasa aku lebih banyak hafal penal code dan criminal procedure dari algebra.
Being tailed selepas ikut agensi penguatkuasa buat serbuan satu benda yang agak rutin. And, it is a dangerous job.
Alhamdulillah, walaupun diugut bunuh beberapa kali, aku masih lagi berdiri dan harap harap aku tak perlu lalui itu semua.
Dan ia menjadikan aku lebih berhati-hati apabila mengikuti serbuan agensi penguatkuasa. Kalau lihat di kaca televisyen, ia nampak macam seronok, ia nampak macam best, ia nampak macam happening dan rasa macam main police century masa kecik kecik dulu, tapi hakikatnya, disebalik tu semua, banyak benda yang perlu dijaga.
Adakah graduan Mass Comm hari ni lebih hebat dari dulu? Tidak. Mereka lebih superb! Sebab mereka sentiasa rasa dan pikir, mereka tak perlu belajar dari orang lain kecuali cermin di bilik air mereka, setiap pagi.
Dan berlagak mengalahkan diva pun ada. Itu pun aku jumpa. Wartawan bukan selebriti. Wartawan bukan artis. Kalau mula fikir diri kita selebriti, mulalah mengarut, mulalah perangai macam gampang dan penuh dengan sumpah seranah aku iaitu: itulah contoh kewartawanan dipersundalkan.
Mulalah rasa beli sunglasses kat Tesco macam beli kat Pavillion. Mulalah rasa beli handbag kat Petaling Street macam beli kat Pavillion. Mulalah rasa bila orang tengok kau, kau rasa macam orang terpegun kat kau, padahal orang sedang menyumpah seranah kat kau. Mulalah bila dua tiga orang (read: dua dan tiga orang SAHAJA) cam kau, kau rasa macam kaulah orang paling popular di dunia (read: planet, bumi, cakerawala).
Tapi baguslah. Kurang kurang pun kau ada daya kreativiti untuk menipu diri sendiri demi menyedapkan hati sendiri. Sendiri.
Bila kau di majlis majlis yang kau perlu cover, kau rasa kau tak perlu lakukan apa apa termasuk tolong cameraman angkat barang (read: microphone yang sangat sangat berat tu) sebab kau rasa, wartawan hanya perlu bawak pen, buku nota dan control vogue.
Dan bila dah keluar televisyen sekali dua, kau rasa orang kena sembah kau mengalahkan drama Tamil, kena sembah kaki.
Hakikatnya, pengalaman kau hanya setahun jagung dan masih lagi bodoh dalam dunia wartawan ni maka semanisnya, janganlah meninggi diri dan janganlah biarkan diri terus jadik bodoh. Haha.
Dan aku jugak tak faham, adakah hanya dengan belajar penulisan skrip seminggu membolehkan seseorang itu menerima diploma penyiaran? Syllabus apa ni? Itulah yang dilakukan sebuah kolej yang di Malaysia ni. Manakala pensyarahnya hanya gah sebab baru dapat job editing untuk satu dua filem, dah boleh jadik pensyarah. Apa kejadahnya?
Apakah yang menjadikan kita wartawan yang baik? Pada akulah, memiliki contact yang baik, mempunyai penulisan yang baik dan terperinci serta dengan fakta yang kukuh serta intelligent writing dan tidak emotional sebab bila emotional, sama seperti menulis nombor telefon di pintu jamban.
Dan ada jugak yang berpeluang untuk melangkah ke depan, naik pangkat. Ada yang naik pangkat bersandarkan kebolehan dan kemampuan, manakala ada jugak yang naik pangkat sebab pandai berkata-kata walhal orang lain yang buat kerja sebab pandai mengarah semata mata.
Apabila dah naik pangkat, mula terlupa perkara basic iaitu integriti. Ethics pun lupa. Dan jangan lupa, ada juga yang bila dah berada di atas, lupa diri dan merasakan apa yang diutarakan oleh orang bawahan, bagai sampah dan tak perlu diikuti.
Ada jugak bila integriti kewartawanan bagai dihujung tanduk, at stake, takde siapa yang berani bersuara kecuali di warung bawah pokok dan di tepi pokok. Takut dicop si tanggang. Padahal banyak cara untuk mengutarakan argument. Bukan dengan menjerit tetapi dengan cara yang approachable. Kenalah pandai, sama seperti pandai bercakap bila boss suruh buat kerja kan.
Apabila perkara seumpama itu berlaku, aku mula merasa meluat dan menyampah sebab aku menjadi wartawan for the love of the job, bukan kerana aku ingin jadik selebriti, glamour atau nak jadik superstar sampah seperti wartawan hiburan di akhbar kat Malaysia ni.
Dan sekarang, aku sedang berkira kira untuk meninggalkan dunia kewartawanan for good sebab aku dah cukup meluat dengan manusia yang tak tahu apa itu integriti, apa itu etika, dan the principle of words.

23 comments:
kalau kau cinta pada dunia wartawan kau... kau takkan tercuit pun dengan tingkah laku orang-orang yang tiada ethics dan sbgnya...
cinta buatkan seseorang tu jadi kebal.
jadi takut apa kan???
bukankah cinta melampirkan perasaan benci sama???
zack_ (aku malas nak log in)
5. Lupa diri sebab puas dengan apa yang dibuat walaupun salah.
yeah..kau lupa sbb puas lpas publish post wlaupun ada salah.. kau tulis 8 point tapi kau ckp kau listkan 7 jek.haha..
just joking.. lepak la bro.. bende cmnie stendet lar.. bdak baru nak belajar tp perasan dah pandai sangat.. kau mcm xbiase bg ayat pedas kat diorang kan.. huhu
lepas geram nampak, relax...
Alaaa wartawan muda2 tu... dah tua2 nanti dowang komplen macam Hazrey gak kat wartawan freshies ni.. heheheh
wahhh..betul punya marah nih...hehe...dah, jangan menangis..pergi sana. Ikat rambut..!!
Apa lagi...jom bukak tadika...
Laaa Kak Norli bengang kat sape ??? Ambulan lambat sampai ke
bai
lu tak nak gua nak
ekekkeke........ cambest je keje ko ni. serious..
well i hope engkau stay as wartawan. aku suka first hand story dari mulut kuda dari edited and diluted shit. sedap
mulut ko leser.
ko ni macam menyindir jak..
terasa wartawan2 hiburan
ape kate kita photostat artikel ni banyak2 bagi kat semua so caled "mahasiswa" yang belajar mass comm..
confirmative cun~
bole x bole?
gyahhahaahha~
word verification today
-biaboyod-
GYAHMWAHAHAHHAHAH~
sila dgr lagu bencinta,takpun benci tapi rendu..
btw entry datuk seri paduka tu aku dah publish..siap scan majalah tu...
Jangan berenti!!! Nanti berita dalam media massa akan menjadi lebih gila dan mengong.. wartawan macam bro ler yang menyebabkan dunia media massa masih lagi ada rasionalnya.
amukan kenapakah ini?
nampak macam marah dan menyindir seseorang je...
sabar je lah ye..
bro, benda macam ni berlaku di mana2. aku amat2 bersetuju betapa mereka yang perasan bagus, perasan ilmu tinggi ni, merekalah yg sebenarnya merosakkan dunia kewartawanan. dan tak salah, tak khilaf dan tak silap aku akui, golongan yang baru sehari dua jagung jadi wartawan, dah berlagak nak mampus mengalahkan dah cukup ilmu dan pengalaman.
golongan ini amat banyak di kl ni, membuatkan aku langsung takde hati dan niat untuk tersenyum apa lagi bertegur sapa dgn mereka2 ini. sebab aku tak rugi apapun kalau mereka tu berlagak dan tak tau menghormati manusia.
sebabnya? sebab assigment yg aku buat, hanya aku sahaja yg tau dan buat dan aku tak rugi apapun kalau aku tak didatangi bebola2 muda ini.yg aku tau, mereka selalu kena belasah dengan bos2 sebab miss stori.
kesimpulannya, aku amat2 setuju dgn statement2 kau tu dan aku tau, gimik kau untuk quit itu telah berjaya membuatkan aku nak melantik kau president atau ceo akhbar atau stesyen tv kita sendiri...
amacam...hahaha...!!!
Aku benci wartawan hiburan. Soalan mereka selalunya menggambarkan depa tak pernah pegi sekolah... betullll..
aku stuju jugak dgn ko walaupun aku tergolong dlm golongan muda remaja nie. Cam skrng aku ditukar ke tv. aku clueless sbb dunia tv, baru bg aku.
tp orng2 di tmpt nie, rasa dorang agak bagus sbb tau semua benda. Bila di tanya dh brapa lama keja, terkezut jugak aku...no wonder la senior2 cam korang nie hangin semacam dgn kitoarng yg fresh2 nie. sombong tahap dewa....
aku pun rasa nak benti keja....arghhh
aik tak kan emo sampai tunjuk gambar gantung diri.nanti terpampang dalam ondscene pulak. Tapi ok jugak aku boleh post dalam blog aku.
Seriusnya pedulikan dengan apa yang orang kata. Aku pernah nampak graduan Master wat kerja macam budak UPSR. Lansung tak tahu apa.
Teori pandai tapi bab praktikal hancus.Tapi kalau dia bermula dari bawah memang cun dia tahu lebih banyak dari orang yang ada Master.
macam bos aku gred 52 tapi bodoh nak mampus. Pembantu Am Pejabat aku pun lebih bijak dari dia.
best lerrr..wartawan salu dijemput makan-makan, saya lak salu makan jemput jemput aje..beza besar tuuu
:D
jujur, amanah..n have fun!
azie >> yg tak pergi skull tu yg sanggup jadi wartawan hiburan ha ha ha :p
gelak setan si alid :D
Zack:
Huh? Hahahaha
Udean:
Ok dah tukar.
rosnanie:
saya buat entry tu sambil duduk di massage chairr...gRrGrrrrr..rr.rrr
Diana:
Aku tak tuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... tidakkkk
Azhar:
Tak mau. Aku nak bukak rumah ayam.
Suria:
Betul. Ada orang buat camtu beb. Itu kisah benar tau. Haha. Kim salam pada rakan rakan sekolah saya tu.
DR:
Tak, ambulan rosak.
Obefiend:
Aku rasa macam Ben10 bila baca komen kau. Hiyahhhhh...
azman:
Hahahah. Biar.
hellioz:
mahasiswa? Apa tu?
Faryn:
ok.
Ida:
Mana ada. Aku nak jadik penyanyi. Nak masuk idola kecil.
mizzyN:
Period first day.
Putubambu:
Tengah kunyah cheese cake ni dengan penuh kesabaran.
ondscene:
Hahahahah.. jom. Kita bukak stesen televisyen: TV kita. Sungguh RTM bunyinya.
azie:
Janganlah benci. Ai tak rela.
Out of my mind:
Hahaha.. jangan marah, nanti cepat tua.
Kraznaya:
Boss kau bodoh ehh? Sapa nama dia? lols.
ninoz:
Eleh, yang setiap pagi awak makan kat rumah tu apa?
echah:
tak gi sekolah ehh? ohhh.
bukan setakat wartawan yang macam tu tapi yg perasan wartawan pun ada wlu hakikatnya tidak. erm... mereka yg di luar title wartawan bila wat sesuatu yang dia rasa bagus pun akan jadi mcamana org2yg dlm artikel ni...
bet it felt good after publishing, doesnt it? sesi lepas geram indeed. hiks but well written.
"Mulalah rasa beli sunglasses kat Tesco macam beli kat Pavillion."
line terbaekkkkk!! tapi jgn marah2 sgt abg hazrey nti darah tinggi, kang sape susah...sendiri.
now the only question left me wondering - which dungu are u actually referring to? puzzler :-) bcos u said u came to 'the' place were mostly are journalists..
Post a Comment