Thursday, January 21, 2010

PRASANGKA, ANGGAPAN DAN REALITI.

Jawatan Kosong:

Eksekutif Pemasaran / Khidmat Pelanggan

Memiliki personaliti menarik.

Sekurang-kurangnya tamat pengajian diploma atau yang lebih tinggi.

Boleh berkomunikasi dengan baik.

Bersedia untuk bekerja selama 12 jam setiap hari.

Berminat? Sila hantarkan resume anda. Gaji pokok adalah RM480 bersama elaun kehadiran sebanyak RM20.

Makluman: Sila beratur dan tidak berebut-rebut ketika mendapatkan borang permohonan jawatan.

Anda tidak berminat?

Kenapa?

Sebab anda tidak memiliki diploma?

Sebab anda tidak memiliki personaliti menarik?

Sebab anda tidak boleh berkomunikasi dengan baik?

Anda tidak rela untuk bekerja selama 12 jam setiap hari?

Ok, aku tahu. Anda tidak meredhai gaji RM500 itu kan?

Adakah jawapan anda:

1. Tak cukup nak bayar duit kereta.
2. Tak cukup untuk topup handphone yang sentiasa berdering dengan sms yang kalau tunjuk pada pegawai mahkamah, langsung tidak difahami disebabkan perkataan semua sudah dishortcutkan walaupun anda seorang yang berilmiah dan terpelajar?
3. Tak cukup untuk anda bagi mak dan ayah, walhal anda selalu buat buat lupa untuk bagi sebab beranggap RM500 itu cukup untuk anda sorang (dan untuk belanja girlfriend atau boyfriend anda?).
4. Tak cukup bayar sewa walhal realitinya, anda masih menumpang dengan mak bapak yang tak give up untuk belikan anda seluar dalam.

Itukah tanggapan anda bila melihat gaji yang ditawarkan. Realitinya? Anda akan beranggap wang yang ditawarkan itu tak sesuai dengan kelulusan anda, kebolehan anda untuk memakai mekap dan menggunakan sistem SMS dengan pantas dan boleh menjawab melebihi kepantasan Speedmaster.

Lihat gambar bawah ini.

Apakah prasangka anda, apakah anggapan anda yang mahu anda pahatkan dalam minda agar ia menjadi realiti?

Seekor ayam memakai diapers?

Lihat pula gambar ini:



Malam nanti, satu episod baru akan mewarnai pengetahuan kita. Kita boleh melihatnya dari pelbagai perspektif termasuk apa jua yang kita inginkan.

Sudahkah anda memahatkan satu harapan dalam minda anda agar ia menjadi realiti apabila melihat si gadis melentok itu? Sudah? Tak baik menipu diri sendiri tau.

Realitinya, kos hidup yang tinggi merubah kehidupan seseorang yang mudah tewas dengan material, mahukan wang melalui jalan mudah. Semua yang terjadi ada alasan tersendiri.

Gaji RM500 adalah gaji seorang eksekutif di Batam, Indonesia. Mungkin tak sehebat apa yang kita perolehi. Apatah lagi bagi yang tidak memiliki pendidikan yang tinggi. Biarpun RM300 sahaja, ramai yang berebut memohon.

Mahu kita pandang akan gaji seperti itu? Tetapi itulah wang mereka perolehi jika bekerja dalam industri yang halal tanpa memperdagangkan tubuh.

Malam ini, malam Khamis. 9 malam. Jangan pergi clubbing. Jangan pergi shopping. Jangan sambut birthday. Jangan. Tengok tv.





10 replies:

Zeelicious MeowMeow said...

Tak bleh la Abg Hazrey...Auww....
Malam ni ada kenduri yasin, kena tengok tv jugak ke? :D

ninoZ said...

serius ada kenduri tahlil rumah jiran mlm ni lepas isya'
tapi saya akan pastikan tonton catch-up tv lepas pukul 12am..

Desert Rose said...

Wahhh promo sehebat Jamal jamaluddin yg menggunakan Fezal Tahir... brapa derang bayar ko buat extra work promotion beb? RM500?? Okay lah tu Alhamdullilah, buleh Zhanizah beli charles n keith 3 pasang.

azieazah said...

Perhhh....RM500?

aku dulu start kerja orang bayar gaji RM150 jerrr.. jadi penterjemah tulisan jawi ke tulisan rumi.. perhhhh tu kira profesional tu kan?

mujur masa tu aku tak tau Batam tu kat mana?
hahahahaa

PUTUBAMBU said...

ye En. BGG..
insyaallah..saya akan pastikan diri saya berada di depan tv mlm nanti..

kalau ngantuk..saya akan sepit mata saya cam Mr. Bean tu.. (hehehe)

echah_syed said...

rm500 atau rm300..?? kalau dikira rupiah lumayan jugak kan..

tapi mungkin dorang nak keluar dari kepompong kemiskinan sbb tu sanggup buat kerja mcm gini.lagipun kalau muka cantik rugi oooo setakat jadi pembantu rumah atau kerja kilang :)

LORD ZARA 札拉 said...

huhuhu~

500 je buat manusia sanggup buat camtu sekali?
harus aku tengok ni~

err, siapkan lesson plan cepat~
woot~

makmie said...

500?? ok kot.. tp try stop benda2 mcm berenti merokok, berhenti membeli belah, berhenti langgan p1 atau broadband,hehehe

Azhar Abdullah said...

menonton paparan malam tadi tu...kesimpulan aku ialah...

Au respek tahap kesabaran ko..!!

hehe

Anonymous said...

Bro Hazrey, sambil aku nengok coverage ko smlm ... aku terpikir plak keadaan kat JB. Walaupun tak seburuk cam kat Btm, tp bukannya tak ada langsung. I'm sure you know fully well abt this too.

Kalu boleh, aku mintak ko buat exclusive scoop pasal activites smcm nih yg bergerak scr underground in JB.

Grand Blue Wave, Selesa, NY ... just a few of the places which are already notorious with us Johoreans -- and Singaporeans too.

Itu belom masuk lagi yg bergerak secara mobile ... without 'homebases'.

Do it bro ... me damn eager to see it. :-)


-- Oreo JB --

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.