Wednesday, January 13, 2010

NKRA: Pengangkutan Awam.

Tanya orang kampung: apa itu RapidBET?

Tanya orang kampung, apa itu RapitKL?

Tanya orang kampung, apa itu Monorail?

Mungkin ada yang tahu, tapi cuba mintak mereka jelaskan dengan terperinci, apakah faedah semua itu kepada mereka?

Pengkhususan serta penumpuan terhadap penambakbaikan sistem pengangkutan awam seharusnya diperkembangkan ke luar bandar dan bukan setakat di Lembah Klang semata-mata.


 Source: www.mampu.gov.my

Seharusnya, makmal yang mengkaji keperluan pengangkutan awam turut mencakupi kemudahan awam ini di kawasan luar bandar, apatah lagi, keadaan pengangkutan awam di luar bandar amat menyedihkan.


Bas berhabuk, kotor, sering rosak dan tidak diselenggara dengan baik adalah satu senario yang terpaksa dihadapi penduduk di luar bandar setiap hari. Dan terdapat kawasan yang tidak mempunyai sistem jalanraya yang sistematik (bukan tidak baik), terpaksa pula berdepan dengan kesesakan walhal jika town planning dilakukan dengan baik, perjalanan yang dekat tidak perlu dihabiskan berjam-jam.

Mungkin town planner mendapat kerja sebab ada sedara mara rekomen? Tetapi siapa yang meluluskan?


Contoh ialah di bandar Batu Pahat yang memiliki lampu isyarat yang terlalu banyak dalam jarak kurang dari satu kilometer. Begitu juga dengan bandar Kluang. Manakala Muar pula, perjalanan ke arah bandar terpaksa melalui kawasan yang agak sesak berikutan kewujudan bangunan heritage di sepanjang perjalanan, ditambah pula dengan tindakan sesetengah pemandu yang meletakkan kenderaan secara tidak berhemah.

Adakah pencapaian NKRA bagi bidang ini dianggap tercapai apabila warga kota di Lembah Klang dapat memendekkan masa perjalanan mereka, walhal di kampung warga kota itu sendiri, perjalanan mereka berlipat kali ganda tempohnya?

Lihat sahaja waktu perayaan seperti Aidilfitri.

Jalanraya di Lembah Klang sunyi dari kenderaan.

Tetapi di kawasan tumpuan seperti di Muar, akses ke Lebuhraya Utara Selatan sering sesak dan tidak sistematik dan kadangkala memerlukan bantuan kemanusiaan untuk mengendalikan simpang utama berikutan lampu isyarat tidak mampu menampung peningkatan mendadak jumlah kenderaan.

Aku pasti, banyak lagi kawasan luar bandar di seluruh negara mengalami nasib yang sama terutama di waktu puncak kerana peningkatan kenderaan milik warga tempatan itu sendiri. Kemampuan untuk memiliki kenderaan tidak lagi seperti dulu tetapi kemudahan asas jalanraya ada yang masih lagi 20 tahun ke belakang.

Adakah kerana kawasan pendalaman tidak mendatangkan keuntungan untuk mana-mana konsortium termasuk Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) untuk tidak melihat ini sebagai satu obligasi sosial?

Lembah Klang sudah melalui pelbagai transformasi dalam pengangkutan awam, dari bas mini ke LRT, komuter, bas RapidKL dan kini RapidBET hasil pembentukan SPNB, satu inisiatif kerajaan persekutuan untuk mengstrukturkan pengangkutan awam di kota.


source: www.bernama.com.my

Bas yang digunakan RapidKL adalah antara aku lihat amat sesuai untuk turut digunakan di kawasan luar bandar berikutan safety features yang dimiliki kenderaan awam itu.

Antaranya, auto interlocking door system di mana bas tidak akan bergerak selagi pintu kenderaan berkenaan tidak ditutup sepenuhnya.

Ia juga memiliki lantai rendah bagi memudahkan penumpang naik dan turun dan ini dapat membantu warga emas di kawasan luar bandar menggunakan perkhidmatan awam ini.

Ini sejajar dengan objektif kerajaan untuk mewujudkan sistem yang memberi keselesaan tetapi ia perlulah diperluaskan lagi terutama di kawasan luar bandar yang turut didiami oleh ibubapa warga kota dan mungkin saudara mara lembaga pengarah SPNB.

Keuntungan bukan satu ultimate objective dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih kemas, sistematik serta selesa kepada rakyat dan aku pasti itu adalah asas utama penubuhan SPNB.

SPNB seharusnya melihat ini sebagai satu lagi obligasi dan tidak membiarkan kawasan luar bandar terpinggir. Atau terdapat kekangan untuk SPNB untuk berbuat demikian disebabkan erajaan negeri merasakan tiada keperluan untuk kerajaan persekutuan mengambil alih sistem pengangkutan awam di luar Lembah Klang?

Mungkin ia boleh mewujudkan satu gabungan bersama kerajaan negeri melalui UPENJ bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih selesa di kawasan luar bandar?

Di kota besar seperti London, khidmat pengangkutan awam teratur dan sistematik. Ia tidak lagi dianggap sebagai poor men's mode of transport.

Mewujudkan sistem pengangkutan bas yang lebih baik di kawasan pekan pasti akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan biarpun ia dianggap satu perkara remeh buat sesetengah pihak.

Persoalannya, adakah hanya penduduk di Lembah Klang sahaja yang perlu diberi perhatian?

10 replies:

Zakiah Ponrahono said...
This comment has been removed by the author.
azieazah said...

...dan menukar secara mendadak rutin hidup warga luar bandar ibarat merentap budaya mereka..

pasti ramai pula yang kecewa sesuatu yang nostalgia bukan lagi menjadi milik, dek kerana sebuah kemajuan. Bukan bas saja laa..

Kalu di bandar pun sistem masih bercelaru, jadual masih berterabur, sikap pemandu masih eksyen jerkah macam jalan dia punya.. jangan mimpilah depa nak diletak di area kampung...

kesian orang kampung...> aku pun orang kampung yang sering menyampah naik Rapid KL. Drebar tak ramai yang mesra... Asyikkk nak marah sajaaaa...
Pi minta kerja lain jelah.

ninoZ said...

the last time naik bas kat kampung, dari kangaq ke balai baru baru 6 kupang aja..
now, no idea

rapidkl nih tak tahan bile bersesak2 je..mcm2 bau n terdedah kepada seribu satu mcm harassment..ewwww

Azhar Abdullah said...

Sebab tu aku amat marah masa zaman PM sebelum ni dulu dimansuhkan subsidi minyak dan digantikan dengan penambahbaikan mutu pengangkutan awam. Sebab apa?Sebab kalau subsidi minyak semua orang benefit,waimma ko duduk paling hulu sekalipun..tapi pengangkutan awam hanya bandar besar saja yang benefit...aku ni sejak menetap kat Perlis 1999 sampai sekarang belum naik bas lagi kat sini...sebab bukan semua jalan ada bas tau...

One more thing, since ko sebut MAMPU tu...sorry, but let me be frank and direct...MAMPU adalah agensi kerajaan yang paling retorik dan banyak cadangan dan cakap berbanding kerja...minta maaf kalau ada yang kerja MAMPU ye...

Sorry bro aku melalut...dah lebih 12 jam aku tak merokok...dah makin lalok ni...

Hazrey said...

Zakiah:
You are missing the point. Read properly. Kalau kerajaan atau SPNB nak terlalu memikirkan akan keuntungan dan pass it down to consumer, that will defeat the purpose of the ending paragraphs of this entry.

There is no issues of implementation kalau ada kesungguhan dan management yang baik dan tidak menghabiskan masa yang terlalu banyak dalam meeting room, sebab itulah yang dilakukan kerajaan, meeting lebih lama dari tempoh implementasi.

This is about affordable transportation and government should look into this, dan bukan tertumpu kepada Lembah Klang semata mata.

Again, read properly before you comment, sebab I believed ia akan lebih bijak.

azie:
That is what I am saying. There is a paragraph where I stated about peningkatan kenderaan di kawasan luar bandar namun jalanraya masih lagi tidak sistematik malah sistemnya masih mundur. Town planning. Kekangan kewangan?

Kalau hendak diukur nostalgia, banyak kemajuan tidak boleh dicapai kita.

I will convey about the bus driver to a fren in RapidKL.

ninoz:
They should have this matter solved kan? Or not? Issues like peak hours, bad weather etc perlu diambil kira RapidKL, and troubleshoot the issues.

Azhar:
Glad that you understand what I wrote. :)

Yup, Mampu hanya mampu bercakap. I know that.

echah_syed said...

kat sabah bas mini hanya utk pendatang jer sbb org local kebanyakkan ada kereta.kalau takde pendatang combi rasa bas tak bole carik mkn.

dan satu lagi disabah ni punye ler byk bas mini especialy dibandar seperti kk.bukan kita yg kejar bas tapi bas yg baik hati menunggu kita beb.

korang tak payah susah tunggu ditepi jalanraya asal korang berdiri dibawah pokok pun bas tu berenti siap tanya lagi.baik hati kan!

jom pindah dok sini ha ha ha :D

cthani said...

Salam bro Hazrey,

1st time comment. b4 dis silent reader je.

sy sgt setuju part lantai bas rendah dan memudahkan penumpang. pengalaman sy naik bas pi keja blk keja selama 2thn. kesian sgt tgk warga emas yg dah sakit2 lutut nak panjat bas yg sgt la tinggi tu.

zakiah: sape kata tiada kemampuan menerima. selagi mana perkhidmatan yg diberi tu bagus dan memberi manfaat, kenapa kami yg di luar bandar ni harus menolak, rite.

en.Azhar: sy pun org perlis. sgt setuju tak semua jalan ada bas.dan tak semua waktu ada bas. pergerakan ms zaman skolah dulu sgt terbatas. kalo abis kelas tambahan kul 4.30, kena cpt2 kejar bas kul 4.45. kalo tak kena la blk bas kul 6.15, smpai umah dekat magrib...huuuu

ninoZ said...

adakah ketidakmampuan sesebuah agensi melaksanakan kerja mereka sebaik mungkin akan memberi kesan kepada KPI menteri2 yg bertanggung jawab?
tidak, kannn?

nak paham masalah..go to the root of the problem..tak leh malass!!

zan said...

MAMPU..cadangan bersepah. Implimentasi? Tengok je KMK (kumpulan meningkat mutu kerja)..melmabak2 cadangan. Siap buat pertandingan tapi ada diamalkan di pejabat2 kerajaan?

Town planning? Aku rasa town planning M'sia ikut masa zaman British dulu. Tengok dekat bandar2 lama yang ada bangunan2 heritage ni. Masalah jalan sesak dah macam Tauhu dalam mee goreng mamak. Mesti ada punya. Asal ada tanah nak naik bangunan tapi parking takde, bersepah je orang park tepi jalan.

Aku rasa masalah public transport kat M'sia ni memang akan jadi mimpi ngeri kepada kerajaan tak kira la sapa yang memerintah. Nak jadi macam Singapura? Ntah sempat ke tak...

Subsidi minyak? Sokong Tn. Azhar.. Atleast orang kampung pakai motor C70 pun dapat rasa. Public transport? Kereta sapu la yang kaya...hahahah

Hazrey said...

echah:
I am not worried sebab my next trip, I know you will arrange a pick up for me kan kan kan. But, reading your comment, that reminds me of physical hentian feeder bus yang ada kat Malaysia ni. Sungguh tak praktikal.

cthani:
Thank you for being a silent reader. We do charge silent reader too tau! Haha.

Anyway, until someone or somebody related to the Menteri Pengangkutan or Menteri di Jabatan Perdana Menteri terjatuh dari bas, then something will be done. Or something major berlaku, baru nak terhegeh hegeh buat kerja padahal bukannya tak ada jabatan kerajaan kat pekan pekan tu semua. They became ignorant. Sebab apa?

Time dah ada something major, akan tertubuhlah pelbagai jawatankuasa yang memerlukan elaun dibayar kepada anggotanya di mana wangnya itu diperolehi dari wang rakyat yang sepatutnya tidak perlu kalau ada kakitangan kerajaan yang tak buta mata ketika dipandu drebar drebar mereka menaiki kereta besar menjalar dan memotong dengan laju.

ninoz:
That is why, bila PM sebut rakyat puashati dengan NKRA, ramai yang tak setuju. Sebabnya, antaranya ialah cara pengendalian kaunter, keramahan pegawai di kaunter ADA yang masih di takuk lama.

zan:
Sebelum KMK wujud, kita sudah ada visi, misi dan atendan. Semua ada dan dilekatkan besar besar siap dengan awan larat dalam frame kat opis opis gomen.

Akhirnya, ia menjadi sebahagian dari hiasan.

Seharusnya, duit subsidi tu disalurkan kepada peningkatan public transport kerana ia sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian, itupun kalau public transport efficient. Tapi kalau driver bas bawak macam setan masuk badan, tak guna jugak. Pi mai pi mai tang tu.

And I agree, that, sebenarnya terlalu sayangkan bangunan heritage sehingga tak boleh nak membangunkan keperluan asas pun masalah kepada rakyat. Kenapa town planning kat Singapore elok? Ok, mereka akan berikan alasan: nak manage pulau senang. Langkawi ok tak? lols.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.