MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip berikut:
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-Undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Kenal akan bait bait ayat di atas?
Klik untuk imej yang lebih jelas, excerpts from here.
Apakah justifikasi penulis terhadap cercaan seperti ini? Adakah hak bersuara yang digariskan dalam Perlembagaan membenarkan cacian seperti ini?
Dan bagaimana pula dengan bait lagu Negaraku?
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta
Adakah kita memahami akan maksud Rukun Negara dan Negaraku sedangkan di dalam diri kita, kita mengaku kita ini rakyat Malaysia, tetapi langsung tidak mendukung akan asas asas Rukun Negara, terutama Kesopanan dan Kesusilaan?
Jika diteliti blog terbaru yang ditemui menghina Almarhum Sultan Iskandar, banyak entry yang dalam blognya itu jelas menunjukkan betapa penulis bencikan agama Islam. Banyak sungguh yang entry berbaur bencikan Islam dalam blog itu.
Tidak ada lagikah keharmonian beragama seperti yang kita kecapi dulu? Apakah buruk sangat agama Islam kepada penganut agama lain?
Aku percaya ini hanya segelintir tetapi jika dibiarkan pasti akan berkudis, seterusnya akan menjadi bisul.
Pihak berkuasa seperti MCMC perlu lebih peka dalam hal ini dan sentiasa mengawasi blog blog seperti ini agar tidak menjadi agen hasutan kepada rakyat Malaysia.
Note: Terima kasih kepada Azhar Abdullah yang pertama sekali menghantar sms mengenai kewujudan satu blog - Aduka Taruna, Jumaat lalu dan Jane for the info. Terima kasih.

13 comments:
padamkan bara sebelum jadi API..
aman Malaysia
bro...
blog ni lagi serius dr blog aduka coz dia bukan sj hina raja2 kita tp hina agama kita
sewajarnya tindakan yg sama harus diambil pd beliau yg sgt celaka ini...
Salam bapak gula2 ku!
Saya pun tak faham dan rasa sangat bimbang akan keadaan semasa ni...kebebasan bersuara yang diberi dah disalah gunakan.
Yang buat saya hairan sangat, kenapa Islam dan Melayu saja kena dgn begitu teruk sekali?! Hina sangatkah kita ni dimata bangsa dan agama lain?!
Cuba saudara Hazrey jenguk2 ke forum lowyat juga (betul tak eja ni?)....Patutkah kita biarkan saja semua ni? Apa tindakan pihak2 yg berwajib bagi memastikannya tak berterusan dan jadik makin serius?
Pantau2 juga....tapi tindakan dah mula kena ambil.
Dowh, dia kan kata dia expat. So memang bukan rakyat malaysia lah. Kan? Of course lah dia tak paham. Buang masa je layan attention seekers cam ni yaw.
And lagi satu. Haha. Pasal islam tu. Aku gelak. Knapa lah dia bodoh sangat. Tak sangka ada orang bodoh seperti ni. Dia type Islam is.. takda result maknanya takda lah orang carut pasal Islam terlebih-lebih. Or maybe google tu pro-islam? Who knows. Yang search result pertama tu lagi best. Christianity is bullshit katanya. [Tu yg dia banggakan.] Bahahaha. Bukan aku kata. Google kata eh.
Tak yah lah perah minyak dgn orang-orang tak function gini.
Dan aku adalah sangat shocking bila baca wikipage for Almarhum Sultan Johor. Hmmmm.
Sungguh malang kita bila semakin ramai yang menjadi berani tidak bertempat sebegini...!
org2 yg ske menghina ni elok g campak dlm kandang khinzir je...
biar mati kne sondol..
hidup xsedar diuntung..
negara aman mcm ni msh nk bersuara seolah2 hidupmenderita....
lantak lh dgn diorg..
khabarnya guttermalaysia tidak menetap di malaysia. itu yang dia berani menulis secara terang-terangan.
tapi apa pon. matlamat tidak menghalalkan cara. Islam mengajarkan kita tidak membicarakan keburukan orang yang telah meninggal dunia. Dan semoga pihak berkuasa berjaya mengesan penulis tersebut dan dibawa ke muka pengadilan untuk pengajaran rakyat Malaysia.
GUTTER tu org singapre..
nama dia lester wong
sila cari kat facebook..
ade gmbr celaka nih kat situ
Baik orang yang hina Sultan via blog atau Aduka tu sendiri, we shud stop commenting on perbuatan diorang. Kita sentiasa nak kan kebebasan menulis dan kita sendiri tahu bahawa kebebasan itu bukanlah absolut. Kalau dia berani tulis, maknanya dia berani tanggung. And kita sendiri shud stop discussing tentang itu supaya dia tak terus dapat publisiti. Bagi aku, lantak lah macam dia nak hina pun sebab itu tak akan buat aku rasa apa2 and aku akan terus hormat pemimpin yang layak dihormati.
Orang macam itu memang patut kena 'tegur' lebih dari sepatutnya~
kalau tak, alahai, boleh mengancam keselamatan negara tu~
jangan sampai stau hari nanti kerajaan mengharamkan penulisan blog dah laaa
First, kenapa aku susah nak reply komen orang sekarang? Sebab sibuk sesangat. Sawah banyak nak dijaga. Lalang banyak nak ditebas.
Anyway:
ZZ: Insya'allah.
jane: how to we fight back? The same way? Nope. Kita tunjukkan lagi sifat sifat terpuji terhadap bangsa lain ok.
Yatiejay: Ya, anak gulagula ku. MCMC should be more active.
Otak Belacan: lols.
azie: Mereka sedondon dengan anonymous yang takut dedahkan identiti.
ceqzue: Ada ladang khinzir dah disamak tau jadik kandang lembu.
John: True brader.
Jane: Yeah, i know. He is a true loser.
Don: Yup, untuk seorang yang dewasa macam kau memanglah. Tapi kalau bebudak mentah yang baca? Kan kan. Kebebasan bukan total. Tapi dia berani tulis tanpa berani tanggung sebab itu dia tak berani paparkan identiti. Dan entiti seperti inilah yang perlu dibanteras. Aku bunyi macam kat Palestin ker?
Zara: Rotan kan dia cikgu.
Touya: Susah nak nulis nama kau ni. Ok betul tu. Tak lama, kita nulis kat toilet jek.
blogger adukaTORONa tu berani dlm cyber jer...kena tangkap..tutup muka...malu plak..ingatkan berani sangat..
Post a Comment