Aku dah lama tak menyinggah blog avid entertainment blogger - Sultan Muzaffar, mungkin sebab aku kurang minat sikit pasal hal hal hiburan ni. Macam mana pun, he is a committed writer, tapi tak banyak berbual in real person. Seorang observant. Ok, aku dah puji kau ni, bila kau nak belanja aku makan. lols.
Anyway, aku ternampak di facebook update-nya pasal majalah Mastika. Aku terus gelak.Ada satu nostalgia yang menyebabkan gusi basah.
Bukan sebab aku gelak kerana ada geng aku yang menjadi sebahagian dari content majalah kecil tetapi memiliki jumlah pembaca yang ramai, tetapi disebabkan satu kejadian menyayat hati, yang sungguh menyayat hati berlaku melibatkan aku dan Mastika.
Apa benda yang dia tulis tu? Budak shuffle suka ehem ehem? Suka batuk? Bunuh 8 mangsa demi ilmu hitam? Kenapa takder story ni dalam akhbar perdana? Sendiri pikirlah.
Ok, sepatutnya, aku letak tajuk Aku, Dia dan Mastika.
Aku dengar majalah ni sangat laku. Tapi betullah, sebab masa adik aku masuk hospital, bila aku singgah kat newstand, ramai yang beli Mastika ni. Kalau aku, aku akan halau sesiapa yang beli majalah Mastika kalau aku masuk hospital. Sungguh tak peka dengan persekitaran. Aku tak takut hantu ok, jangan kau nak fitnah, aku segan, maklumlah, ada yang iras muka kekawan aku. lols.
Well, it happened in 2008 kalau tak silap.
Kami ditugaskan untuk membuat satu liputan untuk program jangan biarkan diri anda diselubungi misteri di Sedili, Kota Tinggi mengenai seorang budak perempuan melahirkan anak bunian! Serious ok. Anak bunian.
Ok, sebelum tu, aku seorang yang amat amat praktikal. Amat. Aku amat mementingkan practicality.
Dalam perjalanan ke lokasi, sempat jugak dua kejadian menyayat hati berlaku apabila lutut aku terhantuk pada adjuster di bawah steering menyebabkan aku terlantar kat hospital. Hahah. Jangan tanya macam mana boleh jadik. Hahah, aku sampai hari ni gelak.
Berbalik pada cerita tu. Setibanya di persimpangan memasuki Kuala Sedili, kami berhenti seketika dan aku bertanya pada produser aku:
"Bro, tahu tak alamat budak perempuan tu?"
Produser: Jap aku check.
Aku: Aku ketuk kepala dia ni baru tau, baru nak check. Ok cuma berbisik sebab aku bukan keturunan tanggang. Tapi aku sempat jeling dengan muka seketat seluar denim 10 tahun dulu yang cuba aku pakai hari ni.
Producer menelefon seseorang dan tetiba dia mengeluarkan sesuatu dari begnya.
Aku kaget, peluh mula mengalir.
Tetiba angin bertiup dengan agak kuat.
Entah macam mana, awan hitam mula bergerak ke arah kami.
Aku ternampak satu kelibat persis lembaga hitam bergerak ke arah kami. Kaki kami tetiba terasa dipasak ke bumi. Langsung tidak dapat bergerak. Mulut bagai terkunci.
Ok aku kelentong. Hahah, mana ada tu semua. Kau ingat drama Tamil ker.
Hahaha, kekadang best kan bila korang percaya.
Producer aku tu keluarkan majalah Mastika dan tak semena-mena aku terus kata: laaa.. kau percaya majalah ni. Takder kehidupan langsung baca majalah ni. Hahah. Dia pun gelak.
Setibanya di rumah budak perempuan tu di Sedili Kecil, kami dihidangkan dengan cerita bunian oleh keluarganya. Rumahnya daif dan aku bertanya dalam hati manalah wakil rakyat kawasan ni. Sungguh daif sebenarnya. Kalau naik reramai kat rumah papan ni, sure boleh roboh.
Temuramah dijalankan.
Versi ceritanya sama seperti yang dipaparkan dalam Mastika. Mengandung dan melahirkan anak bunian. Dan aku sempat memangku bayi lelaki yang dikatakan anak bunian tu.
Tapi, aku agak pelik, sebab ikut kefahaman aku dek pengaruh Bercakap Dengan Jin, mesti budak ni putih melepak dan muka ala ala caucasian. Tapi aku tengok terserlah muka jawa cam aku jugak. Tapi nanti dulu, tak ada iras aku ok, jangan buat onar.
Ohh Nora! Yu tak mau cari husband bunian ker? Ai rela!
Aku mula mencongak pelbagai teori dalam kepala. Terus aku bertanya macam mana, bila berlaku dan menurut ibu dan budak perempuan tu, dia menyedari dirinya mengandung anak bunian ketika berada di rumah tok angkatnya yang tidak jauh dari situ.
Dan menurut mereka, tok angkatnya lah yang menceritakan bagaimana orang bunian memperisterikan budak perempuan tu. Ohh, lupa nak bagi detail, budak perempuan tu berusia 17 tahun kalau tak silap.
Makanya, memandangkan aku selalu cover crime dan memang tugas aku untuk memastikan story aku tu ada practicality, aku terus mendesak produser aku untuk beredar.
Kami beredar dengan baik.
Sebaik keluar dari kawasan rumah budak perempuan tu, aku terus telefon Ketua Polis Daerah Kota Tinggi dan beliau dengan riangnya menjawab panggilan aku. Aku menceritakan mengenai kisah seorang budak perempuan di Sedili, dia terus jawab: ohhhhhhh saya tahuuuuu cerita tu, mehlah datang jumpa.
Kami singgah di Ibu Pejabat Polis Kota TInggi kira kira jam 8.30 malam.
Dipendekkan cerita, rupa rupanya budak perempuan tu dirogol oleh tok angkatnya sehingga melahirkan anak dan sudah disahkan melalui ujian DNA. Amacam? Dan jangan risau, aku ada tanya pada ketua polis tu:
"Tuan, tuan dah check ker, kot kot tok angkat dia tu orang bunian," tanya aku dengan sinisnya dan ketua polis tu hanya mampu tersengih control gelak. Aku pasti, kalau kami tak ada, pasti dia akan berguling guling dengan soalan aku tu.
"Bro, aku macam tak sedap hati jek pasal statement budak perempuan tu, bukanlah aku ni tak percaya dia, tapi kau taulah, aku bukan percaya benda benda ni semua, lagi pulak muka anak dia tu macam muka orang jawa jek," kata aku pada produser sebelum berjumpa ketua polis Kota Tinggi. Dan statement aku terus disambung dengan gelak aku sendiri manakala mulut produser aku kumat kamit seperti sedang membaca manderem untuk aku kena sawan khinzir 10 hari. Haha.
"Tuan, tuan dah check ker, kot kot tok angkat dia tu orang bunian," tanya aku dengan sinisnya dan ketua polis tu hanya mampu tersengih control gelak. Aku pasti, kalau kami tak ada, pasti dia akan berguling guling dengan soalan aku tu.
"Bro, aku macam tak sedap hati jek pasal statement budak perempuan tu, bukanlah aku ni tak percaya dia, tapi kau taulah, aku bukan percaya benda benda ni semua, lagi pulak muka anak dia tu macam muka orang jawa jek," kata aku pada produser sebelum berjumpa ketua polis Kota Tinggi. Dan statement aku terus disambung dengan gelak aku sendiri manakala mulut produser aku kumat kamit seperti sedang membaca manderem untuk aku kena sawan khinzir 10 hari. Haha.
Sebaik interview dengan ketua polis selesai, kami beredar dan muka aku sangat puas dan inilah statement aku:
"Aku memang tidak dilahirkan untuk buat story hantu lah bro," terus kami gelak.
Tetapi yang menjadi hakikat adalah ia adalah story dari majalah Mastika namun langsung tak ada sebut pasal kes rogol tu dan tok angkatnya pun dah kena tangkap dan direman. Aku tak tahu tapi kalau ada kalangan korang yang menjadi pembaca tegar Mastika, mesti korang ingat story tu. Eleh, aku tahu ada yang siap subscribe setahun kan. Jangan nak bohong ehh. Hahahah
Terima kasihlah Muz for the inspiration. lols lols.


13 replies:
mmg misteri bro..:p
patutnye tok angkatnyer tu direjam dgn batu kat simpang 4 kg tu.. :(
org melayu kita masih ramai yg percaya dgn tahyul mcm cerita bomoh dlm blog en mazidul tu.kesian budak pompuan tu mungkin diugut so simpan rahsia sorang diri.
dah lama tak baca mastika.tapi masa sekolah dulu berebut ikut giliran nak baca mastika yg diseludup dlm asrama.. :)
.........
combi rasa kalau nora nmpk ko yg comel mcm dia dah tentu dia sudi bro ha ha ha :D
dah terjangkit gelak setan si alid ni.
ESOK DI METRO
lu jangan lupa beli bro
"Mayat anak bunian dimakan anjing di Flat Sri Delima"
lusa pulak
"Mayat anak jin dijumpai terapung di sungai kelang"
tulat pulak
"Hajjah Aini buka pusat baiki akidah gadis mangsa rogol bunian"
HHAHA H AHA H AH AHA H HA H AHA H HA H HA HA AH AHAHAHH HA AHA HA HA A
Dulu-dulu aku rajin gak baca Mastika ni.. sebagai hiburan macam aku baca cerita Bercakap dengan Jin atau tengok cerita Omen atau Exorcist atau Penangkal ilmu teluh.
Tapi aku stop bila aku terasa macam cerita-cerita dalam tu di-recycle dan diubah sana sini sikit-sikit supaya tak ketara.. aku rasa aku silap tentang hal ni, tapi ni cuma perasaan/pendapat aku aje.
So aku stop beli Mastika. Aku continue baca Bercakap dengan Jin.....
Mana ilang page ni:
http://bapak-gulagula.blogspot.com/2010/01/newsflash-aku-dan-mazidul-berhenti.html
Rasanya macam pernah dengar jer kisah tu...
Karut semata. Tapi lagi karut lagi laku majalah tu... huh!
salam, rasanya sebab kekarutan ceritanya menyebabkan berpusu2 orang membelinya. Bukankah orang2 melayu sukakan perkara2 mistik ni? Dlm tv3 dulu pn ada 'misteri nusantara', siap pengacara nya pn bercakap dlm kabus, waaahahaaa...
baca buleh, pecaya jangan...
tagline MASTIKA baru bleh?? hihi.
banyak sahamnya menipu..tobat dulu sebelum mati..
mimta2 wartwan panjang umur,,
nak cover lain sampai mintak tolong bunian. hebat sungguh!
erm.. sebut pasal MASTIKA teringat zaman sekolah dulu... ^_^
Mastika tu Otosan Meloya punya kan...patutlaa....haha
kau turun kl bukan nak jumpa aku, asyik jumpa saniboey jer. macam mana nak belanja ?
LOL
echah:
Lupa nak beritau, semasa dirogol, budak perempuan dalam keadaan tak sedar.
Obefiend:
Hahahah.. Itu kan biasa tu.
Ida:
Best kan bercakap dengan jin. Sebab kalau aku bercakap dengan Obefiend, aku rasa seperti bercakap dengan jin jugak. lols lols.
Post a Comment