Monday, January 4, 2010

APA YANG ANDA PEROLEHI DARI LAMAN WEB MILIK AGENSI ATAU JABATAN KERAJAAN SELAIN..

.. selain menyakitkan hati, jiwa dan hilang siuman.

Untuk mendapatkan maklumat (read: dari zaman azali sampailah 2012), jarang mendapat maklumat secukupnya dan akhirnya anda pasti akan berhenti di web bawah ini:


Alternatively, you may at your own discretion, try this web:

LAMAN WEB KEDUA, KHUSUS UNTUK ANDA. Nota: Pastikan anda membaca arahan dengan teliti.

Pergi dulu kedua dua web itu dan pulangkan diri anda ke sini dan jawab soalan berikut:

1. Adakah pencapaian anda melebihi 50 peratus bagi laman web pertama? Jika ya, anda tak sesuai berada di sini.

2. Adakah anda sekurang kurangnya tersenyum apabila pergi ke laman web kedua? Jika tidak, sila berhenti mengikuti blog ini dan sibukkan diri anda dengan blog memasak, menghias rumah atau berkongsi resipi membuat nasi kerabu atau blog apa yang penulisnya buat dari celik mata sampai pejam mata, celik mata, pejam mata.

Adakah kita tidak memiliki web designer yang hebat hebat dan kacak kacak (ok biasanya diaorang tak kacak dan berperut buncit sebab duduk lama sangat dan makan tidur makan tidur depan komputer)?

Apakah fungsi MAMPU? Adakah ia menumpukan perhatian terhadap laman web milik jabatan dan agensi persekutuan sahaja?

Cuba check Jabatan Pertanian. Klik pada link bagi negeri Johor.

Adakah terdapat keperluan untuk memasukkan maklumat berikut:

"Bahagian persuratan pula telah menerima surat setiap hari lebih kurang 40 helai dan proses edaran lebih kurang 50 setiap hari. Sebanyak 36 rekupmen dari peruntukan PWR jabatan sebanyak RM 6000.00 telaah dilakukan bagi bayaran bil tuntutan dan bayaran  gaji pekerja sambilan pada tahun 2004.Bahagian perjawatan pula telah memproses gaji bagi kakitangan jabatan pertanian negeri johor seramai 150 orang setahun. Permohonan dan kelulusan cuti (cuti rehat , cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti blaja, cuti tanpa rekod dan pelbagai jenis cuti) sebanyak 435 dalam setahun."

Wait. They have 150 staff. Rekod cuti adalah 435 dalam setahun. Bermakna? Apa makna pelbagai jenis cuti? 1. Cuti sebab tak sempat nak balik opis sebab mengeteh lama sangat kat luar?
2. Cuti sebab tak tau hari tu kerja?
3. Cuti sebab taknak kerja?
4. Cuti sebab berpesbuk kat rumah sampai subuh dan tak cukup tidur?
5. Cuti sebab update blog jam 4 pagi macam aku?
6. Cuti sebab anak bersalin?
7. Cuti sebab jiran bersalin?
8. Cuti sebab jiran nak pasang khemah kahwin?
9. Cuti sebab bini ajak pergi pasar, pastu pergi jenguk kedai emas sebab baru dapat bonus? Orang gomen kan selalu dapat bonus manakala kita selalu dapat air brand Bonus.
10. Cuti sebab sakit perut.

Dan di web yang sama, dipaparkan calendar of event terbaru iaitu bagi tahun 2007.

Mampu sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan perlu lebih tegas dalam memastikan laman web milik agensi mahupun jabatan kerajaan lebih sistematik, terkini dan lebih kolaboratif serta relevan kepada pengguna.

Dan ehem, apa dah jadik dengan pekeliling berikut:


Oyasumi!

13 replies:

azieazah said...

Memang sakit jiwa...jiwa yang stabil boleh jadi jiwa kacau dan haru biru bila berurusan dengan gomen... Percayalahhh... Kena percaya!

Nak komen gomen pun nyampahhhh... Sejak aku kene denda RM80 sebab nak buat MyKad baru dek kena ragut, aku memang geram tak habis..

Pastu nak senyum pun payah.. macam beso sangat kuasa dok depan kaunter tuh..! piiiirahhhh..

ops! emo ler pulokkkk...

Anonymous said...

you are so rite father sugar!!
pernah melalui dan selama seminggu suamuku terpaksa menjadi pekak kerana dgr isterinya membebel tak sudah2 sebab rasa tak puashati..
apa nak jadik la dengan gomenku mesia..

salam,
dina

Azrul Hisham said...

realiti keje kat gomen macam tu la... sebab tu saya malas nak apply keje gomen even benefit dia banyak... tak pasal2 kena sumpah seranah ngan org ramai disebabkan kelembapan dalam membuat kerja....

itafukada said...

purely malaysian..kerana nila setitik, habis susu sebelanga. not all 'gomen' like dat. fyi, aku penjawat awam. dan aku sgt berbangga sbb aku penjawat awam. tp aku sgt sedih sbb ramai org kat luar sana mengutuk, mencaci, membenci gomen. mcm2 komen, kritikan, sinis, sumpah seranah sumela. tp pnhkah korg terpk jika xde gomen, korg ingat korg lahir kt dunia ni? korang lahir kat hospital kan? sape sambut korg? okei..ade yg nafikan, korang lahir kat kampung. bidan yg sambut. ok fine. tp sape yg kuarkan surat beranak? negara mana? uruguay? indon?

aku x nafikan,aku sendiri pun kdg2 menyampah dgn servis yg diberikan. lembap dan penuh birokrasi. tp if ikut peraturan dan memenuhi syarat proses, xkn terjadi mcm tu.kalo jadi jugak, pegi naik court, sila bising2 kt situ.dpt jugak korang menang kan.

aku pun menyampah jugak dgn org yg jaga kaunter spt yg azieazah ckp tu.berlagak mcm pegawai besar je, pastu senyum pun xnk.mau x hangin.tp dgn selamba aku bg je sedas dua nasihat. senyum tu kan sedekah.mane budi bahasa?

sepatutnya, masing2 semua doakan supaya gomen ni bertambah baik. ini asyik nak sumpah je. tu yg termakan sumpah, terkena batang idung sendiri bila berurusan dgn gomen.

Nashays said...

betul tu..dah laaa nak tunggu loading betawon baru dapat..hampeh jer...

lelagi klu guna web yg maya karin penah guna satu ketika dulu...

Desert Rose said...

Oooo tunggu setengah jam nak down load (kalau nasib baik tapi slalunya langit tidak selalu cerah lah kan) pastu dapat 'sorry site under construction' atau pun klik macam nak gila tapi tak boleh, akhirnya hang...

zeqzeq said...

mereka sibuk agakya..kerja sampai malam..

Programer..banyka kerja lain kot?

zan said...

Marah betul hazrey..hehehe.

Realitinya memang macam tu. Walaupun aku orang gomen, tapi aku sendiri selalu terkena dengan benda2 macam ni.

Problem kalau laman web ni biasa pasal takde bajet. Jabatan cukup susah nak dapatkan bajet yang banyak untuk laman web. Bila dah dapat & dah siap, boleh pulak ada "tangan2 ghaib" dari kementerian yang nak tukar suruh seragamkan dengan kementerian (padahal nak kasi kroni buat website).

Macam2 cerita la gomen ni. Tapi susah nak "reveal"....

ninoZ said...

kenapa iklan laman web kerajaan kat tv kene guna pompuan seksi meksi?
dorang mmg sangat efisien ke?

tapi saya register nama company secara online jek..quite pantas..alhamdulillah

Dak Wan said...

Takder update pastu datanya tahun pak kadok. Takder admin la kot?

Izad Amran said...

Salam Hazrey,

Website boleh mencerminkan identiti organisasi..first impression.

Kat situ dah nampak tidak efisien dan berserabainya sesuatu organisasi. Kalau kat laman rumah berterabur .... kat dalam rumah entahlah....

Cuba hantar email melalui 'contact' mesti tak berjawab.

Baik dipadamkan dari diketawakan orang.

Bukan nak kondem...tapi realiti

Belajarlah dari Kementerian Kesihatan yg selalu update website.Cuba hantar email ke KKM...mesti dijawab.

Bukan nak kondem...tapi realiti.

Muhammad said...

Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda

komen anda bole difikir la..

Apa-apapun silalah layari:

http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

dan

http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

Terima kasih;

Hazrey said...

Azie:
Awak kan memang ada sakit jiwa? Ok, dinasihatkan tidak balik kampung.

Dina:
hanya kaki dan tangan sahaja bekerja. Organ lain sudah didermakan.

Azrul:
Alah, kerjalah gomen, senang nak mintak projek. Haha.

Itafukada:
Apa yang saya sebut di atas adalah mengenai nila dan langsung tidak bercerita pasal susu sebelanga. Sila fokus kepada tulisan ok. :) Tapi itulah realiti di pejabat kaki dan tangan gomen.

Dan pekeliling yang dihantar hanyalah seperti flat pekeliling yang tak terjaga. lols.

Nashays:
hahaha, sempat masak bubur. Dan bubur pun sempat jadik nasi.

Desert Rose:
kenapa tak order Mcdonalds?

ZZ:
Programmer lepak kat CC.

Zan:
Spot on.

Ninoz:
Saje jek, sebab yang luluskan tua tua kerepot, meliur tengok peha dengan dada. lols.

Dak Wan:
Admin gi mengeteh.

Izad:
Salam. Hahaha, aku kalau tengok awek yang selekeh buat kerja, aku akan tanya: Bilik awak kat rumah mesti bersepah kan. Hahahaha.. Lepas tu jangan harap dia nak cakap dengan aku. Kah kah kah.

Eh, betul ker KK camtu? baguslah. Kalaulah atendan dan HA pun selalu meng-updatekan diri mereka dengan cara kastemer servis, mesti best.

Muhammad:
terima kasih, insya'allah.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.