Monday, January 25, 2010

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.



Jam 10.30 pagi, 22hb Januari 2010.

Aku menerima panggilan dari sumber sumber terdapat laporan mengenai kemangkatan Sultan Johor.

Lantas aku segera mencari maklumat bagi mengesahkan dakwaan itu kerana tidak mungkin ada kebenarannya, lantaran tiada langsung berita mengenai baginda gering.

Namun, Allah SWT lebih menyayangi Almarhum Baginda biarpun rakyat Johor belum puas bermesra bersama Almarhum Baginda.

Tepat jam 11.30 malam hari yang sama, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman membuat pengumuman khas di Dewan Tun Abdul Razak, Bukit Timbalan, Johor Bahru mengenai kemangkatan baginda.

Almarhum baginda sangat disenangi rakyat jelata. Rakyat Johor tahu, akan keunikan Almarhum baginda mendekati rakyat, kadangkala meresahkan pegawai protokol Almarhum baginda sendiri, apatah lagi, Almarhum Baginda mengelak dari disediakan permaidani.

Aku masih ingat pada tahun 90-an, ketika Almarhum Baginda mencemar duli berangkat merasmikan Sukan Malaysia (Sukma) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru, ketika bertitah, secara tetiba hujan turun dengan lebatnya.

Maka kelam kabutlah pegawai protokol berlari menyediakan payung buat Almarhum Baginda yang baru sahaja memulakan titah baginda kepada kontinjen yang sedang berdiri mendengar titah baginda di tengah padang.

Secara spontan, Almarhum Baginda sekali lagi mencemar duli dengan bertitah:

"Kalau kamu semua boleh berhujan, kenapa saya tak boleh? Biar saya berhujan dengan kamu semua"

Yang masih aku gelakkan ialah, ramai pegawai kerajaan yang pada mulanya bercita cita besar mencari teduh pun terpaksa menerima hakikat, alangkan seorang Sultan sanggup berhujan demi rakyat jelata, maka eloklah sifat kepimpinan itu dicontohi.

Lantas, tindakan spontan Almarhum Baginda itu turut menerima tepukan gemuruh semua perwakilan kontinjen. Dan ia turut disiarkan secara langsung RTM ke seluruh negara.

Sesungguhnya, buat peserta Sukma, apa yang dititahkan Almarhum Baginda pada saat itu bagai satu pencetus semangat bagi meraih kejayaan pelbagai jenis sukan yang bakal dipertandingkan.

Aku sendiri pada masa itu, tergamam seketika

Almarhum baginda sememangnya dikenali sebagai seorang sultan, pemimpin dan 'rakan' buat semua rakyat Johor.

Almarhum baginda sememangnya dikenali menggemari sukan motosikal dan ketika aku masih lagi di bangku sekolah rendah, apabila mendengar sayup bunyi siren yang mengiringi Almarhum Baginda selepas tamat waktu sekolah, semua pelajar akan bergegas ke pintu pagar untuk melambai Almarhum baginda.

Kalau dulu aku agak kecewa kerana siren akan dihentikan apabila melintas di kawasan sekolah, apabila menuntut di sekolah menengah, baru aku faham, Almarhum Baginda menghormati kawasan persekolahan dan tidak mahu bunyi siren polis yang mengiringi mengganggu pelajar.

Dan Almarhum Baginda akan pastikan kelajuan motosikal dan pengiringnya mematuhi kadar yang sudah diwartakan di kawasan sekolah dan ini sekaligus melahirkan kesempatan buat pelajar melihat Almarhum Baginda dengan lebih jelas.

Setiap lambaian pelajar tidak akan dihampakan malah dibalas Almarhum Baginda dengan senyuman. Itu cukup menggembirakan kami kerana tidak sangka Sultan Johor melambai kepada kanak kanak yang masih mentah ini.

Banyak lagi kisah unik mengenai Almarhum Baginda, antaranya betapa Almarhum Baginda amat menitiberatkan soal agama serta pendidikan agama di kalangan anak-anak rakyatnya, apatah lagi Almarhum sendiri ketua agama di negeri Johor yang bertuah ini.

Bak kata pepatah, biarlah apa yang diberikan tangan kanan, tidak diketahui tangan kiri, dan sifat itulah yang wujud dalam diri Almarhum Baginda ketika mencemar duli melawat rakyat miskin terutama di luar bandar serta menyampaikan sumbangan.

Sesungguhnya biar apa pun yang dikata, rakyat Johor sangat menyayangi Almarhum baginda dan apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab mencerca Almarhum, maka sangat sesuailah jika penulisnya dikenakan tindakan.

Dan dengarnya setakat ini, sudah 25 laporan polis dibuat ke atas penulis aduka taruna dan aku sendiri akan follow up dengan ketua polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif terhadap perkembangan kes ini.

Lihat berita terbaru dari Bernama:

Police probe blog for deriding late Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU, Jan 24 — The police have set up a special squad to probe a blog for allegedly deriding the late Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, said Johor police chief Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
He said 25 police reports were lodged against http://adukataruna.blogspot.com in the state.
The case will be investigated under the Communications and Multimedia Commission Act 1998 and the Sedition Act 1948. — Bernama

12 comments:

AnnDee said...

si Khairul Nizam tuh memang carik nahas.. tiada masalah carik masalah.. bagus2 nak kawen 30hb neh, terus kensel.. apa2 laaaa labu.. kerana pulut santan binasa.. kerana jari lu pikir la sendiri..

uDean said...

mamat tu bkn rakyat johor rite? klo x, mmg da lame la kene ngn bebudak jmf..uhu..biase lar.. emo lebey.. nah amek kau~

Azrul Hisham said...

bila menulis menggunakan kepala lutut itulah jadinya..

Obefiend Weiland said...

aku ingat masa sukma tu

tak silap aku Mohyideen Yassin tersilap cakap. Dia boleh tersasul Tunku Ibrahim ibni ALMARHUM Sultan Iskandar

Sultan terus bangun tunjuk jari pada dia. Pastu muhyideen terus minta maaf. lepas speech naik kotak vip mintak maaf

lol abis. aku lupa masa ni pembukaan ke penutup. aku ada dalam stadium masa tu. Kelakar amat

dan yes.. sultan johor dan motor harley lengkap sidecarnya. petang2 kalau makan kat LIDO dulu sure nampak konvoi dia daily.. cool dowh sultan johor

jane said...

pdn muka aduka

Otak Belacan said...

tsk tsk tsk. Buat malu betul sajalah orang ni. Kalau ye pun nak kurang ajar, beralas sikit dowh. Skarang dah nak gostan dah tak boleh. Kan kan kan.

Cuba naik mahkamah nanti boleh tak dia dok 'lu gua lu gua' lagi. Lols.

Don't kutuk2 johor kays.. Johor is my faveret you know.

+a.z.i.e+ said...

Hi Hazrey,

I pun ada terjumpa satu blog yg mengeluarkan kata yang tak sepatutnya, masa byk versi rumours keluar pada petang Jumaat lalu. Rasa marah begitu meluap luap.

After she found out that news tuh belum confirm, cepat cepat orang tuh delete.

But, for me.. tak kira apa pun, we as rakyat, should respect apa pun yang berkaitan dengan kesultanan.

True is it?

Hayatito said...

hazrey, dulu i selalu igt sultan johor ni sultan garang ya amat..

eventually, bru taw sultan ni ya amat cool and funny person..banyak funny stories pasal arwah sultan ni..haha

anyway, salam takziah kepada rakyat johor..aku sebagai org perak yg menetap kt johor sgt suka johor.. =))

nak tny nasi ayam penyet tu masakan johor ke?errrr

azieazah said...

ADUKA tak sempat fikir masa dia taip.. Gaya pun macam nak cepat luah rasa marah...

itulah akibatnya...

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~

sultan yang baik dan disenangi rakyat~
alhamdulillah, pengganti juga kelihatan baik dan mesra rakyat~

aduka tu, hmm, walaupun dia dah delete post dia, bleh baca lagi kat cache dia~

echah_syed said...

org melayu dah semakin hilang budi bahasa... :(

rasa hormat kpd ibubapa semakin layu apatah lagi kpd org lain.

zeqzeq said...

rakyat sayangkan ALsultannya..

harap2 tiada BLOGER membuat RAting sultan2 di Malaysia..berjiwa rakyat,penyanyang dll,begis dll..paling hensem dll...
terutama yang dah tiada. wajar tak ungkit.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.