Thursday, December 31, 2009

TAHUN BARU. TAHUN JEK BARU, ORANG SEMAKIN MENJADI LAMA.

Malam ini malam terakhir dalam takwim masihi 2009.

Berakhirlah sudah 365 hari kita merenangi pelbagai suka duka, pahit manis, perit jerih, penat peluh, peluh busuk, mulut busuk tak pakai listerine dan bau badan busuk walaupun pakai deodorant sekilo sekalipun.

Yang pasti, aku akan bagi jotos jepun (haa, korang pernah dengar tak jotos? Tak pernah? Jotos tu ialah buritan kapal tangki), kalaulah ada sesiapa yang bertanya:

Soalan: Wahh, dah nak tahun baru dah *Sem. (sem adalah singkatan nama saya dan saya langsung tak suka panggilan itu sebab panggilan penuhnya boleh membuatkan saya ditangkap polis. Nanti ujung entry kita letak explanation nya ya).

Soalan: Lap lip, tup tap, pat pot, dah setahun lagi yek. Apa azam tahun baru kau?

Aku sering menjawab: Azam saya ialah untuk mempunyai satu azam pada tahun berikutnya. Dan frasa ini sudah aku gunakan berkali kali. Dan ia masih lagi valid sebab aku tak pernah letakkan expiry date atau manufacturing date kerana aku tidak terikat kepada serbuan mana mana agensi atau komplen dari mana mana pengguna (read: mana mana pengguna ok!)

Aku cuma ada seorang pengguna di rumah dan harap harap dia tak complaint aku semakin expired dengan berhijrahnya usia menjadi nombor yang tidak lagi belas belas, puluh puluh tapi dah banyak nombor. Ya, aku bercadang menggunakan taktik orang orang tua lain, iaitu mencuba memikat wanita 10 tahun lebih muda walaupun aku tahu, setakat ni, puan gegula di rumah yang hot tu dah kira macam menang More Jutaria. Memanglah, sebab lepas mamat tu menang, mana ada lagi peraduan tu. Rokok More pun takder lagi ok, abih duit bayar mamat tu.

Pada orang orang yang seusia aku ni iaitu tak berapa jauh dari usia mereka yang ambik SPM berbelas tahun dulu, apabila melalui kawasan perkuburan ia seolah satu panggilan.Bila menziarahi kematian, imaginasi kekadang mengecewakan sebab dipaksa membayangkan posisi kita adalah terkujur kaku dan bukannya yang berdiri melihat jenazah. Sadis kan.

Aku tak pernah ada azam. Aku tak ada rasa keperluan untuk ada azam, yang ada cuma mengidam tapi aku taknak cakap kat sini sebab periuk belanga kat rumah belum ada sejarah terbang lagi kat kepala.

Azam, pada aku seharusnya ada pada setiap masa. Azam untuk memperbaiki diri dari yang semalam. Azam untuk memastikan kerja kita lebih dari semalam. Azam untuk memastikan kita result oriented dan azam untuk memperbaiki keselesaan hidup. 

Sebabnya, adalah satu mentaliti yang janggal untuk memiliki azam hanya pada tahun baru, dan azam seterusnya adalah pada 31 Disember tahun berikutnya. Lama beb nak tunggu kau berubah. Hahah. Kucing dah beranak lima kali dah. Eh, kucing setahun beranak berapa kali ahh?

Seharusnya, keazaman dalam diri perlu disematkan setiap masa. Apatah lagi bangsa Melayu, yang kerap didengari sinonim dengan perangai malas, suka melengah, suka mengeteh 24jam dan suka melenting bila kena tegur (read: orang kerja hospital).

Maka, tulislah sekeping nota dan masukkan dalam dompet jenis Dunhill mahupun purse jenis LV atau Coach, tak kira yang dibeli di Petaling Street, Holiday Plaza mahupun di internet dengan disclaimer "We shall NOT entertain any enquiries on the authenticity of our products here," atau tampalkan pada cermin kat rumah tu supaya ingat akan azam kita. Buat azam tiap tiap minggu atau kalau yang susah sikit seperti nak memujuk suami beli Dorothy Perkins, anjakkan sedikit tempoh untuk mencapai azam itu.

Manakala pada pekerja hospital, azam baru boleh ditulis di uniform anda sebab warna putih senang nak tulis. Kalau boss tanya, cakap anak conteng, tak boleh nak dipadamkan.

Kepada pondan pondan di luar sana, untuk mengingatkan siapa diri anda, tulislah guna permanent marker pen dan tulislah dengan sepenuh ikhlas hati dan sebanyak janggut dan kumis anda sebelum shave ayat berikut pada "panty" anda:

AKU LELAKI. AKU LELAKI. AKU LELAKI.

Peringatan, jangan pepandai tambah perkataan uolzz, nok atau hanjing pada "panty" anda sebab ia memberi kemungkinan terdapat lorong U-Turn pada azam anda.

Pada perokok tegar pulak, jika ada keinginan (read: tipu diri sendiri), azam untuk berhenti hisap rokok, buatlah betul betul dan selalulah pergi Singapore sebab di republik itu, membeli sekotak rokok seperti membeli sebidang tanah. Mahal nok.

Jika masih gagal, pujuklah hati dan jangan hiraukan tempelak dari manusia di sekeliling anda dan beritahulah pada diri sendiri, kita sekadar membantu penanam tembakau untuk mereka mencari duit anak sekolah, baju sekolah, buku sekolah, pensel, pen, pemadam getah, pencil box yang ada gambar Ben10 atau Avatar.

Banyak lagi azam yang aku nak tulis, yang pernah aku dengar, tapi tulah, yang cakap tu cuma sekadar sedapkan hati nurani. Bila tak tercapai, ia bukti yang orang itu, jiwa kacau.

Bagi aku pulak, aku berazam untuk tidur awal. Ehem. Dan aku tak suka tahun baru, sebab kalau kena kerja, jammed memanjang satu dunia. Horror.








Monday, December 28, 2009

MULTIPLE SIGNS OF PENETRATION THROUGH HIS ANUS.

Now, let's not make any conclusion shall we. :)

JOHOR BARU: The hairstylist, who was found dead, naked, bound and gagged, died of heart failure brought upon by excessive excitement during an unnatural sex game.

Nusajaya OCPD Supt Abdul Aziz Ahmad said the post-mortem showed that Tang Kin Kok, 49, had internal bleeding that could have been caused by sexual stimulation.


He added that the victim also had multiple signs of penetration through his anus.

“The heart failure could have been triggered as the victim became too excited when committing unnatural sex,” Supt Abdul Aziz said when contacted here on Monday.

He said while the post-mortem showed no criminal element leading to the death, police had identified a few of Tang’s male acquaintances to assist in the investigation.

“We are going to apprehend them soon,” he said, adding that anyone who knew the victim was encouraged to come forward.

Supt Abdul Aziz urged anyone with information to contact the police hotline at 07-2212999 or the nearest police station.

On Saturday, Tang was found murdered, naked, gagged and with his hands and legs bound, by a housemate in his room at a rented house in Bandar Selesa Jaya here, around 9.50pm.

Friday, December 25, 2009

UPDATED: Kantul.



Ya, seperti yang aku sebut dalam entry sebelum ini, aku berclubbing ok! Walaupun aku tak pernah ada pakaian khusus untuk clubbing, tapi aku berjaya berclubbing pada Christmas Eve malam tadi.



Dan aku berclubbing bersama dua kawan aku anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor - signifikannya seorang nama Azri dan seorang lagi Nazri. Dua dua ensem dan bujang. Yang ensem tu sama kategorilah kot dengan aku. Yang bujang tu aku takleh cakap, nanti bini marah. Hahah. Ok, aku tak bujang. Haha. Dan oops, aku tak ensem.




Lols. Kalaulah kami dressing camni sure gempak kan. Takper, nanti aku pi cari. Tengok kasut putih tu. Itu kalau baling kat anjing, sure anjing jual kain ala orang Terengganu - kaingg kaingg kaingg kainggg..

Ini kronologi kejadian. Ala ala Murder She Wrote lah nih.

Panik aku.

Apa tak paniknya, jam dah 11 malam tadi (24 Disember), premis yang bakal menjadi sasaran pemeriksaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kosong. Zero. Yelek.

Yang ada cuma tiga kerat jek. Aku dan dua anggota AADK yang menyamar.Beberapa pelayan wanita yang hot turut berada dalam premis dan agak kehairanan kenapa tiga mamat yang perasan ensem ni masuk awal sangat.


Hampir 12 malam, ketika beberapa premis berhampiran mula melaungkan countdown kepada Xmas, premis yang kami masuki masih lagi kosong.

Hanya kira-kira jam 12.30 malam, ia mula dimasuki oleh pengunjung yang 90 peratusnya adalah sama kulit dengan aku. Sawo matang, muka jawa namun seksi dan style lebih dari orang yang sambut Xmas.

Sepanjang sejam lebih kami berada di premis, beberapa waiter dan bouncer kerap bertanya apa tujuan aku berada dalam premis dan jawapan aku: "Aku nak berhibur pun tak boleh ker?"

Tepat jam 1.35 pagi, premis diserbu.

Kecoh.

Hampir 50 hingga 70 pengunjung merempuh pintu keluar untuk melarikan diri dan tak pasal pasal aku tersepit di antara mereka sebab kebetulan aku berada di pintu itu.

Tanpa rasa kesian, aku dihimpit, ditolak oleh pengunjung terutama gadis gadis seksi sehingga aku rasa kehormatan aku diragut begitu sahaja. Tubuhku diratah begitu sahaja oleh gadis gadis seksi yang cuba melepaskan diri dengan merempuh pintu keluar premis itu. Banyak sungguh tangan yang menyentuh tubuh suciku ini. Aku sungguh pasrah dan hampir menangis. Ok aku tipu. Aku hampir menangis kegembiraan ketika melalui keadaan itu! Hahah.

Mereka dah tak kira dah, yang penting mereka hendak keluar dan anggota AADK terpaksa menghalang pintu kaca yang memisahkan pengunjung dan freedom! haha.

Semua yang seksi dah tak kira dah bergesel dan menghimpit aku, dan aku terpaksa mengaku, aku sedikit teruja. Haha.

Selepas hampir 5 minit, barulah keadaan dapat diredakan.

Hampir 300 pengunjung berada di dalam premis itu, diperiksa melalui ujian air kencing yang dilakukan anggota AADK manakala penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor memeriksa kandungan alkohol.

Sungguh kantul kerana anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor turut menggunakan alat pengukur alkohol melalui pernafasan. Walaupun kandungan paling minima, ia cukup untuk mengheret pengunjung untuk didakwa mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

"Alamak, bro tadi ada dalam ni tadi. Aku dah jangka dah, mesti ada hal ni," keluh seorang pekerja di premis itu. Dan aku hanya menjawab dengan sengih comel aku pada mamat ni ala ala tauke papan dapat konsesi balak.

Tak lama dulu, premis ini diserbu oleh agensi lain dan aku turut mengikuti serbuan itu dan mungkin sebab tu dia ingat. Yelah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kantul. Haha.

Malam tadi adalah malam sambutan Krismas tetapi premis itu menjadi tumpuan pengunjung Melayu.

Dalam keresahan pengunjung yang diperiksa, tetiba timbul gelak sebab ketika pegawai memanggil satu nama lelaki, yang sungguh lelaki - yang menghampiri mereka adalah satu susuk tubuh bergelek, berpakaian seksi tetapi halkum terjojol keluar di leher. Hahah. Sungguh lelaki pondan pondan tu mengikut kad pengenalan.

Operasi berakhir kira-kira jam 4 pagi dan inilah aktiviti clubbing yang diizinkan oleh mak gegula. Terima kasih mak gegula.

Banyak gambar tapi tak thrill lah kalau letak kat sini. Tunggu Khamis depan ya! Haha.

p/s: Semalam dengarnya sebuah premis hiburan di bumbung Lot 10 di Kuala Lumpur turut diserbu anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan IPKKL. Premis itu dikatakan baru beroperasi sejak tiga bulan lalu. Serbuan bermula jam 3.40 pagi. Ramai yang turut kantul.

More of the news here.






Thursday, December 24, 2009

SIGNBOARDS.

Photographer cum designer, Ezreen Abd Talip berkongsi dua foto ini ketika berada di Kuala Terengganu baru baru ini.

Ia diambil dari sebuah kedai makan bernama Warung Sukahati. Cool tak nama dia?


Mesej tauke ni mungkin disebabkan pekerja banyak sangat berSMS masa kerja. Dan mesti di kedai ini, komunikasi hanya sekitar:

Pelanggan: Apa ada kat sini dik?

Pekerja: Menu.

Pelanggan: Apa yang best dik?

Pekerja: Semua.

Pelanggan: Yang ni goreng letak apa dik?

Pekerja: Entah.

Manakala ketika aku berada di Bandung, Indonesia bersama wifey, Saniboey dan Shoeshine tak lama dulu, kami terjumpa banner ini.


Ok, Zakiah Anas tiada di situ. Aku dah check.

ITS XMAS AGAIN!

It's Christmas again.

And this year, its gonna be a long holiday for us. This year's Christmas falls on Friday, and the holiday stretches to Sunday. Best kan? Hopefully all of you got your pay. Itu untuk yang bekerja. Kalau yang tak bekerja, selamat menumpang semangkuk duit kekawan yang kerja. Ungkitlah apa jua benda sekecil zarah sekalipun, selama tadika sekalipun, janji dapat dibelanja. Good luck to you jobless. No, your friend may not call you a loser. Please prepare yourself with stats that you googled to justify your jobless condition. Blame it on the government.

I will be working. Tonight will be Christmas eve.The image of Santa Claus seems everywhere. Santa character brings  joy to children all over the world and adults too. Dan Astro pagi petang siang malam dan subuh tak abis abis cerita Santa Claus, Fred Claus, whatever clause and the list continues.




Tapi seronok tengok tv sebab tengok salji. And winter coat too.

Kat Malaysia, ramai jugak yang pakai winter coat, excuse me, siang malam ok. Mungkin hujung tahun ni lagi ramai yang pakai especially in celebrating Christmas. Mungkin mereka merindui salji walaupun seumur hidup mereka tak pernah lagi sampai kawasan bersalji kecuali di Bukit Cherakah. Ok, aku pun pernah pergi situ masa dulu dulu dek sifat ingin tahu aku yang sangat tinggi (percaya tak? percayalah please..) dan aku mengaku, aku terasa seperti di kampung halaman. Lols. Ok aku hitam. Dah jangan nak mengumpat.

Dan malam Christmas eve nanti, pastinya pusat hiburan akan penuh. Termasuklah orang Melayu kategori memakai winter coat mahupun with bare bra sahaja dan kalau boleh pakai panty sahaja semata mata - yang akan turut menjerit Merry Christmas (atau lebih kuat suara mereka).

Pastinya aku tak mahu ketinggalan meraikan mereka ini semua. Mesti seronok dapat bersama sama mereka. Ohh tak, aku tak akan membawa bersama isteri hot aku. Aku akan bersama seorang rakan aku.

Aku tentu seronok cuci mata nanti. Tak sabar aku nak pergi. Bestnya! Dapatlah tengok Sally, Julia, Arry, Baby, Gegurl, Nicky, James dan ramai lagi yang tetiba terlupa nama pada IC mereka bunyinya masih lagi jawa atau boyan.

Dan aku pasti bertambah seronok dapat tengok dan dengar jeritan Merry Christmas paling kuat adalah dari mereka tepat jam 12 tengah malam nanti sambil gelas berdeting deting dan mereka saling berpelukan ala ala Johnny dan Michelle walaupun nama pada IC mereka masih lagi bunyi jawa atau boyan seperti aku.

Dan tentunya biarpun jeritan mereka lebih kuat dari pengunjung pusat hiburan yang berkulit putih atau kuning atau hitam terus, kulit mereka tetap sawo matang dan tetap anak Pak Hamid, Salleh, Kassim atau Khalid dan bukan Johnson, Davis, Longford mahupun Hamilton.

Apapun, let me join the party and in the meantime to all of you yang sambut Christmas, hope this yuletide will bring more joy and happiness to you and family. Merry Christmas! Dan pada yang berkulit sawo matang, selamat bercuti panjang dan jangan lupa untuk jenguk kawan yang meraikannya. Sungguh sivik ayat aku ni kan. Haha. Ok zara, boleh jemput tahun depan.

Ermm.. apa baju yang akan aku pakai untuk malam ni nanti.. damn, aku tak beli winter coat pulak.

Tuesday, December 22, 2009

CALL GIRL.




Tentu ramai tahu apa itu call girl.

In cities like Kuala Lumpur, memang wujud fenomena call girl, dan selalu dipaparkan melalui media tempatan, sama ada cetak mahupun elektronik.

Definisi call girl ni dianggap negatif kerana terdapat tanggapan -  ia turut melibatkan khidmat seks dengan bayaran tertentu.

Mereka turut dianggap pekerja seks kelas atasan yang tidak visible kepada general public. Ada juga yang bergerak secara individu atau berdasarkan recommendation dari rakan rakan yang turut melakukan aktiviti seumpama ini.




Sukar untuk mendekati kumpulan ini, apatah lagi jika tidak dikenali dan biasanya mereka bergerak hanya berdasarkan recommendation semata mata.

Metro Ahad pernah mendedahkan mengenai kegiatan social escort / call girl, melalui agen.

Jika ditinjau melalui internet, banyak khidmat call girl boleh ditemui secara terang.


Jangan terkejut, di Johor Bahru sendiri terdapat khidmat serupa di kalangan gadis Melayu, yang bergerak secara individu dan recommendation dari rakan rakan mereka. Ada juga yang terdiri dari model sambilan yang mengenakan caj tertentu untuk menjadi peneman kepada pelanggan yang memerlukan khidmat escort mereka.

Mereka menyediakan khidmat peneman di pusat hiburan seperti karaoke tak kira sama ada pelanggan mereka itu berusia mahupun muda.

Diramas, dipeluk dan dicium adalah rutin - itu pengakuan salah seorang call girl yang kami temuramah.

Ada yang bekerja sepenuh masa sebagai call girl kerana menurut mereka: "the money is damn good".

Kami berjaya membongkar kegiatan itu hasil bantuan dari seorang rakan biarpun berkali kali kami terpaksa memujuk bagi menyakinkan mereka.

Cerita sepenuhnya melalui program Nona. Ya Nona.  

Monday, December 21, 2009

NAMA SAYA ZHAZALI.

I know, you must be thinking. What with Hazrey this time.

No, this is not about hospital although aku sangat sangat teruja untuk bercerita pasal pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang sungguh sungguh tak ikhlas bekerja and yet, our Prime Minister says, rakyat berpuashati dengan NKRA. What with that?

For the past week, I was busy attending to friends yang datang ke Johor Bahru.

Mengutamakan tetamu ni kan pahala. Bertambah rezeki nanti. Insya'allah.

Desert Rose came to JB last weekend with hubby yang babbling kecuali waktu tidur dan makan - for a short holiday cum shopping di Singapura.

Walaupun aku sesat beberapa kali di Singapura, no thanks to GPS yang tak boleh diharap pada iphone, aku tetap control macho tanpa disedari sesiapa. Ya, alangkah ruginya aku control macho tapi tak disedari sesiapa.

I truly hope Desert Rose and hubby had a good time walaupun ada 'accident' mini sebelum bergerak ke Singapura Jumaat lalu. Hahah. Dah tua nok, itulah jadiknya.

Kami sempat ke Orchard Road, pekena nasi beriani madu kat Masjid Sultan and stop by kat Funan Mall before heading to Sentosa Island. Nope, unlike others, kami agak pemalu untuk bergambar depan nasi beriani madu tu. Mungkin sebab namanya. Mungkin.

Yes, ladies and gentleman, soon Singapore gonna have their own Universal Studio! Dan aku bercadang cadang untuk memulakan khidmat tour guide kepada yang gatal nak pergi Universal Studio. Ini termasuk yang miang jugak.

Disebabkan terlalu banyak temptations di Orchard Road sehingga aku bawak banyak beg shopping yang bukan aku punya, maka our drive to Sentosa Island only begins at about 8pm. Sampai hari ni aku pelik, kenapa tetamu bawak kurang beg shopping dari bini aku? Bukankah ini trip untuk Desert Rose tapi kenapa bini aku bawak balik shopping bags lebih dari dia?

Di sana, satu tragedi berlaku.

Kami melilalu lilau nak cari tempat untuk berhenti dan mengabadikan foto ala ala Latif Ibrahim dan Uji Rashid lantas aku dicadangkan (read: diarahkan ala ala aku drebar) memasuki Fort Siloso.



Kami memasuki kawasan parking Fort Siloso menggunakan Autopass. Ok, let me explain. Untuk semua foreign cars memasuki Singapura, anda perlu mendapatkan Autopass khusus untuk kenderaan anda, not transferable. One card for one car. For more info, here is the link.

While for Singapore's car, they must use Cashcard (something like touch n go) and similarly macam Autopass, this card is widely accepted including carparks, ERP areas.

Ok, masuk dalam kawasan parking tu, tak banyak aktiviti so, we did not get down the car and decided to park somewhere near the Merlion, Imbiah.

We saw few Malaysian registered cars leaving the place. Wait, Wilayah Persekutuan's registered cars!

"Ni apa orang Kolumpo nyemak kat sini ni, patutlah jam kat causeway tadi." Haha, ok that was a joke that I made seeing the Kay yel cars.

And yes, causeway sungguh sungguh jam, 2nd link pun jammed. Banyak sungguh kereta dari KL sarat dengan penumpang. Adakah mereka nak check Universal Studio dah siap belum?

Iklan jap, masa di 2nd link, ada jugak yang belum isi arrival card (white card) maka ada yang while waiting for their turn to arrive at the immigration counter, turun dan approach untuk dapatkan kad. Berduyun duyun turun. Ok kami tak perlu turun tapi kami berempat - Desert Rose, hubby, me and wifey hanya duduk control hidung yang sedikit kembang sebab takyah berebut mintak kad.

Ada seorang budak lelaki yang turun dan menghampiri kaunter di lane kami. Dia teragak agak berjalan ke arah kaunter dan aku cuma nengok jek. Then something popped up. Meh, aku mengacah sikit budak ni. Aktiviti semasa tunggu turn passport dichop.

Aku buat muka masam dan terbeliakkan mata sikit pada budak lelaki tu, terus dia u-turn dan tak jadik pergi ke kaunter kami. Hahaha. jahat tak? Hahaha.


Balik ke Sentosa Island.

When we decided to leave Fort Siloso, all the Wilayah cars were heading out as well. Maka, kami pun ikut turnlah.

"Apa diaorang buat kat sini, takder apa apa pun." aku tanya pada ahli mesyuarat shopping.

"Ehh kenapa kereta tu tak keluar keluar tu," wifey tanya.

Sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura terhenti agak lama di exit parking tu dan dari jauh kami lihat, pemandunya asyik cucuk kadnya ke mesin tapi masih tak boleh keluar.

Ok, sedikit background, semasa kami di Orchard Road, kami parking di Paragon dan parking attendant menasihatkan aku untuk gerak ke depan sikit untuk membolehkan sensor parking detect kenderaan sebelum memasukkan autopass aku. Maka aku dengan bangganya dapat ilmu baru. Ehem ehem.

"Ni mesti kereta dia tak kena sensor ni. Takper, takper, biar aku turun beritahu dia."

Jarak antara kereta aku dan exit gate tu kira-kira 10 meter dan diselangi beberapa kenderaan dari KL tu. Ada tiga semuanya kereta KL.

** sebelum kita teruskan bacaan kita, apa kata kita namakan karektor itu sebagai Zhazali. Kenapa Zhazali, baca dulu ok.

"Eksekues me, eksekues me, you must drive forward a bit. Helo, drive forward a bit. Move, move," aku cakap pada pemandunya - . Dalam kereta itu terdapat pemandunya seorang lelaki berambut afro halus. Ala ala kerinting basah. Ala ala Jatt gitu. Dialah karektor yang kita namakan sebagai Zhazali (bukan nama sebenar).


Ini gambar hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan mana mana karektor sama ada yang masih hidup atau yang sudah tiada. Ia sebagai contoh rambut sahaja ok. Cukup, jangan buat onar kat sini.

Rupanya dia tak dengar, sebab aku pun dengan jujurnya bercakap dengan dia dari arah tempat duduk penumpang yang tingkapnya tertutup rapi, angin pun takleh masuk.

Aku berpusing ke arah pemandu dan sekali lagi aku beritahu. Sebagai hero, kita tak boleh sedikitpun berputus asa. I will never give up on you Clark. Masa tu, kiranya adegan ala ala Spiderman selamatkan Mary Jane. Cuma aku lebih ensem dari Spiderman.

"Ekesekues me, you must... ohh melayu.. abang, abang kena drive depan sikit, sebab mungkin sensor dia tak detect keta abang ni.."

Jujurnya, masa aku explain kat dia tu, aku merasakan aku pegawai penjaga parking yang paling hebat kat Singapore. Sungguh aku control tonasi dan lenggok perkataan yang diluahkan pada brother tu. Kalau aku disuruh mengacarakan rancangan pasal parking kereta, mesti rating naik.

"Errr... cashcard dah abis credit laa dik...." Brother Zhazali tu jawab dengan penuh jujur dan ikhlas. Wajahnya jugak nampak sedikit sugul tapi mungkin dek kegelapan malam di Fort Siloso tu. Tapi sungguh kak Nam kan  jawapan dia selepas hampir 10 minit dia tunggu kat mesin tu.

"What????? Abis, kenapa brader tunggu kat mesin tu lelama, bukannya brader cucuk banyak kali benda tu boleh topup sendiri.. rabaklah brader, rabak, rabak, ra, ra, ra, ra.. rabaaakkk.. sungguh tak gereklah.." ok aku tak cakap kat dia secara zahir tetapi secara halus dalam hati.

"Laaa.. dah abis.. kalau camtu, abang reverse lah, nanti pergi topup kat atas sana."

"Ada tempat topup ehh kat atas tu."

"Adaaaaaa bang."

Yang pastinya aku pun tak tahu ada ke idak tempat nak topup kat atas yang aku maksudkan tu sebab aku bantai jek. Alah, kalau brader Zhazali tu baca, sorrylah brader Zhazali, tapi saya tak cakap atas mana kan?

Semasa aku berjalan balik ke kereta aku, sebuah kenderaan Myvi berada di depan kereta aku dinaiki tiga orang, pemandu seorang lelaki, seorang gadis di bahagian penumpang kiri dan seorang makcik di belakang.

Sepanjang aku berjalan dari arah kereta Zhazali tu, makcik tu tak lekang mengekori lenggok jalan aku. Terpaksa aku control sikit, manalah tahu dia berkenan - untuk anak dialah.

Mungkin, sepanjang Zhazali kaget di mesin exit tu, dialog di dalam kereta makcik Myvi itu antara lain:

"Kenapa Zhazali tu lama sangat kat mesin tu." makcik tu tanya pada pemandu, mungkin menantunya.

"Ntahlah mak, agaknya sistem kat Singapore tu lambat sikit sebab nak proses balik ke ibupejabat, pastu nak sahkan balik kad dia tu, pastu nak confirm lagi, tu yang lambat tu sikit," kata pemandunya tanpa tahu ujung pangkal.

"Ohhh gitu. Susah yek kat Singapore ni. Kesian Zhazali tu," kata makcik.

Apabila aku berjalan melangkah balik ke kereta aku yang berhenti betul betul belakang Myvi tu, mungkin dialog makcik yang sama seperti berikut:

"Salman, itu sedara Zhazali ker? Bila dia datang? Dia baru sampai ker?" tanya makcik tu sambil mata tak lekang tengok aku persis Erra Fazira tengok Yusri dalam filim Kuliah Cinta. Ohh..

Apabila sampai dalam kereta, aku lihat kereta Zhazali mula berundur ke belakang, memberi ruang untuk aku keluar.

Manakala tiga buah kereta plat KL masih menunggu maka kami berempat secara jahatnya membuat kesimpulan, kereta Zhazali tu adalah ketua konvoi. Hahahah.

"Yang aku pelik, dia terpinga pinga kat mesin tu, dah tahu cashcard dia abis, reverse lah dulu kasi orang lain keluar," kata aku pada DR, hubby dia dan wifey aku.

"Haha, mesti dia ketua konvoi semua kereta KL tu. Hahah." kata Desert Rose.

Yang peliknya, semua ahli konvoi tak turun menjenguk nasib Zhazali yang sungguh lama kat mesin tu tapi semua duduk dalam kereta macam takder apa apa berlaku. Dan mungkin dialog makcik tu ada kebenarannya. Hahahah.

Kesian Zhazali. Nasib Zhazrey turun tengok.

Maka, kami secara jahatnya membuat dialog menggambarkan keadaan peserta konvoi semasa menunggu Zhazali terpinga pinga di mesin tu. lols lols.

Yang paling kejam ialah dialog DR:

"Agaknya, dia taknak gerak sebab dahlah dia ketua konvoi, pastu cashcard abis, mesti dia pikir, apalah aku nak cakap kat diaorang ni, apalah aku nak cakap ni.. abislah aku, abislah aku. Dia orang mesti marah rabak ni."

Disambut pulak mulut jahat aku, kalau brader Zhazali tu beritahu kat peserta konvoi yang cashcardnya abis duit, sudah pasti ditempelak anak sedaranya:

"Apalah uncle Zhazali ni, kitaorang happy rabak ni datang singapore, uncle zhazali buat hal pulak. Tulah, pergilah trim rambut tu.. Baru gerek sikit!"

Laki Desert Rose pun tukang tambah cili:

"Agaknya masa kat KL itu hari, dialog uncle Zhazali mesti cakap:"

"Engkauorang datanglah sini, tapi kalau mahu, kena datang awal, takut jam rabak. Sini banyak tempat gerek sehh. Takper, uncle Zhazali ambik cuti lah. Gerreeekkkkkkkkk..."

Akhirnya satu cadangan hadir dari Zheja - Desert Rose disambut gelak dari lakinya Zhazlan dan bini aku Zhanizah dan aku sendiri, Zhazrey:

"Patutnya, bila dia tengok kau datang tu, dia buat buatlah sakit jantung, pitam ker.. Oh.. aku pitam.." mesti cover line punya. Hahahah.. Jahat kau Desert Rose.

Dan nama Zhazali tu timbul disebabkan kami berbincang, apakah nama sesuai untuk karektor itu, dan Zhazali menjadi pilihan sebab orang Singapore suka nama nama authentic. Ok, orang Singapore, jangan marah aku tauuuu..hahah. Tapi Singapore tetap best tau!

Penutup cerita, inilah sebahagian kecil dari gambar yang kami ambikkan untuk mereka dua orang ni. Sungguh klasik kan. 



And truly, this is one of the best outing for me sebab aku kenal Desert Rose ni pun dari blog. Cool kan? And we were like old buddies. Laki dia pun best gila! Haha. Sama sewel dengan aku. Ok, yang tak sewel cuma bini aku jek. Hahah.

Thank you so much Desert Rose for that trip of yours dengan laki kau. Jangan serik tau sebab aku dah buat business proposal - limo service to Singapore. Hahahah..

More to come, another outing in the same week, with Azhar Abdullah from Perlis. Gila sawan tak? Back to back! Hahah. But it was nice! Ni kira blogger's gathering jugak kot.

Dan kepada brader Zhazali, selepas dah keluar dari Fort Siloso tu, aku baru terpikir, apa salahnya aku tolong tunjuk kat mana nak topup kan. Sorry ya brader Zhazali. Ai mintak maaplah, sure brader bengang rabak kat ai kan. lols.



Tuesday, December 15, 2009

HARAMKAN GOOGLE PHONE DI MALAYSIA.

Banyak sangat handphone di market sampaikan kita tak tahu mana satu yang terbaik sesuai dengan gaya hidup kita.

Dulu, Motorola botol air adalah satu gaya kemewahan biarpun saiznya agak besar tetapi cukup untuk kita menelan air liur. It carries style and luxury due to its price tag. Kalau tak silap,  the price circles around RM2,000 to RM2,500.

Sangat mahal.

Ia juga digeruni anjing liar, sebab bila nampak handphone botol air ni, mesti anjing akan lari sambil jual kain - kaingg kaingg kaingg kaingg...


Dan menggunakan talian analog, talian dulu banyak suara ghaib termasuk suara Cina bercakap mengenai keputusan nombor ekor dan bak ku teh. Kadang-kadang kita boleh bercakap balik dengan mereka walaupun kita sedang bercengkerama dengan mata air kita di talian.

"Oii oii, cross line cross line."

"Chau chi bai.. tut tut tut tuttttttttttttttttttt"

Tapi ia juga imej kepada tokeh tailong dan tokeh bapak ayam dan kontraktor kelas F dulu dulu.

Kalau kontraktor yang berjaya sikit, mereka akan gunakan talian Atur 011. Tapi lawak jugak sebab kena bawak satu public phone untuk talian itu. Dah macam nak scan perut orang bersalin besarnya.





Hari ini, ia melalui transformasi teknologi. In short, the developer of handphones are waging war among themselves in gaining popularity among consumers. Note that, popularity does not promise excellence. You might say, Nokia is the best, but with so many grey importers kat Malaysia ni, the possibility of getting a Nokia phone with No-kiah quality is so high. And, yes, I am a sucker for a cheap but branded phone too.

And I ended up with Nokia-Selalu-Hang-Phone and No Sim Card Found. Sungguh celaka kan.

"Aiyoh boss, ini original set liao. Bukan underwater. Tak apa apa, wa kasi lu sikit diskaun lorrr." Itu Cina kat kedai handphone cakap masa nak beli.

"Helo bos, apsal ini handphone selalu hang, selalu kena restart, kekadang restart sendiri, ini dulu itu cerita Supernatural guna ker?"

"Aiyah bos, jangan cakap itu macam mah, lu mau mulah, wa kasi lu underwater set, itu AP set mah, sikit sikit ada ploblem mah," itu kata Cina jual handphone seminggu selepas beli.

And I thought Iphone is great. Not so. Battery runs out empty selepas setengah hari. But it sleek design cukup untuk memberi sedikit stylo mylo. Tapi ehem, kalau takder credit dan hanya untuk bagi miss call pada orang lain, better pakai Iphone cap China ok. And yes, dah ada dah imitation iphone from China. Sebijik, sebutir. Har har har. And mind me, I discreetly place the Iphone in my pocket ok.

Cakap tak boleh lelama sebab cepat panas (read: bukan sebab kena membebel dengan bini) tapi baterry cepat panas. Mungkin ia dicipta untuk main game, browse internet dan guna ipod. I wouldnt know and I dont want to.

Anyway, google is said to be launching its own android phone dan sekarang ni sudah diberikan pada kakitangannya seluruh dunia untuk ditest.

Wohh, that, ladies and gentleman, cannot reach our shores. Kenot. Yes, kenot.

Heard that LG is building the phone for Google. For more of its physical look of this phone, here is a link claimed to be the first to feature the handphone - Engadget.

For now, I must say, this phone SHOULD NOT be allowed to be in our country.

This is due to our Malaysians habit to google:

1. Batang askar.
2. Pondan isap konek.
3. Perempuan cium perempuan.
4. Lesbian
5. Porno Malaysia
6. Melayu bogel

I know, it is a bliss to them to have this handphone while they can use it to masturbate. Excuse me, but isnt that in their lewd mind to have such phone to help them to engage in such an immoral activity. Ok, no more magazines or downloaded jpeg images. It all can be done via google phone. Voila!

I have been collecting such keywords from nuffnang google results for this blog dan sememangnya Malaysian spent more time to google such images altho they have more in their mind. So, toksah bagi phone ni masuk. Tapi kalau masuk, aku nak jadik dealer. Masyukkkk..








Monday, December 14, 2009

Senyum.

Banyak sebab untuk kita senyum.

Antaranya sebab kita nak nampak manis.

Antaranya sebab kita nak meng-usha, ok itu khusus untuk lelaki (read: gatal).

Tapi tak semua yang senyum tu untuk satu tujuan iaitu untuk menggatal. Senyum tu sedekah. Tapi seringkali senyuman kita ni disalahertikan. Apatah lagi kalau kita bukan Edward Cullen Kalen. Ohh aku baru tau Edward takleh kawan dengan Namewee sebab the latter allergic dengan perkataan 'karen'. Dan aku percaya Namewee sudah banned filim Bulan Baru.

Dan tentu kita akan kembang kuncup hidung kalau kita senyum pada aweksss (plural), dan aweks (plural) senyum balik. Pulak tu, hot macam Hanis atau Lisa Surahani. Mulalah kita rasa kita ni lebih ensem dari semua orang tepi kita, padahal aweks (plural) tu semua senyum sebab sedekah, maknanya kau tu mintak sedekah. Shedihnya.

Masa aweks (plural) senyum balik, terasa seperti tak sia sia kita shave pepagi guna shaver pakai buang tu kan.

Ok intro panjang sangat.

Sebenarnya aku nak cerita pasal service kerajaan (lagi).

Dalam seminggu dua ni, cop pada passport aku semakin ramai. Banyak. Berlemon. Aku ke Singapura berulangkali sampaikan aku dah boleh pejam mata dalam kereta. Sebab aku duduk di bahagian penumpang. Sebab tulah. Kena pulak dengan aircon, baru sental nasi lemak dua bungkus dengan milo ais. Dan hari walaupun Selasa, tadi pagi masih lagi malas nak pergi kerja, baca pulak blog ni cerita pasal ngantuk, tu haa menguap pulak. Best kan bantal pagi tadi. Lagi dah nak dekat waktu gi kerja, lagilah bantal yang berbulan tak cuci cover tu semakin enak dan so comfortable.Ohh bantal.

Mesti rindu kat bunyi kipas kat rumah tu kan. Semalam pun dah sungguh malas nak kerja. Memang selalu badan tetiba sakit sakit. Kepala tetiba pening. Perut tetiba memulas. Mata tetiba berair. Jangan nak tipu, mata kau berair sebab asyik menguap jek kan. Tak cukup cukup membuta kau ni kan.

Tapi kalau campak sarung bantal tu kat laut, sure laut baling balik kat kita sebab tak rela dengan bau pelbagai tu. Belum cerita awan larat lagi kat bantal tu. Takper, balik karang tukar eh.

Back to the story of smiling.

There is an apparent difference between our service and Singapore's service. 


Makcik: "Ohh ni CIQ baru ni.. besarnya, cantiknya. Tapi kenapa macam malap jek?"

Aku: Memang cantik. Malap sebab nak tunjukkan betapa malapnya cara khidmat pelanggan mereka yang bekerja di sini.

Makcik: Ya ker malap cara diaorang bekerja? Har har har har.

Tiba di kaunter imigresen, langsung takder senyum. Sepanjang aku keluar masuk, sama jek kakitangan Imigresen ni semua. Mungkin mereka kecewa sebab terpaksa kerja di kaunter itu. Atau mereka kecewa tak dapat cuti untuk pergi rumah orang kahwin.

Apapun alasan mereka, memang aku tahu, kalau aku lalu di kaunter Imigresen di sempadan selatan Malaysia ni, kalau nak tengok diaorang senyum bagaikan nak mintak tanah sekangkang kera.

Kalau boleh diterjemahkan kepada ayat airmuka diaorang tu:

Disclaimer: Ini ala ala drama Melayu yang kita boleh dengar diaorang berbisik pada diri sendiri. Best kan drama Melayu. Bisik dalam hati orang boleh dengar tau. Esok kalau korang nak dengar orang berbisik dalam hati, pakai camera video. Mesti boleh. Betul, tak tipu.


Pegawai Imigresen Wanita (biasanya muda): Menyampah tul tak dapat cuti. Baru nak jumpa mata air. Orang lain dapat cuti gi Singapore lagi. Si jawa ni asyik pergi Singapore jek. Buat mengabis duit jek. Ehh abang ni comel jugak. (Ok ayat yang last tu seharusnya satu penipuan lah kan. Haha.)

Scan, scan, scan.

Sambil serah passport - "Nah, ambik pasport korang tu, pergi pergi, aku taknak tengok muka korang lagi kat sini. Sukalah korang. Pergilah cak kun cak kat Singapore tu. Pergilah abiskan duit. pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Itu dia versi ala ala drama Melayu bisik dalam hati. Dan ya, aku tak tahu kenapa sampai hari ni drama Melayu kalau bisik dalam hati semua orang boleh dengar. Aku rasa mesti peralatan audio itu sudah dikemenyankan mengikut cerita Bercakap Dengan Jin.

Bila tiba di CIQ Singapura, alangkah tenangnya jiwa aku disebalik kekacauan dek muka masam pegawai Imigresen. Err.. memandangkan hampir kesemua kakitangan Imigresen Malaysia di tambak macam tu, adakah mereka semua tergolong dalam orang jiwa kacau? Di sebelah Singapura, cara layanan mereka baik menyambut kedatangan kami. Bukannya kena bayar pun kalau nak senyum.

Makcik: Ehh kenapa diaorang boleh senyum yek? Kan mesra kalau macam ni. Barulah tenang jiwa.

Kalau ada orang Imigresen baca, jangan marah tau. Kalau marah, kita nanak kawan dengan awak. Lagi satu, kalau kita bagi salam bila nak serah passport tu, jawablah kuat sikit tau. Itukan doa kesejahteraan kepada awak. Tak ingat ker kecik kecik dulu, kita selalu cakap: assalamualaikum, tak jawab dosaaaaaa..

Dan secara seriusnya pulak, mungkin ia boleh menjawab komen Perdana Menteri - yang beliau berpuashati dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

NKRA diukur melalui kepuasan rakyat menggunakan perkhidmatan kerajaan. Asas apa yang diterjemahkan hingga beliau berpuashati? Adakah dari laporan pegawai tinggi setiap jabatan semata mata? Atau terdapat point system / merit system / KPI yang dilakukan secara confrontal mahupun spot checks?

Aku rasa kalau guna system spot checks banyak department yang tersungkur. Of course Najib can't be doing all the spot checks sebab confirm memang semua indah, akan dipersiapkan dengan bunga manggar dan kompang. It has to be someone else, not known. Take pictures and report back. That will be a good KPI, guna auditing system. Audit their performance.

Kalau sekarang ada auditing on kewangan, the government should start on performance auditing, lebih terperinci untuk tentukan Key Performance Index capai atau tidak.

Aku banyak berurusan dengan perkhidmatan awam dan menerima complaint dari public due to the nature of my job dan sorry to say, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kalau first impression dah gagal, inikan pula cara khidmat mereka?

I just saw on AXN, a New York citizen became a video vigilante, pi tangkap orang buat salah terutama kakitangan kerajaan. This fella named himself Jimmy Justice, dan ia bermula pada 2005, bila dia bengang ternampak satu kenderaan polis trafik buat pusingan U haram. To him, law enforcement officers should be enforcing the law, not breaking it. Betul jugak kan. Tapi one thing for sure, this Jimmy tak buat lagu rap pi maki hamun dan letak dalam youtube. lols lols.

Dan kita pun tak perlu agresif kalau nak record or taking pictures bagaimana khidmat diberikan pada kita. Snap it, and report it. Tapi pada siapa kita nak hantar? Ketua Setiausaha Negara? That will be a good start kan.




Friday, December 11, 2009

Hepi Birthday Mak Gegula.

Its 11th Dec again, and time to crack my head apa nak bagi hadiah birthday to my dearest mak gegula.


Of course aku akan ignore atau buat buat terdelete komen yang cadangkan tiffany sebab aku tak mahu terlibat sama dalam pengaliran wang ke luar.

Ia juga disebabkan kegusaran aku dek banyak kes ragut so faktor itu cukup kuat untuk aku tak belikan tiffany. Kalau zhullian ok jek kot? Owang bukan tau pun. Hahah.

I'm gonna bring her to singapore again today dan harap harap banyak kedai tutup kecuali kedai souvenir. Lols lols.

Hepi birthday mak gegula!

P/s: lisa surahani, jangan ambik hati tau. Hahah. Ok tak, dia tak kenal aku pun.

Thursday, December 10, 2009

AKU TERPAKSA MENDEDAHKAN..

Aku perlu hentikan semua onar.

Selama ni, aku tak pernah reveal identiti sebenar aku kepada orang ramai. Hari ni, aku terpaksa lakukan demi menjamin kesejahteraan kehidupan semua.

Aku harap, tiada lagi mana-mana pihak yang cuba lagi membuat komen betapa rupa aku sedikit serupa dengan penyanyi aka komposer terkenal, yang juga rakan baik aku masa di sekolah dulu. Walaupun kami bersekolah shesama, tetapi sekarang dah banyak tahun kami tidak berhubung.

Dipendekkan cerita, inilah gambar sebenar aku yang selama ni dalam simpanan dan tak pernah didedahkan kepada sesiapa. Aku sedikit sedih kerana terpaksa membuat pengakuan ini.

Aku juga berharap, rahsia ini akan tersimpan rapi, disemat kemas kemas supaya orang lain tak tahu.

Inilah dia:



Foto ini cukup jelas menggambarkan betapa aku, aku, aku.. sedih terhadap komen korang. Lihatlah wajah aku tertunduk sedikit, pilu, pasrah, sedih, terhiris hati. Sedih tau aiiii.

Ohh, harap tiada mana mana pihak akan mengaku gambar aku berbaju hitam ini sebagai mereka kerana aku sudah muak dengan dakwaan dakwaan tidak berasas mereka tu.

Dan aku sanggup mengambil risiko ini dan kini terpaksa bersedia untuk pulang ke kampung asal aku walaupun aku sudah selesa tinggal di Malayshia ini, sebab ada Namewee yang pandai buat rap selepas karen takder. Mungkin lepas ni, aku sangat berharap Syarikat Air Johor (SAJ) akan turut mengalami gangguan bekalan air ke rumahnya supaya ada lagu rap baru. Errr.. tapi dia mandi ker? Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin rakannya jual one drop perfume. Ada stok lebih, hulurlah. Apapun, harapnya ujung tahun ni dia buat gimik lagi.

Dan aku jugak bertanya, adakah Namewee akan turut rap kalau gas rumahnya abis dan tokeh gas decided not to deliver, macam aku selalu kena.

Ohh, entry di blog ni aku gunakan google translator ok. Jangan nak tuduh aku bukan bukan. Cukuplah derita ni semua. Kalau degil jugak, kita putus hari ni. Ai tak rela diperlakukan begini.

Wednesday, December 9, 2009

AKU COOL.


Aku terasa cool. Cool tak? Di belakang kami adalah sebuah fridge. Maka kami terasa sangat cool.

From left: Hazrey, Mazidul, Ajib and Ezreen.

NOTE: Saper cakap lagi aku ajai, aku ketuk kepala korang. Sheksa aku dengar shtatement shtatement macam tu.

FLESH TRADE.

Sebelum aku mula, this entry gonna be a bit explicit. Maka, bacalah secara bertanggungjawab ya. And this gonna be a serious entry. 

Dalam tempoh seminggu, aku menyertai tiga serbuan terhadap aktiviti pelacuran (vice) di sekitar Johor Bahru.

Berselindung sebagai pelayan, wanita warga asing menghampiri prospek mereka dengan pakaian seksi dan tubuh menggiurka, lantas apabila pelanggan lelaki sudah berjaya digoda, mereka akan memulakan sesi tawar menawar terhadap harga.


3hb Disember lalu, sebuah premis di Taman Sentosa diserbu. Bersebelahan dengan premis itu adalah sebuah hotel bajet yang turut dijadikan port untuk melampiaskan nafsu dan disewa mengikut jam. Biasanya tak sampai sejam pun dah selesai. Itulah pengakuan dari pekerja hotel berkenaan.

Serbuan dilakukan pegawai dan anggota D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS).

Check punya check, polis menemui sebuah bilik di hotel bajet itu yang dihuni satu pasangan berlainan bangsa dan masih lagi dalam keadaan berbogel di atas katil.

Keadaan mereka sungguh comprimising.

And the female adalah rakyat negara China atau People Republic Of China (PRC).

Soal siasat awal, lelaki itu dikatakan mengaku mendapatkan khidmat pelacuran wanita itu dengan bayaran RM170 dan wanita itu turut bekerja sebagai pelayan di premis hiburan bersebelahan dengan hotel bajet itu.

Dan sesungguhnya lelaki itu pasti pening kepala sebab khabarnya tak sempat nak start pun. Patutlah muka dia paiseh terlebih.

Serbuan kedua adalah keesokannya oleh Jabatan Imigresen Johor di Beer Garden di Kompleks Bebas Cukai Zon di Stulang Laut.

Aku pelik bagaimana premis itu boleh mendedikasikan satu premis awam tertutup dijadikan beer garden sehingga wanita warga asing termasuk PRC, Indonesia tempat menawarkan khidmat persundalan kepada pelanggan di situ.

Note, kompleks itu adalah projek penswastaan kerajaan Johor melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Di kompleks ini, minuman beralkohol dan tobaccos are being sold sangat murah berbanding harga di luar. Maka, sekaligus ia menjadikan tempat 'beriadah' untuk mabuk yang paling murah untuk segala manusia. Berbanding Langkawi, aksesnya lebih mudah kerana ia terletak kurang 10km dari pusat bandaraya Johor Bahru. Anggota Jabatan Kastam dan Eksais turut ditempatkan di jalan keluar kompleks ini bagi mengenakan cukai terhadap pembelian alcoholic beverages dan tobaccos namun persoalannya, adakah ia tepat pada objektifnya?

Kalau dulu, mungkin ia diwujudkan untuk kemudahan pelancong, tetapi aku tengok pada serbuan tu, pelanggan di Beer Garden itu adalah warga tempatan, dan ia sekaligus menampakkan bahawasanya ia menggalakkan orang untuk mabuk. And mostly, are drivers too. Pernah van TV3, diganggu seorang penunggang motosikal yang sama sama keluar dari kompleks ni dan memarahi pemandu sebab depa tak boleh potong padahal motosikalnya terhegeh hegeh dan konpem mabuk sebab bila bukak cermin tingkap, bau arak boleh sampai Perlis.

Pada serbuan tu, berlaku sikit kekecohan dan aku sendiri tak mahu duduk lelama dalam beer garden, penuh dengan asap rokok, bau arak. Ini neraka kat atas bumi kot. Beberapa anggota Jabatan Imigresen turut dibaling botol namun aku tabik mereka sebab mereka tak bertindak balas, tetapi berjaya mengawal keadaan.

Seorang warga Indonesia turut berdegil tak mahu dibawa ke van Jabatan Imigresen walaupun tangan sudah digari. Ok, mereka tengok banyak sinetron.

Memang kecoh. Apatah lagi melibatkan orang yang sedang mabuk. Lagi susah. Tapi operasi itu berjaya.

Yang paling klasik tentang serbuan di Beer Garden ni ialah, wanita yang ditangkap semua dah boleh masuk kategori putus darah. Tapi sexy diaorang melebih ahmoi jual rokok. Eh dah lama tak nampak ahmoi jual rokok kan. Mungkin sekarang ahmoi banyak kena tolong bapak diaorang jual tilam. Tilam lama, tukar tilam balu.. tilam tilam. Kesian ahmoi. Ehh lori jual tilam tu tak penah ada promotion kan. Tilam ziana zain pun takder. Semua tilam bangla yang depa jual. Errr.. lain kali korang buatlah lawak kat depa, tanya ada jual bantal peluk ker, bantal kekabu ker. Mesti ahmoi manyak suka sama lu.

Malam tadi, satu lagi serbuan dilakukan di Taman Sentosa. Premis ini sudah dua kali diserbu tetapi berjaya mengelak dari dikenakan tindakan. Berselindung di sebalik khidmat urut moden, lengkap dengan lesen dari Jabatan Kesihatan dan pendaftaran syarikat serta lesen MBJB, ia didapati turut menyediakan khidmat warga asing dari China dan dipercayai menawarkan khidmat persundalan kepada pelanggan.

Modus operandi mereka mudah. Sebuah premis tingkat atas disewa berhampiran dengan kedai itu dan apabila ada pelanggan yang mengkehendaki khidmat persundalan, maka wanita terbabit akan dipanggil.

Kali ini berhasil, apabila wanita PRC berjaya ditahan bersama tokehnya sekali. Kesemua wanita yang ditahan menggunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini.

Yang bestnya, ketika serbuan dilakukan dua "penjaga air" (yang cover line) berada di luar premis tak sempat untuk berbuat apa apa sebab anggota polis melakukan aksi candid camera terhadap mereka. Ala ala macam kita kecik kecik dulu, main cak cak. Tapi kali ni, cak cak yang anggota polis lakukan tak membuatkan penjaga air ni ketawa, tetapi dibalas dengan wajah yang amat tawar, lebih tawar dan pahit dari air teh campur susu C kat OldMarket Cafe kat sentosa semasa menunggu 'target' masuk.

Dan ohh, mungkin wajah mereka tawar hebeh sebab pegawai dan anggota polis yang membuat serbuan tu lupa nak sebut perkataan cak!

Memang diketahui pelacuran adalah 'profesion' tertua di dunia. Ia juga lucrative buat bapak ayam. (read: bukan bapak gula gula ok, jangan nak memandai pulak nuduh aku. Aku tanam beras ok, tak suka pada ternakan).

Bagi tempoh Jan hingga Oktober tahun ni, 2,682 serbuan dilakukan terhadap hotel, SPA, health centre, rumah urut, rumah persendirian.

Polis Johor mengambil tindakan terhadap 1,048 perempuan warga asing dengan jumlah 354 PRC (people republic of china) di bawah peraturan 39(B) Peraturan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan dirujuk kepada Imigresen untuk tujuan pengusiran.


Hakikatnya selagi ada demand, pasti ada supply.

Pernah dulu, sebuah premis dikenali sebagai Sakura di Taman Sentosa yang sudah berpuluh kali diserbu, dikesan memiliki lebih 20 pintu rahsia termasuk sebuah pintu yang dibina di dinding cubicle tandas. Semua pintu yang langsung tak dijangka kewujudannya, ditemui dan hasilnya, lebih 25 wanita warga asing yang tidak memerlukan Fair & Lovely diberkas.

Premis itu sudahpun ditutup.

Insya'allah, cerita penuh dalam sebuah program jenayah Khamis ini jam 9 malam. Nak kena beritau ke program apa? Takyah kot. Mehlah kita main teka teka. Sapa teka program Misteri Nusantara dapat hadiah - tukul untuk ketuk kepala sendiri.

Dan kesemua tiga serbuan tu sempat aku menyelit di sebalik rela dalam paksa aku, ok tipu, aku rela dan pashrah..membuat liputan orang kahwin, deko deko. Pedih ulu hati tengok orang kahwin. Hahaha. Ok, aku sempat bergambar atas pelamin tapi bukan dengan mak, ehh pak, ehh mak andam. Ehh konpius. Mana satu? Haha, depa pun konpius identiti. Hahah.

Errr.. kenapa orang kawin kena bagi souvenir kat orang datang? Bukan depa datang ikhlas ker? lols lols.

Ok, cerita dah abis. Assalamualaikum, tak jawab dosaaaaaaa.

p/s: ohh sory tarak gambar. Aku semakin malas.Syuh syuh..


DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.