1. "Bai, kalau takde rokok, ilham tak datang". (read: senario ketika itu ialah di kedai membuat roti buku).
2. "Tak bolehlah bro, kalau lepas makan, pedas pedas, mesti nak kena sebatang". (read: setengah kotak).
3. "Kena jugak merokok sebab tak tahan bau dalam tandas tu". Well, yang ni alasan yang paling munasabah sebab ia sesungguhnya amat ketara berikutan tandas awam di Malaysia ni memang best. Kalau sedut lebih sikit, boleh ilang deria penglihatan. Lagi pulak ada bahalul yang lupa nak flush, bersepah atas simen. Pastu yang kecik kecik bersepah pulak tu. Sungguh babi kan kalau kena kat kita. Ok, kalau korang tak lunch lagi, aku mintak maaflah, tapi betul kan? Mesti kita menyumpah kat orang sebelum tu, walaupun kita tak kenal tapi kita sumpah secara general termasuk biar lepas ni dia tak boleh berak tiga bulan.
Ok lari dari tajuk. Tapi betullah pasal jamban awam kat Malaysia. Orang Malaysia betul betul mempraktikkan maksud awam. Dan ia juga boleh digunakan sebagai kiasan kepada manusia. Got it? Tak paham tak apa.
Kerajaan nak wujudkan harga minimum rokok. Harga paling minimum ialah RM6.20
Tapi kan, kalau jual serendah macam mana sekalipun, ketagihan bebudak sekolah sekarang akan mengatasi harga. Percayalah. Dulu pun antara sebab menaikkan rega rokok sebab taknak bebudak sekolah beli.
Pastu, buat satu peraturan - poster besar besar, rokok dijual kepada 18 tahun ke atas sahaja. Ada orang ikut ker?
Mamak restoran peduli apa. Meka datang dari India. Kalau takder sale, apa nak cakap kat sivaji?
Pi jual rokok bukak. Sebatang 50 sen. Nanti jadik singgit. Pun pelajar beli jugak.
Pada akulah, juallah berjuta ringgit sekalipun, kalau perlaksanaan penguatkuasaan masih lemah, ia akan menjadi satu lagi hangat tahi ayam.
Setakat ni, contohnya - selama aku berada di kawasan office aku ni, takder lagi penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan terhadap penjualan rokok kepada pelajar. Rileks jek aku tengok bebudak tu beli.
Yang pastinya, penguatkuasaan tidak menggunakan common sense.
Pergilah check kedai dekat dengan sekolah. Ko pergi check beribu batu dari sekolah buat apa. Kalau penguatkuasaan tegas, dan buat sekadar lepas batuk di tangga (read: selepas keluar kat paper), baik tutup jek unit penguatkuasaan.
Transfer kan meka kat penguatkuasaan tu jadik atendan terutama ketuanya, tukar lampin pesakit selepas berak. Nanti depa jerit - misiiiiiiiiii mau belak....
Aku rasa atendan buat kerja pun lebih baik dan menggunakan akal. Dan pengarah negeri pun sama, janganlah duduk mengalahkan tokeh Genting. Busy mengalahkan Ananda Krishnan.
Di Singapura, mengikut Akta Merokok, mereka yang pertama kali didapati bersalah menjual produk tembakau kepada belia bawah umur boleh didenda sehingga S$5,000.
Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda maksimum ialah S$10,000 selain lesen boleh digantung.
Di Singapura, penjualan produk berasaskan tembakau memerlukan lesen dari Unit Pengawalan Tembakau.
Adakah kita memerlukan lesen sedemikian? Maka akan bertempiklah manusia manusia di semua di Malaysia ni. Mulalah kedengaran akan betapa hak asasi mereka dicerobohi, dirampas.
Aku rasa melalui pengeluaran lesen penjualan produk tembakau ni, ia sekurang kurangnya dapat mengawal penjualan rokok kepada pelajar.
Tapi..
Ia akan berbalik kepada penguatkuasaan. Kalau penguatkuasaan lembik macam pondan, tak guna jugak. Buat membazir duit rakyat ambik petugas tetapi akhirnya hangat hangat tahi ayam.
Samalah jugak dengan denda buang sampah. Sebab tu kat Malaysia ni jarang dengar orang kena saman buang sampah. Kat JB ni sendiri sampah bersepah.
Akhirnya, ia akan jadik sampah jugak perlaksanaannya sebab anggota penguatkuasaan rupa rupanya tak cukup. Biasanya lepas ada penggubalan undang undang baru, pastu orang komplen kenapa penguatkuasaan lembap, jawapan mudah para bijak pandai ahli politik ialah:
"Ohh kami kekurangan kakitangan untuk melakukan penguatkuasaan. Tapi kami merancang untuk membuat pengambilan segera bagi menambah anggota penguatkuasa."
** Masa nilah, kekawan sekelian, sedara mara kat jabatan kerajaan akan sibuk telefon anak sedara, anak jiran, anak biras, anak sedara kepada tok jiran dia, untuk mintak kerja dan direkomenkan.
Macam cibai kan alasan camtu. Kenapa masa nak gubal undang undang tu tak pikir berapa kekuatan penguatkuasaan, dan beban kerja mereka? Abis yang asyik keluar pagi petang siang malam duduk kat kantin opis tu kenapa tak disuruh buat penguatkuasaan? Adeh, tak boleh jugak, sebab nanti depa pi warung kopi, lagi happening kan.
Banyak susahkan. Haha, akhirnya, memang penguatkuasaan kat Malaysia ni hampeh. Kah kah kah kah.
Akhirnya nanti, rakaman video di bawah opis aku ni akan terus berlarutan dan diwarisi turun temurun.































