Monday, August 31, 2009

Saturday, August 29, 2009

MAAF, AKU TIDAK BERPUASA...

Aku nak mintak maaf, semalam aku tidak berpuasa.

Tetapi aku langsung tidak merasa kesal.

Langsung tidak. Sungguh tidak.

Sungguh sungguh semalam aku makan. Mengunyah.

Dan aku lakukan itu ketika waktu berbuka semalam.

Dan sekali lagi, aku berbuka bersama anak anak yatim.

Sorrylah, aku tak ada apa nak buat selain memikirkan bila kerajaan nak tutup Poslaju. Tutupkan jek, buang semua pekerjanya terutama yang hantar parcel. Serious ni, tutupkan jek Poslaju tu.

Betul, tapaukan Poslaju. Mana ada lajunya diaorang tu. Kerja pun asal cukupkan syarat jek. Itupun kekadang tak cukup syarat.

Di KL tempohari, ada orang Poslaju bawak lorinya untuk transport mercun. Kantol. Kantol bongoklah tu. Tak pandai cover line. Tulah, buat kerja tak ikhlas.


Friday, August 28, 2009

ANAK YATIM MEWAH PADA RAMADAN INI.

Setiap kali Ramadan, pasti jemputan tiba di pejabat bagi meraikan anak yatim, ibu tunggal dan warga tua.

Aku tak suka pergi ke majlis seperti ini, apatah lagi jika anak-anak kecil yang sudah kehilangan tempat mengadu, diraikan sebagai tetamu khas kerana nanti aku sedih melihat anak anak kecil ini.

Sedih sebab pada ketika kita semua masih ada ibu untuk mengadu, pada ketika kita masih ada ayah untuk mencebikkan bibir kita, mereka yang masih terlalu muda tidak mendapat semua nikmat itu.

Ramadan baru sahaja seminggu berlalu, sudah beberapa majlis yang aku hadiri beramal dengan anak yatim, ibu tunggal dan warga emas, malah fakir miskin turut menerima perhatian.

Syukurlah, jika pihak korporat menjadikan ia acara tahunan. 

Pelbagai bungkusan diberikan. Hamper, duit raya dan banyak lagi.

Menurut Ustaz Zaharuddin yang menulis untuk sebuah majalah aku kendalikan:

"Sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :- 


كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة 

Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari).

Memanglah seeloknya ia diberikan pada Ramadan ini. Berlipat ganda pahala kita. Tetapi pastikan ia penuh dengan niat keinsafan dan rasa tanggungjawab kita. 

Tetapi malam tadi ketika majlis penyampaian hamper dan duit raya disempurnakan, aku terfikir sejenak.

Barangan yang diberikan adalah makanan. Pasti ada tarikh luput.

Duit raya yang diberikan, disampaikan ke tangan si anak-anak yatim ini.

Jemputan yang aku terima pada Ramadan hampir setiap hari, kecuali pada malam Raya. Mewah anak yatim. Baguslah. Sekurang-kurangnya janganlah dipinggirkan mereka ini.

Mereka ini sudah hilang kasih sayang dari ibubapa mereka. Nikmat Ramadan yang kita semua perolehi tiada dalam kamus hidup mereka. Hanya penjaga yang menjadi ibu di institusi yang mereka diami.

”Oleh sebab itu ,maka anak yatim janganlah kamu hinakan.”(al-Dhuha 9)” Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?Iaitu orang yang menengking anak yatim.”(al-Ma’un 1-2).

Harap harap apa yang diterjemahkan melalui majlis majlis seumpama itu bukan sekadar gimik atau PR event semata mata sebab dek kerana semua orang lain anjurkan, maka kita pun nak anjurkan. Kita taknak ketinggalan.

Janganlah kita jadikan anak anak yatim ini untuk publisiti diri kita. 

Dan aku tertanya. 

Aku berbual dengan penyanyi Fazli Zainal semalam dalam satu majlis. Kami duduk semeja. Selepas solat maghrib, bermulalah majlis itu.

Credit: http://duniawanja.fotopages.com/

Aku menimbulkan satu persoalan. 

"Kenapa tak ada syarikat korporat yang memberikan sijil simpanan premium pada anak anak yatim ini? Kenapa tak ada syarikat korporat yang berikan buku simpanan di bank?" Kan lebih afdal jika dilakukan sedemikian rupa. Ia lebih bersifat jangka panjang. Ia lebih menjamin dari memberikan mereka pada Ramadan semata mata. Dan pastinya selepas Ramadan ini, tak ada faksimili ke pejabat aku "Jemputan Meraikan Anak Yatim" kelihatan lagi.

Fazli bersetuju. Malah kata Fazli, ia sepatutnya menjadi satu acara bulanan dan bukan dalam bulan Ramadan semata mata. Betul tu Fazli.

Kami terus berbual mengenai isu ini. Perbincangan kami turut disertai Roslan Shah yang duduk di sebelah aku.

Pastinya anak-anak yatim ini sudahpun mempunyai simpanan di bank, apa kata, lepas ini, selain hamper atau barangan untuk mereka beraya, kita berikan mereka bank-in slip, yang kita dah topup kan simpanan mereka. 

Dan kalaulah dapat, jadikan ia acara bulanan, atau quarterly. Tiga bulan sekali, masukkan sedikit keuntungan kita pada anak anak yatim ini. Mudah mudahan mendapat keberkatan sumbangan kita itu.

Yang pastinya, Ramadan inilah rupanya anak-anak yatim ini dapat merasa duduk berbuka di hotel lima bintang, menjadi perhatian kepada banyak pihak. Jarang aku dengar pada waktu waktu lain. Adakah tidak layak mereka mendapat perhatian seperti ini pada waktu / bulan bulan lain?

Sedih tak? 

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG.

Eversince I started blogging, I have never write any issues related to politics. Regardless foreign or local political scene.

Tak pernah dan tak berminat langsung. Temberang banyak sangat. Hari ni depa kutuk, esok comolot. 

Today, a set of questionnaires were sent to me by a fren of Azhar Shafie to share with her about my blogging experience. Dan mengenangkan Azhar adalah seorang kawan aku, maka aku bersetuju. Kawan Azhar adalah kawan aku jugak. (read: terutama yang hot).

They are just too many blogs yang menulis mengenai politik. Jenuh kalau nak dikira. Macam nak kira berapa banyak kentang kecik dalam karipap tiga seringgit yang dibeli di bazar Ramadan. Zillions.

Yang bangkang, yang nyokong semua ada. Yang terkangkang pun ada. Yang jatuh dari bangunan pun ada, yang ada hidden camera sambil tengok laptop pun ada. Semua ada.

Maka, I don't intend to add another political blog sebab aku naive pasal politik dan kasih sayang aku pada orang politik, amatlah kurang.

Tapi aku bercerita mengenai apa yang aku nak cerita. Termasuklah aku nak cerita pasal apa yang aku mimpi malam tadi - mimpi dipatuk ular. 

Dan aku biasanya bercerita panjang lebar sebab aku suka bercerita, walaupun orang tak suka aku bercerita tapi sebenarnya diaorang syok dan ada crush kat aku. Ok, aku bukan Dan Humphrey. Lupalah. Kurang mineral tu.

Panjang soalannya, macam kena soal siasat tentang dokumen dalam laptop. 

Bagaimanapun, tiada soalan sama ada hati ini sudah dimiliki atau sebaliknya. Ok ayang, I gurau gurau ajer lorr. Hati I ni untuk you ajek. Tak tipu. Tipu dosa tauuuu.

Aku diminta memberikan consent (read: redha dalam paksa) untuk blog ini dimonitor. Maka, sebelum aku berikan consent itu, aku ingin meminta consent dari korang jugak, sebab apa jua komen dari korang, turut dikaji sedalam-dalamnya dan seadil-adilnya.

Jangan risau, identiti anda semua dirahsiakan tidak seperti bank dan penyedia khidmat mobile phone di Malaysia ini, di mana sering kita dapat panggilan seperti:

"Terima kasih kerana menggunakan kad kredit xxxx. Kami ingin menawarkan satu pakej, pelan yada yada, yada yoda..". Bila tanya mana dapat nombor, depa jawab, nombor encik disenaraikan oleh penyedia khidmat. Pastu tanya lagi, betul ker? Terus depa jawab, ini yang diberikan syarikat saya. Bila aku tanya lagi, berikan nama tokeh untuk aku tanyakan, terus bunyi toot toot toot.

Maka, sila berdiri jika anda bersetuju untuk bersama-sama menunaikan kewajipan kita membantu seorang rakan yang sedang menimba ilmu di seberang. Kajian adalah untuk tujuan education, bukan untuk ISA atau salleh atau ahmad atau kassim. 

p/s: They are watching us. Please Behave.

Wednesday, August 26, 2009

TEKSI.

Pejam celik, pejam celik, dah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, kita dianugerahkan badan yang sihat untuk berpuasa. 

Puasa dari segala perkara termasuk bagi aku, menahan diri dari pujukan kotak berwarna merah lengkap dengan gambar mengerikan yang biasanya kami jarang tengok. 

Ini sambungan cerita mengenai teksi.

Terima kasih pada Desert Rose, Natasha, im stanum, Obefiend, Naz, Eddie, Zara, mizzyN, ezzati, azhan, cinta dan faryn for your response.

Berapa banyak teksi di negara ini? Banyak? Terlalu banyak? 

Terlalu banyak. Amat amat banyak.

Siapakah pemilik teksi ini semua? Individu, syarikat?

Siapakah pula pemandu teksi ini semua? 

Ada satu sahaja versi kalau ditanya pengguna teksi mengenai pengalaman mereka. 

Biasanya tak best. 

Persoalan mengenai meter teksi terus diperkatakan. Dulu naik RM2.00. Sekarang dah RM3.00.

Tetapi adakah itu akan menyelesaikan masalah mengenakan caj berlebihan terhadap penumpang terutama pelancong dan pura pura jadik pelancong lepas tu duduk kat Malaysia tak reti nak balik sampai beranak pinak, dan kena tangkap?

Bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) minggu lalu, kami menyamar sebagai penumpang untuk merakamkan tindakan pemandu teksi yang mengenakan caj melebihi apa yang sepatutnya.

Meter memang ada. Malah digunakan sebaik kami menaiki teksi. 

Teksi pertama, baik pakcik tu. Ada dua kemungkinan. Mungkin dia tahu penyamaran kami. Kedua, memang pakcik tu jujur orangnya. Apa ke idaknya, caj terpapar pada meter ialah RM7.40 tetapi dia siap beri diskaun 40 sen. 

Aku ambik yang kedua, dia jujur. Dan dia tahu perolehannya adalah untuk disuapkan dalam mulut nanti dan dia mahukan yang halal. Harap pakcik ini dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusannya, dan diberkati segala perbuatan baiknya tu.

Aku rasa memang best lakonan aku sebagai pelancong tempatan bersama seorang pegawai JPJ. Kami baru sampai dari sebuah negeri. Datang ke Johor Bahru nak jalan jalan. 

Teksi kedua. Sebaik kami beritahu destinasi, terus harga ditetapkan. Selepas bersetuju, terus ditekannya meter. Eh eh? 

Itu aku kategorikan penipuan paling klasik, siap dengan bukti depan mata. Tak perlu rasa malu menipu. Ada jugak ikut pengalaman aku, ada pemandu teksi yang menutup dengan kain meter mereka, mungkin sebab masih ada sifat malu. Tetapi yang ini, tak tahu malu. 

Ikut paparan pada meter sebaik tiba di destinasi, caj hanyalah RM8 tetapi disebabkan dah setuju, kami diarah bayar RM17. Double dosa tipu dia sama dengan double caj dia. 

Sepanjang perjalanan, habis kami digoreng guna Planta. Siap perencah sekali. Tumis api jangan kuat, takut hangus. 

Melalui pantai Lido, kami ditunjukkan bangunan Mahkamah Syariah Johor - di mana di sebelahnya adalah Masjid Sultan Abu Bakar yang turut menjadi saksi kepada konflik Mawi - Hazrey. Haha. Tapi kami dah berdamai. Dia baik. Orang Johor memang baik, molek molek orangnya.

"Bang, cantik masjid ni, apa nama masjid ni," tanya aku yang duduk di belakang, sambil kamera kecilku terus merakamkan detik sungguh tragis itu. 

"Ohh nama masjid ni Masjid Sultan Ibrahim," katanya yakin. 

Ok, kalau aku omputih dari Norway atau with contrast skin color dari Somalia, mungkin aku mudah percaya. Nasib aku tak tanya dia berapa jemaah boleh solat di masjid tu. Harusnya aku digoreng sampai hangus.

Tiba di destinasi ketiga, ambik satu lagi teksi. Yang ni tengah elok duduk main pakau. Di perhentian teksi. Harga lebih kurang. Kami nak ke destinasi seterusnya sejauh kira-kira 8km dari lokasi.

Harga RM19. Meter RM7.50. 

Teksinya ditemani lagu lagu lama Wings, Belenggu Irama (to Desert Rose, nope, they do not have Misteri Mimpi whatever-you-called-it song), and Search Meniti Titian Usang. Feeling aku jap. Haha. Teringat zaman muda aku, yang baru beberapa tahun berlalu. 

Bila kami tanya kat mana best nak pergi kat JB ni, dia pun dengan rela hati dan matanya yang lalok sikit, terus memandu ke Danga Bay. Dalam hati aku, biar betul mamat ni. Kamera terus roll.

Ohh kerana dia beriya iya nak bawak kami ke Danga Bay, terus dia announce, saya dengan sukacitanya, jangan risau, saya ambik RM17 jek. Aku dan pegawai JPJ tu terus minta diberhentikan, untuk turun melonjak lonjak, bergolek golek di atas jalanraya di malam yang dingin ditiup sang bayu untuk meluahkan rasa gembira sebab dapat diskaun walaupun hakikatnya tiba di destinasi, harganya cuma RM7, dia up RM10. Setan kan.

Ok itu ceritanya. 

Yang ini pula cerita versi kontra.

Setiap pagi, uncle Guna memandu teksinya, sebuah kereta Proton Iswara bermula jam 7 pagi.

Dia pulang ke rumah kira-kira jam 10 malam. Dan jika kederatnya masih kuat, dia akan terus memandu hingga jam 12 tengah malam.

Kenapa dia tak kaya kaya. Apabila ditanya teksi yang dipandunya itu milik sendiri. Itupun sudah banyak berbunyi sana sini. Bukak pintu pun dah tahu, complete bunyi cengkerik.

Permit bagi teksi itu bukan miliknya. Itu hakikatnya. Dia terpaksa membayar sewa permit mengikut bayaran harian.

Dulu, dia membayar RM46 sehari untuk sewa beli teksi dan permit.

Dia hanya dapat memiliki teksi yang dipandu selepas 5 tahun. 

Bayaran perlu djelaskan setiap hari iaitu 365 hari, tanpa sehari pun boleh miss. 

Aku pernah pakai Proton sudahpun ditukarkan bin. Baru setahun jek, semua benda macam dah 50 tahun aku pakai. Power window rosak, satu kereta dah bunyi, keok sana, keok sini. Itu pun bukan lasak sangat pun pakai.

Inikan pula teksi yang bergerak setiap hari. Lepas 5 tahun barulah dia dapat miliki teksi itu.

Maka, ikhlas tak ikhlas, uncle Guna terpaksa jugak mengayuh (terma pemandu teksi) bagi mendapatkan duit bayaran sewa teksi dan permit. 

"Macam mana kalau you sakit, uncle," tanya aku.

"Sakit kah, tarak sakit kah, mesti kena bayar, citt ptuiii.. ok yang citt ptuii tu takder, aku jek tambah. 

Kalau raya pun, kena mengayuh jugak. Kalau rosak, tanggung sendiri kos pembaikan, sambil tu, duit sewa tetap jalan. Kalau overhaul enjin, mungkin ambik masa 2 minggu. Maka, uncle Guna ni terpaksa cari jalan untuk membayar duit sewa. Kemungkinan pinjam Ahlong? Ya, amat tinggi.

Setahun, uncle Guna terpaksa fork out RM16,790 untuk bayaran sewa. 

Teksi pula semakin banyak terutama di bandar besar seperti di Johor Bahru ni. Terpaksa bersaing.

Jarang aku tengok pemandu teksi bukan Melayu yang lepak di perhentian tunggu penumpang sambil berbual, lepak lepak. Biasanya pemandu teksi bukan Melayu ada sedikit sifat entrepeneurship. Diaorang akan cari lokasi yang boleh menjana perolehan. 

Kalau dihitung, ini bermakna uncle Guna perlu mengeluarkan wang sebanyak RM83,950 untuk memiliki teksi yang dipandunya itu. Itupun it is already in poor state. Very poor apatah lagi ia kereta Proton. Dan ia pula sebuah Proton Iswara. Dan aku sendiri dah pernah pakai Proton Iswara ni. Memang celaka conditionnya kalau lepas setahun. 

Dan wang itu semua dibayar kepada konsortium yang memiliki teksi dan permit. Itu cara membantu orang susah semakin susah di Malaysia ini. Sepatutnya permit diberikan kepada mereka yang betul betul mahu memandu teksi, bukan yang ada kabel sahaja. Dan pemilikan syarikat ini baik, tetapi sistem yang digunakan boleh menjadi penyebab menggalakkan caj berlebihan dari meter? Dengan persaingan yang semakin sengit, tentunya itu salah satu cara mendapatkan wang untuk membayar sewa sahaja, belum lagi untuk menyuap anak isteri.

Salah? Mengenakan caj tetap salah. Tetapi apabila kita tak pergi kepada root of the problem, sampai kiamat pun tak selesai. 

Panjang cerita. Itu belum cerita teksi sapu. Tengoklah 999 malam Khamis 26 Ogos jam 9 malam. Raja cilok. 

p/s: Rugi tak dapat pergi Pulau Rawa, Mersing, Johor untuk 360. 

LADIES HERE'S A TIP: ANTI AGING. MUDBATH.

Selak punya selak, terjumpa gambo lama. 

Idak ler lama pun. This pix were taken during one of Majalah 3 assignment - cerita pasal nelayan Selat Tebrau dan dalam gambar ini ialah orang asli Kampung Sungai Danga. Also seen in the pix is former M3 producer, Abdullah Sidek Majin.

I think this story was done a year ago. Gila tenuk beb masuk paya ni.


This assignment were done dalam paya sedalam paras pinggang. Ini baru tebing jek. Lepas gambo ni, wanita orang asli tepi Sidek tu berjalan ala catwoman dengan pantas, berdesup, zap zup, sap sap.. terus ke kawasan lebih dalam, dan kami mengikutinya, walaupun tertinggal jauh. 
Hari pertama, kami tak pakai kasut, kononnya fikirkan kami lelaki, mesti control macho di paya ni.
Bila dah masuk, banyak pulak pepohon renek di tebing paya dan banyaklah yang mencucuk kami. Tak, kami langsung tak terasa geli.
Ia refleksologi semulajadi. Memang best, balik penuh lubang kat tapak kaki. Hahaha, ilang macho. Mau menjerit tapi sempat control takut terserlah pulak kewanitaan nanti. Hahahah.
Hari kedua, kami tekad beli kasut plastik sebab orang asli pun pakai kasut camtu. Sepasang RM5. Stokin kena pakai tebal sebab takut kasut tertanggal dalam lumpur tebal, itu nasihat makcik orang asli tu.
hh lupa, hari pertama jugak, kami diperkenalkan dengan beberapa ekor ular yang buat lintas hormat beberapa kali depan aku. Tabik datuk, cucu tumpang lalu. Ya, ya, silakan cuuuu..
Tak sampai 5 minit pun pakai kasut tu, tinggal stokin jek. Tinggal nak tidur jek kat paya tu sebab dah pakai stokin kan. Ok tak, aku tido tak pakai stokin mahupun kain pelikat. Eh perlu ke beritahu?
Hari kedua juga mencabar, sebab baru masuk paya, terus hujan lebat. Aku tak risaukan hujan, tapi aku lebih risaukan bunyi bunyian air jatuh ke atas kelopak daun. Dalam imaginasi aku yang tinggi, takut benda lain tetiba tersangkut kat atas bahu. Hahah.. Call me what you want, tapi aku segan orangnya.
Hampir 4 jam dalam paya tu. Masa tu tahap keinsafan amat tinggi, rasa macam banyak dosa. Haha.. Tahap keinsafahan aku lebih tinggi dari pengakuan untuk dirotan dikhalayak ramai. Betul. Tak tipu langsung.
Dan ini pula hasilnya:
p/s: sejak assignment ni, aku dah tak percaya pada mudbath walaupun aku tak pernah cuba lagi secara komersil Haha.

Tuesday, August 25, 2009

KALAU TAK BUAT, JANGAN JAWAB CALL, SMS JEK ALASAN BODOH DAN DUNGU.

SMS is an acronym to Short Messaging System dan ia betul betul digunakan sepenuhnya oleh kita tak kira masa. It can sometimes be a message to your significant other of your TLC.

Dulu, kalau ada yang masih ingat, SMS hanya dibenarkan dihantar dan diterima oleh satu penyedia sahaja. Katakan kita menggunakan 010, ia hanya boleh dihantar dan diterima talian yang sama.

Tak boleh hantar sms kepada talian lain seperti 018, 017, 012 dan 016. Apabila penyelarasan antara penyedia khidmat dilakukan, kita tergedik gedik menghantar sms termasuk yang tidak perlu dihantar dan tersalah hantar.

Pada suku pertama 2007 sahaja, sebanyak 11.7 bilion sms dihantar rakyat Malaysia. Kalau cajnya 0.05 sekalipun, aku tetap kaya jika salah satu dari empat penyedia khidmat selular di negara ini mempunyai nama aku dalam pemilik sahamnya.

Itu cerita dulu. Itu juga cerita betapa payahnya kalau nak sms sebelum integration dilakukan kerajaan.

Ia mengelakkan monopoli dan mengelakkan dari kita terpaksa bertukar penyedia khidmat. Ia juga mengelakkan dari kita kerugian sebagai pengguna.

Dulu henpon besar gajah dan beruang serta kerbau dan lembu.

Ya, keempat haiwan itu tidak bersalah sebenarnya kerana mereka tidak menggunakan henpon.

Yang guna ialah kita. Tetapi kekadang kita jadik seperti mereka sebab tak tahu memanfaatkan teknologi henpon.

Ini termasuk membeli henpon memahal tetapi akhirnya menggunakan taktik miss call kerana ketiadaan kredit.

Namun bila dah ada kredit, kita akan 'memanfaatkannya' untuk sms dan panggilan yang tak berfaedah bagai seekor kera dapat pisang.

Sebab tulah orang Malaysia paling banyak guna SMS dan aku rasalah, 11 bilion itu termasuklah:

1. Ayang, call me back. Ahling tak sempat topup lah. (Read: Kredit I abis bergayut dengan madu madu you atau alah you banyak duit, I nak kikis sikit, nah ambik shaving foam ni).

2. You call tadi? (selepas nampak miss call, and instead of calling back, sent that sms. Cerdik tu). And this is normally being answered by me: "Ada miss call ker? Ohh, tertekan kot."

3. Afundi Leman, Tijah, Senah dan Mboku. Sanggup berabis harta yang tak seberapa termasuk harta yang dipinjamkan melalui peruntukan yang sepatutnya disalurkan ke kantin sekolah untuk tambah zat.

4. Sekadar hantar mesej simbol: :)  untuk gambarkan suka bergunung gunung atau :(  sebagai tanda sedih mencurah-curah. T_T sebagai tanda kononnya airmata menyiram nyiram.

5. Untuk taknak dengar kena marah sebab terlupa nak buat sesuatu seperti yang dijanjikan.

Ya, aku baru kena yang nombor lima tu. Manis sangat. 

Aku baru tahu bahawa di Kem Majidee, Johor Bahru, mereka tidak menyimpan senarai bekas tentera walaupun dah hampir dua minggu aku minta senarai satu atau dua bekas tentera yang mungkin boleh dibantu.

Pelik tak?

Anggota yang bertugas yang menjawab telefon itu memang penuh semangat. "Ohh ada ada, kita memang ada, tapi bagi saya sehari dua, nanti saya call balik," janjinya sambil memberikan nombor henponnya.

Dua hari berlalu, apabila aku telefon nombor yang diberikan, tiada jawapan. Siang, malam. Tiada jawapan. Mungkin aku sepatutnya call waktu imsak. 

Selepas seminggu berlalu, aku telefon lagi sebab dah hampir ke deadline untuk dapatkan senarai itu. Masih lagi tidak berjawab.

Antara alasan yang boleh digunapakai anggota tentera itu apabila tidak menjawab panggilan aku ialah:

1. Saya terlupa nak bawak telefon.

2. Bini saya simpan telefon saya.

3. Henpon saya tidak ada feature Recent Calls, maka saya tak nampak ada miss call.

4. Encik ada telefon ker? Takder pun miss call. (yang ni paling klasik kalau digunakan).

5. Telefon tertinggal dalam kereta tank dan saya terlupa kereta tank mana satu yang saya tumpang pi jejalan kat dalam kem ni.

Akhirnya, hanya aku sms bertanya ada tak bekas tentera yang boleh dilawati / dikunjungi sebagaimana janjinya, jawapan dia paling menggembirakan, paling best, dan paling klasik.

"Mtk maaf ye. Tk ada la," itu sahaja sms yang aku terima. 

Itulah jawapan yang paling happening untuk bulan puasa ini. Dan sms itu nyaris menyebabkan aku terpaksa mengunyah kurma Iran waktu siang beberapa hari lalu.

Nasib baik, nasib baik.

Sunday, August 23, 2009

SINGGAH SAHUR

I am getting ready for Singgah Sahur.

And nope, I won't be taking a cab for this.

I will be driving my brand new car. Ok, salah. I will be driving my wife's brand new set of wheels. Pinjam ahh.. 

* * * * * * 

On the eve of 1st Ramadan, Jabatan Imigresen membuat satu serbuan di Kampung Usaha Jaya, Skudai Kiri, Johor Bahru.

Ops bermula jam 12 tengah malam hingga 4 pagi.

Selepas Kampung Pandan yang sememangnya jadik kampung mini international community tapi bukan omputih sebaliknya berkulit sawo matang, hitam dan kuning, ia jugak menjadi perkampungan yang menempatkan pendatang tanpa izin.

One family from Indonesia dah beranak pinak. 19 tahun dah duduk kat situ.

Maka bersahurlah kami di kampung itu dengan juadah mat mat indon dan minah minah indon, termasuk yang bersekedudukan bertahun lamanya. Jabatan Agama Islam Johor turut serta dalam ops ini.

* * * * * * 

Cerita teksi akan menyusul. Apa ceritanya? 

Antaranya: Masjid Sultan Abu Bakar, ditukar jadik Masjid Sultan Ibrahim. Pemandu lalok. 

Saturday, August 22, 2009

SEE NO EVIL.

Photo credit:Nurnana

This is about taxi.

What do you know about a cab?

Apakah pengalaman anda during your last trip / sepanjang perjalanan anda menaiki teksi?

Ada naik teksi 'pajak'? When was the last time you took a cab to reach your destination?

Thursday, August 20, 2009

ENTRY TERAKHIR.

Ini entry terakhir.

Betul aku tak tipu. Terakhir sebelum masuk bulan Ramadhan.

Aku pernah bertugas sebagai PR-man sebelum ini. Untuk yang kurang pendedahan hidup, PR ni bukan Penari Ronggeng sebab aku tak pandai menari ronggeng. Shuffle pun tak pandai. Poco poco aku lagi sumbang, orang dah reverse, aku tertinggal kat depan. Diaorang tipu aku, sebab tu aku selalu tertinggal kalau ada tarian poco poco. Patutnya ada step lagi, diaorang pakat sebenarnya. Langsung aku taknak poco poco lagi.

Aku suka kerja PR ni, terutama bulan posa. Sebab aku akan berbuka puasa kat hotel hampir setiap hari kecuali pada hari pertama dan minggu terakhir. Ia sebagai salah satu PR activity tahunan department aku.

Hari hari aku akan menjadi hos kepada memacam orang termasuk orang media yang terdiri dari rakan rakan aku jugak. Maka bertukar-tukarlah baju Melayu aku, lengkap dengan songkok dan bersamping.

Kalau tak percaya, memang aku nampak comel. Dan menjadi satu kelaziman, flash camera akan berkelip kelip setiap kali aku lalu, sebab kebetulan ada kumpulan yang ambil gambar di depan aku, dan mesti nampak muka aku side profile di celah celah kepala mereka. Betullah, mana ada aku tipu. Semuanya kebetulan.

Sebelum aku berpuasa termasuk berpuasa dari mengumpat, beberapa jam lagi, satu jek aku perasan masa menjadi hos tu. Bila tiba nak ambik makanan kat buffet line tu, pinggan yang leper akan menjadi setinggi Cameron Highland, siap dengan dressing seekor udang di puncaknya.

Tak cukup dengan itu, piring piring akan akrab mengiringi pinggan tadi, dengan dessert yang tak kontang dengan pelbagai jenis juadah kuih muih, pemanis mulut, puding dan pendek kata semua jenis yang ada kat atas meja buffet tu.

Dan yang mengambilnya bukan yang extra comel sahaja, malah yang selim melim pun sama naik. Naik setan. Sorry, setan kena ikat. Mengalahkan orang kena isim. Dan biasanya, dan lazimnya, banyak makanan yang berlebihan. Menangis rezeki.

Kalaulah kanak kanak di Darfur dapat bersama-sama kita masa kita berbuka tu, mesti best kan.


Akak, abang, bagi sikit puding tu. Bagi sikit udang tu. Bagi sikit ayam percik tu. Bagi sikit murtabak tu. Bagilah...

Biasanya akan disediakan tempat untuk bersolat. Abis tu, kalau dah melantak mengalah orang tak makan setahun, perut dah naik buncit, maka bermaharajalelalah kat kerusi, terduduk melayan sendawa puding dengan ayam percik. Takkan jamak kot?

Pada Jun 2009, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu melalui organisasi makanan dan pertaniannya mengeluarkan data, jumlah kebuluran mencecah 1.02 bilion. Dan angka itu dijangka meningkat ekoran peningkatan krisis harga makanan di negara membangun.

Dan sejak 1995, bantuan makanan yang diterima World Food Programme pertubuhan itu juga menguncup sebanyak 35 peratus.

Maka, berjimatlah esok, berjimatlah lusa, berjimatlah selama sebulan. Kalau masa nak beli murtabak dengan air tebu sampai satu ladang tu dan sanggup bermasam dengan orang lain yang taknak beratur, ingatkan mereka yang memerlukan. Sedekahkan duit tu pada mereka yang betul betul memerlukan pada Ramadhan ini. Kongsikan sikit rezeki tu. Bila nak beli, tahan diri, pastu balik masukkan dalam tabung, cukup masa sedekah pada yang memerlukan.

Ramai lagi yang memerlukan, yang tak ada baju raya, yang tak ada kuih raya, yang tak ada langsir raya, malah nak beraya pun takder kemampuan.

Kalau meja 6 kaki kat rumah, pastikan makanan yang kita beli tak sampai kena beli meja baru sebab tak cukup tempat. Nafsu ni best kalau dilayan. Kena pulak dengan bau ayam percik, sanggup beratur sampai waktu buka puasa.

Dan itu secara automatiknya akan menjadi peringatan pada diri aku sendiri jugak. Jangan beli macam nak stok untuk persediaan nak perang. Bila kul 4 lebih, mulalah mencongak congak, apa yek nak beli, apa yek nak baham hari pertama nanti. Haha. Bernafsu betul.

Tapi kan, kena air tebu musim musim panas ni, layan dengan murtabak daging, masuk pulak dengan nasi beriani gam. Aduh mak, aduh cik tijah. Itu belum cerita ikan bakar lagi tu dengan roti jala.

Ok, kena tahan nafsu tahun ni. Betul. Boleh ker? Aku pasti bulan yang mulia ni dapatlah kita semua duhai para suami mengecutkan sikit perut buncit kita tanpa perlu beli Detox.

Kepada semua pondan yang pernah dibelasah cukup cukup kat blog ni, selamat menyambut Ramadhan dan jangan lupa berpuasa sebagai seorang lelaki. Jangan pulak kata datang bulan. Sebab nanti pad kena pasang kat mulut korang.

Dan akhir sekali, untuk Kak Naz di Norway, ini gambar kereta baru.



Sorry, kamera saya takder wide angle lens. Depa boleh ambik part ni jek. Nanti saya beli eh. Kat Norway, makan kuih apa? Kuih No-Way? Ok tak lawak.



Wednesday, August 19, 2009

Rezeki.

Selalu kita dengar ayat: "Takperlah, kalau ada rezeki, adalah tu."

Sorry, aku bukan menidakkan ketentuan Allah SWT tetapi kalau kita terus menerus bergantung harap semata mata, tanpa usaha, mana nak adanya rezeki tu. 

Dan selagi ada usaha, Insya'allah adalah rezekinya. Rezeki bukan datang bergolek.

Dan hari ini, yang juga beberapa hari nak sambut Ramadan yang mulia ni, aku bersyukur, rezeki bertambah. Alhamdulillah. Rezeki Ramadan. 

Dapatlah wifey tersenyum sampai telinga sebab dapat sebuah kereta yang diidamkan. It aint a Ferrari tetapi cukuplah untuk dia senyum dan untuk dia cepat jawab salam memalam nanti. Assalamualaikum.

The car is fast and big too. But not Triton sebab wifey is not a contractor untuk bawak kereta sorong atau cangkul. If she is, kena beli lori satu tan. Senang nak bawak kuli. 

And it is not to0 small. 

Being the boss of the house (yeah kak naz, my wife allows me to say that), there are responsibilities that I must fulfill. Kenalah fulfill with all my heart. Statement macam suami mithali kan? Ok, boleh tepuk tangan sekarang.

I remembered what Mazidul Akmal Sidik made a remark about me, mulut awak memang manis. Haha. Agaknya kot. Tapi, just to let him know, gula pasir susah nak dapat sekarang, so everyone can opt for me. 

I like to have frens. Frens are like pearl of my life. Hahah, terpancar kegampangan macam mat belia buat statement, pastu letak gambar pakai topi and letak ayat ayat seperti Aku Setia Menanti. Hahaha.. No way hozey.

Yang pastinya, aku suka kereta tu, sebab aku dah nampak saman ekor berlambak lambak akan tiba di rumah nanti. 

Monday, August 17, 2009

Influenza A, Nurse, Hospital dan Wartawan.

Siang tadi, aku ke rumah seorang bapa yang kehilangan anak akibat virus Influenza A, H1N1.

Anaknya berusia 3 tahun dan bukannya 7 tahun sebagaimana dalam kemasukan tulisan terdahulu.

Si kecil yang masih lagi mentah dalam kehidupan tak sempat menikmati zaman kanak-kanak. Ajal sudah menjemput, pergilah si kecil menemui Penciptanya.

Pertama kali si kecil dibawa berjumpa doktor adalah pada 8 Ogos lalu, kemudian sekali lagi pada 10 Ogos. 

Kedua dua kali itu, doktor hanya diagnose si kecil itu sebagai demam panas biasa, biarpun suhu badan kanak-kanak itu mencecah 38 darjah celsius. 

Tiada keperluan untuk yang merawatnya mengambil sampel darah, mahupun swab dari dalam mulut si kecil untuk dibuat ujian. 

"Ini demam panas biasa. Sekarang musim," itulah yang dijelaskan seorang Medical Officer, menurut kata si bapa. Dan memandangkan yang bercakap itu seorang pegawai perubatan, tentunya dia lebih arif. 

Pertama kali ke hospital itu pada 8 Ogos, si kecil yang tercungap cungap nafasnya terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk bertemu doktor.

Si kecil juga mempunyai rekod perubatan di hospital itu antaranya asma. Namun, ia bukanlah laluan hijau buat si kecil untuk diberikan keutamaan. 

Mengikut Centers For Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat, penghidap asma dikategorikan sebagai high risk of serious complications. Ia termasuk bagi warga emas berusia 65 ke atas, kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, wanita hamil dan mereka yang mempunyai sejarah keadaan kesihatan kronik.

Rabu lalu, keadaan si kecil semakin kritikal. Ulcer mula muncul dalam mulutnya. Nenek si kecil terus membawa ke klinik swasta namun doktor di klinik itu tidak mahu mengambil risiko dan terus merujuk si kecil ke hospital kerajaan.

Khamis pagi, kira-kira jam 10 pagi, si kecil dibawa ke hospital kerajaan buat kali ketiga dan kali ini, keadaannya semakin kritikal.

Terus dimasukkan ke I.C.U dan kira-kira jam 6.45 petang, si kecil menghembuskan nafas terakhir. 

Lima hari adalah masa yang paling berharga buat keluarga ini. Apa yang dikesalkan, jika pemeriksaan teliti dilakukan dalam tempoh lima hari itu, sekurang-kurangnya langkah pencegahan dapat dilakukan. Apakah nilai nyawa kepada petugas di hospital berkenaan, tanya si bapa? 

Si kecil itu anak tunggal kepada pasangan muda yang aku kenali dan biarpun pahit, kedua mereka redha dengan pemergiannya. Namun, biarlah ia menjadi pengajaran buat semua, terutama di hospital supaya tidak memandang remeh memberikan perhatian kelas ketiga kepada pesakit.

Seharusnya, kata bapa, setiap kes perlu diberikan perhatian sewajarnya dan bukan sekadar melihat dan terus kata "ini demam biasa". Kita bukan superman. Seharusnya perlu ada pemeriksaan yang lebih teliti.

Dan aku bersama rakan rakan berada di rumah itu hampir sejam. Sebaik kami pulang, aku diberitahu, seluruh keluarga itu dikuarantin di rumah dan tidak dibenarkan keluar rumah. Adik ipar si bapa tadi turut mengalami simptom Influenza A, H1N1.

Pulang dari rumah itu, batuk aku semakin kerap. 

Bersin semakin kerap. 

Adakah ini simptom? 

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) has determined that H1N1 virus is contagious and is spreading from human to human. 

Am I being overreacting for having the symptom?

The life of a journalist kan. Ready for anything.

Walau apa pun, aku nak plan warna untuk baju raya tahun ni. :)

To you out there, keep clean and hygienic.

MAIN TING TING DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, PANDAN JOHOR BAHRU.

I have once written about customer service standard in Malaysia,

Semua orang tahu, customer service standard di Malaysia boleh dianggap sebagai terbalik. It is a take it or leave it situation, and yes, sometimes we are left with no choice but to carry on accepting their bad service.

We all know bad customer service yang paling ketara ialah di jabatan atau agensi kerajaan. Ia cerita lapuk. Cerita basi, yang sentiasa dihangatkan semula setiap pagi macam lauk di restoran mamak 24jam. Kari semakin masin. Sayur dah naik lembik tapi kita tetap cekik jugak. Kita redhakan jugak padahal kita ada pilihan.

Ada bagai stigma dalam jabatan kerajaan tentang bad customer service. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi. Yang dulu dah naik pangkat atau dah pencen, yang baru pun sama jek.

Ia bagai satu kecelakaan kepada kita rakyat Malaysia yang terpaksa menelan apa jua yang diberikan kepada kita. Nak complaint, dah tak kuasa.

Omputih kata - customer is king. Di Malaysia kalau pi pejabat kerajaan atau agensi kerajaan, sampai di pintu pejabat diaorang, kita kena merangkak hingga ke kaunter sebagai tanda kita menyembah mereka. Kalau kita tak buat camtu, persiapkan diri anda untuk menerima layanan yang paling teruk dari dikidnap oleh lanun di Somalia.

Apatah lagi ia berkaitan nyawa.

Bukan mudah menjadi jururawat di hospital kerajaan. Ia satu tugas yang mencabar. Ia satu tanggungjawab yang sungguh sungguh memerlukan ketabahan dengan jumlah pesakit yang tinggi, maka tinggilah jugak peel, perangai dan kejengkelan yang ditimbulkan pesakit.

Tetapi, mereka adalah pesakit. Sebab itu, aku anggap mereka yang menjadi jururawat adalah antara manusia yang paling beruntung di dunia ni. Hampir setiap hari mereka berdepan dengan karenah manusia yang menuntut tahap kesabaran yang tinggi.

Yang dok menjerit, yang asyik panggil jururawat sampai kekadang takder time langsung nak rehat. Pantang betul kan? Namun dek karenah pesakit pesakit seperti itulah maka aku anggap jururawat adalah makhluk yang paling beruntung.

Apa yang untungnya kalau pagi petang siang malam melayan karenah pesakit? Apa untungnya pegang mangkuk tempat mereka berak, tempat pesakit muntah dan pelbagai lagi?

Mereka dianugerahkan Tuhan pelbagai dugaan untuk menjadikan mereka manusia yang amat amat sabar. Dahlah dapat pahala kerana membantu orang sakit, ditambah pulak pahala mereka disebabkan mampu menanamkan kesabaran dalam hati mereka. Yelah, kalau kita asyik doa untuk menjadi orang yang sabar, macam mana kita nak tahu kita ni sabar atau tidak; kalau dugaan tak datang menjelma depan mata.

Itulah. Tapi akhirnya mereka hanya manusia. Maka apabila kita lemah dalam menghadapi dugaan bagi menjadikan kita seorang yang sabar, maka marilah kita muhasabah diri.

Cewah, aku bercakap, mengalahkan ustaz. Ternaik naik kening aku. Hahah.

Dan apabila ada kalangan mereka yang bertugas sambil ditemani rasa marah, rage, benci, malas dan tak suka dipanggil pesakit, adakah mereka sesuai dipanggil jururawat? Jurumarah? Jurubenci? Jurumalas?

Hospital Sultan Ismail, Pandan Johor Bahru adalah sebuah hospital pakar milik kerajaan. Bangunan hebat. Dibuka pada Julai 2004, partly sebab selepas itu didapati terdapat kulat bermastautin di hospital itu. Akhirnya selepas kajian dilakukan, ia disebabkan rumput yang ditanam sebagai lanskap hospital itu. Ia berjaya diselesaikan, namun kejadian terbaru menampakkan masih ada 'kulat' dalam hospital itu.

"Kau ni macam anak raja," itulah cetusan dari mulut seorang jururawat apabila seorang pesakit memanggil untuk dibantu.

Pesakit tidak mampu bangun selepas menjalani pembedahan di bahagian peha justeru memanggil jururawat untuk dibantu.

Jarak antara bilik pesakit yang menempatkan empat lagi pesakit itu tidak jauh dari kaunter jururawat. Hanya kira-kira 5 meter. Kalau jalan sekejap, tak sampai seminit dah sampai.

Kata pesakit lain di wad yang sama: "Kalau nak panggil nurse kat sini, kena buat appointment seminggu sebelum," sinis bunyinya tetapi itulah hakikatnya.

Ada seorang ibu yang menjaga anaknya di katil sebelah pesakit itu, turut membantu, bangkit menunggu di depan pintu wad, langsung tak nampak kelibat jururawat untuk datang membantu.

Dan beberapa hari lalu, satu sms ku layangkan kepada Exco Kerajaan Johor yang bertanggungjawab terhadap khidmat kesihatan di negeri ini. Beliau seorang yang sentiasa prihatin dan pantas bertindak. 

Aku katakan pada dia, aku tak suka complaint (walaupun hakikatnya memang hobi aku), tetapi apabila ada sesuatu yang menjelekkan, ia perlu disampaikan kerana itulah tugas kita. Menjadi penghubung antara masyarakat dengan pentadbir negara. Supaya, ya, supaya takderlah demonstrasi kelak sebab itu bukan jalan keluar kepada masalah.

Maka berduyun duyunlah panggilan ku terima untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk dari seorang 'matron' hospital berkenaan yang rupanya kenal aku. Haha, kecik tul dunia ni.

Dan aku katakan pada dia: inilah yang kekadang masyarakat marah pada kerajaan. Kerana perkara perkara kecil. Tetapi kita selalu pandang remeh tentang perkara seperti ini. Dan tiba tahun 2012 kelak, kalau depa pangkah orang lain, kita kata rakyat tak berterima kasih, tetapi penyampaian serta perlaksanaan sistem dan dasar pada tahap yang mengecewakan dan kita tak mahu buat improvement.

Dan aku juga bertanya, apa jadik kalau yang kena tu, anak penoreh getah, anak pemandu teksi, anak peneroka, anak buruh yang tak kenal sesaper? Salahkah mereka mengadu nasib pada media?

Adakah media ni JAHAT? Adakah perlu ada stigma di kalangan kakitangan kerajaan bahawa pengamal media adalah setan, iblis, jahat sebab bukak pekung kelemahan di jabatan kerajaan? 

Tak sampai beberapa hari, tiba pula satu panggilan dari seorang kawan. Anak berusia 7 tahun meninggal. Inalillah..

Dua kali diusung anaknya ke hospital yang sama dan hanya dirawat sebagai demam biasa biarpun dia berkeras mahukan pemeriksaan lebih lanjut dilakukan. Pulanglah si bapa dengan rasa kecewa.

Masuk kali ketiga, anaknya sudah kritikal, dan beberapa hari kemudian, anaknya meninggal dunia. Si anak kecil itu, anak tunggal. Nyawa sudah melayang. Allah SWT lebih sayangkan anaknya.

Tetapi apakah usaha kita? Si bapa sudah berusaha.  Sebentar nanti, aku akan pergi menemui si bapa. Apakah kisah lanjut mengenainya. 

Dan aku terfikir. Tempoh seminggu dua insiden. Dan ia hospital pakar. 

Friday, August 14, 2009

FROM RAG TO RICHES.. WAIT, FROM RICH TO RAGS?

It is not everyday that you see something awesome like this. Yes, awesome. This is news. Excerpts from The Malay Mail dated 14th Aug 2009.

From RM160b to RM1,600
Hilarious end to claims of wannabe richest person on the planet 
Frankie D'Cruz 
Friday, August 14th, 2009 05:37:00 


THE Port Dickson widow who claimed that her late husband had left her a staggering RM160 billion actually has only RM1,600 in his accounts.

The two banks that were supposedly holding the money in the vaults revealed the paltry sum to her after an investigation.

The hilarious disclosure by the banks brings to an end the 48-year-old woman’s dream of joining the super rich of the world.

The widow, however, joins the likes of self-proclaimed Lebanese billionaire Elie Youssef Najem, 48, and now widower, who startled the nation in 2006 with his wacky tales of mega riches.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Senator Datuk T. Murugiah told Malay Mail that the banks completed their investigations into the widow’s claims recently.

He said the woman was not satisfied with the outcome of the investigations and planned to pursue the matter with Bank Negara on grounds that she has been cheated.

Asked if it was an utterly pointless pursuit, Murugiah said: “I can’t let her down at this stage and Bank Negara will be the last stop.”

The woman had approached Murugiah in his capacity as head of the Public Complaints Bureau. She produced documents and cheques regarding transactions by her 52-year-old husband who was said to have died of a heart attack two years ago.

The nature of the transactions that generated the “mountain loads” is not known. The RM160 billion claim that would have made her the richest person in the world, ahead of Bill Gates, came across as an unbelievable story from the start.

The jaw-dropping amount exceeds the nation’s reserves and three times more than the combined wealth of Malaysia’s super rich Tan Sri Robert Kuok and Ananda Krishnan.

* * * * * 

I had drafted an email to this lady actually. Tak sempat nak tekan send button. Nasib tak tekan. Otherwise, I will get RM16 jek. That will not even cover the cost for my time drafting the email to tell her, she just won a lucky draw but she has to pay some money to claim her prize. lols.

I couldnt be inheriting some gold bars from any retired general in Iraq. Or a doctor that was treating a patient leaving lots of Iraqi's currency under his pillow. 

When the news broke, aku dah tahu dah something is wrong somewhere. Aku berbau ikan somewhere. I smell something fishy somewhere. RM160 billion bukan sikit dek non. That just made me sounds gayish. Damn pondan. 

I felt sorry for the widow. 

For all the husbands out there, pastikan sebelum korang padam, beritau bini (that includes bini with s); berapa duit korang ada dalam bank, dan kalau tulis, verify dua tiga kali berapa zero korang tulis.

Dan bini bini sekelian, jangan ghairah pi jumpa menteri yang suka publisiti bila ada benda yang pelik camni ok. Pi check betul betul dulu. Nanti satu kampung tau. Leceh nak gi pasar nanti. Nak beli sayur kat apek naik van depan rumah pun susah, apatah lagi nak jual paper kat Ah Seng.

And most of all jangan guna currency Zimbabwe ok. Berpinar mata nanti. 

Thursday, August 13, 2009

CHANGING NUMBER AND CELCOM.

I have been wanting to write about this for months now, tapi sebab sibuk gila rhino dan gila kambing dan segala haiwan yang ada di dunia kecuali yang haram termasuk khinzir, maka tertangguhlah ia.

It is about Celcom.

It is about my frustration towards their service, or should I be calling it a service? 

Read here. 

Furtherance to millions of complaints to them, one superb Celcom personnel finally came to my rescue. 

Nor Haibah Othman aka Ebba based in Johor Bahru, bersusah payah (yeah you should, after all you are being paid to susah payah for your customer kan.. haha), truly bersusah payah, to troubleshoot the problem that I was facing with their not-so-customer-oriented-service.

Ye lah, kita kan kat Malaysia. Everything must be done for the sake of doing it. Kan?

But not to Ebba. Amidst all the peluh and darah yang keluar dari telinga dan mata dek my complaint(s), she managed to find an amicable solution and I finally been given a new number. That was couple of months ago. And that number reflects my job.

The service is, I must say better than the competitors except, (yes, Ebba if you are reading this), reception at home is like I am somewhere near Gunung Kinabalu sebab everytime ada call, I have to do my shuffling around the house (and no, I can't dance) untuk cari signal. Thank you sebab sekali jek depa dari teknikal datang depan rumah tetiba untuk check dengan lori yang macam nak pindahkan aku dari rumah aku.

Janice from Celcom's marketing dept in Johor is no exception too. She, too had helped to get me the best number and package as to compensate selain untuk menyejukkan hati nurani dan jantungku yang membara bila dengar perkataan Celcom.

Both of them reflects the true meaning of customer service. Itu baru customer service, with PR.

Prior, my usage can sometimes melebihi ok, tipu, melampau lampau terlebih dari credit limit, thus Janice had suggested Power 148 package.

Siapa yang aku call sampai terlebih lebih ni. Boleh tak next time, aku buat macamana kekawan aku yang ada handphone memahal tapi takder credit, maka dengan ikhlasnya mereka selalu miss call aku? But don't worry, aku pun kekadang ikhlas return call.

This package is actually better than the one I am getting from Maxis Iphone package. Potong leher package Maxis iphone tu.

It comes with free broadband internet connection using Vodafone that can be connected to your lappy.

On the right is Vodafone while on the left, is nano charger, tapi bukan macam nano water filter tu. This is better.

This Vodafone that was given to me by Janice amat amat berguna. Masa traveling and in need of sending my scripts, I will just connect it to my notebook and voila, it is even faster than streamyx. Much much and much better. Knowing streamyx kan! Everything in this world is better than streamyx. Macam tak tahu pulak korang.

At times, I can even use it to transmit visuals via ftp and till now, masih tidak menghampakan, except kalau transfer dari rumah, maka akan keluarlah sumpah seranah kat Celcom. Tak tahulah bila depa nak datang pasang repeater. Kalau sudi datanglah ya. Kami sediakan jemput jemput dengan cekodok, siap dengan kopi panas. Kalau nak tapau, bawak sekali mangkuk tingkat.

A joint venture by Vodafone and Celcom, this handphone is truly truly unique and user friendly. Upon connection via USB port, terus kuar window to install its program dan tak perlu buku manual to install. As easy as 1,2,3. Senang jek, and it is however reception dependable. Kalau reception 3G bagus, belum klik dah kuar windows. Laju.

Nano charger that was given to me memang useful. You charge the nano charger and it is a mobile charger. Amat amat mudah untuk those yang selalu mobile. Tak perlu nak risau nak cari tempat cucuk that charger of yours kat kedai kopi sampai kena jeling dengan barrister sebab ko minum secawan kopi tapi duduk sampai satu kampung.

Once the nano charger is fully charged, it became a mobile electrical supply. Connect it to your phone using the converter that comes together with the charger, and *poof* your phone is fully charged. Senang kan? A friend of mine, so amazed with this gadget, sampai merayu suruh jual kat dia. Tapi sebab dia nak beli macam harga buah nangka sekilo, aku menolak dengan senyuman tawar macam buah ciku peram pakai kabait setengah kilo. Tapi memang ia amat amat berguna. Dan ia dapat mengelakkan dari guna car charger RM10 yang tahan cuma seminggu atau dua minggu jek pastu cigarette lighter rosak. 

The setback of this charger is, aku tak boleh charge my iphone. Lagipun bukan Celcom yang jual iphone kat Malaysia ni, so there is no reason to have iphone converter with it.

Truly, the package recommended to me is well worth. Sebab ia lebih murah ratenya pabila aku call orang orang yang miss call aku. And it is considerably cheap calling fixed line. And considering kerja aku, maka ia mengurangkan belanja handphone agar isteriku dapat beli beg Gucci kat Metro di Singapura Ahad ini, sebab ada big sale going on.

Tetapi, yang paling tak suka ialah beritahu semua orang bahawasanya aku dah tukar nombor. Leceh. Amat amat leceh. Ehh bukan ker Janice janji nak tolong buat tu semua? Better check with her. 

And nope, they not gonna give me free Celcom Broadband for writing this, although, kalau bagi pun, aku tak kecik hati. Betul Ebba and Janice, saya tak kecik hati langsung kalau you all bagi. You all kan baik. Baik sesangat. 

For those yang selalu bergerak, Celcom is your answer (obviously that is ayat mengampu kan), tetapi memang betul, their rate is better. Kalau nak complaint pasal reception, memanglah sampai kiamat pun camtu, tapi, it all depends on your usage and where you are kan. 

So, apa lagi, head down to Celcom centre and migrate to Celcom and me, I shall wait at the door for Ebba or Janice to pass me my brand new Blackberry Storm.

Wednesday, August 12, 2009

TIGA BULAN UNTUK DAPATKAN WARGANEGARA MALAYSIA.

Interesting?

Nope. It is baffling.

In 1983, an Indonesian claimed that he submitted an application for a permanent residenship status to our government. In within three months, he got his PR.

See a report in the star here.

The Home Minister, among others were quoted as below: 

"To speed up the approval process for permanent residency, he said the Immigration Department would focus on three categories of applications, namely foreign wives of Malaysian citizens who had been staying continuously in the country for five years or more under social visit passes or other passes.

Other categories are applications by children of Malaysian citizens aged six and below, and by spouses and children of Malaysian professionals abroad who wanted to return to the country, he said."

Hari ini, si lelaki Indonesia ini sudah memiliki sebuah rumah di atas tanah kita. Siap bawak anak pinak dari negaranya dan sudah memiliki perniagaan sendiri.

Kalau ikutkan apa yang disebut pak Menteri, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang sudah tinggal di negara ini selama lima tahun atau lebih di bawah pas lawatan sosial atau pas lain. Dan ya, pas lawatan sosial atau pas pas lain diperolehi apabila memasuki negara ini SECARA SAH.

Tetapi lelaki itu memasuki Malaysia melalui pintu belakang atau bahasa kasarnya,SECARA HARAM.

I will not elaborate further mengenai lelaki Indonesia ini. 

Do watch 360 on TV3 at 9pm tonight.

Monday, August 10, 2009

KPI YANG TIDAK DISUKAI WANITA.

I was away for the weekend untuk selesaikan satu kerja yang amat amat penting. Lebih penting dari penting.

Tetapi ada perkara yang lebih penting hari ini. Lebih penting dari itu semua yang kuanggap penting.

Ini cerita penting.

Ia mengenai KPI.

Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menetapkan akan KPI yang perlu dicapai semua menteri kabinet, lantas diperturunkan pula penetapan KPI itu kepada pegawai kanan kerajaan.

Yang penting ia perlulah dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan sekadar batuk batuk di tangga, mahupun sekadar statement kepada media. Kadang kadang di atas memang bersungguh sungguh, tetapi di bawah banyak yang perlu diperbetulkan.

Tetapi ini bukan mengenai KPI yang itu.

Ini mengenai satu lagi KPI.

Ia dilaporkan di Harian Metro edisi Ahad.

Kelab Poligami Ikhwan atau KPI. 

Haa tu dia.

The story is self-explanatory. 

Pada pendapat aku, bagi tidak menimbulkan sebarang kegusaran dari pelbagai pihak, story digarap dengan intro - ia dibuka kepada pelacur, dan turut disebut, ia sebagai ruang untuk mereka mendirikan rumahtangga secara poligami.

“Jika jadi pelacur, belumpun tua, kamu sudah tiada nilai,” kata Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI), Hatijah Aam, 54.

Penasihat KPI ini adalah salah seorang isteri pertubuhan yang sudah diharamkan, Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Ia diharamkan pada 21 Oktober 1994.

Khatijah adalah isteri kedua Ashaari.

Sebelum ini, Khatijah pernah menulis sebuah buku yang diberi judul Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya dan diharamkan Kementerian Dalam Negeri.

Sebuah lagi buku ditulis bersama suaminya berjudul Tsunami Pembawa Mesej dari Tuhan turut diharamkan.

Menurut laporan, kandungan buku `Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya' mendakwa Ashaari sebagai Putera Bani Tamim yang mampu bertemu dan berkomunikasi dengan Rasulullah s.a.w serta diberi kuasa untuk memanggil duit, "power" serta segala keperluannya.

Dalam satu kenyataan pada 22 Jan 2007, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri berkata buku−buku tersebut adalah antara 18 penerbitan yang diharamkan antara 12 Oktober dan 24 Disember lalu kerana didapati mengandungi bahan yang menyentuh kesucian agama Islam atau fakta yang menyeleweng, menyesat akidah, menghina Nabi dan Rasul.

Tentunya sebagai lelaki, saya sendiri berasa manis dan enak jika dapat berpoligami.

Saya amat amat setuju dengan poligami.

Tetapi ia perlu diperhalusi terlebih dahulu sebab tak mahu ia terlalu jadi 'murah' kepada yang mengamalkan 'sistem demokrasi' atau sharing is caring itu.

Mungkin apa yang diniatkan Khatijah itu sesuatu yang baik terutama apabila mempelawa pekerja seks untuk menyertai KPI. Tetapi apakah yang dihasratkan di sebalik penubuhan KPI itu. Dalam berita itu, tidak disebutkan bilakah KPI ditubuhkan. Adakah ia satu pertubuhan yang didaftarkan? Siapa presidennya?

KPI kini mempunyai 646 ahli membabitkan 222 suami dan 524 isteri. Ketika ini semua ahli kelab berkenaan adalah anggota GISB. 

You do the math ok.

Tetapi secara ratio setiap suami yang menjadi ahli KPI ini memiliki empat orang isteri. Tak mungkin seorang memiliki 5 orang, sebab tak boleh (walaupun ada keinginan).

Mungkin perlaksanaan oleh 222 suami itu adil, tetapi mampukah lelaki berlaku adil? Apa yang dimaksudkan dengan adil? It is relative. Ia subjektif.

Poligami sentiasa menjadi satu isu yang akan dibantah oleh pelbagai pertubuhan. Mereka lebih suka terhadap monogami manakala poligami dianggap sebagai satu perkahwinan yang tidak mungkin adil.

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)  perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3.

Yang selalu diambil abang abang suami ialah frasa pertama firman ini. Manakala sering terlupa akan sambungannya.

Apa itu keadilan? Tetapi kita tak boleh menafikan ada yang mampu berlaku adil biarpun tidak sepenuhnya. Adil ini relatif. Dari banyak segi yang perlu diperhalusi. Duit pasar cukup? Duit nafkah cukup? Masa cukup? Perhatian cukup? Masa sakit nanti, nak menjenguk cukup masa? 

Poligami bukanlah satu kewajipan tetapi rukhsah (keringanan) ketika darurat menurut Dr. Muhammad al-Bahi.

Hakikatnya, sememangnya lelaki tidak mungkin akan dapat berlaku adil. Tak mungkin. 

“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Surah An-Nisah ayat 129.

Ada suami biarpun menerima cap jari atau cap tapak tangan di borang poligami; masih tidak dibenarkan berbuat demikian disebabkan tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Yelah, nak bagi anak orang makan ingat senang ker.  Apatah anak dara orang itu, hot dan maintenance tinggi. 

Tetapi, dah natijah manusia. Bila part ni, hendak seribu daya. Maka berjalanlah si suami dengan bakal isterinya ke seberang di utara sana. Tup tup, balik penuh dengan kesenyuman. 

Namun, akan berbangkit masalah pada kemudian hari nanti. Masalah yang mungkin berlaku ialah suami tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Sebagai contoh isteri muda hanya dapat berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali. Ia sekaligus merosakkan nama semua lelaki. Dan timbullah ayat "lelaki semua sama". Itu satu generalisation yang sungguh sunguh tidak adil. Dan pasti ada lelaki yang bersetuju dengan saya. Katakan anda setuju. 

Dan tidak mustahil nanti, pabila bernikah di seberang sempadan; akan berlaku kesulitan apabila si suami meninggal dunia, dan tidak mengetahui akan wujudnya Chief Bini dan Junior Bini dalam kehidupan suami. Maka, akan timbul pula satu kesulitan baru tika pembahagian harta kelak.

Ia juga akan menganiaya si anak anak dari Junior Bini. 

Berbalik kepada KPI, apakah aktiviti khusus kelab ini? Adakah ia sebagai satu lagi usaha untuk menghidupkan ajaran sebelum ini? Tidak, sepertimana yang disebutkan Khatijah sendiri dalam laporan itu, ia bukan bayangan dari Al-Arqam.

Bagaimanapun, saya sedikit keliru dengan kenyataan beliau:

"Begitupun, katanya, kelab berkenaan bukan boleh disertai dengan sewenang-wenangnya kerana ada syarat perlu dipatuhi.

“Syarat utama, suami perlu membawa isteri kerana kita tidak buat di belakang isteri (secara rahsia). Wanita semestinya menentang poligami.

“Sebab itu kita akan beri pemahaman berbentuk kursus dan motivasi untuk tempoh tiga bulan sebelum keputusan dibuat tanpa paksaan.

“Yang penting, mereka diberi pemahaman, nanti disiplinnya boleh diikuti dan kerana itu perlu jadi ahli dulu, perlu ikut kursus,” katanya.

Itu katanya. Memang tepat sekali, kalau si suami tidak mampu, buat apa diajak, digalak dan diseru berpoligami? Ia bukan kewajipan. Kalau ia hanya untuk menzalimi kehidupan wanita bukan sahaja dari segi fizikal atau mental, buat apa digalakkan? Adakah kursus tiga bulan itu mencukupi untuk si suami melayari kehidupan bertahun tahun selepas itu? Adakah ia mampu memberi satu ingatan kepada si suami untuk berlaku adil pada tahun tahun selepas itu?

Dan kenyataan seterusnya dari Khatijah agak pelik:

“Kita turut menjaga kebajikan ahli. Contohnya, jika ada ibu kehabisan susu anak, mereka boleh pergi mendapatkannya di kedai milik GISB tanpa bayaran,” katanya sambil memaklumkan, GISB mempunyai 1,000 premis perniagaan di seluruh negara.

Wait. Itu bagai satu galakan kepada yang tidak mampu untuk berpoligami. Sampai susu tak boleh beli, 'buat buat lupa' nak beli atau memang tak ada duit nak beli. Yang jadi mangsa adalah anak. Kesian si ibu. Sudahlah mengandung sembilan bulan, menanggung keperitan bersalin, nak menyusukan anak, kena pulak mengadu nasib di kedai. Macam mana kalau susu anak habis ketika musim perayaan seperti Aidilfitri nanti? Kedai GISB bukak?

Ia sekaligus membuka ruang kepada ramai yang bercita cita untuk memiliki BMW padahal hanya mampu memiliki Perodua Kancil sahaja. Cukup masa (atau mungkin tak cukup pun), kena tarik. 

Padahal biarlah BMW itu dimiliki oleh mereka yang mampu sahaja. Biarlah ada satu perbedaan dalam mereka yang layak dan tidak. Dan ya, ramai wanita yang tak suka akan poligami. 

Tempohari, saya menjenguk seorang ibu kepada lima anak yang membenarkan suaminya berpoligami pada ketika dia sendiri akan melahirkan anak bongsu. Last last, suami ghaib. Mungkin suami ada ilmu ghaib David Blaine.

Kadang kadang si isteri tak kuasa nak melayan rengekan dan pujukan si suami. Malas nak layan, sehingga membenarkan si suami yang dah tak kacak lagi macam dulu dan berperut boroi drooling over hotties. Maka, dibenarkanlah si suami berpoligami.

Tetapi si suami pulak kenalah nengok kat cermin, mampu atau tidak. Kalau Teo Credit mahupun Ah Leng Credit adalah rakan anda dengan bayaran berlipat kali ganda dek tak cukup duit, maka lupakanlah hasrat suci murni tu kononnya nak menjaga anak dara orang. Pi lah puasa selalu kurangkan sikit nafsu nafsi tu. 

Dan saya, saya akan terus menyimpan cita cita itu walaupun kekadang bila saya fikir, ia sekadar angan angan seperti lelaki lain. 

Friday, August 7, 2009

SELEPAS JUMPA PISTOL, PEGAWAI AADK DIRUNDUNG KESEDIHAN

Si kecil baru melepasi usia setahun.

Masih merangkak.

Beberapa bulan lalu, ibu kandung si kecil kembali ke Rahmatullah. 

Kemudian dipelihara oleh saudaranya sendiri, seorang pegawai kanan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertugas di Johor Bahru dan beliau adalah kenalan rapatku. 

Sebelum itu pun, si kecil sudah manja dengan bapa angkatnya, dan si kecil sudah dianggap seperti anak sendiri, dibelai dimanja setiap detik bersama.

Tiada yang indah buat si bapa dan isteri, selain mendengar tawa dan tangis si kecil selepas penat bekerja, apatah lagi si bapa yang menyara hidup sebagai seorang pegawai AADK  berdepan dengan pelbagai karenah manusia.

Tika pulang ke rumah, resah gelisah bagai hilang melihat gelagat si kecil.

Teriakan si kecil bagai sudah difahami akan kehendaknya. Tika lapar, tika kehausan, tika mahu dipeluk, dimanja. Tika mahu didodoikan. 

Tidur yang nyenyak, badan yang keletihan sekalipun, tidak pernah si bapa dan isteri merungut pabila si kecil merengek. 

Tiada irama yang lebih merdu selain dari hilai tawa si kecil pada si bapa dan isteri, walaupun anak angkat. Sepanjang kehidupan mereka berdua, sesaat tanpa si kecil pasti menggamit keresahan. Pasti memahat kegelisahan. Tidak pernah terdetik status si kecil, yang sudah kehilangan ibu pada waktu masih tidak memahami akan duniayang penuh dengan kepuraan ini.

Hari ini kira-kira jam 8 malam, si kecil pergi menemui Ilahi.

Anak perempuan berusia setahun itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sudah seminggu lamanya dan Rabu lalu, berikutan keadaannya semakin kritikal, si kecil dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA.

Hari ini, si bapa bagai tidak mengerti mengapa ia harus terjadi pada dirinya. Tetapi atas keinsafan dunia bukan hak mutlak, dia redha biarpun airmatanya tidak dapat dibendung membasahi pipi.

Tertutup rapat mata si kecil. Kaku tubuhnya. Tiada lagi hilai tawa. Tiada lagi tangisannya. Tidak bolehkah masa diputarkan. Termangu wajah si bapa. Si isteri pula sarat mengandung enam bulan anak pertama. 

Yang pasti, pipi montel dan bibir nipis si kecil sudah kaku, tak bernyawa. Malaikat Izrail sudah berkunjung membawa si kecil ke pintu syurga menemui ibunya.

Kesemua mereka dikuarantin sejak seminggu lalu dek penangan H1N1.

Allah SWT lebih mengetahui. Allah SWT Maha menentukan. 

Ya, Allah, sesungguhnya kau lebih berhak terhadap makhlukmu, Ya Allah. Ya Allah, permudahkan kehidupan kawanku ini Ya Allah.

Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya! 

Al-Fatihah.

p/s: Dinasihatkan kepada semua, tidak memandang remeh akan H1N1. Jika perlu berada di kawasan orang ramai termasuk pasar, pastikan memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan. Dan pastikan sentiasa membasuh tangan sebaik memasuki rumah. Bersihkan diri secepat mungkin. Kerapkan membasuh tangan. 

PISTOL .38 SMITH AND WESSON.

Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru.

Lain yang dicari, lain yang dapat.

Objektif Ops Lenjang Satu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah bagi mengesan penyalahgunaan dadah, namun apa yang ditemui lebih berbahaya.

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan awal 20-an, didapati memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson .38 dalam satu operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) siang semalam.

Kawasan perkampungan ini pernah diserbu pihak polis dalam satu operasi besar-besaran beberapa tahun lalu, termasuk menggunakan unit udara PDRM namun yang berjaya ditahan hanya segelintir sahaja.

Ini kerana banyak tempat persembunyian di sebalik perkampungan setinggan yang tidak tersusun itu.

"Kat sini semua ada. Kalau diaorang merompak, menyamun, semua balik kat sini," itu keluhan seorang makcik yang sudah tinggal di kampung itu sejak 36 tahun lalu.

Kampung Melayu Pandan dikatakan dibuka sejak 1938 dan dahulunya didiami masyarakat yang mencari rezeki sebagai nelayan.

Kini ia bagai satu penempatan yang menjadi kebimbangan masyarakat. Apatah lagi jika mereka tinggal di situ.

Dan semalam, Khamis 6 Ogos 2009, satu serbuan dilakukan AADK bersama 8 agensi lain termasuk Jabatan Imigresen, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bermula jam 10 pagi.

Seorang lelaki dikenali sebagai Maleng, berjaya meloloskan diri biarpun dikejar selepas enggan berhenti untuk diperiksa anggota penguatkuasa dalam operasi itu. Bagaimanapun, rakannya, seorang lelaki berusia awal 20-an tertangkap. Kurang dipastikan sama ada rakannya itu adalah geng jenayah kerana mengikut pengakuan awal, dia diugut untuk mengikut Maleng.

Motosikal yang ditunggangnya jatuh selepas merempuh seorang wanita warga emas berusia 62 tahun. Wanita malang itu mengalami kecederaan di kepala.



Pemeriksaan ke atas motosikal itu membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis Smith & Wesson .38 yang disembunyikan di bawah tempat duduk bersama enam peluru hidup.



Agak mengejutkan kerana pada usia semuda itu, lelaki itu sudah memiliki sepucuk pistol.



Makcik yang dilanggar hanya mampu menangis. Termenung makcik tu kena rempuh. Nasib umur panjang.

Kawasan perkampungan ini memang international. Ada Indonesia, ada Bangladesh, ada Myanmar.

Sebelum ke kampung itu, sebuah kawasan berhampiran turut diperiksa.

Sebuah rumah diperiksa. Terdapat seorang lelaki di dalam rumah sedang nyenyak tidur.

Dikejutkan untuk diperiksa dokumen perjalanannya.

Hampir terkejut kami, sebab ada persamaan dengan seorang penyanyi. Macam dah lama tak karaoke lagu kumpulan ini.




Dia mungkin peminat nombor satu penyanyi itu. Dan saya dah tengok kad pengenalannya, bukan orang dimaksudkan.

Dan ini pula, seorang gadis hot yang terlibat dalam operasi itu. Dia bukan ditangkap tapi jaga jaga, dialah yang buat urine test, kalau korang positif, senyumlah puas puas kat dia, sebab lepas tu, dah tak boleh senyum dah. Tomey kan?


Wednesday, August 5, 2009

KAMI IKHLAS DAN SENTIASA SANGKA BAIK.

Bukan mudah menjadi wartawan. Siapa kata senang?

Ia tidaklah sekacang yang semua orang sangkakan. Ia durian.

Tanya old timer like Mazidul Akmal Sidik, Saniboey, Ondscene and of course Shahpaskal.

For the past 15 years, it is not easy as it looks.

We need to uphold our own integrity. Bukan sahaja media yang kami wakili, tetapi diri sendiri. Bukan mudah. Kalau kami 'bedek' dengan story kami, pastinya akan kantul satu hari nanti. Kan dah ada teladan baru baru ini. Dan kalau kantul, ia adalah satu kantulan yang paling anti climax.

Every step of the way, kami sentiasa menjaga laporan yang dicoretkan pada story atau skrip kami. Bukan senang. Kalau sekadar nak buat cerita, banyak cerita yang kami nak cerita. Kami pun suka bercakap. Haha.

Perlu ada kesahihan, dan kami juga terdedah dengan pelbagai karenah dan aksi serta gaya sommersault lidah yang kadangkala cuba memperdaya kami, termasuk dengan airmata.

Apabila menerima sesuatu maklumat, kami sentiasa sangka baik. Kami pergi dulu, biarpun jauh beribu batu, meredah hutan belantara, merenangi lautan, ok lautan kami tak renangi sebab biasanya naik bot atau sampan, dan jangan sangka sampan yang kami naiki adalah five star atau sepuluh star.

Pernah, sampan yang kami naiki memang fizikalnya tak mampu membawa lebih dari seorang, sebab cukup seorang pendayung, sampan itu sudahpun membuat position wheelie, tenggelam bahagian belakang.

Air laut atau sungai tak jauh langsung dari sisi sampan. Tak payah mendepa tangan, pasti dah boleh cuit.

Mahu tidak mahu, kami cekalkan juga hati. Apatah lagi kami akan menaikinya bersama kamera yang bernilai belasan ribu ringgit. Dan ayat seperti: biar korang jatuh, jangan kamera jatuh adalah biasa, walaupun untuk mereka yang baru setahun jagung pegang kamera, akan kecik hati dan muncungkan bibir, ia adalah hakikat.

Dan apabila bertemu dengan subjek utama untuk diwawancara, kami pastinya akan bersangka baik. Yelah, dah datang jejauh ni. Apa jua yang hendak diceritakan, kamilah their listener, and we will DO OUR BEST to convey it in good faith. Dan tujuan atau objektif kami tetap kami uphold - contohnya - sebagai wartawan, mungkin apa yang bakal ditulis akan dapat mengubah nasib hidup mereka, membantu mereka, membuka mata pihak pihak terbabit untuk tidak mengabaikan mereka ini.

Tapi ada juga yang ambil kesempatan. Ya, itu tidak mustahil. Amat amat tidak mustahil.

Apatah lagi, lengkap dengan cucuran airmata dan pasti menggamit sebak dalam hati pendengarnya.

Tapi, selain menaiki sampan yang uzur, dan dimaki hamun, kami juga resourceful. Amat amat resourceful. Kami sentiasa mempunyai sumber maklumat dari pihak lain untuk mengesahkan apa jua yang diceritakan, dan diberitahu termasuk bersama airmata berbesen besen, adalah sahih dan tidak ada yang lain selain yang sahih. Dan sumber kami, sudah dipastikan sahih. Bukan sekadar cakap cakap sahaja. Dan kami pinta bukti. Toksah buat pasal nok, karang cerita tak betul, siappppp kau nok.

Dan kami juga memiliki deria analisa yang amat tinggi, terutama pada mata kami. Setakat melilau ke segenap penjuru, menganalisa dengan penuh dedikasi, kami juga berkebolehan sebagai human lie detector. Betul, tak tipu. Haha.

Maka, biarpun kami sempat sebak dan bergenang airmata mengiringi cerita ceriti si pencerita, kami tetap memasang kaki ala ala tonto untuk mencari maklumat agar apa yang dilaporkan tidak menjadi bahan tempelak dan lawak pembaca mahupun penonton.

Dan bila kami dah tahu apa yang diceritakan si pencerita penuh dengan kesedihan itu adalah tidak benar, kami mempunyai satu ilmu yang ramai tidak tahu. Hanya segelintir sahaja yang tahu kami memiliki ilmu ini.



Inilah ilmu kami yang jarang jarang kami tonjolkan kepada public apabila kena tipu square square. But we always know bila ada bau seekor ikan. Yelah kalau tak pergi, mana nak tahu kesahihannya. Oh, kami memang terer naik beskal ni.

Kami faham jika anda susah. Kami sedia membantu, Insya'allah, apa yang kami mampu. Tapi apa yang kami tak faham ialah kalau sendiri yang cari penyakit hingga membawa kepada kesusahan, tapi masih ada nafsu nafsi nak menipu.

Yang tak bestnya, si pencerita tahu kami datang dari stesen televisyen, dan apalah gamaknya nanti kalau gambo meka dan anak anak meka masuk TV, dan tup tup orang tahu meka menipu. Apa kekdahnya?

Memang wujud golongan seperti ini. Tak tahu apa motifnya selain membikin cerita dan pastinya meka meka ni semua boleh jadik penulis novel cereka yang baik. Dan mungkin jugak mampu menandingi J.K Rowling.

Bagaimanapun, bak kata Mazidul, takperlah bro, janji niat kita nak menolong orang. Betul tu. Kekadang hidup kita sendiri pun tak sempat nak diuruskan dek nak menolong orang, tetapi toksahlah temberang kami.

Bak kata Datin Wan Abe - Su-wer (sure); of kos.

Sunday, August 2, 2009

HELO 999.. SAYA ADA KECEMASAN, BERAPA JAM LAGI AMBULAN SAMPAI?

Tidak, ia bukan mengenai program 999. Tiada kaitan langsung. Kalau ada pun, ia secara kebetulan.

It is about our 999 emergency number.

Bermula 1 Oktober 2007, semua talian kecemasan menggunakan satu nombor sahaja iaitu 999. Empat agensi berkongsi talian ini, polis, hospital, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam.

Talian dikenali sebagai Sistem Perkhidmatan Panggilan Kecemasan (MERS) 999.

Banyak keluhan mengenai response time oleh pemanggil antaranya kelewatan agensi atau jabatan tiba di tempat kejadian. Adakah ia sekadar myth atau cakap cakap sahaja?




Well, I can't say much about other agencies but last Friday (31 July 2009), saya terserempak dengan satu kemalangan melibatkan kecederaan parah berhampiran Perling Mall, Taman Perling Johor Bahru.

Aku memang sentiasa yakin dengan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) sebab berdasarkan pengalaman dan bukan cakap cakap sahaja, mereka pantas tiba di tempat kejadian.

Dulu ada talian 991 yang menghubungkan terus ke agensi itu. Kini ia dirangkumkan melalui talian 999.

Kalau tak silap, kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam berhampiran Perling Mall, Taman Perling Johor Bahru, dan mangsa - seorang wanita dalam lingkungan awal 40-an mengalami kecederaan agak parah di bahagian kepala.


Saya tidak akan memaparkan gambar lebih close up kerana ia  agak disturbing. 

Saya menghampiri seorang lelaki yang saya lihat agak kelam kabut kerana sibuk menggunakan telefon. Saya pasti dia bukan kaki tow truck.

"Dah call ambulan?" tanya saya kepada lelaki itu.

"Dah bang, dah call tadi, dah lama dah call, tak sampai sampai," jelasnya termengah mengah.

"Pukul berapa tadi awak call ambulan. Nombor mana yang awak call?" tanya saya kepada lelaki itu sekali lagi.

"Sekarang pukul berapa bang? Saya call 999 lah. Nak telefon mana lagi. Terus dia memeriksa telefon bimbitnya dan waktu panggilan adalah jam 10:30 malam.

Waktu itu, jam sudah 10.55 malam. Eh lama sangat tu. 

Anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara (JBU) sudahpun tiba waktu itu. Mereka hanya mampu menyabarkan mangsa kerana khuatir kecederaan yang tidak dapat dilihat memandangkan terlalu banyak darah keluar dari kepala mangsa.

Saya terus menghubungi seorang pegawai JPA Johor bertanyakan mengapa tiada ambulan selepas hampir setengah jam panggilan 999 dibuat. Terus dia menghubungi pusat kawalan JPA dan menghubungi saya semula memberitahu makluman baru diterima.

Dan tidak sampai lima minit ambulan JPA tiba di tempat kejadian. Pantas. Dan itulah sebabnya saya sentiasa yakin dengan JPA.

Namun, yang menjengkelkan saya ialah ambulan dari Hospital Sultanah Aminah juga muncul selang seminit sebelum ambulan JPA itu tiba.

Apakah talian 999 itu sendiri efisien menangani panggilan kecemasan? Perlukah kerajaan melihat semula SOP penyampaian makluman? 

Dan saya terfikir, kadang kadang pihak polis sendiri lebih selesa memaklumkan nombor telefon rakancop terhadap sebarang kejadian jenayah berbanding 999. Dan saya akui, menghubungi talian rakancop lebih cepat response nya berbanding 999. Apakah pihak polis sendiri melihat kelemahan ini, apatah lagi agensi itu bertanggungjawab terhadap keamanan dan ketenteraman awam, dan menangani perlakuan jenayah?

Apa yang perlu dilakukan? Kita lihat di kaca TV, siri 911 edisi barat begitu cepat dan cekap attending to call in distress. Adakah kita masih belum mampu mencapai tahap itu? 

Apakah yang menyebabkan ambulan tiba di tempat kejadian hampir 30 minit selepas panggilan dibuat? Adakah disebabkan jumlah ambulan tidak mencukupi di bandar besar seperti di Johor Bahru? Atau adakah ia disebabkan penyampaian makluman dari MERS 999 lewat tiba di hospital?

Jika ambulan tidak mencukupi, apakah langkah perlu dilakukan kerajaan, jika berlaku satu bencana besar di bandar besar seperti Johor Bahru? Mencukupi atau tidak jika pasukan sukarelawan digerakkan jika berlaku bencana di Johor Bahru? Pernahkah latihan terhadap kesediaan agensi ini dilakukan? 

Kini saya bertanya pada diri sendiri, jika berlaku kecemasan seperti ini, adakah sayaakan menghubung talian 999?

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.