Friday, July 31, 2009

PART TIME.

There are many ways untuk tambah pendapatan. It can just be anything.

Dan aku salute to all housewives yang masih ada kederat untuk mencari pendapatan tambahan di sebalik kesibukan menjaga anak, jaga rumah dan yang paling penting - jaga jaga wahai laki. But hopefully jangan terlalu sibuk berniaga hingga lupa anak anak dan yang penting, laki tu. Kat luar ramai anak dara makcik makcik sekelian.

Ada several readers here are doing array of businesses- direct to home merchandise. Kekadang aku pun tak tahu wujud bebarang yang diaorang jual. And I salute them.

From crocks, pebbles for kids, cakes, cookies and many more. Baju dan bag pun ada.

Women always be the best marketing segment. They buy. They spend and most of all, they helped their husbands capitalizing their money. Yeah, diplomacy tak guna perkataan capitalizing. U love that word kan. Good for you. Kami suami suami pun suka sebenarnya, nampak jek kami berkerut, tapi kami suka. Suka sangat. Belilah belilah..

Dah ramai sebenarnya yang guna blogspot untuk berniaga. Dan untuk memiliki domain sendiri pun dah tak mahal. Banyak provider di Malaysia ni untuk dot com, dot my, and many more.

Kalau setakat tudung jek, google for it, and you will receive more than 2 million sites. I wonder with those number, ada 2 juta jenis tudung ker untuk dipilih?

Tudung ekin, tudung bawal, mariani, tudung siti, even Datuk K has a tudung by his name. Mawi too and so as Wardina. Do they receive any royalty for that? Hopefully Mazidul or Ally Iskandar will not end up having their names on tudung too.

And come this Raya, mesti inovasi terbaru akan terbit bagi nama tudung. I can't wait to hear the new names.

Dan competition is also stiff. Very stiff. Everyone is selling tudung. Tapi pastinya, akhirnya nanti, service and the presentation of tudung akan menjadi sebab utama kepada pembelian.

But truly, if you need to use a model, make sure the model can attract your buyer. It can be anybody, your next of kin / adik beradik; sedara mara; jiran tetangga or even kekawan. But my advice is, they might look good in person - cantiklah kau ni, boleh tak jadik model aku - get them on photo and see sama ada mereka photogenic.

Women like to imagine themselves. They imagine themselves to be the next Megan Fox and some would even imagine they are better looking than Rachael Finch.

Use A.I.D.A as your tool ok. Hopefully it may help.

A - Attention
I - Interest
D - Desire
A - Action

Kalau dah dapat perhatian, ia akan mengwujudkan minat - kemudian ia menjadi satu keinginan dan dari situlah anda perlu memupuk mereka untuk mengambil tindakan - iaitu membeli dari anda.

If you hotter than Rachael Finch or even Megan Fox, anda boleh gunakan diri anda sebagai peraga barangan yang dijual. Otherwise, skip that thoughts of yours ok. Be honest with yourself, kalau tak lawa, face it and leave the modeling to someone else ok? The truth hurts. I know.

Or locally, if you feel that you are hotter than frens like Zaleha or Belle or my wife (yes my wife is hot, tak tipu) or the infamous Hanis, asked again, not to your spouse but from the most honest frens that will tell you the hard truth and nothing but the truth.

Ohh, ada juga kawan yang sengaja cakap benda tak jujur, semata mata to let you make fool of yourself. And adalah modal untuk diaorang jaja dan berniaga air liur diaorang gelakkan korang.

"Bolehlah, kau lawa, lebih cantik dari Wardina tu." itu kata dia hari ini.

"Haha, si tipah letak muka pecah rumah dia kat blog jual tudung, sampai mati pun takder orang nak beli." itu kata dia hari yang sama, tapi di lokasi berbeza. Sedih tak? Pastu korang pergi serang dan dapat musuh baru. Best tak? Bestlah sebab dari dapat customer, dapat musuh. Jangan jadi batu, tapi jadik sabut.

Dan jangan sekali kali guna camera phone to promote your product on the site. Tolonglah. Learn about megapixel, why camera phone is a BIG no no to promote a product. Cukup with a compact camera. Sekarang pun Canon dah offer digital camera murah. Saw it on their TV commercial featuring Zakiah Anas.

Nak berniaga kena ada modal kan, so why not invest a bit to tech? Kalau ada duit, mintak kat laki, pujuk dia malam Jumaat. Tapi jangan tanya masa dia tengok bola. Confirm tak dapat.

Sebab tulah, perfume perfume atau product branded di majalah antarabangsa guna model comel lote, walaupun terkangkang kiak sekalipun, they still look hot because they are hot dan tetap nampak anggun dan terlintas dalam hati si penengok - cantiknya kalau aku pakai ni. Yeah, the most is telan air liur sebab confirm laki marah dan akan kata: "beli handbag tu satu, tapi duit tu kalau kita beli beras, berkilo kilo kita dapat." But never say that bila laki beli ekzos baru atau tukar sport rim baru kat kereta dia. Derhaka namanya tu tau. lols.

I am not against our local product tapi why is it that produk kosmetik kat negara kita ni mesti nak guna muka pengasasnya sebagai model? Model model kat Malaysia tak anggun ke? Tak hot ker? I should ask Hanis kenapa. Hanis kenapa? Orang Johor tak hot ker?

Tak percaya? Selak Mingguan Wanita, it is like a competition oledi. Mak pah, mak som, mak nab and mak jah jek yang tak masuk lagi, jual jamu home made diaorang. Kalau diaorang pun buat camtu, parah.

And I can't take the posing too. Posing dagu, posing tengok langit mesti ada. Posing cekak pinggang pun ada. Mesti cina kedai gambo tu lepas korang balik berdekah dekah ketawa. Mei yau mei yau.. wu chi lau sia bu nang huwa huwa huwa. Pandai aku cakap cina kan.. Haha kau kena tipu, aku belasah jek tu.

Nak jual apa sebenarnya? Nak jual produk atau nak mempromosikan diri sebenarnya? If you need to promote yourself, masuk pertandingan nyanyi and make sure you sing badly so that people could remember you.

Dan jadik trend ke, perlu ada gambar pengasas to tell the whole world who is behind the product? If you are someone known by many, way way and way sebelum buat bisnes tu, then it is fine. Tapi kalau tak, lupakan jek hasrat murni dan suci itu.

Getting a complaint is the best way to improve. Say thank you to all the complaints. Janganlah pulak cakap awak tak suka barang saya, awak punya pasal, orang lain suka. Hahah. So Melayu kan?

Komplen tu FREE. Takyah nak lantik konsultan memana nak pi check apa kurang kat barang kita, produk kita dan servis kita.

Ohh satu lagi, kalau ambik gambar model, lepekkan lah sikit mekap kat model tu, kalau muka berkilat bagai disapu buttercup nak buat kuih samprit, kan anti climax tu. Haha, I sound like gay lah pulak. Hahaha.. taklah nok, ai gurau arrr-jer.

Dah tu, jangan pulak ambik gambar backdrop berenda renda berawan larat. Tak contrast. Find a plain backdrop yang boleh menaikkan gambar model anda. Satu contoh ialah di Resipi Emak. See how the author of the blog do it. Naik seri kuih yang dipromosikan. Guna background yang contrast.

Takyah beli backdrop macam kat kedai gambo tu. Guna yang sedia ada. Tapi pastikan warna backdrop bukan dari family of the color. Contrast kan. Plain background would go nicely dengan tudung yang berenda renda. Baru terserlah produk tu.

Begitu jugak dengan baju yang dipakai model. Kalau tudung putih, pakai baju putih susah nak contrast cik kak oii.

Jangan ikut selera kita, ikut selera pembeli please.

Sama jugak kalau jual aksesori. Macam sepatu bebudak, ia akan menggunakan model kanak kanak yang ceria, yang muka happy, dengan posing yang jovial sampai ke langit. Kenapa? Cuba kalau letak budak tengah menangis, atau muka lepas berak dalam seluar. Ada orang nak beli?

(yeah, talking about that, one bad ass pi campak pampers anak depa depan rumah aku lepas anak dia melepas. Banyak betul pahala perbuatan tu. Aku nak sediakan tong khas untuk orang ini. Nasib aku tak bakar jek, mahu panas punggung anak depa. Hahah.. ala ala mandrem laa kiranya tu).

Kalau aksesori tu untuk wanita, gunakan wanita sebagai modelnya. Kalau aksesori itu untuk di pergelangan tangan, gunakan tangan yang cantik. Inovatif sikit. Kalau silver, mesti lawa kan kalau dipakaikan di atas sarung tangan hitam. Tapi bukan pakai sarung tangan pi rempit tu. Mampus takder orang beli.

Dan janganlah pulak guna tangan yang bercapuk capuk, atau kuku short dek digigit 24 jam. Orang akan dok tengok kuku dari aksesori.

Jual fesyen. Jangan jual produk. Jual style. Jangan jual produk. Faham? Tak faham tak apa.

Rajin tengok blog orang lain yang dah berjaya. Tengok presentation mereka. Make frens with them, kalau boleh lah. Mesti ada sebab diaorang berjaya, dan bukan sebab pakai pelaris semata mata. Orang Melayu kan, mesti ada pelaris. Duit singgit lama dalam wallet pun boleh jadik cerita. Haha. Betul tak? Aku tau, aku pun sama. Dan korang pun sama naik kan. Bunyi macam orang tua pulak ayat tu kan.

Bila dah ada blog, gunakan email pengunjung untuk memberitahu mereka produk terbaru. Janganlah tunggu diaorang mai lagi. Mungkin diaorang sekadar blog hopping dan selang beberapa minit diaorang dah lupa address korang. Never ever use hope as part of your marketing tool.

And ohh, jangan pepandai nak pi paste kat blog orang suruh pergi blog korang. Itu spamming. Jangan nak gatal buat camtu ok, especially here.
I know a very good lawyer.

Make frens. Jangan ko tunggu 24 jam click kat blog sendiri kenapa tak ada orang datang, dan counter tak gerak gerak. Analisa blog tu. Kenapa orang tak kunjung tiba melainkan mereka yang tersesat sebab type abang askar dan sebagainya? Apa itu tagging? Adakah sebab layout tak cantik? Takder elemen pink pink? Color pun memainkan peranan. Kalau plain sangat pun orang tak mai. Kalau banyak sangat color, dah macam paddle pop.

Layout untuk blog jugak tak payahlah banyak sangat awan larat, sebab nanti streamyx tak larat nak load. Streamyx kat Malaysia ni dahlah yang terbaik kat dunia. Pastu gunakan pulak background yang berkilo kilo megabyte nya, memanglah lambat nak load. Kat internet ni, orang cepat boring, and remember you are NOT the only one selling that product. SO kemungkinan untuk jari jemari memalingkan muka ke arah lain amat besar dan hebat sekali.

Dan akhir sekali, kalau rasa macam English kita tu standard standard aku yang tak pandai ni, baliklah ke pangkal jalan dan gunakanlah bahasa Malaysia dengan penuh tertib dan mudah diifahami. Takyah guna perkataan metaphoric ataupun bergulung lidah nak nyebut. It should be precise. Tepat dan informative.

Remember, don't force your prospect buyer. Pujuk mereka dengan kempen yang menarik. Buy one free five ker, buy one and win a water filter Syukurrrrrr Alhamdulillah ker.

Jangan guna elemen "kau kan kawan aku, belilah satu" kind of approach ok. Aku benci approach camtu. Orang Afrika jual jam pun, walaupun kenal aku sebab hampir sama color kulit, tak pernah guna elemen camtu tau. Dosa tau. Nanti nanak kawan ngan awak.

And finally, jangan expect your blog to be visited by many many the many and the millions of people overnight ok. Unless you have some classified documents that may help MACC, you could be featured in The Star, and pengunjung akan meletup letup datang.

Happy selling! Kalau dah kaya ingat aku tau. Komisen aku jangan lupa tau.

Wait, tambah sikit. Kena adalah Public Relations tu sikit. Make frens and establish yourself. Jangan terus terus, paste produk kita kat blog orang. Orang tak suka.

Thursday, July 30, 2009

BLAST FROM THE PAST...

Aku dok carik lagu untuk this wedding vidz for a fren and ended up with something that reminds me of kisah kisah muda mudi teruna moner. Haha. Rasa macam dah tua today. From Nothing Gonna Change My Love For You... tup tup aku nampak memacam lagu lama. Haha.

Remember Jefferson, rendering Sara? And the likes of Expose, Mr Mister, Heart, Foreigner etc etc from the 80's. How about Frankie Goes To Hollywood? Why on earth depa letak nama macam tu aku pun tak tahu.

Human League sounds so Boy George = gay.

Toto pun besh. Sekarang orang tak dengar Toto, orang tengok Toto kat page sukan.

Try the song Alone by Heart. Celine Dion pernah nyanyi balik lagu ni.

I love the 80's music still to this day.

Watching some of the 80's vidz on youtube.com brings back memories, well, some good, some bad or should I say mostly bad? Kelakar, dulu time sekolah tak ingat pulak ada pacar. Mungkin sebab I look too good to be pacaran with anyone? Or seluar aku dipakai terlalu tinggi? Atau jambul leleh aku tak hot untuk any of the girls from SETA or SIGS or even Convent?

But 80's memang best.

I was Lolz-ing watching the vidz from those years. You cant tell the difference between the male and the female groups except by voice and boobs.

But it is easier now compared to those days. Nak dengar lagu, pasang streamyx yang selalu terhegeh hegeh ni atau Celcom Broadband yang kejap ada, selalu takder signal tu and type youtube, voila you get everything.

Tapi cool abis bila dulu kecik kecik dapat dengar Men At Work diperkenalkan by my elder brother. He was singing for a popular rock group dulu. Dia siap ada sketch book to write all the lyrics and he was jamming with some dudes including one omputih yang aku tak ingat apa pun tapi berjaya membeliakkan mata jiran jiran.. ahahah so kampung kan, and curly long hair were the in-thing dulu. Wet look. Kah kah kah kah.

Aku terbayangkan kalau perm camtu, memang confirm mak bapak segala unggas dan raja rimba boleh duduk sembunyi dalam rambut diaorang. Kalau pi mamak gunting, siap siaplah dengan bagasi bagasi untuk pindahkan unggas unggas itu semua.

And yes, dulu rebonding service memang tak laku. Dulu guna jari pun tak boleh. Kena guna berus dawai.

Tapi Boy George style memang takleh handle. WTF with him. Worry not, sekarang pun ramai kat Malaysia camtu. Takyah nyanyi lagu Boy George pun. Even with skimpy skirt exposing their as big as balak kat hutan Sarawak's thigh. Kalau tokeh KFC nampak, sure dah kena sembelih.

Some of the names I remembered and googled:

Blondie, The Police, John Mellancamp, Journey, Rick Springfield, Joan Jett, Bruce Springstein, Van Halen, A-Ha, Wham!, Madonna, Whitney Houston, Bangles, Bon Jovi, U2, Whitesnake, Def Leppard, INXS, Guns N' Roses and Paula Abdul sedara Sarif Dol.

Dulu, masa tu, drum set evolves to electronic. Bila pegi kedai Yamaha nengok benda alah tu, mulut ternganga and keluar bunyi.. wuuuuu ahhhhh wuuuuuuuu...

Dulu during the 80's ada disco meko tu semua sibuk buat high tea untuk bebudak sekolah. Tapi tulah, aku golongan marhein, so tak pergilah, dengar cite orang jek. Betul.

Cuba sekarang buat, paling lama pun setengah jam, pastu gambar dah masuk sok kabor.

And ohh, jangan lupa Breakdance! Haha. Memacam style, helikopter lah, kapal selam lah.. Those robotic moves amat amat happening dulu. Dengan rambut jambul leleh sikit antara kening, pasti kau akan jadik hot.

Kalau pandai buat those dance moves ala ala robotic in public dulu, bersiap sedia untuk control hidung sebab kiranya ko hebatlah. Cuba sekarang ko buat kat public, ala ala robotic kat depan kaunter Mcdonalds, tak kena sepak dengan Ronald.

Ataupun, masa nak nikah tu, ketika hulur tangan pada tok kadi, ko buat gimik sikit ala ala robotic. Mesti best.

Haa, dun forget Solid Gold !! For those yang tinggal in the southern would definitely know this program on SBC 5 (now TCS5). SBC stands for Singapore Broadcasting Channel.

And I was like ermm.. bior aku kira jap, not even a teenage boy. This program if aku ingatlah, kuar kul 11 malam (sebelum Che Det cepatkan time kita sejam).

So, definitely sebagai budak sekolah yang tertib dan kena pasang ubat nyamuk, aku kena tidur awal, tapi sebab Solid Gold ni, aku dan abang abang aku sneaked out and tried to watch it. Dan sentiasa kantul dengan mak aku. Hahahah..

Apa ke idaknya, cuba nengok dancersnya. Kami nak tengok dancer jek pun.





Hah, berbaloi kan tahan ngantuk. Kalau tak silap, it was aired every Monday for many years.

Yelah, ada ke patut depa tayang kaki kaki jinjang pada kami yang masih mentah dan suci (read: masih lagi). Kata mak aku, buat apa tengok perempuan terkangkang kiak.. she was very strict. Love my mum!

Dan aku masih gelak dengar lagu Solid Gold tu, antara lagu yang masih aku ingat. Hahahah.. hahahah.. kah kah kah kah.

Wednesday, July 29, 2009

Melancholic.

After a two-week full of stress, hectic hours, reduced hours of sleep and rushing for deadlines, I finally can breath again today.

Despite kesibukan itu, aku sempat menjengah rumah ibu Mawi diceroboh penjenayah Indonesian bajingan, goblok dan perlu dipersetankan. Dan ehem, the family were so pleasant. Yeah, many asked me, eh kau pergi rumah famili Mawi, diaorang tak cam kau ke? Hahah, they better not. Haha.

And despite kesibukan itu, I managed to squeeze my not-so-luxury time communicating with Desert Rose for a defamation letter to be issued soon. Truly, I must say, being in blog connects people and Desert Rose membuktikan itu semua, how strangers can be good friends dan jangan terkejut, you may have better friends here rather in real life.

Terima kasih Desert Rose for being such a wonderful person. (yes, DR, that is another ayat mengampu from me, but mengampu ikhlas tu).

No Gucci, No LV being asked in return, but I am sure, she deserves more than that. How about a controlling stake in Gucci for a change? No, don't be touch and don't shed your tears Desert Rose, you are more than anything in this world. Haha, macam tak ikhlas kan bunyi tu?

Aku singgah fren's blog, Obefiend and it cheers me up for his not so nice thing at majlis perkahwinan thingy entry. Haha. Idiot.

Masa sibuk tu, I was hooked up with an official opening for a client, dan banyak benda yang aku lihat perangai manusia. Betapa jangan terlalu yakin dengan apa yang kita cakap, kalau kita tak tahu pucuk pangkalnya. Hahah.. confusing kan? Yeah, I am a confused man.

Aku buat Public Relations for the client and video production, and client amat amat suka with the result. Tahniahlah hazrey. My team survived the long hours, sleepless night and the hectic hours. But the satisfaction terhadap kerja amat penting, money is necessity tapi kalau takder satisfaction towards what you are doing, it won't bring you anywhere. Pi mai pi mai tang tu jugak. But my team, if they were to be employed by others, I will make sure they are being paid berganda ganda dari sekarang for their skill and knowledge. But I know they are loyal to me sebab aku manis. Sikitlah, tak banyak, tapi sedap mata memandang. Haha.

Handling the media people are easier if you know them. Tahu apa kerja diaorang, faham kerja diaorang dan tahu what they want before they asked. And they love me too. The feeling is mutual. lols.

Not to forget the most controversial blog - DonCorleone. Haha. Of late dah takder fuck fuck dah. Good boy.

Mazidul also speaks about pondan's blog, yang papar gambar gambar mencerca kaum sejenis aku. Pondan epidemic will never ever be habis selagi takde perlaksanaan penguatkuasaan yang lebih tegas. And ohh, don't forget to catch 360 tonite, ada citer hantu.

And my wife is such an understanding person. "Dear, I ingat u dah pindah" Haha, nasib dia tak kata macam tu lagi. Dah 2 minggu jarang tengok dia. Balik dia dah tidur, bangun pagi keluar dia belum bangun. Yeah, I go out very early. Only sms and calls to tell her menjelaskan statusku masih lagi kekal sebagai suami dia. Har har.

To her, thank you baby, nanti kita pergi holiday ehh. Gi singapore jek boleh ker? Tempat lain ada H1N1 tauuuUuuUuu.. betul.. tu sok kabor beritau tu...



Sunday, July 26, 2009

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM YASMIN AHMAD

Sudah tentu, ia satu kehilangan yang besar kepada negara.

Satu kehilangan permata.

Satu kehilangan pemikir dan pelaksana idea inovatif dalam industri seni.

Mudah-mudahan Allahyarham akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Saturday, July 25, 2009

Rumah Mawi di Felda Taib Andak Disamun.

Rumah Mawi di Felda Taib Andak, Kulai Johor disamun dipercayai penjenayah warga Indonesia.

Hasil tindakan cepat polis, dua penjenayah ditembak mati tengahari tadi.

More updates after 7pm today.

* * * * * * * *

Teratak Bonda yang dibina Mawi untuk familinya di Felda Taib Andak, Kulai Johor dipecah masuk empat penyamun bertopeng untuk merompak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi Sabtu (25 Julai 2009) ketika penghuni kediaman di Jalan Enggang 1 itu sedang nyenyak dibuai mimpi.

Penjenayah bersenjatakan parang memasuki rumah itu selepas berjaya mengumpil pintu jeriji di bahagian belakang rumah berkenaan.

Saspek berjaya melarikan dua buah handphone, dua utas rantai dan dua pasang gelang dari badan dua mangsa dianggarkan bernilai RM7,000.

Abang ipar Mawi, Shahrom Sagi (suami Rashidah Ani), 40 tahun yang tidur di bilik atas di banglo dua tingkat itu, berjaya menjerit meminta tolong dari jiran, mengakibatkan penjenayah panik dan melarikan diri.

Pun begitu, sebelum itu, penjenayah mengacu parang ke leher kakak Mawi yang sarat mengandung sembilan bulan.

Bertindak dari maklumat orang awam dan risikan, polis berjaya menjejaki sebuah kereta menghala keluar dari Ladang Fraser, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Melihat kehadiran anggota polis, kenderaan itu berpatah balik memasuki kawasan ladang sebelum dikejar hampir 200 meter.

Kereta saspek terbabas dan memasuki longkang dan ketika polis menghampiri kenderaan itu dan memperkenalkan diri, dua suspek keluar dan terus menghayun parang untuk tujuan mencederakan anggota polis terbabit.

Berikutan tindakan agresif itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah dua saspek berkenaan.

Saspek berusia 29 dan 30 tahun, masing-masing berasal dari Matam, Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia berdasarkan passport mereka, mati di tempat kejadian.

Dua saspek ini sudah kerap keluar masuk ke Malaysia melalui Kukup dan Batam menggunakan passport Indonesia dan dipercayai terlibat dalam banyak kes samun menggunakan modus operandi yang serupa.

Menurut Rashidah, Mawi ketika ini berada di Sabah dan sudah diberitahu mengenai kejadian itu.

More of this on catch up tv tv3.com.my

* * * * *

I posted a question to Deputy CPO of Johor, Datuk Jalaluddin Ab Rahman during the press conference on Saturday, 25th July 2009, adakah intelligence kita tidak mencukupi untuk mengekang kemasukan penjenayah penjenayah ini, apatah lagi dua saspek ini menggunakan passport.

Kita memang mempunyai cukup anggota termasuk kerjasama dari Jabatan Imigresen tetapi seperti yang kita tahu, agak sukar untuk menjejaki individu seperti ini apatah lagi, di passport tiada nama kedua, hanya satu nama sahaja.

Saya ada melihat passport kedua dua saspek dan mendapati tertera nama mereka sebagai Marwa dan Roni Aslah sahaja.

Dan tidak mustahil, jika sebelum ini mereka memasuki negara kita menggunakan nama lain.

Seperti yang pernah saya ungkapkan dalam entry sebelum ini di sini.

Jikapun pihak berkuasa keselamatan sudah melakukan pelbagai cara untuk mengekang kemasukan mereka tetapi tiada kesungguhan dan kerjasama dari pihak berkuasa Indonesia, rakyat Malaysia akan terus dirundung keresahan dengan kekejaman penjenayah dari negara itu.

Dan ini bukan pertama kali, rakyat kita menjadi mangsa kepada penjenayah warga Indonesia dan ada yang memasuki negara ini semata mata untuk merompak atau menyamun.

Aidilfitri semakin hampir, dan sebagaimana tahun sebelum ini, persoalan kini adalah, adakah akan berlaku lebih banyak kes seumpama ini?

Pembanterasan kumpulan jenayah ini sebenarnya bukan di negara kita, sebaliknya di negara asal penjenayah itu sendiri. Pernahkah kita mendengar akan kesungguhan pemerintah Indonesia terhadap rakyatnya yang melakukan jenayah di negara ini? Apa reaksi mereka? Mereka akan terus mendiamkan diri kerana mangsa adalah rakyat Malaysia dan bukan mereka.

Dan seperti biasa, kita tidak akan bertindak seperti mereka menjerit jerit Ganyang Indonesia di depan kedutaan mahupun Konsulat mereka.



Thursday, July 23, 2009

PLACE YOUR ORDER HERE.



I had a dream.

Haha. Bullshit. It was not a dream, it was a daydream. neber neber will hepen one.

While others are customizing their cars, I am set to customize my own private jet.

Best tak bunyi ayat tu, kalau betul. They said, kerja sampai mati pun belum tentu dapat.

But well, as I am in the midst of my biol-ism, sewel-lism, I am entitled to berangan-ism.

Tapi, worry not, aku tak akan isim sampai parang sesaper sebelah aku, atau having illusions.

Tangkal aku pakai kuat. Ok, aku tipu, aku tak pakai tangkal. Aku ada saka. Ok itu pun tipu. Keliwon pun takder. Apa makna keliwon eik?

Ini sebenarnya cerita pasal private jet.

For those of you that can afford one, please visit this link to order yours and customize it to your preference. I bet if you are obsessed with Face Off, you would remember my twin - Nic Cage asking (telling actually) the stewardess to suck his tongue.. damn.. ok, dosa. But best kan kalau boleh buat camtu.. pastu kena tembak.

You know what, korang boleh letak pasu bunga kertas atau bunga raya kat belakang kerusi tu, kalau nak, yelah after all it is your own jet kan. Who cares kan? Unless, nak letak pasu bunga lidah buaya dalam kereta kancil, that won't be cute kan? Tapi tulah, kalau duduk KL, sambil tunggu jam tu, boleh patah patahkan lidah buaya tu buat facial. Haha.

Kalau nak gempak, boleh letak lampu lap lip tepi tingkap, especially dah nak raya ni.

Dan kalau nak nampak retro lagi, buat mural pokok kelapa kat dinding jet tu. Buat awan larat sikit, siap dengan sebijik sampan..

Haaa.. apa kata, since nak nampak kaya.. kita tukar kerusi. Kita letak kerusi jati dalam jet tu. Lawanyaaa rumah cik kiah.

Before doing that, jangan lupa beli magazine renovation / home decor buat reference ok.

Ohh, jangan tint the glass, nanti kalau potong another passenger's jet, buat-buatlah jenguk jenguk ke luar tengok awan. Kalau nak nampak gempak lagi, buat buatlah berdiri kat pintu at 20,000 ft, and pose macam tengah cari barang hilang. Mesti nampak cam model, dengan angin menghembus rambutmu.. wahh, mesti vogue kan.

Dan yang paling penting sekali, jangan lupa bawak budu, tempoyak dan ikan bilis mentah.

Wednesday, July 22, 2009

JANGAN JADI WARTAWAN

Memang tengah sibuk gila ni.

One client is having their big opening tomorrow. Hope everything goes well, di sebalik segala jenis software mula mencarut carut dan taknak load dan restart. If it goes well, you should expect me smiling - wait walking with a big cutest sweetest smile ever to the bank! Huhu. Ok, jangan mintak belanja, you are a stranger. Jangan.

This is about wartawan.

Read here.

Itu laporan Bernama. Tentunya bapak bapak editor di akhbar Harian Metro pasti akan melompat lompat dan buat sommersault apabila mengetahui mengenai kisah benar yang menjadi satu tragedi kepada akhbar tabloid itu.

Bro Mazidul Akmal pernah menjadi mangsa. Sudah dijatuhkan hukuman sebelum mahkamah sendiri membuat keputusan.

Dan aku tak salahkan editor.

But the truth hurts.

Sebagai seorang wartawan, integriti perlu ada. Amanah yang diletakkan di bahu amat amat besar. Kejujuran amat penting.

Rakan wartawan seperti Saniboey Mohd Ismail aka Don Corleone sendiri pernah meringkuk dalam lokap pada 90-an dulu kerana melaporkan perkara benar dan ya, Sani bertugas untuk akhbar yang sama.

Apakah ia membezakan antara wartawan dulu dan sekarang?

Aku pernah memegang jawatan Ketua Biro di Johor satu ketika dulu. Dan pernah seorang lelaki yang pada mulanya bertugas sebagai wartawan sambilan, diambil bekerja dengan aku.

Dia memang terserlah. Apatah lagi banyak story yang digarapkan berjaya mendapat frontpage, siap dengan byline lagi. (Byline ialah nama penulis di bawah tajuk berita e.g: Oleh: Si Bapak Gula Gula bin Bapak Garam).

Apabila dia menyertai my organisation, banyak story yang ditulis antaranya kisah bagaimana Jabatan Imigresen Johor menangkap seorang ketua kampung kerana bersekongkol menyeludup manusia masuk ke negara ini.

Aku agak curiga dengan story yang ditulis. Pun begitu, apa yang menampakkan betapa real-nya story dia ialah, ia turut dilengkapi dengan statement dari pengarah jabatan itu sendiri.

So, sebagai rutin seorang wartawan iaitu mendapatkan komen dan pengesahan, aku telah 'melepaskan' story tu.

Esoknya, story tu menjadi headline. Semua wartawan dari akhbar lain marah marah kat aku, sebab story itu scoop (exclusive).

Dan aku hanya mampu tersenyum sampai ke telinga.

Tapi senyum aku tak sampai sejam.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor telefon aku dengan nada yang sedih dan bertanya siapakah ketua biro di Johor, dan aku terus ditazkirahkan.

Rupanya, mamat sekor ni penulis cerita dongeng. Apa yang ditulis tidak pernah berlaku. Langsung tak pernah berlaku. Berbuih mulut aku menyumpah seranah budak tu, dalam hati sambil telinga aku ditazkirahkan bapak Pengarah tu. Nasib depa cakap bebaik. Hahah. Aku terlupa nak kira berapa banyak kali aku telan air liur masa tu.

Selepas berbincang dengan News Editor aku, Othman Mohamad yang kini Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia di ibupejabat, we decided that he has to go. Itu bahasa lembut. Bahasa kasarnya, mamat sekor ni kena tendang. Dan bila aku panggil dia masuk office, dia tak mau.

Dan rakan rakan aku turut gelakkan aku, sebab depa kata, masa dia buat wartawan sambilan kat Harian Metro, mamat sekor ni pun pernah tulis story dongeng. Hahahah... ya aku ketawa dalam pahit masa tu.

And after several years, mamat sekor ni kena tangkap kat Kedah. Pasal apa? Menyamar pergi kutip duit orang kata depa kerja dengan Harian Metro. Manis tak?

Tapi percayalah, tak semua wartawan macam tu. Kami masih lagi menitikberatkan integriti dan ketulenan pemberitaan. Kalau tak confirm, kami tak akan tulis. Kami tak akan menulis semata mata dari hearsay atau cakap cakap dari pondok telefon atau dari warung Pak Kassim sambil menghirup air kopi kurang manis. Dan since you asked, wartawan hiburan bukan wartawan, mereka adalah penulis sahaja sebab ada jugak dari hearsay dan tak boleh nak dibuat pengesahan.

Apa yang berlaku bak kata bro Mazidul, mungkin kerana taksub dan ghairah nak dapatkan front page. Memang itu adalah antara cita cita seorang wartawan. Untuk mendapatkan exclusive.

Source of news memang penting.

Kalau tanpa source, kita tak tahu apa yang berlaku. Tetapi, apa jua sumber berita yang kita perolehi, ia perlu disahkan. Ia perlu ada integriti. Bukan syok sendiri.

Contoh ialah kalau Sham On D Scene pacak gambar accident dari tahun lepas, lepas tu depa kata benda tu baru berlaku kat Federal Highway, dan ia diketahui, pasti ia akan menjadi satu isu.

Kenapa perlu ada pengesahan? Contoh satu kejadian jenayah samun berlaku. Kita pergi rumah mangsa. Kita temubual mangsa. Confirmation? Perlu ada. Ia perlu disahkan oleh pihak polis. Senang jek. Dan walaupun kena maki hamun sekalipun atau kena marah, atau tak dijawab telefon tu, perlu ada pengesahan dari pihak berkuasa.

Dan aku bertanya. Apakah nilai seorang wartawan hari ini? Glamour? Popular? Nampak vogue? Method?

The only thing yang aku ingat dulu masa mula jadik wartawan ialah aku kenal semua orang walaupun tak tentu lagi diaorang semua tu kenal aku, tapi aku tak kisah, aku tetap kenal diaorang.

Adakah syllabus yang diajar di IPT sekarang ni dah tak sama dengan dulu? Adakah pensyarah pensyarah tu semua dah tak pandai ajar what is journalism is all about?

Percaya atau tidak, ada pelajar Mass Communication in Journalism dah graduate tetapi masih tak pandai pandai menulis dan grammar masih cacamarba? Tak percaya? Tolong percaya.

Apa nikmatnya belajar bertahun tahun, bila keluar, suruh tulis story, tak pandai? Apa pekdahnya habiskan masa mentelaah sampai bergelojak jiwa untuk dapat dean's award tapi tak pandai menulis berlandaskan 5W dan 1 H?

Apa hebatnya membaling scroll degree ke udara untuk bergambar dan frame kan kat dinding tetapi tak tahu macam mana nak dapatkan komen dari pihak berkuasa dan hanya tersengih control ayu sahaja bila pergi sidang akhbar atau tanya soalan bodoh?

Tapi tak semua macam tu. Percayalah. Segelintir sahaja tetapi disebabkan segelintir inilah, ia mampu menyimbah nila pada semua wartawan.

Dan kepada kawan aku Rudy Fazrunisyam, aku percaya kau tak macam tu.

Hidup Harian Metro!

Monday, July 20, 2009

BUTUH...

BUTUH.. BUTUH BUTUH DAN BUTUH..

AKU AMAT MEMBUTUHKAN SATU SISTEM KOMPUTER YANG BAIK.. YANG ADA SEKARANG SEMUA DUSTA, NESTAPA... DERITA SENGSARA...

APPLE PUN BOLEH JAMMED.. APAKAN LAGI PC KLON.. DAN SEGALA JENIS SEPUPU DAN ANAK SEDARA PC..

AKU TERKAPAI KAPAI.... AKU DIALUN GELOMBANG.. AKU SKEMA.

KALAU BILL GATES ADA DI SINI MAHUPUN STEVE JOBS ADA DI SINI, PASTI AKU AKAN KETUK KEPALA MEREKA.

KERANA MEREKALAH, AKU TERPAKSA BUAT BALIK PRODUKSI AKU..

MENATE BERUK..

Monday, July 13, 2009

EHH DAH NAK RAYA KER?

Syawal lama lagi, tapi kata orang tua tua, tap tup tap tup atau tup tap tup tap pejam celik pejam celik, dah Ramadan.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa" (QS Al-Baqarah: 183).

** baiknya budak yang tulis ni, anak saper lah tu. Ok, aku dah kahwin.

Ramai juga di kalangan kenalan yang bakal menunaikan umrah pada Ramadan ini. Mudah-mudahan ibadah dipermudahkan sepanjang berada di Mekah.

Dan ramai dah mula menjeling buku resipi, sembang kat kaunter tanpa pedulikan pelanggan dan ada dah mula tanya sana sini mana nak beli kuih raya.

Dan tokeh tokeh kedai baju kurung dan baju Melayu dah semakin mesra pabila aku lalu depan kedai depa. Ada hal lah tu dia senyum, definitely bukan nak ngurat aku, tapi nak ngurat poket aku.

Citer pasal kuih, well, this sister in law of mine, memang obses part buat kuih.

My mum told me today, that she even resigned from her well-paid job sebab nak buat kuih.

Aku agak pesimistik gak bila mak beritahu dia dah resign, but bila depa siap nak hire pembantu, I guess she is serious about her SME business tu.

And her kuih is well accepted in Singapore, dan baru aku tau kenapa adik aku selalu tanya how to go here, how to go there in Singapore. Ada projek rupanya. But good for them. Dan kuih dia tak seasonal, malah sepanjang masa ada jek orang order, untuk memacam jenis majlis.

Then again, aku tanya, ehh gaji laki (adik aku lah tu), tak cukup ker? Well, this brother of mine is an engineer dan gajinya lebih banyak dari aku (err.. kalau ada lebih boleh masukkan dalam akaun aku tau).

Tapi it is all about hobby. Siap beli oven yang aku pun tak tahu nak nyebut brandnya. Yang aku tahu, oven tu besor dan duit nak membeli pun besor. Dan dengarnya, kalau laki dia degil nanti, adik ipar aku boleh masukkan laki dia dalam oven tu. Banyak tul duit adik aku dengan bini dia ni.

Tak sangka adik aku kahwin dengan tokeh kuih. Dan pastinya aku akan dapatlah tujuh lapan balang kuih free untuk raya ni (you better be..). Untunglah sebagai seorang abang ipar yang baik kat korang, aku tak ambik hati kalau korang bagi tujuh atau lapan balang. Lagi aku tak kecik hati kalau korang bagi 10 balang, genapkan senang nak susun atas meja. Balang bagi sekali ok.

Aku tak kisah kuih apa pun, sebab aku tahu kuih adik ipar aku buat ni memang sedap, yang penting taknak serbuk kuih. Jangan propose apa apa kuih, hantar jek terus ok, Farhana. Aku tak tahu apa nama kuih Farhana buat tu, tapi yang penting masuk mulut sedap dan ditelan lagi sedap.

Dan sebagai pre-balas budi pada kuih kuih yang korang nak amal jariahkan pada kami laki bini, aku promote kan sikit.

E-flyer ni diambik dari Resipi Emak milik adik ipar aku. Click sahaja di sini.

Aku bangga dengan semangat SME adik ipar aku ni dengan dibantu sepenuhnya oleh laki dia (disebalik muka masam). Haha.

Dan yang paling penting, esok kalau korang tengok ada usahawan berjaya BUKAN sebab jual air yang nano, that will be my sister in law. And fyi, korang tak perlu buat loan Tekun atau loan CIMB atau Bank Rakyat untuk beli kuih dia.

Orderlah hari ini, dan aku janji, aku memang takder komisen untuk this advertorial. Tapi kalau ada, aku hanya mampu melafazkan syukur dan pastinya aku akan berdoa untuk itu. (Farhana nak nombor akaun tak?).

p/s: aku dah bersiap sedia untuk belajar memandu lori ini. Any vacancy Farhana?



Friday, July 10, 2009

AKU DULU. COMEL, TAK COMEL, COMEL TAK COMEL.

Ini kisah dulu.

Kisah semasa Michael Jackson memulakan Bad World Tour pada 12 September tahun yang sama.

Seronok tengok gambar lelama ni. I posted this pix on my other blog hazrey.blogspot.com but decided to removed it selepas revamp the whole blog there.

It is nice reminiscing the old days. Terasa muda.

It was posted by a former classmate via facebook. And I was laughing my heart, my brain, my paru paru and my lubuk hati - out.



Zaman tu, zaman gila lagu Jacko and Livin On A Prayer by Bon Jovi. And many others too.

Bila tengok gambar ni, aku gelak sorang sorang, dua orang, tiga orang dan semua orang. Cikgu yang manis bersari tu adalah guru tingkatan kami. Ajar sejarah. Aku tak tahu, tapi hari hari dia pakai sari.

Dan di sekolah, mesti ada gelaran masing-masing. Nasib baik aku tak kenal lawyer mana-mana, sure aku saman kekawan aku ni, haha.

Apalah agaknya gelaran yang aku dapat.

Dan paling paling yang aku tak boleh handle ialah style rambut. Hahah. 80's beb. What do you expect.

Jambul bertimbun kat atas kepala. Berkilo kilo jambul.

Haha.

And tomorrow, kami akan berjumpa selepas hampir 22 tahun tidak berjumpa. Yang pastinya, perut gerenti boroi. Haha.

Best dapat jumpa kekawan lama ni. And me, I will be wearing batik budak kompang for this reunion! Kena lain dari lain kan?

Monday, July 6, 2009

RILEKSLAH, AKU BARU DAPAT BONUS RM10 K

Ada tak sesiapa yang boleh angkat tangan dan beritahu kat aku yang jahil ni, ada tak mana mana majikan yang sudi bagi bonus sebanyak RM10,000-00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) pada ketika ekonomi dunia merudum ketika ini.

Harga minyak masih lagi berkitar pada US$64 setong dan terdapat keyakinan bahawa ekonomi dunia tidak cukup kukuh untuk meningkatkan permintaan sebagaimana dijangkakan.

Dan di merata tempat di dunia terutama di kuasa ekonomi dunia, pasaran saham mengalami satu lagi pullback hari ini (Isnin) dek sikap pelabur yang agak pesimistik terhadap pemulihan ekonomi.

Maka, aku dengan seleranya bertanya sekali lagi, ada tak mana mana majikan yang sudi beri bonus sebanyak itu pada ketika ekonomi merudum sekarang ni.

Aku tau saper boleh bagi duit sebanyak itu.

Sebab sebentar tadi aku berhenti untuk beli burger tepi jalan. Beli banjo. Sedap banjo tu. Untuk yang tak tahu, banjo bukan sebuah gitar seperti di bawah ini, tapi burger berisikan telur semata mata.


Bukan benda ni yang aku order. Dan aku bukan Yuna.

Don't ask me, aku pun tak tahu sejarah awat depa panggil burger telur tu banjo. Kalau korang tahu, tolong beritahu sebab aku nak tahu.

Aku tiba di warung burger itu. Biasanya gerai kecil menggunakan sebiji lampu kalimantang menerangi malap malap menggunakan bateri kereta itu dikendalikan oleh remaja, dan aku suka diaorang ni, sebab ada usaha untuk cari rezeki.


burger tepi jalan Pictures, Images and Photos
Sekadar gambo hiasan. Bukan kedai sebenar. Lokasi kedai sebenar dirahsiakan.

Manis budak aka tokeh burger tu, sentiasa senyum. Aku turun kereta, aku beri salam, "adik, banjo satu, tapau." Yelah takkan aku nak makan kat situ, mana ada meja.

Ada seorang jejaka turut sedang menunggu pesanannya. Kiranya macam Pizza Hut lah, ada section untuk menunggu. Ermm lama tak makan pijah hat.

Wait, sebelum itu, kira-kira seminit sebelum itu, aku memberhentikan keretaku secara romantis, penuh dengan kesyahduan dan menggambarkan ketenangan jiwa. Mungkin aku sedikit jiwang apabila memberhentikan keretaku. Mungkin. Tapi tiada siapa tahu. Tapi percayalah, dalam kereta aku tiada hiasan bunga di kepala gear.

Aku turun. Aku kaget. Ok, mana ada kaget, pasal apa pulak nak kaget.

Aku berdiri posing senget sebab takder tempat nak sandar mahupun tempat duduk. Posing itu aku kira adalah yang terbaik untuk malam ini. Posing yang jarang jarang anak Melayu buat. Lelaki pulak tu. Kalau aku pusing 360 darjah, pastinya semua orang akan tepuk tangan sebab aku akan dianggap seperti Michael Jackson. Wohhhh...

Ok. Dengar perbualan sikit sikit.. yada yada yada yada antara si jejaka dan tokeh burger itu..

Burger jejaka itu siap.

Berapa ringgit?

Dua ringgit setengah jek, takkan sepuluh inggit pulak, kata si tokeh.

Alah, apa ada hal, sepuluh hinggit pun aku boleh bayar, kata jejaka, lantas mencampakkan not RM10 ke atas kaunter tempat memasak burger. Ya campak.

Tokeh hanya senyum sambil tangan ligat membungkus burger yang dipesan.

Sambil itu, tetiba aku terdengar enjin kereta dihidupkan. Ohh ada kereta depan aku sudah dihidupkan menggunakan remote. Hebat, bisik hatiku.

Ehh bro, dua inggit setengah jerlah, bukan sepuluh inggit - kata tokeh burger melihatkan si jejaka sudah melangkah pergi.

Alah ilekslah bro, aku baru dapat bonus sepuluh ribu ringgit. Apalah sangat sepuluh ringgit, tegas jejaka itu dengan penuh keyakinan. Memang yakin jejaka ini.

Aku hanya mampu tersenyum.

Dia terus berlalu menaiki kenderaan yang sudah dihidupkan enjinnya menggunakan remote control itu. Ya, aku tahu, kereta aku tak ada remote sehebat itu, yang paling best aku ada pun remote aircon yang boleh aku hidupkan. Itupun kena ketuk ketuk sebab bateri dah nak mati. Alah, korang pun selalu buat camtu apa. Dah naik sompek remote control tv kat rumah.

Kenderaan berlalu pergi, siap dengan deruman, menekan nekan accelarator untuk semua yang ada di gerai burger itu dengar akan exhaust kenderaan dia. Vroom vroom vroom, vrooooom. Mahu RM5 minyak abis untuk adegan itu sahaja, bersama burger RM2.50 yang dibayar RM10. Tak apa, dengan wang bonus RM10,000 itu, dia masih ada lagi RM9,985.00. Masih banyak lagi. Tak luak pun.

Aku hanya tersenyum.

Lain macam jek brother tu - bukan aku tanya, tapi rakan tokeh burger kat situ, dan dia bagaikan membaca fikiranku. Mesti budak tu ada ilmu hitam.

Brother gemuk tu memang berlagak, statement berani mati tokeh burger tu. Tapi bukan kamikaze sebab target dah berlalu pergi.

Aku terus ketawa besar, berguling guling di atas jalanraya, lompat atas kereta, menyusup bawah kereta, buat sommersault atas gerai burger itu, dan buat kuak dada lima kali.

Ok aku buat tu semua dalam hati. Gila. Reputasi mau jaga.

Aku tergelak gelak dalam hati.

Alah, dia selalu camtu, esok mesti dia datang mintak baki, kata taukeh burger tu. Aku terus tambah buat kuak dada lima kali lagi, khas untuk tokeh burger itu dan diberi tepukan gemuruh. Posing senget aku terus tak menjadi. Ok, juga dalam hati.

Ok. Mulutku terkumat kamit, bukan baca mandrem kat tokeh burger tu, tapi ingin berkata kata:

"bukannya dia kat kedai Patek Phillipe atau Rolex, mahupun di kedai LV atau Gucci, kan bro?" Itu soalan yang nak sangat aku sambut bagi statement terbaru tokeh burger itu.

Banjo aku siap. Aku gelak berdekah dekah dalam kereta dengan biniku. Dan aku juga tidak menghidupkan enjin keretaku dengan remote sebab aku tak bawak remote control aircon aku.

Ohh aku bayar cukup cukup RM1.50 untuk banjo itu.

Next time, aku bawak remote control aircon aku.

Wednesday, July 1, 2009

INDUSTRIAL TRAINING OR IS IT HONEYMOON?

One student comes to you:

"May I send in my application to do industrial training at your organisation?"

You answered: Huh? What?

In actual fact, the purpose of Industrial Training is:

- to provide exposure for the students on practical fields they are studying. Through this exposure, students will have better understanding of industrial practice in general and sense of frequent and possible problems.
- This training is part of the learning process. So, the exposure that uplifts the knowledge and experience of a student needs to be properly documented in the form of a report. Through this report, the experience gain can be delivered to their peers. A properly prepared report can facilitate the presentation of the practical experience in an orderly, precise and interesting manner.

Itu hakikat dan maksud sebenar latihan industri.

Tetapi hari ini, selari dengan kepantasan teknologi berkembang dan tuntutan dunia moden yang perlukan kepantasan, maksud latihan industri itu diperincikan seperti berikut:

1. Masuk office, bukak facebook.
2. Masuk office, bukak Yahoo Messenger.
3. Gelek sana, gelek sini, macam diva sebab di kolej, dialah diva.
4. Buat dek jek, setiap hari tanpa perlu belajar apa apa.
5. Jalinkan hubungan dengan lebih intim dengan friendster atau myspace sebab di kolej masa agak suntuk untuk berbuat demikian.
6. Buat buat sibuk berkerut kerut dahi di depan notebook atau komputer bagaikan kita sedang mencari satu formula permasalahan kejuruteraan yang paling sukar dan tidak pernah lagi diselesaikan oleh mana mana jurutera di muka bumi ini.
7. Sediakan mulut ternganga apabila dimarahi oleh boss bila terlupa nak buat.
8. "Saya dah buat kat rumah semalam, tapi saya terlupa nak bawak," sediakan jawapan ini sebagai formulasi menyelamatkan diri. Dan gunakan wajah tak bersalah. Latih di depan cermin di rumah.
9. Apabila ditanya apakah yang dipelajari semasa di IPT, jawablah, lecturer saya tak pandai sebenarnya, sebab tu saya buat latihan industri di sini.

I was talking to a friend today. She was complaining (menceceh actually) about hosting a student doing his industrial training. And it is not easy. Haha, aku cakap kat dia, it has never been easy pun! Who says it is? Haha.

Well, pada aku, these students do not understand apa itu latihan industri. Ia bukan sekadar sebagai lanjutan dari apa yang dipelajari di kolej masing-masing, tetapi ia sebagai pre-exposure kepada suasana kerja yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Dan pelajari sedikit mengenai pengurusan. Ia bukan sahaja pengurusan pejabat. Ia pengurusan perniagaan. Ia sekaligus turut memberi input yang baik jika kita pelajari proses dan perjalanan sesuatu organisasi. Ambik tahu. Jangan malas although that is your hobby.

And don't expect us to be nice to you too ok. While we ourselves are stressed with deadlines dan kerja yang menimbun plus selalu kena marah dengan boss boss kami, please don't expect us to come to you menggunakan ibu jari dan berkata:

"Selamat pagi encik/cik pelajar, apalah sudi kiranya, jika tidak menjadi satu keberatan buat encik/cik pelajar, untuk turut bersama-sama dengan kami yang akan buat kerja ini, agar pada hari mendatang nanti, ia akan menjadi satu ilmu yang baik untuk encik/cik pelajar. Dan apalah kiranya sudi encik/cik pelajar beritahu kawan encik.cik pelajar di chatting facebook atau YM itu bahawasanya anda sebenarnya bukan di mana mana istana atau Genting Highland."

What students failed to understand is:

"The students are recommended to equip themselves with communication and personal skills that would ensure effective industrial training and to give full commitment to the training given and work assigned while on industrial training and to integrate the knowledge and skills obtained towards building successful career."

Yes, read it again and again sampai muntah darah. Kalau dah muntah darah, bagus, maknanya you understand.

FULL COMMITMENT TO THE TRAINING GIVEN AND WORK ASSIGNED.

And just in case korang tak tahu, nope, we are NOT being paid to train you, so please get your lazy ass up and come to us and ask, will you?

Ohh being punctual is a stigma in our community too.

Being someone educated, we would, if that is NOT too much to ask, be punctual dan tunjukkan betapa pelajaran dan susah payah berada di kolej bertahun tahun mentelaah berjaya mendidik anda menjadi seorang yang berdisiplin dan dedikasi dengan hidup anda. Nope, we are NOT losing anything kalau anda tidak diajar apa yang kami sudah tahu,(after all, once you graduated, bukannya korang akan bagi kami duit sebagai balasan kepada tunjuk ajar kami kan? haha) tapi kami malas nak dengar mulut boss membebel sebab tak sembah korang, sorry, ajak korang pergi buat kerja yang kami buat.

And aku jugak tak faham, dulu pernah satu praktikal student tidak tahu macam mana nak tulis satu story walaupun sudah empat tahun menyusahkan hidupnya di salah sebuah IPTA yang gah namanya untuk jurusan penulisan. Ok, aku ada tanya, kenapa bazirkan masa empat tahun camtu jek? Kalau awak kahwin, mesti dah ramai anak dan mesti comel comel.

Ohh, talking about punctuality, apabila kita awal dari orang lain, ia akan tunjukkan bahawa kita ni bersemangat dan bersungguh sungguh orangnya untuk belajar walaupun kita me-mlastikkan sikap kita itu, dan walhal tilam dan bantal adalah kawan yang paling intim.

Tak apa. Apa jua perangai 'pelik' dan jarang kita lakukan, yang penting kita tunjukkan sikap positif kita dan tentunya semua orang akan suka akan anda walaupun anda terpaksa berpura pura dan fatamorgana.

Dan juga, jika kita perlu mengekalkan tekstur dan rona warna seimbang pada wajah kita yang bakal mengambil masa yang lama, pastikan ia dilakukan awal, supaya apabila tiba call time untuk kita berkumpul, kita tidak menjawab di telefon - "kejap kejap, saya tengah mekap". No, kami bukan hendak ajak anda semua pergi Starbucks atau pergi cari housing baru untuk handphone yang mahal itu (tetapi jarang ada kredit) tetapi untuk KERJA. Yes, kerja.

In conclusion, show an effort. Jangan tunggu. Sorry, don't let us wait for you. We are being paid to be here and you are here to learn. See, berbeza tak? At anytime, we can be a loser like you if we don't do our job properly and adequately.

But, I know, before you throw your brickbats to me, ada student(s) yang baik ketika buat industrial training di mana mereka tunjukkan sikap positif yang buatkan kita sendiri teruja dan berkata kata dalam hati "bagusnya budak ni" dan "kalau aku kaya mesti aku ambik budak ni kerja dengan aku". Wait. Definition of baik? Committed and sungguh sungguh. I know this girl, Shirin Aziha, a Mass Comm student yang bagus. Yes, I said bagus. Dulu selalu komen kat sini and Akubimbo's blog. She excels! Bagus budak tu and I can vouch to her bagus-ness. Tak tahu apa jadik dengan dia, mungkin she is doing her industrial training sekarang ni. Untung company yang jadik host to her industrial training (ohh if you are the host, pay her extra for her allowance please.. haha). And that is an example of good student while yang lain, sedang menghabiskan masa 3 bulan. Period.

To this friend of mine, print the following kit. It helps. lols.






RECAP: SAYA TAK PAKAI IPHONE, SAYA TAK PERGI KARAOKE, SAYA TAK KAHWIN...

Sebagai tribute kepada pengorbanan Pak Karim di Kampung Rambah, Pontian, I am re-posting this entry for all, just to remind my dear readers of his story malam ini.

Make a date, tonight at 9:30pm immediately after 360. Don't miss 360 though as tonight's episode will be on H1N1, the dos and don'ts and what do you do to avoid the epidemic (is it an epidemic?)

Again, get ready with your tissue my dear readers. There is no penyingkiran, status kedudukan, tiada peluk meluk dengan luggage, siapa dapat sms tertinggi, tiada sepanduk sokongan, cuma sekujur tubuh Pak Karim dan cerita pengorbanannya buat ibu yang uzur dan dah tak berdaya memerah kederat.

Dan Pak Karimlah tempat bergantung, Pak Karimlah tempat mengadu nasib. Pak Karimlah tempat si ibu menitiskan airmata.

Renung betul-betul akan wajah Pak Karim. Renung akan hatinya. Tatapi wajah senyumannya.

Ajak anak anak bersama-sama di depan televisyen malam ini.

Jangan lupa menyumbang buat Pak Karim dan semua yang memerlukan.

* * * * * * *


I will be an angel if I am that.

* * * * *

Usia 52 tahun bukan sedikit.

Pada usia ini, pastinya banyak sudah dilakukan, diperolehi untuk hidup apatah lagi dalam dunia materialistik hari ini. Semuanya adalah kebendaan. Bagaikan sudah sinonim hidup kita dengan semua itu.

Di Kampung Rambah, Pontian, seorang lelaki sanggup mengorbankan kehendak dan gelojak hati ketika muda dahulu.

Dia lelaki tulen. Kemegahan semua kaum lelaki. Dan aku sendiri, terasa malu pabila berdepan dengan lelaki ini, minggu lalu.

Kalau ada anugerah untuk lelaki maskulin, Abdul Karim Mohd Jani, 52 tahun patut diberikan anugerah itu.

Dia mengenepikan tuntutan dunia sebagai seorang lelaki lazim kita dengari, yang berasaskan kebendaan.

Gadget yang paling mahal yang dimiliki cumalah sebuah telefon bimbit murah yang tiada 3G, tiada kamera video, apatah lagi kemudahan untuk melayari internet di mana jua. Harganya kurang RM100. Itupun digunakan untuk tujuan kecemasan. Ohh telefon bimbitnya juga tak boleh langsung mengambil gambar seperti yang kita miliki. Tak perlu buatnya.

Dan tidak pernah lagi sepanjang usianya menggenggam telefon bimbitnya itu, dia sibuk saling berganti menghantar sms kepada rakannya, admirernya, mahupun kerani wanita yang memakai cermin mata gelap dibeli di Tesco di tempat kerjanya.


Dialah perwira SEBENAR di medan kehidupan.

Dia juga jarang ke Starbuck mahupun Coffee Bean apatah lagi Old Town Coffee. Dia tak perlu diberitahu untuk memulaukan Starbucks dek kerana dia sendiri tak tahu Starbucks itu apa. Tak penting buatnya Starbucks. Tiada keperluan bagi Abdul Karim untuk mengetahuinya.

Dia juga tak pernah berkunjung ke J-Co atau Big Apple.

Selepas waktu kerja, Abdul Karim belum pernah lagi bergegas menemui rakannya di restoran mamak untuk sesi mengeteh (minum teh lah, tu pun korang tak tau. Kenapa gelak?).

Begitu juga waktu tengaharinya, dia tak perlu runsing ke manakah langkahnya akan membawa tubuh yang sudah dimamah usianya itu untuk mengisi perut.

Destinasi utamanya hanyalah satu - rumahnya. Itu yang dipanggilnya.

Tetapi rupa serta keadaan struktur usang yang dipanggil rumah ini sudah cukup menghibakan.

Di bawah bumbung yang berkeropos sana sini dengan lantai retak seribu, di situlah seorang wanita tua berusia 82 tahun menghabiskan sisa hidupnya.

Rahmah Ramlan, 82 tahun adalah ibu kepada Abd Karim.

Sejak kehilangan bapanya pada 1984, Abd Karim lah tempat si ibu bergantung hidup.

Karim sanggup mengenepikan keperluan hidupnya demi ibunya itu.

Sementalaah pula, kaki si ibu tak mampu lagi memapah, menanggung tubuhnya, berdengkut dengkut, hinggakan menangis si ibu menahan kesakitan pabila berjalan selangkah dua.

Bagai mengerti akan keuzuran si ibu, dari luar rumah yang usang sudah cukup menceritakan akan penghuninya.

Biarpun kehidupan yang serba kekurangan, dengan ibu yang sakit dan sudah uzur, Karim tak pernah mengeluh, tak pernah putus asa untuk pulang menjaga ibunya.

Karim juga masih bujang. Ditanya kenapa tidak berkahwin, ibu lebih penting akuinya, apatah lagi, dengan keadaan ibunya itu, tanggungjawab itu mahu digalasnya sebaik mungkin.

Dengan pendapatan tak seberapa sebagai seorang tukang kebun, wang itulah digunakan untuk menyara hidup mereka dua beranak. Lupa langsung Karim akan keperluannya, kerana padanya, ibu adalah segalanya.

Sekelumit pun tak pernah Karim merengus.

Pada orang kita, lazim buat kita melihat seorang ibu melayan anak bagai menatang minyak yang penuh. Sebaliknya, melihat Karim, pasti tersentuh hati, hiba rasanya, kecil diri kita, berdosa diri kita.

Tenang merenung wajah Karim. Tanpa kerut, tanpa keresahan. Jarang aku bertemu wajah setenang begitu. Terpahat wajah Karim tanpa sebarang kekaburan. Ya Allah, permudahkan hidup Karim, bukakan pintu rezekiMu seluas-luasnya untuk Karim.

Karim mengayuh basikal usangnya siang dan malam. Itulah pengangkutan utamanya biarpun sebuah motosikal sudah dimilikinya, namun jarang digunakan semata mata untuk berjimat, demi menyara keperluan ibu dengan wang yang tak seberapa sebagai tukang kebun.

Setiap tengahari, Karim akan mengerah kederatnya pulang ke rumah, untuk memasak buat santapan ibunya. Apa yang dimasak? Apa yang mampu.

Waktu bekerja, Karim bersungguh sungguh dengan tanggungjawabnya. Tanggungjawab yang amat besar buat majikannya. Tak kira panas, hujan, sama seperti tanggungjawabnya kepada si ibu, begitu juga kepada amanah yang diberikan.

Begitulah juga amanah yang sudah diberikan arwah ayah, dan sebagai anak sulung, itulah yang digalasnya.

Pada ketika rakan seusia sudahpun berehat rehat di anjung rumah sambil bermain dengan cucu, Karim masih lagi mengerah kederatnya menyara hidup buat ibu.

Ramai penduduk di Kampung Rambah kenal akan Karim. Pendiam. Tak banyak karenah. Malah kesungguhannya menjaga ibu sering dijadikan contoh kepada anak muda di perkampungan itu.


Mungkin atas dasar itu, Karim juga dipilih sebagai pembantu noja masjid Kampung Rambah. Sebelum itu pun, Karim tak pernah lekang berjemaah di masjid itu.

Karimlah pengisi kesunyian ibu. Karimlah rakan bergurau buat ibu. Karimlah tempat bermanja.

Hakikatnya, pasti syurga dijanjikan buat Karim. Mudah-mudahan.

"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana."

Mudah-mudahan, kita semua menginsafi apa yang dilakukan Karim buat ibunya. Semoga rezeki Allah SWT yang dipinjamkan pada kita di dunia ini dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Mudahan Allah SWT dapat membalas kebaikan Karim dan anda semua. Insya'allah.

Jangan lupa untuk menyelami kisah Karim Rabu, 24 Jun depan.

Sambil itu, apalah khabar ibu kita agaknya? Dah makan? Cukup tidur? Sudah baikkah sengal sengal di kakinya? Sudah redakah batuknya? Cukupkah beras di rumah untuk disuapkan di mulut yang semakin dimamah usia itu? Siapakah yang membasuh baju ibu? Ibu masih ada, di depan mata, tetapi jauh dari hati dan ingatan. Apa dosa ibu? Apa dosa ibu? Siapakah yang berada di speed dial di telefon bimbit kita? Ibu? Tentu tidak kan.

Tak apa, ibu pasti memahami kita sibuk. Kesian kita terpaksa sibuk mencari keperluan hidup di dunia. Tak apa, ibu boleh tunggu untuk kita bertanyakan khabar dia. esok Esok pasti mendatang. Hari sememangnya mendatang. Hari ini kita sibuk. Ibu pasti ada esok. Itu kata kita tetapi malangnya bukan kita penentunya.

Sayang dah makan? Sayang sihat? Sayang ok ke tak? Itu ayat Pak Karim buat ibunya, mungkin, kita tak tahu. Tetapi bukan dari kita untuk ibu kita. Betul?

UPDATED: Jika anda ingin menyumbang, sila hubungi Encik Shafie di talian 017-7618919.


DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.