Monday, June 29, 2009

THE SIBU CONNECTION.






The two men that hosted our trip to Sibu, Sarawak.

First pic is Ahmad Yuthri, and nope, dia bukan ANAK IKAN (altho his pose depicts such.. haha). Hahaha. He is a gomen staff, and a Johorean.

2nd pic is Mr Kenny, a local that knows everything and everyone with colorful life story. Perhaps will write about him in my next entry.

@ You might want to click on this two links for more pictures of Sibu:

1. Ikhlas Episode 1
2. Ikhlas Episode 2

Sunday, June 28, 2009

THEY ARE IKHLAS - KG IGAN, RANTAU PANJANG, SARAWAK.











Iban children of Kampung Igan, Rantau Panjang, Sarawak. A 45-minute drive to this longhouse (rumah panjang).

Wednesday, June 24, 2009

SO THEY WILL STOP EXPORTING MAIDS TO MALAYSIA, BUT WILL THEY..

I read with interest to what Home Minister, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein has to say today in The Star.

Headlined MAID SUPPLY: UP TO INDONESIAN GOVT, SAYS HISHAM.

Baca seterusnya di sini. <--

Adalah baik untuk Pak Menteri ambil langkah itu.

Quote: "“If the maids are not allowed to work here, then in the spirit of neighbourliness, we would respect their decision but this does not mean that we do not look at other choices to help fill the needs of the country,” he said."

Translate: "Jika pembantu rumah (dari Indonesia) tidak dibenarkan bekerja di sini, dalam semangat kejiranan, kami akan menghormati keputusan itu tetapi ia tidak bermakna kita tidak melihat alternatif lain untuk mengisi keperluan di negara ini.

Ini satu statement yang paling baik dan harap ia disusuli dengan satu keputusan yang tegas jugak apabila tiba 15 Julai nanti.

Harap Bapak Hisham akan berkata begini nanti apabila bertemu mereka: "Waduh usah ribut ribut, ngak manis kalau ribut ribut di depan kantor konsulat kami pak. Ngak ngetop gitu pak. Usah kaget pak, kami mau seh import dari negara lain, lepas ini pun uangnya ngak masuk lagi dari Malesia."

Kita tak perlu beri ruang untuk sesuatu pihak besarkan kepala, besarkan papan tanda dan sepanduk untuk demonstrasi dan membuatkan kita macam hadap sangat pada diaorang. Tetapi itulah yang berlaku sebab - apakah alternatif kita? Dulu pun macam tu jugak, cuba negara lain tetapi perbezaan bahasa membuatkan kita berbalik semula kepada negara itu.

Manakala harapan kita untuk melihat ahmoi ahmoi peha putih dari China mungkin juga tidak kesampaian sebab Wanita MCA sudahpun siap siap bagi statement, aiyah, lu mawak masuk itu ahmoi ahhh, sure one pLoblem. Now oledi, lohkong or-wezz (always) nay-ber lap lap me, when ahmoi kam, aiyah, ploblem ploblem.

Dan aku, aku pun terkilan jugak.


Temptation is everywhere. Melentuk ahmoi ni kan. Lai lai lai. Memang tak patut Wanita MCA bantah. Aku sedih, yelah kalau hot camni. Ok ok. my wife is hotter. Betul, sumpah. Eh lawa kerusi tu kan. Beli kat manalah tu.

Tentunya kita ada alternatif lain kan? Dua entry oleh rakan blogger Desert Rose (read: kecewa dengan Coach dan Aigner) dan Obefiend masing masing memiliki pandangan masing masing mengenai pembantu rumah ini.

Biarpun agak bertentangan mereka bertuankan pandangan mengikut pemerhatian dan pengalaman masing-masing dan aku kira ia patut diberi bacaan sedikit.

Pun begitu, aku tidak mahu menulis mengenai pembantu rumah sebab aku tidak mampu memiliki pembantu rumah. Yang aku mahukan ialah pembantu isteriku, yang turut merangkap adik kepada isteriku bagi membolehkan aku menyediakan payung Poh Kong. Ok tipu. Tipu jek tu.

* * * *

Apabila Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia pada 19 Jun lalu, Erman Suparno mengumumkan akan ada kemungkinan menghentikan seketika penghantaran pembantu rumah ke Malaysia selepas SEORANG PEMBANTU RUMAH INDONESIA DILAPORKAN DIDERA, aku menjadi kagum.

Ya seorang. Angka itu adalah satu. Malang nasib si pembantu rumah itu. Banyak media melaporkan cerita itu, dan polis juga terus bertindak mengikut lunas undang undang. Ok. Let's move on.

Itulah Malaysia. Sentiasa mengutamakan pematuhan undang-undang terutama apabila melibatkan fizikal dan nyawa. Mungkin kita juga perlu melihat sama ada kita akan berterusan untuk bergantung kepada sumber luar?

Sementara itu, lihatlah selipar di bawah ini.



Ini selipar. Selipar ini aku pasti berharga kurang RM2 sepasang. Apa siginifikannya selipar ini?

Cerita selipar ini best. Apa kaitannya dengan pembantu rumah? Nanti dulu. Baca dulu.

Apabila melibatkan warga mereka, pasti mereka akan melonjak lonjak membantah, demo, media kat sana toksah ceritalah. Dan bukannya kita tidak ambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang undang. Undang undang cukup untuk kita ambil tindakan.

Tetapi apakah reaksi rakyat Malaysia apabila cerita ini dipaparkan di dada akhbar:

Tarikh: 24 Jun 2009
Sepasang penjenayah dipercayai warga Indonesia dipercayai kaki pukau sempat memberi tiket loteri hadiah utama kepada seorang wanita sebagai 'hadiah' sebelum melarikan barangan berharga milik mangsa di kompleks beli belah di Kepong.

Dan pada 23 Mei lalu, pastinya semua masih ingat peristiwa seorang lelaki bersama isteri dan tiga anak mereka dijadikan tawanan selama 13 jam oleh penjenayah bersenjatakan selaras senapang patah dan parang milik mangsa.

Kejadian berlaku di Kampung Jambatan Lantai Air Barok, Jasin Melaka.

Dan ya, penjenayah itu dari Dusun Beber, Lombok.

Pergi kat google map here, and check kat mana Lombok tu.

Kenapa penduduk Melaka tidak ramai ramai pergi ke konsulat atau kedutaan Indonesia tunjuk perasaan bersama sepanduk maki hamun, sebagaimana yang berlaku di Indonesia pabila berlaku sesuatu terhadap rakyat mereka.

Macam macam mereka gelar kita, pencuri kebudayaan merekalah, tak truly asia lah.



Ini foto dari agensi berita 'AP' di mana seorang pelajar Indonesia melakukan demonstrasi di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta pada 31 Ogos 2007. Ya, mereka PELAJAR. Signifikan tak?

Itu baru sekelumit dari apa yang berlaku terhadap rakyat kita yang digelar goblok dan memacam lagi, yang juga mangsa kepada rakyat mereka, dibunuh, dicederakan, dipukau, dirogol dan disamun serta dirompak.

Dan media mereka seringkali memainkan peranan menyemarakkan lagi api kebencian rakyat terhadap Malaysia. Apa sahaja yang berkaitan Malaysia yang dilihat mampu menyemarakkan api kemarahan rakyat mereka serta menyemarakkan jualan akhbar mereka, pasti menjadi tajuk utama.

Media yang sama di sana, tidak pula menyemarakkan api kebencian terhadap jenayah sebagaimana yang berlaku di Malaysia ini, yang dilakukan rakyat mereka.

Dan berbalik kepada selipar tadi, sorry aku menceceh banyak, tetapi yelah blog aku kan. Haha.




Lihat paku pada selipar itu.

Inilah taktik yang digunakan penjenayah warga Indonesia baru-baru ini terhadap seorang mangsa - WARGA MALAYSIA.

Selipar ini digunakan sebagai taktik terhadap mangsa yang baru keluar dari bank di Taman Pelangi baru baru ini.

Selipar ini diletakkan di tayar belakang kereta mangsa, dan sebaik bergerak pastinya akan menyebabkan tayar pancit.

Kalau diletakkan paku semata mata sudah tentu mangsa akan sedar dan terus bertindak.

Alhamdulillah ada orang awam yang menyedari tindak tanduk penjenayah itu sehingga berjaya ditangkap polis.

Mangsa baru sahaja mengeluarkan wang tunai dari bank itu.

Dan hakikatnya, tidak pula konsulat Indonesia di Johor Bahru akan dikerumuni rakyat Malaysia bersama sepanduk dan lontaran maki hamun biarpun sudah banyak kes melibatkan rakyat mereka berlaku terhadap rakyat Malaysia.

Itu termasuk yang membunuh, mencederakan dan menyebabkan trauma kepada mangsa.

Hanya media yang melaporkan dan reaksi dari orang ramai melalui penulisan atau temuramah mereka. Itu sahaja.

Kita bukan dari keturunan yang sukakan rage dan suka berpanas dan berhujan depan kedutaan, dan jika dibandingkan dengan berapa kerat rakyat mereka yang didera. Itu bukan tujuan menidakkan hak mereka sebagai manusia tetapi persoalannya, mana menteri bertanggungjawab terhadap sempadan apabila berlaku kejadian melibatkan rakyat kita sebagai mangsa?

Mana? Kita tak pula panggil mereka goblok, dan tidak pula kita menulis sepanduk, Presiden Indonesia perlu minta maaf pada Malaysia. Ada? Kalau ada, sila emailkan.

Dan ketika seorang pembantu rumah didera begitu sekali, pak Menteri kelam kabut panggil meeting semua kuncu kuncunya walhal Malaysia sudahpun ambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang undang.

Pabila rakyat Malaysia dizalimi oleh rakyat mereka, tak pulak kedengaran mana mana pak menteri untuk ribut ribut, tanya pada kepala polisinya bagaimana sudah bolos dan capek sempadan mereka.

Jadik, siapa goblok? Tak pulak kedengaran permohonan maaf dari mana-mana pentadbiran kerajaan Indonesia minta maaf, lebih lebih lagi pada mangsa.

Jadiknya, kerajaan Indonesia bukan sahaja perlu hentikan penghantaran pembantu rumah warga mereka ke Malaysia sebab while you are at it, HENTIKAN JUGAK EKSPORT PENJENAYAH KE NEGARA KITA.

Buat secara kolektif, jangan syok sendiri pak menteri pak menteri Indonesia.

Ohh in the meantime, janganlah sibuk pasal saper pemilik lagu Rasa Sayang. That is too petty. Please check how does your citizens end up on our shores, too many times. Many many. Being a minister, you should be concern of your neighbours TOO. Ohh make a draft of an apology please, sebab almost every week we can see crimes are being committed by your citizens. You may fax it to Bernama news agency in Jakarta.

Dan kita pula, akan terus sensitif dengan semangat kejiranan kita dan pemahaman kita bahawa kita serumpun, dan tak perlu bawak sepanduk ke hulu dan ke hilir.

p/s: hopefully takdak orang pegang sepanduk bila aku ke indonesia nanti. Haha.

KISAH PAK KARIM.

Yang buruk tentunya datang dari manusia.

Yang tidak baik tentunya datang dari kita.

Kekhilafan tentunya hadir dari diri kita.

Allah SWT sahaja yang sempurna dan sentiasa menghadirkan dalam hidup kita, kebaikan.

Saya mohon maaf, siaran Pak Karim adalah minggu depan pada Rabu, 1hb Julai 2009 dan bukannya pada malam ini.

Pun begitu, tontonilah program 360 dan Bersamamu pada malam ini. Setiap yang kita tonton pasti ada kebaikan, jika kita melihatnya dari sudut kebaikan. Negative things will only happen to negative thinkers. Betul tak? I know.

Dan kekhilafan ini tidak disengajakan. Mungkin sebab usia. Mungkin. Tetapi saya menafikan.

MALAM INI.

Malam ini aku menunggu.

Malam ini aku mahu merobek jiwaku.

Malam ini pasti lampu kehidupan akan menyinari setiap insan.

Malam ini otak tidak berpusing.

Malam ini badan pegalku duduk diam di keempukan sofa kulit.

Jam sembilan sudah ku tunggu.

Tiga ratus enam puluh
sudah berjanji bertaut temu.

Tika itu aku mencongak detiknya.

Ku sediakan tisu tisu nipis yang mahal harganya.

Mahal kerana akan mengusap airmata
.

Malam ini, Nasir penekan butang REC akan pasti meninggalkan tontonan sinetronnya.

Malam ini, tiada dansa. Tiada jagung pop atau rock.

Malam ini kamu akan tenang melihatnya.

Malam ini, malam Pak Karim bersamaku.

Wednesday, June 17, 2009

WHAT IF..

What if I am a billionaire?

What if I am a millionaire?

What will I do if I have RM500,000 now?

Call me jual ikan or bau very ikan, hell yeah, I am going, yes, I am going to..




And no, unfortunately I am not a billionaire.

And wait, let us see what is in store..

1. Electronics.
2. It is free!

Many more to come, now looking for shoes, jackets, bags, DV camera etc etc etc etc..

Wednesday, June 10, 2009

WORLD WITHOUT NEWSPAPER.

Can you imagine a world without newspaper?

Pagi bangun, takyah baca sok kabor. Tengahari takyah baca sok kabor.

Berak takyah cari sok kabor. Kenapa korang suka baca sok kabor masa berak? Tak rasa dosa ke tak berikan perhatian sepenuhnya kepada satu satunya aktiviti yang kita ikhlas sesangat?

Tunggu bas, takyah selak sok kabor.

Pelakon lelaki dalam drama Melayu memegang watak datuk kaya takyah baca sok kabor tepi kolam renang di rumah banglo yang sama digunakan hampir pada setiap drama, berulang ulang. Ohh sambil mak mah datang bawak air fresh orange.. atau sunquick? Takder air lain ke? Peel fresh pun best gak tau encik encik producer.

Tapi kesian pada mak jah yang berniaga nasi lemak, kena cari alternatif lain yang mungkin lebih mahal dan terpaksa menaikkan rega jualannya.

Dan hujung minggu takyah migraine sebab baca kolum hiburan seorang artis dikecam hebat sebab tak tegur di soping komplek atau emporium atau mak bapak taknak jemput wartawan hingga terguris hati. Alah alah alah bucuk, manja cayang, alah bucuk. Meh timang meh.

Dan tertanyalah aku, kalau takder sok kabor, apakah kerja penulis tu semua? Sudah tentu bukan menjual nasi lemak atau kuih koci dan karipap.

Sudah semestinya bukan jual kuih seri muka atau pulut panggang.



Yang pastinya, aku dapat gambo ni dari sok kabor The Star.

Aku malas sebab terlalu banyak kerja. Akan ke luar daerah petang esok dan bila cakap camtu, terasa seperti aku seorang nazir sekolah. Mana fail aku ni?

Monday, June 8, 2009

THE TALE OF ADA KU KISAH.

"Every news organisation has only its credibility and reputation to rely on."

- says Tony Burman, editor-in-chief of CBC News.

Semasa menulis, 5W dan satu 'H' menjadi kriteria utama dalam menyampaikan berita kepada masyarakat iaitu consumer kepada medium yang kita wakili.

Ini hanyalah sebahagian dari apa yang ditulis rakan blogger, DonCorleone di akubimbo.blogspot.com


Ini bukan Tony Burman, tetapi penulis akubimbo.blogspot.com. Aku tak tahu kenapa dia senyum macam tu, mungkin ia sebahagian dari promo ubat gigi halal. Mungkin tetapi yakinlah, aku langsung tidak terguris hati melihat gambar ini.

Ia sekaligus, turut membentuk minda dan cara pemikiran masyarakat, justeru ia memerlukan integriti amat tinggi JIKA kita merasakankita ada TANGGUNGJAWAB terhadap apa yang ditulis. Ya, tanggungjawab.

It is a norm for us to hear how a journalist do their analysis and at times, in staying relevant, going deeper and deeper sebagai contoh pemenang Anugerah Kajai tempohari. Analysis is important, kerana tanpanya integriti laporan yang kita lakukan tidak memiliki sebarang asas mahupun kredibiliti untuk dipercayai.

Aku selalu adore dan admire terhadap rakan wartawan yang berjaya membongkar pelbagai isu, lengkap dengan asas yang membuktikan integriti serta ketepatan fakta yang disampaikan, bagi mengelak ia menjadi satu fitnah serta sasaran subjek, menjadi mangsa tohmahan atau cacian.

Ia turut membuka pintu yang amat luas kepada pengamal undang-undang untuk membawa kes kepada mahkamah sivil. No, bukan untuk menikmati kopi atau teh peng di kafe kantin, tetapi mendaftarkan ia sebagai kes tuntutan ganti rugi / saman malu - demafation suit.

Here, some of my job requires me to analyse and be analytical to my surrounding. Kekadang depan mata kita sendiri berlaku apa yang tak sepatutnya berlaku tetapi masyarakat alpa kerana pada tanggapan mereka, ia biasa, kerana terlalu lama melihat perkara seperti itu. Sebab itu ada 360, ia melihat sesuatu isu dari sudut 360 darjah.

Mazidul Akmal Sidek, penerbit eksekutif dan juga hos program 360 sering memberi assignment yang mencabar untuk aku laksanakan.

Biarpun kadang kadang ia sukar, dan terpaksa menunggu hampir lebih 5 jam semata mata menunggu responden seperti kisah sugar baby dahulu, aku tidak pernah terguris mahupun tersinggung. Tidak pula aku hantar sms pada Mazidul beritahu dia yang aku tak kisah pun nak tunggu responden tu datang atau sebaliknya.

Dan aku pula belum lagi mencipta sejarah merungut kepada (abang) Mazidul tentang assignment yang diberikan. Apa jua yang diarahkan pasti digarapkan sebaik mungkin, dengan label integriti bersama story yang dihantar.

Dan mungkin sebab itulah, Mazidul memilih untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pertama mengungkap kisah budak hisap gam dan ia mengisi pilot episod program itu. Kami bukan sekadar mengambil visual di kawasan bandaraya Johor Bahru, malah turut menjejaki seorang remaja bawah umur ke rumahnya di Kampung Pandan, Johor Bahru.

Dan bagi memastikan integriti kami tidak tercemar, penerbit 360 dahulu, Bro Fazli turut menggunakan spy cam, dan kami turut 'ditangkap' polis kerana disyaki mengambil visual IPD Johor Bahru Selatan dan balai polis adalah kawasan sensitif mengikut undang undang negara, atas dasar keselamatan.

Penahanan kami selama setengah jam itu bagaimanapun hanyalah salah faham semata-mata tetapi tidak pula kami merungut, mahupun terguris hati dan tidak pula kami menyiarkan bahan itu kerana pada hemat kami, ia adalah sebahagian dari tugas seorang wartawan bagi mendapatkan bahan yang berlandasakan integriti. Dan ia adalah satu cabaran. Integriti penting sebab penonton taknak tengok kisah bodoh, kisah tak relevan, kisah buat buat. Mereka mahukan genuine. Ya, seperti lelaki tulen. Wanita mahukan lelaki tulen, bukan separuh siap dan macam susu lembu basi.

Apabila sesuatu kisah @ isu disiarkan, ia menuntut ketepatan fakta dan balance. Contoh terbaik baru baru ini, kisah teksi, dan 360 berjaya mengungkap di kedua pihak. Kami sudah dididik dengan baik untuk menyiarkan isu berlandaskan dua sudut kerana ia subjektif.

Reliable sources:
Ia adalah sumber berita yang boleh disahihkan integriti dan maklumat yang diberikan. Jika tidak, kita tidak memerlukan wartawan tetapi cukup untuk kita duduk di kedai kopi Pak Hassan mahupun Restoran Ayub.

"Ehh kau ada dengar tak, si polan kena tangkap sebab rasuah?"

Selagi tiada sumber yang memiliki integriti dapat mengesahkan berita itu, ia akan dilipat sebagai satu lagi hearsay.

Contoh itu paling signifikan. Jika tiada pengesahan dari Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), toksah berangan nak buat story seperti itu kerana surely your editor will ask you to tapau.

Integriti.
Ia berkaitan PROBITY. Sememangnya kerjaya wartawan memerlukan pelapornya menulis tanpa rasa bimbang mahupun pilih kasih.

Ia juga berkaitan morality penulis/

"Truly, I would not hang a dog by my will, much more a man who hath any honesty in him. " Itu kata William Shakespeare. And he is right.

All reports must AT ALL TIME, be supported by an editorial policy that allows one to write about any topic without any reservations.

"Journalists are shaped by society depending on the environment they operate in. How society perceives a journalist goes along way to influence the output, since society is the consumer of your product." Fred Oluoch, Political Analyst with The East African.

In Kenya, in an attempt to please former president Moi, an illiterate Kanu sycophant referred to journalists as the lowest of the low, who are conceived by the wayside. Pun begitu, apabila dihina begitu sekali, apatah lagi dari seorang ahli politik yang buta huruf, ia mencetuskan semangat kepada media fraternity untuk meningkatkan integriti laporan mereka.

Malah, ia juga menyemarakkan semangat wartawan di sana untuk membuktikan integriti penulisan mereka, di sebalik pelbagai risiko dan keadaan sekalipun TANPA SEBARANG RASA TERGURIS HATI dan menyebut Ada Aku Kisah di dalam tulisan mereka.

Dan Sabtu lalu, aku ke Muar dengan tol RM17.60, ya mahal tu, dari Johor Bahru untuk membuat liputan pertunangan, pernikahan dan persandingan Nurul Hana Che Mahazan dan Pengurus rancangan Hitz.fm iaitu Mohd Raqeem Brian Abdullah.

Aku wakil media terawal sekali tiba di rumah pengantin iaitu tepat jam 8.30 pagi. Ya, aku sengaja datang cepat sebab nak merasa breakfast di rumah pengantin. Dan manalah tau kot aku kena halau oleh tuan rumah seperti peristiwa di masjid dulu. Lagi pulak dah tercoret dalam ruangan hiburan bahawasanya keluarga Nana tak mau wartawan datang.

Dan aku sudahpun bersedia. Begitu juga dengan penekan butang record kamera DV kami, Mohd Hafiz Bahrin.

Berbekalkan gegula yang dibeli di Petronas sebelum Tol Skudai bagi memastikan bau mulut kami di waktu itu sentiasa segar dan tiada kejadian muntah darah, aku menghubungi bapa Nana dan maklumkan pada dia aku dah tiba.

Tak ramai di balai tetamu waktu itu. Yelah mana ada orang datang pepagi camtu kecuali aku.

Dengan suara garang, bapa Nana, Che Mahazan yang biasa aku panggil dengan panggilan tuan disebabkan dia tuan rumah dan dia juga seorang pegawai kanan polis, meminta aku tunggu kejap.

Berdebar debar aku tunggu.

Selepas beberapa minit, akhirnya bapa Nana muncul, dan jantungku berdebar. Begitu juga Hafiz. Dia juga berdebar. Adakah kami akan menerima nasib yang serupa seperti di Masjid Abu Bakar tempohari?

Segalanya terjawab, apabila kami turut dihidangkan dengan teh tarik takder piring tapi sedap sebab aku tambah tiga kali.

Bapa Nana memang aku kenali suka berlawak dan memang mesra dengan sesiapapun. Aku tak dapat bayangkan macam mana mak Nana boleh handle lawak Che Mahazan ni. Aku dah Hafiz sendiri tak boleh handle tahan ketawa.

Selang beberapa minit, datang pula sekumpulan wartawan dari Kuala Lumpur mewakili Kosmo dan Utusan Malaysia. Tak sempat aku bertanya nama diaorang. Haha sorry guys. Tapi korang baik baik.

Wartawan based in Muar, Zalifah dan Junita pun ada bersama pixman mereka, Shahrul. Tak boleh handle aku mengusik Zalifah dan Junita.

"Boss aku suruh aku tulis semua artis yang datang, masalahnya kalau pegawai polis yang datang, aku kenallah, kalau diaorang lalu sebelah aku pun aku tak tahu," kata Junita dan aku setuju. Tapi dia tetap berusaha bertanya semua orang sambil aku cuci mata.

Majlis berjalan dengan baik sekali tanpa sebarang cacat cela. Pada mulanya memang aku kecewa sebab Nana dah kahwin tetapi bila tengok Brian, aku terus jatuh ke tempat ke 12,051. Itu pun kalau ada tempat. Haha. And ohh Nana ada kakak yang hot jugak. Takperlah dik, adik kahwin dulu ehh, nanti 'abang dengan kakak' pulak yek. Hahah..

Both the groom and bride are hot. Hotter than water heater. Walaupun banyak kipas dalam rumah Che Mahazan di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman Muar itu, aku tetap berpeluh sebab dua dua hot.

Fara Fauzana pun hot. Dua adiknya turut hadir. Pun hot. Dan beberapa tetamu yang datang pun hot tetapi khusus untuk Superzac, aku suci dan setia, walaupun ada juga yang cuba menggoda aku dengan renungan mata mereka. Ok aku tipu, diaorang pandang orang belakang aku.

Perenggan atas ni banyak pulak perkataan hot. Berdosa tak?

Majlis pertunangan bermula tepat jam 9.35 pagi. Nikah jam 10.45 pagi. Pengantin lelaki tiba untuk bersanding tepat jam 1.37 petang. Aku takyah citer pepanjang pasal majlis sebab berlambak kat paper cerita pasal diaorang, pergi beli.

Di majlis yang sama, seperti yang aku sangkakan, aku menjadi bahan kepada gurauan tetamu Che Mahazan yang menerima menantu pertama dalam keluarga mereka.

Ramai tetamu yang datang bersalam mengalahkan aku selebriti.

Ya, mereka adalah dari pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia yang datang dari seluruh Malaysia.

Aku semeja berborak dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Che Yusof Che Ngah; Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ketua Polis Johor Bahru Utara, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan ramai lagi. Sebab diaorang jerlah yang aku kenal because I am not in the celebrity circle.

Soalan pertama yang diajukan pada aku adalah dari Datuk Amer Awal:

"Mahazan, bukan main lagi kau panggil Hazrey datang buat liputan," terus digelakkan bila aku cakap aku datang untuk program wanita. Hahahaha. Walau pahit kutelan jua. Aku rapat dengan mereka kerana tugasan aku untuk sebuah program anti jenayah.

Dan aku terkejut apabila ACP Che Yusof Che Ngah ada menyebut Che Mahazan ada menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis terhadap satu laporan gosip tempohari namun disabarkan Datuk Amer Awal (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor) dan ACP Che Yusof sendiri.

Datuk Amer is currently doing his Phd on media dan tentunya dia arif tentang peranan media dan integriti seorang wartawan.

Di saat majlis hampir ke penghujung, aku menemuramah Che Mahazan, dan beliau menceritakan segalanya, betapa dia lebih tersinggung (atas sikit dari terguris) tentang laporan yang ditulis mengenai keluarga beliau tak mahu undang wartawan dan pastinya ada cerita menarik tentang temuramah itu. Dan dia amat amat kisah tentang tulisan itu.

Dan tentunya, temuramah itu direkodkan SECARA EKSKLUSIF.

Sunday, June 7, 2009

PULANG DARI MAJLIS PERKAHWINAN NANA ERA DAN BRIAN

My personal ramblings here. My personal journal on Nana and Brian's wedding. Both are hot. Serious. Dua dua hot.

While you are it, don't forget to click on this link -> Getting horny?

That link will give you a hint on my next writing.

And ohh, journalism is about integrity and professionalism without being emotional.

If there is none, then that shouldnt be journalism tetapi an insult to the industry.

Will write tomorrow after another assignment for program wanita. Yeah, another wedding. Penatnya nak cari baju kebarung / kebaya / kebongsam (kebaya + cheongsam). lols.

Penat. Nak tido. Nak membuta. Selamat membuta semua. Jangan lupa pasang ubat nyamuk sebab entry esok mesti menggigit. Janji. Kita dah cakap pada awak kan, kita janji. Awak tak caya ehh, tak apalah, kita taknak kawan dengan awak.


Thursday, June 4, 2009

NURUL HANA BINTI CHE MAHAZAN.

Nama ini mungkin kurang dikenali buat segelintir. Samalah dengan aku. Baru hari ni aku ambik kisah pasal nama ni.

Kalau disebut Nana, sudah pasti ramai yang mengenali penyampai radio Era ini. Dan aku teringat lagunya.. Hey Nana.. haha, aku benci lagu tu, sebab gedik bunyinya. Tapi ini bukan kisah lagunya.



Hot tak? Yeah, stop drooling, she is no longer available beginning this Saturday.

Aku sebenarnya kurang gemar buat liputan pasal artis kahwin ni. Phobia.

Kawinoratisphobia. Ya.

And I have my reason ok. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat...

Aku tak mahu lagi jadi subjek utama, melebihi pengantin seperti yang berlaku dulu. Cukuplah. Kata kawan aku sorang ni - halo you are over expose. Haha. Jahat ko yek cakap aku camtu.

Apatah lagi sang penulis ruangan gosip sudahpun menulis akan Nurul Hana yang bakal diijabkabulkan dengan Mohd Raqeem Brian Abdullah pada Sabtu ini, 6 Jun 2009 tidak mengundang wartawan ke majlisnya.

Beberapa minggu lalu, ketika sidang akhbar mengumumkan kejayaan polis menyelesaikan kes kematian seorang wanita mengandung dua bulan yang diragut, aku sempat menyakat bapak pengantin perempuan yang juga seorang pegawai kanan polis.

Aku tak tahu apa kejadahnya penulis ruangan gosip tu menulis sedemikian, tetapi even sebelum keluar kisah ni semua pun, bapa pengantin yang aku kenali - seorang pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sudahpun siang siang, beriya iya meminta aku datang, biarpun aku sekadar menyakat beliau. Lagipun aku agak phobia dengan majlis kahwin selebriti ni.

Bapa Nana, Che Mahazan, yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Batu Pahat dan sering berurusan dengan pihak media, tentunya tahu akan tugas wartawan. Aku pun kenal dia dah lama, dan belum pernah lagi walaupun ketika kes sensitif, dia menolak menemui wakil media. Dan sentiasa mesra media sama dengan bossnya, Ketua Polis Johor dan KPD Batu Pahat.

Maka, apabila keluar cerita yang Nana taknak jemput, aku pun pelik, bukan ke itu hari bapak dia cakap, belum sempat lagi hantar kad jemputan.

Seriously, aku langsung tak kenal Nana secara peribadi dan tentunya Nana 120 peratus tak kenal aku. Aku cuma kenal bapak Nana disebabkan tugas aku.

Dan Che Mahazan sendiri, yang sepatutnya bercuti selama beberapa hari untuk menghantar kad jemputan tempohari terpaksa membatalkan hasratnya kerana dipanggil bertugas berikutan kes ragut yang turut menyebabkan kematian itu. Sebab itu, sebaik kes itu berjaya diselesai, Che Mahazan lah orang paling sibuk hantar kad.

Jadik, aku tak tahu di mana justifikasi kisah ini, apatah lagi antara usikan aku kepada Che Mahazan, bapa Nana adalah, "alah, entah entah tuan tak mau kitaorang datang kot." Lantas ditepisnya, sedikit pun tidak difikirkan sedemikian, apatah lagi yang bakal datang buat liputan dari Johor adalah rakan-rakan media yang dikenali beliau.

Aku teringat satu entry rakan aku, DonCorleone. Ya, di biro negeri, tak ada falsafah atau kefahaman sama ada kau wartawan hiburan atau wartawan jenayah. Semua kena buat. Maka, kemungkinan bahawa wartawan yang sama membuat liputan jenayah akan datang Sabtu ini adalah amat amat tinggi, dan aku adalah contohnya. Dan aku pulak, untuk program wanita. Vogue the vazz lah aku.. tak tahu nak pakai baju kebaya warna apa ni, kena cari yang lap lip ni. Hahaha.. mampussss. Nauzubillah.

SIANG TADI.
Siang tadi, aku sempat telefon Che Mahazan. Usik dia, amboi bapak pengantin resah semacam jek. Dia gelak sungguh sungguh seperti biasa yang aku kenali. Dan terus dia nyakat aku balik, Halo hazrey, saya cuti dah, jangan tanya pasal kerja. Aku terus gelak.

Bila aku sebut yang aku akan datang buat liputan, dia tanpa teragak agak terus bertambah ceria. Kecil tapak tangan, nyiru ku tadahkan, mungkin itu yang boleh digambarkan dari suara dia. Dan dia sempatlah jugak mengutuk kenapalah majlis anak perempuannya itu jadik isu, dan turut menyebut nama penulisnya. Aku terus gelak paling besar untuk tahun 2009 ini, bukan kerana apa yang dikatakan, tetapi nama yang disebut.

Bila aku tanya lokasi rumah dan apa yang hendak aku lakukan nanti untuk liputan itu, terus dia jawab, takder masalah Hazrey, datang jerlah, kau ni macam tak biasa dengan aku pulak. Dan tak sampai seminit selepas perbualan itu selesai, aku sudahpun terima sms alamat majlis bakal diadakan.

Maka apabila aku baca perenggan ini:

“Asalnya bukan Nana yang tak mahu jemput wartawan, tapi saya rasa keluarganya sendiri. Majlis akan dibuat di pihak keluarga Nana. Keluarga Nana bukannya selebriti, jadi mungkin mereka tak berapa faham. Justeru, memang saya ada bertemu orang kuat sebuah akhbar tabloid untuk bertanya pandangannya. Tapi, nak kata dia marah, tak ada pun. Sekarang semua dah selesai, Nana pasti jemput wartawan,” kata kenalan Nana itu.

.. aku terus gelak, sebab tidak ada justifikasi langsung. Kalaulah story macam ni keluar dari wartawan jenayah, pastinya editor akan siap siap suruh bungkus kain baju seluar dan segala pakaian sebab hanya hearsay dan langsung tidak ada source yang sahih. Bestnya kalau aku boleh buat camnih, takder confirmation langsung.

Kenapa depa taknak call bapak Nana tu sendiri? Call jerlah. Bukan susah sangat pun untuk dapatkan confirmation.

Tanyalah "Halo pakcik, pakcik tak mau jemput wartawan ke? Tau tak saya siapa? Saya abang Superman, sekali saya tulis, sampai bila bila pakcik tak akan dapat naik eskalator lagi. And I know where you live pakcik."

Seperti yang aku kata, mustahil bapak Nana yang hampir setiap hari berdepan dengan wakil media tak mau jemput media. Pelik nih. Siapa kawan Nana tu? Siapa orang kuat akhbar tabloid tu? Keluarga Nana memang bukan selebriti tetapi takkanlah bapak dia, iaitu khalifah dalam keluarga Nana tu yang dah naik muak tengok warga media hampir setiap hari kat Johor ni jahil tentang peranan media?

Dan aku terasa betapa kurang matangnya apabila penulis menyebut:

"Mungkin ada hati wartawan yang sudah terguris, tapi tak mengapalah Nana, suka hatilah nak jemput ke tak, ada ku kisah!"

"Bagi Zubir, populariti Nana tidaklah sehebat Datuk Siti Nurhaliza, Mawi atau bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari yang awal-awal lagi sudah menyenaraikan nama wartawan yang bakal diundang ke majlis perkahwinan mereka. "

Cuba ditukarkan kepada ayat berikut:

"Mungkin ada hati wartawan jenayah yang sudah terguris, tapi tak mengapalah duhai Ketua Polis Negara, suka hatilah nak jemput ke tak, ada ku kisah!"

"Bagi Jubir, populariti Ketua Polis Negara tidaklah sehebat Barrack Obama, Mawi atau bintang Indonesia, Bunga Cintra Lestari yang awal-awal lagi sudah menyenaraikan nama wartawan yang bakal diundang ke sidang akhbar beliau."

Dan kalaulah betul ditulis begitu rupa, sudah tentu dah lama diaorang bungkus. Tutup kedai. Kena gelak - confirm.

Dan sebab itulah, wartawan bukan dari meja hiburan lebih cekal dan lebih kental dan tidak mudah terguris biarpun sampai kena tendang oleh Orang Kena Tuduh (OKT) di mahkamah sebab ambik gambar depa tak henti henti mahupun kena marah sebab tanya soalan bodoh pada Ketua Polis. Sebab kami ada integriti dan kalau taknak kena marah, jadiklah mak andam atau kerja yang tidak memerlukan dimarahi (kalau ada).

Dan belum lagi aku dengar mana mana wartawan (bukan dari meja hiburan) yang merungut merengek macam budak kecik tak dapat susu botol sampai tulis begitu sekali, dalam mana mana ruangan tulisan mereka. Belum lagi.

Dan sebab itulah, tulisan seperti inilah menyebabkan jatuh bergoleknya nilai kewartawanan apabila disebut "mungkin ada hati wartawan yang sudah terguris", padahal yang terguris itu siapa? Ada ku kisah ke wartawan hiburan ni nak kecik hati ke tidak? There is a hole in their life.

Haha. Takperlah, yang penting aku akan ke Muar, Sabtu ini untuk cover majlis Che Mahazan tu. Mesti ramai yang aku kenal dari PDRM yang datang. Mesti depa akan gelakkan aku sebab mamat (ejaan: ensem) buat program jenayah ni pun buat program wanita. Aku serba boleh, so gelaklah. Haha.

Wednesday, June 3, 2009

The War Against Ah Long, Achik dan Angah

The real aim of loan sharks is to keep their customers eternally in debt so that interest (for the sharks) becomes almost an annuity."

Macam lama tak menulis. Too much of work I guess. Jom heboh, assignment etc etc.

Today, met some familiar faces at the press conference of Johor Police Chief, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Seronok dapat berjumpa dengan media friends, especially those yang aku boleh menyakat.

Fauzi Ntv7 dengan gangnya, Shahrul dan Effi (no, not that Effi of Obefiend), yang tak henti buat lawaknya. Ohh Effi, lain kali kami akan menyediakan kerusi besi untuk kau.

Begitu juga dengan Ashar, wartawan hot berita TV3 di Johor. Sempat berlawak membuatkan semua orang kelam kabut di Taman Daya, pagi tadi. Haha, nakal kau Ashar. Dan sempat jugak aku menyakat Su dari Bernama. Dan Su, you can always ask me for my script. Upah: teh tarik secawan.

TODAY

Today's assignment is about Ah-Long. Loan shark. Jerung pinjaman?

Loan sharks sudahpun menjadi sebahagian dari sejarah. Banyak peminjam wang ini skirted between legal and extra legal activity. Dan di dunia barat, loan sharks adalah salah satu feature underworld, and blackmail or threats of violence adalah sebahagian dari ciri ciri menuntut semula pinjaman.

In many exploitative manner, these illegal moneylenders tend to violate many laws. Contoh terbaru adalah yang terjadi di Seri Kembangan di mana tiga lelaki diikat seperti haiwan.

Not that aku menyokong these moneylenders, but true to its fact sebagaimana yang dikatakan Ketua Polis Johor, kalau tidak ada demand, pastinya sindiket ini tenggelam. Dan sekali lagi, it is the public responsibility not to opt to these illegal moneylenders.

Their inflated service charges langsung tidak masuk akal.

Ini adalah kiraan pinjaman salah seorang mangsa yang dirantai di Seri Kembangan.

Pinjaman: RM1,000.00

Tunai Diperolehi: RM450.00 sahaja

Bayaran Setiap Hari: RM52

Tempoh: 120 hari

Jumlah yang perlu dibayar: RM6,240.00

Oleh kerana tidak sanggup membayar lagi, dia diculik dan dirantai.

Itulah hakikat konsep kiraan bayaran semula pinjaman Ah-Long. Semasa mula meminjam agen agen Ah Long ini adalah manusia yang paling manis dan paling baik dalam kehidupan anda.

Namun di sebalik kemanisan itu semua, pastinya kalau check ruang barangan kenderaan agen agen Ah Long ini, pasti akan terjumpa cat merah, batu, rantai dan tidak mustahil senjata tajam.


Artis Hong Kong, Andy Lau pernah menjadi duta Ah Long di Malaysia dengan gambar vogue the vazz ini. Tidak, ini sebenarnya cara Ah Long memikat peminjam. Marketing.


I still remember part of the war on Ah Long is to register prepaid handphone number. But of course, in Malaysia ada banyak undang undang yang disebut dan dinyatakan dalam media, namun penguatkuasaan adalah suam suam kuku. Itu hakikat dan tiada siapa yang boleh menafikan.

The purpose is simple, to stop on Ah Long activities that advertise their number so that the authority can trace them down. Ask any of the police officers, berapa banyak nombor yang tertera di poster poster dan iklan iklan Ah Long itu memiliki data yang sah? Legitimate information?


Look at this. Remember those ad by Jabatan Belia? These Ah Long pun pandai. Ini cakap diaorang, *kami bukan Along. Abis tu? Angah? Achik?

Ah Long tahu ke peminjam ni kakinya busuk?

Apabila gagal membayar, jalan mudah Ah Long ialah menampal gambar IC peminjam di kawasan pejabat dan rumah peminjam. Aku taknak guna mangsa sebab diaorang bukan mangsa tetapi peminjam yang taknak pikir akibatnya.

See the hyperlink that I included on the above's paragraph and see the former Deputy Home Minister, Datuk Fu Ah Kiow sendiri cakap tracing loan sharks will NOT be easy because "there is a loophole in tracing them whereby the numbers could have been registered under a different name or even a "phantom owner".

Yes, I myself dah boleh buktikan it does not work here in Malaysia. Couple of months ago, I received prank calls during wee hours, and sms-es. Those sms-es are not friendly although some men would love to receive such sms. "Abang, mana ni, saya dah tunggu ni, lama tak sentuh tubuh abang" all sort of things. And those sms-es delivered to me almost every day.

So I decided to lodge a police report while calling some friends to check the details of the sender. Yes, I got the address and even the IC number. And yes, phantom owner. The address does not exist at all. So di mana MCMC?

So seriously, what is the purpose of getting the whole nation to register their prepaid numbers in an attempt to halt loan sharks' activities, when their "master plan" is flawed? Aren't we all back at square one now? Correct me if I'm wrong but I think the whole prepaid registration circus is a big joke. I can imagine the loan sharks laughing their butts off watching all of us monkeys (yes, me included) in the process.



"errm… kena register ke prepaid aku ni.." fikir monyet sambil berfikir, IC siapakah yang perlu digunakan kerana monyet tak ada IC. Takper, kat Malaysia, MCMC tak buat kerja.

Ramai rakan aku di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sering menemui jalan buntu apabila melakukan siasatan terhadap nombor nombor yang diperolehi.

Organisasi Ah Long ini amat licik dan bijak. The main culprit tidak akan muncul malah ada kalangan Ah Long yang ada sekarang hanyalah runner sahaja dan bukan the main player.

Dipercayai, ada juga runner yang tidak pernah menemui the main funder mereka dan hanya menjalankan tugas memberi hutang dan memungut hutang, dan of course dengan cara yang paling zalim dan kejam yang boleh mereka lakukan, bagi memastikan modal yang dikeluarkan funder mereka mempunyai return yang tinggi.

Dan yang paling sadis ialah, pegawai serta anggota polis sering menjadi sasaran kepada cacian dan cerca dari masyarakat apabila berlaku peminjam dizalimi.

Sebelum terus melempar tohmahan dan cacian itu:

1. Kenapa pergi meminjam pada Ah Long? Antara jawapan mudah: sebab susah nak dapat dari bank, padahal kebanyakannya bukan untuk perniagaan tetapi untuk tujuan berjudi atau (quote Obefiend) ada juga yang digunakan untuk menyertai MLM.

2. Untuk apa meminjam? Untuk berjudi, sebab dah ketagih. Untuk menutup hutang dengan Ah Long lai

Manakala MCMC serta penyedia perkhidmatan telefon selular perlu lebih bertanggungjawab, jangan sekadar memikirkan Ringgit dan Sen semata mata.

Peraturan untuk mendaftar talian pra-bayar ini sudah lama di Malaysia tetapi sejauh manakah penguatkuasaan dilakukan MCMC, agensi yang bertanggungjawab terhadap penyedia khidmat itu semua?

Adakah penyedia khidmat akan terus melindungi agen agen mereka yang tidak bertanggungjawab membiarkan pendaftaran oleh phantom owner di atas buku lejang tanpa perlu mengemukakan kad pengenalan mereka?

* * * * *


Di Amerika pada lewat abad ke-19, loan shark sudahpun wujud. Dulu dikenali sebagai land shark dan money shark.

Di Amerika juga, before the First World War a progressive coalition emerged to fight on behalf of these consumers. This fight culminated in the drafting of the Uniform Small Loan Law, which brought into existence a new class of licensed lender. The model statute mandated consumer protections and capped the interest rate on loans of $300 or less at 3.5% a month, or 42% a year. Its aim was to establish a reputable class of lenders that could satisfy the demand of loan shark victims at a substantially reduced rate. The law was first enacted in several states in 1917 and was adopted by all but a handful by the middle of the twentieth century.

Hakikat sebenar Ah Long ini ialah, dari mana sumber wang mereka kalau tidak dari organized crime? Ini termasuk pelacuran, penjualan DVD cetak rompak, judi, pengedaran dadah dan banyak lagi aktiviti menyalahi undang undang negara. Ini bukan beban untuk polis sahaja. Ketika meminjam, tidakkah peminjam memikirkan akan akibatnya nanti? Pada keluarga?

Amerika sudahpun memerangi Ah Long sejak 1917 malah pada tahun 60-an, underworld Ah Long di sana menjadi the second most lucrative franchise of organized crime!

Hari ini di Malaysia, terpapar nombor telefon bimbit dengan pelbagai gaya dan strategi termasuk menggunakan ala ala Master Card, CIMP Bank, MayiBank dan ada juga went overboard dengan meletakkan Urusan Kerajaan pada sampul surat yang diletakkan dalam peti surat kita.

Calling card Ah Long hari ini semakin evolves, dan banyak nombor telefon tertera dan tentunya ia berbalik dengan penguatkuasaan dari MCMC dan service provider terhadap phantom owner of the handphones.

To me, if police is going hard on these Ah Long, how about other agencies? How about service provider? Are they even serious of implementing the laws? Or are they even doing it?

Manakala, apa pula tindakan bank bank perdagangan yang susah sangat nak bagi pinjaman kepada usahawan untuk besarkan perniagaan mereka?

Pernah aku terbaca kerajaan memperuntukkan berbillion ringgit kepada bank bank terpilih di negara ini untuk pinjaman kepada usahawan, tetapi bank bank ini buat macam duit diaorang sendiri, sehinggakan adakalanya duit tak habis membiayai pinjaman.

Itu belum lagi kisah dari seorang kawan aku yang mengemukakan permohonan pinjaman kepada SME Bank untuk membiayai expansion project syarikatnya yang memiliki aset berjuta ringgit dan tidak mempunyai sebarang liabiliti pinjaman tetapi pegawai SME Bank dengan mesranya menolak mentah mentah tanpa berkunjung pun untuk melihat sendiri aset yang dimiliki kawan aku itu tetapi terus menolak permohonan itu. Menarik tak?

Jadi, sementara kita sendiri bencikan Ah Long, bank juga perlu keluar dari pejabat berhawa dingin mereka dan pergi jenguk usahawan tulen dan serious yang memerlukan pembiayaan untuk berkembang. Jangan malas dan jangan makan gaji buta.



DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.