Tuesday, December 1, 2009

UPDATED: Tragedi buah limau.




Ramai tertanya tanya pasal buah limau ni. Tak banyak clue kecuali tajuk tragedi buah limau diletakkan di sini.

Ia sebenarnya limau yang aku perolehi semasa menaiki salah satu aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan minggu lalu.

Kapal KM Manjung membawa kami untuk membuat liputan program 360 di sekitar perairan Laut Cina Selatan berhampiran Kota Tinggi, Johor dan limau ini adalah untuk menghilangkan mabuk laut.

Aku berjaya membedal sebanyak dua biji limau sebelum berselera makan atas kapal APMM sambil dibuai ombak yang boleh tahan ganasnya.

KM Manjung diketuai pegawai memerintah kapal Leftenan Maritim Mahmad Faizal Ahmad bersama 28 krewnya dan ini bukan kali pertama aku menaiki kapal itu.

Maka, selepas satu tragedi aku mabuk awal tahun ini dan terdampar ala ala percutian kapal mewah tanpa wanita blonde berbikini di sisi, Left Faizal macam dah tahu dan standby buah limau bebanyak. Haha.

Banyak gambar di atas kapal tu dengan pelbagai posing termasuk rambut berterbangan, kaki terangkat, side angle, tapi macam malas nak letak kat sini. Takut ada orang mengigau pulak malam ni nanti. Maka, toksahlah.

Macam mana pun, trip kali ni aku tak mabuk tapi produser aku Ajib yang mabuk. Hahaha. Kerek sikit.

Dan oleh kerana aku tak mabuk aku berjaya mengumpul kulit udang dalam pinggan tanpa perlu control cun, macho atau vogue. Rezeki beb. Sorrylah, takder gambo sebab malas. Dah, sekarang pergi sambung buat kerja.


15 replies:

aNa SuZaNa said...

tgk gambar identiti hazrey ( yg mata kaler oren tu) teringat si tai lung penjahat dlm citer kungfu panda...hahahhaha...

erkk..komen takde kena mengena dgn buah limau..sbnrnya aku tak phm apa maksud entry ni..kahkahkah..

echah_syed said...

ini mcm cerita tragedi buah epal anita sarawak tu ekk :D

ngape buah limau tu.raya cina lambat lagi laa :p

rosnanie said...

entah ler, nak kata lambat pick up, orang lain pun tak faham,

haa... ni mesti en hazrey tak de idea ni... story ler sikit...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Lepas 5 min termenung, masih mencari motif tajuk dan gambar di atas....

Ida said...

Tak nampak tang mana tragedinya limau tu sebab limau tu lawa la sesangat kaler dia..

alidyangon said...

Bro

Tragedi apa tu¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿

LORD ZARA 札拉 said...

amboi~
tu kulit yang belakang tu apa pulak?

Umie said...

terbegik biji limau ke hazrey? hehehe...

kraznaya said...

Bro.Engkau kena makan limau ikut hidung ker? Betul-betul tragis tu.

aishah_conteng_je said...

tercekik kulit limau kot

Ida said...

Laaaa... tragedi Hazrey mabuk laut rupa-rupanya..

Sebenarnya, nak hilangkan mabuk laut tu, tak perlu membedal limau, cukup dengan bau kulit limau tu saja.. tapi takpelah, agaknya bedal sekali dua biji limau tu, lagi "powderful" kot.. ;)

azieazah said...

Wakakakaka... mujur tak kena tampal koyok tang pusat...sbb itu pun leh ilangkan mabuk gak..

hehehehe... saja nak sambung gelak, tak leh nak sambung kerja sbb masih cuti.. Ahaks!

LORD ZARA 札拉 said...

hahahaha~
akhirnya citer penuh keluar~
yeay!!

=]

takde yg pakai seluar bermuda semua?

zeqzeq said...

kecik sangat, kedudkut punya olang lain kali bedal 20 biji sekali dgn jaringnya

hellioz said...

tragedi pohon pisang...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.