Thursday, December 31, 2009

TAHUN BARU. TAHUN JEK BARU, ORANG SEMAKIN MENJADI LAMA.

Malam ini malam terakhir dalam takwim masihi 2009.

Berakhirlah sudah 365 hari kita merenangi pelbagai suka duka, pahit manis, perit jerih, penat peluh, peluh busuk, mulut busuk tak pakai listerine dan bau badan busuk walaupun pakai deodorant sekilo sekalipun.

Yang pasti, aku akan bagi jotos jepun (haa, korang pernah dengar tak jotos? Tak pernah? Jotos tu ialah buritan kapal tangki), kalaulah ada sesiapa yang bertanya:

Soalan: Wahh, dah nak tahun baru dah *Sem. (sem adalah singkatan nama saya dan saya langsung tak suka panggilan itu sebab panggilan penuhnya boleh membuatkan saya ditangkap polis. Nanti ujung entry kita letak explanation nya ya).

Soalan: Lap lip, tup tap, pat pot, dah setahun lagi yek. Apa azam tahun baru kau?

Aku sering menjawab: Azam saya ialah untuk mempunyai satu azam pada tahun berikutnya. Dan frasa ini sudah aku gunakan berkali kali. Dan ia masih lagi valid sebab aku tak pernah letakkan expiry date atau manufacturing date kerana aku tidak terikat kepada serbuan mana mana agensi atau komplen dari mana mana pengguna (read: mana mana pengguna ok!)

Aku cuma ada seorang pengguna di rumah dan harap harap dia tak complaint aku semakin expired dengan berhijrahnya usia menjadi nombor yang tidak lagi belas belas, puluh puluh tapi dah banyak nombor. Ya, aku bercadang menggunakan taktik orang orang tua lain, iaitu mencuba memikat wanita 10 tahun lebih muda walaupun aku tahu, setakat ni, puan gegula di rumah yang hot tu dah kira macam menang More Jutaria. Memanglah, sebab lepas mamat tu menang, mana ada lagi peraduan tu. Rokok More pun takder lagi ok, abih duit bayar mamat tu.

Pada orang orang yang seusia aku ni iaitu tak berapa jauh dari usia mereka yang ambik SPM berbelas tahun dulu, apabila melalui kawasan perkuburan ia seolah satu panggilan.Bila menziarahi kematian, imaginasi kekadang mengecewakan sebab dipaksa membayangkan posisi kita adalah terkujur kaku dan bukannya yang berdiri melihat jenazah. Sadis kan.

Aku tak pernah ada azam. Aku tak ada rasa keperluan untuk ada azam, yang ada cuma mengidam tapi aku taknak cakap kat sini sebab periuk belanga kat rumah belum ada sejarah terbang lagi kat kepala.

Azam, pada aku seharusnya ada pada setiap masa. Azam untuk memperbaiki diri dari yang semalam. Azam untuk memastikan kerja kita lebih dari semalam. Azam untuk memastikan kita result oriented dan azam untuk memperbaiki keselesaan hidup. 

Sebabnya, adalah satu mentaliti yang janggal untuk memiliki azam hanya pada tahun baru, dan azam seterusnya adalah pada 31 Disember tahun berikutnya. Lama beb nak tunggu kau berubah. Hahah. Kucing dah beranak lima kali dah. Eh, kucing setahun beranak berapa kali ahh?

Seharusnya, keazaman dalam diri perlu disematkan setiap masa. Apatah lagi bangsa Melayu, yang kerap didengari sinonim dengan perangai malas, suka melengah, suka mengeteh 24jam dan suka melenting bila kena tegur (read: orang kerja hospital).

Maka, tulislah sekeping nota dan masukkan dalam dompet jenis Dunhill mahupun purse jenis LV atau Coach, tak kira yang dibeli di Petaling Street, Holiday Plaza mahupun di internet dengan disclaimer "We shall NOT entertain any enquiries on the authenticity of our products here," atau tampalkan pada cermin kat rumah tu supaya ingat akan azam kita. Buat azam tiap tiap minggu atau kalau yang susah sikit seperti nak memujuk suami beli Dorothy Perkins, anjakkan sedikit tempoh untuk mencapai azam itu.

Manakala pada pekerja hospital, azam baru boleh ditulis di uniform anda sebab warna putih senang nak tulis. Kalau boss tanya, cakap anak conteng, tak boleh nak dipadamkan.

Kepada pondan pondan di luar sana, untuk mengingatkan siapa diri anda, tulislah guna permanent marker pen dan tulislah dengan sepenuh ikhlas hati dan sebanyak janggut dan kumis anda sebelum shave ayat berikut pada "panty" anda:

AKU LELAKI. AKU LELAKI. AKU LELAKI.

Peringatan, jangan pepandai tambah perkataan uolzz, nok atau hanjing pada "panty" anda sebab ia memberi kemungkinan terdapat lorong U-Turn pada azam anda.

Pada perokok tegar pulak, jika ada keinginan (read: tipu diri sendiri), azam untuk berhenti hisap rokok, buatlah betul betul dan selalulah pergi Singapore sebab di republik itu, membeli sekotak rokok seperti membeli sebidang tanah. Mahal nok.

Jika masih gagal, pujuklah hati dan jangan hiraukan tempelak dari manusia di sekeliling anda dan beritahulah pada diri sendiri, kita sekadar membantu penanam tembakau untuk mereka mencari duit anak sekolah, baju sekolah, buku sekolah, pensel, pen, pemadam getah, pencil box yang ada gambar Ben10 atau Avatar.

Banyak lagi azam yang aku nak tulis, yang pernah aku dengar, tapi tulah, yang cakap tu cuma sekadar sedapkan hati nurani. Bila tak tercapai, ia bukti yang orang itu, jiwa kacau.

Bagi aku pulak, aku berazam untuk tidur awal. Ehem. Dan aku tak suka tahun baru, sebab kalau kena kerja, jammed memanjang satu dunia. Horror.








14 comments:

Azhar Abdullah said...

Eh, dah nak tahun baru la...langsung aku tak sedar...hahaha..macam bodoh kan..

Aku tak pernah ada azam sempena tahun baru..in fact aku tak tahu pun nak berazam apa...sebab benda yang aku nak aku dah dapat, iaitu bini cantik...hehehe...

Lain-lain benda yang aku tak dapat tu, aku tanam cita-cita sentiasa nak dapat, tak tunggu awal tahun je..sebab nanti bila pertengahan tahun aku mula lupa, last2 hujung tahun aku repeat benda yang sama je...rasa macam buang masa setahun kan...hehe...

Aku sangat kesian kan keluarga penanam tembakau...dan negara jiran terdekat aku, Thailand, rokoknya lebih murah dari Malaysia, so aku dengan berbesar hati mengabaikan perkara tu ye...datang sini, kita fogging betul-betul...haha..

Desert Rose said...

AKU TAK SUKA KO

Azam tahun baru aku : errrr arrrr ....nak menukarkan semua alat solek aku ke brand lain yg lebih mencabar kesabaran En Lan. (tu kira azam ke tak??)

zeqzeq said...

tahun baru cari kekasih baru, tinggalkan yg pisau cukur

PUTUBAMBU said...

Selamat Tahun Baru Bro..!

semoga lebih sukses selalu..!

Azrul Hisham said...

Selamat Tahun Baru buat bapak gegula dan mak gegula :D

Nashays said...

Hepi nu year pak gegula....

Dak Wan said...

Selamat Hari Raya! Eh? Tahun nie dah raya... Ok, Selamat Tahun Baru! Tahun depan saya berazam untuk Sambut Tahun Baru lagi. Sekian.


p/s Azam ni mesti tercapainya ah. Hahaha

azieazah said...

Macam boring jer bila citer pasal azam kan? Sepatutnya kalu dah berazam tu tak perlulah nak heboh-heboh. Simpan jer keazaman tu dalam hati, baru betul puas hati kalu berjaya capai...

Kecoh berazam pun, yg tercapai ntah-ntah 10% jer tercapai. Lebih malang bila selepas 21 hari terus lupa..

Ladang tembakau jiran AZHAR? Wehhh AZHAR, Kak Azie pernah pegi ler ladang tembakau tu, dekat dgn area Tasik Melati.. hehehehe

i.am.belle said...

satu benda yg paling hebat tentang bapak gula2 ialah 'beliau tak pernah buat entri kurang daripada 10 perkataan'. tepuk tgn sbb tak boleh challenge si candy man.

oh selamat tahun baru! xD

ramlah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
LORD ZARA 札拉 said...

pergh~

azam aku nak dapatkan kelas Azam~

eerr~ malangnya aku bermimpi~

aku bukan di sekolah lama~

ngantuk~

penat~

org JPN nak datang pula Isnin ni~

alahai~

kraznaya said...

Apa pulak bro.Pas nih aku dapat orang baru,awek baru,bini baru,kekasih gelap baru jangan lar ada dia orang terbaca nanti haru biru jadinya.Oh sebab tuh aku tak letak gambar dengan nama asal.Azam baru nak jadi buaya yang bersopan dan beretika.Ader ker?

Bro engkau tengok dlm blog aku tu terjun tiruk engkau ader tak info mangsa idup ker tak?

Suria Azhar said...

azam saya tahun ini mahu pergi ke Bandung dengan mak gula-gula

yeayyyy...

kitty said...

azam azam azam.........

pada aku azam x penting... apa yang penting niat kita setiap hari sebaik sahaja melangkahkan kaki ke luar rumah samada baik atau tidak... hanya azam tapi x buat utk apa?

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.