Antaranya sebab kita nak nampak manis.
Antaranya sebab kita nak meng-usha, ok itu khusus untuk lelaki (read: gatal).
Tapi tak semua yang senyum tu untuk satu tujuan iaitu untuk menggatal. Senyum tu sedekah. Tapi seringkali senyuman kita ni disalahertikan. Apatah lagi kalau kita bukan Edward
Dan tentu kita akan kembang kuncup hidung kalau kita senyum pada aweksss (plural), dan aweks (plural) senyum balik. Pulak tu, hot macam Hanis atau Lisa Surahani. Mulalah kita rasa kita ni lebih ensem dari semua orang tepi kita, padahal aweks (plural) tu semua senyum sebab sedekah, maknanya kau tu mintak sedekah. Shedihnya.
Masa aweks (plural) senyum balik, terasa seperti tak sia sia kita shave pepagi guna shaver pakai buang tu kan.
Ok intro panjang sangat.
Sebenarnya aku nak cerita pasal service kerajaan (lagi).
Dalam seminggu dua ni, cop pada passport aku semakin ramai. Banyak. Berlemon. Aku ke Singapura berulangkali sampaikan aku dah boleh pejam mata dalam kereta. Sebab aku duduk di bahagian penumpang. Sebab tulah. Kena pulak dengan aircon, baru sental nasi lemak dua bungkus dengan milo ais. Dan hari walaupun Selasa, tadi pagi masih lagi malas nak pergi kerja, baca pulak blog ni cerita pasal ngantuk, tu haa menguap pulak. Best kan bantal pagi tadi. Lagi dah nak dekat waktu gi kerja, lagilah bantal yang berbulan tak cuci cover tu semakin enak dan so comfortable.Ohh bantal.
Mesti rindu kat bunyi kipas kat rumah tu kan. Semalam pun dah sungguh malas nak kerja. Memang selalu badan tetiba sakit sakit. Kepala tetiba pening. Perut tetiba memulas. Mata tetiba berair. Jangan nak tipu, mata kau berair sebab asyik menguap jek kan. Tak cukup cukup membuta kau ni kan.
Tapi kalau campak sarung bantal tu kat laut, sure laut baling balik kat kita sebab tak rela dengan bau pelbagai tu. Belum cerita awan larat lagi kat bantal tu. Takper, balik karang tukar eh.
Back to the story of smiling.
There is an apparent difference between our service and Singapore's service.
Makcik: "Ohh ni CIQ baru ni.. besarnya, cantiknya. Tapi kenapa macam malap jek?"
Aku: Memang cantik. Malap sebab nak tunjukkan betapa malapnya cara khidmat pelanggan mereka yang bekerja di sini.
Makcik: Ya ker malap cara diaorang bekerja? Har har har har.
Tiba di kaunter imigresen, langsung takder senyum. Sepanjang aku keluar masuk, sama jek kakitangan Imigresen ni semua. Mungkin mereka kecewa sebab terpaksa kerja di kaunter itu. Atau mereka kecewa tak dapat cuti untuk pergi rumah orang kahwin.
Apapun alasan mereka, memang aku tahu, kalau aku lalu di kaunter Imigresen di sempadan selatan Malaysia ni, kalau nak tengok diaorang senyum bagaikan nak mintak tanah sekangkang kera.
Kalau boleh diterjemahkan kepada ayat airmuka diaorang tu:
Disclaimer: Ini ala ala drama Melayu yang kita boleh dengar diaorang berbisik pada diri sendiri. Best kan drama Melayu. Bisik dalam hati orang boleh dengar tau. Esok kalau korang nak dengar orang berbisik dalam hati, pakai camera video. Mesti boleh. Betul, tak tipu.
Pegawai Imigresen Wanita (biasanya muda): Menyampah tul tak dapat cuti. Baru nak jumpa mata air. Orang lain dapat cuti gi Singapore lagi. Si jawa ni asyik pergi Singapore jek. Buat mengabis duit jek. Ehh abang ni comel jugak. (Ok ayat yang last tu seharusnya satu penipuan lah kan. Haha.)
Scan, scan, scan.
Sambil serah passport - "Nah, ambik pasport korang tu, pergi pergi, aku taknak tengok muka korang lagi kat sini. Sukalah korang. Pergilah cak kun cak kat Singapore tu. Pergilah abiskan duit. pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Itu dia versi ala ala drama Melayu bisik dalam hati. Dan ya, aku tak tahu kenapa sampai hari ni drama Melayu kalau bisik dalam hati semua orang boleh dengar. Aku rasa mesti peralatan audio itu sudah dikemenyankan mengikut cerita Bercakap Dengan Jin.
Bila tiba di CIQ Singapura, alangkah tenangnya jiwa aku disebalik kekacauan dek muka masam pegawai Imigresen. Err.. memandangkan hampir kesemua kakitangan Imigresen Malaysia di tambak macam tu, adakah mereka semua tergolong dalam orang jiwa kacau? Di sebelah Singapura, cara layanan mereka baik menyambut kedatangan kami. Bukannya kena bayar pun kalau nak senyum.
Makcik: Ehh kenapa diaorang boleh senyum yek? Kan mesra kalau macam ni. Barulah tenang jiwa.
Kalau ada orang Imigresen baca, jangan marah tau. Kalau marah, kita nanak kawan dengan awak. Lagi satu, kalau kita bagi salam bila nak serah passport tu, jawablah kuat sikit tau. Itukan doa kesejahteraan kepada awak. Tak ingat ker kecik kecik dulu, kita selalu cakap: assalamualaikum, tak jawab dosaaaaaa..
Dan secara seriusnya pulak, mungkin ia boleh menjawab komen Perdana Menteri - yang beliau berpuashati dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
NKRA diukur melalui kepuasan rakyat menggunakan perkhidmatan kerajaan. Asas apa yang diterjemahkan hingga beliau berpuashati? Adakah dari laporan pegawai tinggi setiap jabatan semata mata? Atau terdapat point system / merit system / KPI yang dilakukan secara confrontal mahupun spot checks?
Aku rasa kalau guna system spot checks banyak department yang tersungkur. Of course Najib can't be doing all the spot checks sebab confirm memang semua indah, akan dipersiapkan dengan bunga manggar dan kompang. It has to be someone else, not known. Take pictures and report back. That will be a good KPI, guna auditing system. Audit their performance.
Kalau sekarang ada auditing on kewangan, the government should start on performance auditing, lebih terperinci untuk tentukan Key Performance Index capai atau tidak.
Aku banyak berurusan dengan perkhidmatan awam dan menerima complaint dari public due to the nature of my job dan sorry to say, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kalau first impression dah gagal, inikan pula cara khidmat mereka?
I just saw on AXN, a New York citizen became a video vigilante, pi tangkap orang buat salah terutama kakitangan kerajaan. This fella named himself Jimmy Justice, dan ia bermula pada 2005, bila dia bengang ternampak satu kenderaan polis trafik buat pusingan U haram. To him, law enforcement officers should be enforcing the law, not breaking it. Betul jugak kan. Tapi one thing for sure, this Jimmy tak buat lagu rap pi maki hamun dan letak dalam youtube. lols lols.
Dan kita pun tak perlu agresif kalau nak record or taking pictures bagaimana khidmat diberikan pada kita. Snap it, and report it. Tapi pada siapa kita nak hantar? Ketua Setiausaha Negara? That will be a good start kan.
15 replies:
kenapa kena label ''edward cullen''? dah jatuh cinta ke? lolz
tapi senyum sorg2 dgn laptop tande gile.. hahahah x)
Camtu semua yang kerja kat bahagian yg kena senyum ni kena minum, makan benda2 manis agaknya~
selalu dah kena dengan muka masam bertangkup (bak kata Mak) bila berurusan dengan org2 kaunter ni~
hempas borang.
pegang tangan nak cop macam kena suruh beratur kat perhimpunan time tengah hari~
masam sajo~
aduyai~
tapi tempat yg suka senyum ni biasanya kedai Hinode~
1 barang Rm 5! Tak beli takpe, masuk aja tengok.terima kasih datang lagi~
(berulang2)
orang imigresen singapore suka je senyum kan?walaupun senyum sombong sikit..
orang imigresen singapore suka je senyum kan?walaupun senyum sombong sikit..
:)
cukup?
by
(orang imigresen malaysia)
lolz~
Ermmm... agaknya hang tak cukup hensem kot sampai awek imigresen tu pun tanak senyum kat hang...
heheheheh...
ala..ingatkan entry birthday2 untuk 14 dec..ish ish ish...
btw incik bapak gula,selamat ulang tahun yng ke 3?...hahaha
semoga anda makin kacak daripada Ajai...
kah kah kah kah
thanks faryn. :)
Kalu swastakan semua tu, bleh tak? biar depa rasa..
ahaaaa... Gua muak arrr dengan cara kerja segelintir yang.. yang... mak aiii.. nak sebut pun meluat ahhh..
BRO.. U beli bantal baru ek kat Singapore?
Assalamualaikum...
Waalaikum salammmmm....
Salaam,
CT pun tgk gak si Jimmy Justice smlm. Totally respect kalau ada org2 kita yg berani buat video vigilante mcm si Jimmy tu. Tak kira polis ker pegawai kerajaan ker.. Law should be practice equally to everyone.. tak der special exceptional just becoz ko polis or etc.
Topik service kat kaunter govement yg mcm haram dah berabat org dok complain.. Still takde significant improvement govement buat.
Apa kata kita cadangkan kat Najib buat employee exchange antara org2 gomen ngan org swasta utk few month (mcm foreign student exchange tu). CT rasa sure org2 gomen tak mampu nak keje ikut rentak org kat swasta kan?. Maklumlah org swasta tak der time nak pie break berjam2 (dan berkali2 sehari)..and org swasta kejar masa carik duit (dan di tax kan pulak dek gomen lepas tu).. Sedangkan org gomen masih lagih lom buang habit membuang masa & duit kerajaan (hasil tax dari org swasta gak).. tak gitu??
PS : Epi Besday to you.. (sambil senyum nampak gigi) sorry ter-emo lebey plak pepagi nih..
"Dan kita pun tak perlu agresif kalau nak record or taking pictures bagaimana khidmat diberikan pada kita. Snap it, and report it. Tapi pada siapa kita nak hantar? Ketua Setiausaha Negara? That will be a good start kan."
bawak kamera pegi kedai makan kat bukit jepun atau hutan bandar, pukul 9.30 pagi, isnin hingga khamis
AZYAN:
Adalah sebabnya tapi saya terpaksa merahsiakan.
NUR-AL-AIN:
Gila bayang takper.
ZARA:
Takyah, kena kawan dengan bapak gegula. Har har har.
AISHAH:
Entah. Lupa nak tanya. Sebenarnya saya tak paham apa awak cakap. Hahahah.
HELLIOZ:
Ya Allah, cukuppppp.. berdebar jantung.
DIANA:
Mungkin kot. Atau mengingatkan si dia pada si dia. Ohhh..
AZIE:
Mahal lah bantal kat singapurapura.
SITI:
Thank you for the birthday wish.
AZHAN:
Jom.
Semalam kat satu simpang kat Kangar ni ada satu Perodua Kancil PDRM keluar tanpa stop...aku sampai mencecet brek...aku tukar haluan, ikut dia...sampai trafik light merah, aku buka tingkap, keluarkan kepala dan snap gambar no plet dia dengan kamera phone...saja je bagi dia nampak...memang dia tengok pun thru side mirror...aku tunggu jugak kot dia nak turun, aku dah standby nak dial no OCPD Kangar...hehe...
Geram betul...
Eh, semalam besday ko ek...nanti la aku belanja makan kenduri 20 hb tu...
Kedekut ko nih Azhar. Hahah. Ingatkan nak bagi handbag coach. Ehh bila pulak aku pakai handbag? hahaha..
Post a Comment