Friday, December 25, 2009

UPDATED: Kantul.



Ya, seperti yang aku sebut dalam entry sebelum ini, aku berclubbing ok! Walaupun aku tak pernah ada pakaian khusus untuk clubbing, tapi aku berjaya berclubbing pada Christmas Eve malam tadi.



Dan aku berclubbing bersama dua kawan aku anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor - signifikannya seorang nama Azri dan seorang lagi Nazri. Dua dua ensem dan bujang. Yang ensem tu sama kategorilah kot dengan aku. Yang bujang tu aku takleh cakap, nanti bini marah. Hahah. Ok, aku tak bujang. Haha. Dan oops, aku tak ensem.




Lols. Kalaulah kami dressing camni sure gempak kan. Takper, nanti aku pi cari. Tengok kasut putih tu. Itu kalau baling kat anjing, sure anjing jual kain ala orang Terengganu - kaingg kaingg kaingg kainggg..

Ini kronologi kejadian. Ala ala Murder She Wrote lah nih.

Panik aku.

Apa tak paniknya, jam dah 11 malam tadi (24 Disember), premis yang bakal menjadi sasaran pemeriksaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kosong. Zero. Yelek.

Yang ada cuma tiga kerat jek. Aku dan dua anggota AADK yang menyamar.Beberapa pelayan wanita yang hot turut berada dalam premis dan agak kehairanan kenapa tiga mamat yang perasan ensem ni masuk awal sangat.


Hampir 12 malam, ketika beberapa premis berhampiran mula melaungkan countdown kepada Xmas, premis yang kami masuki masih lagi kosong.

Hanya kira-kira jam 12.30 malam, ia mula dimasuki oleh pengunjung yang 90 peratusnya adalah sama kulit dengan aku. Sawo matang, muka jawa namun seksi dan style lebih dari orang yang sambut Xmas.

Sepanjang sejam lebih kami berada di premis, beberapa waiter dan bouncer kerap bertanya apa tujuan aku berada dalam premis dan jawapan aku: "Aku nak berhibur pun tak boleh ker?"

Tepat jam 1.35 pagi, premis diserbu.

Kecoh.

Hampir 50 hingga 70 pengunjung merempuh pintu keluar untuk melarikan diri dan tak pasal pasal aku tersepit di antara mereka sebab kebetulan aku berada di pintu itu.

Tanpa rasa kesian, aku dihimpit, ditolak oleh pengunjung terutama gadis gadis seksi sehingga aku rasa kehormatan aku diragut begitu sahaja. Tubuhku diratah begitu sahaja oleh gadis gadis seksi yang cuba melepaskan diri dengan merempuh pintu keluar premis itu. Banyak sungguh tangan yang menyentuh tubuh suciku ini. Aku sungguh pasrah dan hampir menangis. Ok aku tipu. Aku hampir menangis kegembiraan ketika melalui keadaan itu! Hahah.

Mereka dah tak kira dah, yang penting mereka hendak keluar dan anggota AADK terpaksa menghalang pintu kaca yang memisahkan pengunjung dan freedom! haha.

Semua yang seksi dah tak kira dah bergesel dan menghimpit aku, dan aku terpaksa mengaku, aku sedikit teruja. Haha.

Selepas hampir 5 minit, barulah keadaan dapat diredakan.

Hampir 300 pengunjung berada di dalam premis itu, diperiksa melalui ujian air kencing yang dilakukan anggota AADK manakala penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor memeriksa kandungan alkohol.

Sungguh kantul kerana anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor turut menggunakan alat pengukur alkohol melalui pernafasan. Walaupun kandungan paling minima, ia cukup untuk mengheret pengunjung untuk didakwa mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

"Alamak, bro tadi ada dalam ni tadi. Aku dah jangka dah, mesti ada hal ni," keluh seorang pekerja di premis itu. Dan aku hanya menjawab dengan sengih comel aku pada mamat ni ala ala tauke papan dapat konsesi balak.

Tak lama dulu, premis ini diserbu oleh agensi lain dan aku turut mengikuti serbuan itu dan mungkin sebab tu dia ingat. Yelah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kantul. Haha.

Malam tadi adalah malam sambutan Krismas tetapi premis itu menjadi tumpuan pengunjung Melayu.

Dalam keresahan pengunjung yang diperiksa, tetiba timbul gelak sebab ketika pegawai memanggil satu nama lelaki, yang sungguh lelaki - yang menghampiri mereka adalah satu susuk tubuh bergelek, berpakaian seksi tetapi halkum terjojol keluar di leher. Hahah. Sungguh lelaki pondan pondan tu mengikut kad pengenalan.

Operasi berakhir kira-kira jam 4 pagi dan inilah aktiviti clubbing yang diizinkan oleh mak gegula. Terima kasih mak gegula.

Banyak gambar tapi tak thrill lah kalau letak kat sini. Tunggu Khamis depan ya! Haha.

p/s: Semalam dengarnya sebuah premis hiburan di bumbung Lot 10 di Kuala Lumpur turut diserbu anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan IPKKL. Premis itu dikatakan baru beroperasi sejak tiga bulan lalu. Serbuan bermula jam 3.40 pagi. Ramai yang turut kantul.

More of the news here.






13 replies:

Obefiend Weiland said...

akhirnya tiba entry yang disebut

mana lagi gambar. mau yang hot

gua tau awek johor memang gerek.

The Aku said...

Lerrr....tak hot pun? Apa yg hotnyer? Ga,bar ko dinoda plissss... Ekekeke....

azieazah said...

BRO HEZ...
masa mula2 entri ko ni tajuk KANTUL jer kan? (tp aku tak leh view)..
masa tu aku ingat ko nak citer pasal sesuatu yang sangat JAWA...hahahah..

aku tak berenti lagi gelak kan perkataan KANTUL tu... sbb dulu aku pun tak tau sampai ler sorang JAWA bgitau aku...
hahahahhaha...!

zeqzeq said...

uhu mencabar jugak tu, kerja malam tidur siang

Naz said...

Kesian you, Hazrey....hahahahhahaha!
Kira ok lah kan *berkorban* demi kerjaya :D

kitty said...

kerja mlm tdo siang tp jangan terlena kat ofis sudah....

kitty said...

kerja mlm tdo siang tp jangan terlena kat ofis sudah....

kraznaya said...

Tak guna kau Hazrey. Telah dinoda la nih. Nape tak bagitau aku sama aku pun nak dinoda jugak. Aku rela sangat-sangat.Gyahaha..Nak nak nak lagiiiiiii...

AnnDee said...

yang penting, malam tuh gue menten cool eh.. walaupun jantan berskirt itu amat lentik bumper nya yang menyebabkan aku dengki! betul siyes punya dengki!! hahaha! rasa mo ramas2 montot yang ngalahkan ziana zain itu..! hahaha!!

AkaZukii said...

abg hazrey!!! saya gelak guling berguling..(please percaya..please) hiks. seriosa BEST, leh masuk raja lawak :-) nabil pun kalah...hiks

Hazrey said...

OBEFIEND:
Takleh tunjuk, nanti tak tengok Khamis ni jam 9 malam.

THE AKU:
I lah hot. Hahah

AZIE:
Kau pun menjawakan diri.

ZZ:
Takleh tidur pun. Ada tanggungjawab untuk mak gegula.

NAZ:
Kak Naz, kesian kan. Hahah.

KITTY:
Friskies please.

KRAZNAYA:
Meh jom.

ANNDEE:
Hahahah diaornag lebih hot dari kau.

AKAZUKII:
Wait until I do ball juggling. And I can oso do lion dance u know. U know or not?

LORD ZARA 札拉 said...

Mak Gegula bagi tu~

pergh~

hehehe~

er, kamu buat apa je dalam tu incik?

hahaha~

zeqzeq said...

sejauhmana benarnya aktiviti GAGAK hitam di UTM skudai, mabuk pepagi buta??
terpencil atau barah?

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.