Wednesday, December 9, 2009

FLESH TRADE.

Sebelum aku mula, this entry gonna be a bit explicit. Maka, bacalah secara bertanggungjawab ya. And this gonna be a serious entry. 

Dalam tempoh seminggu, aku menyertai tiga serbuan terhadap aktiviti pelacuran (vice) di sekitar Johor Bahru.

Berselindung sebagai pelayan, wanita warga asing menghampiri prospek mereka dengan pakaian seksi dan tubuh menggiurka, lantas apabila pelanggan lelaki sudah berjaya digoda, mereka akan memulakan sesi tawar menawar terhadap harga.


3hb Disember lalu, sebuah premis di Taman Sentosa diserbu. Bersebelahan dengan premis itu adalah sebuah hotel bajet yang turut dijadikan port untuk melampiaskan nafsu dan disewa mengikut jam. Biasanya tak sampai sejam pun dah selesai. Itulah pengakuan dari pekerja hotel berkenaan.

Serbuan dilakukan pegawai dan anggota D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS).

Check punya check, polis menemui sebuah bilik di hotel bajet itu yang dihuni satu pasangan berlainan bangsa dan masih lagi dalam keadaan berbogel di atas katil.

Keadaan mereka sungguh comprimising.

And the female adalah rakyat negara China atau People Republic Of China (PRC).

Soal siasat awal, lelaki itu dikatakan mengaku mendapatkan khidmat pelacuran wanita itu dengan bayaran RM170 dan wanita itu turut bekerja sebagai pelayan di premis hiburan bersebelahan dengan hotel bajet itu.

Dan sesungguhnya lelaki itu pasti pening kepala sebab khabarnya tak sempat nak start pun. Patutlah muka dia paiseh terlebih.

Serbuan kedua adalah keesokannya oleh Jabatan Imigresen Johor di Beer Garden di Kompleks Bebas Cukai Zon di Stulang Laut.

Aku pelik bagaimana premis itu boleh mendedikasikan satu premis awam tertutup dijadikan beer garden sehingga wanita warga asing termasuk PRC, Indonesia tempat menawarkan khidmat persundalan kepada pelanggan di situ.

Note, kompleks itu adalah projek penswastaan kerajaan Johor melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Di kompleks ini, minuman beralkohol dan tobaccos are being sold sangat murah berbanding harga di luar. Maka, sekaligus ia menjadikan tempat 'beriadah' untuk mabuk yang paling murah untuk segala manusia. Berbanding Langkawi, aksesnya lebih mudah kerana ia terletak kurang 10km dari pusat bandaraya Johor Bahru. Anggota Jabatan Kastam dan Eksais turut ditempatkan di jalan keluar kompleks ini bagi mengenakan cukai terhadap pembelian alcoholic beverages dan tobaccos namun persoalannya, adakah ia tepat pada objektifnya?

Kalau dulu, mungkin ia diwujudkan untuk kemudahan pelancong, tetapi aku tengok pada serbuan tu, pelanggan di Beer Garden itu adalah warga tempatan, dan ia sekaligus menampakkan bahawasanya ia menggalakkan orang untuk mabuk. And mostly, are drivers too. Pernah van TV3, diganggu seorang penunggang motosikal yang sama sama keluar dari kompleks ni dan memarahi pemandu sebab depa tak boleh potong padahal motosikalnya terhegeh hegeh dan konpem mabuk sebab bila bukak cermin tingkap, bau arak boleh sampai Perlis.

Pada serbuan tu, berlaku sikit kekecohan dan aku sendiri tak mahu duduk lelama dalam beer garden, penuh dengan asap rokok, bau arak. Ini neraka kat atas bumi kot. Beberapa anggota Jabatan Imigresen turut dibaling botol namun aku tabik mereka sebab mereka tak bertindak balas, tetapi berjaya mengawal keadaan.

Seorang warga Indonesia turut berdegil tak mahu dibawa ke van Jabatan Imigresen walaupun tangan sudah digari. Ok, mereka tengok banyak sinetron.

Memang kecoh. Apatah lagi melibatkan orang yang sedang mabuk. Lagi susah. Tapi operasi itu berjaya.

Yang paling klasik tentang serbuan di Beer Garden ni ialah, wanita yang ditangkap semua dah boleh masuk kategori putus darah. Tapi sexy diaorang melebih ahmoi jual rokok. Eh dah lama tak nampak ahmoi jual rokok kan. Mungkin sekarang ahmoi banyak kena tolong bapak diaorang jual tilam. Tilam lama, tukar tilam balu.. tilam tilam. Kesian ahmoi. Ehh lori jual tilam tu tak penah ada promotion kan. Tilam ziana zain pun takder. Semua tilam bangla yang depa jual. Errr.. lain kali korang buatlah lawak kat depa, tanya ada jual bantal peluk ker, bantal kekabu ker. Mesti ahmoi manyak suka sama lu.

Malam tadi, satu lagi serbuan dilakukan di Taman Sentosa. Premis ini sudah dua kali diserbu tetapi berjaya mengelak dari dikenakan tindakan. Berselindung di sebalik khidmat urut moden, lengkap dengan lesen dari Jabatan Kesihatan dan pendaftaran syarikat serta lesen MBJB, ia didapati turut menyediakan khidmat warga asing dari China dan dipercayai menawarkan khidmat persundalan kepada pelanggan.

Modus operandi mereka mudah. Sebuah premis tingkat atas disewa berhampiran dengan kedai itu dan apabila ada pelanggan yang mengkehendaki khidmat persundalan, maka wanita terbabit akan dipanggil.

Kali ini berhasil, apabila wanita PRC berjaya ditahan bersama tokehnya sekali. Kesemua wanita yang ditahan menggunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini.

Yang bestnya, ketika serbuan dilakukan dua "penjaga air" (yang cover line) berada di luar premis tak sempat untuk berbuat apa apa sebab anggota polis melakukan aksi candid camera terhadap mereka. Ala ala macam kita kecik kecik dulu, main cak cak. Tapi kali ni, cak cak yang anggota polis lakukan tak membuatkan penjaga air ni ketawa, tetapi dibalas dengan wajah yang amat tawar, lebih tawar dan pahit dari air teh campur susu C kat OldMarket Cafe kat sentosa semasa menunggu 'target' masuk.

Dan ohh, mungkin wajah mereka tawar hebeh sebab pegawai dan anggota polis yang membuat serbuan tu lupa nak sebut perkataan cak!

Memang diketahui pelacuran adalah 'profesion' tertua di dunia. Ia juga lucrative buat bapak ayam. (read: bukan bapak gula gula ok, jangan nak memandai pulak nuduh aku. Aku tanam beras ok, tak suka pada ternakan).

Bagi tempoh Jan hingga Oktober tahun ni, 2,682 serbuan dilakukan terhadap hotel, SPA, health centre, rumah urut, rumah persendirian.

Polis Johor mengambil tindakan terhadap 1,048 perempuan warga asing dengan jumlah 354 PRC (people republic of china) di bawah peraturan 39(B) Peraturan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan dirujuk kepada Imigresen untuk tujuan pengusiran.


Hakikatnya selagi ada demand, pasti ada supply.

Pernah dulu, sebuah premis dikenali sebagai Sakura di Taman Sentosa yang sudah berpuluh kali diserbu, dikesan memiliki lebih 20 pintu rahsia termasuk sebuah pintu yang dibina di dinding cubicle tandas. Semua pintu yang langsung tak dijangka kewujudannya, ditemui dan hasilnya, lebih 25 wanita warga asing yang tidak memerlukan Fair & Lovely diberkas.

Premis itu sudahpun ditutup.

Insya'allah, cerita penuh dalam sebuah program jenayah Khamis ini jam 9 malam. Nak kena beritau ke program apa? Takyah kot. Mehlah kita main teka teka. Sapa teka program Misteri Nusantara dapat hadiah - tukul untuk ketuk kepala sendiri.

Dan kesemua tiga serbuan tu sempat aku menyelit di sebalik rela dalam paksa aku, ok tipu, aku rela dan pashrah..membuat liputan orang kahwin, deko deko. Pedih ulu hati tengok orang kahwin. Hahaha. Ok, aku sempat bergambar atas pelamin tapi bukan dengan mak, ehh pak, ehh mak andam. Ehh konpius. Mana satu? Haha, depa pun konpius identiti. Hahah.

Errr.. kenapa orang kawin kena bagi souvenir kat orang datang? Bukan depa datang ikhlas ker? lols lols.

Ok, cerita dah abis. Assalamualaikum, tak jawab dosaaaaaaa.

p/s: ohh sory tarak gambar. Aku semakin malas.Syuh syuh..


18 replies:

Obefiend Weiland said...

tak test sepam dua.. kata mau menyetan

baik kah tahap penyundalan mereka

btw.. taman sentosa semakin fakap. rumah mak metua situ. hahahaha..

zeqzeq said...

ada harga ada tawaran. agaknya siapa yang melindungi??

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Bangang tahap gaban tul laki tu. Cina tak sunat, tak cibuk bontot pun sanggup dibayar RM170 semalam nak bawak tido. Bini kat rumah yang dah sah2 halal dan boleh digunakan tanpa was2, menyerah free tanak plak. Tatau nak cakap apa dah. 9 akal 1 nafsu... tapi bodoh! Akal lembu???

azieazah said...

BRO... entry serius ek? Tapi I nak gelak gak lerrr..

“Patutlah muka dia paiseh terlebih.”
Paiseh terlebih tu aperrrrrrr...?

Memang isu pelacuran, penyundalan sudah berkurun wujud. Selagi ada permintaan, bekalan pasti disediakan. Antara rela dan paksa..

Adakala jemu gak tengok, asyik-asyik serbu dan serbu. Kat tv pun tunjuk maca sepesen jer.. lubang rahsia la, punggah tilam laarr, umpil pintu kedai “baik” tapi belakang huhhh!

Kesian pada pihak yang kena buat kerja. Agaknya pun mesti boring kan? Asyik asyik nak serbu, bila lah nak abih kerja serbu kedai ni kan? Malam-malam plak tuh.. (Balik rumah bergurau senda bini, lagi best..) Ahaks!

ateeka amer said...

macam ni tak yah tengok tv pun takpe. semua da diberitahu, dengan detail sekali.

yela. paiseh tuh apa? dari dulu dengar, tak tahu pun hape mende.

azieazah said...

ATEEKA > saya leh agak, tapi segan nak sebut. Bior ler HAZREY citer sendiri, sbb lebih tepat dari mulut lelaki.. hahaha...

Azrul Hisham said...

abg Hazrey pernah main cak cak ke dulu?? hehe

Rona Realiti said...

ni buat rasa nk keje imegresan plak ni... mcm best je...

Anonymous said...

rela paksa & pasrah buat wedding n deko deko rizalman ker???
program baru yek..

Ida said...

Dulu ada kawan lelaki sorang penah kata, pelacur ni serupa macam public toilet yang tak pernah dicuci atau dibasmi kuman.. walaupun sangat kurang ajar bunyinya, tapi realitinya begitulah.

Kalau lelaki itu pembersih orangnya, mesti dia rasa geli geleman nak melanggan pelacur ni. Unless kalau dia sendiri pakai spender seminggu tak basuh!!!

P/S: Tak paham sesetengah lelaki Muslim - dah ada yang halal, kenapa carik jugak yang haram? Kesian anak isteri..

NORA SAKURA said...

walaikumsalam...

semoga daerah JB akan menjadi bandar yang "bersih" dan selamat.

kudos pada yang berkenaan dan bertungkus lumus :-)

noreh jones sakura

PUTUBAMBU said...

waalaikumsalammmmmmmmmm... !
aku jawab nih..

depa ni kan..lagi ramai ditangkap.. lagi le ramai yg masuk buat keje ni..

cam never ending story gitu..

eddie dewanaga said...

Paisey ni slang selatan... budak2 JB-Singapore selalu guna, makna macam pasrah, takleh buat apa.

contoh, bos gua bising gua kantoi fesbuk kutuk dia, paiseh...

berembat kat highway Kempas, sangkut dgn air(polis), paiseh...


bro, cuba lu bising2 kat budak2 IPD selatan tu, Tmn Sri Bahagia, Tampoi tu macam Saigon pun ada, macam Dhaka pun ada, togok beer dan kacau orang lalu lalang, belum kes nampak pokok rambutan orang, pokok pelam, dia main sauk buta2 je...

LORD ZARA 札拉 said...

err...
dalam terselit2 tu~
ada muka kamu terselit tak?

lols~~

Azhar Abdullah said...

abis tu aku nak pegi JB next week dah takde la tempat2 macam tu, abis kena raid..?Aiseyman...

AnnDee said...

walaikumsalam.. (dah jawap eh)

pesanan dari penaja:

jangan lupa.. kaki jangan tunjuk eh.. macam sememeh jah main cak cak pakai selipar.. kikiki..

Hazrey said...

OBEFIEND:
Hati setan kata mau, tapi nasib baik diselamatkan oleh bisikan keinsafan. Ahaks. Sejak bila umah mak mentua kat Sentosa? Bukan kat Bandar Baru Uda ker? Ini yang mana ni? ermm..

ZZ:
Setan, iblis.

DIANA:
Jangan lupa pakai helmet.

AZIE:
Muka paiseh tu sama dengan muka ketika wanita keluar jerawat batu lima biji dan ditegur oleh lelaki yang tak ensem.

Best apa kerja ni, dapat tengok peha. Putih.

ATEEKA:
Tak detail lagi tu sebab takder gambor. Paiseh tu kotak.

AZRUL:
Tok rimau sekarang pukul berapa pun pernah.

RONA:
Hahaha, moh tukar kerja.

ANONYMOUS:
Sorry no reply to you sebab takder nama. Please try again later. Tut tut tut tut.

IDA:
Saya sulah mali cuci mah.. yistidey oledi cuci mah, i oledi asked my bangladeshi connecsyen to cuci mah.

Itu kastemer Malayu ahh, mau ahmoi mah, itu lumah, bini sulah gumuk, bau manyak busyuk, sini, ahmoi manyak wangi mah. Alo, you nama sarimah kar?

NORA:
Insya'allah.

PUTUBAMBU:
Dia masuk ikut mana? Keluar ikut mana? Haaaa..

EDDIE:
Aku akan segera pergi ke sana. Mesti dah tak bahagia kan.

ZARA:
Ai tak suker selit selit.

AZHAR:
Sejak bila preference kau bertukar kepada wanita? Ermm ini baru ni.

ANNDEE:
Hahaha.. hahaha.. dalam ramai ramai manusia, depa boleh pakai selipar. Selipar saper ntah depa kebas. Tulah bini asyik sibuk ambik gambor. Ish ish ish.

AnnDee said...

amboi.. gelak besar eh.. kecik hati nyeee..

penaja memang suka pakai selipar jah.. perasan sempoi.. tak ada kena mengena ngan bini sibuk amik gambo eh.. lagi pun, tak rancang ler kan malam tuh..

p/s: len kali, kirim ler gula2 ka.. neh kirim salam jah?? aiyehhhh

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.