Tweet
The heading is irrelevant. Definitely irrelevant.
Later, I am travelling to Singapore again with some of Media Prima bosses. Ya, ia peluang meningkatkan keupayaan aku untuk mengampu bos bos. lols lols.
Tapi pagi ni, aku tertengok Tiga Abdul di saluran kena bayar.
Bila tengok part P Ramlee jamming dalam kedai, teringat zaman jamming dulu.
Iron Maiden, Sepultura, Search, Lefthanded, Bloodshed dan Whitney Houston (ehh sori, Whitney Houston tak ada) antara pengaruh bagi kumpulan kami. Ya, aku ada band. Gila tak? Hazrey pernah band? Yelah, korang ingat aku ni kerja sarkas ker?
Tapi kami tak pakai the-so-called friendship band yang pakai benang kait tu. Haha, bagi yang dah tua macam aku, mesti ingat akan knitted friendship wrist band.
Dulu yek, ala ala trendy kiranya kalau pakai friendship band tu.
Dan aku, dulu ada secret admirer. Tak tahu apsal aku ada secret admirer. Hahah. Mungkin sebab aku comel masa sekolah dulu.Sekarang comot dah.
Dan secret admirer inilah yang eja nama aku hazrey walaupun aku marah kat dia sebab ejaan nama aku sepatutnya Dan Humphrey. Ko jangan cemburu ya. Aku terpaksa gunakan nama Hazrey di Malaysia ni sebagai camouflage.
Haaa, masa aku dapat kertas kecik dari secret admirer ni, aku tak ingat apa dia tulis tetapi aku ingat di nota kaki kertas tu, cuma tulis initial S.A. Dulu aku ni manalah tahu pasal secret mikret ni. Aku pun dok pening, muntah mengidam dok pikir apa kejadahnya S.A ni. Salmah Adam ker? Yang aku takut ialah S.A tu stands for Sulaiman. Tak redho i nok. Aku tak rela dinodai sebegitu rupa. Ohhhhh....
Berbalik pada cerita band ni. Kumpulan gitar rancak = kugiran kami terdiri dari pelajar pelajar sekolah aku. Bermula dari tingkatan satu aku dah minat gila untuk menjadi ahli kumpulan rock. Tapi masalahnya aku selalu kena marah sebab muka aku tak ganas.
Tapi takper, aku tetap buat jugak. Pertama kali kami jamming, yang main gitar bunyinya pergi Melaka, drum pergi Bintulu, bassist pergi Bukit Kayu Hitam dan penyanyi pergi Timor Leste.
Tetapi kami tidak ketawa. It is not funny ok. Stop it, stop it! Semua lagu yang kami main pertama kali jamming tu, semua ala ala jalan kat Malaysia. Tak siap.Haha. Lagu Search - Pintu Sepi contohnya jadik lagu opera cina. Tak tahu kenapa.
Setelah bertahun, kami jadik terer. Dapat pemain gitar yang boleh diharap dan petikan gitarnya dah tak bunyi macam cengkerik dah.
Kami pernah dijemput untuk opening act untuk kumpulan besar seperti Search, Lefthanded malah Bon Jovi. Berpusu pusu jemputan dihantar kepada kami. Ok aku tipu. Korang takleh eik, aku tipu sikit, berangan sikit.
Jemputan yang kami dapat hanyalah majlis orang kahwin.
Majlis orang kahwin dulu gemor betul kat band band ni. Dulu mana ada karaoke. Mahal, cekik darah. Budaya setan. Band tak. Band suci. Lagilah kalau kami yang turun. Lagilah nampak suci.
Kami pulak bebudak sekolah, idaklah ada yang rambut ala ala buat ekstensyen gitu. Kemas gitu. Ala ala kumpulan Gersang lah. Tapi percayalah, kami lebih menggersangkan. Dululahhh.. sekarang kami yang sering gersang. Tak tahu kenapa. Mungkin hormon kami.
Antara lagu di majlis majlis seperti ini ialah Masih Aku Terasa, Hotel California, Black Magic Woman, Cintamu Mekar Di Hati (May), Biarlah Berlalu, Kamelia (Sweet Charity) dan banyak lagi.
Yang paling best ialah kalau aku ingat betul betul, kalau kat kampung, mesti ada majlis pada sebelah malam.
Tapi..
Pernah satu kali tu, kami siap diberikan layanan superstar kat kampung, yelah tu jek yang kami mampu dapat. Tapi takderlah bodyguard ala ala Secret Service nak halau reporter. Ya tak ya, kenapa dulu tak kenal Michelle eik. Mesti dia jatuh cinta kat aku. Ehh taknaklah. Lisa Surahani pun ok kan. Alah, time tu mesti dia pakai pampers lagi. Boleh dicium cium lagi tak kena tangkap. Sekarang cuba cium, kalau tak kena tangkap, kena pelempang. Ohh Lisaaaaa..
Layanan yang diberikan tu ialah sebuah rumah untuk kami berehat ala ala holding room lah sebelum kami meneruskan our show pada sebelah malam. Ala ala kumpulan yang popular gila lah masa tu. Haha. Aku tahu, korang masih ingat aku dulu kerja sarkas. Stop it ok. If you don't stop, lets break up. lols lols.
Bila lepas maghrib tu, selesai solat, ok kami kumpulan rock suci, maka kewajipan jangan lupa. "walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembayang apa gunanyaaaaa..." kami keluar menjenguk ke arah rumah pengantin.
Jeng jeng jeng - tinggal khemah jek. Ohh my gucciiii!!!! Apa sudah jadik?
"Ehh kenapa diaorang kemas khemah? Dah tak ada kerusi meja lagi dah"
Semua meluru ke arah tingkap. Semua tercengang ala ala cover album kami untuk melawan cover album tepi batu bata, tepi pokok hutan, tengok langit.
Rupa-rupanya, malam itu adalah malam ronggeng! Sudah! Pengsan, kitaorang mana tahu lagu lagu untuk meronggeng. Kami pun tidak didedahkan secara ilmiah akan lagu lagu disco-dut. Inul pun masa tu tak wujud lagi. Takkan nak main lagu Herman Tino? Lagu M Daud Kilau? Lagu Iwan?
Selepas puas airliur ditelan, kami akhirnya turun ke medan! Ceh ceh, medan.
Pakcik: Malam ni main jek apa apa lagu, orang kampung nak joget.
Kami: Pakcik, ini tak ada dalam kontrak kami. Kami hanya akan main lagu lagu yang janjikan sahaja. Kalau pakcik tak puas hati, jumpa kami di court. Kami tak takut pun kalau pakcik beritahu mat teropong. Ok tipu lagi. Kami tak cakap macam tu. Kami hanya mampu menelan air liur. Yelah bebudak sekolah kan. Dulu bebudak sekolah takut kat orang tua. Lagi pulak kampung yang kami pergi tu kalau kena rembat, konpem tak balik. Masa tulah ingat dosa kat ayah ngan mak.
Kami belasah jugak apa lagu yang kami tahu. Dan paling best ialah lagu Guns N Roses pun depa bantai ronggeng. Haha. Lagi pintu sepi pun diaorang bantai joget ala ala ronggeng. Tua muda kecik besor. Semasa kami main tu, kami sempat berbisik untuk jumpa dengan mat teropong nak complaint. Sorry, mat teropong masa tu belum kerja kerani lagi.
Jam dah hampir kul 12 tengah malam. Ni kalau tak berhenti ni, mahu tidur kat kampung tu. Walaupun, gadis gadis di kampung tu ada yang ala ala syok kat kami, tetapi hati kami tetap mahu pulang. Nak nangis beb. Ala mat rock pun nangis apa. Tapi kami berjaya menahan pilu di hati. Hahahah.. macam haram.
Taktik kami ialah, untuk memaksa tuan rumah suruh stop ialah kami main lagu heavy metal seperti Loudness dan Iron Maiden. Pastu buat extended version, up sound amplifier kami supaya dengar kuat gila.
Pakcik: Dik, dik. Dahlah dahlah. Dah malam ni. Dahlah ya.
Kami respons dengan muka tapai basi jek kononnya tak puashati lah. Akhirnya berjaya kami tapau.
Tetapi, setiap kali pergi majlis seperti itu, mesti aku dapat kertas kecik. Hahaha..Apa ada dalam kertas kecik tu? Hahahah.. gelak gelak. Hahahah. Adalah gadis tulis "kita suka kat awak." Hahahahah.. Hahahahah.. Hahaha.. Masa tu, rasa macam aku ni anak yang kurang perhatian dan susu badan. Hahahah..
Rindu aku jamming dengan Hazlies (kini tokeh bengkel), Hazmaar (full time musician di kolumpo), Ajib dan ramai lagi.
Nantilah, aku nak call depa ajak jamming walaupun cerita nak jamming ni dah berpuluh tahun bini aku dengar tapi tak jadik jadik jugak.
22 replies:
My nephew (anak cousin) dulu pun jadik singer band yang selalu perform kat kenduri kawin kat kampung2.. dia ni memang la hensem orangnya, suara pun boleh tahan.. tapi tu lah.. dia tak minat nak jadikan sebagai kerjaya tetap. Kalau tak, sure aku sebagai pengurus.. eh ehhh.. mak sedara, tumpang bangga (read glamer).. ;)
P/S: Betapa bezanya suasana majlis perkahwinan masa dulu dan sekarang..
" kita pun suka kat awak gak "
opppss salah suke kat lawak giler awak..bole gitu :p
hahaha...sakit perut membaca..nasib baik tak cirit birit...hahaa..
selesai sudah zaman hazrey jamming dan rock, timbul pulak zaman air supply dan marc anthony...
siksa telinga aku
sori bro, terpaksa share dgn reader kt sini
tak ku sangka~
ps;
kita tengok rancangan yang sama pagi tadi,...siapa marah kena jual!!
hoho.ko bertuah tau hazrey.cube ajak membe baek ayah aku tue berjamming.sure dia layan pnye~
fuyoohh...ex-mat rocker seh!
sekarang, dah tobat kan? dah jadik mat masjid2, kan? ok, aku tipu... hehehe....
Ronggeng sambil jamming tak boleh ke?
muahaha~
risau juga jika berkongsi madu dengan BOS..uhuuu..
bila nak buat 'sit-upper' lagi? senyap je...:-) sepi tanpa kabar dan berita.anyway great blog. one of the funniest and most honest around blogsphere.
Amboi! mengimbau zaman kegemilangan ye..terasa muda balik ke?..huhuhu
Minggu lepas umah penganten kat area rengit ada kugiran, selama 2 tahun menceburi bidang andam penganten ni, seingat saya are rengit masih lagi suka amik kugiran brbanding karaoke/Dj untuk memeriahkan majlis kawen tu..kene penyanyi yg suara sedap bole gak layan sambil menepek make up..tp kdg ada yg sibuk2 nk nyanyi wpon suara ala2 sound pecah..adusss..bikin ilang mood je...
Pekata u masukkan foto2 kenangan dolu2 dlm entry ni..nk tgok jugak budak comel yg suci murni tu...
p/s: Masa saya bersanding 12 tahun lepas pon amik kugiran gak...rm 400 je (waktu siang je)x silap band dr benut...heheheh
Zaman skang penduduk bumi yang tinggal di kawasan bandar takde buat joget lambak, ronggeng ke, dikir barat ke, boria kampung pisang ke....
Zaman la ni... kaya sket panggil siti nurhaliza, panggil ramlah ram atau dian naim (alahaiiii).
Ada takde pun trend terkini selalu buat karaoke... ramai plak manusia yg perasan suara sedap tapi hakikatnya maleh cakap. Rajin plak tu balik2 suara dia je dengar. Tak kesian tgk tetamu datang sampai tercekik nasi minyak / nasi beriani gam/ nasi hujan panas / nasi tengkujuh/ bila suara dia tak sampai harkat tang tone tinggi tu. Buruk beno bunyinya.
Bila hujan turun... (disebabkan suara kalah katak panggil hujan) muka tak bersalah je balik. Mission accomplished la katakan.
HAZREY weyyy...
aku cuma mampu gelak.. gelak.. dan gelakk...
samada ko tipu atau reka tokok-nasi-tambah macam Badang makan tak cukup-cukup, aku tak tau ler..
Moral of the story: kalu dok teringat nostalgia lama tu, makna hormon miang kau dah mari balik.. hahahahah
kalau hang tetiba decide nak buat album pun aku gerenti beli sebagai tanda sokongan untuk kawan2...[dengaq ke tak tu lain ceta :D]
jap jap...
nk cuba bayangkan...
hahaha...
Kelakarlah...bab gersang.. gersang... Punyalah kuat ketawa sampai boss dah jenguk kat pintu!!! Sah lepas ni sebarang blog akan diharamkan dalam opis...
haha kertas kecik, hahaha.
memori sungguh
IDA:
Nasib baik your nephew tak jadik, kalau idak mesti kena ambik gambo keluar dari swimming pool tanpa baju untuk cover Mangga. lols lols lols.
p/s: memang sangat berbeza, sebab dulu kalau pergi orang nikah tak kena halau.
ECHAH:
The feeling is mutual. :)
ROMMEL:
Senggugut tu.
AZHAN:
Jangan lupa anuar zain. hahahaha.
AISHAH:
Kalau dah jodoh, tak ke mana. *aduhhh, kena piat telinga..
UDEAN:
Pak hisham orang mesjid!
ZARA:
Takleh, sebab takut nanti diaorang tak pasang lampu.
ZZ:
Hahahahaha.. ehh betul gak, kena check betul betul ni.
SURIA:
Khusus untuk pondan belakang mati.
AKAZUKII:
Hahah, baru kena tazkirah dengan tokeh. Hahah.. ok, nanti kita buat lagi ehh.. ermm.. kena gi beli compact powder ni.
MIMIE:
Mesti happening kan. Standardlah tu, pantang ada muzik, mesti ada orang yang tak sedar diri yang akan sibuk nak menyanyi. Yang bestnya, dia akan nyanyi bukan satu, tapi kalau boleh dia nak suruh penyanyi band tu balik. Kalau suara tak sedap tu, dah biasa dah. Gila ke apa saya nak masukkan gambo masa zaman comel kat sini. Tak usah tak usah, nanti ia akan menipiskan cita cita saya.
p/s: Mahal tu. Kami dulu kesian tau. Dibayar RM300 jek share reramai. Sedih tauuuu..
DIANA:
Hahaha.. chitty mahal lah.. Tapi diana naim? Aku teringat dia mimming lagu penawar rindu. lols lols.
Tapi sebenarnya Diana, kita memerlukan penyanyi yang mengsumbangkan lagu sebab ia mengurangkan kemungkinan nasi dan lauk tak cukup. Bila pedih telinga, diaorang tak jadik tambah.
Dan the next time u meet orang camni, tolong beritau pada DJ - sediakan payung sebelum ujan.
AZIE:
Aku tambah ajinomoto sikit, perah asam - ambik airnya sahaja kemudian dicampurkan dengan santan yang dah dipanaskan tadi. Kemudian puan puan, bolehlah masukkan ayam yang sudah dipotong. Ketuk ketuk.. Rama...
Hormon itu sentiasa ada dalam diri ini.. ohh aku pasrah...
NINOZ:
Gosh, inilah satu satunya peminat sejati. Jangan beli cetak rompak tauuuu.. wait.. kena ambik gambar buat cover album ni. Apa kata saya cari ahli band yang jambu jambu kemudian ambik gambo dalam sewiming pul tanpa baju?
RONA:
Pejam mata.
AMI:
Sebenarnya entry ini bertujuan memperdayakan anda semua. Saya masih lagi kerja di sarkas.
MIZZYN: Were u the one yang antar sur... err never mind.
aduh..dia kaki audio jgk tau..sah2 kaki karok jgk tue..haaa..huhu..
YOu,
Off topic : sukerr madu tiga-Ahmad Dhani version..hve u check the video clip yet?
(oh sbb i terr-S.Admring dia-chenta ku tertinggal di Msia jugak yg i berangankan..hahah)
even this is my very first visit here..close my eyes..wondering u maybe Dhani versi Msia..
ahh..i suka bapak gula2..yummy!!
Wehhhh saya suka sangat lagu Madu Tiga yg baru tuh. Dinyanyi semula oleh Ahmad Dhani.
Tapi RTM banned lagu ni, sbb komposer dan penyanyi Indon.
Apapun lagu tu memang sedap, rock dia best sangat, sampai saya buat ringtone hp..
apa nak kato, kalu dah artis Indon buat lagi sedap?
Post a Comment