Wednesday, November 4, 2009

KALAU KENA SAMUN, TUMBUK, RAGUT - JANGAN PERGI HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU



Aku tahu pembaca yang singgah blog ini semua matang matang belaka dan faham Bahasa Malaysia.

Cuba tengok gambar di atas ni. Tengok mata putihnya. Nampak tak darah?

Ceritanya pasti ada yang dah baca. Ia berlaku di Johor.

Cerita ringkasnya ialah:

Siti Aishah Husin, 34, yang juga ibu kepada dua anak kehilangan sebuah telefon bimbit serta seutas rantai emas dan wang tunai RM52 ketika beliau menunggang motosikal di laluan gelap dan sunyi di jalan pintas berkenaan sebelum dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki kira-kira jam 5.50 pagi.

Suaminya, Nasir Abdul Aziz, 36, berkata isterinya ditumbuk sekurang-kurangnya lima kali pada bahagian muka dan mata oleh penjenayah terbabit.

Ok? Faham senarionya? Ok aku tulis gunakan pointer termasuk maklumat yang tidak disertakan dalam laporan di link ini:

1. Mangsa ditumbuk beberapa kali di bahagian muka.
2. Penjenayah adalah dua lelaki berbadan besar.
3. Kepala mangsa turut tersemban ke kawasan berlalang hingga mengakibatkan calar.
4. Mangsa hampir dirogol.
5. Ketika kejadian, hidung mangsa berlumuran darah dan hampir maut kerana darah menyumbat saluran pernafasannya.
6. Keadaan mangsa lebih teruk dari gambar yang disiarkan ini pada hari kejadian.

Apa pendapat kamu? Perlukah mangsa dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut?

Ya? Kenapa? Melihatkan trauma yang dilalui serta kecederaan yang dialaminya?

Jika kamu menjawab Ya, mangsa perlu dimasukkan ke wad, maka jawapan anda adalah Salah. Itulah penilaian yang dibuat seorang doktor.

Seorang doktor yang bertugas di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang sepatutnya dapat menilai trauma dan kecederaan mangsa hanya memeriksa seketika tanpa sebarang x-ray dan menyuruh mangsa pulang terus berbekalkan ubat susut bengkak.

Best tak?

Itulah yang berlaku di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada pagi Ahad, 1hb November 2009.

Mangsa juga terpaksa menunggu hampir sejam untuk mendapatkan rawatan biarpun hidungnya berterusan mengalirkan darah.

Jawapan dari Medical Assistant: "Kena tunggu, ramai lagi patient."

Apakah kriteria untuk mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan itu? Mati? Ok, mati tak perlu ke wad kecemasan itu, boleh terus ke rumah mayat.

Jadi, persoalannya ialah,

Mangsa melalui saat paling getir dalam hidupnya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pada saat itu, dia sudah memikirkan maut sahaja menanti, apatah lagi dua penjenayah yang menyamunnya tiada tanda belas kasihan. Mangsa berterusan dipukul, ditumbuk dan penjenayah dipercayai memakai cincin yang besar dan ini turut mengakibatkan kesan kecederaan yang agak serius pada mangsa.

Aku menemui mangsa dan suaminya semalam (Selasa) di pejabat khidmat pelanggan Hospital Pakar Johor di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru bersama Ketua Polis Nusajaya dan beberapa pegawainya.

Ok ketika di hospital pakar itu, aku berpendapat, hanya doktor sahaja yang pakar manakala ada kakitangan yang tidak pakar terutama dalam mengendalikan situasi kerana one of the staff is rather rude to us. Tapi itu soal remeh dan tak perlu aku menceceh atau menyundalkan mulut aku macam wartawan hiburan tak dapat tempat duduk VIP.

Mangsa adalah petugas Plaza Tol di susur keluar Lima Kedai, Gelang Patah.

Suami mangsa, Nasir yang kebetulan adalah bekas rakan sekolah, bercerita:

"Aku ada tanya doktor tu berkali kali, boleh tak masuk wad sebab isteri saya trauma."

"Tapi doktor kata, bini aku tak ada apa apa cuma sakit sikit dan diaorang bagi ubat untuk redakan bengkak. Itu jek"

"Berkali kali aku tanya pada doktor tu dan aku ada tanya kan isteri saya trauma tu doktor, tapi dia tetap mintak bini aku balik."

Selepas tidak berpuashati dengan penilaian dari doktor berkenaan, si suami bergegas ke hospital pakar dan di sana, isterinya dimasukkan ke wad dengan segera.

Mangsa menjalani pemeriksaan terperinci dan hasilnya:

Mangsa mengalami keretakan pada tulang di bawah kedua-dua matanya akibat ditumbuk beberapa kali di bahagian mata.

Itu belum masuk lagi pasal trauma.

Dari jarak dekat, aku sendiri tak sanggup tengok wajah mangsa. Kesian sangat.

Adakah doktor di HSA itu mempunyai mata x-ray sepertu Clark Kent?

Macam mana boleh jadik macam ni?

Note: Seorang dari penjenayah sudahpun dicekup polis dan sedang memburu rakannya. Penjenayah terbabit direman enam hari bermula hari ini.

Saksikan kisahnya pada Khamis, 5 November 2009 jam 9 malam di stesen televisyen nombor satu Malaysia.

Wanted:



52 comments:

Dak Wan said...

Teman pernah terhentak kepala ke simen ketinggian dlm 2meter, masuk ICU - Cakosnya, kena tunggu dekat 6jam baru masuk wad!

Brahim Nyior said...

Di tempat saya, lain ceritanya. Hospital beri layanan baik. Anak saya demam pada hujung minggu, bawa ke wad kecemasan, tapi dilayan baik petugas, tunggu pun tak lama.

Saya puas hati.

Tapi kisah dipaparkan ini jauh lebih berat. Sepatutnya tak jadi begini.

echah_syed said...

kalau nak rompak..rompak jer laa.yg pi blasah tu buat ape.mengong mental betul!

kesian sungguh tgk mangsa.combi rasa tak selamat hidup penjenayah tu didunia ini.

zeqzeq said...

sudah terbalik sepatutnya hospital swasta yang memilih pesakit, kalau hospital kerajaan yang tak perihatin nak harap mana lagi??

zeqzeq said...

echah..

psst agaknya kalau jumpa Echah dia nak rompak kat mana?? qah qah ..
rompak kat DAHI..

LiLacFlA said...

bad thing about doctors is they are trained to be ignorance and heartless.(usually after hard years of clinical and housemanship)

i must say, some of them really lacks of sympathy and empathy no matter what hardship the patients are having, "trauma or not, who cares, i've 100 more patients waiting. if u dont like me go seek another hospital."

sigh...

she deserves special attention though, kena belasah macam tu if me sebulan tak berani keluar rumah...

Azhar Abdullah said...

1. Celaka dan sial kepada penyamun tu...semoga dia dapat hukuman setimpal...

2. Doktor di hospital kerajaan ada dua jenis (setakat pengamatan aku la) samada dia betul2 caring dan jaga pesakit dengan amat ambik berat, ataupun dia betul-betul ignorance dan sanggup menyatakan bantahan kepada kerajaan yang telah biaya dia belajar nak jadi doktor tu maka dia kena kerja di hosital kerajaan for certain period melalui kerja sambil lewa...

Ko tolong nasihatkan pesakit, sila saman doktor tu dan HSA...sebab diorang mistreat dia...terbukti dia ada fracture sedangkan yang dibagi ubat susut bengkak...

Lepas tu suruh pesakit tu pulangkan balik ubat susut bengkak tu kat doktor, cakap ini boleh kurangkan bengkak kat hati doktor yang busuk tak tau mengenang budi rakyat Malaysia yang dah tanggung doktor belajar jadi doktor dulu...

Al-Qolamun said...

Ish...tak patut sgt lah kejadian di reject oleh hospital berlaku lagi skrg. Kenapa lah doctor tu so unprofessional ye? Da tugas dia selamatkan orang. Ke dia rase jadi doctor ni utk kutip duit je?
Hmm..mane lah peginya humane value pada diri doctor tu ye?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Saya pernah menceritakan pengalaman saya di hospital Slim dalam blog saya. Saya hilang penglihatan lebih setengah jam, disuruh tunggu selama sejam dan diberi ubat ponstant je sudahnya. Sy takda pilihan masa tu sebab di Tg Malim memang takde hospital swasta.

Kesimpulannya, beli insuran kalau kita rasa kita tak mampu bayar bil hospital swasta. Saya bukan agen insuran ye! Hospital kerajaan kita skang ni khas untuk rakyat Indon dan pendatang luar je. Sebab cara dia layan kita sama je dgn dia layan org Indon. Kdang2 dia layan org luar lagi bagus dr kita.

AzRi said...

gile r bro...sape yg kne tgkap 2??x convict ke?

ejaescobart said...

salam..

1. kejam.. memang kejam.. dah laa rompak seorang wanita.. lepas tu sanggup pulak tumbuk mangsa berkali2.. jangan jadi lelaki laa.. (maaf emosi sket..)

2. doktor tu pun satu lagi bahalol.. periksa mangsa mcm laa mangsa tu cuma demam je.. kenapa x guna akai yang 'bijak' tu.. dah tgk mangsa dalam keadaan trauma boleh pulak bagi ubat surut bengkak..

3. mintak je HSA ubah jgn taruk "TRAUMA & KECEMASAN" lagi..

4. memalukan imej kakitangan awam je...

(tuan tanah.. mintak maap laa ye tetiba muncul kat 'rumah' u ni.. :D)

chik star said...

Hospital kerajaan memang macam tuh.
mane2 pon same.
sambil lewa .

kraznaya said...

Yang aku tau graduan sekarang ramai yang taktau wat keja,wat p lar master pun,tp bengap giler tp megah ada master.

Dia orang teori pandai gila tp bab perlaksanaan secara praktikal hancus. Cth nak masak, belajar secara teori vs praktikal maner yg berhasil?

Doktor tu aku paham dia diagnosis secara teori (kecederaan akibat tumbukan mengakibatkan kapilari darah pecah iaitu lebam bawah kulit tak merbahaya)

Tapi kalau praktikalnya pengiraan secara fizikal dengan kekuatan yang cukup@hentaman ditempat yang sama berulang kali@ketahanan badan kebarangkalian untuk koma atau maut adalah 60%-70%.

Tapi doktor tu memang bengap sebab pukulan pada critical point memang kena bagi perhatian serius. Dlm CQC serangan upper body critical point adalah rahang,mata,dagu leher. Main body cuma 2 jantung dan hati.Lower body kemaluan dengan lutut. Kecederaan pada vital point plus critical point boleh mengakibatkan kematian. Dalam kes kakak nih dia kena kat critikal point boleh mendatangkan kecederaan parah plus kehilangan penglihatan sementara atau kekal.itu diagnosis awal oleh mana2doktor.

Well the nightmare is not started yet.gegaran pada kepala akibat pukulan boleh mengakibatkan pendarahan otak membawa koma dan kematian itu diagnosis kedua.Mana2 pun kena ambil perhatian serius dan doktor tuh mmg bengap.nama jer doktor bertaliah tapi tak tau wat keja.

mizzyN said...

aku simpati kepada mangsa, ucapkan selamat sembuh padanya.

efisennye polis sbb dah jumpa dah penjenayahnya. wow.

xxxMeeenaxxx said...

This is fugkin outrageous!! I've heard WAY TOO MANY shitty stories abt Hospital Sultanah Aminah JB dat happened amongst my friends & relatives and I thought maybe somehow over the years, the crap will get better. but gosh...this is the ultimate.

Just WHO/WHAT does the HSA is made up of eh?? retarded doctors and brainless nurses eh?? WTF seriously!

zulpjj said...

udah tu ada plak yg x malu mintak bonus 2 bulan n mcm2 dari gomen....huh!! duit rakyat marhaen tuuu...

mudah2an mangsa cepat sembuh....

suvanila said...

tau tak per... tak ada ker staff sepital tu nak menegakkan benang yang basah lagi terpintal-pintal disini??

nurayunni said...

jaatnyer mnusia..da xde keje ker...

eddie dewanaga said...

seriously bro... kalau kes ini dipanjangkan kepada menteri berkaitan pun, ia hanya akan terbang bersama angin lalu, percaya atau tidak..???

...kerana sang menteri tengah sibuk berebut jawatan, partinya itu sedang diambang *ketidak-relevanan...




*tidak relevan - sori, gua main redah je bahasa tu.

-fizA- said...

Pendapat Anda Mengenai Perkhidmatan Yang Disediakan oleh Hospital Kami

Ends at 2011/6/4 16:07

Sangat Baik 16 % (28)
Baik 14 % (25)
Sederhana 11 % (20)
Kurang Baik 22 % (39)


http://hsajb.moh.gov.my/modules/xoopspoll/pollresults.php?poll_id=3

Aku baru je tgk kat web hospital nih.. Hampeh sungguh..

gman said...

ish3 kesiannya. fraktur tulang orbita bkn sng nak elok tuh.

tp matanya yang ada darah2 tu tak dikira serius tuh. kalau ikut aku belajar la. kalau jadi macam tu lebih baik dibiarkan dari dibuat insisi. sebab nanti dia hilang sindri.

still, x patut dokter tu buat mcm tu.

ajie said...

pergh, zalimnya...
kesian makcik tu...harap cepat sembuh.

Siti Nor Aisyah Bt.Rahman said...

sy sndri mmg xsuka g hosp krajaan sbb petugas krg ajar, doct x ckup, kena tggu lama, keje x bersih, tndas ktor, ubt krg bkesan. walaupun murah tp sakit spruh mati bru la depa cek.. cis..
sy suka pergi swsta sbb layanan bgs, keje cermat, petugas sopan & peramah, keje bersih & cermat, segala2nya ok. wlupun mahal, xpe.. puas hati.. xde la nk tggung sakit lama2.. segala ubt pon lg bkualiti dr hops kerajaan...

PUTUBAMBU said...

ate...teruk bebenor le doktor tu..
camne le die rawat pesakit gamaknya..

busuk kerjaya doktor kalau ramai yg berperangai begini...

ouT oF My MinD said...

pernah temankan kawan lebih 6 jam utk buang tulang ikan terubuk...bila dh jumpa doc, dia boleh cakap..lain kali terus je masuk sini..takyah tunggu lama2...aku time tu rasa cam nak maki2 je. napa baru nak bagitau...bodoh

Ara Amnan said...

Doktor + nurse kt public hosp mmg mcm tu. Zalim n krg berperikemanusiaan.

Tp, napa pulak private hosp blh provide service yg giler baek punya.

Huh! Fikirlah~

LORD ZARA 札拉 said...

Oh bangang sangat!
Bangang dan bangang!

Macam tu punya pathetic orang tu kena, bagi ubat surut bengkak je? APa bengkak punya doktor tu?!

..and again, sangat celaka kadang2 hospital biasa ni~ Main suka2 bagi rawatan dan kalau apa2 jadi, eh2, bukan salah saya~

WTF, WTH!


To the penjenayah, semoga di telan Bumi celaka!

P/S : Eh, hari tu lalu juga depan hospital tu masa pergi SMK Mohd Khalid~

Izyan Nadirah said...

sebagai student medic yg lebih bodoh dari doctor tersebut, dari gambar tu je aku buleh nampak dia ada subconjunctival bleeding n brill hematome, yg dh cukup utk indicate dia for at least a CT scan.
ade gak eh doctor bodo cmtu. ayoyo.

tapi let's not generalize all doctors kat government mcm tu la.. that's not fair.. =(

tapi i hv to say lah.. doctor ni memang tak patut. sultanah aminah sucks.

Norazlinda A.Razak said...

just drop sum comment...new entry i ni..hehee..kesian pada mangsa..moga cepat sembuh..yg i nak share kes doc govmt..tidak di nafikan..hal2 mcmtu amik remeh..sbb i dulu pernah juga masuk wad..di jadikan bahan uji kaji diorg..sakittt giler time tu..dah r kasar..x kemas langsung serabai( time tu lelaki)perhhhgg..tak de tokoh Doc langsung..tp itulah hakikat..they all ni kena bg motivasi..

AnnDee said...

patut lah malaysia neh kena penyakit H1N1.. rupanya, 'ramai' babi di sana sini..

ada babi naik motor.. gi rompak orang + blasah orang!! pulak tuh orang perempuan!!.. babi bachul neh!!

ada pulak babi terlepas dua tiga ekor dok kerja kat hospital eh?.. neh babi sikit educated.. tak ada empathy langsung!!.. owh yea lupa.. depa babi!!

grrrrrrr!!

Hayatito said...

hsa mmg celaka.
kawan gua patah tgn kena tunggu 3 jam baru dapat perhatian.
best la sgt.

kesian nama "Hospital Sultanah Aminah". 'doktor2/nurse2' yg buat perangai, bangunan yg kena.
haha..

Anonymous said...

1) cibai....babiii...tumbok je doc camtu..klo aku da blasah,rembat,lapor..gile sakit ati pelayanan mcm pukimak!!!!
2) tp x sume doc HSA camtu,maybe sbagian kecik kot...mesti ader yg ok..,mungkin tyme mlm tu je ko brnasib malang...kene doc cm sial...
3) HSA da best(ak br je apply kat sane,hopefully dpt..hehe)

Naz said...

Saman, atas dasar negligence!

fikaryna79 said...

salam..tumpang mengomen gak..teruk kan kaalu alami pengalaman mcm 2.sy pn ada 1 pengalaman buruk di HSA ni..ada 1 of my friend overdose pastu bwk g kecemasan..tau x dia buat apa jek?cek2..tekan2 perut..pastu bg ubat pastu dah boleh balik..setengah jln, kwn 2 pengsan n lencong ke kulai..terus kena admit..

kecemasan utk org nak mati atau dah mati kot..huhu..

Ida said...

Masa saya hantar bapa saya ke hospital kerajaan pukul 3 pagi. Di tempat kecemasan itu ada satu signboard yang tertulis kategori kecemasan.

Contoh:
Kes Demam, Batuk, Selsema - kategori tidak cemas dan pesakit diminta datang ke klinik pesakit luar.

Kes asthma, lelah, atau sebagainya yang masih lagi mampu berjalan, samada sendiri atau dipapah, - kategori cemas peringkat rendah, disuruh mendaftarkan diri dan ambil no giliran di kaunter bertanda warna hijau.

Kes-kes lain di mana memerlukan pesakit menggunakan kerusi roda (pesakit tidak mampu berjalan sendiri atau dipapah), kategori cemas peringkat pertengahan - disuruh mendaftarkan diri dan ambil no giliran juga, tapi di kaunter bertanda warna kuning

Kes-kes lain di mana pesakit tidak sedarkan diri, akan terus masuk ke wad kecemasan untuk rawatan segera. Waris diminta mendaftarkan pesakit di kaunter bertanda warna merah.

Bapa saya masa tu pengsan akibat suhu badan yang sangat tinggi, jadi dia terus dirawat dan ditempatkan di observation ward selama 2 jam sebelum dipindahkan ke wad biasa.

Doktor yang bertugas masa tu cuma seorang bagi setiap kategori hijau, kuning dan merah (macam traffic light).

Anonymous said...

....

Anonymous said...

assalamualaikum wbt....
jwb lau korg sume org islam...
tp aku tgk komen korg mcm bkn org islam...
korg cpt sgt melenting lau dtg bab2 cmni... msti sedara mara korg xde yg kje kat sepital utk trgkn kat korg pasal polisi ea...
tp aku pcya tmpt kje korg pn ade polisi kan???? korg jer yg sengal x reti ikut polisi...
ayat2 yg korg guna dlm blog ni mmg cara... tp ckp blkng je x guna... mcm yahudi!!!!! lau korg rse korg brni... korg dtg r sdri jmpe doc tu n sekolahkan dia... tu pn lau ko bnsb baik xkne disekolahkan lik... korg2 ni msti bkn pnjwt awam atau petugas sepital... sbb tu korg main ckp je... korg x leh r nk nilai org lain mcm tu jer... korg kje mane??? yg kje sepital kje mane??? korg rse korg lg tau psl hal perihal sepital ke..diorg lg tau???? motif aku sng jer.... aku pnjwt awam n bkje di hospital... pe yg aku baca polisi n yg aku tau, kptsn utk msuk wad adalh bkn kptsn kita tp kptsn doc.. lau nk msuk wad tnpa sbb yg spttnye.. serupa g swasta... swasta suke sbb korg kne byr pd setiap saat ko baring atas katil diorg... bg aku, lau x tau... bertanya... jgn xtau tp maki hamun... bkn malaysian beb... tu korg tau r negara mane yg sllu suke maki org kn.... tu r... mgkn korg sllu sgt tgk cete barat tu yg fkrn korg mhala ke sana gak.... sori 2 say... sape2 yg tlh mengeluarkan perkataan spt BABI, PUKIMAK, BODOH, SIAL, DLL utk mgmbrkan kemarahan korg 2, agak2 korg la ekh.... korg lau sakit g ne nti???? g umah mayat trus ker???? xpn korg g dptkan rwtn kat kdai basikal ah keong? tu je....trm ksh krn sudi mbaca... last say... korg nilai la dri sdri dlu sblm nk nilai org lain... sori, yg baik tu dtg dr Allah swt.. n yg x baik tu dtg dr insan2nya sdri...sekian... yg ikhlas -health4ever09-

Azhar Abdullah said...

ayat2 yg korg guna dlm blog ni mmg cara... tp ckp blkng je x guna... mcm yahudi!!!!!

Wah, marah betul encik anonymous...eh, anonymous je?kitorang cakap belakang tapi letak nama betul atau akaun blogger sebenar..hehe

saya jugak penjawat awam, sebab itu dalam komen saya di atas saya nasihatkan pesakit buat apa yang sepatutnya dibuat bagi mendapatkan hak beliau terhadap penjawat awam...

Saya sendiri pernah mengadu kepada pihak atasan di sebuah hospital, akibat seorang doktor di wad kecemasan yang asyik ber-facebook semasa merawati pesakit sehingga salah diagnose...

dan saya buat ikut prosedur, lapor ke pihak atasan...apa tindakan mereka terhadap beliau saya tak campur...

saudara anonymous marah orang komen kasar kat sini, tapi tak bagi justifikasi tentang tidak masuk wad sedangkan ada fracture tu..malahan tak scan atau x-ray pun...at least bg la sedikit jawapan yang boleh kami paksikan since you are a penjawat awam bekerja di hospital...

terima kasih...

p/s:minta maaf ye tuan tanah...hehe...

Anonymous said...

Assalammualaikum Sdara Anonymous...sy amat t'tarik lah dgn kata2 saudara ni,sgguh cantik bhasa tu kan...ni lah d'katakan budi bhs amalan kite d'malaysia tp malang sgguh yer...actually msg yg nk d'sampai d' blog ni adelah utk mengatakan ketidakpuasan ati ats segenlintir patient yg telah d'rawat/merawat d'HSA...bukannye sembarangan nk kutuk doc/nurse/staff2 kt c2 yer sdra anonymous...p'cayelah sy ckp klu s'sorg doc/nurse/staf2 yg b'kj d'mn2 hosp sklipon klu b'sikap prihatin,b'tggungjwb,bek ati t'hdp patient2nye,jasa bkti mereka sume xkan d'lupakn oleh stiap patient t'sbut...maklumlah kite ni same2 cari razki xkirelah samada p'jawat awam/tdak...bukan ape klu sy bc kisah patient yg telah d'samun,d'tumbuk & d'ragut ni n kesan kecederaan yg d'alami beliau mmg truk,bukannye luke2 bese jew...klu luke2 bese tu xpe lg,ni sdra anonymous pon ley tgk gmbar yg d'attchedkn skli tu,x truk kew sdra tgk???yela bg sdra dah bese tgk kesan luke2 mcm tu krn sdra b'kj d'hosp btul x???tp bg org awam ni cmne plak klu mreka lihat???hmmm bgnilah sdra klu kite b'tekak lidah/bergadoh pon skli x gune krn sikap k'prihatinan/layanan pd s'ssorg doc tu perlu ade utk mrwat stiap patientnye xkirelah patient tu b'bngse mlyu,cina,india dsbgnye...ini kerana sbhgn tugas doc adelah utk merwat sbrape bole setiap patientnye dgn izin Tuhan...hmm pe yg sdra anonymous katekan pd blog ni sy paham,yela kj sbg doc/nurse/MA/sbgnye d'hosp ni mmg memenatkan n kadangkala menguji k'sabaran kita n kadangkala t'lbih dr tu pon mmg ade,sy x nafikan.yela dgn karena patient nye lg nk d'jagekan..TP sdra kena ingt juga yg memilih jalan kerjaya d'hosp ini adelah sdra sndri,bukannye ats alasan undian org gamai kew.so bler kite dah pilih jalan kerjaya kite s'bgtu kite kena lakukn stiap tugas tu pnuh iklas,jujur n amanah...hmm bayangkanlah klu kes s'bgni kena pd batang hidung kite sndri,ahli kluarga kite,ank bini kite so pe perasaan sdra anonymous pd ketika itu???mngis,ketawa,suka/x rase pe2???hmmm sy bole katekn d'cni tpulah klu sdra x rasa MARAH,GERAM,DENDAM,BENCI n perasaan yg mbuak2 w/pun sdikit...Kecuali klu s'sorg tu m'punyai sikap KESABARAN yg tggi pd drinya,InsyaAllah xkn merasa bgtu...so sy mnta maap klu ade slh n slap t'kate/t'lepas kate...sy hanya bri pandangan & utk renung2an sj...Assalamualaikum...

Anonymous said...

AKU PERNAH KERJA KAT TADIKA N TASKA..N KEBETULAN MASA TU ADA ANAK MURID AKU JATUH...AKU BAWAK PERGI HSPTAL SULTANAH AMINAH JB..
ATENDANT N DOKTOR DH MAKI2 AKU KATE AKU SALAH..OK MYERAHLAH WLAUPN BKAN SALAH AKU.MANE2 PN MSTI SALAHKAN AKU.YG AKU TAK PUAS ATI,AKU DUK PERHATI DOKTOR MULUT CIBAI TU DIE PERGI BASUH TANGAN,SIAP BERSABUN.AKU GAT DIE NAK RAWAT ANAK MURID AKU.RUPENYA DIE BASUH TANGAN SEBAB NAK MAKAN..BABI PUNYER DOKTOR.......

Anonymous said...

sorry ek mencela..saya pun pernah mengalami masalah yang dianggap remeh oleh hospital itu(di selangor) ni..padahal kesakitan yang saya alami amat lah serius....

begitu juga dengan kakak saya sekeluarga mengalami xcident..anak sedara saya patah kaki..tapi bila nak check doktor kata biasa..bila disuruh anak sedara saya berdiri..baru la dia tau..
haih...kesal juga dengan hospital kerajaan ni kadang2..

baldiblues said...

Nak betulkan keadaan
1. kalau masuk ward sebab trauma.. HSA bukan tempatnye.. dia kena pi hospital bahagia
2. kalau dah memang retak.. apa rawatanya.. nak kena simen ker muka tu..
3. buat pengetahuan semua.. hospital/klinik berbayar nie memang cari peluang buat duit selagi boleh buat... so pikir2kan ler..

p/s HSA tu la tempat kebanggaan kami semua sebagai anak johor (bayar pun RM1).. hanya orang yang kurang ilmu jer akan bertindak demikian...

hera said...

hai..
walaupun dah terlewat.. tapi nak komen jugak..

kawan kita yang anonymous tu. yg marah sakan tu.. tu la dia cermin peribadi org hospital yang lain. mengaku lagi tu kje spital. dah tu siap maki2 orang lagi tu.. ni memang sah la masa kje biasa maki pesakit.

kalau kat tempat i ni (mukah swak).. u maki pesakit, silap besar la.. hari tu jugak pengarah hospital u akan dapat surat komplen pasal pekerja nya yang tak mengikut piagam pelanggan.. mesra, senyum.. alah.. konon... ingat semua pesakit tu bodoh ke.

apa yg i tengok.. doktor ni biasanya sombong. mungkin rasa hebat sebab nyawa org lain ditangannya? kat tempat i ni pon sama. nurse semua baik2.. lemah lembut dengan pesakit.. tapi.. doktornya???! siap maki pesakit lagi. dari 4 doktor, cuma 1 je yang berlembut dengan pesakit. nama pun orang sakit kan.. sabar2 la layan karenah.. i pun dah pnah terkena doktor yang kurang ajar. baru 1-2 thn kerja, umur pun muda lagi dari i.. tapi menyindir tak ingat! hebat sangat ke ape ade med? tak faham btul..

Anonymous said...

a'kum..mungkin agak terlewat untuk saya mencelah tp ttp ingin bersama-sam berbincang masalah ini. Ok sebagai pengenalan diri, saya juga merupakan seorang penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi kes ni boleh saya katakan di pihak hospital ada kecuaian berlaku dalam mengklasifikasi kes. Memang betul mengikut polisi untuk masuk wad hanya doktor yg membuat keputusan tp dengan mengambil tindakan memberi antibiotik tanpa menjalankan pemeriksaan lanjutan seperti x-ray amat tidak munasabah. saya mengharapkan pihak mangsa membuat aduan mengikut protokol bagi kita bersama-sama membetulkan keadaan supaya tidak berlaku lagi kejadian seperti ini.

kepada yg dari kementerian yg sama dengan saya, jangan cepat nak marah kepada orang yg mengadu kerana kadang2 kita tak perasan dengan kesilapan yg kita lakukan. buat pegawai perubatan, tolong peka dengan masalah pesakit kerana mereka berhak mendapat rawatan yg sempurna dan mereka juga adalah pelanggan kita.

maaf buat semua andai ada lagi kekurangan dari perkhidamatan kami selama ini..

Anonymous said...

aizat:
aku sangat2 setuju dgn saudara anonymous di atas, tp aku x nak mintak mahap b/p staff HSA. Korang buat silap, korang betulkan la sendiri...LOLS

Anonymous said...

....

Anonymous said...

-HEALTH4EVER09-

assalamualaikum...
nsb baik r ade yg pndi jwb salam g ekh... tp yg ne x reti2... lu pk la sndri....

kpd ade yg ckp aku mcm x puati dgn segelintir pskt tu korg pun kne r pk gak... aku pun prnah jd pesakit, prnh msuk wad g... kat swepital yg bkn tmpt aku kje g...aku pn prnh dilyn mcm hampeh mse msuk wad tu... tp dh sifat manusia beb.. aku x prnh ckp yg aku x puati dgn pskt2 yg dtg mndptkan rwtn.. diorg dtg aku bantu diorg, x prnh lak aku srh diorg lik umah lik... dgn erti kata lain, menghalau. mksd aku, korg ble x fhm knp doc x msukkn korg kedlm wad, n korg x b'puati... tnye r doc tu dgn cara btl... ni korg x bertanye...lik2 umah je korg maki2 hamun n dok blame2 org lain. mse korg dtg sepital, ade ke yg maki hamun korg n ungkit dlm blog lak?? n lau btl ade staf2 sepital yg prnh bersifat kurg ajor kat korg tu... aku cme leh mendefinasi diorg ni sbg mmg x sekolah.. tu aku x nafi... ade antara diorg ni yg mmg cmtu... tp aku x bkenan r dgn cara korg yg lau blame, jenis blame kaw2 bg 1 malaysia kne pnye. korg pn dh beso kn? lau korg ni bru 11 12 thn aku rse pn x pelik... tp korg pn fhm kn....
bg ade sorg yg komen td psl kne byr rm1 je korg dh kecoh... knp korg x tnye kerajaan msia ekh knp wat undang2 camtu???? sori 2 say...lau korg kuarkn wet beratus2 rggt utk li top up bergayut kat hp... xkn rm1 pn nk berkire kn...
dr kne g swasta.. ko luka skit kat muke pn diorg wat ct brain la. xray la.. ubt mcm2 la... tau2 je sejam stgh korg kat situ korg dh kne rm750, lau kte ade problem xpe... ni dh kne rm750..korg leh lik umah lak... x ke sama je kn?....berbanding lau sepital kerajaan wat.. rm1 yg korg byr utk pndftrn tu... tu je r... tiade cas tmbhn...
n ade sorg td tegur psl ubt.. lau korg nk tau, ubt yg kitorg gne same je dgn diorg... trade name je lain... lau tgk generic name, same je.. lau mane2 korg yg x prnh sakit atau g ne2 sepital...lau sakit nti, korg try la dua2 sektor ni k... cbe nilai sndri r. aku x mrh korg2 nih... tp ckp tu sdp mulut n hati korg je... aku tau kite rakyat msia ade hak utk bersuara... tp jgn tlalu bebas bersuara mcm negara2 berkenaan tu... kdg2 kite xtau malang menimpa kite.. x berbau beb. tau2 bau ubt2 n bau perfume2 nurse2 kat dlm wad tu je....
n pd sorg yg ckp nyawa pesakit ditgn doctor2 tu... mane ko blja beb??? nyawa kite ditgn tuhan... korg tgh ddk tgk tv je pn leh mati tuhan tarik nyawa... diorg ni dh kire bgs nk mbantu wlupn bergaji...
kpd encik yg mencadangkan utk mbuat aduan berprotokol tu sy amatla bersetuju.. akhirnye sy ade mbce komen yg bijak n bernas.. tahniah sy ucpkan.. pe dia ckp adlh btl... lau ade mslh, biarla berprotokol n berprosedur... n profesional... bkn skdr ckp blkng kn...
sekian trm ksh..
wasalam..

sunan said...

waullahuallam bisawab.takde kesudahannya kita mencarut dan maki hamun kat sini.buat tambah dosa je.kita ada saluran dan cara yang lebih baik.gunakanlah.saya pernah bersemuka dgn tuan pengarah hospital kita tu akibat rasa kurang puashati macam anda semua dan akhirnya keputusannya amatlah memuaskan hati.

Azhar Abdullah said...

Apa kata incik healtwhatever ni buka satu blog dan sekolahkan kitorang ni semua...baru la ngam sikit kita nak berkomen-komenan...rasa mcm tulis surat ada tandatangan pengirim dan alamat yang betul...ini boleh baca kat rumah orang je...tak syok jugak kan...

incik buat satu blog dan nyatakan apa yang incik nyatakan kat atas tu dalam blog...sadarkan rakyat malaysia ni...

cuma satu pesan hamba...tulis blog nanti jangan pakai bahasa sms...

lau lis bhs sms nnt xrmi lak yg sggp ngdp nk ngeja n nk bg fhm smua yg incik tls tu nnt...lst2 jd syk sndr la plk...

uDean said...

Anonymous Anonymous said...

-HEALTH4EVER09-

dr kne g swasta.. ko luka skit kat muke pn diorg wat ct brain la. xray la.. ubt mcm2 la... tau2 je sejam stgh korg kat situ korg dh kne rm750, lau kte ade problem xpe... ni dh kne rm750..korg leh lik umah lak... x ke sama je kn?....berbanding lau sepital kerajaan wat.. rm1 yg korg byr utk pndftrn tu... tu je r... tiade cas tmbhn...


-----------------------------------

cmne ek nk ckp.. ayat ko nie mcm xreti fikir sendiri ah...

ko nk gie hosp,mesti tgk keadaan ko cmne dlu rite? klo dah kene belasah separuh mati, adakah akal ko akan mengatakan bahawa muka kau hanya luka sedikit? ohow maybe time tu ko ngah pengsan dek kne blasah, so akal org lain yg akan fikirkan utk kesejahteraan diri kau..

dah tau luka sikit kat muka, pergi hosp swasta knape? dah tau akan kene charge mahal2, degil sangat gie situ knape?

dalam kes nie, mangsa dibelasah.. ye diulangi dibelasah.. tapi doctor HSA ckp pe? sape bley puas hati dgn tindakan doktor cmtu? of coz la mangsa akan gie hosp swasta plak, sbb dia sndiri tahu dia sakit teruk..

lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..lol..

Anonymous said...

"a'kum..mungkin agak terlewat untuk saya mencelah tp ttp ingin bersama-sam berbincang masalah ini. Ok sebagai pengenalan diri, saya juga merupakan seorang penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi kes ni boleh saya katakan di pihak hospital ada kecuaian berlaku dalam mengklasifikasi kes"

mmg da terlewat pn...next tyme masok awl2 skit...laaa..penjawat awam je ke...ingtkn pengarah ke,menteri ke,br macho...bkn skit je kecuaian,byk sgt smpai tahap gajah terberak tahik masok blk..
cmne org x lari gi swasta..astaga

Anonymous said...

...dah banyak sangat mentadarah benda haram, sampai hati pun jadi gelap..cuba kejadian ni kena pada laki, bini, anak2, mak bapak doktor tu...mampos kalau bole nak saman semua org untuk tunjukkan rasa tak puas hati...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.