Wednesday, November 25, 2009

HELO, BOLEH SAYA BERCAKAP DENGAN..

Pengalaman ini aku pasti semua orang lalui.

Bohong kalau kata tak pernah. Mesti pernah.

Ini bukan kisah pasal beli telefon baru, walaupun aku agak teruja untuk mendapatkan telefon baru. Tetapi aku masih sayangkan telefon Nokiah aku biarpun keypadnya dah tertanggal satu. Sadis tak?

Inflasi butang pada telefon aku tu berjaya mengurangkan jumlah sms kerana mengikut unjuran perbelanjaan setiap bulan, sering berlaku defisit.

Ini ditambah dengan kegagalan Celcom yang sering mengecewakan aku. Drop calls are way too often. Terima kasih Celcom.

Ok back to the stoley.

Tersalah dail nombor telefon?

Mesti seronok kalau yang tersalah dail itu bersuara comel, manis dan sebagai lelaki yang normal dan siuman, berimaginasi adalah sesuatu yang tidak menyebabkan anda kena tangkap.

"Mesti hot orang ni."

Tetapi kalau aku quote apa orang cakap, tolong jangan marah. Aku pasti ada yang pernah bercakap:

"Jangan terperdaya bro. Kalau suara sedap mesti tak lawa."

Betul ke?

Itu lelaki cakap.

Kalau pompuan? Cakap apa?

"Jangan terperdaya nok, mesti kepala botak, perut boroi, mulut bau busuk."

Ya, wanita biasanya akan lebih detail dari lelaki. Hahah, ok aku tipu. Sama jek, dua kali lima, lima kali enam, enam kali tujuh.

Ohh, lupa. Ehem, bukan lelaki sahaja yang mulut busuk ok. Pompuan pun sama. Kalau aku terjumpa dengan wanita mulut busuk, aku akan kata:

"Ai dah lama tak nampak diaorang buat gotong royong bersihkan longkang kat sini kan, dah naik berbau dah." Ketika itu, aku akan bergerak setapak dua, bagi memberi signal.

Atau, kalau ada fishermen fren, aku akan hulur dengan segera. Tapi betullah, kalau pakai pati minyak wangi sekalipun, kalau mulut bau longkang, memang seharusnya kena standby asam jawa, takut kembang tekak.

Nasib baik blog ni pakai taip kan. Hahahah. Hahahah.. kalau idak.. hahaha.. hygiene ok. Hahahah..

Berbalik kepada cerita salah dail. Semalam aku tersalah dail satu nombor.

"Assalamualaikum, boleh cakap dengan Hafiz?"

"Hafiz, tak ada, dia outstation."

Bukan ke baru setengah jam tadi aku nampak mamat ni. Ni mesti nak memain dengan aku. Maka aku pun buat buatlah macam percaya.

"Ohh takperlah camtu. Terima kasih."

Instead of disconnecting the call, aku gatal telinga, saje jek tak letak dulu. Dan aku dengar:

Suara wanita: "Kenapa awak tak cakap salah nombor, nanti dia call balik."

Suara lelaki: Giggling.

Prapp.. celaka. Hahaha. Terkena aku. Aku memang salah nombor. Hahah.

Tapi kan, aku paling tak pasrah kalau orang salah nombor pastu terus letak. Rasa macam nak lukuk jek kepala orang yang call tu.

Apa salahnya cakap sorry. Macam berdosa besar pulak kalau cakap sorry.

Dan paling pantang ialah yang salah nombor tu olang Milayu. Alangkan bangsa lain pun boleh cakap aiyah soli ahh boss, long namber.

Pernah sekali tu dulu, ada awekss salah nombor, dan tanya mamat mana ntah kat handphone aku.

Wanita dengan suara ala ala seksi gitu: ".. boleh saya bercakap dengan aduka (bukan nama sebenar sebab aku dah lupa dah apa nama dia mintak tu.)

Aku: "Cik, awak salah nombor ni. Tak ada nama tu."

Wanita: "Awak siapa?

Aku: Saya A Galak. (dan aku terus ketawa), dia pun ketawa. Jujurnya, aku tidak pernah terlintas untuk menjadikan nama ikon itu sebagai bahan ketawa. Tetapi aku tak tahu kenapa kami ketawa. Mungkin jodoh kot. Lols lols lols.

Tetapi tak mungkin aku beritahu nama aku sebab bukan aku yang gatal salah nombor. (ehem, walaupun adalah sikit cita cita tu kan.. berbisik dalam hati.. ini kalau hot macam lisa surahani ni.. fuhhh.. jual ladang getah ni..)

Dan pengalaman itu tak seklasik yang aku lalui ini:

"Assalamualaikum. Boleh tolong hantar ambulance tak?"

Hahaha.. patut ker?

Dan panggilan serupa bertanyakan ambulance berlaku beberapa kali sehinggalah pada satu ketika tu, aku tanya, kenapa orang dok call cari ambulance - kata orang tu - sebab akak yang pakai nombor ni dulu sediakan khidmat ambulance untuk orang tua. Boleh ker kalau aku dapat panggilan serupa selepas ini, aku nyatakan ambulance semua dah keluar? Toksahlah, nanti betul betul emergency kan. Zalim pulak.

Dan lebih zalim bila aku mintak celcom clarify, sekor pun takleh nak explain hingga dapat memuaskan hati aku. Ya, lelaki memang tak pernah puas. Hahaha. Apa pulak, pompuan pun sama apa. Sama, memang sama. Lebih teruk lagi. Ngada ngadalah nak jawab pulak.

Akhirnya, kalau salah nombor tu, cakaplah sorry ya. Kan dah nak raya ni.

Aku dengar tiket bas, keretapi banyak abis. Dan dengar kata, banyak kejadian lembu dan kerbau melarikan diri bawak luggage.



23 replies:

aNa SuZaNa said...

bro..
elok je ada topik ni kan..sbb br pg td ada mamat slh nombor..no bermula 08 9(dr negeri mana ekk..aku buta geografi sket)..

aku ckp la sory yg awak slh nombor..dia terima..tp dlm pd masa yg sama dia nak smbg perbualan pulak..aku taruk je terus..hehehhe..kijam tak..??sbb time tu aku tgh membuta lorrr..

aishah_conteng_je said...

suara ai tak sedap...konfem ai hot..

nak namber fon ai tak?

=D

aNa SuZaNa said...

Ohhh..daku komentar pertama..sila bg gula2..hehehehhe

hanaahmad said...

ade gak org laki yg sje2 wat slh num...laz2 gatal nk ngorat kte lak..haha...nyampah gler..taktik kotor woooahh~!

Rona Realiti said...

sori bro...
nk komen panjang skit...

teringat zaman duduk U dulu...
my friend no hp dia slalu org call minta gas...
semua no area johor plak tu...
tiap2 hari ada org call..
time2 tgh hari plak tu...

satu kes paling seronok..
bila sorang awek ni call minta gas...
member pun ckp la, "ok... nnt saya hantar...!!"
awek tu trus letak tanpa tinggalkan alamat...

ptg tu husband dia call..
tanya, "apsal gas x smpi lg..!? tgh hari td bini saya dh order..!!"

dan member pun jawab...
"maaf la abg.. bini abg x tinggalkan alamat pun... dan sini bukan kedai jual gas..!!"
apa punya bini daa.. sah laki dia kebulur nk makan nasi...

p/s: kalo blh suruh bank in duit sblm hantar gas.. sah2 member tu kaya...!!

eLLa said...

klakar jer..

echah_syed said...

dulu sebelum kawin layan gak org salah nombor.tapi skrg buang karen jek :p

tiket keretapi dah abis ekk.nasib combi beli online.. :)

Leen said...

eh, rumah aku dulu selalu la org call mintak hantar brg.. katanya number kedai runcit... aku la bz jd receptionist menjawab panggilan. Kekadang rasa mcm nak je bwat kedai runcit betul2, mcm untung je~~ customer dah available ha..

im said...

aku pernah ade sekali tu org salah nombor. aku angkat, terus2 die maki hamun aku. die ckp 'eh betina, apsal ko kacau laki aku? takde laki lain...bla bla bla...'

aku dah la baru lepas spm, taun bile pulak aku ngorat laki org? aku ckp berkali2 kat pompuan tu die salah nombor, tak caye langsung pulak tu..apelagi aku off terus la..sengal gile...igat aku ni gersang nk berlaki sgt ke? hoho XD..

LORD ZARA 札拉 said...

hahaha~
aku ada menulis tentang ni kat blog aku gak recently~

2 post tentang hal camni~

yg paling tak bleh tahan, Ni Izat ke?
Gosh!
Bila plak aku tukar jantina ni?
tak sudah2 budak tu panggil aku Izat~

Azrul Hisham said...

saya lak slalu apek atau amoi yg slalu call salah nombor....layan je la...hehe

FAD ARIFFIN said...

satu entry jer en. hazrey boleh lompat2 citer ek? tapi takpe... saya layannnnkan jugak

Azhar Abdullah said...

Damn...pesal kalau salah nombor kat aku selalu makcik-makcik je..?tak pernah plak yang agak hot...

mizzyN said...

wlong namber a

azieazah said...

Ayat paling popular yang saya selalu kena "ini balai polis aarrr"

mak aiii... !

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Baca blog hazrey, tak pernah tak ketawa... mesti nak ketawa terkekeh...
masalahnya... timing tiba part ketawa mesti waktu bos tgh lalu dekat2 area meja aku ni.

Ida said...

Bab wrong number ni sangat klasik.. tapi kesian those guys yang tersalah dial my number, bila dah cakap wrong number, sempat lagi nak try mengayat.. confirm kena sembur!

Well, kalau dah salah number, salah number la kan, apa kes nak gi mengayat pulak? Kan mak dah pesan, don't talk to strangers..

Hahaha..

PUTUBAMBU said...

oh..hang pakai no. recycle le tu..
pasai tu ambulancenya permintaan yg sampai..hehehhe..

PUTUBAMBU said...

eh, lupa nak wish..

Selamat Hari Raya Haji ye bapak gula2..

drive carefully time raya2 ni... ingatlah lisa surihani..eh, silap.. ingalah yg tersayang..(ngeh..ngeh)

zeqzeq said...

" ini New York,"

salam raya aidil adha

ninoZ said...

jawapan saya utk panggilan dari no. yg pelik2 :
"hellooo, Balai polis Cheras, boleh saya bantuk cik/encik?"

gerenti insaf...hehehehe

InCeK SaPpiL said...

no tepon umah laen sket je ngn no tepon member skola rendah dulu(awek cun).dulu2 mane ade henpon. pastu ade mamat call "assalamualaikum, bole cakap ngan jamilah?" aku jawab "wsalam, salah number la, umah jamilah 06-xxx7884, 7844 ni umah rahman rostam (bapakku)"

alidyangon said...

bro

ada member aku tu

siapa yang call dan tanya ini 'polan bin/binti polan' 100% dia akan jawab

"Sorry, wrong number...."

lagi lagi kalau bank yang call

ha ha ha

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.