1. Tak payah berebut rebut ambil gambar punggung Inul sambil mengetap gigi.
2. Tak kisah kalau kena marah dengan pak polisi kerana kami tidak memiliki kolum gossip untuk membelasah mereka balik dan membuat pengakhiran seperti HAZREY: Tahniah kepada Maun bin Pe'on kerana mendirikan rumahtangga hari ini.
3. Dapat tengok kisah benar.
4. Dapat tengok bulu dada Mat Bangla.
Betul, bulu dada Mat Bangla.
Kepada mereka yang drool akan lelaki yang berbulu dada dan menganggap hidup mereka akan punah sebab tak dapat lelaki idaman seperti ini, rasailah juadah mata ini:
"Potong stim betul imigrasi ni. Aku baru nak start. Konpem lah gatal dada aku ni nanti sebab kena duduk kat kem tahanan. Sure lah tak dapat nak shampoo. Adehh.. adik manisssss"
[ more pixs @ ezreen talip photopages ]
Pasangan ini ditahan dalam satu serbuan Jabatan Imigresen malam tadi. Letih sungguh. Habis jam 3 pagi.
Tapi bestnya sebelum itu, sebuah premis hiburan di Bandar Seri Alam turut diserbu.
Kami sebelum itu masuk menyamar sebagai pelanggan dan sempatlah kena dua tiga lagu.
Terkiak kiak penyanyi perempuan dan turut membuatkan aku sedikit teruja. Haha. Yang bestnya layan lagu Stairway to Heaven dan Sweet Child O' Mine. Penyanyi yang di tengah itu terlebih comel tetapi malangnya henpon aku tak berdaya untuk zoom kan gambo ini. Lagipun aku taknak bagi korang dosa kering. Tak baik tau.
Premis ini turut diserbu Jabatan Imigresen.
Selepas itu kami ke Taman Johor Jaya dan dua premis diperiksa.
Gadis Melayu anak seorang peneroka ini bukan pemalu, tapi takut malu nanti. Bekerja sebagai pelayan di lounge yang kebanyakannya bukan Islam. Lelaki sebelah kanan itu bukan Superman. Betul, aku dah check dah. Dia tidak memakai seluar dalam merah di luar maka sekaligus mengesahkan dia bukan Superman. Dua lelaki dalam gambar pegawai Jabatan Imigresen.
Dan kepada jantan jantan miang, ya, budak pompuan ini lawa.



11 replies:
Hahaha...aku dah agak bila tgk email malam tadi..nak call tanya detail takut ko tgh enjoy performance tu...hehe...
Kalau dekat buleh gak ikut2 nih...:p
haha..btolkah anda suka dgn job anda iteww??atas sbb inikah??haha..
fuyoo..boleh plak minah tu berselera ngan bangla tu ek?
Ada keje kosong? aku nak jugak keje mcm kau. best giler. bosan lah asik terperap dlm ofis.
y i love my jobs..
coz everyone can claim me as their frenz, though i did not know him/her at all..huhu..
best kan keje bro..haih..jeles..jeles..
AZHAR:
Hahaha.. aku ingat ko tak dapat. Haha.
ITAFUKADA:
Jangan bocorkan rahsia saya di sini boleh tak? Tolonglah. Tolong ok.
AZRUL:
Selera itu bergantung kepada citarasa masing-masing. Ada yang suka ikan kembong, ada yang suka ikan selar. Ada juga tak makan ikan. Mereka lebih suka ayam.
DISGUSTED:
Ada. Sehingga hari ini, tak ada siapa yang nak buatkan air kat opis kami.
UDEAN:
Hahahahah.. saya kenal Zul tu.. hahahaha
Salam kat semua
Macam best je kerja Hazrey..nak join sekali leh? huuhuhuh
sedih n kesian tgk dieorg ni.. Sbbnya, mesti mak bapak garam(bkn gula2) dieorg sangka yg anak/bini/laki/pakcik/makcik/sepupu belah ayah/n mak die pg mencari rezeki(bg mat bangla tu rezeki la coz dpt mento-ot si gadis indon.. Haha) halal.. Tp msh tak abes pk lg, ape yg minah indon ni tgk kat si bangla ni? Hidungnya ka? Bdn kerempengnya ka? Mata parsi nya ka? Atau bulu dada nya ka? Wawawawawawa!(geli hati)
hazrey
can i be an intern.. nak rasa kebestan keje kamu
hahaha
sbb dia cantek ler dia keje kat tempat mcm gitu.merujuk kpd >> Dan kepada jantan jantan miang, ya, budak pompuan ini lawa.
rugi ekk kalau jd artis dah tentu dapat penthouse sebijik..hiks :p
chupp! nak tanya..
ko gi nyamar2 manjang nih.. tak kene tukar2 solekan muka bagi jadik lain sket mcm mission impossible tu ke?
Post a Comment