Monday, October 12, 2009

SHOW ME THE MONEY.

Aku baru dapat duit dari nuffnang.

Sungguh sungguh banyak.

Ya, lebih banyak dari duit yang mak bapak aku bagi masa time sekolah sekolah dulu.

Lebih banyak dari harga beras sekilo.

Lebih banyak dari kos return call yang aku terpaksa buat kepada kawan kawan aku yang memiliki henpon mahal dari aku tapi hanya berdaya untuk buat miss call semata mata sebab takder kredit.

Ia jugak lebih banyak dari harga maggi sebungkus.

Bagaimanapun, ia kurang dari kos katebang dari sebuah negara yang beriya iya untuk ganyang Malaysia, disebalik semangat berkobar kobar mereka demi sesuap nasi yang disediakan oleh individu yang ada agenda tersendiri.

Aku mula menulis blog pada 3 November 2008 selepas rakan aku, Saniboey suruh (read: paksa) aku bukak blog sendiri.

Aku disuruh (read: lebih teruk dari buruh paksa), bukak blog sendiri sebab aku seringkali komen di blognya berjela-jela. Dan ukuran yang digunakan ialah ela. Boleh cover satu rumah, kalau buat langsir.

Antara pembaca pertama ialah Lina disusuli ialah seorang anak Jawa tulen, Zakiah Ponrahono, Aku kena tulis nama penuh Zakiah ni sebab takut orang ingat Zakiah Anas. Macam mana pun, aku kurang jenguk blog Zakiah sebab aku tak paham. Hahah. Bahasa Zakiah ni halus sangat tapi penggunaan perkataan dia baik sekali.

Aku tak tahu kenapa korang semua suka kat aku walaupun dah berkali kali aku katakan, peluang korang untuk menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat aku amat tipis sekali kecuali aku dah belajar teknik pukau terhadap chief bini. Tapi aku harap korang jangan putus asa sebab aku masih google teknik yang terbaik. Nak hidup bersama ni kena banyak berkorban. Hahaha.

Dan aku juga bukan gay walaupun ada yang berharap sangat aku seorang gay berdasarkan keyword result yang aku dapat dari nuffnang sentiasa ada perkataan berkaitan askar, kote, dan pelbagai lagi.

Nak menulis ni bukan mudah. Dan aku pun tak tahu apa kejadahnya blog macam Kenny Sia tu jadik popular, padahal bukan ada apa pun (read: irihati..).

But one thing for sure, I am not writing for money or attention sebab aku kecik kecik dulu cukup kasih sayang dari mak bapak dan cukup susu badan.

I write because I love writing. Dan selalu kena marah dengan producer sebab skrip aku selalu berjela jela.

This blog became a hit disebabkan aku dihalau dari masjid. Yeah, you would say, ohh mamat ni yang kena halau dulu. Padan muka.

Tapi kan, blogging ni hampir hampir dah hilang purpose asalnya.

Aku cakap macam tu, bila ada yang sanggup nak bergaduh, bertumbuk, bermusuh macam bebudak. Ada. Memang ada. Haha. Yang sama profesion dengan aku (tetapi masih setahun jagung) pun ada yang lebih teruk dari bebudak sebab marah bila kena jolok. Hahah. Enuff said, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Haha. Sampai hari ini aku masih gelakkan satu kisah di mana aku di 'fuck' literally. Hahah. Hahaha.

Aku pasti, mamat bodoh tu mesti tumbuk tumbuk tembok masa baca komen aku. Hahaha. Mesti berbakul sumpah dia. Kah kah kah kah. Tapi itulah keseronokan blogging selain dapat dijolok, kau juga berpeluang menjolok.

Bila aku menulis mengenai pondan, aku juga digelar muka macam Hamid Gurkha. Hahah.

Marah sungguh pondan pondan tu semua. Tetiba aku jadik popular di kalangan pondan dan bukan kepada awekzz. Sungguh kecewa aku nok. Tapi nasib aku masih baik sebab masih belum ada lagi kejadian aku dikejar pondan. Nasib baik. Aku tak redha kalau itu berlaku. Sungguh tak redha.

You will never win dalam apa jua perdebatan di internet. Siapa yang sungguh sungguh nak bergaduh, cepat melenting, nak jadik champion, ini nasihat aku: cari kawan di dunia sebenar. Haha. Jangan asyik buat blog jek.

Aku taknak jadik popular disebabkan blogging. Bukannya kaya.

It is a platform for me to share my thoughts, ramblings and a place aku menunjukkan kejahatan aku. lolz.

But yang paling penting ialah, aku dah dapat ramai kawan kat blog ni. Aku ada kawan lawyer,(read: dun mess with me, dia boleh sue kau), student, engineer, producer, ustaz (yang tak macam ustaz), awesome graphic designer dan memacam lagi.

And it built trust too. Ada readers yang dah berhubung dengan aku melalui telefon disebabkan trust itu. Kami jadik kawan seperti kawan masa sekolah.

Kepada Faryn, Belle, Zara, MizzyN, ateeka amer, ninoz, Out of My Mind, Desert Rose dan ramai lagi female readers, jangan putus asa walaupun harapan korang menggunung tinggi untuk bersama aku. Ok tak tak, terima kasih sebab membaca. Membaca itu ilmu. Hahah.

Manakala DonCorleone, Obefiend, Azhar Abdullah, ajie dan ramai lagi (aku tak gemar sebut nama lelaki ramai sangat sebab ia boleh mengundang persepsi kurang manis. haha), terima kasih jugak.

Pada korang yang click kat iklan Nuffnang tu, terima kasihlah walaupun sebulan aku cuma dapat RM8++ jek selama tempoh 11 bulan aku berblogging ini. Sungguh goblok kan RM8 jek. Hahah.

Jangan tak click lagi kerana usaha anda itu mungkin mampu mengubah dunia ini. Percayalah. Aku tak tipu. Ini bukan iklan jualan langsung.


15 replies:

Obefiend Weiland said...

aku dah dapat duit nuffnang

boleh la beli bra dan panties la senza untuk bini

skang dah start balik from zero. minggu lepas kutipan uwang iklan cukup untuk beli kondom mahal.

HAHAHAHAH

echah_syed said...

rm8++ sebulan ok ler tu.. :)

Brahimnyior said...

Banyak. Buleh buat Rumah Terbuka...

ZARA 札拉 said...

Hehehe~
Aku tak harap banyak~
Kalau aku turun Sungai Chat, aku cuma harap dapat tengok kamu secara langsung.

Oh, mungkin untuk menaikkan rating aku mungkin.

Eh, ini bukan promosi secara langsung bukan?

Azhar Abdullah said...

Simpan sikit untuk belanja aku teh Disember nanti...sebab aku pegi tempat ko kan..hehe...tapi kalau abis pun takpe, aku tapau air teh dari sini je..

F A R Y N said...

uik..apsal nama aku yg 1st? bukan ke aku nak jadi anak angkat ko...hhahaha

zeqzeq said...

pengalaman boleh menyejukkan hati.

zeqzeq said...
This comment has been removed by the author.
PUTUBAMBU said...

oklah tu RM8..
aku ni.dari start berblogging..ada 0.25 sen jek dlm account nuffnang..

lagi kesian tauu..!! (<-ayat sentap ni)

Hazrey said...

OBEFIEND:
Aku tak pakai kondom sebab aku tuju pada yang halal jek. Haha.

ECHAH:
Mananya ok. RM8 boleh apa nok.

BRAHIMNYIOR:
Bawak mangkuk tingkat sendiri.

ZARA:
Sungai Chat ada apa wei. Ohh sekolah yang happening yang berjaya melahirkan orang orang berguna dan amat amat digunakan seperti aku.

AZHAR:
Baik kau tapau jek. Rasa tak sempat ni sebab bini dah jeling ajak gi beli kasut. hahah

FARYN:
Dah tua bangka tak sedor diri.

ZEQZEQ:
Tak jugak. Saya beli peti sejuk.

PUTUBAMBU:
hahahah, u better stick to your putubambu, putu piring and putu kacang.

i.am.belle said...

Haha patutler rasa mcm nk demam je rupanya ada org sebut nama aku. ko mmg patut ada blog Sbb kalu ko buat karangan komen kt blog org lain. Kami semua tak 'cool' dah mcm godjila kata.

ateeka amer said...

tak sia-sia baca entry neh, ada nama aku. heheh.

RM8 gi makan maple kenyang tuh,

Hazrey said...

BELLE:
Itu baru sebut.

ATEEKA:
Apa tu, saya orang kampung. :)

mizzyN said...

aku dan put of my mnd sangat terharu. tetiba aku jadi spokesperson out of mai mind. tihihi.

salamat bekenalan pak.

akubencipinkdankau said...

helo bro..
mintak izin ye nak pinjam entry nie..
=)

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.