Monday, October 12, 2009

KAMI MEDIA - KAMI JUGA DIPANGGIL SETAN, IBLIS DAN BAPAK JIN.

I was doing my daily visit to fren's blog.

I stopped at Ebi's, rakan wartawan yang kini dah jadik orang besor kat RapidKL. yeah, you may complaint to him about RapidKL service at his blog. Haha. Sorry Ebi. Dan aku ambik vidz ini untuk tontonan korang.




Menarik sungguh video ini.

Ini amat baik untuk anda semua, on how to deal with media. Watthepark.. information minister shouting on international tv!

But, wait, he was a journalist too.

Aku tak pernah suka mamat ni pun and this video membantu aku untuk menggunungkan rasa tak sukakan dia. Betul, aku bukan benci kat dia, aku cuma tak suka.

Aku teringat masa PRU12, ada live crossover from his constituency hanya untuk beritahu, dia bungkus. Mesti itu satu pengalaman yang sangat sangat paiseh untuk dia. Masa tu muka dia amat kelat. Sungguh ketat muka dia. Haha.

Aku selalu jumpa makhluk yang tak reti bahasa kami ni bekerja sebagai wartawan dan memerlukan sedikit kerjasama. Kekadang bila tengok statement statement dari pemimpin negara, memberitahu berikan kerjasama kepada media, tak semestinya kita dapat itu semua di peringkat bawahan.

Ada yang anggap media ini sebagai pemusnah, penyibuk dan pengacau mereka.

Kami selalu dengar kisah benar, contohnya:

Ahmad perlukan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi dinafikan kelayakannya biarpun cukup syaratnya. Ahmad mengadu kat wakil rakyat, wakil rakyat angguk angguk geleng geleng. Dijanjikan pada Ahmad, untuk tunggu tindakan selanjutnya. Ahmad tunggu. Ahmad tunggu lagi. Ahmad tunggi lagi dan lagi. Ahmad tanya apakah status aduannya, ini jawapannya: " Awak ni tak reti bahasa ker, kami tengah buat kerja. Awak sabarlah sikit." Ahmad pulang hampa. Ahmad terus berkais mencari rezeki tapi tetap tak cukup. Siang sampai malam Ahmad bekerja untuk menyara hidup keluarga namun kais pagi makan pagi. Allah SWT bukakkan hati seorang manusia lain, nampak dan tahu kisah Ahmad, call media.

Media pergi. Tanya kisah Ahmad. Bila keluar di akhbar atau tivi, "ohh sebenarnya kami sudah dimaklumkan mengenai masalah Ahmad ini dan masih dalam tindakan." Dan sungguh lama tindakan itu. Kekadang lebih bertahun. Memang, tahap kecekapan banyak jabatan kerajaan masih di takuk lama, kecuali kalau media dah datang jenguk, barulah nampak mereka bekerja.

Masih ingat kisah Pak Karim di Pontian?

Pak Karim adalah antara assignment aku yang aku akan ingat sampai mati. He is an angel. Kalau kau tak percaya, pergi baca. Aku sendiri terharu dengan pengorbanan dia. Aku rasa aku amat hina sekali berbanding Pak Karim yang tak punya harta, tak punya kesenangan tapi punya hati yang amat amat baik.

Wakil rakyat DUN Kukup di sana berjanji pelbagai untuk bantu betulkan rumah Pak Karim. Aku memang dah biasa sangat dengan wakil rakyat yang kalau ada mikrofon depan mata, kalau boleh rumah dia pun dia nak bagi pada orang susah. Janji jangan ceritalah. Semua benda dia janji.

Selepas diberitahu tiada tindakan dari pejabat wakil rakyat, ada jugak aku call tapi tak berjawab YB (Yang Busy) kita ni. SMS pun tak berjawab. Sibuk sangat agaknya. Mungkin PRU13 nanti pemimpin kena cari wakil rakyat yang tak terlalu sibuk untuk berikan perhatian pada pengundi.

Kepada yang berhajat, dah boleh start kempen, perkenalkan diri. :)

Hakikatnya? Hingga hari ini tak buat apa pun. Nak tunggu apa lagi? Nak tunggu kami datang lagi dan paparkan - inilah dia rumah Pak Karim, selepas hampir empat bulan, masih tiada lagi sebarang susulan sebagaimana yang dijanjikan. Pastu letak balik rakaman interview wakil rakyat yang berjanji. Agak agak melecet tak punggung kalau keluar tv camtu?

Pastu, bolehlah cakap kami setan, iblis dan jin.

Bila bungkus PRU13 esok, kata kami jahat, bapak setan.

Dun take us for granted. Kami bukan nak menyusahkan sesiapa tapi nak membantu wakil rakyat dan orang susah. Kami tolong orang susah dapatkan perhatian. Kami bantu wakil rakyat untuk sampaikan usaha yang dilakukan. Tapi akhirnya kami tetap setan, iblis dan jin.

Inilah masalah perlaksanaan. Tak tahulah what went wrong or is there something wrong with the promises?

Satu Malaysia dah tahu, Pak Karim akan dibantu. Tetapi masih tak dibantu.

Dan produser aku, Kalijahwati sendiri pun kekadang naik muak berurusan dengan mereka ini semua. Aku bernasib baik sebab di Johor sahaja tetapi dia terpaksa berdepan dengan memacam perangai di seluruh Malaysia.

Akhirnya, orang kampung sendiri kutip sumbangan termasuk di masjid bagi membantu membina semula rumah Pak Karim yang hampir menyembah bumi itu. Yang signifikannya, yang mengetuai usaha bantuan itu ialah ketua kampung bersebelahan yang simpati akan nasib Pak Karim. Dan for the record, takde pun dia ada ura ura untuk gantikan wakil rakyat. Dia hanya menjalankan tugas, biarpun melangkaui sempadan.

Ada individu yang masih bersusah payah untuk bantu warga kurang berkemampuan seperti Pak Karim.

Dan untuk yang ada rezeki lebih itu, bolehlah turut membantu Pak Karim ni. Mudah mudahan diberkati akan sumbangan anda itu.

Menurut ketua kampung sebelah yang mengetuai usaha membantu Pak Karim, Tok Shafie, usaha sedang dilakukan beransur ansur mengikut kutipan wang yang diperolehi dari orang ramai. Insya'allah rumah Pak Karim akan berubah wajah.

Kalau mahu menyumbang, anda boleh menghubungi Tok Shafie di talian 017-7618919.

22 comments:

ouT oF My MinD said...

pssst....kami bersorak dgn sangt hebat pada masa keputusan PRU12. ada staff yg buat kenduri lagi...
antara dot dot dot yg sangat teruk dan menyusahkan kami semua.

ninoZ said...

sekarang nih soooo obvious sapa yg kerja dgn ikhlas n sapa yg sekadar melepaskan batuk di tangga..
bapak saya kata..kerja tak jujur, gaji jadik haram
depa nih tak malu ka?

itafukada said...

bukan saja media yg dilabelkan begitu..

bila ade je yg xpuas hati, mulalah kuar carut marut bagai.tp bila dipaparkan dan mtk penjelasan, lembut gigi dari lidah.

bila media papar rasuah = org atas marah = kne ban!

bila cleaner marah org kotorkan toilet = cleaner kne marah balik.huahua..

ZARA 札拉 said...

ahh...
bukan semua wartawan atau media begitu, tetapi mungkin juga atas namanya kerja~

mungkin begitu~

rasanya mahu start berkempen juga...
apa agaknya manifesto yg sesuai di kawasan MB Johor ni gamaknya~

Hazrey said...

OUT OF UR MIND:
I know. I know sebab ada satu crew buat crossover di JB pun bersorak. Haha. Jahat korang.

NINOZ:
Nauzubillah.

ITAFUKADA:
hahah kesian makcik indon.

ZARA:
Mungkin mereka terlalu selesa.

azhan said...

ZARA,
aku cadangkan "bengap dan lembab" sbg motto.

Hayatito said...

biasa la tu..
time suka jaga.
time x suka ludah..

haaiittuihhhhhh..

berhati2 bila menabur janji.
jgn sampai org sakit ati..
kan haz?
=0

Kap said...

ok..
teruskan usaha..
doa saya untuk wartawan berkerja seperti abang..
peace!

anazkia said...

Dulu, setiap kali saya baca tulisan saudara Hazrey terheran2. Kenapa? karena tulisannya rapi dan tersusun. Sekarang, tidak heran lagi, Lah orang wartawan :) keep spirit n good write. Kapan yah saya bisa nulis yang bermanfaat...??? *mimpi dulu*

Desert Rose said...

Komen utk entry ko sblm ni yg ada sebut nama aku:-



Bluwekkkkkkkkkk - muntah hijau

Komen utk enty ni : TIADA

anazkia said...

Subhanallah... terenyuh membaca kisah Karim Sungguh begitu besar pengajarannya.

Hazrey said...

AZHAN:
belkin aku dah beli?

HAYATITO:
kekadang janji wakil rakyat ni aku dah naik muak dah, tapi tak semua camtu. contoh ialah ADUN Tiram, pantang dengar ada orang susah kawasan dia, cepat cepat dia datang, dan orang bawah dia akan buat susulan.

Tapi yang lain pulak, angan angan tinggi, kerja taknak buat.

KAP:
Mana ada peace nya. Haha. Kacang pis. Terima kasih Kap.

ANAZKIA:
Waduh, usah diheran herankan sih. Saya ini kerja di sarkas. Nulis yang bermanfaat ini terkadang datangnya dari akal kita. Bukan begitu anazkia?

DESERT ROSE:
Salam kain batik.

Azhar Abdullah said...

Bro, kalau pekerja kat pejabat takutnya kat bos atau pengarah...YB pulak takutnya kat MB atau TPM atau PM...

I suggest you make sure benda ni sampai kat three of them...kasi itu YB ketaq lutut sikit..aku cukup hangin dengan YB-YB yang macam ni...

One more thing, aku nak tukar alamat pakai alamat rumah ko...senang nak berkempen area situ...sini ramai sangat, sesak!!

zeqzeq said...

sabo sabor,,nanti BAPAK adun kasi rekomen DATUK negori ..

zeqzeq said...

zara..
kalau nak kempen Johor kena cari modal scandel..hheee..

WAN ZUHA ISHAK said...

thanks bro update pasal pak karim.

Obefiend Weiland said...

muka ketat masa pru tu pasal terover botox. haha. pasal kalau memang kena senyum. nampak pulak muka dah kedut

kamu salah sangka hazrey....

ateeka amer said...

kadang2 memang ada la media yang cam iblis tuh, encik. tapi segelintir saje.

ninoZ said...

hazrey...
tetiba aku ternampak hang...
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=441382&extra=page%3D1

ZARA 札拉 said...

sekejap~
aku mahu ketawa~

sudah ada 2 org bagi aku idea manifesto.

Hazrey said...

AZHAR:
Boleh tukar alamat kecuali untuk bil celcom kau atau kad kredit, tapi kalau kau masuk apa apa peraduan, boleh pakai nama aku sekali pun takper. Aku redha.

ZEQZEQ:
Ok.

WAN ZUHA:
Hope you could help.

EFFI:
Hahaha, mau cucuk ka?

ATEEKA:
Itu bukan media. Itu pelacuran kewartawanan.

NINOZ:
Itu gambar zaman muda. Haha, kenapalah depa letak kat forum, dahlah gambar tu tak sempat buat trimming kening dan foundation pun tak sempat pakai nok. Hahahahh.

ninoZ said...

ok la tu..at least ko tak pakai spentot kat luar..hahahahaha

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.