Friday, September 18, 2009

SAYA TAK SALAH. KALAU SAYA SALAH, SAYA MINTAK MAAF. TAPI SAYA TAHU SAYA TAK SALAH.

Note: Sebelum baca entry ini, apa kata kita lompat dulu untuk baca entry ini:

"Mereka sudah tiada di depan mata. Hanya mendiami hati, ingatan Aisyah. Mereka pergi menemui Ilahi selepas terlibat dalam kemalangan. Kemalangan yang menyebabkan Aisyah koma selama hampir sebulan, terlantar anak kecil ini di atas katil bagai menanti hari muka."

Klik di sini.

* * * * * * * * * * *

Ok, aku terus terang.

Aku banyak buat salah melalui blog ini walaupun kesalahan aku kurang dari salah korang.

My confession:
1. Salah taip.
2. Salah grammar.
3. Tak betul flow nya.
4. Salah date.
5. Salah info.
6. Salah link

Aku terus terang. Korang perlu mintak maaf dari aku sebab korang banyak buat salah dengan aku. Ni dah nak raya, baik kurangkan dosa.

Aku: Kau kena mintak maaf dengan aku, aku tak kira. Banyak dosa kau.

Korang yang straight: Apahal pulak? Lu lah mintak maaf dulu. Apaaaa hal lu mat.

Korang yang separuh straight: Ehh jantan, tak cukup lagi ker? Tak kuasa nyah. Muka kau macam
Hamid Gurkha.

Korang yang straight tapi sebenarnya tak straight tapi pura pura straight: Blog siapa ni? Bukan blog ada gambar pondan ehh? Bukan blog askar ehh? Kenapa google masuk sini? Takder pun gambar askar.


Korang yang cuba mencipta nama melalui cerita dongeng dan akhirnya terima NOD: Mampus aku, mampus aku, mati aku, tak beraya aku. Aku nak acah jek, macam mana boleh jadik macam ni. Abislah aku.


Korang yang tolong hantar NOD: Ok kau lebih kacak dari Hamid Gurkha dan lebih kacak dari Engku Ibrahim Engku Ngah walaupun berjuta orang lebih suka tengok dia walaupun hanya muncul di TV, tiga kali setahun. Dan aku tahu, kau baru beli TV dan aku jeles.

Korang yang tetiba mintak pass untuk aku masuk masjid: Aku sibuk sebab layan bini aku dan bakal adik ipar aku seorang tokeh.

Aku: Ok, takper, korang tak perlu mintak maaf, tapi kalau ada keperluan, sila pastikan ia dilakukan melalui dua akhbar terkemuka. :)

Dan kepada semua pondan pondan yang masih terlupa jantina, bersempena raya ini aku pohon maaf jika anda tersinggung dan tersingging di atas semua posting aku sebelum ini walaupun sebenarnya aku tahu, korang suka posting itu sebab ia peluang untuk korang tunjuk muscle lengan dan halkum kamu. Kan? I know.

Kepada Mawi, saya masih lagi tak dapat kuih raya dari anda. Boleh hantar hari ini ke rumah saya. Taman Impian Emas dengan rumah saya tak jauh. SMS saya kalau nak hantar, ok ?(caj lebih murah dari undi AF).

Kepada semua lelaki lelaki (yang kebanyakannya masih tak dapat menandingi halkum comel aku serta kejambuan aku) serta perempuan perempuan yang hot dan masih terasa hot (mungkin disebabkan cuaca atau suami tak belikan gelang emas kuning baru macam Mak Jah pakai):

Jutaan terima kasih kerana sudi bersama melayari blog ini bersama saya. Kerana andalah jugak, saya tidak berhasrat menyimpan misai atau goatie.

Serta, sambutlah Syawal ini dengan penuh kesederhanaan, (read: jangan abiskan duit laki, jangan abiskan duit laki, jangan abiskan duit laki - ya, ia perlu dibaca tiga kali sambil hembuskan di ubun ubun isteri anda. Kalau tujuh kali, ia jadik mandrem penunduk. Jangan, berdosa).

Tentunya, ketika menyambut Syawal itu dengan penuh keinsafan, ingatlah kepada mereka yang tidak dapat bergembira seperti kita. Jangan lupa akan kanak-kanak seperti Aisyah.

Kalau kita bertungkus lumus untuk ingat mereka ketika Ramadan (read: sebab nak masuk syurga TV dan dipuji sebab masuk tv dan paper, dan bukan syurga Allah) SWT), kita pinggirkan mereka tika Syawal ketika kita, dengan gelojohnya menjamah ketupat, menghirup kuah lemak, menyondol lemang ke dalam mulut dan menjamah semua jenis kuih walaupun kita tahu, kita jamah sebab nak komen (read: mentega tak cukup, keras, tengik, tak pakai buttercup, masuk angin) dalam kereta lepas balik rumah yang dikunjungi (read: ok, dosa dicarry forward ke tahun depan).

Dan aku pasti di blog ini, jika ada bahasa yang dikasari, ia adalah typo error.

Jika ada tercarut atau termaki, ia disebabkan registry windows XP yang dibeli dari lanun. Ia juga mungkin disebabkan spyware yang secara tidak sengaja didownload ketika melawati laman blog anda.

Jika ada termarah, ia mungkin disebabkan hard disk dah sendat seumpama kebaya anda raya tahun ini sehingga nampak Silverstone, GoodYear dan Dunlop di bahagian pinggang.

Jika ada yang tersinggung, anggaplah ia sebagai pendorong untuk kita membeli notebook atau pc baru selepas raya ini.

Akhirkata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan seluruh kebatinan kami:

Hazrey dan Honey.
(yeah i know lawa pagar kat belakang tu, jangan sarcastic boleh tak?)

p/s: Jangan pandu laju. Kalau pandu laju, pastikan duit cukup untuk bayar saman ekor. Kalau rasa tak mampu, sedarlah diri sikit.

Dan aku dan wifey akan beraya di Johor Bahru. Jika ada yang nak datang, pastikan salam turut dilembarkan bersama dengan duit raya RM50 ke atas bagi menampung kos dan perbelanjaan kami buat anda ketawa selama setahun. Kami tak charge banyak.

25 replies:

ninoZ said...

hehehe..pagarrr tu kannn...ooopsss! :D

ingatan pada keceriaan n kedurjanaan posting2 anda pasti akan memaniskan mana2 kuih raya n sirap yang tak berapa cukup gula raya nih..:D

salam akhir ramadhan n selamat hari raya aidilfitri ...
sepuluh jari disusun..keampunan jua dipohon..
maaf zahir dan batin

Desert Rose said...

Ha ha aku jeles gilerrrrrrr ngan tv baru ko tuh.

Mohon kemaafan ats terkasar bahasa dan terkutuk ko lebey2 dan tak menghormati ko sbg orang tua, tapi aku balas kutukan ko je, kira dosa aku tak sebanyak dosa ko kat aku la kan, as at bulan Syawal Tahun ni kira 0-0 ar, tapi aku tak jamin la aku tak kutuk ko lagi di bulan ZulKaedah nanti

p/s 1.Pandai la ko ckp dia meraung dpt NOD, ko tak tau dia bangga giler ada org bagi perhatian kat dia, dia kan krg ksh syg

p/s 2. Nape gambar tu aku nmpk Niza mcm bergambar ngan abg sulung dia yg tua 23 tahun drpd dia arrrrr?? larikkkkk *jnguk drpd blkang pintu , tu pun kira ok aku tak ckp mcm anak ngan bapak tau, sambung larikkkk lagi

sI tEDI said...

selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin!

aRa said...

feewitt..so sweet lah you both..

wah, tahun ni raya gaya sakan...kreta baru, tv baru, dll.. as long jgn bini baru sudah, ya. hehehe..

sib baik baru kenal..so blm sempat buat byk dosa ngan u, kan..kan..kan..haha

niways..selamat hari raya to u n wifey. insyaAllah kita jumpa raya nanti.

F A R Y N said...

Uncle!!!!

selamat hari raya....

Obefiend Weiland said...

senyum kambeng tak leh blah

hahahahaha

selamat hari raya bro

ateeka amer said...

mmg comel senyum hang.

hhaha ;P

samat hari raya!

Naz said...

Awwwww....bagai pinang dibelah dua, Hazrey dan Haniza!
Ucapan Selamat Hari Raya Kak Naz sekeluarga untuk both of you.
Buat anak anak nakal di luar sana (termasuk yang bersembunyi di belakang tiang), buat perangai elok elok. Ni dah 0/0 ni...haha!

anazkia said...

wekekeke... tergelak2 aku baca postinganmu. Ade je bahasa ko buat ;)) ni tulis pake style ape ne...???

Selamat raye. Minta maaf atas segala salah dan khilaf. Lame tak singgah kat sini...

ZARA 札拉 said...

hehehe~

selamat ahri raya juga~

oh, beraya di JB?

boleh ke datang berkunjung? tidak akan dijadikan bahan penulisan kan? hehehe~

mohon maaf juga ya?

err..pagar?
oh, honey itu sangat ayu~
hehehe~

kraznaya said...

Horaaa.aku leh balik awal.aku cuti 3 ari jer tuh pun nasib baik najib bagi.bonus tahun ni nampak gaya gelap masa depan.arr hezrey aku nak tya memandangkan nko wartawan jenayah kan?ader x kes polis malaysia yg triger epi.aci tembak org jer.sbb aku terbaca blog luar ader post cam tuh.aku nak confirmation jer.kat malaysia nih kalau triger epi cuma org yg ngamuk jer tuh jer aku tau.

itafukada said...

huahua..selamat ari raya..

xkuasa nyah tau.hakhak..

zeqzeq said...

salam akhir ramadan..salam raya maaf ..Salam Eid'l Fitri... Pohon kemaafan atas segala salah & silap.,

Rona Realiti said...

haha...
kad raya xda ke bro...!?

zan said...

Selamat hari raya juga bro...

RENDA said...

Salam Aidilfitri..

Cute lah wifey u ;)

soalan: yg bwh bibir tu tahi lalat kn?

Cinta said...

confirm and terbukti hot. Bukan you tapi partner you yang kat sebelah tu. You are the only person i know who caan say maaf zahir batin with layers of witty sarcasm. I'm not complaining though. Selamat hari raya en.hazrey. Enjoy the ketupats and rendangs! :)

Azhar Abdullah said...

selamat hari raya bro...n wife...from aku laki bini...

aku tak sampai johor...setakat melaka je...

aku maafkan segala kesalahan ko...hehe...ok serius sikit, aku hulur jari pohon ampun dan maaf...zahir dan batin...

Hazrey said...

INOZ:
Haaa pantang kan. Haha. Saya biasanya mintak kuih tanpa gula.

Salam Aidilfitri buat ninoz dan keluarga semua.

DESERT ROSE:
Memang setan. Setan setan setan. Haha. Kau punya mintak maaf sama seperti menjirus air ke atas daun keladi plastik. Salam raya pada laki kau dan anak gedebab kau.

p/s 1: Hahah to think of it. Kah kah kah kah. She lacks of that kan?

p/s 2: Itu kesan grafik dan kesan pencahayaan yang kurang. Dun be deceived by look. Percayalah, demi Aidilfitri.

TEDI:
Salam Aidifitri buat Tedi dan famili.

FARYN:
Grannyyyyy!!! Selamat Hari Raya Granny. Granny dapat gigi palsu baru ehh tahun ni?

OBEFIEND:
Selamat Hari Raya. Geng kau akan dilepaskan dari ikatan malam esok. Mesti kau gumbira.

ATEEKA:
Saya tahu. Hahah. Samat Hari Raya to you too.

NAZ:
Kak, tapi yang duduk tu pinang expired. Haha. Salam Aidilfitri to you and the whole of family and Norway. Mesti pilu kan tak dapat beraya di Malaysia. Worry not, we are here to celebrate with you. Alah kak, dia tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, kekadang tu, keluar dari hidung sebab dia spesel, dia boleh buat magic. Itu belum keluar api dari mata.

ANAZKIA:
Itu style masa cukur misai. Belum lagi masa gosok gigi, lagi tak boleh handle nanti. Memang patut mintak maaf sebab lama tak singgah. Salam Aidilfitri buat anaz dan famili.

ZARA:
Silalah datang. Kalau nak datang, email me. Taklah, kecuali anda lembarkan duit raya kepada saya, ia akan dijadikan posting selama sebulan di sini.

Honey = Manis. Hazrey = Tawar. Hahah.

KRAZNAYA:
Meh bagi blog tu. Setakat ni tak dengar pulak. On the internet, anyone can say anything including saying that I look like Brad Pitt.

ITAFUKADA:
Samalah kita nokkkk..

ZEQZEQ:
Terima kasih dan salam aidilfitri buat zeq sekeluarga.

RONA:
Tabikkkkkkk.... alah aku takder kad raya cam kau. hehe. Salam kemenangan melawan nafsu.

ZAN:
Salam Aidilfitri!

RENDA:
Salam aidilfitri buat Renda sefamili, sekampung, buat semua sepupu, buat semua sedara mara sepupu Renda.

Wifey hanya mampu tersipu sipu membaca komen Renda. (samalah dengan saya).

Jawapan: Yup. Nak ker?

CINTA:
Told you kan. Told you! And Hallmark has rejected many of my proposals for their cards. Kenapa yek? Selamat Hari Raya Cik Cinta yang akan beraya di Pontian, Johor yang tak jauh dari rumah saya. You too, enjoy the ketupat and rendangs.

AZHAR:
Ohh dah kahwin. Haha.

Aiseh, I was in Tangkak earlier, dah tak jauh tu dari Melaka. Shld have called you.

Teresak esak aku menitis airmata bila kau cakap = kau sudi maafkan kesalahan aku, tapi bukan kerana tu, tapi sebab kebetulan aku tengah vacuum carpet, habuk banyak ni. Dah nak raya kan.

aRa said...

Dah twice dah ni...takkan termiss lagik...haizzz..sob..sob..... :(

mie said...

peh nak raya kena duty officer lagi..ni x leh jadi bro...gue kena main polis sentri..amacam!!!anyway salam aidilfitri buat kita semua...

Hazrey said...

ARA:
Miss apa? Miss universe? Where?
Once again, you are invited to JB anytime (except 2nd day of raya sebab takder di JB). You know the drill..

MIE:
Ohh ada blog jugak yek. Haha. Esok kita mengeteh bro. Penutup..

.sofia. said...

selamatt hari raya:)
pic yang dgn wife itu sungguh sweet~
:)

mizzyN said...

Kemaafan yang diikuti oleh layers of sarcasm, huhu.

Selamat Hari Raya encik Hazrey dan mak gula-gula yang cute miut.

ara said...

baik, tuan. insya Allah. we let u know bila nanti. i assume the charges stil remains lah? hehe...
(d last 2 comments i posted tak reflected ke?but peliknya yg ni ada)

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.